Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, June 13, 2008

Demo terbesar bantah harga minyak.

Reactions: 

diciplak dari : malaysiakini

Wartawan Malaysiakini | Jun 13, 08 11:34am

Berikut catatan ringkas laporan awal perhimpunan Pemuda Pakatan Rakyat membantah kenaikan mendadak harga minyak dari Kampung Baru ke Kompleks Pertama-Sogo selepas solat Jumaat hari ini.

>>> Tonton video perarakan di sini.
>>> Lihat peta perarakan di sini (Rancangan asal di bawah).

3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

petrol price hike protest kg baru sogo 1306083.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak."Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.

2.30 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

2.23 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 022.11 petang Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.

2.00 petang Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.

1:45 tengahari Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000.

1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.

1.00 tengahari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Krian serta timbalannya, Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di Majlis Kampung Baru.

Turun hadir ialah ahli Parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi yang ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.

kampung baru klcc petrol price hike protest 130608 01Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 pagi manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.

Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.

Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.

Pada kira-kira jam 12.40 tengahari, kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.

Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.

Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.

Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah/Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalulalang di situ menuju ke masjid.

Sementara tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan di belakang KLCC.

Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.

bantahan harga minyak 13 jun 120608

Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

Katanya, anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.

Beliau juga melaporkan berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.

Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.

Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.

>>> Tonton video perarakan di sini.

Minyak Bakal Naik Lagi???Renungan Untuk Semua...

Reactions: 

Assalamu'alaikum...

Baru je 2-3 hari lepas kita diwar-warkan oleh "Bakal ,MANTAN PM" bahawa "tiada lagi kenaikan harga bahan bakar tahun ini" & hari ini kita dikejutkan dengan 1 berita yang "mungkin" menjadi 1 lagi signal bahawa kita bakal ditipu & "mungkin" "Bakal MANTAN PM" akan menipu kita lagi untuk kesekian kalinya...

Minyak petrol naik RM3.15 hujung bulan ini
12-06-2008 08:33:39 PM


PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga runcit bahan api yang lebih tinggi daripada RM2.70 bagi petrol dan RM2.58 bagi diesel berkuatkuasa Khamis lepas, jika ia tidak menstrukturkan sistem subsidi bahan bakar.Ini kerana harga minyak mentah global meningkat kepada AS$178 setong dua hari selepas itu.

Tanpa sistem subsidi baru yang ditetapkan pada 30 sen, kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga pada RM3.15 seliter untuk petrol, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Menurut beliau semasa kerajaan mengumumkan harga baru petrol, harga tanpa subsidi ialah RM3.00 seliter dan dengan subsidi harganya RM2.70 seliter iaitu kurang 30 sen.

Pada 4 Jun, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 seliter.

"Namun pada Jumaat, dua hari selepas pengumuman harga baru, harga dipasaran naik sehingga US$178 setong. Berasaskan pada harga itu, harga tanpa subsidi sekarang ialah 3.45 sen," katanya pada taklimat media mengenai Bajet 2009 hari ini.

"Harga dah naik, jadi kalau kita tidak buat apaapa dan kekalkan sistem subsidi. Hujung bulan kita terpaksa umumkan harga minyak pada RM3.15 sen seliter," katanya sambil menambah jumlah subsidi akan meningkat ketahap RM33 bilion.

Nor Mohamed berkata tanpa penstrukturan semula, kerajaan mengunjurkan jumlah subsidi dari Jun hingga Disember 2008 sebanyak RM10 bilion, manakala bagi lima bulan pertama 2008, jumlah subsidi meningkat kepada RM8 bilion.

Menurutnya jumlah hasil kerajaan dari semua sumber hanya RM147 bilion dan daripada jumlah itu, RM33 bilion harus dikeluarkan daripada bajet untuk memberi subsidi kepada syarikatsyarikat minyak kerana mereka telah diminta menjual minyak pada tahap yang rendah. BERNAMA

Rujuk [ sini ]

Tunggulah berita seterusnya dari "Bakal MANTAN PM" kita & bersedialah kita untuk hari esok yang semakin gelap.renunglah anak-anak,isteri & keluarga dirumah & fikirkan...mampukah kita memikul beban melindungi mereka & menunaikan tanggung jawab kita terhadap mereka dengan beban kehidupan yang semakin meninggi...

Hari esok kita semakin dihimpit oleh mereka yang diberi amanah oleh majoriti dari kita juga.saya fikir sudah sampai masanya untuk kita lakukan perubahan yang paling besar dalam hidup kita.tak perlu lagi menyalahkan sesiapa,cukuplah & usahlah kita menyalahkan lagi tangan-tangan yang memangkah KERAjaan kita hari ini.


Mungkin sudah sampai masanya untuk kita menyalahkan diri kita sendiri.

Salah kita juga kerana gagal memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang masih belum sedar.
Salah kita juga kerana tidak pandai menyedarkan mereka.

Salah kita juga kerana tidak memberi maklumat yang dapat mereka fahami.

Salah kita juga kerana sebenarnya kita tidak muhasabah diri.
Salah kita juga kerana terlampau asyik menyalahkan mereka-mereka.
Salah kita juga kerana terlalu "emosi" ketika memberi "informasi".
Salah kita juga kerana kita tidak "cermin diri".


Saya ingin menyeru diri saya sendiri,para penulis-penulis,blogger-blogger,sahabat-sahabat sekelian,pembaca-pembaca & seluruh warga TKO supaya mulai hari ini kita ubah diri kita,kita ubah cara kata...muhasabah diri & ubah cara penyampaian kita daripada "menyerang" kepada "menerang"...semoga langkah baru kita ini akan lebih mendekatkan kita kepada "mereka-mereka" itu...semoga langkah baru kita ini akan dapat "menimbulkan" cahaya kesedaran kepada mereke-mereka itu & yang lebih penting lagi semoga langkah baru kita ini akan lebih diberkati oleh Allah.

Mungkin "Ma'al Hijrah" sudah lama berlalu tetapi rasanya masih belum terlewat untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik sementara kesedaran masih ada pada "jiwa" kita.sungguh...masih belum terlewat rasanya...


Bukan mudah untuk berjuang tapi bukan masanya juga untuk bersenang-lenang...


Lakukan sesuatu untuk PERUBAHAN!

Antara yang TIDAK DISIARKAN Dalam Media Perdana.

Reactions: 
Sebuah sekolah animasi – DARUL DIGITAL - ditubuhkan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan dana teroka multimedia yang disediakan kerajaan sebagai modal permulaan sejumlah RM1.5j.



Bantuan orang kurang upaya meliputi;
i. Cacat anggota asal atau kemalangan
ii. Down syndrome
iii. Kusta
iv. Stroke hingga hilang upaya mencari nafkah




Sebanyak 90 buah rumah akan dibina untuk orang miskin di seluruh negeri dengan belanjawan sebanyak RM2.6juta.



Sejumlah RM4 juta ringgit iaitu RM2j untuk armalah dan RM2j untuk
anak yatim.



Syarikat Kelantan Biotech Corporation adalah anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ditubuhkan khusus untuk mengembangkan industri biotek di Kelantan.



Majlis pelancaran gilang gemilang Nisa' Games Malaysia yang pertama yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu



Loji Air Pahi Kuala Krai



Pelancongan - Di Kampung Budaya ini juga akan mempunyai (amphitheater ) untuk persembahan seni budaya Kelantan seperti dikir barat dan wayang kulit. Juga ada gelanggang untuk permainan tradisi seperti gasing dan wau.



Gaharu dikenali juga sebagai Agarwood. Ia adalah nama yang diberikan kepada teras dan resin dari tumbuhan dalam genus Aquilaria. Di Malaysia gaharu boleh dihasilkan oleh pokok depu, karas, atau canang.
Majlis menandatangani perjanjian penerokaan industri Gharu.



Salah satu program yang dirangka untuk remaja agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral




Dan banyak lagi di dalam Membangun Bersama Islam.
Kelantan Sejatera

Lagi Elaun-Elaun Rahsia Pak Menteri...

Reactions: 
diciplak dari : kataknaik

Gambar Hiasan

Lagi Elaun Menteri.

Berikut adalah senarai terbaru elaun-elaun rahsia untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri , Menteri Cabinet dan Timbalan Menteri.
Maklumat ini dibekalkan oleh Awang.

Jenis Elaun
Perdana Menteri
Timbalan PM
Menteri
Timbalan Menteri
Sabun
RM15,000
RM12,000
RM9,000
RM6,000
Elaun Shampoo (Hamid Albar dapat separuh saja)
RM15,000
RM12,000
RM9,000
RM,6,000
Elaun Gunting Rambut trim misai, cabut bulu ketiak dan bulu hidung)
RM10,000
RM7,000
RM,4,000
RM2,000
Elaun garu perut, kaki dan pungkoq
RM5,000
RM3,000
RM1000
RM500
Elaun Maki (sebab banyak kena maki oleh rakyat)
RM25,000
RM18,000
RM,12,000
RM7,000
ELaun curut dan rokok
(elaun arak dibayar bawah kaunter)
RM10,000
RM9,000
RM7,000
RM5,000
Elaun konspirasi (untuk mereka yang rancang konspirasi untuk jatuhkan musuh. (Dimulakan pada selepas tahun 1996)
RM1,000 sejam
RM1,000 sejam
RM800 sejam
RM500 sejam
Elaun alat pengesan cctv (dimulakan selepas kes CSL)
RM15,000
RM12,000
RM,10,000
RM8,000
Elaun menipu (untuk ganti dosa menipu rakyat- mesti tunjuk bukti tape atau video)
RM5,000 bagi setiap penipuan
RM3,000 bagi setiap penipuan
RM1,000 bagi setiap penipuan
RM800 bagi setiap penipuan
Elaun kurang tidur
-tiada-
RM3000
RM2500
RM2000
Elaun perjalanan semasa cuti
RM100 sekilometer
RM80 sekilometer
RM50 sekilometer
RM25 sekilometer
Elaun queen control
RM10,000
RM35,000
RM5000
RM3000

Ini saja yang Awang dapat bekalkan tapi dia masih berusaha.

Rintihan Seorang Kuli...

Reactions: 
hasil sumbangan dari seorang sahabat :

"Kelakar tp ada kebenarannye"


Semalam aku gi cari petrol pump yang kosong...suma Q sampai lebih kurang 1KM tu...adalah jumpa yang kosong.. petrol pump yang tak siap agi... hat tu kosong arrr...tak dapat isi minyak pun...Q sampai 2355 hours pun masih at no 155 kot...

Ahhh sebok2 Q cam lah minyak tu isi sekali ni tak kan habis...kalau tak guna pun akan habis juga, kering dek hydration.


Cukup bulan ni aku ingat nak li beskal...buat spare beskal roda 3 sebab nak bawak anak2 gi skolah...g jejalan...keta tu nak tebok lantai pas tu convert gear AUTO...so bila put on D pas tu kayuh ngan kaki cam Flintstone tu...at least fun sket pepagi...boleh Yabedabedooooo...

The increase is too drastic; and the rebate did not do much help to the
lower income people who is now struggling to survived...

Tak yah pikir nak makan beras siam lah...beras tempatan brand GIANT hat 5kg tu pun rasa dah cam tak mampu nak beli..kalau beras Basmathi tu...sampai mati pun takkan dapat makan...
Pas ni tambang bas skolah semua akan naik...

Harap2 baby sitter takkan naikkan harga lah...pas ni juga pasti akan tertubuh satu agency atau consultant company yang akan keluarkan product "SOLUTION FOR YOUR EXPENSES PLANNING" dan akan lebih banyak direct selling company yang akan mengeluarkan product "MENGURANGKAN SELERA MAKAN".

Pas tu tariff letrik pun nak naik gak...kenalah kumpulkan anak beranak untuk tidur satu bilik dan cara tu boleh jimatkan penggunaan kipas...kalau nak tidur bilik lain2 pun kasik kipas tangan...masa g Jom Heboh hari tu banyak dapat Kipas Tangan Samsung...kena carik yang PERCUMA aje sekarang ni...kalau tau ada festival mana2 nanti kita pakat g collect barang2 PERCUMA...


Kalau nak ikut cara aku seperti diatas...hat yang ada laki & bini
kenalah pikir cemana korang nak projek plak... Yang tu LU PIKIRLAH SENDIRIII......!!!

Yang ada aircond tu....kalau rasa nak stop guna aircond,cabut gi jual ajelah secondhand...dapat gak duit nak cover electric bill bulan depan...pas tu yang iron baju berjam2 sebab nak dapatkan side tajam tu...korang hempap jelah baju korang tu ngan tepon direktori satu malam...pas tu esok pagi bila gosok...side tu dah kira ada dan cuma ratakan aje...so kuranglah masa penggunaan iron tu...kalau tak cukup gakk...buat cara SIDEKICK aje...cara tu akan lebih tajam di ingatan...hehehe


Pas tu gas pun naik gak...pakai dapur arang ajelah ek...so standbylah arang dan kayu api lepas ni....weekend nanti aku nak gi explore hutan kat bukit cherakah nak gi cari kayu api...sebab gas kat umah tu ngam2 aje aku rasa sampai time harga dia naik nanti...tapi kang gi carik kayu
api kang jumpa lak mayat yang kena bom lagi...mana kita tahu dalam hutan banat tu kalau bom pon bukan orang dengar tul tak..?kang tak pasal2 aku jadi saksi utama perbicaraan plak....

Itu glamour yang tak perlu...tak nak lah aku....


Pas ni kalau aku kena makan kat luar... aku akan order makanan dan minuman yang kurang harga aje...boleh cam tu..?
aku rasa malam kang aku nak masuk website PAKLAH... pas tu aku nak luahkan story aku ni kat website dia...pas tu aku nak antar email ke penerbit BU TV3... suruh dia baca masa berita untuk satu hari dan aku nak minta gaji dan semua peruntukan untuk Menteri2 dipotong 50%...sebab - diorang ada keta free,petrol free,rumah free,makan minum free,bini g shopping pun free...

Dan diorang ni sumenya cash rich sedangkan aku...CASHLESS...uhuk...uhuk...uhuk...


Yang kena tukar gaya hidup tu diorang bukan nya kita ni tau!!!marahlah ni...!!!kita ni nak disuruh tukar ke gaya macam mana lagi aku pun dah jammed otak nak pikir.....


Anyway,apa pun yang berlaku...LIFE HAS TO GO ON...janganlah korang gi TURN OFF plak life tu...haru lak nanti...kalau sebelum ni I LIVE MY LIFE TO THE FULLEST...sekarang ni kena kurang kan ke 3QTR FULL ajelah....

Kalau sebelum ni TAGLINE AKU "hat tu kira OK lah tu" kena lah aku ubah sket "hat ni tak brapa OK sangat" hehehe...


Terima kasih semua sebab sudi luangkan masa baca luahan hati aku yang ngarut ni...hey mana ada ngarut...aku rasa bukan aku sorang aje yang rasa cam ni...mungkin ada ramai diantara kita pun sebenarnya terpikirkan hal yang sama...BETUL TAK?


K lah.. wa ciao lu ek!!!!!

*gambar hiasan