Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 10, 2008

Tokoh alam sekitar.

Reactions: 
diciplak dari : mat saman kati

TP -seloka santai tapi pedas menikam ulu ati kalau dibaca dek puak-puak penghunus keris kering bersarungkan kondom!

Hari ni, kedai janda Bakaq tutup. Jadi aku pergi kat gerai janda Pian nak makan nasi lemak. Lantak lah orang nak kata, jantan gatal, asyik ngulang janda, tapi bagi aku lebih baik depa jual kuih dan nasi lemak daripada cari makan dengan buat sumpah.

Lantak lah Tok Imam dan Tok Lebai nak perli aku, pagi petang melangut kat kedai janda. Bagi aku, itu lebih baik dari dengar ceramah tentang masalah sosial. Lepas tu berdoa minta pahala. Lebih baik aku melangut kat kedai janda, dapat juga depa seringgit dua.

Lepas makan nasi lemak, aku terus kerumah Pak Nawi, nak hantar tupperware bekas ikan keli masak tempoyak. Adat orang kampung, orang memberi kita merasa. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

Aku bawa buah manggis. Intai punya intai, dapatlah dalam dua puluh biji. Cukup untuk Pak Nawi dan Mak Piah. Nak bagi durian takut hangat. Nak bagi rambutan takut sakit tekak.

Aku pergi dengan member dari Kuala Lumpur. Teringin benar dia nak jumpa Pak Nawi.

Sampai rumah Pak Nawi, Mak Piah tengah nyapu laman. Seronok sangat dia dapat buah manggis. "Dah banyak masak manggis, Mat"

"Tak ada. Baru kigho-kigho je. Durian banyak le. Tengah gegak. Durian Mak Piah banyak?" aku tanya.

"Baru membuang buruk. Yang mangkor banyak, jeruk hantu pun banyak"

Member dari KL berbisik. "Bang Mat cakap melayu ke cakap jawa?"

"Cakap Peghak"

Pak Nawi baru keluar dari bilik mandi. Dia tak pakai tuala, tapi pakai kain basah guni tepung.

"Aii! Kepala tak basah pun." aku mula menyakat.

"Ish!! Aku bukan buat apa pun.. road tax dah mati. Tak boleh jalan jauh."

Ha..ha..ha. Dalam bahasa Pak Nawi.

Aku tengok, kawan aku tercengang, tengok Pak Nawi berjalan tanpa tongkat, tak perlu meraba-raba, sedangkan matanya masih lagi dibalut kain hospital. Pak Nawi terus datang kat kawan aku dan menghulur tangan."Sapa ni Mat? Sedara ke?"

"Tak. member je. Dari Kelumpo. Tengahari semalam sampai, merasa jugak la ikan keli masak tempoyak."

"Petang semalam kamu kemana, Mat. Aku pukui telepon banyak kali, tak de sapa pun jawab." sampuk Mak Piah.

"Pegi keTaiping, bawak member jalan-jalan. Masuk zoo, dah gelap pergi Taman Tasik"

"Pergi Taman tasik dah gelap cari apa? " tanya Mak Piah.

"Saja nyakat Mak Nyah."

"Gatai!! Aku pukul dengan penyapu baru kamu tau!"

"Sebenornya, pergi zoo nak belajor pasai binatang. Pak Nawi jugak yang cakap." Saja aku nak buka cerita, kot-kot Pak Nawi boleh sambung. Yang tu la member dari Kelumpo nak dengor.

"Aku suruh kamu belajar DARI binatang. Bukan PASAI binatang! Kalau nak belajar pasai binatang, tok sah pergi zoo, pergi Parlimen! Kalau nak belajar dari binatang, bukan dari zoo, tapi kena masuk hutan!" Kena lagi aku dari Pak Nawi.

"Mana ceghoko hutan lagi kat Kuala ni! Habih kena tebang. Balak pun habih, binatang pun lari. Belah Padang Rengas, Jamal Nasir tukang keghokah, belah Manong, Ramly Zahary tukang sapu. Apa yang tinggai."

"Tu pasai aku kata manusia hari ni dah jadi binatang. Tak ada akai. Tengok hutan, nampak balak. Yang lain, haram tak nampak." Pak Nawi nampak hot sikit.

"Tapi... kan hutan tu pemberian Tuhan? Apa salahnya kita tebang sikit? Kalau tak tebang, macam mana nak cari duit? Nak makan apa?"

"Kamu tanya kat rimau tu....dia ada duit tak? Tanya kat seladang tu, dia ada kerja tak? Binatang tak perlu duit, tak perlu kerja, tapi depa cukup makan. Terbalik pulak...manusia yang kerja siang malam, tapi tak cukup makan! Tak cukup kat pekan, pergi kacau hutan!" Pak Nawi dah mula naik sheh.

"Ala... Pak Nawi belum jadi Menteri Besar boleh la cakap. Nanti Pak Nawi dah jadi MB, tau la. Yang mana lebih penting...perut manusia ke perut binatang?" saja aku nak perapi Pak Nawi.

"Jom, naik atas. Aku salin kain dulu, lepas tu aku sambung." Pak Nawi ajak kami naik kerumah, mungkin kain basah dia pun dah nak kering.

Member kat sebelah berbisik. "Bang Mat, boleh cakap melayu tak? tak paham apa yang bang Mat sembang."

"Laaa.. kau orang semua hunus keris, pertahankan hak melayu, ketuanan melayu, .....bahasa melayu pun tak paham?" Ha...haa.haa..kena sebiji. "Tak apa...nanti aku suruh Pak Nawi cakap orang putih."

"Oophh! geng keris ke, Mat?" jerit Pak Nawi dari dalam bilik.."Aaauwww!"

"Apa yang gatai sangat tu?" tanya Mak Piah dari depan tangga.

"Tak ade ape lah!!. Kita orang main-main saje, Mak Piaaaah"

"Dah tua-tua pun gatai." Mak Piah terus kedapur.

Pak Nawi keluar dari bilik, ambil ashtray dan rokok nipah, terus bersila diatas tikar getah.

"Kamu tau pasai apa aku marah sangat bila orang tebang hutan? Sebab orang mungkin nampak seratus juta ringgit, tapi aku nampak berbillion-billion ringgit ada dalam hutan tu. Yang ni ada dalam Quran, dalam hadis, tapi orang tak nampak. Tapi kalau punggong orang, cepat sungguh depa nampak.

Dalam tahun 1735, ada sorang Swedish, nama dia Carolus Linnaeus. Dia yang mula-mula mengkaji tumbuh-tumbuhan. Mula-mula, buku dia ada tujuh muka saja. Tapi menjelang 1770, ada 2,500 muka surat. Orang lain tambah...tambah sampai la semuanya ada 265,000 jenis tumbuhan. Tapi selepas Perang Dunia Kedua, dunia dah mula buat pertanian moden. Semua hutan kena sondoi, ganti dengan kapas, jagung, gandum dan padi.

Sekarang ni, dari jumlah yang Carolus mula-mula buat tu, 160,000 dah pupus. Itu baru tumbuh-tumbuhan! Berapa juta lagi jenis-jenis binatang, serangga yang pupus?

Ni..depa nak buat NCER la... ECER la... kamu tau depa nak tanam apa? Tanam padi hybrid. Tak percaya, kamu tengok la... diam-diam nanti depa bawa masuk pula padi GM. Betui la...padi ni kalau ikut Quran tak haram. Tapi kesan dia pada alam sekitar nanti...hancur!!"

Member dari Kelumpo diam...tak bercakap sepatah pun. Baru dia percaya.

"Pernah makan buah rokam?" tanya Pak Nawi pada member aku.

"Tak pernah dengar pun."

"Pernah makan buah kasai?"

"Macam mana rupanya?"

"Pernah makan buah redan?"

"Boleh makan ke?"

"Pernah makan buah geduak?"

"Pernah... tengok kat pasar malam."

"Pernah makan buah jentik-jentik?"

"Pernah dengar tapi tak pernah tengok."

"Tu la....tak lama lagi orang melayu makan epal. Pisang pun tak kenal." Pak Nawi geleng kepala.
Cakap perjuangkan bahasa melayu, cakap melayu pun tak tau.
Cakap perjuangkan bangsa melayu, budaya melayu pun tak tau.
Cakap berdegor-degor, berak bawah gelegor.

Bala dakwa nyawanya terancam.

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 10, 08 3:47pm
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau terpaksa meninggalkan negara kerana nyawanya terancam, demikian menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.

Menurutnya, polis berjaya mengesan Balasubramaniam di luar negara, dengan bantuan bantuan kepolisan yang lain.

bakri zinin police cid chief p balasubramaniam pc 100708 01Bagaimanapun, katanya, demi keselamatan bekas anggota Cawangan Khas itu, pihak polis tidak dapat mendedahkan di mana lelaki itu berada.

Menurutnya lagi, polis juga tiada sebarang motif dalam siasatan tersebut, melainkan untuk mencari penyelesaian dengan segera dan menutup kes berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini, Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau mendapat ugutan.

Bagaimanapun, Bakri tidak menyatakan butiran lanjut mengenainya.

Jaga keselamatan

Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis yang beliau ke luar negara dengan kerelaannya sendiri.

"Bala keluar dengan kerelaannya tanpa dipengaruhi, dan alasan yang diberikannya kepada kita ialah nyawanya terancam.

Pihak polis, katanya, tidak dapat memberi perlindungan kepada Balasubramaniam selagi beliau berada di luar negara.

p balasubramaniam private investigator najib razak baginda altantuya murder case 3Bagaimanapun, katanya, jika Balasubramaniam kembali ke Malaysia, pihak polis bersedia mengkajinya dan jika sesuai akan memberi perlindungan kepadanya.

"Untuk menjaga keselamatan subjek berkenaan, pihak polis tidak dapat memberitahu di mana dia berada," katanya.

Sehubungan itu, Bakri meminta agar pihak polis diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan siasatannya secepat mungkin.

Di samping itu, beliau juga meminta semua pihak supaya berhenti membuat sebarang andaian berhubung kes membabitkan Balasubramaniam.

Panggil saksi

Ditanya apakah ada lagi saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung siastan kes Balasubramaniam itu, Bakri berkata:

"Selagi terlibat, kita akan panggil. Kita akan panggil semua saksi."

Ditanya sama ada mereka termasuk ahli-ahli politik, Bakri mengulangi jawapan yang sama.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada 18 saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk orang politik.

Secara berseloroh Bakri menjawab: "Jangan memancing di air yang tenang, nanti ada buaya datang."

Jawapan tersebut menimbulkan geli hati di kalangan wartawan yang hadir.

TP - jangan memancing di air yang tenang???mamat ni nak kene belajar ngan Karam Singh Walia nih...wat malu betoi...

Bala mahu anak saudaranya henti berkempen.

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Jul 10, 08 5:22pm
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mahu dihentikan kempen yang dijalankan oleh anak saudaranya, R Kumerasan, untuk membawanya pulang dengan selamat.

Bala memberitahu Kumaresan bahawa ia boleh membahayakan dirinya (Bala) dan keluarganya.

Kumaresan memberitahu pemberita hari ini bahawa mesej tersebut telah disampaikan kepadanya melalui telefon awal pagi ini dan beliau akan mematuhi permintaan bapa saudaranya.

"Ia satu perbualan (telefon) yang panjang," kata Kumaresan, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perbualan mereka.

Kumaresan juga enggan mengesahkan sama ada Balasubramaniam benar-benar berada di luar negara seperti yang didakwa oleh pihak polis.

"Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa," kata Kumaresan yang dikatakan cukup rapat dengan Balasubramaniam dan keluarganya.

TP - jadi betul la khabaar angin yang mem"fitnah" bahawa Bala kene ugut...kalau tak kena ugut tak kan la nak lari kan?

Bala-Najib: Pemimpin PKR dipanggil polis.

Reactions: 
diciplak dari : malaysiakini

Jul 10, 08 12:37pm
Ketua angkatan muda PKR dipanggil berhubung laporan polisnya terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan pengakuan penyiasat persendirian yang pernah bekerja dengan rakan timbalan perdana menteri itu, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang membuat aduan polis minggu lepas, dipanggil ke bahagian siasatan jenayah polis Bukit Aman pagi tadi.

Selepas aduannya Jumaat lepas, beliau dilaporkan berkata penarikan balik akuan berkanun P Balasubramaniam kurang 24 jam daripada akuan pertamanya bertarikh 1 Julai "membangkitkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan."

Balasubramaniam dalam tindakan menggemparkan menyediakan akuan berkanun kedua bertarikh 4 Julai menafikan sama sekali dakwaan awalnya yang mengaitkan Najib dengan mangsa bunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tindakan penyiasat itu, yang pernah diupah Abdul Razak bagi mengawalnya ketika dikunjungi Altantuya pada 2006, dibuat sehari selepas mendedahkan akuan pertama yang mengandungi bermacam-macam dakwaan serius terhadap Najib.

Beberapa jam selepas pendedahan itu pada Khamis lalu, timbalan perdana menteri menafikan mengenali atau mengetahui Altantuya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Shamsul Iskandar yang ditemani Naib Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Ketua AMK Kuala Lumpur Md Zaman Md Tasi serta beberapa exco, tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman pada jam 11 pagi.

Shamsul Iskandar berkata beliau dimaklumkan polis bahawa siasatan terhadap laporan yang dibuatnya itu akan dimulakan justeru keterangan beliau diperlukan bagi membantu siasatan.

"Kini sudah ada dua akuan yang dibuat P.Balasubramaniam. Apabila sudah ada dua akuan, ia menjadi lebih penting untuk kita tahu mana satu yang benar, sama ada yang pertama atau yang kedua," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

"Sesudah diambil keterangan saya nanti, saya minta agar keterangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula diambil. Ini perkara serius, ini bukan tuduhan biasa. Ini Akuan Bersumpah, siasatan segera dan menyeluruh harus dijalankan.

Ketika Balasubramaniam membuat akuan berkanun keduanya, penyiasat persendirian itu menjelaskan bahawa akuan berkanun pertamanya adalah tidak tepat dan tidak benar serta dibuat dalam keadaan tertekan.

TP - harapnya PDRM siasat betul-betul benda ni.jangan siasatan jadi siat-siat sudah!!!

Rombongan Istana Kedah guna jet kerana masa suntuk

Reactions: 
ALOR SETAR, 10 Julai: Rombongan Istana Darul Aman Kedah terpaksa menyewa jet eksekutif untuk menghadap Sultan Brunei semalam kerana masa telah suntuk dan itulah sahaja masa yang diberikan oleh Istana Brunei untuk menghadap baginda.

Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid berkata, rombongan itu menyewa jet itu bukan untuk bermewah-mewah tetapi itu sahaja cara yang ada untuk memenuhi masa yang ditetapkan bagi membolehkan rombongan istana Kedah menghadap Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

Rombongan Istana Kedah itu diketuai Ketua Istiadat istana Kedah. Ia turut disertai Tengku Bendahara iaitu adinda Sultan dan MB Kedah, Azizan Abdul Razak serta isteri masing-masing.

Mereka ke Brunei untuk menjemput baginda Sultan Brunei secara rasmi ke majlis perayaan Jubli Emas Sultan Kedah yang akan diadakan di Alor Setar tidak lama lagi.

Mereka menaiki sebuah jet yang disewa khas untuk membawa mereka pergi dan balik dari Alor Setar ke Brunei semalam dan pulang malam ini.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Exco," kata Helmi kepada Siasah.

Buletin Utama TV3 sekejap tadi (jam 8.15 malam) menyiarkan rakaman penggunaan jet itu semasa mereka bertolak ke Brunei dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap TV3 sebagai membazir.

--SIASAH

Anwar - Jahat Sungguh Kau!!!

Reactions: 
Assalamu'alaikum...

Aku pelik betul la dengan KERAjaan yang ada sekarang ni...betul-betul pelik...apa yang KERAjaan takut sangat dengan anwar?kenapa bersungguh-sungguh sangat nak menjatuhkan anwar?daripada tahun 1998 sampai la ni agenda KERAjaan yang betul-betul aku nampak & paling KERAjaan komited sekali ialah - menjatuhkan anwar...

Memang itu tanggungjawab KERAjaan ke?tak paham la...

Apa yang lebih aku tak paham ialah pertuduhan demi pertuduhan yang dibuat sejak 10 tahun lepas...kalau dikira & diambil dalam buku akta kesalahan jenayah mahkamah sivil & mahkamah syariah,boleh dikatakan semua seksyen ada pertuduhan keatas anwar...

Tapi yang lebih pelik lagi dalam berpuluh-puluh pertuduhan yang KERAjaan buat,setakat ni tak de satu pun yang sangkut atau bersabit dengan kesalahan...kalau ada pun sekadar "hukum jelah" tak kira salah ke tak...jahat sungguh kau anwar!

Aku percaya anwar memang betul-betul jahat...sebab tu la boleh dikatakan setiap hari ada je tuduhan baru untuk anwar.liwat,salah guna kuasa,ejen yahudi,ejen barat,rasuah,ejen zionis & macam-macam lagi...jahat sungguh kau anwar!

Aku ingat lagi tahun 1998 TDM cakap anwar liwat nalla & azizan...pas tu khalid jafri lak dah tunjukkan 50 dalil bahawa anwar memang jahat.korang tak percaya ke?korang kene percaya sebab 100% ahli UMNO/BN percaya...yang tak percaya tu semuanya geng-geng jahat anwar!

Pas tu aku ingat lagi macam mana anwar kene tangkap...utk datang dengan "mesen gan" tangkap anwar tengah malam buta...tengok cara utk tangkap anwar pun kita dah tau dah anwar memang jahat!

Pas tu lagi masa dalam tahanan korang tak tengok ke macam mana anwar kene tumbuk dengan polis baik?korang tak nampak ke macam mana anwar pergi mahkamah dengan mata lebam?patutla mata anwar lebam,sebab anwar kan orang jahat...macam tu la cara polis layan orang jahat!korang mana tau!

Korang tau tak macam mana bengangnya rahim noor dekat anwar masa tu?kalau anwar tak susahkan polis tak kan la rahim noor yang baik tu nak tumbuk anwar pulak?korang mana tau?tak kan la rahim nor yang baik tu nak tumbuk anwar kalau anwar tu baik?mesti la dia tumbuk anwar sebab anwar jahat kan?jahat sungguh kau anwar!

Masa perbicaraan kes liwat tu korang tak tengok ke macam mana jahatnya anwar bila dia dengan jahatnya sanggup meliwat azizan dekat kondo yang belum wujud lagi!korang kene faham...hanya orang jahat je yang sanggup buat benda terkutuk tu dekat kondo yang belum ada!jahat sungguh kau anwar!

Pas tu korang ingat tak macam mana tilam yang anwar guna untuk buat bende terkutuk tu disahkan tak de sarung?kat situ pun korang kene faham,hanya orang yang betul-betul jahat je yang buat bende terkutuk tu dalam kondo mewah yang belum siap & beralaskan tilam tebal tanpa cadar!anwar memang jahat!aku dah cakap banyak kali dah...

Korang tengok sampai sekarang,tak habis-habis lagi tuduhan dekat anwar & tu membuktikan yang anwar memang jahat...korang tak percaya ke anwar jahat?percayala woi...

Aku sampai hari ni dok pening lagi bila memikirkan kejahatan anwar yang tak habis-habis ni...jahat sungguh kau anwar...jahat sungguh...kau memang pandai buat jahat pas tu kau tak tinggalkan bukti untuk depa buktikan kejahatan kau tu anwar...jahat betul kau ni...

Aku nasihatkan kau wahai anwar...cukuplah kejahatan kau tu...untuk kejahatan kau yang seterusnya,aku mintak kau tinggalkan la sikit bukti supaya depa puak-puak KERAjaan dapat buktikan kejahatan kau tu...kau tak kesian ke dekat polis-polis,politikus-politikus yang terpaksa bekerja 24 jam 7 hari untuk reka bukti-bukti kejahatan kau tu?

Kau tak kesian ke bila puak-puak KERAjaan terpaksa habiskan juta-juta RM untuk upah orang-orang tertentu untuk buat pengakuan kejahatan kau tu?kau tak kesian ke bila orang-orang tertentu terpaksa bertukar jadi lembu untuk buktikan kejahatan kau tu?tolong la brader anwar...lainkali kalau kau nak buat jahat,kau tinggal la sikit bukti...

Aku kesian tengok kat Malaysia ni dah ramai sangat jadi lembu sebab nak buktikan kejahatan kau...ni yang terbaru ni dah ada 2 orang dekat kau dah jadi lembu...1 jadi lembu pawah pengusung kotak & 1 lagi dah jadi lembu sodom pengusung buku merah...jahat sungguh kau anwar...sanggup kau tutuh budak umur 23 tahun?

Kau memang jahat anwar...kejahatan kau tu sampai budak yang gagah perkasa pun takut nak lawan kau yang dah tak kuat tulang belakang & umur dah nak senja...budak tu aku rasa cukup takut dengan kejahatan kau sampaikan dia tak ingat pukul berapa kau tutuh belakang dia dek kerana kejahatan kau...anwar anwar...kenapa kau jahat sangat?

Dah la anwar...aku dah bosan dengan kejahatan kau ni...betul-betul bosan...tapi aku respek kat kau sebab sejahat-jahat kau...kau berjaya membuktikan yang orang yang menuduh kau tu lagi jahat dari kau...aku tabik kat kau anwar...sebab sepanjang ngko melakukan kejahatan-kejahatan ngko tak perbah kantoi & dalam ertikata lain, sampai la ni kejahatan ngko tak terbukti lagi...salute...

Tapi aku tetap cakap kau jahat anwar!sebab puak-puak KERAjaan cakap macam tu...tapi aku musykil 1 hal...kalau ngko betul-betul jahat...apa buktinya???

Ish...aku rasa KERAjaan lagi jahat la sebenarnya...tapi kau jahat jugak anwar sebab kau tak bagi bukti kat KERAjaan yang kau jahat...kau susahkan KERAjaan & puak-puak penyokong KERAjaan...susah payah depa kene reka bukti untuk buktikan kejahatan kau!Jahat sungguh kau anwar!

Deal dengan Umno: Ezam minta jadi Menteri ? BAH.4 (akhir)

Reactions: 
diciplak dari : Cerita dan Kisah Ezam

Oleh Lokman Nor Adam

Jawatan politik

Semasa pertemuan di Coffee House Hotel Sunway Resort, Ezam telah jelas berbohong kepada juniornya itu. Dia tidak berterus-terang menyatakan yang dia perlukan ˜political role”, tetapi sebaliknya menggunakan nama Anwar untuk meminta jawatan tersebut. Kata Ezam: "I dah beritahu Anwar tentang ˜my intention to leave the party,” (niat saya untuk keluar parti) dan akan tumpukan kepada NGO, tapi Anwar said no, no (kata, jangan, jangan). Apa mengarut NGO, NGO ni. I want u to leave the party, join Umno, support Pak Lah and tell Pak Lah that I am willing to accept him as Prime Minister. But, you must make sure you ada role" (saya mahu awak keluar parti, masuk Umno, sokong Pak Lah dan beritahu Pak Lah saya bersedia menerimanya sebagai Perdana Menteri. Tetapi awak mesti pastikan awak ada peranan).

Bila saya mendengar Ezam cakap macam itu, rasa macam nak tergelakpun ada. Macamana dia boleh suka-suka cakap macam ni? Bila mendengar apa yang Ezam ungkapkan tadi, maka orang kuat Pak Lah itupun bertanya kepada Ezam:"What kind of role (apa bentuk peranan) yang you mahu. Mungkin I could talk to Pak Lah (saya boleh beritahu Pak Lah) untuk letak you jadi pengarah satu institut macam IKD ke".

Ketika itu Ezam mula menjeling saya dan saya mula menyampuk dengan berkata: "Ezam ni politician (ahli politik), bukan academician (ahli akademik) yang you boleh letak jadi pengarah institut. Maksud Ezam dia perlukan political role (peranan politik)". Tanya orang kuat Pak Lah itu lagi: "Yalah, what kind of political role (apa bentuk peranan politik) yang you mahu?".

Maka sayapun menjawab: "Political role (peranan politik) ni macam minister (menteri) ke or at least Deputy Minister (atau sekurang-kurangnya timbalan menteri)". Junior Ezam tadi terus melenting,

"Oh no! Not only Pak Lah wont consider such thing (Oh tidak, bukan saja Pak Lah tidak mempertimbangkan perkara seperti itu), I sendiripun tak berani nak bring this matter to Pak Lah (kemukakannya kepada Pak Lah). Kalau you cakap awal-awal lagi yang you nak Deputy Minister (timbalan menteri) lain cerita. Ini you dah tulis surat menyatakan hasrat you untuk bersama Pak Lah secara ikhlas and in fact (malah) you dah suruh I beritahu Pak Lah yang you akan resign as (letak jawatan sebagai) ketua Pemuda Keadilan sebagai tanda keikhlasan you, sebelum jumpa Pak Lah, takkan I nak beritahu dia you letak syarat macam ni sekarang? I dah convince (yakinkan) Pak Lah yang you benar-benar ikhlas nak bersama dia, he was very happy (beliau amat gembira). Now (sekarang), kalau I bawa benda ni pada Pak Lah, orang keliling dia akan kata, you see (Lihatlah),.he wants something (dia mahu sesuatu). Kredibiliti I akan rosak".

Itulah pertemuan terakhir Ezam dengan orang Umno sepanjang pengetahuan saya. Semasa dalam perjalanan balik, Ezam (dengan nada marah) berkata kepada saya:"Kita kena all out (habis-habisan) belasah Pak Lah. Tapi kalau kau nak ikut yang lain-lain masuk Umno buta macam tu, aku tak kisah".

Ketika itu saya memberitahu Ezam:"Kalau nak ikut hati, aku 10 kali lagi tak nak masuk Umno, lebih-lebih lagi kalau Boss tak boleh bebas. Macamana kita nak tepis maki-hamun orang yang mengharap pada kita. Dahlah kita ni baru keluar penjara".

Kenyataan bersumpah

Maka, pada malam tersebut kami telah sama-sama berikrar untuk meneruskan perjuangan dalam Keadilan. Malam itu jugalah lahir idea untuk buat program ˜Gerakan Anwar Bebas dan meneruskan program Jelajah Pemuda BA yang terhenti di peringkat awal gara-gara perundingan untuk membebaskan Anwar. Apa yang menyedihkan saya, apabila soal perundingan ini mula dihidu oleh ahli-ahli Keadilan yang lain dan kebetulan saya sedang hebat mengkritik beliau, semua beban kesalahan telah diletakkan ke atas diri saya.

Padahal, tidak pernahpun walau sekali saya mengajak sesiapa menyertai Umno, apatah lagi menawarkan ganjaran kewangan kepada mereka. Saya merasa terpanggil untuk menulis tentang perkara sebenar yang berlaku ini kerana saya merasa jijik mendengar kenyataan Ezam di Warta KL bahawa beliau ditawarkan jutaan ringgit untuk menyertai Umno. Malah di atas pentas ceramah, beliau pernah menyatakan bahawa beliau ditawarkan jutaan ringgit dan jawatan menteri kanan jika sanggup menyertai Umno.

Ini semua adalah pembohongan belaka, termasuklah cerita yang direka oleh Ezam untuk dijadikan kenyataan bersumpah oleh Zoolhelmi Yahya, ketua Pemuda Keadilan Perak.

Sejak Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar menggunakan kenyataan bersumpah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar, Ezam tidak pernah percaya kepada kenyataan bersumpah. Macamana sekarang ini dia boleh menggunakan taktik keji Dr Mahathir ini untuk menjatuhkan maruah lawan politiknya.

Nasihat saya kepada Ezam, jika nak libatkan nama saya dalam cerekarama saudara di lain masa, tolong pastikan di mana saya berada ketika cerekarama beliau kononnya berlaku. Jadi, tidaklah malu macam cerita Zoolhelmi ni. Siapa yang akan percaya kepada saudara sekarang apabila Zoolhelmi mengatakan bahawa beliau, saya, Zahid, Ruslan, Hamdan, Hanafiah Man dan lain-lain, menerima wang pendahuluan RM 25,000 seorang dari seorang "Datuk yang tidak dikenali" di rumah Datuk Najib (Razak), sedangkan pada malam 10 Februari itu, saya berada di rumah Sdr Rahman Othman, timbalan presiden Keadilan untuk menunjukkan bukti-bukti penyelewengan dana parti yang saudara lakukan.

Kalau betullah saudara ditawar RM1 juta untuk menyertai Umno, sudah tentu saudaralah yang akan mengepalai kumpulan 12 itu kerana inilah peluang saudara untuk memiliki RM1 juta dengan titik peluh saudara sendiri, tanpa perlu mengelapkan dana untuk perjuangan parti.

Lokman Adam adalah bekas setiausaha Pemuda Keadilan dan ahli Majlis Tertinggi yang digantung keahliannya.

*Begitulah catatan kisah ezam sebanyak 4 siri, kita semua dengan pendedahan ini ezam mengangap ianya sebagai fitnah buat dirinya, Ezam dan lokman kini sama-sama didalam Umno, apa nak jadi.....Tepuk dada tanya iman.

The Return Of Bala...

Reactions: 
Assalamu'alaikum...

Akhirnya setelah 5 hari kehilangan Bala dilaporkan pihak polis berjaya mengesannya & telahpun mengesahkan penemuan Bala disebuah negara jiran tetapi terpaksa merahsiakan lokasi Bala untuk keselamatannya...

Pertama kali PDRM berjaya membuktikan kecekapannya dimata rakyat Malaysia.tapi aku masih ragu-ragu lagi akan ketelusan pihak polis didalam menjalankan siasatan keatas Bala & keselamatan Bala diluar negara.

Agaknya ini cuma mainan akal huduh & busuk hati aku pada ketelusan PDRM dalam kes ni...apa yang aku ragukan ialah betul ke Bala yang melarikan diri atau polis yang sembunyikan Bala?

Kita rujuk balik kronologi sebelum & selepas kehilangan Bala :

1 - Julai 3,2008 P Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman yang bertarikh 1 Julai.*rujuk [ sini ]

2 - Julai 3,2008 Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan akuan berkanun seorang penyiasat persendirian yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai satu pembohongan yang sangat dahsyat.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

"Saya serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Saya ada hak sebagai seorang warganegara untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.*rujuk [ sini ]

3 - Julai 4,2008 Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.*rujuk [ sini ]

4 - Julai 4,2008 Sementara itu dalam berita dibawah tajuk yang sama peguam Americk Singh Sidhu, yang menemani Balasubramaniam ketika dia membuat pendedahan menggemparkan itu dalam satu sidang berakhir bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, "tidak tahu langsung" mengenai perkembangan terbaru itu.

Americk memberitahu Malaysiakini bahawa Balasubramaniam menerima satu panggilan dari pihak polis, sejurus selepas sidang akhbar tersebut, memintanya hadir di balai polis Brickfields.

"Saya telah menasihatkannya, sebagai seorang rakyat yang patuh kepada undang-undang, dia harus melihat menemui mereka (polis),"

"Sejak itu tidak mendengar apa-apa daripadanya," katanya.

Beliau berkata, Balasubramaniam tidak dapat dihubungi sejak pendedahan semalam.

Akuan berkanun Balasubramanian itu diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, yang mempunyai alamat firma guaman Zul Rafique & Partner- firma guaman milik Zulkifly Rafique, yang merupakan saudara lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

5 - Julai 4,2008 Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

"Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama.*rujuk [ sini ]

6 - Julai 4,2008 Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.* rujuk [ sini ]

7 - Julai 5,2008 Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu - dan menariknya balik sehari selepas itu - kini tidak dapat dihubungi.

Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.*rujuk [ sini ]

8 - Julai 8,2008 The nephews of missing private investigator P. Balasubramaniam claimed today that their uncle had revealed to them months earlier all the details he had stated in his first statutory declaration (SD) which alleged that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had links with murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.*rujuk [ sini ]

9 - Julai 8,2008 Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kontroversi dua akuan bercanggahan berhubung pembunuhan Altantuya Shaaribu, kini berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Interpol, selain membuat pemantuan di pintu-pintu masuk dan keluar negara ini bagi mengesan Balasubramaniam.

"Pihak polis masih mencari dan juga ingin mengambil percakapan beliau terutamanya dengan akuan bersumpah yang telah dibuat baru-baru ini.*rujuk [ sini ]

10 - Julai 8,2008 Peguam Americk Singh Sidhu hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan untuk mengetahui orang dan/atau orang-orang yang menyebabkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyatakan yang akuan berkanun yang pertama dibuat secara paksa.

Dalam akuan berkanun 1 Julai, Balasubramaniam mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariiibuu.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan berkanun pertamanya dan membuat akuan berkanun baru tanpa bahagian yang merujuk kepada Najib.

Americk membuat laporan itu di balai polis Brickfields kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Dalam aduannya itu, Americk berkata beliau turut hadir ketika pengesahan akuan bersumpah pertama dibuat.*rujuk [ sini ]

11 - Julai 9,2008 Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin.

Balasubramaniam menghubungi anak saudaranya, R Kumaresan, pada jam 11.30 malam dan mengesahkan beliau serta isterinya selamat.

Kumaresan yang ditemui pada satu perhimpunan di Brickfields di sini, malam tadi, berkata bapa saudaranya itu bagaimanapun enggan memberitahu lokasi beliau dan keluarganya berada.

"Balasubramaniam memberitahu dia tak boleh bercakap secara bebas. Sebelum talian terputus, saya juga sempat bercakap secara ringkas dengan isterinya tetapi dia juga tidak mahu memberitahu di mana mereka berada," katanya.*rujuk [ sini ]

12 - Julai 9,2008
Polis telah mengesan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam di sebuah negara, selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dan mengambil keterangan daripadanya berhubung dua akuan bersumpahnya serta kehilangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini, dipercayai bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.*rujuk [ sini ]

Wujud beberapa persoalan disini rentetan dari kronologi-kronologi diatas yang aku perhatikan saling berhubung kait & macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari kita...

Pertamanya Bala pada mulanya dengan penuh keyakinan mendedahkan bukti adanya hubungan antara TPM Najib & Atlantuya & ini diperkuatkan didalam akuan bersumpahnya...sejurus selepas Bala mendedahkan dakwaan itu dalam akuan bersumpahnya pihak polis telah bertindak memanggil Bala kebalai polis Brickfields dan atas nasihat peguamnya Bala telah menghadirkan diri kebalai Brickfield & peguam Bala sendiri telah menghantarnya lebih kurang jam 4 petang hari berkenaan...

Pada sebelah petangnya juga TPM Najib telah menafikan pendedahan dalam akuan bersumpah Bala dengan mengatakan ianya adalah 1 pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, fitnah untuk mencemarkan imejnya ( TPM Najib ).TPM Najib juga menegaskan supaya pihak berkuasa menyiasat perkara itu dan pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

Bunyinya seperti 1 ugutan pula padahal sepatutnya TPM Najib perlu membuat laporan polis terhadap apa yang dikatakan sebagai fitnah untuk membolehkan pihak polis membuat penyiasatan.kenyataan TPM Najib "meminta" pihak berkuasa menyiasat perkara ini boleh dianggap sebagai menyalahguna kuasa melalui kedudukan Najib sebagai TPM sebenarnya.

Keesokan harinya Bala dalam keadaan yang agak selekeh macam baru lepas disodom membuat kejutan pula apabila menarik balik akuan berkanunnya yang pertama & menggantikannya dengan akuan berkanun yang ke 2 yang mana segala butir-butir maklumat yang berkaitan dengan TPM Najib secara magic telah dihilangkan tanpa ada sedikit kesan sebaliknya digantikan dengan penafian yang kalau kita baca macam penafian yang dilakukan oleh seorang manusia yang bontotnya sedang diacukan dengan pistol magnum full automatik 9mm dengan peredam bunyi.

Apa yang depa buat pada bala dekat balai tu?depa offer "BALA" ke dekat Bala???

Tengahari tu jugak peguam asal Bala buat pengesahan bahawa akuan berkanun Bala yang pertama dibuat tanpa paksaan sesiapa oleh Bala & hujah ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari anak sedare Bala bahawa butir-butir akuan berkanun tu telah Bala jelaskan sebulan lebih awak padanya & salinan butir-butir akuan berkanun itu juga telah Bala berikan untuk disampaikan pada adik Bala.

Lepas buat kenyataan akhbar tarik balik akuan yang pertama, esoknya Bala hilang tanpa dapat dikesan...macam mana boleh hilang???ini yang aku heran sekali...memula happy,pas tu tarik balik dalam keadaan sugul tapi mengaku akuan pertama tu kena paksa pas tu tetiba hilang...macam ada 1 rancangan sulit dalam kehilangan Bala ni...Keluar di platform PKR dalam keadaan yang penuh keyakinan,pas tu pegi balai...balik dari balai keadaan tak terurus sangat kemudian hilang...betul2 aku musykil...

kalau betul akuan pertama tu kena paksa - kenapa body language tak menunjukkan sebarang masalah???

kalau betul akuan kedua tu tak dipaksa - kenapa body language menunjukkan sebaliknya???

Banyak betul percanggahan fakta dekat sini.yang memusykilkan lagi bila Bala menghubungi anak sedarenya Bala bagitau yang dia selamat tapi tak boleh bercakap secara bebas...apa ni?kalau betul Bala selamat kenapa dia tak boleh bercakap dengan bebas???ini kenyataan orang yang dibawah kawalan & bukan kenyataan seorang yang bebas...

Ikut pada kenyataan Bala pada anak sedarenya tu aku jadi tambah musykil...betul ke Bala ada diluar negara & betul ke Bala selamat?macam mana polis boleh cakap yang Bala selamat kat sana?aku nak tanya kat polis - rakyat Malaysia yang ada dalam negara ni pun belum tentu selamat, apa pulak jaminan dari pihak polis yang Bala "selamat" diluar negara?pihak polis jangan lupa pulak siapa yang sedang menghadapi tuduhan mengebom gadis Mongolia tu...kan ke polis dari unit UTK yang kene tuduh tu?

Aku macam tak yakin dengan keselamatan Bala selagi tak tengok muka Bala & selagi Bala tak berada dikhalayak ramai sekurang-kurangnya Bala bertemu muka dengan sedare-mare dia baru aku boleh cakap yang Bala selamat...

Setakat polis cakap je tanpa bukti...eee...susah nak percaya beb...Malaysia ni banyak sangat benda pelik berlaku...mungkin ke Bala ada dalam pengawasan polis?kalau polis bagi pengawasan untuk selamatkan Bala dari bahaya,alhamdulillah...aku takut lari dari mulut rimau,masuk dala mulut buaya...ye la kan...PDRM under sape?AMDM under sape?...susah beb...susah nak percaya...kene pulak yang ada kuasa semua jenis "Gila Babi"...PDRM kalau ikutkan ok,AMDM pun kalau diikutkan lagi la ok...yang tak ok nya yang dok atas 2-2 tu...

Otak depa dah tamat tempoh...jadi kita tak dapat nak jangka atau agak apa ada dalam kepala otak depa tu...sementelah pulak depa simpan otak dalam kepala lutut...lagi la masalah...kuat sangat gegaran...mental & tak tetap pendirian...

Harap-harapnya lepas ni kita dapat tengok Bala balik dalam keadaan yang baik & bernyawa...jangan hancur kena bom...sudahhh...

Konspirasi Liwat 2 - Siapa Perancang?

Reactions: 
Assalamu'alaikum...

Artikel dibawah ni aku ciplak dari tranungkite & nampaknya ada persamaan dengan apa yang aku siarkan dari artikel yang aku ciplak dari umno-reform sebelum ni [ Pertemuan Ezam Dengan Saiful Bukhari ]...aku rasa tak salah kata-kata para spekuler yang mengatakan ada konspirasi dalam hal ni...korang baca sendiri & bandingkan dengan artikel sebelumnya...sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya & kebenaran pasti akan terserlah insya-Allah.

Dilulus terbit pada Wednesday, July 09 @ 18:43:25 MYT oleh greenboc
Oleh ulitmayang

Satu artikel dalam Suara KeADILan terbaharu , Bil 138 , bertarikh 2 – 16 Julai , 2008 , bertajuk PERTEMUAN DENGAN TPM “..MAKLUMAT yang diperolehi Suara KeADILan menunjukkan bahawa , Mohd Saiful Bukhari Azlan , telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Difahamkan , pertemuan itu telah diadakan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya , pada 25 Jun lalu. Beliau juga dikatakan telah menemui bekas pemimpin kanan KeADILan yang baru – baru ini telah menyertai UMNO....ms 3


Dalam tulisan berkenaan , diceritakan bahawa pengadu , iaitu Saudara Saiful Bukhari Azlan , telah berjumpa dengan Najib Abdul Razak



Beliau juga telah berjumpa dengan BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO. Dalam hal ini , jelas penulis berkenaan telah membuat pernyataan – pernyataan yang samar dan tidak jelas , manakala Suara KeADILan mungkin boleh dikatakan telah bersubahat bersekongkol dengannya. Ini kerana penulis berkenaan tidak menyatakan dengan jelas siapa itu BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO.

Di sini izinkan beberapa ulasan dibuat ;-
  • Sepatutnya nama BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , hendaklah disebut secara jelas. Kalau perlu nyatakan juga BIODATA lengkap , seperti nombor kad pengenalan , alamat dan pekerjaan. Adalah lebih elok disertakan dengan gambar berukuran saiz pasport sebagai barang bukti dan pengecaman
  • Ini , kerana kalau berdasarkan kepada tulisan berkenaan SAHAJA , dikhuatiri orang ramai akan membuat tohmahan dan andaian bahawa BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , adalah Saudara Ezam. Mungkin tidak benar dakwaan tersebut , kerana sedikit waktu dahulu , Tuan Guru Nik Aziz telah menyebut EZAM BUDAK BAIK. Jadi sudah barang tentu mungkin, orang berkenaan bukannya Saudara Ezam.
  • Sepatutnya butiran – butiran lain yang lebih lengkap, dikemukakan , termasuklah tarikh sebenar BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , diterima masuk UMNO.
  • Harus juga dinayatakan jelas apakah jawatan BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , di dalam Parti KeADILan dulu.
  • Suara KeADILan seolah – olah cuba menimbulkan keraguan ke atas peribadi BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , yang dikatakan EZAM BUDAK BAIK oleh Tuan Guru Nik Aziz
  • Ini mungkin boleh menimbulkan syak
  • Mungkin orang berkenaan iaitu BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , akan merasa rendah diri , malu , tak sedap hati , jatuh maruahnya dan menjejaskan reputasinya di mata rakyat Malaysia
  • Tidak lah diketahui , artikel sebegini akan menimbulkan lebih banyak fitnah dan huru hara di kalangan rakyat Malaysia
  • Penulis berkenaan tidak seharusnya berselindung , malah perlu dinyatakan secara terus dan terang , semua maklumat yang telah diperolehi atau dipegang olehnya.
  • Di dalam menulis kita seharusnya profesional
  • Bukankah negara kita mempunyai undang – undang , dan sekiranya penulis di pihak yang benar , tak usah lah takut , anda akan dilindungi. Tidak mungkin penulis akan dimasukkan ke dalam lockup dan dibelasah separuh mati , oleh Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan, seperti yang dialami oleh DSAI dulu . Itu cerita lama.
  • Kata orang – orang tua , berani kerana benar , takut kerana salah
  • kalau BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , menyaman penulis berkenaan, maka boleh lah disaman balik BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , berkenaan , andainya mempunyai bukti – bukti yang mencukupi. Apa nak takut. Bukankah kerajaan UMNO/BN telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman , yang akan menilai semula urusan perlantikan badan kehakiman dan perjalanan Mahkamah di negara kita.
  • Adakah tulisan – tulisan sebegini yang Pak Lah katakan sebagai FITNAH BERMAHARAJALELA ?
Boleh tak disyakki [ itu pun dah tak baik , dan mungkin berdosa , kerana tak ada bukti ] bahawa BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO , adalah Saudara Ezam Untuk keterangan lanjut sila dapatkan sisipan terbaharu Suara KeADILan , Bil 138 , bertarikh 2 – 16 Julai 2008


Saudara – saudari sekalian mungkin mempunyai pandangan dan pendapat lain yang lebih adil. Silakan . Terima kasih