Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, May 29, 2008

UMNO vs UMNO.

Reactions: 

Assalamualaikum...

Akhirnya tanpa kita sedari,peperangan era baru UMNO telah bermula.saya tidak dapat meramal dengan tepat apa yang akan berlaku dalam senario politik Malaysia mulai hari ini tetapi dari pemerhatian saya yang masih mentah ini "mungkin" akan berlaku & bermulanya perang antara pro kepimpinan UMNO sekarang(PM)dengan pro kepimpinan UMNO dahulu(Mantan PM).

Pertamanya,dengan kemasukan Ezam kedalam UMNO yang sudah pasti membawa dendam lama...ya...dendam terhadap Mantan PM Che' Det yang satu masa dahulu telah manjatuhkan Gerombolan Reformasi UMNO pimpinan Mantan TPM & Ezam.


Bila Ezam bercakap tentang rasuah dan salahgunakuasa,saya tidak nampak ianya ditujukan kepada sesiapa melainkan kepada Mantan PM & para penyokong-penyokongnya."KERANA APA..?"kerana memberontaknya Ezam pada kerajaan UMNO/BN ialah berasal dari tindak-tanduk Mantan PM Che' Det.& sekarang Mantan PM Che' Det sudah berada diluar UMNO maka mudahlah lagi bagi Ezam untuk meneruskan serangan & agendanya dalam perjuangannya yang "belum selesai" iaitu mendedahkan salahlaku Mantan PM Che' Det.


Kenapa memilih UMNO sebagai platform?


Kita sedia maklum berlaku perpecahan didalam UMNO.UMNO pro Pak Lah & UMNO pro Che' Det.ke2-2 "pro" ni saling cuba menjatuhkan antara 1 sama lain.pro Pak Lah dengan agenda & kepentingannya sendiri sedaya upaya cuba mempertahankan kuasanya & pro Che" Det juga dengan agenda & kepentingannya sendiri sedaya upaya cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah & menaikkan para pro Che" Det bagi mengekalkan penguasaan Che" Det dalam politik Malaysia.


Ezam pula dilihat masih menyimpan dendam pada Mantan PM & setelah 10 tahun mendedahkan salahlaku Mantan PM diluar UMNO diatas platform PKR & GERAK,Ezam masih gagal malahan langsung usahanya langsung tidak berhasil kerana bagi kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN suara-suara dari luar UMNO/BN tidak lebih dari sekadar suara sumbang yang mahu menjatuhkan kerajaan tidak kira ianya benar atau tidak.


Saya melihat Ezam sebagai seorang yang pandai mengambil kesempatan diatas ke2-2 kemelut diatas untuk mencapai cita-citanya menjatuhkan Mantan PM yang telah lama didendaminya.Dengan kedudukan Pak Lah yang semakin hari semakin suram,Ezam bertindak mendekati Pak Lah & menawarkan dirinya untuk membantu Pak Lah mengembalikan pengaruh Pak Lah & seterusnya mengekalkan kuasanya.


Bagaimana?


Ezam dengan cita-cita reformasi rasuahnya akan mendedahkan 1 demi 1 salahlaku Mantan PM dari dalam UMNO & sudah pasti dengan kreadibiliti yang ada padanya selama ini,pengaruh Mantan PM akan sedikit demi sedikit akan terhakis dan dalam masa yang sama kedudukan Pak Lah akan semakin kukuh & Ezam juga akan menjadi "hero" bagi para pro Pak Lah...tak mustahil dari sini Ezam akan membina penyokongnya yang tersendiri & para pro Khairy sudah pasti akan menjadi penyokong no1 Ezam didalam UMNO kerana hasil kerjanya(itupun jika benar telahan saya).


Walau bagaimanapun segala analisis diatas hanya sekadar telahan sahaja.terlalu banyak yang berlaku didalam politik Malaysia mutakhir ini & ada antaranya berada diluar kotak pemikiran kita.Tapi apa yang pastinya ialah - Kemasukan Ezam kedalam UMNO/BN sedikitpun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada menambahkan lagi pergolakan dalaman UMNO/BN...selamat datang ke era perang UMNO vs UMNO.wisma Putra bakal bergegar lagi...