Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 19, 2008

Keharaman Nationalisme & Patriotisme.

Reactions: 

diciplak dari : http://armorphism.blogspot.com/

"Nationalism is an ideology [1] that holds that a nation is the fundamental unit for human social life, and takes precedence over any other social and political principles. Nationalism typically makes certain political claims based upon this belief: above all, the claim that the nation is the only fully legitimate basis for a state, that each nation is entitled to its own state, and that the borders of the state should be congruent with the borders of the nation.[2] Nationalism refers to both a political doctrine[3] and any collective action[4] by political and social movements on behalf of specific nations. Nationalism has had an enormous influence upon world history, since the nation-state has become the dominant form of state organization. Most of the world's population now lives in states which are, at least nominally, nation-states. Historians also use the term "nationalism" to refer to this historical transition, and to the emergence of nationalist ideology and movements... .....& etc." source: http://encyclopedia .thefreedictiona ry.com/nationali sm


Keharaman Nasionalisme & Patriotisme

Nasionalisme adalah satu konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia mengikat dan menyatukan manusia atas dasar bangsa atau keturunan, walhal satu-satunya cara yang benar untuk mengikat dan menyatukan umat Islam adalah berdasarkan ikatan akidah. Bersatu atas dasar jalur keturunan atau bangsa jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Abu Daud meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah".

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu'ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda, "Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian." Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn Hisyam].
At-Thabrani dan al-Hakim melaporkan bahawa pada suatu hari beberapa orang sedang berbual tentang Salman al-Farisi dengan merendah-rendahkan bangsa Parsi berbanding bangsa Arab. Apabila mendengar hal ini, Rasulullah tersu bersabda, "Salman adalah dari ahli al-bait (keluarga Rasulullah). " Kata-kata Nabi ini sebenarnya memutuskan segala bentuk ikatan berdasarkan keturunan atau bangsa.. Dikisahkan juga oleh Ibn Al-Mubarak di dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah bahawa terjadi perselisihan antara Abu Zar dan Bilal, lalu Abu Dzar berkata kepada Bilal, "Engkau anak orang hitam." Rasulullah amat marah mendengar kata-kata Abu Zar ini lalu bersabda, "Engkau sudah melampau wahai Abu Dzar. Orang yang mempunyai ibu yang putih langsung tidak ada kelebihan di atas orang yang mempunyai ibu yang hitam." Kata-kata Rasulullah ini memberi kesan yang mendalam ke atas Abu Dzar sehingga beliau meletakkan kepalanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya selagi Bilal tidak memijak kepalanya.

Peristiwa-peristiwa di atas menunjukkan kepada kita bahawa ikatan assabiyyah dan wathaniyyah langsung tidak ada tempat di dalam Islam. Kaum Muslimin diperintahkan agar bersatu atas dasar persamaan akidah dan tidak membezakan antara satu sama lain hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa atau asal keturunan. Rasulullah mengingatkan kita bahawa kaum Muslimin adalah umpama tubuh yang satu, jika salah satu bahagian sakit maka keseluruhan tubuh akan terasa sakit. Ini bermakna setiap Muslim tidak kira Arab, Melayu, Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan sebagainya adalah ummatan wahidah dan kita tidak boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan bangsa mahupun tanahair.

Sesetengah orang mendakwa bahawa Rasulullah membenarkan assabiyyah berdasarkan peristiwa hijrah di saat Rasulullah bersabda tentang Mekah dengan air mata membasahi pipinya, "Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi." Sebenarnya kata-kata Nabi ini langsung tidak ada kena-mengena dengan assabiyyah (nasionalisme) mahupun wathaniyyah (patriotisme) . Kesalahfahaman ini timbul kerana hadis ini selalunya tidak dibaca atau dipetik secara sepenuhnya, yang berbunyi, "Engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling aku sayangi kerana engkau adalah bumi yang paling Allah sayangi". Oleh itu, kecintaan Rasulullah kepada Mekah adalah kerana kedudukannya yang suci yang Allah berikan dan bukannya kerana Rasulullah dilahirkan di sana. Setiap Muslim justeru mesti cinta dan sayangkan Mekah kerana bumi ini adalah bumi yang paling Allah sayangi dan hal ini langsung tidak ada hubung-kaitnya dengan nasionalisme atau patriotisme!

Perubahan Politik Dan Kepimpinan

Walaupun nasionalisme di kalangan kaum Muslimin kini semakin terhakis, namun masih terdapat beberapa halangan untuk menghapuskan penyakit ini secara total dari dunia Islam. Halangan ini mesti dikaji dan difahami betul-betul oleh umat Islam agar usaha untuk menghapuskannya berjalan sesuai dengan tuntutan syara'. Halangan utama yang wujud adalah kerana umat Islam itu sendiri (khususnya pemerintah) yang tidak berhukum dengan hukum Islam. Ini adalah manifestasi dari sistem politik kufur yang diamalkan dan sistem pendidikan yang masih bertunjangkan kurikulum penjajah. Ini ditambah dengan kedudukan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang rata-ratanya adalah agen Barat atau pun tunduk patuh pada kuffar Barat.

Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan di negeri-negeri umat Islam sekarang adalah hasil tinggalan penjajah yang telah direka sedemikian rupa oleh golongan kufur ini agar memisahkan hukum-hukum Islam dari kehidupan. Islam hanya diajar sekadar sebuah 'agama' sebagaimana 'agama' yang difahami oleh Barat, yang langsung tidak berfungsi di dalam kehidupan kecuali di dalam bidang ritual sahaja. 'Islam' hanya menjadi salah satu dari subjek yang langsung tidak ada kaitan dengan penyelesaian masalah manusia (mu'alajah li masyaakil insan), apatah lagi jika hendak dikaitkan Islam dengan sistem pemerintahan, politik, mua'malat, uqubat, jihad, ghanimah, jizyah, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Sistem pendidikan yang ada bukan sekadar mengembangkan lagi sekularisme sebagaimana yang Barat mahukan, malah direka dengan sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak kaum Muslimin disemai dengan benih cintakan bangsa dan tanahair dan mesti sanggup mati demi mempertahankannya.

Namun demikian, sistem pendidikan bukanlah halangan terbesar di dalam menghapuskan assabiyyah dan wathaniyyah kerana sistem pendidikan hanyalah 'produk' dari sistem politik dan pemerintahan. Dengan kata lain, sekiranya sistem politik berjaya diubah, maka insya Allah sistem pendidikan juga akan turut berubah. Malangnya, sistem politik yang berjalan sejak runtuhnya Daulah Khilafah adalah tidak lebih dari apa yang telah dicorakkan oleh penjajah. Melihat kepada situasi politik pada hari ini, secara de factonya ia akan meletakkan umat Islam selamanya terpisah (melalui negara-bangsa) atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah.

Secara sedar atau tidak, pemimpin kaum Muslimin yang ada pada hari ini adalah 'mekanisme' utama Barat untuk memastikan kaum Muslimin tidak akan bergabung semula dari segi politik. Sesungguhnya ramai dari pemimpin kaum Muslimin yang berkuasa pada hari ini sebenarnya 'dimahkotakan' secara langsung oleh Barat dan tak kurang pula bilangan yang diberi lampu hijau untuk memerintah selama mana mereka mengikut telunjuk Barat. Para pemimpin inilah yang bermati-matian mempertahankan batas sempadan palsu yang Barat tetapkan hingga ada yang mengisytiharkan perang sesama Muslim atas dasar perbezaan sempadan ini, semata-mata kerana takut kehilangan takhta. Lebih dahsyat, para pemerintah ini sanggup menangkap, memenjara, menyiksa malah membunuh rakyatnya sendiri yang berjuang untuk menyatukan semula kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan dengan menghapuskan segala bentuk assabiyyah dan wathaniyyah.

Manifestasi pemikiran kufur ini (nasionalisme dan patriotisme) tidak akan dapat di atasi tanpa adanya perubahan politik. Jika para pemimpin kaum Muslimin ini tidak mahu menukar pemikiran kufur yang ada pada mereka dan menggantikannya dengan pemikiran Islam, maka mereka ini pada hakikatnya wajib ditukar dan diganti dengan para pemimpin ikhlas yang akan menerapkan hukum-hukum Allah. Dengan ini, benteng penghalang terbesar dalam menghancurkan pemikiran assabiyyah dan wathaniyyah akan dapat diruntuhkan. Nasionalisme dan patriotisme yang selama ini membelenggu umat Islam, menyebabkannya terpecah belah dan bercerai berai akan pasti terhapus dengan hidupnya pemerintahan ikhlas yang benar-benar menerapkan hukum-hukum Allah dan mengikat umat hanya dengan ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.

Sesungguhnya keharaman assabiyyah dan wathaniyyah adalah jelas dan nyata, sebagaimana jelasnya malapetaka dan perpecahan yang dibawa keduanya. Justeru, adalah menjadi kewajiban setiap Muslim untuk menghilangkan sifat dan sikap ini dari diri mereka, seterusnya bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah melenyapkan kekufuran ini di mana jua mereka temui. Setiap Muslim juga wajib memuhasabah (bukannya bersekongkol dengan) pemimpin yang mengamalkan fahsya' (kekejian) ini dan berusaha menyatukan kaum Muslimin di bawah bendera 'La ilaha illallah Muhammad Rasulullah' tanpa mengenal batas sempadan, bangsa mahupun keturunan. Dalam konteks ini, seluruh negeri kaum Muslimin (termasuk Malaysia dan Indonesia) sepatutnya bergabung membentuk satu negara dan melantik seorang Khalifah yang akan menerapkan pemerintahan berdasarkan Al-Kitab dan As-Sunnah. Jika dulu Rom dan Parsi yang asalnya negara kufur, boleh tunduk dan bergabung di bawah satu Daulah, apatah lagi kini, Malaysia dan Indonesia yang sememangnya negara kaum Muslimin, tentunya lebih mudah untuk digabungkan, Insya Allah. Pokoknya, jika dibuang jauh-jauh segala bentuk assabiyyah dan wathaniyyah yang mengikat kedua-dua negara sekarang ini, maka dengan izin Allah, Malaysia dan Indonesia akan bersatu.

Tindakan batal kursus jejas pengusaha hotel

Reactions: 

( Petikan pendapat pembaca Berita Harian-19.06.2008 )

SAYA tertarik kepada kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berhubung seminar dan kursus tidak akan dijalankan lagi di hotel berikutan langkah kerajaan berjimat cermat.

Pada pendapat saya, sebelum mengeluarkan kenyataan, beliau seharusnya mempertimbangkan dulu sedalam-dalamnya kesan yang akan dialami sebahagian lagi rakyat yang tidak berpeluang untuk berada dalam perkhidmatan kerajaan yang harus berkerja dengan gigih untuk mengecapi hidup yang selesa.

Keputusan untuk menghentikan kursus dan seminar di hotel, terutama yang bertaraf tiga bintang ke bawah boleh membunuh sebahagian besar daripada pengusaha hotel di negara ini.

Bagi saya kenyataan itu kurang tepat. Bayangkan berapa ramai kakitangan hotel yang berdepan dengan risiko dibuang kerja akibat hotel tiada perniagaan.

Seperti kenyataan Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, 70 peratus pendapatan industri hotel bergantung kepada pakej kursus dan seminar daripada kerajaan.

Kerajaan mempunyai wang dan seharusnya diagihkan kepada rakyat, tetapi bukanlah secara percuma tetapi dengan membeli perkhidmatan disediakan.

Sektor pelancongan memang menjadi keutamaan bagi pengusaha hotel tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, tidak ramai yang sanggup memperuntukkan wang untuk berbelanja bagi bercuti.

Langkah penjimatan yang hendak dijalankan pihak kerajaan tidak seharusnya sehingga sampai membebankan industri pengusaha dan pekerja hotel. Bayangkan nasib pengusaha hotel dan kakitangan yang ada , apabila semua tempahan yang dibuat sehingga hampir hujung tahun dibatalkan serta-merta, mana hendak dapatkan wang untuk bayaran gaji pekerja? Melainkan terpaksa membuang sebahagian besar pekerja.

Lebih menyedihkan jika perniagaan terpaksa gulung tikar, sebelum ini pihak kerajaan sendiri menyediakan pelbagai dana yang disalurkan melalui institusi kewangan bagi membolehkan usahawan memperluaskan perniagaan.

Langkah penjimatan kerajaan untuk tidak menjalankan kursus di hotel akan menyebabkan pengusaha tidak mampu untuk membayar balik pinjaman itu. Meneruskan kursus dan seminar di hotel bukanlah bebanan utama kepada pihak kerajaan, harga pakej boleh dirunding semula mengikut kesesuaian semasa.

Hotel boleh dikelaskan dan diletakkan syarat kelayakan untuk dipilih sebagai tempat untuk kursus mengikut kelayakan.

Saya menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang akan meneruskan kursus di hotel kerana beliau faham akan konsep ekonomi.

Pengalaman saya sebagai pengusaha hotel yang pernah melalui zaman kegawatan ekonomi 1997 dan 1998, keadaannya amat perit untuk dilalui sehingga banyak harta terpaksa pergi ke Dana Harta dan terpaksa dilelong. Saya serta semua pengusaha hotel yang lain tidak sanggup lagi untuk menghadapinya kali kedua pengalaman pahit itu. Saya amat berharap pihak kementerian dapat mengkaji semula perkara ini .

Banyak lagi cara lain yang boleh dilaksanakan kerajaan untuk berjimat dan berbelanja secara berhemah. Janganlah mengambil jalan mudah dengan tanpa disedari boleh menyebabkan kehidupan sebahagian rakyat yang juga banyak bergantung kepada kerajaan terhimpit. Walaupun bukan kakitangan kerajaan tetapi kami juga masih rakyat negara ini dan jangan diabaikan kebajikan kami.

ISMAIL ABDUL RAHMAN,

Pengarah Urusan Chandek Kura

Hotel Sdn Bhd, Langkawi, Kedah.

Keputusan Akhir.

Reactions: 

Hasil ilham : naim ramones

ASSALAMUALAIKUM,


Percaturan ini dikemukakan kerana untuk menyedarkan setiap PENGUNDI bagaimana membuat keputusan jika situasi pembubaran parlimen terjadi dalam masa terdekat ini dan hanya mempunyai masa yang singkat untuk membuat keputusan.


KEMUNGKINAN YANG AKAN TERJADI:


Ahli parlimen BARISAN NASIONAL akan melompat kedalam PAKATAN RAKYAT, dalam situasi sebegitu BARISAN NASIONAL tidak akan memberi laluan yang begitu mudah bagi PAKATAN RAKYAT membentuk Kerajaan Persekutuan sewenangnya-wenangnya. Perdana Menteri pasti membubarkan parlimen dengan Izin pihak istana. Dan kemungkinan piliharaya semula akan berlaku.


SITUASI YANG PERLU DIFAHAMI:


Pas - PKR - DAP (PAKATAN RAKYAT) tidak akan meletakkan calon secara bertindih, kerana PAKATAN RAKYAT telah mencapai satu kata putus yang agak baik dalam hal ini. Tetapi kita mesti memilih teraju utama dalam pakatan ini. Kerana tidak mahu diganggu gugat perjanjian sosial serta mahu terus identiti Melayu menjadi sandaran pada negara MALAYSIA tanpa meragut kepentingan hak bangsa lain. Ini kerana salah satu parti dalam kerjasama iaitu DAP sama seperti UMNO cuba memainkan sesitiviti berbaur perkauman. DAP agak lantang dalam mempersoal perkara yang agak sensitif dan mempengaruhi dalam membuat keputusan berkaitan dengan perkara yang tidak sepatutnya diungkit lagi. Walaupun mereka menunjukkan komitmen dalam PAKATAN RAKYAT untuk terus kukuh akan tetapi mereka tidak akan mengubah apa-apa dasar yang telah mereka perjuangkan selama ini iaitu konsep Malaysia Malaysian. Bukannya hendak mengesyaki mereka dalam kejujuran berpolitik serta berprasangka buruk terhadap perangkaan agenda terselindung mereka, tetapi kita mempunyai bukti iaitu negara Singapura sendiri. bagaimana satu ketika dahulu ketika Perdana Menteri Singapura pertama (Lee Kuan Yew ) yang begitu fasih Berbahasa Melayu dan begitu cekap dalam penulisan Melayunya, beliau berjaya mempamer jiwa kemelayuan bagi menarik pengundi Melayu Singapura. Tetapi akhirnya mengubah resolusi mengikut aliran global dan bukannya nusantara ketika kuasa ada ditangannya, dan bukan juga hendak menyamakan PAP dengan DAP. Tetapi itulah hakikat kerana kita tidak dapat menjangka sesuatu di masa hadapan, dan lebih baik kita cuba mengelak daripada menghadapi situasi masa depan yang tidak pasti kepada yang lebih pasti.


Percaturan ini bukan untuk menolak DAP 100%, cuma ingin mengurangkan kuasa mereka dalam kebanyakan persetujuan perkara yang agak sensitif.


APA YANG PERLU DILAKUKAN:


Memastikan PAS menjadi tunjang PAKATAN RAKYAT kerana PAS dianggotai 100% Melayu Islam dan pasti lebih stabil jika PAS yang menjadi tunjang PAKATAN RAKYAT. Berbanding sekarang ini ahli Parlimen PAKATAN RAKYAT yang agak serata sesama PAS - PKR - DAP menyebabkan batas-batas dalam membuat keputusan agak berlapik bertujuan menjaga hati sesama pihak bagi menjamin kelangsungan Pakatan. Kita cuma hendak menukarkan tunjang Melayu UMNO kepada Melayu PAS. Kerana itu adalah percaturan paling selamat setakat ini.


Dengan itu Setiap wakil dari UMNO pasti akan ditandingi PAS mahupun PKR melayu, pastikan setiap undian tidak menyebelahi UMNO kerana buat masa ini majoriti rakyat begitu tertekan dengan kenaikan harga minyak dan harga-harga barang lain juga alasan serta hujah yang tidak bernas dan tidak relevan yang sering Pihak Kerajaan Pusat war-warkan yang semakin menyerlahkan kekurangan penghayatan dalam menangani satu-satu masalah. Menyebabkan Rakyat membuat keputusan mengikut hati terluka bercampur perasaan marah yang pastinya akan memangkah selain BN tanpa memikirkan kesannya kelak. Saya juga percaya kebanyakan warga Malaysia Melayu masih takut kepada Kerajaan selain BN kerana tiada jaminan dalam hak istimewa orang Melayu dan menyebabkan mereka terus memangkah BN walau apa keadaan sekalipun. Jadi peringatan ini dirangka bagi mengembalikan rasional pengundi dalam membuat keputusan sebagai langkah menangani perasaan yang membuak marah atau lain-lain perasaan dan menangkisnya dengan sedikit penerangan. Percaturan ini haruslah disebar sesama Melayu dalam bentuk percakapan bagi menjamin keutuhan sesama anggota parti PAS - PKR - DAP. dan cuma yang perlu anda pastikan, hanya PAS dan PKR melayu mendapat pangkahan anda. Dan bagi setiap wakil DAP akan berdepan dengan MCA mahupun GERAKAN. Pastikan pangkahan anda menyebelahi MCA atau GERAKAN. Kerana mahu mempelawa MCA dan GERAKAN menyertai PAKATAN RAKYAT dalam menjamin bahawa PAKATAN RAKYAT adalah pakatan yang berlandaskan kepentingan rakyat. Ini kerana mereka adalah parti yang boleh dibawa berunding dan kurang ekstrimis berbanding DAP.


Percaturan ini dirangka kerana sudah pasti kerana DAP mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana mereka adalah penyumbang besar dalam kemenangan Piliharaya tersebut, dan juga semestinya Prestasi Perdana Menteri baru dari PAKATAN RAKYAT difokus bagi tidak melakukan sebarang kesilapan kerana mereka bagai singa menanti daging. Untuk mendapat jawatan tertinggi tersebut. Walaupun dalam perlembagaan jelas menunjukkan ketidak mungkinan bahawa bukan Melayu menjadi perdana menteri. tapi semua dalam perancangan mereka mengubal semula akta-akta sekiranya mereka mempunyai lebihan atau kesamaan kerusi dengan PAS atau PKR.

Dan jika kerusi mereka dikurangkan mereka pasti akan mengikut resolusi yang direncana PAS. Percaturan ini dirangka bagi mengelakkan peristiwa 13 mei berulang kembali. Semoga Malaysia lebih teguh dan berinspirasi bagi rujukan Negara lain. Menjadikan semua warga negara Malaysia bangga sebagai rakyat Malaysia. Dan mempunyai jati diri patrioritik berteraskan MELAYU.


Fikirkanlah!

Kenapa Abdullah pilih Anwar

Reactions: 

diciplak dari : sangkelembai

Abdullah Hj Ahmad berkata tidak alasan untuk dia tidak bertanding jawatan Presiden UMNO pada perhimpunan Agong tahun ini. Ini memberi pengertian dia hanya sekadar nak bertanding dan mengekalkan kerajaan tiga beranaknya pimpinan nya.

Kerana jika dia seorang pemimpin politik yang siuman dan berilmu, sudah pasti dia berkata bahawa banyak alasan yang menyebabkan saya bertanding daripada berkata tidak ada alasan kenapa tidak bertanding mempertahankan jawatannya.

Antara alasan yang boleh diberikan oleh nya ialah terpaksa meneruskan memegang jawatan Presiden UMNO kerana hendak bertanggung jawab membetulkan akan kesilapan yang berlaku sehingga rakyat dan ahli UMNO menolak UMNO/Barisan Nasional dalam PRU ke 12.

Sejarahnya perjalanan UMNO dan negara, kesemua Perdana Menteri meletakan jawatan kecuali Tun Razak Hussein setelah mendapat kepercayaan dari ahli parti UMNO dan juga Majlis Tertinggi UMNO akan memberikan sokongan kepada penggantinya.

Tunku meletakan jawatan selepas Tun Razak Hussein di akui diterima oleh ahli UMNO, Tun Husseein Onn juga meletakan jawatan setelah kesemua Naib Presiden UMNO dirundingkan dan menerima Tun Dr Mahathir Mohamed dan begitu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan satelah dia merasakan Abdullah Hj Ahmad boleh mengambil tanggung jawab bagi meneruskan kesemua program yang dirancang.

Sebenarnya orang-orang di luar komuniti UMNO, sangat mengalu-alukan kenyataan Abdullah Hj Ahmad itu, dia memberikan andaian bahawa ada kebenaran bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah berpakat dengan Anwar Ibrahim untuk kerajaan ini berpindah kepada Pakatan Rakyat atau kerajaan campuran di peringkat Persekutuan dan UMNO hanya menjadi parti serpihan memerintah hanya Terengganu, Melaka dan Johor sahaja atau Sabah jika Ketua Menteri tidak melompat. Tetapi rasanya dia akan melompat apabila kepentingan sudah tidak terjamin atau Kerajaan Federal yang baru memberi jaminan kepentingan tidak diganggu.

Melihat senario hari ini, apakah yang ditakuti oleh Abdullah Hj Ahmad, jika dia mempunyai latar belakang agama, sudah pasti dia lebih mengetahui hukum dan hakam pemimpin sepertinya dari sudut agama, Tetapi ada perkara lain dari Allah yang di takuti oleh Abdullah Hj Ahmad. Apakah perkara itu? Perkara tersebut adalah perniagaan anaknya yang sudah mencecah nilai RM5 Billion

Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan seperti mana pendahulunya yang pernah menjadi Perdana Menteri, di mana anak-anak, kaum kerabat dan menantu tidak mencari keuntungan dari jawatan itu dan mengaut perniagaan yang bukan haknya, maka sudah tentu terlalu sukar mencari seorang pengganti yang boleh memastikan dan menjamin segala urusan perniagaan anak tidak terganggu dan di ganggu.

Maka siapakah pilihan Abdullah Hj Ahmad, yang pasti bukan Najib Tun Razak atau, Muhyiddin Yassin jauh sekali Tengku Razakeigh Hamzah, kalau ada pun Nor Yaakob dan Zaid Ibrahim tetapi kedua mereka tidak ada kedudukan di dalam UMNO, akhirnya terpaksalah digunakan Anwar Ibrahim, seorang yang memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika melihat rekod Anwar Ibrahim dalam kempen PRU dan ucapan-ucapan di mana, dia langsung tidak menyentuh soal perniagaan atau terlibatnya Abdullah Hj Ahmad dalam membesarkan perniagaan anaknya. Serangan Anwar Ibrahim tidak seperti menyerang Tun Dr Mahathir Mohmad dalam soal KKN-Kroni-Korupsi dan Nepotisme,

Serangan Anwar Ibrahim hanya tertumpu kepada Najib Tun Razak, walhal Anwar Ibrahim bukan seorang yang bodoh bila mana tidak mengetahui bahawa pembelian senjata perang itu ada hubungan dengan kewangan politik UMNO dan bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan sejumlah 1.5 billion wang UMNO diserahkan kepada Abdullah, dan transaksi pembelian itu berlaku di waktu Abdullah Hj Ahmad sudah menjadi Presiden UMNO, bukankah kes senjata Perang itu tidak sama dengan pembelian kapal terbang Penerbangan Malaysia yang dirundingkan oleh Air Bas dan Boeing dengan Kamalludin Abdullah Badawi pemilik Scommi. Kenapa Anwar Ibrahim tidak membongkar isu ini, satu teka-teki yang menarik.

Dan terbaharu kenapa Anwar Ibrahim membisu seribu bahasa bila dua nama yang disebutkan sebagai perasuah sudah diberi anugerah Tan Sri oleh Abdullah Hj Ahmad.

Hari ini, dengan berbagai kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, jelaslah Mohd Najib Tun Razak hanya sekadar menggigit jari jika dia berperasaan sendiri untuk menjadi Perdana Menteri bila dia sendiri tidak boleh membaca bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah ada pilihan nya. Dan UMNO sudah bersedia sekadar menjadi tukun di dasar laut dan adalah malang bagi UMNO kerana walau pun sudah menjadi tukun, ikan pun tidak hendak datang.

Abdullah Hj Ahmad sudah bersedia untuk menjadikan UMNO bermasalah, itu sebab dari mulut dia sendiri tidak sekali pun menafikan akan kenyataan Anwar Ibrahim yang mengatakan ada Ahli-Ahli Parlimen yang melompat. Semua dakwaan hanya disangkal oleh yang punya badan atau ketua parti yang berkenaan. Tidak terdapat langsung kenyataan dari Abdullah Hj Ahmad sendiri dalam hal lompat dan loncat ini?

Cerita terbaharu MCA - Malaysian Chinesse Assocition menafikan akan keluar dari Barisan Nasional. Tetapi hakikatnya MCA memang akan keluar kalau tidak hari ini mungkin esok dan bulan-bulan berikut. Kenapa dia hendak keluar dari Barisan Nasional? Jawapan mudah bahawa MCA yang pada awal nya bukan parti politik, dia hanya sekadar Persatuan Perniagaan China, sehingga hari semua orang tahu bahawa MCA hanya alat untuk kapitalis dan kapitan China.

Jika golongan perniagaan yang menguasai MCA merasakan bahawa kepentingan mereka tergugat di bawah pentadbiran UMNO dan akan berlaku pertambahan senarai peniaga Cina yang muflis, adakah MCA hendak kekal lagi dalam Barisan Nasional.

Semua parti politik tahu, bahawa Abdullah Hj Ahmad dan Anwar Ibrahim dua-dua budak Amerika. Tetapi Amerika hanya memberikan sokongan kepada yang dirasakan akan bertambah kuat. Saddam Hussein asalnya budak Amerika tetapi Amerika yang menggantung dia, bila dia cuba melawan dan tidak mendengar cakap Amerika.

Begitulah Abdullah Hj Ahmad yang yang dikelilingi oleh Oxbridge Mafia dan sebahagian berada di Tingkat 4, Perdana Putra yang sekarang dinasihatkan membuat sesuatu peralihan kuasa darinya bukan kepada Najib Tun Razak tetapi kepada Anwar Ibrahim dan dia akan berlaku bila-bila masa mulai sekarang.

Rakyat Malaysia khasnya orang-orang Melayu jangan menggunakan sentimen Yahudi atau kepentingan Zionis jika Anwar Ibrahim dilantik atau akan menjadi Perdana Menteri ke enam selepas satu PR kecil diadakan. Terimalah hakikat Malaysia sebuah Negara yang kecil dan masih lagi mengamalkan ekonomi budak atau menjadi hamba kepada kuasa asing kerana penasihat Abdullah hj Ahmad adalah Musa Hitam di mulutnya anti neo kolonialisme tetapi perbuatan ke arah itu.

Kita (orang-orang di dalam UMNO) juga bersedia dibodohkan bila-bila masa oleh Abdullah Hj Ahmad dan UMNO, yang terbaharu ialah memberikan rebet minyak yang dibayar oleh Pejabat Pos, walhal kerja yang boleh di mudahkan ialah bayar sahaja baki rebet itu berdasarkan kepada mana-mana cukai jalan di bawah RM 500, ini bererti pemilik kenderaan membawa sahaja geran kereta atau rakyat diminta membuat My kad supaya JPJ-Jabatan Pengangkutan Jalan mudah membayar baki yang mesti diterima.

Sang Kelembai: Akan prasangka baik dengan niat Anwar Ibrahim kerana kita semua mesti mempunyai kepercayaan bahawa apa jaminan yang diberikan kepada Abdullah Hj Ahmad ialah semata-mata janji-janji politik dan kita lihat berani ke tidak Pakatan Rakyat mengujudkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih yang melibatkan juga Tun Dr Mahathir Mohamed.

ECM Libra FInancial Group Berhad (Khairi) has a stake in Pos Malaysia Berhad.

Reactions: 

diciplak dari : harakahdaily

ECM Libra FInancial Group Berhad (Khairi) has a stake in Pos Malaysia Berhad
Dilulus terbit pada Wednesday, June 18 @ 21:46:33 MYT oleh greenboc
Oleh fight4right

a
POS MALAYSIA POSER

Or how a son-in-law can make 5 million ringgit
...
First things first: Why has Khazanah Nasional been accumulating shares of Pos Malaysia for the last 3 months? It now has in excess of 30 per cent stake in Pos Malaysia, news that drove up its shares to a 7-year high of close to RM5.

[Khazanah will not say why, which is another good reason why there should be full disclosure and why an independent Audit should be brought in to look at Khazanah's books!]

Incidentally, ECM-Libra shareholders are entitled to 1 Pos Malaysia share for every 11 ECM shares. If you remember, Khairy Jamaluddin, the Prime Minister's son-in-law, bought 11 million shares with money borrowed from father-in-law's close aide Kalimullah Hassan (which means he could have been entitled to 1 million free Pos Malaysia shares at the time).

KJ later claimed he sold off all 11 million shares after the whole deal blew up in his face, Kalimullah's face and the PM's face.

Khairy said he lost RM200,000 as a result, remember?

Now, thanks to Khananah Nasional, the boy's 1 million Pos Malaysia shares, assuming he got them and has not disposed of them, would be worth close to $5 million!

And who do you think the chairman of Khazanah Nasional is?