Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 18, 2008

Che' Det yang ber"Jasa"

Reactions: 

Assalamualaikum...

kebelakangan ni kalau kita lawat laman web & blog para pro UMNO baru(Che'Det)nampaknya bertungkus lumus mereka mempertahankan pemimpin idola mereka itu...habis segala jasa TDM direview satu persatu...habis semunya menuntut pembalasan yang setimpal dengan jasa2 Che'Det seolah Che'Det tak pernah mendapat penghargaan dari rakyat Malaysia...memang benar..Che'Det seorang yang amat berjasa pada negara Malaysia & rakyat Malaysia...semua agenda ekonominya adalah menyeluruh.terima kasih untuk itu...tetapi,yang benar tetap benar & yang salah tetap salah.tidak ada kesalahan yang dapat dikambus dengan jasa...jasa tetap jasa & kesilapan tetap kesilapan...pada Che'Det saya doakan semoga tabah menghadapi semua ini,dan anda harus terima setiap "laba" dari kesilapan anda.anda sendiri yang bicara tentang "ketelusan" dan akhirnya anda sendiri yang "mencabul" kata-kata anda.

nah...ini baru permulaan...banyak lagi yang bakal datang...tenang Che'Det...benar kata-kata anda "Melayu Mudah Lupa"...melayu lupa pada jasa tetapi melayu tidak akan lupa pada kesilapan.bukan melayu je Che'Det...semua bangsa pun begitu...anda pernah menzalimi dan anda harus terima kezaliman yang datang pada diri & hidup anda kerana kita adalah "Makhluk Allah"

SPR vs Kabinet Pak Lah.

Reactions: 
Berita 1 : SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal Soon Li Tsin | May 17, 08 3:19pm
"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini

Berita 2 :
PM: Batal dakwat budi bicara SPR May 18, 08 6:30am
"Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.

"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.

Apekebende nih?Sebenarnya sape yang bertanggungjawab?makin pening kita dibuatnya...sebelum PRU kita ditipu...dah habis PRU pun masih depa nak menipu kita lagi?

Nak tanya balik kat Pak Lah...dari mana Pak Lah dapat info tu?atau sekadar ceritera hikayat Pak Lah sebab takut ditumbangkan dalam PRU?atau Pak Lah dapat masa tengah bertafakur dalam dewan?atau Pak Lah dapat "Ilham" tentang berita ni?atau Pak Lah dapat dalam mimpi Pak Lah?atau Pak Lah pun kene tipu dengan "informer" Pak Lah?

Kalau Pak Lah tertipu oleh "informer" Pak Lah...terbuktilah Pak Lah ni seorang yang lemah.orang yang lemah tak layak jadi PM.macam mana seorang yang lemah nak memimpin sebuah negara?negara tak boleh ditadbir didalam tidur Pak Lah.negara tak boleh ditadbir berpandukan pada "maklumat tak sah"...ini ke PM Malaysia?

Rashid pulak...lagi lagi Rashid,lagi lagi Rashid...sebelum PRU kecoh,lepas PRU pun kecoh lagi dibuat mamat sorang ni.bila baca pada statement ke2-2 belah pihak,dapat disimpulkan bahawa ke2-2 pemegang amanah ni adalah seorang yang tidak amanah dan tidak tahu bidang kuasa dan kerja masing2...2-2 pak turut,2-2 boleh dipergunakan,2-2 kurang otak...

1 perkara yang jadi tandatanya ialah adakah dakwat khas tersebut dah dibeli atau belum?kalau dah dibeli oleh SPR kita mintak SPR pamerkan buat tontonan dan sebagai bukti bahan tersebut ada & wang sebanyak itu telah dibelanjakan seperti yang dirancang...Kalau SPR gagal mempamerkan bahan tersebut maka kita harap pihak BPR tak segan silu untuk memulakan siasatan.siasat kemana perginya duit sebanyak itu.

Rakyat perlu tahu!!!

"Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu"

Reactions: 

Assalamualaikum & Salam Perpaduan

Tolong berikan sokongan Kepada Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu dalam menuntut dikembalikan Royalti kepada Rakyat Terengganu dengan menandatangani petisyen. Tolong sertakan nama dan ic. Jangan guna Anonymous. Petisyen ini akan dihantar sebagai MEMORANDUM kepada SULTAN Mizan, MPPR, PM, MB Trg & Petronas Trg.

"Kembalikan Royalti Petroleum Terengganu"
http://www.ipetitions.com/petition/royaltipetroleum?e

MAMPAT juga melancarkan Kempen RM 1 = Royalti Minyak. Sumbangan bolehlah di masukkan ke dalam akaun MAMPAT di Bank Islam dengan nombor akaun MAMPAT iaitu 130 170 108 113 47. Mungkin bagi anda apalah ertinya RM 1, tapi bagi kami simbolik RM 1 adalah
i. RM 1 = bilangan orang yang menyokong tuntutan Royalti
ii. RM 1 x 100 000 orang = RM 100 000

Sekiranya anda tak mampu untuk menyumbang RM 1 kepada MAMPAT, anda digalakkan untuk menyumbang RM 10 kepada kami, di mana RM 10 bermakna anda mewakili 10 orang yang menyokong tuntutan ini. Bantulah kami untuk menjayakan kempen ini. Terima kasih

Tolong fowardkan juga kepada kawan-kawan yang lain. Sila kunjungi blog kami di ...

http://mampat.blogspot.com