Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 08, 2008

Gempar: Rumah MB Pahang Di Rompak, Duit Hilang Tapi Tiada Laporan Polis Dibuat

Reactions: 
Al-kisah, Sebelum ini rakyat Pahang pernah digemparkan dengan berita penemuan wang berguni-guni atas syiling rumah MB dizaman Khalil Yaakob. Punyalah banyak duit sampai disimpan atas syiling rumah, dan perkara ini dijumpai oleh seorang petugas yang diamanahkan untuk memperbaiki rumah tersebut. Heboh dibuatnya apabila berita ini tersebar. Malahan ada pihak yang memang terkejut macam mana MB Khalil boleh tidak sedar duit jutaan ringgit disimpan dalam karung guni di syiling rumahnya. Mujurlah petugas terbabit tidak berani untuk mencuri wang yang banyak itu kerana bertanggungjawab melaksanakan kerja. Namun "berita gempar" ini tersebar di seluruh negeri Pahang. Hingga menyebabkan ia tidak dapat ditutup lagi. Tambahan pula ia turut mendapat pengesahan daripada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR). Namun, dek kerana kes ini melibatkan seoarang MB dari parti UMNO dan Barisan Nasional. Maka kekebalan itu menyebabkan Khalil tidak disiasat apatah lagi untuk didakwa. Akhirnya kini bekas MB Pahang itu selamat disinggahsana Melaka dan gelaran Tun yang diperolehi menyebabkan kes ini terus ditutup serapat-rapatnya.

Namun kini, satu lagi berita "gempar" diterima oleh Pahang Daily dari kediaman Menteri Besar Pahang. Khabarnya rumah MB, yang kini didiami oleh Adnan Yaakob pula telah "dirompak". Kejadian yang berlaku pada 5 Oktober 2008 (Ahad) lalu itu tidak disedari langsung oleh Adnan. Kami difahamkan antara barangan berharga yang turut hilang ialah "satu karung guni" wang tunai yang disimpan dalam sebuah bilik khas. Kejadian ini berlaku dirumah beliau tatkala beliau sibuk melayan kerenah rakyat dimusim Hari Raya Aidil Fitri yang masih terasa bahangnya kini. Lalu Adnan telah mengarahkan "polis yang rapat dengan beliau" untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap orang-orang yang beliau syaki terlibat di kediaman beliau. Tiada laporan polis dibuat secara rasmi atas kes ini. Kenapa ini berlaku? Cukup menghairankan kita ialah kes ini melibatkan kehilangan wang yang banyak iaitu satu karung guni dan pasti nilainya juga banyak, mungkin mencecah jutaan ringgit agaknya.

Menurut laporan, tidak semua karung tersebut diambil "perompak" terbabit, masih ada banyak karung guni yang tidak diusik, pastinya ada beberapa juta lagi yang ditinggalkan dirumah MB pada masa kejadian. Perkara ini heboh diperkatakan hatta dalam pejabat beliau sendiri. Belia cukup kecewa kerana perompak terbabit gagal untuk dikesan dan ditangkap. Soal pokoknya disini, mengapakah perkara ini tidak dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan yang lebih rapi?. Mengapakah MB Pahang tidak menyimpan wang tersebut di mana-mana bank yang terdapat di Kuantan ini, yang ternyata lebih selamat. Tindakan Adnan dipercayai ada kaitan dengan "wang panas" itu agaknya. Beliau seakan ingin menyorokkan sesuatu, lantaran takut untuk menyimpan wang berkenaan dibank-bank ataupun membuat laporan polis akan perkara ini.

Bukankah perkara rompakan ini adalah satu jenayah?. Mengapakah MB Pahang itu hanya membuat siasatan dalaman secara tertutup semata-mata. Bukankah beliau kini harus tahu bahawPahang Daily sudah meletakkan "krew-krew" kami dalam petadbiran kerajaan negeri, jabatan-jabatan kerajaan, pejabat SUK dan MB sendiri hatta di kediaman rasmi beliau itu. Maka itulah akhirnya "perkara sulit" ini dapat kami bongkarkan untuk tatapan semua. Kini rakyat mula tahu siapakah Adnan dan tembelangnya sudah mula pecah. Saman RM60 juta tidak mahu dibayarnya, tetapi duit berjuta-juta disimpan dalam "karung-karung guni" di rumahnya. Apa akan jadi sekiranya berlaku kemalangan seperti kebakaran dan sebagainya?. Mengapakah wang tersebut tidak disimpan di bank?. Kenapa beliau takut?. Jawapannya mudah, kerana wang tersebut adalah wang "rasuah" yang diberikan sebagai "ang pow raya" oleh Tokey-tokey balak yang rapat dengan MB Pahang itu. Kami masih lagi belum dapat pastikan berapakah sebenarnya jumlah kerugian dan kehilangan wang tersebut setakat ini. Tapi anggarannya pastilah jutaan ringgit berdasarkan kepada faktor semasa sekarang ini.

Lantaran tidak mahu kejadian ini "terbongkar" maka ramai pekerja yang bertugas di rumah MB telah digantung tugas hingga diberitahu kelak. Mungkin kerana Adnan agak kecewa atas kehilangan wang tersebut agaknya. Kami difahamkan dalam masa dua minggu lagi anak lelaki beliau akan melangsungkan perkahwinan. Maka itulah kemungkinan besar juga wang yang dicuri tersebut adalah duit belanja perkahwinan yang dihadiahkan oleh kroni-kroni beliau. Kehilangan tersebut amat merungsingkan Adnan. Namun hairan kenapa beliau "gagal" membuat laporan polis agaknya?. Mungkinkah beliau gusar "tembelangnya" ini akan pecah? Kami masih menunggu laporan terkini tentang insiden ini untuk pembongkaran seterusnya.

[Apapun, kami berharap kepada semua pembaca agar tidak meminta fakta-fakta sah seperti foto dan sebagainya tentang perkara ini. Sudah dinyatakan tadi bahawa perkara ini adalah "sulit dan rahsia", maka itu mana mungkin fakta seperti itu dapat didedahkan. Cuma kami meminta supaya pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah Pahang melakukan siasatan akan perkara ini. Jika terbukti Adnan rasuah dan terdapat jutaan wang dalam rumahnya, maka apa ditunggu lagi. Tangkap sahaja MB samseng itu dan buat dakwaan. Sudah lama rakyat Pahang menanti hari]

-Pahang Daily

3 comments:

Anonymous said...

nak mati buat lapuran? Nanti kena tanya berapa guni wang kertas yang hilang, tak ke haru

Edyes said...

cik anon, ini bukan haru lagi nie.. ini huruhararey...

yang dapat seguni tu... pastinya hooreyyy

Anonymous said...

kalau ditukaq kepada kilo..agak2 berape kilo berat duit itu yee..huhu