Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 03, 2008

Najib : Pembohongan Yang Dahsyat.

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jul 3, 08 7:55pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan akuan berkanun seorang penyiasat persendirian yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai satu pembohongan yang sangat dahsyat.

"Saya menanggapnya sebagai pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, fitnah untuk mencemarkan imej saya," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut mengenai akuan berkanun itu, Najib berkata perkara itu subjudis kerana ia masih dalam perbicaraan.

"Pertamanya, perkara ini subjudis kerana masih dalam perbicaraan tetapi saya ingin nyatakan saya tidak pernah kenal, tidak pernah berjumpa wanita Mongolia yang disebut dalam akuan berkanun itu," katanya.

Najib berkata, beliau amat yakin tindakan tersebut bertujuan untuk mengalih pandangan terhadap dakwaan liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, apa yang penting ialah rakyat hendak tahu sama ada perkara liwat berlaku atau tidak.

"Saya berharap pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya dan mengumumkan kepada orang ramai," katanya.

Najib juga berkata, akuan berkanun itu bercanggah dengan kenyataan di mahkamah dan laporan yang dibuat kepada polis.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

"Saya serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Saya ada hak sebagai seorang warganegara untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Menurut Najib lagi, beliau tidak tahu mengapa tiba-tiba Anwar menyerang beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Isu utama, adakah kes liwat berlaku atau tidak? mungkin dia (Anwar) anggap saya di belakang tabir," tambah Najib yang mengaku Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan mendakwa diliwat oleh Anwar, telah datang menemuinya beberapa hari sebelum laporan tersebut dibuat.

Diedar pada media

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa Abdul Razak pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.

Lim: Najib perlu bercuti...

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Jul 3, 08 5:45pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti sehinggalah semua persoalan yang membabitkan kredibilitinya, khususnya berhubung dengan akuan berkanun penyiasat persendirian P Balasubramaniam, berkaitan hubungannya dengan Altantuya Shaariibuu, disiasat dan nama beliau dibersihkan.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata, akuan berkanun Balasubramanian bertarikh 1 Julai dan diumumkan hari ini, telah mencabar kebenaran pelbagai kenyataaan penafian Najib berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia tersebut pada Oktober 2006 - bahawa Najib tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan Altantuya.

Katanya, Najib serta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh membiarkan akuan berkanun Balasubramaniam yang menggemparkan itu, tidak dicabar kerana ia membangkitkan isu-isu asas kelayakan memegang jawatan tinggi di negara ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, akuan berkanun Balasubramaniam itu mengingatkan rakyat kepada apa yang dikatakan oleh isteri Abdul Razak Baginda ketika suaminya itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 16 November 2006.


Katanya, isteri Abdul Razak - Mazlinda Makhzan - yang hilang sabar, menjerit kepada para wartawan: "Suami saya tidak bersalah. Suami saya orang baik. Dia menyokong dan melindungi saya. Mengapa kamu menulis semua cerita ini mengenainya. Dia tidak bercita-cita menjadi perdana menteri. Mengapa mereka lakukan ini terhadapnya?".

Menurutnya, Balasubramaniam berkata tujuan beliau membuat akuan berkanun itu, antara lain, ialah:


Untuk menyatakan kekecewaannya terhadap standard penyiasatan oleh pihak berkuasa terhadap pembunuhan Altantuya.

Menarik perhatian pihak berkuasa yang berkenaan mengenai kemungkinan besar bahawa ada individu, selain daripada tiga tertuduh, yang memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya.


Menggesa pihak berkuasa berkenaan supaya membuka semula dengan segera siasatan mereka dalam kes ini, supaya sebarang bukti baru boleh dikemukakan di mahkamah sebelum penggulungan kes pendakwa.

Menekankan hakikat bahawa sebagai seorang yang pernah bertugas dalam pasukan polis selama 17 tahun, beliau begitu pasti bahawa tiada anggota polis yang akan menembak seseorang di bahagian kepala dan meletupkan mayat mereka tanpa terlebih dahulu menerima arahan khusus dari pegawai atasan.


Menyuarakan kebimbangannya bahawa jika tidak dipanggil membela diri dalam perbicaran Altantuya, tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 36, tidak perlu mengangkat sumpah dan memberi keterangan mengenai arahan yang mereka terima dan siapa yang memberi arahan tersebut .


Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.


Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.


Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa Abdul Razak pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.


Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.


Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan.

Najib mengaku jumpa Saiful.

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jul 3, 08 7:38pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku bahawa Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum dia membuat laporan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Menurutnya, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.
Dia datang kerana mahu pertolongan dari saya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Najib berkata, Saiful telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohonkan biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak bila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata: "Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

PENTING : Tips Dari Supervisor Petronas.

Reactions: 

Assalamu'alaikum...

email dari sorang pembaca :

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang....
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga RM2.70 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun...dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kanada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang










"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"

So korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM
2.70 seliter...

Dah gi buat keje...

Surat Sumpah Balasubramaniam.

Reactions: 
SEORANG penjenguk blog ini telah mengirimkan surat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramainiam a/l Perumal. Surat dalam bahasa Inggeris disiarkan sepenuhnya. Terima kasih kepada penjenguk yang bermurah hati mengirimkan surat ini.

STATUTORY DECLARATION

I, Balasubramaniam a/l Perumal (NRIC NO: 600928-08-6235) a Malaysian Citizen of full age and residing at No. 32, Jalan Pelangi 1, Taman Pelangi, Rawang, Selangor do solemly and sincerely declare as follows :-

1. I have been a police officer with the Royal Malaysian Police Force having jointed as a constable in 1981 attached to the Police Field Force. I was then promoted to the rank of lance Corporal and finally resigned from the Police Force in 1998 when I was with the Special Branch.

2. I have been working as a free lance Private Investigator since I left the Police Force.

3. Sometime in June or July 2006, I was employed by Abdul Razak Baginda for a period of 10 days to look after him at his office at the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang between the hours of 8.00 a.m. to 5.00 p.m each working day as apparently he was experiencing disturbances from a third party.

4. I resigned from this job after 2 ½ days as I was not receiving any proper instructions.

5. I was however re-employed by Abdul Razak Baginda on the 05-10-2006 as he had apparently received a harassing phone call from a Chinese man calling himself ASP Tan who had threatened him to pay his debts. I later found out this gentleman was in fact a private investigator called Ang who was employed by a Mongolian woman called Altantuya Shaaribuu.

6. Abdul Razak Baginda was concerned that a person by the name of Altantuya Shaaribuu, a Mongolian woman, was behind this threat and that she would be arriving in Malaysia very soon to try and contact him.

7. Abdul Razak Baginda informed me that he was concerned by this as he had been advised that Altantuya Shaaribuu had been given some powers by a Mongolian 'bomoh' and that he could never look her in the face because of this.

8. When I enquired as to who this Mongolian woman was, Abdul Razak Baginda informed me that she was a friend of his who had been introduced to him by a VIP and who asked him to look after her financially.

9. I advised him to lodge a police report concerning the threatening phone call he had received from the Chinese man known as ASP Tan but he refused to do so as he informed me there were some high profile people involved.

10. Abdul Razak Baginda further told me that Altantuya Shaaribuu was a great liar and good in convincing people. She was supposed to have been very demanding financially and that he had even financed a property for her in Mongolia.

11. Abdul Razak Baginda then let me listen to some voice messages on his handphone asking him to pay what was due otherwise he would be harmed and his daughter harassed.
12. I was therefore supposed to protect his daughter Rowena as well.

13. On the 09.10.2006 I received a phone call from Abdul Razak Baginda at about 9.30 a.m. informing me that Altantuya was in his office and he wanted me there immediately. As I was in the midst of a surveillance, I sent my assistant Suras to Abdul Razak Baginda's office and I followed a little later. Suras managed to control the situation and had persuaded Altantuya and her two friends to leave the premises. However Altantuya left a note written on some Hotel Malaya note paper, in English, asking Abdul Razak Baginda to call her on her handphone (number given) and wrote down her room number as well.

14. Altantuya had introduced herself to Suras as 'Aminah' and had informed Suras she was there to see her boyfriend Abdul Razak Baginda.

15. These 3 Mongolian girls however returned to Abdul Razak Baginda's office at the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang again, the next day at about 12.00 noon. They did not enter the building but again informed Suras that they wanted to meet Aminah's boyfriend, Abdul Razak Baginda.

16. On the 11.10.2006, Aminah returned to Abdul Razak Baginda's office on her own and gave me a note to pass to him, which I did. Abdul Razak Baginda showed me the note which basically asked him to call her urgently.

17. I suggested to Abdul Razak Baginda that perhaps it may be wise to arrange for Aminah to be arrested if she harassed him further, but he declined as he felt she would have to return to Mongolia as soon as her cash ran out.

18. In the meantime I had arranged for Suras to perform surveillance on Hotel Malaya to monitor the movements of these 3 Mongolian girls, but they recognized him. Apparently they become friends with Suras after that and he ended up spending a few nights in their hotel room.

19. When Abdul Razak Baginda discovered Suras was becoming close to Aminah he asked me to pull him out from Hotel Malaya.

20. On the 14.10.2006, Aminah turned up at Abdul Razak Baginda's house in Damansara Heights when I was not there. Abdul Razak Baginda called me on my handphone to inform me of this so I rushed back to his house. As I arrived, I noticed Aminah outside the front gates shouting "Razak, bastard, come out from the house". I tried to calm her down but couldn't so I called the police who arrived in 2 patrol cars. I explained the situation to the police, who took her away to the Brickfields police station.

21. I followed the patrol cars to Brickfields police station in a taxi. I called Abdul Razak Baginda and his lawyer Dirren to lodge a police report but they refused.
22. When I was at the Brickfields police station, Aminah's own Private Investigator, one Mr. Ang arrived and we had a discussion. I was told to deliver a demand to Abdul Razak Baginda for USD$500,000.00 and 3 tickets to Mongolia, apparently as commission owed to Aminah from a deal in Paris.

23. As Aminah had calmed down at this stage, a policewoman at the Brickfields police station advised me to leave and settle the matter amicably.

24. I duly informed Abdul Razak Baginda of the demands Aminah had made and told him I was disappointed that no one wanted to back me up in lodging a police report. We had a long discussion about the situation when I expressed a desire to pull out of this assignment.

25. During this discussion and in an attempt to persuade me to continue my employment with him, Abdul Razak Baginda informed me that :-

25.1 He had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.

25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak wanted Abdul Razak Baginda to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the Deputy Prime Minister.

25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris.

25.5 Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a USD$500,000.00 commission on a submarine deal she assisted with in Paris.

26. On the 19.10.2006, I arrived at Abdul Razak Baginda's house in Damansara Heights to begin my night duty. I had parked my car outside as usual. I saw a yellow proton perdana taxi pass by with 3 ladies inside, one of whom was Aminah. The taxi did a U-turn and stopped in front of the house where these ladies rolled down the window and wished me 'Happy Deepavali'. The taxi then left.

27. About 20 minutes later the taxi returned with only Aminah in it. She got out of the taxi and walked towards me and started talking to me. I sent an SMS to Abdul Razak Baginda informing him "Aminah was here". I received an SMS from Razak instructing me "To delay her until my man comes".

28. Whist I was talking to Aminah, she informed me of the following :-

28.1 That she met Abdul Razak Baginda in Singapore with Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2 That she had also met Abdul Razak Baginda and Datuk Seri Najib Tun Razak at a dinner in Paris.

28.3 That she was promised a sum of USD$500,000.00 as commission for assisting in a Submarine deal in Paris.

28.4 That Abdul Razak Baginda had bought her a house in Mongolia but her brother had refinanced it and she needed money to redeem it.

28.5 That her mother was ill and she needed money to pay for her treatment.

28.6 That Abdul Razak Baginda had married her in Korea as her mother is Korean whilst her father was a Mongolian/Chinese mix.

28.7 That if I wouldn't allow her to see Abdul Razak Baginda, would I be able to arrange for her to see Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. After talking to Aminah for about 15 minutes, a red proton aeroback arrived with a woman and two men. I now know the woman to be Lance Corporal Rohaniza and the men, Azilah Hadri and Sirul Azahar. They were all in plain clothes. Azilah walked towards me while the other two stayed in the car.

30. Azilah asked me whether the woman was Aminah and I said 'Yes'. He then walked off and made a few calls on his handphone. After 10 minutes another vehicle, a blue proton saga, driven by a Malay man, passed by slowly. The drivers window had been wound down and the driver was looking at us.
31. Azilah then informed me they would be taking Aminah away. I informed Aminah they were arresting her. The other two persons then got out of the red proton and exchanged seats so that Lance Corporal Rohaniza and Aminah were in the back while the two men were in the front. They drove off and that is the last I ever saw of Aminah.

32. Abdul Razak Baginda was not at home when all this occurred.

33. After the 19.10.2006, I continued to work for Abdul Razak Baginda at his house in Damansara Heights from 7.00 p.m. to 8.00 a.m. the next morning, as he had been receiving threatening text messages from a woman called 'Amy' who was apparently 'Aminah's' cousin in Mongolia.
34. On the night of the 20.10.2006, both of Aminah's girl friends turned up at Abdul Razak Baginda's house enquiring where Aminah was. I informed them she had been arrested the night before.

35. A couple of nights later, these two Mongolian girls, Mr. Ang and another Mongolian girl called 'Amy' turned up at Abdul Razak Baginda's house looking for Aminah as they appeared to be convinced she was being held in the house.

36. A commotion began so I called the police who arrived shortly thereafter in a patrol car. Another patrol car arrived a short while later in which was the investigating officer from the Dang Wangi Police Station who was in charge of the missing persons report lodged by one of the Mongolians girls, I believe was Amy.

37. I called Abdul Razak Baginda who was at home to inform him of the events taking place at his front gate. He then called DSP Musa Safri and called me back informing me that Musa Safri would be calling handphone and I was to pass the phone to the Inspector from Dang Wangi Police Station.

38. I then received a call on my handphone from Musa Safri and duly handed the phone to the Dang Wangi Inspector. The conversation lasted 3 – 4 minutes after which he told the girls to disperse and to go to see him the next day.

39. On or about the 24.10.2006, Abdul Razak Baginda instructed me to accompany him to the Brickfields police station as he had been advised to lodge a police report about the harassment he was receiving from these Mongolian girls.

40. Before this, Amy had sent me an SMS informing me she was going to Thailand to lodge a report with the Mongolian consulate there regarding Aminah's disappearance. Apparently she had sent the same SMS to Abdul Razak Baginda. This is why he told me he had been advised to lodge a police report.

41. Abdul Razak Baginda informed me that DPS Musa Safri had introduced him to one DSP Idris, the head of the Criminal division, Brickfields police station, and that Idris had referred him to ASP Tonny.

42. When Abdul Razak Baginda had lodged his police report at Brickfields police station, in front of ASP Tonny, he was asked to make a statement but he refused as he said he was leaving for overseas. He did however promise to prepare a statement and hand ASP Tonny a thumb drive. I know that this was not done as ASP Tonny told me.

43. However ASP Tonny asked me the next day to provide my statement instead and so I did.

44. I stopped working for Abdul Razak Baginda on the 26.10.2006 as this was the day he left for Hong Kong on his own.

45. In mid November 2006, I received a phone call from ASP Tonny from the IPK Jalan Hang Tuah asking me to see him regarding Aminah's case. When I arrived there I was immediately arrested under S.506 of the Penal Code for Criminal intimidation.

46. I was then placed in the lock up and remanded for 5 days. On the third day I was released on police bail.

47. At the end of November 2006, the D9 department of the IPK sent a detective to my house to escort me to the IPK Jalan Hang Tuah. When I arrived, I was told I was being arrested under S.302 of the Penal Code for murder. I was put in the lock up and remanded for 7 days.

48. I was transported to Bukit Aman where I was interrogated and questioned about an SMS I had received from Abdul Razak Baginda on the 19.10.2006 which read "delay her until my man arrives". They had apparently retrieved this message from Abdul Razak Baginda's handphone.

49. They then proceeded to record my statement from 8.30 a.m. to 6.00 p.m. everyday for 7 consecutive days. I told them all I knew including everything Abdul Razak Baginda and Aminah had told me about their relationships with Datuk Seri Najib Tun Razak but when I came to sign my statement, these details had been left out.

50. I have given evidence in the trial of Azilah, Sirul and Abdul Razak Baginda at the Shah Alam High Court. The prosecutor did not ask me any questions in respect of Aminah's relationship with Datuk Seri Najib Tun Razak or of the phone call I received from DSP Musa Safri, whom I believe was the ADC for Datuk Seri Najib Razak and/or his wife.

51. On the day Abdul Razak Baginda was arrested, I was with him at his lawyers office at 6.30 a.m. Abdul Razak Baginda informed us that he had sent Datuk Seri Najib Tun Razak an SMS the evening before as he refused to believe he was to be arrested, but had not received a response.

52. Shortly thereafter, at about 7.30 a.m., Abdul Razak Baginda received an SMS from Datuk Seri Najib Tun Razak and showed, this message to both myself and his lawyer. This message read as follows :- " I am seeing IGP at 11.00 a.m. today …… matter will be solved … be cool".

53. I have been made to understand that Abdul Razak Baginda was arrested the same morning at his office in the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. The purpose of this Statutory declaration is to :-

54.1 State my disappointment at the standard of investigations conducted by the authorities into the circumstances surrounding the murder of Altantuya Shaaribuu.

54.2 Bring to the notice of the relevant authorities the strong possibility that there are individuals other than the 3 accused who must have played a role in the murder of Altantuya Shaaribuu.

54.3 Persuade the relevant authorities to reopen their investigations into this case immediately so that any fresh evidence may be presented to the Court prior to submissions at the end of the prosecutions case.

54.4 Emphasize the fact that having been a member of the Royal Malaysian Police Force for 17 years I am absolutely certain no police officer would shoot someone in the head and blow up their body without receiving specific instructions from their superiors first.
54.5. Express my concern that should the defence not be called in the said murder trial, the accused, Azilah and Sirul will not have to swear on oath and testify as to the instructions they received and from whom they were given.

55. And I make this solemn declaration conscientiously believing the same be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act 1960.

SUBCRIBED and solemnly )
declared by the abovenamed )
Balasubramaniam a/l Perumal ]

this day of 2008 )

Before me,

………………………………….
Commissioner for Oath
Kuala Lumpur

Spekulasi Memang Kegemaran UMNO.

Reactions: 
email dari : norbaina alias

Dari dulu, kini dan selamanya pemikiran umno suka kepada spekulasi. Anwar belum menjadi PM sudah macam-macam andaian dibuat. Dan semuanya negatif belaka. Semasa Anwar disanjung dalam umno dulu tiada pula andaian negatif dari penyokongnya.

Jangan Menghukum Perkara Belum Terjadi

Orang berakal akan menghukum dan menilai kepada apa yang sedang berlaku, belajar apa yang telah berlaku dan ramalan terhadap perkara belum berlaku tidak boleh dijadikan fakta untuk dipegang. Siapakah orang umno yang menyangka bahawa ketua pujaan mereka Mahathir akan menentang pemimpin yang dilantiknya sendiri hari ini ? Siapa menyangka yang Mahathir mengaku Anwar tidak bersalah selepas dia yang menghukum Anwar dahulu ?

Umno dan Pemikiran Bomoh Berpisah Tiada

Siapa tok nujum umno yang pandai sangat meramal masa depan ni ? Ternyata pemikiran bomoh dan umno tidak boleh dipisahkan. Sedangkan orang Islam bukan meramal masa depan tetapi menerima pakai apa yang diberitahu tentang masa depan oleh Tuhan. Jika tuhan menyatakan sikap zalim dan menolak Islam itu akan mengundang bencana akan datang, itu bukan ramalan tetapi ketetapan Tuhan yang perlu dipegang. Jika Nabi saw kata bala itu akan datang dengan sebab 15 perkara diantaranya apabila harta Negara/rakyat telah menjadi harta mak bapak pemimpin, itu bukan ramalan, itu adalah wahyu dari Tuhan.

Mengapa Tidak Meramal Perkara Yang Mustahak ?

Jika umno terlalu pandai meramal masa depan, kenapa tidak meramal yang mereka akan tumbang di banyak negeri pada PRU12 ? Kenapa tidak meramal nasib Pulau Batu Putih yang terlepas ke tangan negara sahabat umno itu ? Kenapa tidak meramal kenaikan harga minyak dunia dan membuat persediaan awal jika itulah alasan untuk menaikkan harga minyak ? Dan cubalah meramal apa akan terjadi kepada bangsa Melayu jika umno terus memerintah ?

Lebih baik meramal apa akan jadi jika Pak Lah terus bersikap mengantuk dalam pentadbiran. Lebih baik meramal apakah kita akan diserang Mongolia jika Najib diizinkan menjadi PM nanti ? Lebih baik meramal apakah nasib orang Melayu Johor jika Singapura berjaya ‘menawan’ Iskandar Malaysia nanti. Kalau umno memang hebat meramal tentu Singapura tidak diserahkan kepada PAP yang kini sudah menjadi seperti ular lidi menjadi naga yang bersedia untuk menelan sebahagian wilayah kita diatas kebaculan umno mempertahankan Negara selama ini ?

Kenapa hendak sibuk meramal terhadap seorang pemimpin yang belum ada kuasa dalam Negara seperti DSAI itu? Kenapa Anwar diramal akan menjahanamkan Negara jika dia menjadi PM nanti dan bukan sebaliknya? Ramalan-ramalan inilah yang menjadi fitnah yang berlegar dalam pemikiran orang umno ? Pemikiran bomoh yang bersahabat dengan jin dan syaitan.

Rakyat Marah Bukan Kerana Ramalan

Jika rakyat marah kerana kenaikan harga minyak sedangkan projek mega tetap diteruskan, masalah sosial yang melanda, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berleluasa, kehidupan semakin hari semakin tersepit bukan semakin selesa, subsidi rakyat diungkit, insentif pelabur ditabur…ini semua bukan kerana ramalan atau fitnah jahat terhadap umno tetapi adalah kenyataan yang sedang menimpa kepala rakyat yang sedang menjerit kesakitan.

Mengapa Memilih Untuk Mempercayai Tuduhan Yang Belum Terbukti ?

Apabila timbul fitnah liwat 2 ini, maka sikap meramal dan buruk sangka terus diamalkan. Diantara memilih untuk berkecuali, menyokong orang yang belum terbukti bersalah dan mengiyakan tuduhan, maka fikiran karut bomoh dan tahyul umno telah dibisikkan untuk memilih mengiyakan tuduhan liwat 2 ini. Sikap sebegini memang telah dijangkakan.

Umno Tidak Mahu Belajar Dari Pengalaman Liwat 1

Seterusnya sikap tidak pernah belajar dari pengalaman tetapi sibuk meramal masa depan menggunakan otak fitnah dan buruk sangka. umno tidak pernah belajar tentang kejatuhan Singapura kepada orang lain, begitu juga mereka tidak belajar sehingga Pualu Batu Putih pula menjadi mangsa dan Iskandar Malaysia selepas ini.

Begitu jugalah dengan isu liwat 2 ini, tidak pernah mereka belajar bagaimana bodoh dan dangkalnya konspirasi terhadap Anwar pada episode liwat 1 dahulu. Episod yang memalukan Negara dan menjadikan pemimpin bn bahan lawak dan kutukan rakyat jelata. Episod yang memberikan Mahathir seribu satu gelaran yang menghinakan. Dan kini tanpa mereka sedari episod liwat 2 akan hanya mengundang padah dan mencemar nama Pak Lah dengan lebih teruk lagi.

Martabat Musuh Anwar Umpama ‘Shit’

DSAI sebenarnya seorang yang tinggi martabatnya. Apa tidaknya, semua pemimpin umno dan penyokong mereka sangat suka berlegar-legar di sekeliling dubur beliau. Seluruh Negara dibawa untuk menyusuri lubang dubur beliau. Tidakkah mereka merasa malu ? Tidakkah mereka merasa bersalah membesar-besarkan isu ini sehingga semua orang terpaksa berfikir dan membayangkan bagaimana caranya perbuatan liwat itu.

Inikah hala tuju modal insan yang hendak dibawa oleh Pak Lah kepada rakyatnya ? Daripada kanak-kanak hingga orang tua semua dibawa untuk fokus kepada liwat ? Bila masanya pemimpin umno pernah menjuruskan pemikiran rakyat untuk maju di dunia dan mengingati mati untuk akhirat? Sebab mereka sendiri merasakan mereka tidak mati dulu kini dan selamanya ? Yang mati hanyalah akal dan hati mereka untuk menerima kebaikan. Telah benarlah tulisan Prof Shahnon Ahmad mengenai manusia-manusia keji seperti ini apabila mengarang buku ‘Shit’ dulu kerana orang yang shit sahaja yang suka dengan liwat ini.

Penyebar Tuduhan Berhutang 80 Rotan

Dan bagi mereka yang mengiyakan tuduhan liwat yang belum terbukti ini lantas menyebarkan pula kepercayaan mereka itu, maka sebenarnya kamu telah berhutang hukuman Qazaf 80 rotan dengan Allah swt. Jika masing-masing dirotan 80 kali di punggung, barulah kamu tidak boleh buang air besar selepas itu bukan seperti kenyataan bodoh Saifool yang kononnya menghadapi kesukaran untuk buang air besar kerana diliwat. Sepatutnya jika diliwat tentulah buang air besar sangat mudah dan tidak dapat dikawal lagi bukan semakin susah. Nak menipu biarlah bijak !

Parti Liwat Kebangsaan

Dan sudah sampai masanya umno dinamakan Parti Liwat Kebangsaan. Hakikatnya bukan budak lembik Saifool tu yang diliwat tetapi pemikiran dan kehidupan rakyat Malaysia telah diliwat oleh bn dan umno selama ini.

Sampai Amerika pun marah kerana malu dengan kerja bodoh yag diulang lagi oleh pemerintahan mengantuk sekarang ini. Bukan kerana Anwar agen mereka.

Wallahualam

Dakwaan liwat: Dua pertiga percaya bermotif 'bunuh' kerjaya politik Anwar.

Reactions: 
diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Thursday, July 03 @ 13:05:27 MYT oleh greenboc

Oleh G.Manimaran, MSTAR

aHampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini,berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.

Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.

Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.

"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.

Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.

Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.

Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

Suhakam sokong himpunan Ahad

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 3, 08 1:05pm
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini, tetapi belum pasti menghantar wakil untuk memantaunya.

Pesuruhjayanya Datuk S Subramaniam berkata perhimpunan di padang - tidak jauh kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling - "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.

Kumpulan pemantau suruhanjaya berusaha untuk menghadiri perhimpunan sehari suntuk itu, namun beliau harus mendapat keizinan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, terlebih dahulu.

Subramaniam berkata sewaktu acara menyerahkan memorandum daripada penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) di pejabatnya tengah hari tadi.

Najib dituduh bersama Altantuya.

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Jul 3, 08 12:40pm
Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.

P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda bahawa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasaan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan Abdul Razak.

Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari kenyataan beramarannya, untuk melindunginya.

Hantar SMS

Balasubramaniam adalah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya, yang datang ke Malaysia pada tahun 2000 untuk menyelesaikan beberapa isu dengan Abdul Razak.

Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari dia ditahan berhubung pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan dari Najib yang menyatakan beliau telah bercakap dengan KPN.

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa perkara itu akan diuruskan oleh KPN.

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberiahu semua itu kepada pihak polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Laporan polis


Balasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.

Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.

Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama KPN Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut dan ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya mereka-reka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.

Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan sebarang kaitan dengannya.

Diari Khalid Jaafar Malam Konspirasi ke 2.

Reactions: 
Ketika saya bangun pagi Eekmal mengatakan:”Boss sudah ke Kedutaan Turki.” Saya lega. Tujuh jam pemimpin-pemimpin tertinggi KeADILan bergelut untuk menyakinkan Anwar Ibrahim supaya mengambil tawaran pemerintahan Turki untuk memberikan beliau perlindungan. Bila saya turun dari tingkat 24 Hotel Quality, Shah Alam, ke bilik saya di tingkat 22, Anwar masih dengan diri biasanya — degil. Rayuan puterinya juga tidak berhasil.

Saya merasakan stress yang luar biasa.Dan ketegangan menyelubungi suite ditingkat 24 yang ditempah oleh IKD sebagai penganjur Seminar Gagasan dan Kebijakan untuk Majlis Politik Tertinggi (MPT), Ahli Parlimen(MP) dan Adun KeADILan. Saya sungguh gembira dengan hasil awal seminar.

Saya gembira kerana semua peserta terasa akalnya teruja dengan pembentangkan Tay Kheng Soon yang seperti menyalakan lilin dalam kegelapan. Sebelum ini kita mendengar ajakan paradigma, begitu sering didengar sehingga menjadi satu slogan. Tetapi pembentangan Tay, seorang arkitek tersohor dari Singapura, benar-benar satu anjakan paradigma, bukan sahaja sebagai teori tetapi lengkap dengan contoh-contoh khusus. Tetapi pada waktu malam, bila mesyuarat MPT diseparuh jalan, suasana bertukar.

Dalam setiap mesyuarat MPT ada agenda khas di mana Anwar akan memberikan taklimat politik semasa, memimpin perbincangan politik dan membina muafakat. Tetapi agenda perbincangan politik menjadi pendek apabila beliau diberikan maklumat tetang laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bahri Azlan. Ini bermakna dia boleh ditahan bila-bila masa untuk tujuan ’siasatan’. Benak saya dan saya kira ramai yang lain dalam bilik mesyuarat bertanya: “Apakah kita akan melalui ini semua sekali lagi, setelah 10 tahun, dan setelah gelombang rakyat 8 Mac?”

Khairy Jamaluddin tentunya mempunyai ingatan yang pendek apabila menjerit “Tidak masuk akal.” Semua yang berlaku semasa Anwar dalam tahanan polis September 1998 adalah tidak masuk akal. Dalam kebengongannya untuk berdepan dengan rakyat yang mula marah Khairy melatah: “kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu supaya membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi untuk meraih simpati orang ramai.”

Malanglah Abdullah Badawi yang mempunyai menantu yang menjadi murid kepada Tun Mahathir. Bukankah Mahathir yang mengatakan kepada dunia Anwar sendiri yang menghantukan kepalanya ke dinding bilik tahanan sehingga lebam matanya untuk meraih simpati? Mungkin juga Khairy ketika itu masih hisap kopek lagi makanya tidak ingat.

Masuk akalkah Rahim Nor sendiri membelah orang yang beberapa minggu sebelumnya adalah timbalan perdana menteri? Tidak masuk akal pada rakyat Malaysia sebelum Rahim Nor sendiri membuat pengakuan. Masuk akalkah peguam V K Lingam punya peranan besar menjadikan Ahmad Fairuz Ketua Hakim Negara Tidak masuk akal sebelum meletupnya tape V K Lingam.

Pada malam yang panjang itu ada suara yang meminta supaya tidak “over react” dengan laporan polis tersebut. Anwar sendiri bukanlah seorang yang mudah panik. Bahkah apabila orang lain sudah semuanya panik, Anwar akan mententeramkan mereka: “Jangan over reack.” Sepuluh tahun lalu apabila semua penyokong-penyokongnya sudah yakin Mahathir telah menyediakan rancangan untuk menjatuhkannya dan bertubi-tubi menyampaikan cebisan-cebisan maklumat tentang konspirasi tersebut Anwar menghujah penyokong-penyokongnya: “kamu semua over react”.

Dalam Perang Dunia Kedua Stalin tidak mempercayai sama sekali Hitler akan menyerang Russia. Apabila perisikan tenteranya menghantara laporan sulit memberikan tarikh tetap serangan Hitler, Stalin memaki dan mencarut orang yang membuat laporan tersebut.

Saya merasakan peristiwa 10 tahun lalu akan berulang. Pasti tidak sama. Saya melihat-lihat mereka yang masuk satu persatu ke suite tingkat 24. Sepuluh tahun lalu mereka adalah rakyat biasa, fanatikus Anwar yang tidak bernama. Sekarang mereka menduduki dewan rakyat atau anggota pimpinan tertinggi sebuah parti politik yang memimpin pakatan baru parti-parti politik. Dan pakatan ini diambang membentuk pemerintahan baru.

Azmin Ali, dahulunya hanya pemegang dairi merah tetapi kini ahli parlimen dan ketua wip, berpindah dari satu kumpulan ke satu kumpulan dalam suite yang seperti menjadi bilik operasi. Sebelum naik ke suite itu Azmin membuat diktasi kepada Johari Abdul sms yang akan dihantar keseluruh negara. Pasti tidak sama dengan sepuluh tahu dulu. Tentunya. Musa Hasan ketika itu hanya pegawai penyiasat (IO) kini telah menjadi Ketua Polis Negara. Ghani Patail yang juga terlibat sebagai anggota pasukan pendakwa kini adalah Peguam Negara. Tidak sama, mungkin lebih tragis. Perjalanan ke lokap polis mungkin lebih jauh, dan mungkin tidak sampai ke lokap.

Setiap kali pintu suite tingkat 24 diketuk hati semua berdebar. Mungkin ini masanya beliau diambil sekali lagi. Bila malam bertukar dini hari lobi Hotel Quality semakin sesak. Hishamudin Rais masuk dan memeluk Anwar: “Kau ni Anwar memang suka menyusahkan hidup aku.” keduanya ketawa, dan juga mereka yang berhampiran. ” Sejak tahun 74 lagi. Baru aku nak rihat, kau buat hal lagi.” Semua ketawa lagi. Hanya sebentar. Kemudia bilik kembali stress.

Beberapa orang sibuk menaip kenyataan media. Saya hanya menengok. Berbeda sepuluh tahun lalu, kalau kenyataan media mesti saya menulisnya. Kemudian Anwar mengarahkan kenyataan diterjemahkan ke bahasa Melayu. Saya menyuruh Eekmal membuatnya. Anwar telah melantik Eekmal sebagai setiausaha akhbar bahagian bahasa Melayu, tetapi hanya mula bertuga I Julai. Eekmal merujuk kepada Yusmadi (Yang Berhormat Balik Pulau) untuk istilah undang-undang.

Masa sudah berubah. Anwar sudah ada pembantu-pembantu dari generasi baru.Sim Tze Tzin, sudah menjadi Adun Pantai Jerjak, masih bertugas di pejabat Anwar sebagai koordinator politik. Tetapi pejabat itu juga diimbangan dengan generasi matang — Ibrahim Yaakob dan Din Merican. Itulah magis dan magnet pejabat Anwar, menarik mereka untuk memulakan karir hidup seperti (sekarang) Eekmal, Farhash, mereka yang jemu dengan karir lama dan ingin membuka lembaran lalu seperti (dahulunya) Azmin, saya dan lain-lain; dan juga mereka yang ingin memberi makna kepada zaman pensiunan mereka, inilah kategori Ibrahim dan Din.

Di luar pejabat itu ada beberap lapis lingkaran penyokong, sedikit saya kenali, dan sebahagian besarnya tidak. Ada yang mahu dikenali, dan sebahagian banyak tidak. Anwar Ibrahim adalah satu institusi. Dan sebagai sebuah bangunan Anwar juga menarik anai-anai. Atau ada anai-anai yang dihantar.

Kalau ada kampung berdekatan, dan tingkap kami buka, kami sudah pasti mendengar ayam berkokok kali kedua.Dini hari mendekati subuh. Perut saya mulai rasa pedih. Saya takut diserang gastrik, sebagaimana berlaku selepas Malam Karyawan II.

Saya meminta tolong Eekmal membelikan roti canai. Esok Seminar Gagasan dan Kebijakan perlu diteruskan. Saya turun ke bilik untuk menunggu roti canai. Pemimpin-pemimpin Keadilan, rakan-rakanya masih berusaha menyakinkan Anwar dia perlu pergi ke tempat selamat.

Mohd. Saiful beri keterangan kepada polis

Reactions: 
diciplak dari : utusan online

02/07/2008 11:01pm

KUALA LUMPUR 2 Julai - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis mendakwa dia di liwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibarahim malam ini dibawa ke balai polis Brickfield untuk diambil keterangan.

Mohd. Saiful yang tinggi lampai tiba di IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.

Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.