Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 13, 2008

'Lebih Baik Saya Letak Jawatan'

Reactions: 




SEPANG - "Buat apa mengetuai sebuah kampung yang ada ladang ternakan babi, lebih baik saya letak jawatan kalau projek itu dilaksanakan."

Demikian tegas Ketua Kampung Tumbuk, Mohamad Tarmudi Tushiran yang benar-benar kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ternakan ladang babi moden di kampungnya sehingga sanggup meletakkan jawatan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu masyarakat luar memanggilnya sebagai ketua kampung yang bagaikan menyokong keputusan kerajaan negeri sedangkan beliau sendiri menentang sekeras-kerasnya projek itu.

"Saya tak nak nanti bila projek ini dah siap orang ramai gelar saya sebagai 'ketua kampung babi', lebih baik saya berundur (meletak jawatan) dulu," jelasnya.

Malah beliau turut kesal dengan Kerajaan Negeri Selangor yang baru berusia sebulan itu untuk meneruskan projek tersebut kerana katanya, keputusan itu dibuat tanpa perbincangan dengan penduduk kampung.

"Mereka (kerajaan negeri) memanglah beritahu projek ternakan babi ini dilakukan secara moden dan selamat, tapi pernahkah wakil kerajaan negeri meninjau kawasan kampung ini sebelum buat keputusan itu? Tidak ada pun.

"Saya harap ada di kalangan wakil kerajaan negeri melawat kampung ini kerana tapak ternakan babi itu memang berhampiran dengan penduduk selain tapak perkuburan islam," katanya.
Jelas beliau lagi, berdasarkan pengalamannya melawat ladang penternakan babi di Jerman tahun lalu, ia jauh berbeza dengan situasi yang berlaku di kampungnya.

baca seterusnya di [ sini ]

Radio Selangor FM atau Radio Non-Selangor FM?

Reactions: 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kecewa permintaannya untuk ke udara selama sejam bagi menerangkan agenda pembangunan dan dasar negeri Selangor menerusi radio Selangor FM juga masih belum menerima jawapan.

“Setelah menunggu selama dua setengah minggu, saya belum dapat jawapan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan golongan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, di Ijok dekat sini, petang tadi..

"Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor.

Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor," katanya.

Menurut Abdul Khalid, jika pihak berkenaan masih enggan komited, beliau tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri).

“Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor.

Jika mereka gelarkan diri 'Radio Non-Selangor', mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya," tambahnya