Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 24, 2008

BPR ambil keterangan pemandu exco T'ganu

Reactions: 
Jul 24, 08 6:21pm Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan daripada empat pemandu exco kerajaan negeri Terengganu berhubung kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang terlalu tinggi.

Enam pegawai BPR berkenaan telah datang ke Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan Terengganu, sejak petang semalam dan pagi tadi bagi mengambil dokumen-dokumen berkaitan untuk diteliti.

Bernama memetik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong sebagai mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya mengesahkan pegawai BPR telah mengambil keterangan daripada empat pemandu Exco berhubung perkara berkenaan dan pada hari ini mereka selesai berbuat demikian kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan pegawai BPR berkenaan turut mengambil keterangan daripada pegawai-pegawai kanan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dua hari lalu, pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan negeri itu terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menyenggara kereta nasional itu sejak 2004 hingga sekarang.

Kos senggaraan yang tinggi itu dijadikan alasan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi meluluskan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Ambil keterangan

Pembelian kereta Mercedes itu yang berharga RM245,000 sebuah adalah untuk kegunaan 10 Anggota Exco kerajaan negeri, sebuah untuk Speaker Dewan Undangan Negeri dan tiga lagi untuk Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ketika ditanya sama ada BPR akan mengambil keterangan daripada beberapa individu lagi, Mokhtar berkata: "saya tidak tahu...(bagaimanapun) kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada BPR bagi memastikan siasatan kes ini berjalan lancar.

"Jika ada penyelewengan, kerajaan negeri tiada mempunyai masalah dengan BPR untuk mengambil tindakan," katanya.

Beliau menjelaskan kereta Proton Perdana V6 Executive itu, telah dihantar sendiri oleh pemandu exco atau pegawai kanan kerajaan negeri itu untuk diselenggara di bengkel-bengkel yang dilantik dan pihaknya akan membuat bayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakan.

Mokhtar berkata setiap exco kerajaan negeri mempunyai dua pemandu iaitu seorang yang merupakan kakitangan tetap dan seorang lagi yang dilantik sendiri oleh mereka secara kontrak.

Beliau berkata kerajaan Terengganu akan terus menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sementara menunggu surat rasmi daripada Kabinet berhubung arahan tidak membenarkan penggunaan kereta berkenaan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.

"Sebanyak 15 buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu masih digunakan untuk kegunaan bersama (pool)," katanya.

-malaysiakini

"Dah sampai masa rakyat bangun" Fauzi

Reactions: 

KL: Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Fauzi, 62, membuat pengumuman itu di Ibu pejabat PKR dengan diapit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau meninggalkan Umno, yang disertai pada 1966, kerana sudah hilang keyakinan kepada parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional dan kepimpinannya.

"Saya meninggalkan politik secara aktif lima tahun lepas tetapi senario politik semasa telah memaksa saya kembali semula.

Saya fikir sudah sampai masanya rakyat Malaysia bangun. Apa pun saya sudah berehat terlalu lama , katanya pada sidang akhbar.

Ahli politik veteran itu pernah menuntut bersama Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Fauzi yang pernah menerajui Umno Bahagian Kuantan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada 1990 sehingga 1995 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi (1995-1997) sebelum menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-1999).

Menjawab soalan, Fauzi berkata beliau tidak menganggap dirinya sebagai orang buangan Umno kerana beliau masih mendapat sokongan daripada penyokongnya di dalam parti itu.

"Sebenarnya, penyokong saya mahukan saya bertanding dalam pemilihan Umno bahagian tahun ini tetapi saya menolaknya," katanya.

Sementara itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa tempoh yang ditetapkannya untuk parti pembangkang membentuk kerajaan baru tidak berubah walaupun berdepan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan pembangkang menawan empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan yang sudah berada di tangan Pas, Anwar berkata gabungan parti pembangkang, PKR, PAS dan DAP, akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept.

Anwar berkata PKR juga sedang berbincang dengan PAS dan DAP berhubung "pilihan raya kecil tidak lama lagi" yang akan ditandingi beliau sebelum melangkah ke Parlimen.

Menjawab soalan, Anwar berkata ramai lagi anggota Umno akan menyertai pembangkang " tetapi kami akan membuat lebih banyak kejutan dari semasa ke semasa".

Berhubung muzakarah di antara PAS dan UMNO seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan kejujuran PAS.

"Saya tidak sangsi dengan komitmen PAS. Saya tidak nampak sebarang masalah yang bakal mendatang," katanya.

-KLpos

Layakkah Anwar Menerajui Perubahan?

Reactions: 

Apabila rakyat memberikan signal perubahan melalui penafian majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Umum yang lepas,ramai bertanggapan bahawa pengaruh DS Anwar Ibrahim adalah antara faktor dominan yang menggerakkan fenomena ini. Ramai melihat bahawa DSAI adalah 'Pemimpin Harapan Rakyat' yang mampu menggerakkan elemen sedar dalam masyarakat Malaysia yang sejak sekian lama bersifat kaku dan beku.Ramai yang menaruh harapan kepada DS Anwar Ibrahim walaupun beliau juga sebenarnya lahir dari 'rahim' parti pemerintah (UMNO).

Media alternatif seringkali menggembar-gemburkan impian DSAI yang mahu kembali memimpin negara.DS Anwar baru-baru ini membuat kenyataan bahawa jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti sudah melebihi jumlah yang diperlukan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan pusat.Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara pemimpin UMNO yang memandang berat kenyataan Anwar itu.

Persoalannya, layakkah Anwar menerajui perubahan?

Dato' Seri Anwar bin Datuk Ibrahim adalah penasihat (dibaca:De facto leader) Parti Keadilan Rakyat (PKR).Beliau juga adalah mantan Timbalan Presiden UMNO dan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1993 hingga 1998.Sebelum itu,beliau merupakan bekas aktivis utama dalam pergerakan mahasiswa dan belia. Beliau pernah menjadi presiden PBMUM,PKPIM,ABIM dan MBM.

Dato' Seri Anwar Ibrahim lahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'Cahaya-cahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya,Datin Hajah Che Yan Hussein (Allahyarham) merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita UMNO.Pendedahan pidato yang diberikan kepadanya semenjak kecil memungkinkan beliau diiktiraf sebagai antara pemimpin Nusantara yang handal berhujah.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 . Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan pernah mengasaskan Badan Revolusi Ugama.Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK.Semasa di MCKK , Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahya Ahmad (Allahyarham).Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Zaman Belia

Pada tahun 1969, Anwar pernah berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Sewaktu itu, Dr Mahathir telah dipecat daripada UMNO kerana lantang mengkritik pentadbiran tunku Abdul Rahman yang lemah dan goncang.

Anwar pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari tahun 1974 hingga 1976 kerana menganjurkan demonstrasi jalanan di Baling dan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Kejatuhan harga komoditi getah menyebabkan rakyat Baling tidak mampu menyara hidup dengan baik.Penduduk pedalaman Baling pada ketika itu dibiarkan 'melarat' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.

Meninggalkan ABIM dan tidak menyertai PAS

Apabila DS Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO,sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli. Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim. Difahamkan sebelum itu bahawa Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah telah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama,kekuatan PAS sedikit tergugat kerana Anwar Ibrahim telah mengubah haluan.Sebelum itu, Anwar diramalkan akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Haji Subky Latif dalam bukunya "Siapa Ganti Asri" menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Sebelum itu juga,Anwar cukup sinonim dengan perjuangan PAS.Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Malahan Datuk Asri Muda sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang di Pertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Rentetan penghijrahan mengejut Anwar ke dalam UMNO,beberapa pemimpin kanan ABIM telah menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad , Datuk Fadzil Noor (Allahyarham), Abdul Halim Arshat, Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Yahya Othman.

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.Anwar juga sedar bahawa ribuan pejuang Islam menitiskan air mata kecewa dengan keputusan itu.Selain daripada keputusan itu, tindakan Anwar yang tidak menghargai pengorbanan Ezam Mohd Nor juga adalah antara kesilapan besar beliau.Anwar kadang-kadang dilihat terlalu manipulatif dan kurang menghargai ribuan jasa yang pernah dicurahkan kepadanya.

Penglibatan dengan politik UMNO


Anwar bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO pada tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan.

Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993, Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan,beliau dianugerahkah ijazah Kedoktoran Kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

Jawatan dalam kerajaan

  • 1982 - 1983 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

  • 1983 - 1985 : Menteri Belia dan Sukan

  • 1985 - 1986 : Menteri Pertanian

  • 1986 - 1990 : Menteri Pendidikan

  • 1990 - 1998 : Menteri Kewangan

  • 1993 - 1998 : Timbalan Perdana Menteri (Pernah memangku jawatan PM selama 2 bulan).

Memimpin perubahan dalam UMNO

Kemasukan Anwar telah menyisihkan pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, Abdullah Ahmad Badawi dan lain-lain secara perlahan-lahan. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu. Anwar adalah bukti UMNO sebuah parti Islam , bukan parti sekular. Selepas Anwar menyertai UMNO, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah direalisasikan. Sebelum ini umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.

Anwar Ibrahim juga dilihat cuba mengABIMkan UMNO. Ramai pemimpin ABIM yang dilihat menyertai UMNO. Antaranya ialah saudara Anuar Tahir,Datuk Kamaruddin Mad Nor dan Datuk Kamaruddin Jaafar (KJ). Kehadirannya di dalam UMNO berjaya menyaingi pengaruh Islam yang dibawa oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Beliau menjadi perisai UMNO dalam isu-isu Islam.

Namun begitu,ramai pemimpin UMNO yang tidak senang dengan ketegasan beliau di dalam menegakkan sebahagian syariat Islam di dalam UMNO.Ramai pemimpin UMNO yang sentiasa merancang untuk menumbangkannya.

Langkah terlalu pantas

1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Tun Ghafar Baba (Allahyarham) kerana Ghafar dianggap hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam.

Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau dilihat terlalu perlahan. Golongan muda lebih mahukan Anwar berbanding Ghafar. Anwar telah menguasai setiap sendi UMNO. Akhirnya, Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Penyingkiran

Malang tidak berbau. Akhirnya, Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudiannya dari jawatan Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.Isu salah laku seks dan rasuah telah menjadi senjata yang paling ampuh untuk memusnahkan karier politik Anwar Ibrahim.

Faktor utama penyingkiran Anwar kerana kemaraan Anwar tidak dapat dibendung lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak , kemungkinan Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.Isu 'Grand Design' diperkatakan di mana-mana dan wawasan Islam dibandingkan dengan Wawasan 2020. Dr Mahathir dilihat semakin malap.

Peluang terbaik untuk menyingkirkan Anwar ialah apabila tersebarnya surat layang 30 halaman di Perhimpunan UMNO dan kemudian terbitnya buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri (Allahyarham).Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Dr Mahathir bertindak memecatnya kerana ketegasannya dalam menangani isu salah laku rasuah,kronisme,nepotisme yang membarah di kalangan pemimpin-pemimpin utama UMNO termasuklah Dr Mahathir sendiri.

Pada asalnya,beliau disabitkan dengan tuduhan salah laku seks iaitu liwat dan persetubuhan haram dengan Shamsidar Taharin,isteri Azmin Ali.Namun apabila pihak pendakwaraya tidak mampu mensabitkan beliau dengan tuduhan itu,Anwar akhirnya disabitkan dengan tuduhan bahawa beliau cuba mempengaruhi penyiasatan polis di dalam tuduhan beliau seorang homoseksual.

Beliau dipenjarakan dan diperlakukan dengan tindakan yang zalim dan tidak bermaruah.Ketua Polis Negara ketika itu,Tan Sri Rahim Nor didakwa telah membelasahnya sehingga lebam mata kirinya.Beliau juga dipukul,diterajang dan ditelanjangkan tanpa sebarang perikemanusiaan.

Sewaktu beliau mahu dipecat daripada UMNO,tidak ramai pemimpin UMNO tertinggi yang berani mempertahankan beliau.Hanya Datuk Zahid Hamidi,Datuk Dr. Afifuddin Omar dan beberapa pemimpin UMNO yang lain sahaja yang cuba membela beliau.Teman seperjuangan di dalam UMNO hanya memandang sayu dari kejauhan.Mujurlah,ramai penyokong setia dan sahabat lama di luar UMNO yang bangkit mempertahankan beliau.

Dato' Fadzil Noor(Allahyarham) yang memimpin Parti islam Se-Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat malaysia (GERAK) yang disertai oleh PAS,DAP,PRM,15 NGO dan individu-individu dari pelbagai latarbelakang.Pada ketika ini,barulah beliau mula mengenali siapa kawan dan siapa lawan yang sebenar.

Anwar Ibrahim dibebaskan.

Berkat doa dan perjuangan tanpa henti penyokong dan pendokong keadilan di seluruh negara,beliau akhirnya dibebaskan.Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.

Pandangan bukan Melayu

Pada dasarnya ,segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum sebagaiman Tun Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew.Masyarakat bukan bumiputera lebih berminat dengan pemimpin yang sederhana dan tidak taksub dengan agenda kaum sendiri.

Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemimpin yang Islamik.Penampilan isterinya yang bertudung serta kefahamannya tentang agama yang lebih mendalam berbanding pemimpin-peminpin UMNO yang lain memberikan markas bonus buat beliau.Walaupun gaya hidupnya sedikit berubah sewaktu menjadi pemimpin UMNO,namun ramai penyokongnya yang masih setia meyakini komitmennya dalam mempertahankan agama Islam.

Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina dan Deevapali.Malahan pendiriannya tentang hubungan antara kaum di Malaysia sangat komprehensif dan boleh diterima ramai.Beliau menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan alternatif Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dikatakan lebih menyeluruh dan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu.

Namun,penolakan DEB sedikit sebanyak mengguris hati bangsa Melayu.Dalam soal ini,beliau dilihat terlalu mengejar keuntungan politik sehingga leka dengan hak dan keistimewaan Melayu yang perlu dijaga.

Selain itu,kewujudan Parti Keadilan Rakyat yang 'multi racial' juga membuktikan bahawa beliau tetap memperjuangkan kesejahteraan semua kaum.Namun,ramai masih meragui adakah formulanya dalam menyusun struktur organisasi parti yang terlalu bersifat 'mee segera' tanpa dasar utuh yang meyakinkan boleh terus konsisten diterima.

Anwar harus mempersiapkan sebuah PKR yang berpasak kuat untuk menghadapi zaman selepasnya kerana dibimbangi bahawa kekuatan PKR adalah terletak pada Anwar semata-mata.Ramai juga yang menjangkakan bahawa hayat PKR adalah sama dengan jangka hayat DS Anwar sendiri.

Keistimewaan

Beliau terkenal sebagai pemidato yang sangat hebat.Gaya pidatonya yang bersemangat,meyakinkan dan menarik menyebabkan sesiapa pun terpukau dan yakin dengan agenda yang dibawa oleh beliau.Selepas Sukarno,beliau dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang (sewaktu muda) sahajalah pemimpin politik yang mampu mewarnai politik Nusantara dengan pidato yang sangat memukau dan hebat.

Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar.Walaupun beliau tidak berlatar-belakangkan pendidikan Islam sewaktu di universiti, beliau tetap mampu membawa imej dan wawasan Islam yang jelas dan komprehensif.Sebab itu,apabila beliau difitnah dengan tuduhan seks luar tabi'e,ramai ulama-ulama dan cerdik pandai agama yang tampil membela.

Antaranya adalah Ustaz Fadzil Nor,Datuk Dr. Hasan Ali,Dr. Haron Din,Ustaz Ismail Kamus,Ustaz Ahmad Awang,Dr Badrol Amin dan sebagainya.Di peringkat antarabangsa,beliau disokong oleh Sheikh Yusuf Al Qardhawi yang sehingga hari ini tidak menjejakkan kaki ke Malaysia lantaran protesnya kepada tindakan fitnah yang masih belum dibersihkan dengan maaf dan maruah.

Beliau juga bijak di dalam percaturan politik.Anwar Ibrahim adalah politikus yang optimistik dan pintar.Beliau tidak menggunakan pengaruh sesiapa untuk dijadikan batu loncatan dalam menggapai jawatan yang lebih tinggi sebaliknya dengan menggunakan karisma dan kredibilitinya yang tersendiri.Anwar membina pengaruhnya semenjak di bangku sekolah lagi.Beliau tidak boleh disamakan dengan saudara Khairy Jamaludin yang cepat meningkat naik dengan 'subsidi' pengaruh bapa mentua.

Beliau juga dikatakan tidak mudah terpengaruh dengan wang ringgit dan rasuah.Pernah bapa beliau mahu dianugerahkan tanah balak seluas beberapa ekar oleh kerajaan Sabah.Namun, beliau tanpa berlengah terus mengarahkan agar kelulusan itu ditarik balik kerana bertentangan dengan prinsipnya dan kepentingan rakyat.

Penutup

DS Anwar mungkin figura politik utama yang hampir mempunyai kesemua ciri-ciri yang Perdana Menteri Malaysia diimpi-impikan rakyat.Namun,beliau juga harus sedar bahawa pelapis pemimpin negara 'citra-Malaysia' harus segera dipersiapkan.Kita khuatir jika Pakatan Rakyat yang mengambil alih teraju kepimpinan negara,siapa lagi pemimpin selepas Anwar yang mampu memenuhi aspirasi dan selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Walaupun Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mampu menampilkan pelapis-pelapis pemimpin politik berwajah Malaysia seperti Datuk Paduka Husam Musa,saudara Salahuddin Ayub,saudara Ezam Mohd Nor,saudara Khalid Samad dan saudara Mujahid Yusuf Rawa, namun kemunculan seorang lagi 'Prime Minister in waiting' yang benar-benar kompeten selain DS Anwar masih kabur dan sukar ditelah.

Walau apapun tanggapan umum tentang DSAI,hakikatnya rakyat sedang menantikan seorang pemimpin utama negara yang bukan sahaja baik, malahan punya kekuatan untuk memimpin.Pemimpin yang kuat mampu membina kerajaan yang kukuh dan perkasa.

Malaysia perlu dipimpin oleh seorang perdana menteri yang bukan sekadar mampu mengimamkan solat,tetapi juga mampu menerajui kebangkitan Malaysia yang gagah.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam blognya bahawa "sebuah kerajaan yang lemah tidak sesuai untuk sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa".

Oleh itu, Anwar bukan hanya perlu mempersiapkan dirinya, tetapi juga Pakatan Rakyatnya!

sumber - ladangnet

Tiada pingat selama Sultan T'ganu masih Agong

Reactions: 
Jimadie Shah Othman | Jul 24, 08 5:47pm
Keputusan istana Terengganu tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu pada Ahad lalu diambil berdasarkan titah baginda sendiri, kata ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

sultan mizan zainal abidin terengganu 031106Menurut bekas hakim kanan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memaklumkan perkara itu ketika mula-mula ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April tahun lalu.

"Menurut amanat Tuanku sewaktu mula-mula ditabalkan, semasa baginda tiada (menjadi Yang di-Pertuan Agong), tidak usah kurnia apa-apa (darjah dan pingat kebesaran)," katanya.

Tuanku Mizan juga ingin "mengurniakan sendiri" darjah dan pingat kebesaran kepada mereka yang layak, kata Abdul Kadir ketika dihubungi Malaysiakini.

"Tuanku hendak mengurniakan sendiri pingat. Kalau buat sekarang, bukan baginda sendiri yang mengurniakannya," tambahnya.

Penganugerahan jika dibuat pada tahun ini, tambah Abdul Kadir, akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Muda dan juga Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

tengku muhammad ismail sultan mizanMPPR dibentuk sebagai membantu Tengku Muhammad yang belum mukallaf (cukup umur) sewaktu putera Tuanku Mizan ini dilantik sebagai Pemangku Sultan Terengganu.

Putera baginda diputerakan pada 1 Mac 1998.

Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu itu hujung minggu lalu.

Abdul Kadir, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, menafikan tindakan Sultan itu mempunyai hubungan dengan perkembangan politik semasa di negeri itu.

Keputusan tidak menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran itu juga, menurutnya lagi, dibuat berdasarkan kesibukan baginda sebagai pemerintah tertinggi negara dan terpaksa menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada tahun depan juga tiada sebarang penganugerahan akan dibuat, beliau berkata: "Kalau mengikut amanat itu, tiada."

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh menjadi Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan akan dibuat seperti biasa, kata Abdul Kadir.

"Mesti ada," katanya.

-malaysiakini

MB Pahang, K'tan sokong MB T'ganu

Reactions: 
Jul 24, 08 5:21pm
Dua orang lagi menteri besar di negeri Pantai Timur - Pahang dan Kelantan - bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif adalah lebih mahal daripada Mercedes.

Sambil memberi contoh kereta Mercedes yang digunanya sejak era Menteri Besar terdahulu, Tun Khalil Yaakob, iaitu sejak berbelas tahun lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kos penyenggaraan kereta itu untuk tahun lalu ialah RM42,000.

adnan yaakob adnan yaakubSebaliknya, kata beliau, ada antara kos penyenggaraan Proton Perdana yang diguna ahli exco kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu, mencecah RM57,500 setahun, demikian menurut laporan Bernama.

"Dari segi hakikatnya, menteri besar Terengganu betul apabila menyatakan kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif lebih tinggi daripada Mercedes," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Adnan berkata, dari sudut praktikal memang sukar menggunakan kereta yang mempunyai kuasa enjin rendah terutama bagi perjalanan ke destinasi yang jauh.

Beliau bagaimanapun mengambil langkah tidak menyokong mahupun menentang keputusan pembelian 14 kereta Mercedes E200 kerajaan negeri Terengganu itu.

"Segala keputusan yang hendak dibuat pada masa kini sepatutnya mengambil kira situasi semasa dan kehendak rakyat. Sekarang rakyat lebih suka macam saya (Menteri Besar) naik kereta Kancil atau motosikal pun boleh (jika ke lokasi dekat)," katanya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri Pahang akan mengambil keputusan untuk mengikut arahan dan keputusan yang ditetapkan kerajaan pusat berhubung pemakaian kereta nasional walaupun ia boleh dipertikai.

Banyak masalah

Sementara itu, Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan pendapat yang sama dengan Ahmad iaitu penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi negeri banyak menimbulkan masalah.

nik azizBeliau berkata kerajaan negeri Kelantan sendiri mendapati kos penyenggaraan kereta nasional itu lebih tinggi berbanding kenderaan yang diimport selain sering mengalami kerosakan.

Walaupun tidak bercadang untuk menukar kenderaan rasmi kepada kereta lain termasuk kereta import, Nik Aziz berkata apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu mengenai kereta Proton Perdana memang berasas.

"(Kerajaan negeri) Kelantan kami pun pakai Perdana selain Mercedes lama,
ada sedikit kelonggaran kita bagi. Ini kerana sama dengan yang Menteri Besar Terengganu sebut, kereta Perdana ni masalah penyenggaraan dialah.

"Rosak sokmo (sering rosak). Kadang-kadang cermin tak boleh naik, kadang-kadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang," katanya kepada pemberita hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum itu merasmikan masjid Taqaddum Ilmi di Sekolah Menengah Agama Taqaddum Ilmi, Ketereh.

Beliau mengulas isu kerajaan negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

-KLpos

Suhakam mungkin turun taraf

Reactions: 
Jul 24, 08 1:06pm
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memandang berat terhadap kemungkinan status Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diturun taraf daripada 'A' kepada 'B'.

Menurut Suaram, Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa mengenai Institusi Hak Asasi Manusia (ICC) telah menghantar notis tersebut kepada Suhakam baru-baru ini, memberinya tempoh setahun untuk suruhanjaya itu menyediakan bukti-bukti penambahbaikannya.

"Jika tidak, status Suhakam akan diturunkan dari 'A kepada 'B'," demikian menurut kenyataan Suaram hari ini.

suhakamICC merupakan badan perwakilan bagi institusi hak asasi manusia (NHRI), yang ditubuhkan untuk mewujud dan memperkasakan NHRI mengikut Prinsip Paris (standard antarabangsa bagi NHRI yang bebas dan berkesan).

Suaram menyifatkan notis yang dihantar oleh badan antarabangsa itu sebagai satu tamparan yang serius terhadap kredibiliti Suhakam serta kerajaan Malaysia yang menjadi anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada masa yang sama, katanya, tahun ini, Suhakam akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tahunan Forum Asia Pasifik mengenai institusi hak asasi manusia nasional (APF) - sebuah pertubuhah NHRIs di wilayah Asia Pasifik.

"Mesyuarat tahunan APF itu akan diadakan pada 28-31 Julai ini di Kuala Lumpur. Ia akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Julai.

"Sebagai tuan rumah bagi acara penting seumpama itu, Suhakam pastinya akan menjadi perhatian masyarakat antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, Suaram akan mengadakan sidang akhbar esok untuk menyatakan pendiriannya mengenai kemungkinan status Suhakam diturun taraf.

Suaram juga akan mengumumkan syor-syor untuk menambahbaik kebebasan dan keberkesanan suruhanjaya tersebut dalam mempromosi dan memelihara hak asasi manusia di Malaysia.

-malaysiakini

Nama jalan Georgetown jejas BM

Reactions: 
Jul 24, 08 1:27pm
dikemaskini PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".

"Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid.

"Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaan."

Dr Mujahid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, menyifatkan keputusan menambah bahasa-bahasa Cina, Inggeris dan Tamil di papan-papan tanda jalan dan bangunan di bandar raya itu "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".

"Lagipun sejarah budaya pada sesuatu tempat telah diserapkan dalam budaya kita dan nama yang digunakan walaupun dari perkataan dari bahasa lain, ia tetap menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan.

"Oleh itu tidak perlu untuk menuliskannya dalam bahasa selain yang diterima pakai oleh bahasa kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chow semalam dilaporkan berkata kerajaan negeri, yang dipimpin oleh DAP dan PKR, bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan, selepas mendapat desakan Gerakan awal minggu ini.

Mengulas kontroversi panas isu dialog sulit PAS-Umno seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Mujahid menyalah presiden Umno kerana "membocorkan maklumat" kepada media.

"Muzakarah Umno-PAS peluang terbaik Abdullah untuk dilihat ‘bersinar’ sedikit dalam kesuraman politiknya.

"Abdullah juga dilihat terdesak untuk manipulasi isu muzakarah Umno-PAS dengan ‘membocorkan’ maklumat-maklumat pertemuan seolah-olah hubungan telah sampai ke tahap yang serius antara kedua-dua parti, sedangkan pertemuan antara parti-parti politik adalah perkara lumrah," katanya.

Tambahnya, DAP bertemu dengan perdana menteri untuk kepentingan Pulalu Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Abdullah dalam kemelutnya didakwa meliwat, "maka apa istimewanya PAS bertemu dengan Abdullah?"

"Melainkan ia disensasikan untuk kepentingan survival Abdullah," kata Dr Mujahid.

"Soal muzakarah tidak pernah timbul pun, ia hanya manipulasi perkataan supaya ahli PAS menjadi keliru, yang berlaku hanyalah pertemuan biasa (muqabalah) yang menjadi hak PAS untuk berjumpa dengan sesiapa yang dirasakan perlu.

"Apa yang dikesali ialah sikap Umno yang menangguk di air keruh dalam niat ikhlas PAS untuk bertemu dan mengemukakan hal-hal untuk kepentingan nasional."

-malaysiakini

Police may show CCTV of Anwar questioning

Reactions: 

KUALA LUMPUR, July 24 — The charges and counter-charges surrounding the sodomy investigation against Datuk Seri Anwar Ibrahim are going to get more intense — and interesting.

The Malaysian Insider understands that the police are considering making public close-circuit television footage to show the treatment given to the Opposition leader when he was in detention at the KL police headquarters.

This move — the first time it has been done in recent history — could happen within the next 48 hours and is aimed at challenging the position put forward by Anwar that he was treated badly during his overnight detention on July 16. It is also part of an attempt by the administration to appease critics who have been calling for more transparency in the police investigations into the sodomy charge against the former deputy prime minister.

His former aide, Saiful Bukhari Azlan, lodged a police report on June 28 alleging that he was sodomised by Anwar on June 26 in a condominium in Damansara. The Opposition icon was arrested outside his home in Segambut and heavily escorted to the KL police headquarters.

He alleged that he was treated like a major criminal and had to sleep on the cement floor, relying on a towel his wife brought as a mattress.

Police investigators have defended their actions, saying that certain rules were bent to allow him to have complete access to his lawyers and family members.

They also noted that every attempt was made to ensure that there was no repeat of 1998. Ten years ago, Anwar was arrested under the Internal Security Act after leading a demonstration following his sacking from government by the then-Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He was severely assaulted by the then-Inspector-General of Police Tan Sri Rahim Noor while in detention.

This time, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has gone on record to say that there will be no repeat of 1998. But this has not stopped charges and counter-charges being flung between Anwar and government agencies.

The Opposition politician said that he was stripped naked and had his private parts measured and checked during a medical check-up at the Kuala Lumpur Hospital.

The hospital authorities denied this assertion in a statement. But Anwar hit back, accusing the administrators of doing the public relations work of the ministers.

-TMI

PM garis empat langkah perangi tafsiran sempit agama

Reactions: 

KUALA LUMPUR 24 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggariskan empat langkah bagi memerangi tafsiran sempit ajaran Islam yang dilakukan oleh golongan ekstremis sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kesengsaraan kepada ummah.

Perdana Menteri berkata, langkah pertama ialah merombak kurikulum agama di sekolah supaya ia menekankan tafsiran agama bersifat sejagat.

"Langkah kedua ialah supaya golongan cendekiawan Islam mendekati masyarakat bagi menerangkan ajaran Islam sebenar dan langkah ketiga media perlu memperjuangkan nilai sejagat Islam," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Agama Dalam Pencarian Keamanan dan Keadilan Sejagat di sini hari ini.

Tambahnya, langkah keempat ialah melaksanakan nilai-nilai positif Islam dari peringkat kerajaan hingga keluarga.

- Utusan

40 scramble to safety as cornice comes crashing down

Reactions: 
The original spot of the cornice  that fell (circled) at the lobby of the state assembly building. (Inset) Ex-representative of Jawi Tan Cheng Liang (centre) taking a closer look at the fallen cornice.
The original spot of the cornice that fell (circled) at the lobby of the state assembly building. (Inset) Ex-representative of Jawi Tan Cheng Liang (centre) taking a closer look at the fallen cornice.

GEORGE TOWN: It was a close call for some 40 people, including Barisan Nasional component party members and pressmen, when part of the plaster ceiling at the lobby of the State Legislative Assembly building fell.

The incident happened just before the 11am break yesterday when Komtar assemblyman Ng Wei Aik was taking part in the motion of thanks to debate the Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas' speech.

It was chaos as people scrambled to safety.

Among those seated barely one metre from the spot were Gerakan's Cheang Chee Gooi and MCA's Tan Cheng Liang who were present in their capacity as the opposition watchdogs.

Cheang said he was talking with some people when he heard cracking sounds before the plaster ceiling came crashing down.
"Thank goodness none of us were seated directly below the collapsed ceiling.

"I hope the authorities will look into the matter immediately," he said.

At a press conference later, Chief Minister Lim Guan Eng expressed shock over the incident.

He blamed it on the failure by the previous administration to conduct proper maintenance on heritage and old buildings.

"We will deal with this," he said, adding that he had instructed state Public Works Committee chairman Lim Hock Seng to rectify the pro-blem.

Lim, however, said they would continue to operate from the existing building which was rich in heritage value.

Meanwhile, state opposition chief Datuk Azhar Ibrahim said it was unfair for Lim to blame the previous administration for the incident.

"The onus is on them to conduct a safety check before the legislative assembly session convenes.

"We used to do that under the previous administration," he said, adding that this was the first time in his 18 years as assemblyman that such a thing had happened.

"The state Public Works Department and the Penang Island Municipal Council should be held accountable," he added.

The state legislative assembly building was renovated and repainted more than two years ago.

-nstonline

Muqabalah alternatif PAS tolak muzakarah, pendirian MT Umno petang ini?

Reactions: 

NIK Abdul Aziz Nik Mat (tengah) dikerumuni wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi parti itu di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din (kiri), Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (belakang) dan timbalannya Nasharudin Mat Isa (dua, kiri). - fotoBERNAMA

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Empat hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan membabitkan beliau dan tiga pemimpin PAS sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin-pemimpin PAS petang ini sebulat suara menolak muzakarah antara Umno-PAS.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin kanan PAS yang bertemu di Kelantan petang ini mengesyorkan diadakan muqabalah sahaja - pertemuan bersemuka.

Perkembangan ini menandakan PAS menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.

Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat petang ini (Khamis) dijangka turut membincangkan isu berkenaan.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi tidak memberikan butiran agenda mesyuarat petang ini.

Sambil menegaskan PAS sememangnya berminat untuk mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pemimpin Umno bagi membincangkan mengenai masa depan umat Islam, pemimpin-pemimpin parti itu berkata, perbincangan yang disyorkan perlu diadakan secara bersemuka berbentuk "muqabalah" dan bukannya dalam bentuk perdebatan yang dinamakan muzakarah seperti diminta oleh Umno.

Justeru, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekarang beliau menutup fail berhubung syor "muzakarah" tetapi membuka konsep "muqabalah".

"Apa yang saya dimaklumkan ialah pertemuan-pertemuan (sebelum ini) dengan Umno hanya diadakan atas dasar peribadi. Kesemua itu adalah benar dan ia dilakukan untuk memperkukuhkan Islam," kata beliau kepada pemberita

Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan yang diadakan kira-kira tiga jam di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Bharu.

"Saya mahukan muzakarah itu ditukarkan kepada muqabalah dalam membincangkan isu berkaitan umat Islam kerana ianya lebih sesuai," kata Nik Abdul Aziz.

Pertemuan itu diadakan tiga hari selepas beliau menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan pertemuan bersifat muzakarah antara pemimpin Umno-PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa turut hadir pada mesyuarat itu.

Nasharudin merupakan antara tiga pemimpin yang telah menemui Abdullah dalam tiga pertemuan lalu.

Abdul Hadi mengetuai rombongan empat wakil Majlis Syura menemui Nik Abdul Aziz bagi menerangkan isu muzakarah dan tiga pertemuan yang telah diadakan dengan Umno.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz melahirkan pandangan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.

"Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti "kera sumbang" dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata, bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul isu pertemuan PAS dan Umno akan membawa kepada penggabungan kedua-dua parti kerana pertemuan itu lebih berbentuk kerjasama demi satu matlamat dan turut menafikan isu muzakarah itu telah memecahbelahkan kepimpinan PAS.

Abdul Hadi yang dipetik Bernama pula berkata, muzakarah yang dinamakan oleh Umno lebih kepada bentuk perdebatan sedangkan apa yang dimahukan oleh Umno adalah muqabalah iaitu perbincangan untuk selesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, PAS boleh menjalinkan kerjasama dengan Umno berdasarkan satu matlamat iaitu membincangkan masa depan Umat Islam di negara ini.

Kata beliau, adalah menjadi satu kewajipan agama bagi PAS untuk mengadakan perbincangan itu kerana PAS sememangnya parti yang memperjuangkan Islam demi kepentingan orang Islam dan bukan Islam.

Abdul Hadi menafikan bahawa pertemuan itu akan menyebabkan PAS menyertai Umno kerana PAS mampu memenuhi kehendak politik rakyat berdasarkan sokongan rakyat yang dicerminkan dalam pilihan raya umum lepas.

"Walaupun berbeza pendirian politik ia tidak akan menjadi halangan untuk PAS dan Umno duduk berbincang," katanya.

Jelas beliau, pertemuan untuk mengadakan perbincangan secara muqabalah itu telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat sejak April lalu.

Abdul Hadi turut menafikan pertemuan tiga pemimpin PAS sebelum ini dengan Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno dilakukan atas arahan beliau.

"Tiga pertemuan itu dilakukan atas usaha Presiden Umno dan bukan Presiden PAS," katanya.

-mSTAR Online

Mont Kiara tragedy: Parents blame Internet predator

Reactions: 

Jacqueline Beatrice Foo"We really believe that this guy played a major role in causing her death. If he had come to us in the right way, and proven to us that he could take good care of her, she would still be alive today " Jimmy Foo

POLICE last night arrested the Indonesian maid who allegedly tied a raffea string for 21-year-old Jacqueline Beatrice Foo who fell to her death while trying to clamber down nine storeys to elope with her 34-year-old boyfriend last week.

Brickfields police were acting on a report lodged by Jacqueline's parents that alleged that the maid had assisted in tying the string from the kitchen balcony of the plush Mont Kiara condominium on July 16.

Jacqueline was believed to have lost her footing and plunged to her death just as she had started to scale down the building to meet her boyfriend who was waiting in a car.

Sources said the maid, who had been with the family for 10 years, would be transferred to the Putrajaya immigration lock-up today after the parents decided to cancel her work permit.

A source said police had recorded her statement in their investigation to verify claims by the family that the boyfriend had "coerced" Jacqueline to climb down the building using the string.

Jqueline Beatrice FooPolice are also investigating the family's claim that the boyfriend was a cyberspace "predator" as he had allegedly befriended 25 young girls via Friendster.

The parents have also claimed that the boyfriend had mounting debts with loan sharks and only picked on girls from wealthy families.

Indonesian-born Jacqueline, who held Australian permanent residence status, was believed to have met the "predator" through a cyberspace chatroom two years ago .

The family, who stumbled upon her email password, had found a series of emails allegedly sent by the man who had, among others, "provoked" Jacqueline to flee her parents' home.

In one email, dated the day she died, Jacqueline's boyfriend told her that she had to elope with him that night as she could be carrying their baby.

The email, which was among a series of correspondence brought to the police's attention, allegedly told her to concentrate on how "you're gonna climb down that rope and please make sure your maid gonna hold on tight to it (sic)".

What was puzzling was that she was confident enough to use such a flimsy string that could not have possibly supported any human weight. Jacqueline's mother, Meliani Magdalena Soediredjo, told Malay Mail that her daughter would be "happiest when she was chatting online”.

“I gave birth to her, nurtured her, and gave her the best life could offer but I never thought she would be taken away from us this way. I never thought someone I gave birth to would go before me and in such a gruesome manner,” Meliani said between sobs. “I never thought I would see my baby all mangled up that way.” Jacqueline’s parents described her as an easy-going, bubbly character who spent a lot of time swimming and shopping, besides making trinkets.

Then, they noticed changes in her character. They later learnt that Jacqueline had met in person the man she had befriended for two years over the Internet. “She started going out very often and would only return home late at night. There were even times when she would disappear for days with her boyfriend,” Meliani said.

The worried parents had lodged police reports twice, one on March 23 and the other on April 6. Her mother also noted that her daughter seemed almost withdrawn whenever she had to spend time at home, and at times, she would refuse to go out with them, preferring to catch up with her cyberspace friends.

The visibly distraught father, Jimmy Foo, said they had never expected such a seemingly innocent Internet friendship to lead to her death.

Foo, who began checking on his daughter's Internet friends, discovered that the man she was seeing was a widower with two children and used networking sites to chat up young women.

Using different email accounts, he would chat them up in chatrooms and online messenger services. “We really believe that this guy played a major role in causing her death. If he had come to us in the right way, and proven to us that he could take good care of her, she would still be alive today,” said Foo, who described the man’s act as cowardly.

“All we want is for justice to be done as our daughter died a senseless death,” he added.

-TMB

Penjelasan Presiden Badan Peguam Malaysia

Reactions: 
PADA 13 Julai 2008, Utusan Malaysia menerbitkan artikel bertajuk Utusan Malaysia didakwa lancarkan perang ke atas Majlis Peguam (artikel pertama). Pada 15 Julai 2008, Utusan Malaysia menerbitkan satu lagi artikel bertajuk Pelik dengan 'kerenah' Majlis Peguam (artikel kedua).

Suka saya memaklumkan kepada pihak tuan bahawa kedua-dua artikel tersebut kononnya memetik kata-kata saya pada suatu forum bertajuk Perlembagaan Malaysia Demokrasi dan Kenegaraan yang dianjurkan oleh National Council of Women's Organisation (NCWO), yang telah dipengerusikan oleh saya (forum tersebut).

Dalam artikel pertama, pihak tuan telah memetik kata-kata saya dengan tidak tepat. Selain itu, saya juga dapati pernyataan-pernyataan yang lain telah dipetik di luar konteksnya. Sayugia diingatkan bahawa pada forum tersebut saya telah memberi kata-kata aluan dan pendahuluan dalam memperkenalkan topik perbincangan yang bertajuk Perlembagaan Malaysia, Demokrasi dan Kenegaraan (The Constitution of Malaysia, Democracy and Nationhood).

Selanjutnya saya berasa gusar bahawa artikel pertama tersebut telah memberikan gambaran yang berat sebelah di samping membuat rumusan yang tidak tepat terhadap pandangan, cadangan serta pendapat yang telah diutarakan pada forum yang berlangsung selama tiga jam tersebut.

Ahli-ahli panel yang telah dijemput oleh NCWO untuk memberikan pendapat mereka pada forum tersebut terdiri daripada mereka yang terkenal dan terkemuka dalam bidang masing-masing iaitu Datuk Dominic Puthucheary, Profesor Madya Dr. Azmi Sharom dan Lim Heng Seng.

Artikel tuan bukan sahaja gagal menonjolkan pandangan penting yang telah dikemukakan oleh mereka bertiga, bahkan artikel tuan memberikan gambaran yang salah tentang apa yang telah dinyatakan pada forum tersebut.

Akibatnya boleh dilihat pada kandungan artikel kedua yang telah dicetak oleh pihak tuan. Untuk makluman tuan, pandangan yang telah diberikan pada forum tersebut adalah berbeza-beza dan dinyatakan dalam suasana bebas dan bertanggungjawab.

Artikel kedua pula adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Dr. Ahmad Zaki Ismail. Beliau telah memetik kata-kata dalam artikel pertama dan selanjutnya membuat anggapan bahawa pernyataan seperti berikut telah dibuat oleh saya pada forum tersebut. Saya amatlah terkejut dengan dakwaan ini memandangkan saya tidak menyatakan pernyataan berikut pada forum tersebut:

Akibat petikan-petikan yang (dengan salahnya) dianggap telah dibuat oleh saya serta yang dipetik di luar konteks tersebut, artikel kedua seterusnya telah membuat pernyataan-pernyataan yang telah menyelar Majlis Peguam. Pendapat yang diberikan dalam artikel kedua tersebut adalah tidak berasas sama sekali bahkan yang lebih penting lagi mengandungi unsur-unsur yang boleh membakar semangat pembaca Utusan Malaysia. Sekali lagi saya berpendapat bahawa isu ini adalah satu kritikan yang tidak adil terhadap Majlis Peguam.

Saya juga ingin membawa perhatian tuan bahawa:

Saya ingin menjelaskan bahawa Majlis Peguam sentiasa menganjurkan hak kebebasan bersuara bagi semua warganegara kita. Bagaimanapun saya juga percaya bahawa kebebasan sedemikian haruslah dikembarkan bersama tanggungjawab untuk melaporkan fakta-fakta dengan benar.

Saya berpendirian bahawa membincangkan isu-isu berkenaan perlembagaan dan undang-undang adalah menjadi hak asasi bukan sahaja kepada Badan Peguam Malaysia bahkan juga setiap rakyat negara ini.

Hak untuk membincangkan isu-isu tersebut bukan sahaja berada di tangan pihak kerajaan atau ahli politik sama ada dari parti pemerintah atau parti pembangkang, setiap warganegara berhak membincangkan isu sedemikian secara jujur dan adil dan dalam suasana yang sihat dan aman.

Begitulah caranya sesuatu tamadun berkembang dan maju. Saya sesungguhnya percaya bahawa, setelah 50 tahun merdeka, rakyat Malaysia telah mencapai kematangan yang membolehkan kita untuk membincangkan isu-isu tersebut dengan bersopan santun, tenang dan berbudi bahasa, apatah lagi jika kita sebenar-benarnya ikhlas menerima prinsip 'kedaulatan undang-undang' yang menjadi salah satu terus Rukun Negara.

Saya akan terus menyokong perbincangan yang dijalankan dengan aman dan adil atas apa-apa isu termasuklah perkara yang mengkritik diri saya sendiri ataupun Majlis Peguam ataupun para peguam secara amnya kerana isu-isu ini merupakan perkara yang berada dalam kepentingan ramai.

Namun begitu, dalam melaporkan kata-kata seseorang, saya berpendirian bahawa pihak yang berkenaan semestinya berusaha untuk memastikan apa yang dilaporkan adalah tepat.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana surat khabar yang mengkritik diri saya. Namun begitu, berdasarkan prinsip yang sama, saya juga seharusnya diberi peluang untuk menyatakan pandangan saya dan untuk membalas apa-apa tohmahan yang telah dilemparkan ke atas diri saya.

Saya maklum dan sedar bahawa dalam memberikan jawapan saya ini, mungkin akan menimbulkan pandangan lain. Saya menyambut baik kesemua pandangan ini.

Akhir kata, saya berbesar hati dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Utusan Malaysia kerana mengakui hak saya untuk menyatakan pendirian saya dengan menerbitkan surat ini dengan sepenuhnya yang mana tindakan ini adalah selaras dengan prinsip kejujuran kewartawanan yang tertinggi.

-TMB

Tanpa kuota saya menang – Ku Li

Reactions: 



Setiap kali berlakunya pertandingan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, nama Tengku Razaliegh Hamzah pasti menjadi sebutan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi juga orangramai.

Tengku Razaliegh (Ku Li) pernah mencabar dan hampir-hampir menyingkirkan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam pertempuran yang sangat sengit pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Team A dan Team B dan membawa kepada pengharaman UMNO melalui proses mahkamah.

Kini, dalam usia 71 tahun iaitu usia orang lain mencari jalan keluar dari gelanggang politik, Ku Li masih mahu bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember ini. Berbeza dengan pemilihan sebelumnya di mana beliau hanya mendapat satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri iaitu Gua Musang, Ku Li yakin kali ini beliau akan dapat melepasi halangan utama itu.

“Halangan yang paling besar ialah sistem kuota. Tanpa kuota, sekarangpun saya dah boleh menang,’’ kata Ku Li kepada Agendadaily dalam satu pertemuan di kediamannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau juga melihat kod-etika pemilihan kali ini sangat ketat dan merupakan satu lagi rintangan untuk calon-calon merapati ahli-ahli atau perwakilan. Namun, beliau mengingatkan bahawa kod-etika itu juga boleh menjadi perangkap kepada para pemegang jawatan.

Pasukan wartawan Agendadaily mengasak beliau dengan pelbagai persoalan tetapi bekas Menteri Kewangan ini menjawab segala pertanyaan.

Berikut adalah sebahagian daripada sedutan temubual Agendadaily bersama Ku Li.

Agendadaily : Apa sebab sebenarnya Tengku beria-ia sangat nak bertanding dari dahulu lagi?

Ku Li: Saya tengok selepas 62 UMNO ditubuh dan 50 tahun kita merdeka, Melayu masih tak maju ke tahap yang kita harap dan cita-citakan . Jadi berapa puluh tahun, berapa ratus tahun lagi nak tunggu. Nak tengok kejayaan Melayu sebenarnya, Kita asyik ulang dan main lagu lama je .Jadi saya, saya rasa dah berusia lanjut, tak tergamak, tak sanggup nak lihat …kerana orang lain lebih maju daripada kita sedangkan kita yang usaha memerdekakan Negara kita.

Pertamanya kita berpakat sesama kita, kerana itu UMNO lahir. Tujuannya….? Kita tidak ada apa-apa pada masa itu. Tujuannya nak gagalkan British daripada menakluki kita keseluruhannya. Tapi sejak itu kita nampak dibebankan dengan banyak tanggungjawab .

Dan, kita terus bertimbangrasa, tetapi orang lain tidak menghargai perasaan kita. Sehinggakan kita tak ke mana-mana dan saya tengok pemimpin kita banyak tolak ansur …bertolak ansur tak berhenti-henti… sehingga kita tidak ada apa benda nak ditolak ansurkan. Inilah yang saya dengar rintihan orang kita – sama ada cerdik pandai ataupun orang yang tidak mengaji (belajar).

Beritahu saya apa benda yang orang politik kita berjuang? Sedangkan kedudukan orang Melayu tu tak seberapa. Maju memang maju, tetapi orang lain lebih maju.



Agendadaily : Maju ni banyak orang bercakap. Tengku bercakap, sejak Perdana Menteri pertama sehingga ke hari ini, semua Perdana Menteri menyebut fasal maju tapi lepas pilihanraya 8 Mac lalu kekuatan Melayu nampak lebih terhakis.Oorang bukan Melayu sudah boleh lakukan bermacam-macam hal mengenai orang Melayu. Dahulu pajakan tanah diberi 99 tahun, tetapi kini ( di Perak) nak diberi 999 tahun.

.

Ku Li: Inilah yang saya sebut tadi, sebenarnya kita tidak ke mana-mana. Selepas merdeka dan 62 tahun UMNO, kita masih tidak ke mana-manapun. Masih nak bertolak ansur. Masih menyerah kepada orang. Kenapa begitu sedangkan kita mendapat mandat, mendapat kuasa dan kepercayaan rakyat. Kenapa kita tidak gunakan kuasa….? Bukannya nak rampas hak orang. Tidak sekali-kali, tetapi jaminlah orang Melayu kita diletak di tempat yang sewajarnya.Dari semua bidang, lapangan sosial, ekonomi, politik. Kenapa pemimpin kita tidak ada ‘iman’…?

Agendadaily: Tak ada ‘iman’ politik atau ‘iman’ agama?

Ku Li: Semualah…(ketawa). Sebab cepat yang nak bertolak ansur tu kerana ada benda yang dia dapat. Bukan untuk rakyat…itulah sebabnya dia (pemimpin) sanggup mengalah, Padahal itu sikap peribadi dia. Kehendak orangramai yang beri kepercayaan, seolah-olah dia tidak sanggup nak tunaikan.

Inilah yang sangat mendukacitakan saya. Pemimpin-pemimpin besar kita dah buat sempadan untuk kita bertindak, tetapi kenapa tidak mahu terima. Baik menteri besarnya, baik Ahli Majlis Mesyuaratnya, baik menterinya, sama sahaja.

OK ….selama ini orang lain berkuasa…., kenapa kali ini saya tidak mencuba……(disulami dengan ketawa berdekah-dekah)

Agendadaily: Pemimpin saling bertukar. Yang datang akan pergi, tetapi seperti yang Tengku cakap, trendnya sama iaitu main lagu lama. Orang yang ada dalam UMNO sekarang adalah orang yang sama juga dan Tengku sendiri akan keseorangan. Ditakdirkan Tengku menang adakah mereka boleh menjadi pengikut yang baik kepada Tengku?



Ku Li: Kita kena asuh dia orang, kita asuh, jadi orang berani dan sanggup untuk tunai tanggungjawab yang dipikul. ? Kita tengok Tunku Abdul Rahman, dia berani, kalau tak berani tak mungkin dia boleh merdekakan kita. Kalau tak berani, takkan dia tubuhkan Malaysia, misalnya.

Inilah visi yang di luar dugaan rakyat. Tak terfikir nak jadi begini (maju dan merdeka). Tunku bukan tumpu kepada pembangunan sahaja …tidak juga serah kepada Allah sahaja,…. sentuh juga bahasa, budaya, kemajuan, ekonomi dan lihatlah pelbagai dasar yang diciptanya. Ini semua kerana adanya dasar dan masalahnya, orang yang menjejak langkahnya tidak laksanakan sepenuhnya.

Harapan dan cita-citanya seperti yang diharapkan oleh rakyat yang menyokong kita semua. Sekarang ini, kita tengok saluran 3 dan 4 (dalam pilihanraya umum) tidak menyokong kita. Ia memberi gambaran seolah-olah orang muda tidak mahu dengan kita lagi. Jadi kalau orang muda tidak mahu dengan kita, habislah kita.

Agendadaily: Mengenai pengundi saluran 3 dan 4, mereka adalah golongan remaja iaitu baru berusia 21 dan 22 tahun. Tempoh itu jugalah Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan bagi golongan ini, pemimpin mereka adalah Dr. Mahathir. Apa pandangan Tengku mengenai perkara ini?

Ku Li: Begitulah! Itu sebabnya dalam Majlis Tertinggi dahulu lagi saya dah kata di sekolah patut diasuhkan ajaran pengenalan sejarah – bukan sejarah pemerintahan British tetapi bermula dengan sejarah kita. Sejarah Malaya dan sejarah Malaysia, Tanah Melayu dan macam mana kita lawan Komunis, macam mana kita menghadapinya. Ini semua adalah kepewiraan rakyat kita sendiri. Tonjolkan Tunku (Abdul Rahman) dan Tun Abdul Razak. Ini tidak…mengagung-agungkan tokoh dari luar.

Mengapa tidak diperkenalkan mereka ini. Mereka inilah hero kita sebenarnya.… sebut sahaja, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan lain-lain kalau bukan mereka siapa lagi. Ini cerita dongeng Hang Tuah dan Hang Jebat sudahlah tu… ini bangsawan.

Bukanlah saya tidak hormat pada mereka, tetapi kita patut hidupkan kembali semangat lama dan semangat juang

Agendadaily: Ada yang merasakan usaha-usaha untuk menghalang dan mengekang Tengku masih berjalan…bagaimana tu?

Ku Li: Huh…. Masih hebat… masih berjalan dengan kuat. Sebagai ‘underdog’ kita tak boleh nak komplen banyak sangat. Saya terimalah semua tu. Suratkhabarpun tak siar banyak mengenai kita…. Kalau pergi majlis kitapun, tunjukkan kerusi kosong… Betullah ada kerusi kosong, tetapi banyak tempat saya pergi tu banyak juga orang datang.

Agendadaily: Bagaimana pula dengan persiapan Tengku?

Ku Li: Saya sanggup berhadapan dengan sesiapapun. Saya tak ada takut apa-apapun. Saya tak pernah makan duit orang, tak pernah terima hadiah orang… (ketawa). Jadi saya sanggup berdepan dengan sesiapapun. Saya nak berjuang dengan seikhlas hati…. Bukan kerana duit atau pangkat tetapi nak bekerja menghabiskan sisa-sisa hidup saya.

Agendadaily: Ada juga orang berkata, jika benar Ku Li boleh membawa perubahan, kenapa tidak bawa ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dan ketika berada dalam MT UMNO. Apa rekasi Tengku mengenai pandangan ini?

Ku Li: Sebagai Menteri, tidak banyak dasar yang boleh dibuat. Saya hanya ikut arahan kabinet. Tetapi, sebagai orang nombor 1, boleh buat macam-macam.

Sebagai menteri, ada juga yang saya buat, seperti semakan semula gaji kakitangan awam kerana saya insaf di sana (Jabatan Perkhidmatan Awam) ada 80% orang Melayu.Sekarang buat juga pelarasan gaji macam 2007 tetapi tidak kemas.

Pada tahun 1987 kita bincang peringkat kementerian, peringkat kabinet, semak semua. Dr. Mahathir pengerusi jawatankuasa dan saya timbalannya. Semua jabatan dan peringkat dilibat dan digabungkan. Kita ada tribunal untuk bincang anamoli dan tiada sesiapa yang tertinggal.

Dengan cara ini, lagi rapat hubungan kakitangan dalam perkhidmatan.

Agendadaily: Ada pihak, termasuk media yang meramalkan Tengku akan sukar mendapat pencalonan 30% untuk melayakkan bertanding jawatan Presiden. Apa komen Tengku?

Ku Li : Memang benar sukar untuk mendapat 30%. Apabila saya melawat ke bahagian-bahagian, ada ketua bahagian sendiri yang telefon ketua cawangan jangan hadir bertemu saya. Ada juga yang sabotaj kata saya tak jadi datang.

Agendadaily: Buat masa ini ada tidak bahagian-bahagian tertentu yang umum akan bersama-sama Tengku?

Ku Li: Tak banyak yang secara terbuka nak calonkan. Yang kata nak sokong banyaklah.

Agendadaily: Bagaimana pula dengan politik wang Tengku?

Ku Li: Cakap fasal dasar, orang sudah tidak tertarik, tetapi jika bagi RM100 atau RM200pun mereka datang…...

Agendadaily: Jadi apa yang boleh Tengku janjikan kepada UMNO dan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu?

Ku Li: Saya janjikan masa depan yang lebih baik. Dasar-dasar yang ada sudah baik, Cuma pelaksanaannya sahaja yang menjadi persoalan. Dasar bahasa, pembangunan dan kemajuan, ilmu dan sebagainya baik dah. Umpamanya dalam dasar budaya, kita nak tengok Negara ini menjadi negeri Melayu. Ini sudah diterima dalam Dasar Kebudayaan Nasional.

Begitu juga dengan ekonomi. Golongan yang maju dan tidak maju harus diseimbangkan. Masyarakat Melayu mesti dibantu kerana mereka terdiri daripada 66% rakyat Negara ini.

Agendadaily: Apa pula pandangan Tengku mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

Ku Li: Dasar kita memang baik. DEB baik dah… cuma banyak penyelewengan. Dahulu kita tekankan pembangunan di luar bandar. Tanah orang Melayu di kampung dimajukan. Tak ada duit, kerajaan dahulukan. Dulu Melayu miskin, dengan DEB mereka jadi kaya. Orang Melayu dah pakai kereta, bukan satu atau dua, tetapi tiga. Dahulu cuma naik basikal sahaja.Sekarang ini Melayu dikerahkan ke bandar. FELDA pun dah terbiar. Orang Melayu dah ke bandar.

Saya akan teruskan DEB. Dasar itu terbuat dari darah daging. Ia dasar yang telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk orang Cina.

Ia juga bukan dasar Tun Razak, tetapi dasar semua pihak termasuk PAS dan DAP. Masalahnya sekarang, DEB disalahguna.

Dahulu dah capai 18% penyertaan bumiputera/Melayu (daripada 30% yang disasarkan oleh dasar itu). Kemudiannya turun menjadi 15% dan turun lagi kepada 12%. Salah kita biarkan keadaan begini….UMNO pula tidur sahaja.



Agendadaily: Kenapa pula begitu, semasa dalam MT tidakkah Tengku bangkit perkara sebegini dan sebagai Menteri pula bagaimana?

Ku Li: Saya hanya follower …ikut sahaja. Memanglah orang akan tuding pada saya, tetapi kenapa tak puji atau sebut saya kerana Petronas (Ku Li adalah pengasas syarikat kerajaan itu). Tak apalah, saya sedia dikritik.

Agendadaily: Selain mengasaskan Petronas, khabarnya tapak seluas 10 ekar kompleks Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibupejabat UMNO itu adalah pemberian daripada Tengku?

Ku Li: Tak usah sebutlah fasal itu. Saya pejuangkan ini semua kerana bangsa…. Jangan sebut lagilah!

Agendadaily: Bagaimana pertandingan kali ini berbanding dengan sebelumnya?

Ku Li: Ada perbezaan kali ini. Saya tidak terlibat dengan mereka (maksudnya berada di luar Kabinet). Saya tidak terlibat dengan mereka. Saya dah di luar sejak 1987. Yang baik mereka dapat puji, maklumlah mereka dalam parti. Saya tidak terlibat.

Yang kita nak cari ialah pemimpin Melayu yang kredibel, yang bersih…tak malu mata. Saya bukan nak angkat…saya tidak terlibat apa-apa kes pun.

Kali ini saya tidak mempunyai ‘vehicle’…yang ada hanyalah kawan-kawan, tetapi tidak boleh pula berkumpulan…. Ini nanti dikira berakit. Kalau saya berakit, saya boleh dikenakan tindakan.

Saya pula tidak ada kena mengena dengan sesiapapun kerana saya hanya berjuang untuk rakyat.

Agendadaily : Tengku kelihatan bersendirian, bagaimana nak menghadapi pemimpin-pemimpin lain?

Ku Li: Siapa sekalipun parti pilih, saya boleh terima.

Agendadaily: Apa pula pandangan Tengku mengenai sistem kuota untuk melayakkan pencalonan?

Ku Li: Sistem kuota ni menyalahi undang-undang iaitu Akta Pertubuhan 1966. Sepatutnya, Pendaftar sudah mansuhkan peraturan ini. Ia juga bertentangan dengan demokrasi UMNO.Pemegang jawatan memanglah mahukan kuota ini diteruskan, tetapi kena ingatlah ada kemungkinan juga merekapun takkan dapat.

Agendadaily: Adakah Tengku melihat apa-apa lagi kekangan?

Ku Li: Sangat susahlah berhadapan dengan kod etika. Susah nak jumpa sesiapapun. Kod etika sekarang lagi susah, ada 23 mukasurat, dahulu pada 2001 hanya 7 muka sahaja.Kalau kita tidak buat perubahan, dalam pilihanraya umum akan datang, kerusi yang adapun kita akan hilang…. Dah ada yang kata akan bubarkan cawangan (UMNO) jika saya tak lepas kuota.

Agendadaily: Jadi kuotalah yang menjadi masalah utama, bukannya pertandingan…?

Ku Li: Yes….yes …betul tu quota is the problem , not the battle . Dari segi perjuangan tanpa kuota….. saya dah menang dah….

Saya dah ada jentera sendiri. Ada penyelaras bagi setiap bahagian.

Rakyat dan pemimpin UMNO di peringkat negeri ramai yang dah tak mahu pada yang ada sekarang. Orang nak perubahan kerana mereka takut pada masa depan.

Kalau orang merasa masih boleh berpayung…takkan mereka lari. Cuma kita tidak faham membaca signal yang diberikan.

Agendadaily: Sekiranya menang.., berapa lama pula Tengku akan bertahan?

Ku Li: Saya dah 71 tahun.. Saya hanya mahu membawa perubahan dan pembaharuan. Saya sediakan pelapis untuk teruskan. Mungkin saya boleh bereskan dalam satu penggal sahaja. Dah selesai, saya tinggalkan.

Ada orang duduk lama, tetapi tak buat apa-apa….. kah, kah, kah.

Agendadaily: Sudah adakah calon-calon pelapis yang Tengku sebut tu?

Ku Li: Dah ada…Barangkali orang luar perlu dipelawa masuk, tetapi mestilah masuk UMNO dulu. Bawa juga tokoh-tokoh baru.

Agendadaily: Adakah ini bermakna yang ada dalam UMNO kini tak boleh pakai semuanya?

Ku Li: Kalau tiada pilihan, saya akan tukar dan buat setting lain. Kalau boleh saya nak revamp.

Agendadaily: Apalah agaknya sesuatu yang gah yang boleh Tengku ubah?

Ku Li: Kita akan beri kuasa pemilihan kepada ahli-ahli parti untuk memilih calon-calon yang dikehendaki. Sekarang Perdana Menteripun dipilih oleh ahli-ahli parlimen, bukan kuasa parti.

Agendadaily: Jika begitu, bagaimanakah yang dikatakan parti menguasai kerajaan?

Ku Li: Kita akan pisahkan kuasa parti dan kuasa kerajaan. Parti sediakan dasar dan kerajaan laksanakan. Kalau nak beri sumbanganpun berilah pada kerajaan dan parti cari sumbangan sendiri.

Dalam pertemuan eksklusif itu, Ku Li juga menyentuh mengenai ‘borak-borak’ yang dibawa oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya harga minyak akan diturunkan sehari selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

“Sayapun boleh cakap. Saya boleh cakap nak bagi percuma… lagi hebat, tetapi apalah gunanya kita turunkan harga hari ini dan kemudiannya kita bankrap?

Menurut Ku Li, untuk menurunkan harga minyak tatkala harga di pasaran dunia meningkat adalah sesuatu yang mustahil kerana apa yang boleh dilakukan hanyalah menambah susbsidi untuk mengekang kenaikan harga runcit.

Kata Ku Li, apabila harga minyak dunia meningkat, premium yang diperolehi Negara melalui Petronas juga meningkat dan dana itulah yang boleh digunakan untuk menyekat kenaikan harga tempatan.

“Mustahil boleh diturunkan. Turun hari ini dan negara bankrap kemudiannya buat apa,’’ kata bekas Menteri Kewangan itu.- 3/7/2008


-Agenda Daily