TINGKATKAN DAYA PEMIKAT & PENAMPILAN ANDA...Ingin Memikat Wanita? Gunakan... Kuasa Pheromone!!!anda tahu, sebaik sahaja menghidu minyak wangi, anda tahu itu minyak wangi.... tetapi pheromones Phero-X™ kalau dihidu, akan membuatkan anda tertanya-tanya... "bau apa ni... hemm... ".
sila klik di
[SINI].Photobucket
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Wednesday, August 20, 2008

Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan Perak

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membabitkan kes 2 orang EXCO Parti KeADILan Rakyat hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180juta di Sri Iskandar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.

Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.

Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.

2 comments:

Batis Batagar said...

Nampaknya dah berat sungguh UMNO-BN ni, asyik nak buat konspirasi peringkat tertinggi je. Masih tak sedar lagi ke, rakyat dah tolak UMNO-BN, carilah cara lain kalau nak rampas balik Perak dari Pakatan, tak payah guna taktik kotor, rakyat dah meluat dah.

Topengperak_Xinwugi said...

Bila pinangan depa ditolak haritu, hati yang busuk mula la cari pasal nak balas dendam.

Haritu kecoh sangat konon nak gabung...

ni tak jadi...nak cover malu...reka la apa-apa yang dapat jatuhkan orang...dasar yahudi.