Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 14, 2008

Dalang di sebalik Projek B**I Moden.

Reactions: 

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.

Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!

Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana.

Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Berikut kenyataan Dr Lee:
"Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Karim Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)"

Menurut akhbar The Sun lagi:
At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.
Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Dr Karim Mansor dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah mendapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Dr Karim Mansor. Terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini.

Sekarang siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!

Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong.

ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor pun pembohong besar.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.

Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Mohd Tarmudi Tushiran lidah bercabang.

Tarmudi Tushiran ini mempunyai seorang anak, Ketua UMNO Cawangan Kampung Tumbok Tahun 2004 - 2007 yang membawa usul berkenaan kepada Ahli Parlimen.

Adakah Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng?

Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor tidak mustahil mereka akan ditimpa nasib hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta", "sawan babi", "ba be end", dan entah apa-apa lagi.