Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 15, 2008

Siapa Che Mat Che Ali (JAWI)

Reactions: 
hop...sebelum aku gerak...

Dapat sikit maklumat...Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sapa dia ni?

Dia ni la saksi masa Say Fool angkat sumpah tadi...korang tau tak dia ni dalam kategori mana?

Korang pikir sendiri la ikut maklumat ni...

Syeikh ni pernah pecat seorang Imam Masjid di Labuan sebab Imam Masjid tu jemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz berceramah dimasjid di Labuan...boleh pakai ke saksi macam ni?

Ok...kalau ada apa-apa aku update lagi...tu pun kalau kat hentian ada coverage...

Pro Re4ma-C Blogger Gathe In Permatang Pauh

Reactions: 
Assalamu'alaikum

Malam ni di Permatang Pauh seperti yang telah dibincangkan sesama blogger sebelum ini akan berkumpul sebahagaian besar blogger-blogger pro Re4ma-C.

Aku tak dapat nak join sekali malam ni sebab ada urusan yang perlu aku selesaikan dulu...jam 12 nanti baru aku gerak dengan rakan-rakan blogger.konvoi dekat 20 bijik kereta.

Kalau ikut jadual malam ni berhimpun yang mana dah sampai makan-makan sembang-sembang sambil berkenal muka & pagi esok bakal bertemu dengan semua yang bakal hadir.

Tak salah aku ada la dekat 100 orang lebih yang bakal hadir.pagi esok kami akan bersama-sama mengiringi DSAI ke pusat pencalonan sebagai tanda sokongan kami pada perjuangan menegakkan KeADILan dan kebebasan.

Jadual esok mungkin agak padat...belah pagi ke pusat pencalonan mungkin sampai tengahari & lepas zohor ada majlis makan-makan disusuli dengan majlis mesyuarat kecil-kecilan para blogger & antara yang akan dibincangkan ialah strategi para blogger didalam menyampaikan maklumat terkini kepada sahabat-sahabat pembaca.

Mungin selepas ni kami akan wujudkan 1 laman weblog yang akan menghimpunkan semua karya-karya,hasil penulisan,maklumat-maklumat terkini dari blogger-blogger pro Re4ma-C.tujuannya mudah...supaya korang tak terkial-kial untuk dapatkan maklumat dari para blogger.

Jadi kemudahannya untuk pembaca ialah kalau cadangan ni jadi kenyataan(tengok pada budget dulu...server mahal jugak bro..!)korang nanti tak payah nak surf merata-rata blog...semua blogger-blogger akan postkan direct maklumat masing-masing ke lama wablog yang bakal diwujudkan nanti...

Korang rasa ok tak cadangan tu?kalau korang rasa ok...tolong tinggalkan cadangan korang kat ruangan komen dibawah...semua komen-komen akan dibawa kedalam perbincangan blogger-blogger nanti...

Aku nak kemas barang...nak gerak...

Esok mungkin lambat sikit aku update blog ni...tapi macam manapun aku akan cuba jugak sedaya-upaya aku.tunggu update aku dari P-044...

Jangan lupa tinggalkan komen korang kat bawah tu...

Wassalam...

Warisan Melayu - dedikasi untuk mahasiswa UITM

Reactions: 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah mengalir keringat
Bumi dipijak milik orang

[Bukannya anak kecil yang main api tapi bapak budak yang main, tak tau dek untung. Bapak budak Melayu pula tu yang bakar, mana bapak budak tahu hati anak-anak Melayu ni sepi, kosong atau tidak. Bapak budak ni cuma tahu isi tengkolok anak bini dia saje..dah kenyang, baki yang basi dan lemau lempar kat anak-anak Melayu ni. nah !!! sekarang sapa yang makan..sapa yang jilat. 50 tahun punya khazanah tinggal kulit je yang dapat..masyallah]

[Air mata darah mengalir keringat, buat penat je Tok Janggut, Mat Kilau dan pejuang-pejuang bangsa mempertahankan bumi ni dari penjajah jahanam, darah gugur ke bumi anak cucu cicit buat onar dijajah pula dalam bentuk lain. Al-fatihah untuk mereka. Bumi dipijak milik orang..tau tak pe! dah lama dah bumi ni kena jajah dek orang, bukan makhluk asing, orang asing tapi orang Melayu sendiri..tebal muka nak cerita, hentam saje lah. Jajah tang mana, semua sekali dari hujung Pengerang hingga ke Bukit Kayu Hitam, dari Simpang Mengayau hingga ke Serikin. Apa yang dijajah, la tak lain tak bukan hidup kita la orang Melayu, tak tengok ke atau buat-buat tak perasan. Artis disanjung dahsyat sungguh, politik bertempur, orang Melayu juga, Cina, India ada juga tapi cool je. Ulama dicaci, dikeji, mahasiswa dicucuk hidung, anak gadis Melayu dilayukan, anak muda Melayu dirempit, semua dilalaikan. Sapa yang bertanggungjawab..mak bapak, diri sendiri atau kerajaan Melayu yang ada ni]

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

[Dulu memang dah kaya..dek kerana kaya sangat tu lah, habih lupa dunia akhirat. Sekarang pun dah ada yang tergadai..Singapore dah keluar, kemudian Brunei ikut, baru ni Batu Putih ikut, lepas ni apa lak..Pulau Pisang atau Wilayah Iskandar..silap..silap Sabah pun ikut keluar, Sultan Sulu tuntut haknya.]

[Tak ada cinta yang kekal kecuali cinta kepada Allah, semuanya tersembam ke bumi, masuk liang lahad juga. Apa yang tinggal, itulah anak cucu cicit kita dapat. Baik yang kita tinggal baik yang mereka dapat, buruk kita tinggal, siaplah..nanti depa kencing kat kubur kita..mana tahu]

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

[Ye la..bumi Melayu ni indah, dulunya Persekutuan Tanah Melayu la ni bumi Malaysia, mana Melayunya..warisan yang ada habis dikorek, digali kemudian dijual ke orang putih. Anak cucu tak lahir lagi masa tu, diangkut penjajah, bangsa lain kononnya nak majukan bumi ni. Ye la mula-mula, la ni Melayu yang merempat. Bangsa lain yang maju. Sebab apa, sebab mereka beringat. Nenek moyang depa cakap susah payah dulu tapi untuk kesenangan anak cucu mereka. Lihatlah sekarang buktinya, ekonomi siapa pegang, tanah bumi Melayu (dulu le) sekarang sapa pegang.... ]

[Kita Melayu ni masih bangga dengan subsidi, kuota, insentif tapi tak sedar bangsa lain pun dapat sama. Jadi, apa bezanya Melayu ni..dah sama taraf tapi kita pulak yang mundur.. Apa cerita ni..terbalik kut!!]

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dan hilang

[Masa depan Allah yang tentukan, kalau ikut sekarang ni memaaang kelam tapi masih ada jalan keluar. Lima hari sekali kita jumpa Dia, tempat kita mengadu..insyallah, ada jalan tu..Benda yang dah lepas tu lepaskan lah..biar jadi sejarah. Nak ungkit pun ada yang dah mati, ada yang hidup tapi cakap pun tak guna. Wak asal balik hasil. Sejarah ni kalau baik alhamdullilah, orang sanjung dunia akhirat. Kalau buruk, anak cucu cicit akan tuntut sampai akhirat. Ye la, nak buat apa lagi. Maruah dah tergadai..nama Melayu dah terkubur dan ditalqinkan.]

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

[Apa lagi yang kita tinggal, kerana kuasalah kita berbalah, aku kata kau, kau kata aku. Bangsa lain ketawa kih kih kih, depa tinggal tu je biaq pi la ada line clear kita masuk...bangsa kita ni semakin me...layu. Siapa yang hancurkan. 50 tahun perintah Malaysia, kuasa aje yang tinggal. Mana pegi ekonomi Melayu, mana pegi bahasa Melayu, mana pegi tanah Melayu, mana pegi semua ini..dari zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah zaman gelap Pak Lah, hampeh..yang ada rosak Melayu dengan gejala rasuahnya, songlap, lari duit, rogol, zina, bunuh, kutuk mengutuk dan tah ape-ape lagi..tu pun ada yang tak malu, tunjuk muka nak pimpin rakyat konon, diterima pulak oleh golongan ni *&#
@?]


[Bangsa Melayu hampir pupus dek zaman, baca ni [link]. Lama mana boleh pertahankan, 1 tahun, 2 tahun, 50 tahun, 1000 tahun boleh ke!! Satu cara je kita boleh bertahan dalam dunia melayu, boleh bersatu, boleh bekerjasama yakni bersatu dalam Islam. Kita ucap kalimah syahadah yang satu "Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi Nabi Muhammad itu PersuruhNya". Susah sangat ke, Tok Guru cakap gitu semua senyap maknenya setujulah tu..baru buleh pulih harga diri. Dah ternoda boleh taubat, nak terima atau tidak, itu Allah punya kerja.] Kita ni masih ada harga diri lagi ke...

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

[Tahu pun kita dah tiada masa..dah lama dah..kalau ikut Tun Mahathir pada zaman dia la. Maju dengan Maha Perkasa, siapa yang perkasa kat sini, UMNO ke PKR ke PAS ke, Pak Lah ke..atau Tok Najib tu ke...Allah Yang Maha Agung, bila kita semua kesampingkan Nya..terimalah balasannya. Apa nak cakap lagi, berbalah sana berdengki sini, itu balasan dariNyer la. Tidor malam dah kena ulit dengan bini tak ingat nak takafur dulu, ingat kejadian dan balasan Allah atas apa yang kita buat hari ni]

[Jangan sebut pasal Melayu lagi, perlembagaan yang menyebut Melayu itu Islam, Islam itu Melayu, kita yang buat, boleh diubah-ubah bah itu. habis kalau tak nak cakap pasal Melayu apa yang kita ada, la kalau dah Melayu tu Islam.. Islam lah yang kita ada, bengap betul la. Kita berdiri bergandingan tangan, bersatu hati, atas satu kalimah yang sama yakni...tengok dan baca bawah ni ]...susah nak bagi paham Melayu ni.

-ibrahim ujar

Sape Pembangkang..?

Reactions: 
Aku bukak BERNAMA pas tu nampak 1 tajuk berita - Jentera Pilihan Raya BN Diminta Bersabar Hadapi Provokasi Pembangkang

jap...aku nak gelak jap...

Wakhakhakhakhakhakhakha..!

Adoih...ni la akibatnya kalau dah lama sangat berkuasa.sampai masa dah dok kat bawah pun tak sedar-sedar lagi...kat Pulau Pinang sape pembangkang?ni tak sedar diri ke memang dilahirkan sebagai bangang?

Baca ni ha...

BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos - Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) diminta supaya banyak bersabar dan tidak terikut-ikut dengan provokasi pembangkang sepanjang tempoh berkempen mulai esok bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat jawatankuasa pusat Pemuda BN hari ini telah membuat pendirian meminta agar semua pemimpin parti komponen BN memastikan para penyokong dan jentera pilihan raya mereka berdisiplin dalam tempoh berkempen tersebut.

"Kita tahu bahawa keadaan dan suasana di Permatang Pauh menuntut kita bersabar banyak kerana saya yakin cara bagaimana mereka berkempen pada pilihan raya terdahulu daripada ini, mereka akan mencabar kesabaran dan ketabahan jentera BN.

"Dalam konteks ini kita jangan terikut-ikut dengan provokasi mereka sebaliknya kita akan mendekati rakyat bagi memberi jaminan dan keyakinan kepada mereka bahawa calon BN (Datuk Arif Shah Omar Shah) mampu melaksanakan tanggungjawabnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Seberang Jaya di sini.

Beliau berkata peringatan serupa telahpun disampaikan kepada jentera pilihan raya Pemuda BN yang akan berjuang habis-habisan bagi memastikan kejayaan calon BN pada 26 Ogos ini.

Sementara itu pada sidang medianya selepas melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh dekat sini, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebab isu dakwaan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijadikan bahan kempen BN pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Isu liwat adalah isu yang sedang melalui proses perundangan. Kalau mereka (pembangkang) sendiri tak sentuh mengenainya, tiada sebab Pemuda BN akan sentuh isu ini," katanya.

Raja Petra is coming to Permatang Pauh

Reactions: 
Raja Petra will be here this evening and he is expected to lead a team of bloggers who will assemble in Penang Island tonight. On August 16, the doyen of the blogging community and his friends will be in Permatang Pauh to support Anwar Ibrahim in a strong procession to the nomination center. With that, the 10 campaign period will start.

Komen Mufti Perlis

Reactions: 
Ini komen Mufti Asri [maza]
Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong, kelaknatan Allah akan turunkepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri"
tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata,"
Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,"
katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”


Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

-
Radenjowo

Sumpah Aku Kena Liwat..!

Reactions: 
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet', beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.

Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.

Difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."

-mSTAR Online

Pi'e merajuk...hentak kaki di Mahkamah

Reactions: 
KUALA LUMPUR 15 Ogos — Peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah hari ini mengejutkan banyak pihak di Mahkamah Majistret di sini apabila menghempas dokumen yang mengandungi perintah mahkamah dan writ saman ke lantai apabila penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin enggan menerimanya.

Muhammad Shafee yang sebelum itu menemui Raja Petra “secara baik" menghulurkan dokumen itu sebagai tanda penyerahan tetapi Raja Petra yang turut ditemani dua peguamnya J. Chandra dan Amarjeet Singh enggan mengambilnya serta bertindak seolah-olah Muhamad Shafee tidak berada di situ.



Keadaan itu membuatkan Muhammad Shafee berang dan bertindak menghempas dokumen itu tetapi masih tiada sebarang reaksi daripada Raja Petra dan peguamnya itu malah mereka langsung tidak mengambilnya.



Dokumen itu adalah writ saman yang difailkan Muhammad Shafee terhadap Raja Petra kerana menyiarkan tiga artikel dalam laman blog Malaysia-Today yang didakwa memfitnahnya.



Tiga artikel yang disiarkan pada 6, 7 dan 11 Ogos lalu bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire; Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.


- Bernama


TP - gambar hiasan

Penuntut Uitm mungkin boleh sertai rancangan realiti TV

Reactions: 
TP - aku cilok dari blog Raden Jowo

UMNO kelihatan cukup terdesak untuk memaksa pengundi Permatang Pauh untuk berpihak kepada mereka. Tak cukup dengan media yang menghentam PKR habis habisan, mereka turut menggunakan khidmat Penuntut UiTM yang di taja khas pengangkutannya seramai 5000 orang untuk ke Permatang Pauh sebagai kumpulan penyanyi KOIR dengan lagu "Anak kecil main Api".

Salah seorang penuntut Uitm yang ditemui di Seksyen 7 Shah Alam merasakan perubahan yang cukup hebat di tunjukkan oleh pihak Universiti berharap agar dengan perubahan ini, mereka boleh mendapatkan tambang dan cuti kuliah untuk sertai rancangan realiti Akademi Fantasia atau Malaysian Idol pada masa akan datang. Tapi syarat penyertaan mungkin terpaksa dibuat melalui surat yang dituju khas kepada Naib Cancelor Uitm.

Masalahnya ... sanggup kah pelajar wanita bertemu dengan jejaka tampan, Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim bin Abu Shah PJN, SPSK, DCSM, DPMK, DPMS, PGBK, DMSM, JBK, DNS, PBS, BCM? Huh .... kacak, memang kacak.

Ibu bapa dan pembayar cukai mungkin setuju dengan langkah Uitm menghantar pelajar ke sana. Bayangkan .. kalau sebuah bas boleh membawa 44 orang penumpang. Maka untuk mengangkut 5000 pelajar, 113 buah bas di perlukan. Kalau pelajar diangkut dari Shah Alam .... hah berapa lah agaknya wang pembayar cukai yang perlu di keluarkan?

Alhamdullillah .... berbaloi hantar anak ke Uitm. Di samping belajar penuntut Uitm di berikan pengalaman untuk berDEMO, berKOIR dan akan datang mungkin berAKademi Fantasia serta berMalaysian Idol.

Calon belum rasmi Permatang Pauh sudah 'panas', saingan lima penjuru?

Reactions: 

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Kehangatan politik nasional sudah mula dirasai di bahagian Parlimen Permatang Pauh sejak malam tadi - kira-kira 30 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil - dengan parti yang bakal bertanding meramalkan kemenangan bakal berpihak masing-masing.


Ketika Pakatan Rakyat meramalkan kemenangan kepada mereka pada ratio 60:40 peratus, Barisan Nasional (BN) pula berkeyakinan ia akan mengubah kedudukan itu ke sebelah pihaknya pada kadar 55:45 peratus pada 26 Ogos ini.



Penamaan calon akan diadakan esok manakala hari pengundian pada 26 Ogos ini.



Bahagian Permatang Pauh yang agak 'sunyi' selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu kembali aktif dengan kempen-kempen secara tidak rasmi dan tidak formal, diadakan sepanjang malam tadi hingga awal pagi ini.



Kempen rasmi hanya bermula selepas penamaan calon pagi esok.



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya menjangkakan 'suasana hangat' ketika penamaan calon esok sebagaimana pernah disaksikan ketik pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, Selangor awal tahun lalu, tetapi yakin suasana itu dapat dikawal dengan sokongan semua pihak.



Tinjauan mStar Online sehingga awal pagi ini mendapati ''kempen politik'' sudah pun dimulakan sejak pukul 9 malam tadi dengan ucapan berapi kedengaran di kawasan Seberang Jaya dan Penanti - yang masing-masing kini dikuasai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat.



Apa yang menarik kedua-dua Dewan Undangan Negeri - sebahagian daripada tiga kerusi DUN dalam Bahagian Permatang Pauh, sudah berubah menjadi "pesta pilihan raya".



TP - aku dah habaq dah...depa dah tau depa confirm kalah, tapi sebab kekwat sangat nak betanding jugak, nak tunjuk depa jaguh jugak, jadi depa pakai sihir...upah orang lain masuk jadi calon dengan harapan dapat kecikkan undi...haprak betoi puaka-puaka ni...



hangpa baca [ sini ]

UMNO Mengaku Depa Tak Dak Maruah.

Reactions: 
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Murahnya nilai seseorang pemimpin Umno jika benar undi pencalonannya ke suatu jawatan dalam parti boleh dibeli dengan harga serendah RM500, kalaupun tidak sekadar sehelai kain pelikat.

Menyedihkan, namun itu antara laporan yang diterima Badan Pencegah Rasuah membabitkan senario rasuah politik yang mewarnai pemilihan Umno kali ini.

Sekalipun baru bermesyuarat pada peringkat cawangan, dakwaan demi dakwaan yang diterima sama ada oleh BPR mahupun dikhabarkan secara tidak rasmi kepada pucuk pimpinan, membayangkan suasana lebih buruk mungkin berlaku apabila Persidangan Perwakilan Bahagian bermula Oktober ini.

Ia menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pucuk pimpinan tertinggi parti belum berupaya menangani gejala itu, sekalipun telah mengetatkan peraturan dengan meminda tata etika pemilihan sejurus sebelum mesyuarat cawangan bermula 17 Julai lepas.

Veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata rasuah politik akan tetap berlaku dalam parti itu selagi persepsi bahawa jawatan dan kuasa menjanjikan kekayaan mencorakkan pemilihan.

"Dulu perjuangan nombor satu adalah hendak Merdeka. Bila sudah Merdeka, hendak membangunkan negara pula. Masa inilah banyak projek pembangunan dan kita tidak boleh nafi yang dapat projek-projek ini kebanyakan orang Umno.

"Jadi daripada situlah wujud persepsi mahu kaya, hendak projek, masuklah Umno," katanya kepada Bernama.

Menurut Abdul Aziz, keadaan itu mula berlaku selepas tahun 1978 apabila Umno menarik perhatian warga korporat yang mengintai peluang kekayaan menerusi projek pembangunan yang semakin melimpah.

"Sebelum tahun '78 dalam Umno ini ramai guru yang rata-rata berjuang untuk kebaikan bangsa Melayu. Tapi bila orang korporat masuk keadaan mula berubah," katanya.

Keadaan dalam parti diburukkan lagi apabila mereka yang lama memegang jawatan enggan berundur dan ini turut mendorong kepada gejala tidak sihat termasuk rasuah politik.

"Inilah namanya mainan politik. Susah nak duga sebab macam-macam boleh jadi. Macam peralihan kuasa, ini bukan tradisi parti tetapi sudah menjadi amalan," katanya.

Abdul Aziz, 85, tidak menolak kemungkinan Umno akan "tenggelam" sekiranya pemimpin gagal mendengar luahan akar umbi dan tidak melakukan perubahan seperti yang dituntut anggota.

"Pada pengamatan saya, orang risau dengan Umno. Baru-baru ini saya ke Pahang, ke Terengganu...rata-rata meluahkan rasa bimbang mereka. Orang risau sangat walaupun sekarang keadaan sudah kendur sedikit.

"Kendur sikit sebab sudah ada kepastian bila Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hendak berundur, kendur sebab orang dengar ada muqabalah dengan PAS demi kesejahteraan ummah tapi orang masih risau," katanya.

Abdul Aziz berkata tenggelam atau timbulnya Umno pada masa depan boleh dilihat pada keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

"Saya fikir di situ akan jadi kayu pengukurnya nanti. Kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menang, jumlah undinya bagaimana. Kalau majoriti dia lagi besar daripada sebelum ini, maknanya sokongan terhadap Umno semakin kurang.

"Tetapi jika BN dapat lebih banyak undi (berbanding dulu) ataupun menang, maka Umno masih ada harapan," katanya yang bersetuju dengan pandangan bahawa rasuah politik menyebabkan orang Melayu khususnya semakin menolak Umno.

Penganalisis politik Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid berkata negara sekarang memerlukan pemimpin yang hebat dalam semua bidang, bukan yang terpilih kerana sogokan.

"Malaysia sekarang berada di persimpangan jalan. Selepas 50 tahun Merdeka kita kini mempunyai banyak cabaran luar yang akan menyebabkan kita jauh ketinggalan berbanding negara jiran dan negara membangun lain jika cabaran ini tidak ditangani.

"Sebab itu kita perlukan pemimpin yang benar-benar berkaliber, yang boleh memimpin dan dipilih berasaskan politik yang bersih dan beradab," kata bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu.

Ibrahim berkata sekarang bukan masanya untuk pemimpin negara dan parti bertelagah sesama sendiri kerana berebut kuasa sehingga lupa tugas hakiki mereka.

"Kita bercakap mengenai cabaran ekonomi dan bagaimana ketidakstabilan politik akan menjejaskan ekonomi kita. Politik yang tidak stabil akan menakutkan pelabur untuk datang ke sini.

"Jika ini berlaku bagaimana kita mahu menjana kekayaan untuk dinikmati rakyat? Yang pasti pembangunan negara tidak akan dapat dilakukan jika pemimpin terlalu asyik bergaduh," katanya.

Tambahan pula, kata Ibrahim, rakyat kini sudah jelak dengan putar-belit pemimpin politik yang sanggup mempertaruhkan kepentingan rakyat demi diri sendiri.

"Tak kiralah pemimpin Umno mahupun pembangkang, para pemimpin harus perjuangkan untuk rakyat dan negara. Ini yang rakyat mahu tengok sekarang. Mereka tidak mahu tengok lagi dakwaan konspirasi, politik wang, rasuah dan macam-macam lagi. Mereka hendak ketelusan, hendak tengok satu proses demokrasi yang bersih dan beradab," katanya.

Abdul Aziz dan Ibrahim bukan orang yang pertama meluahkan pandangan mereka mengenai rasuah politik dalam Umno. Isu ini sudah terlalu kerap dibangkitkan termasuk oleh pemimpin parti itu sendiri.

Namun seperti mencurah air ke daun keladi, rasuah politik atau politik wang terus berleluasa setiap kali musim pemilihan parti.

Barangkali seperti yang pernah disuarakan oleh bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Unversiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling, bahawa orang Melayu ini terikat dengan amalan "terhutang budi".

Namun, persoalannya mahukah orang Melayu khususnya anggota Umno, membenarkan diri mereka dipimpin oleh pemimpin murahan yang membeli undi?

Atau adakah mereka mahu dipimpin oleh mereka yang benar-benar berkualiti dan ikhlas memperjuangkan nasib Melayu?

Tepuk dada tanya selera.

Pimpinan PAS Kena Bambu Dek Penyokong2 & Ahli2.

Reactions: 
IPOH, Aug 15 — Several top leaders of Pas came under unprecedented attacks from its Youth chiefs yesterday.

While party leaders often face criticisms on the policies they implement, the direct attacks on who-did-what-wrong are rare even for a party that prides itself on allowing open debates at its annual meetings.

The personal attacks in the speeches of some two dozen speakers reflected the sense of anger and angst among the grassroots five months after the Islamic party and its two coalition partners in the opposition Pakatan Rakyat captured five states in the general election.

The attacks were so severe that the permanent chairman of the meeting, Misbahul Munir, asked the speakers to stop identifying the target of their unhappiness. “In sensitive issues and in giving certain views, do not mention their names as they do not have the opportunity to defend themselves here,” he said.

But he was ignored.

Several of the leaders yesterday downplayed the attacks, saying the criticisms showed that democracy is alive in Pas.

“I am okay with what they have said. It means that they want us to improve,” said Youth chief Salahuddin Ayub, who was criticised for saying he would campaign hard for de facto opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Said information chief Mahfuz Omar: “It's good that members are allowed to have their say.” He was picked on for lying that there were no secret talks between Pas and Umno. He said later he was told to lie by party chiefs.

Other leaders who bore the brunt of the attacks include deputy president Nasharudin Mat Isa and vice-president Husam Musa.

-TMI

Petra cakap: IKUT SUKA AKU LA..!

Reactions: 
KUALA LUMPUR: Blogger Raja Petra Kamarudin is adamant that he would not reveal his sources for three articles on his blog which were considered defamatory of lawyer Datuk Muhammad Shafee Abdullah.



This is despite the High Court ordering him on Wednesday to reveal the sources for the articles as well as the identities of those who had posted their comments and messages on the three articles.


He had been given until tomorrow to do so.

Raja Petra was also ordered to remove the three articles by today.

This followed a writ of summons taken out by Muhammad Shafee over the articles which Raja Petra had posted on his blog at the Malaysia Today website on Aug 6, 7 and 11.
Raja Petra said yesterday that he had not received the court order and would decide later whether to take down the articles.

However, he said he would never reveal his sources and he did not know the identity of his commentators.

"Of course, I won't. I never reveal my sources," he said in a report, adding that he had expected "some sort of backlash" from his articles.

"I expect anything in my line of business. I'm always prepared and never surprised."

Raja Petra claimed that Muhammad Shafee knew that what was written in the articles was true and this was why the lawyer wanted to know the identities of the sources.

In an article posted at 4.18pm on Malaysia Today yesterday, Raja Petra said there were actually six people who had provided him with information.

He claimed that three of them were Datuk.

"These informers know what they saw and heard.

"And I too know what they told me," Raja Petra wrote.

The blogger has also been sued for defamation relating to the publication of comments, posts and statement that had been posted on the blog by visitors and commentators in relation to the three earlier articles.

Further injunctions were also given prohibiting Raja Petra from publishing or causing to be published or continuing to publish the three offending articles or further articles similar in content to the said articles.

The articles were entitled "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire"; "Money, Power and Sex: What Motivates Man", and "The Real Dalang Behind the Anwar Sodomy Allegation".

Muhammad Shafee had said that he wanted Raja Petra to defend himself in court, which set Sept 2 to hear the application.

-nstonline

Anwar hargai komiten PAS perkukuh Pakatan Rakyat

Reactions: 
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat menghargai komitmen PAS untuk terus bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya sebentar tadi.

Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk 'PAS Untuk Semua' disampaikan beliau bersempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 di Stadium Indera Mulia, dekat sini.

"Ustaz Hadi menyampaikan ucapan yang bernas," kata Anwar yang pertama kali hadir ke Muktamar PAS, dalam respons eksklusifnya kepada Harakahdaily sejurus selepas Muktamar ditangguhkan tengahari tadi.

Anwar bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeADILan, mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PAS yang mengundang beliau untuk hadir ke Muktamar PAS.

Menurut beliau, segala teguran dan pandangan perwakilan PAS semalam, beserta dengan ucapan Dasar Presiden PAS sebenarnya membuka ruang yang lebih kepada banyak perbincangan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Saya menyanjung tinggi komitmen yang diberikan Ustaz Hadi bahawa PAS akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

"Saya juga berterima kasih dan menghargai sokongan PAS, khususnya Tuan Guru Nik Aziz, untuk membantu saya di Permatang Pauh, kerjasama ini amat saya alu-alukan," katanya.

Tegas Anwar, beliau akan memastikan kerjasama di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan walaupun terdapat beberapa teguran daripada beberapa pihak.

"Apa yang penting kita, pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat, mesti mengelakkan dan mengetepikan manipulasi media yang senantiasa mahu memecahkanbelahkan perpaduan kita," ujarnya.

Lebih 5,000 penuhi Stadium Indera Mulia dengar ucapan dasar

Reactions: 
IPOH, 15 Ogos,(Hrkh)- Muktamar PAS kali ke-54 yang memasuki hari ketiga memperlihatkan seramai 5,000 hadirin berbondong-bondong datang dari seluruh pelusuk negara.

Tetamu-tetamu yang mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah bersama penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim selain Pengerusi DAP, Dato' Ngeh Khoo Ham turut kelihatan.

Ketibaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 8.35 pagi ini diiring kira-kira 20 buah motor berkuasa tinggi bagi menghadiri majlis perasmian muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh di sini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga diiring dengan 20 buah motor berkuasa tinggi pula tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Sementara itu, di luar perkarangan stadium sebelum majlis perasmian bermula, upacara tabik hormat Unit Amal yang diketuai oleh Khairul Aini berlangsung.

Lintas hormat Unit Amal yang bermula pada jam 8.50 pagi itu dimulakan dengan lagu Al-Amal. Kekuatan tentera merah yang berjumlah 150 orang itu diperiksa oleh Ustaz Hadi sambil diiringi dengan lagu Semarak Perjuangan nyanyian kumpulan Shoutul Amal.

Majlis perasmian muktamar kali ini yang bertemakan 'PAS untuk Semua' dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan diikuti ucapan aluan daripada pengerusi tetap majlis perasmian, Abu Kasim Abdullah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah Al-A'raf ayat 156 hingga 160 dialunkan oleh Johan Qari Tilawah Antarabangsa 2004, Radzi Kamarul Hailan.

Seterusnya, Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar dengan tema 'PAS untuk Semua' dan merasmikan muktamar kali ini kira-kira jam 10 pagi.

Diikuti pula pada jam 11.15pagi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dijemput untuk melancarkan buku yang bertajuk'Kemuncup dalam Perjuangan'.

Akhbar milik parti, Harakah dua kali seminggu kemudiannya telah dilancarkan oleh Ustaz Hadi yang diiringi Pegerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali yang bermula 15 Ogos 2008 bersamaan 13 Sya'aban 1427H. Vespa c70 dipandu oleh Abd Manaf Dahalan sambil membawa beberapa naskah akhbar Harakah menjadi gimik pelancaran akhbar ini.

Ustaz Hadi yang diiringi Setiausaha Agung PAS, Dato'Kamaruddin Jaffar dan Dato' Mustafa Ali menyampaikan satu naskah Harakah kepada setiap pesuruhjaya tinggi setiap negeri.

Montaj bagi Harakah dua kali seminggu juga ditayangkan kepada hadirin yang hadir.

Dua wakil gerakan Islam iaitu Timbalan Presiden AK Parti Turki,Prof Dr Man Kutrunus dan wakil Gerakan Islam Myanmar, Haji Abd Ghaffur berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Presiden PAS sebagai tanda persahabatan.

Majlis perasmian pagi itu diakhiri dengan bacaan do'a yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama', Mohd Daud Iraqi. Muktamar bersambung jam 3 petang ini._

Nik Aziz iringi Anwar di penamaan calon esok

Reactions: 
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu akan mengiringi Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh esok.

Kehadiran Ustaz Nik Aziz untuk mengiring Ketua Umum KeADILan itu, disahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron sebentar tadi.

Manakala Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel dekat sini malam tadi memutuskan Husam dan Mohamad sebagai wakil rasmi PAS sebagai sokongan kepada Anwar pada hari penamaan calon esok.

Dalam Pilihan Raya Kecil yang akan bermula esok hingga 26 Ogos depan, Anwar akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Dato' Ariff Shah Omar Shah.

Sebahagian besar pemimpin utama PAS tidak dapat menghadiri penamaan calon di Permatang Pauh kerana Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-54 sedang berlangsung dekat sini.

Sementara itu Pengarah PAS bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya telah mula mengatur dan menggerakkan jentera bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat.

"Tuan rumah kepada kempen ini adalah KeADILan, kita akan berbincang dengan mereka, bentuk peranan dan bantuan yang diperlukan.

"Jentera kita dari seluruh negara sudah dikerahkan, insya-Allah selepas muktamar berakhir Ahad ini (18 Ogos), mereka akan bertumpu ke Permatang Pauh," katanya. - mks._

Siapa Selepas Mereka-mereka Ini..?

Reactions: 
telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.

Lihat senarai mereka yang telah diadili.

Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.

Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.

Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.

Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.


Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.

Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?
Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta

Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.

Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.

“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”

“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.

Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.

Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.

Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.

“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”

“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.

“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”

“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak di
rumah,” katanya.

renung2kanlah

p/s------>yang di bold kan tu adalah nama mereka-mereka yang terlibat dan balasan Allah ke atas mereka.Allah bagi balasan bukan sahaja cash di dunia tapi sampai akhirat jua.

-Portal Komuniti

Temuramah Anwar dengan Malaysiakini

Reactions: 
Malaysiakini: Sdr. selalu dok sebut pasai ‘16 September, 16 September’, tapi ramai orang kata Sdr. auta saja. Betui ka?

Anwar: Dulu aku dok kata kita boleh kaut lima negeri masa mengundi 8 March, hangpa tak percaya. Sapa pun tak percaya - Malaysiakini pun serupa.

Ok la bila orang peringatkan aku ‘optimistik’ sangat, tapi kita tau la. Tapi tak boleh nak bagi tau la, bukan ka? Jadi, berdasarkan maklumat yang kita ada, kita percaya kita boleh lakukan. Hangpa tau? Gomen pun tau, IGP pun tau, tu pasai depa buat kerja tak senonoh ni. Depa percaya, kita boleh buat. Tu pasai depa gabra dan buat macam-macam untuk menghalang kita.

Pasainya, depa takut masa depan depa - kalau Sdr. jadi PM, depa takut nanti Sdr. pi hambat depa.

Nak buat macam mana sebab bukan senang nak keluaq penjara, kena pukui, kena jel, kena fitnah macam-macam, lepaih tu terus kata..” jangan buruk sangka”. Lupakan saja la.

Tapi hang kena sedar. Bila kita ada prinsip, ada agenda, cakap pasai cabaran, depa hambat kita. Betui… ada kes saman pada Mahathir, tapi semua ni masih dalam proses pasai depa asyik dok ulang yang tu saja. Dan saya terpaksa menghentikan depa. Bukan nak buang masa berlawan dengan depa.

Tapi macam mana hang nak lawan dengan orang macam Musa Hasan, dah lebih sangat. Tak terlambat bagi dia nak gostan tapi dia cukup confident boleh berjaya. Memang depa kecut perut tapi oleh kerana benda ni nampak macam soal peribadi, ramai yang duduk dalam polis pun tak suka.

Mula-mula sekali, Musa dah nak pencen. Yang kedua, pasai apa nak libatkan diri dengan dendam orang ni, yang disokong oleh Khairy dan kuncu-kuncunya. Dan saya sebut nama-nama depa ni, macam Najib dan Rosmah sebab semua orang dah tau.

Tapi macam mana kita nak urus kerajaan, buat perubahan, bergerak ke depan - kita perlukan kesedaran yang baru, semua bangsa kena bersatu, ekonomi kena perkukuhkan, kehakiman kena perbetuikan dan keyakinan terhadap polis mesti dikembalikan - kalau kita asyik dok tengok kebelakang.

Saya bukan nak kata saya ni malaikat. Tak dak….

Habih…nak lawan depa?

Tak dak.. kita kena bergerak kedepan dan kita kena la memaafkan perkara yang lepaih yang menyentuh hal peribadi. Kalau takat 2,000 ekar dan dua billion ringgit, bukan hak saya nak memaafkannya, depa kena bagi balik. Tapi kita tak boleh la heret negara gostan kebelakang.

Maksud Sdr… kalau Sdr. jadi PM, Sdr. akan melupakan perkara yang lepas?

Saya maafkan, tapi saya takkan lupakan.

Sdr. tau tak, Dr. Mahathir ada kata.. kalau Sdr. jadi PM, dia akan lari keluar negara?

Kah…kah..kah… Dia melawak saja kot…

Kalau Sdr. jadi PM, adakah Sdr. akan mengambil tindakan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap depa yang tinggi-tinggi nu?

Dalam 10 tahun yang lepaih,saya dah maafkan. Kat Mahathir pun serupa.Dia kata apa pun, saya tak ambik pot pun. Tapi kalau tengok apa yang Abdullah Badawi dan menantu dia buat…teruk la. Nampak saja alim, tapi lagi teruk. Lebih baik jadi liberal, sekular daripada mengaku alim, warak blah..blah..blah, tiba-tiba bercakap tentang moral dan etika.

Nak buat macam mana? Maaf boleh maaf tapi yang ni kita kena lawan juga.

Apakah yang akan Sdr. lakukan sebagai Ketua Pembangkang, bila dah menang?

Kena berbincang dengan kawan-kawan dari Pakatan la. Tak boleh la main cakap saja, terutama kat level kita. Setiap dasar kena bincang bersama.

Insyaalah, bila masuk Parlimen nanti, sebelum belanjawan, dengar belanjawan. Tapi perkara penting ialah contact balik semua Ahli Parlimen yang dah janji nak ikut kita kalau saya masuk Parlimen.

Kata kerajaan menunggu, tapi kabinet bayangan pun tak dak?

Ada….. tapi belum diumumkan. Tak betui kalau orang kata kita tak dak orang nak pegang portfolio.

Adakah itu agenda pertama Sdr. sebagai Ketua Pembangkang?

Saya setuju, benda ni cukup penting dan saya akan pastikan benda ni akan jadi agenda pertama dalam mesyuarat pertama Pakatan nanti.

Pasai isu Majlis Peguam - mungkin kah ini akan menyebabkan masalah dalam Pakatan bila ada pemimpin PKR dan PAs yang menentang forum ini secara terbuka?

Betui. Benda ni mengajar kita bahawa setengah daripada keputusan kita perlu difahami terutama peringkat bawahan. Mungkin pasai kita tak terangkan diperingkat bawahan tapi bagi saya jelas, secara jelas, kita mesti membenarkan forum ini. Kita dah bagi tau Majlis Peguam tentang pandangan kita dan Pas jugak dah keluarkan kenyataan - Hadi Awang dah cakap dengan jelas - kita mesti benarkan, tapi kena buat secara tertutup la.

Ini juga pandangan peribadi saya buat masa la ni sebab kita kena berdepan dengan benda ni.Saya cuba mendapatkan pemimpin Islam untuk menerima bahwa kita mesti membenarkan perbincangan. Kalau kita tak boleh nak berhujah, ada yang tak betui la dengan kepercayaan kita. Kita mesti yakin untuk berhujah. Jadi kalau kita tak berapa suka dengan wakil kita, kita cari orang lain yang lebih baikuntuk berhujah.

Saya dah berbincang dengan Mehrun Siraj semalam, dia pun ada kat sana, masa tu ada sorang sister tengah bagi pendapat yang sepatutnya didengar oleh orang islam dan bukan islam. Kita miss yang ni.

Dimana sebenarnya Zulkifli Nordin?

Saya pun tengah cari dia.

Betui ka Sdr. tak tau kat mana dia ada?

Saya diberitahu, dia berjanji untuk call balik jadi sya sedang menunggu. Saya tak dapat berhubung dengan dia dah beberapa hari dah. Tapi kita bersetuju dengan apa yang dibagi tau oleh Syed Husin Ali.

Adakah tindakan akan diambil terhadap Zulkifli?

Syed Husin dah cakap tentang pendirian kita dan saya diminta untuk bercakap dengan dia untuk memberi notis ataupun sebarang pertanyaan dan tindakan yang akan diambil. Saya rasa, kita kena tunggu dia dulu kalau nak buat apa pun. Kena adil juga kat dia.

Apakah jenis tindakan?

Terpulang pada Syed Husin yang jadi Ketua Jawatakuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang bebas.

Adakah dia akan dibawa ke Lembaga Disiplin?

Kita kena tanya kat dia dulu apa yang berlaku.

Macam surat tunjuk sebab?

Kita tengok dulu.

(Temuramah ini dibuat dalam Bahasa Inggeris dan boleh dilihat diMalaysiakini. Terjemahan kedalam dailek Permatang Pauh ini dibuat untuk memudahkan kita paham - mat saman kati)

Ceramah Kelompok Taman Siakap Seberang Jaya

Reactions: 
Gambar-gambar kiriman Abu Kashaf. Tak dan nak tulih apa2 lagi. cuma ada gambar. Sambutan masyarakat kurang memberangsangkan, mungkin tak dak Anwar.

Benarkah PAS Terpinggir di Beberapa Negeri?

Reactions: 
Nampaknya percubaan memecah Pakatan Rakyat dimulakan dengan tuduhan peminggiran PAS di beberapa Negeri. Tetapi saya tidak berasa terkejut walau sedikit pun. Nampaknya inilah taktik terbaru Fraksi UMNO dalam PAS.

Saya membaca laporan Malaysiakini berkaitan dengan Muktamar Pemuda di Ipoh semalam. Mereka telah memetik Abdullah Karim:

Sebelum saya memulakan komen saya, saya hendak bertanya, kepada negeri-negeri yang komplen kononya mereka dipinggirkan.

Soalan saya adalah:

Jika kita banding PAS sewaktu sebelum Pakatan Rakyat dulu, adakah keadaan PAS lebih baik sekarang atau lebih buruk?

Seperti yang dilaporkan Malaysiakini:

“Abdullah turut menyifatkan perbahasan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di sebelah pagi itu panas kerana kelantangan wakil-wakil pro-muqabalah itu berhujah "seolah-olah tiada lagi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat".

Apakah pemuda-pemuda negeri ini terlupa bahawa UMNO telah melayan mereka 1000x lebih buruk dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat? Lupakah dahulu UMNO telah menghalang, meroboh, menista, memperbodohkan dan banyak lagi PAS di negeri-negeri ini?

Mengapa tiada ada apa-apa perbandingan dengan zaman dahulu? Saya juga sedar di negeri-negeri ini tidak pula diberikan fakta dan statistik berkaitan dengan tuduhan mereka bahawa PAS telah dipinggirkan.

Bukankah sekarang ini PAS di Pulau Pinang dan Selangor bebas bertemu dengan rakyat, bebas berorganisasi, bebas mengimarahkan masjid2 dan surau2? Tiada ganguan langsung. Adakah ini lebih buruk berbanding dengan zaman Barisan Nasional dahulu.

Lupakah PAS Penang dan Selangor bahawa perwakilan PAS di DUN adalah minoriti. Di Selangor, PAS ada hanya 8 kerusi dari 56 (14%), dan di Pulau Pinang 1 dari 39 (2.5%). Dalam keadaan PAS mempunyai kerusi yang sedikit adakah wajar PAS meminta perkara yang terlebih-lebih?

Perwakilan Pulau Pinang telah dilaporkan berkata:

“Persidangan itu juga panas apabila perwakilan Pulau Pinang membangkitkan isu hubungan dalaman Pakatan seperti dakwaan PAS dipinggirkan dalam pelantikan ahli majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di negeri itu – kini diketuai DAP.”

Dalam kes Pulau Pinang saya ada terjumpa satu komen di Tranung Kite di bawah artikel

“Re: PAS Pulau Pinang tidak akan menyertai bersama PR Pilihanraya Kecil Permatang Pauh"(Score: 1)

by kepala_batas on Tuesday, August 05 @ 02:12:41 MYT

(User Info | Send a Message) Di Parlimen Kepala Batas, terdapat 3 DUN iaitu bertam, pinang tunggal dan Penaga. PAS bertanding Parlimen Kepala Batas dan dun Penaga. Saya adalah seorang ketua UPU/Cawangan salah satu di kawasan DUN Penaga. Di dun penaga PAS mendapat semua kerusi JKKK (7 kerusi) tetapi di Bertam dan Pinang Tunggal hanya 1 kerusi JKKK sahaja. Pihak PAS Kawasan Kepala Batas sebenarnya tidak puas hati, tetapi apa boleh buat kerana kesilapan PAS sendiri. Sebenarnya selepas 8 march, setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas menjemput semua cawangan dan UPU PAS untuk hadir dalam mesyuarat mengenai perlantikan JKKK, tetapi malangnya hanya UPU dan Cawangan DUN Penaga sahaja yang hadir, UPU dan Caw PAS di DUN Bertam dan Pinang Tunggal tidak hadir dengan alasan mereka telah memberikan senarai nama kepada PKR (dimana PKR bertanding di Bertam dan Pinang Tunggal). Dengan ini PAS kawasan Kepala Batas hanya dapat menghantar senarai nama daripada kawsan Penaga sahaja kepada Perhubungan PAS Negeri untuk dipanjangkan ke Pejabat SUK. INI ADALAH KESALAHAN AHLI PAS SENDIRI KERANA MEMBELAKANGKAN ARAHAN PIMPINAN KAWASAN.

Ertinya, kesalahan terletak di bahu PAS Pulau Pinang sendiri. Saya tak nafi ada masaalah, tetapi kalau PAS Pulau Pinang keluar Pakatan Rakyat, adakah keadaan PAS Pulau Pinang lebih baik?

Penutup

Kadang kadang saya nak rasa tergelak sahaja kepada setengah-setengah PAS Negeri yang begitu dangkal di dalam cara pemikiran mereka. Seolah-olah tiada lagi akhlak islami dalam diri mereka dan yang penting kepada mereka adalah jawatan dan pangkat. Bukankah yang lebih penting adalah kebebasan untuk berdakwah di negeri2 yang terdahulu kita hanya bermimpi untuk duduk dalam kerajaan?

Dimanakah dia idealisma perjuangan PAS di negeri2 ini? Saya ingin bertanya.

Sekiranya PAS di Selangor dan Pulau Pinang mendapat kurang jawatan, maka PAS boleh menggantikan jawatan tersebut di negeri-negeri yang PAS memerintah? Benar atau tidak?

-Tulang Besi

Permatang Pauh: Jentera BN mula tabur wang di kampung-kampung?

Reactions: 
Umno dan Barisan Nasional (BN) mula menggerakkan jentera secara tidak beretika apabila melaburkan wang ringgit kepada penduduk sekitar Parlimen Permatang Pauh (P44) mulai kelmarin.
Selari dengan pengumuman calon BN oleh Timbalan Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmikan jentera BN di Sunway Carnival Mall tepat jam 10.30 malam maka bermulakan jentera Umno ke kampung-kampung untuk memancing undi agar tidak memberikan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Langkah mereka agar sumbang apabila dapat dihidu oleh petugas KeADILan dan anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat di beberapa buah kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang dimenangi Timbalan Menteri, Mohd Fairus Khairuddin.

Ada sumber memberitahu sebenarnya petugas BN telah masuk kampung lebih awal bersama pemimpin atasan parti mereka seperti Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Dato' Ali Rustam.

Sesiapa yang pergi mendengar ceramah kelompok tajaan mereka akan dihadiahkan wang saku sebanyak RM100.00 seorang. Semua perbuatan itu diperlakukan untuk menarik pengundi Melayu agar tidak lagi bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh calon KeADILan.

Bagi jentera Umno, PAS, DAP dan KeADILan adalah petualang bangsa dan agama kerana bersekongkol dengan gerakan menjatuhkan pemerintah yang ditunjangi Umno.

Bukan itu sahaja malahan cakap-cakap perkauman juga kian dihebuskan bagi menakutkan orang ramai terutamanya masyarakat melayu yang berbudi bahasa, sopan dan tidak pandai melawan cakap pemerintah.

Antara kampung yang telah dikenal pasti dimasuki ejen-ejen berkenaan ialah kampung belakang Sekolah Menengah Penanti, Guar Perahu, Mengkuang dan Kuala Mengkuang.

Setiap hari jentera yang terdiri daripada ibu-ibu, puteri dan sebahagian ahli yang aktif akan menggunakan berbagai kesempatan untuk bertemu rakyat di kampung-kampung.

Mereka terpaksa buat begitu kerana setiap kali ceramah anjuran Umno dan BN seringkali tidak mendapat kejayaan.

Jadi, cara yang paling terbaik ialah turun padang jalan kaki sampai berpeluh-peluh untuk menunjukan kepada rakyat jelata kesungguhan BN untuk memenangi parlimen ini demi maruah dan kebajikan rakyat yang kurang terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Pulau Pinang.

Pastinya, mula malam berkempen iaitu 16 Ogos sehinggalah malam terakhir longgokan wang ringgit akan bertaburan di sana sini.

Sekali pandang adanya Pilihan raya Kecil di mana sahaja bermakna peniaga kecil di sekitar kawasan mengundi akan menguat keuntungan berlipat kali ganda.

Bila ada individu memberikan wang ambil sahaja kerana wang itu wang rakyat bukan anugerah BN. Bak kata Menteri Besar Kelantan ' Bagi duit ambil, bagi kain pakai bila undi pangkah Pakatan Rakyat'.

Pengundi Melayu yang menjadi pertaruhan kali ini harus menilai di mana kedudukan kerajaan hari ini yang tidak langsung memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang atau Dun yang diwakili Adun pembangkang berlainan dengan ciri-ciri kepimpinan Menteri Besar Kelantan atau Trengganu dulunya.

Apa pun rakyat Permatang Pauh sahaja yang boleh menilai kerajaan mana yang harus dipilih.

Buatlah pemilihan betul nanti semuanya selamat dan hidup dalam keadaan aman dan makmur. - mks._

Penamaan calon esok Permatang Pauh sudah 'panas', saingan 4 penjuru?

Reactions: 
PERMATANG PAUH: Kehangatan politik nasional sudah mula dirasai di bahagian Parlimen Permatang Pauh sejak malam tadi - kira-kira 30 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil - dengan parti yang bakal bertanding meramalkan kemenangan bakal berpihak masing-masing.

Ketika Pakatan Rakyat meramalkan kemenangan kepada mereka pada ratio 60:40 peratus, Barisan Nasional (BN) pula berkeyakinan ia akan mengubah kedudukan itu ke sebelah pihaknya pada kadar 55:45 peratus pada 26 Ogos ini.

Penamaan calon akan diadakan esok manakala hari pengundian pada 26 Ogos ini.

Bahagian Permatang Pauh yang agak 'sunyi' selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu kembali aktif dengan kempen-kempen secara tidak rasmi dan tidak formal, diadakan sepanjang malam tadi hingga awal pagi ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya menjangkakan 'suasana hangat' ketika penamaan calon esok sebagaimana pernah disaksikan ketik pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, Selangor awal tahun lalu, tetapi yakin suasana itu dapat dikawal dengan sokongan semua pihak.

Tinjauan mStar Online sehingga awal pagi ini mendapati ''kempen politik'' sudah pun dimulakan sejak pukul 9 malam tadi dengan ucapan berapi kedengaran di kawasan Seberang Jaya dan Penanti - yang masing-masing kini dikuasai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik kedua-dua Dewan Undangan Negeri - sebahagian daripada tiga kerusi DUN dalam Bahagian Permatang Pauh, sudah berubah menjadi "pesta pilihan raya".

-mSTAR Online

BN thinking small to win big

Reactions: 

AUG 15 — With less than 24 hours before nomination at one of the most important by-elections in Malaysian history, both sides are fine-tuning their election strategies.



For Datuk Seri Anwar Ibrahim and Parti Keadilan Rakyat, this is becoming more of a coronation. While not taking things lightly, there is overwhelming confidence in the PKR camp that the by-election will be the beginning of the end for the Barisan Nasional.



Anwar has refused to back down from his threat of toppling the BN Federal Government by Sept 16 and a win in Permatang Pauh is a much-needed impetus in his quest to become the next Prime Minister.



BN knows the stakes are high.



Although it has been careful to downplay its chances the mood among BN party workers is slowly improving. Part of the reason is the announcement of the candidate. Before BN deputy chairman Datuk Seri Najib Abdul Razak revealed the BN's candidate, there was widespread unease among local Umno members who were busy speculating who the candidate would be. Permatang Pauh Umno is notorious for its factions which have been exacerbated by the party elections.



In choosing Datuk Arif Shah Omar Shah, the Assemblyman for Seberang Jaya, it appears the BN leadership has chosen the path of least resistance. Among the local Umno leaders, Arif Shah is the least divisive and is the only one who won in the March general election.



The BN's candidate choice also reveals a little about the strategy that it is likely to employ. While PKR and Anwar will focus on national issues, in particular Anwar's quest to succeed Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in a month, the BN has decided not to fight fire with fire.



Instead of taking Anwar's bait and debating on his terms, the BN has decided to keep issues localised. Arif Shah has proven himself as an effective Assemblyman, always on the ground solving local problems. That's why he survived the tsunami of the last general election.



This is in stark contrast to Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, who won three times in absence of her husband based on sentiment rather than performance. She was for the most part an absentee Member of Parliament and was seen as Anwar's proxy while he was in jail and ineligible to contest for public office.



But will the BN's focus on local issues be enough to stop Anwar's coronation?



Even in 2004, at the height of the Abdullah Administration's popularity, PKR still retained Permatang Pauh albeit with a wafer-thin majority. The ground has shifted considerably since then. The BN's popularity is plunging, inflation is being felt even in the rural districts and Anwar is resurgent once again.



The one thing that the BN may have going for them is Anwar himself. As much as he is Permatang Pauh's favourite son, he is also a divisive figure. Wan Azizah may have gotten a lot of sympathy votes because people felt sorry for her predicament. Now that sympathy may not be there.



While many in Permatang Pauh dismiss the recent charge against Anwar for sodomy, some have noticed an arrogance creeping into Pakatan Rakyat, especially with Anwar's continued obsession with securing power by Sept 16. It was arrogance that resulted in the BN's stunning losses in March.



Could it once again be a deciding factor, especially with the BN choosing a simple, soft-spoken, grassroots candidate known to the locals while PKR frame its campaign in national terms that may mean little to the locals in Permatang Pauh? It’s game on.



-TMI

Warung pundits: Anwar will win the by-election but never become PM

Reactions: 

PERMATANG PAUH, Aug 15 — The fire truck sat awkwardly on the side of the narrow, two-lane road between the padi fields. It must have been summoned to stand by while the Chinese community here carried out various ceremonies to appease wanderings spirits during this Month of the Hungry Ghost.



The weather has been exceedingly dry in this corner of the north. The water level in the streams that feed into the padi fields was extremely low. It would only take a spark to turn the fields into the fiery pits of hell.



And with the Permatang Pauh by-election gearing up, community leaders were taking all precautions to guard against any phantom menace, though Idrus Ibrahim, the equally charismatic elder brother to opposition leader and Permatang Pauh candidate, Datuk Seri Anwar, had remarked earlier that "right now, even the hantu were afraid of the humans".



There used to be a river running close by, according to Nordin Said, the proprietor of a drinks and snack shack next to the small rural library in old Permatang Pauh town.



"That's where the 'Permatang' came from. 'Pauh' is a type of mango, very sour," the 48-year-old, fondly known as Pak Din, added. Permatang means river and while that is gone, the mango trees remain, though few and scattered now; but such is the nature of development — some things change and some remain, though they can never be the same.



The late afternoon sun that streamed in through the chicken-wire bars of the drinks shack brought with it a stream of old-timers curious to know why two strangers had invaded their regular watering hole.



The words "by-election" and "Anwar" drew their attention and started a lively discussion about the sad state of politics in the country.



"Do you know, this place used to be an Umno stronghold," Ishak Said, 54-year-old cousin to Pak Din, confided, delighting in astonishing the two outsiders.



"Now, we're open-lah. There's no difference who's in power. See first who does the talking," Ishak said tiredly.



Permatang Pauh has been a PKR seat, under the stewardship of Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, for three terms. Even now, he noted, there are still a lot of Umno supporters in the old quarter.



"Umno at the grassroots level is all right. It's the fellas at the top who are not good," Ishak said, before pulling over a newcomer into Pak Din's warung. "Ask him. He's a ketua Pemuda Umno."



The young man was obviously embarrassed at the sudden attention but was polte enough to play along.



"It's true," admitted Bahari Yahaya, 40. "The people here support Umno, but they are disillusioned with the leadership. It's all about money and power. The grassroots have no power. If you want anything, you must follow the branch head."



And that's why the prediction in Pak Din's warung is that Anwar will, without a doubt, win the by-election but he will never become the next prime minister.



Why?



"You want me to give you 50 dalils?" interjected Md Saad Din, 61, referring to the book, “50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM”, published 10 years ago.



"All the leaders are busy quarrelling in the august House, who is fighting for the people?" sighed the grandfather to 14, greatly disgusted with the behaviour and performance of both members of the ruling and opposition parties in Parliament.



"Sabah and Sarawak won the general election for the Barisan Nasional. Now, they're asking for things but they are being pushed aside," he observed.



More than disgust, however, was his overwhelming disappointment with the political leaders; in the course of developing the country, he felt they had lost sight of what it means to be mature.



"The political parties are not wrong. Umno is not wrong, PKR is not wrong, Pas is not wrong. The ones who are wrong are the leaders. Everything is pushed aside because of money," he remarked.



As such, corruption leads to arrogance, which is leading to a decay of morals, ethics and civility in society.



"Maturity is about understanding. Last time, the races were all distinct in their own groups. The Chinese looked like this," he said, pulling up the corners of his eyes and flattening his nose. "And the Indians like this," he added, mimicking a hawked nose and drawing forth chuckles from the other patrons.



"If we had that today, everyone would be very supportive of each other. Like this, we can rest easy.



"We must speak the truth, then only can we form an alliance and find a resolution to our problems. Discourse is beneficial. If we can all talk like this, then everyone will win."



By this time, the rest of the warung had fallen silent, blown away by Saad's astute philosophy perhaps, and needing time to digest. The grave digger is an eloquent speaker, fluent in Mandarin and Hokkien too, despite having little formal education experience — he stopped after Primary Two. Little wonder then that the locals nickname him sifu.



But talk alone cannot sustain a hungry belly, more so now in light of the recent inflation which is causing great hardship to small traders.



Eu Hee Ling, 40, and her husband operate a duck rice stall at the famous Wai Sek Kai (Cantonese for Glutton's Street) in Chai Leng Park.



Business is brisk; they start selling at 5.30pm and are fully sold out by 8pm latest (customers have to settle for the more exotic parts, like the head and webbed feet, when they are too late to obtain the meat).



However, the high cost of foodstuff has affected their profit margin greatly.



"Everything is so expensive now. One duck now costs RM20. One sack of rice, that's about 50kg, is RM130, and it's local rice, not Siam. It used to be RM80 per sack. Sesame seed oil has more than doubled in price. One bottle used to be RM7-plus; now, it's RM16-plus.



"Business here is good, but price keeps going up. So how to make money?" cried the mother of a teenaged boy.



"I didn't vote in the March general election because I had to work. I'm not going to vote on Aug 26 because I have to work. The roasting needs to be done in the morning and at night I have to sell. It's a lot of work.



"Anyway, it makes no difference if I vote or not. Politics is politics. I don't want to get involved. I just want to earn a living," Eu said, cleaning up the stall before retiring for the night.



Eu is not alone. Nariah Said, 56, a drinks seller from Permatang Rawa too shares her sentiment.



"It's only a by-election. I've already done so in the March general election. I don't know yet if I will go on Aug 24. It depends if there's someone to take me there. I don't even know where to go to vote," said the chatty grandmother, mistaking the polling day for a Sunday instead of the Tuesday it has been set for.



Nariah's saucer eyes grew bigger when she learnt her mistake. "Eh? Is it true it's the 26, not the 24?"



She was baffled why the Election Commission had set it on a working day and said that the likelihood of her not going would be higher now.



"I have to work," she said, echoing Eu.



Nariah has not had an easy life. Her husband died early, leaving her to bring up four children on her own (one died later) on what she could make from selling nasi lemak and kuih. Back then, she only had a pension of RM500 a month to draw on. Today, she gets RM100 more.



But after deducting rent (RM300) for land where her rickety shop stands, there is hardly anything left over.



She pulls 12-hour working days, but there never seems enough. Some days, she can only afford to eat plain rice and a fried egg. Some nights, she is so exhausted she falls asleep in the shack behind the shop.



Today, the children are grown but she still struggles to earn even RM25 a day. If the laksa hawker shows up at her rickety stall in Bandar Perda, she gets more business, safely RM30 more a day.



But the hours are long and the profits are dwindling. She used to have an assistant. She can't afford to hire anymore.



Her dream is modest — to own her own van and park it nearer to the spanking new Jusco mall in Bandar Perda, due to open end of this month. "I'll sell soya bean, orange juice and cendol. That'll be enough."

Anwar Berhak Terima Salinan Laporan Polis, Kata Syed Hamid

Reactions: 
PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak mendapatkan salinan laporan polis berhubung dakwaan liwat yang dihadapinya untuk membuat pembelaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak tahu mengapa salinan tersebut masih tidak diserahkan kepada Anwar walaupun dakwaan telah dibuat terhadapnya di mahkamah.

"Mengikut undang-undang, beliau berhak mendapatkan salinan laporan polis itu untuk membolehkan beliau membuat persediaan membela diri.

"Saya tidak tahu, anda perlu bertanya kepada pihak yang mengendali kes ini untuk mendapat sebab dan jawapan yang tepat. Saya hanya Menteri Dalam Negeri dan saya tidak terlibat dalam proses pendakwaan dan penyiasatan," katanya ketika ditanya mengapa Anwar masih tidak menerima salinan laporan polis itu.

Pada 7 Ogos lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh diberikan salinan itu kerana ia dibenarkan mengikut proses perundangan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Sasaran Penting di sini hari Khamis.

Mengenai tindakan terhadap Majlis Peguam yang menganjurkan forum "Memeluk Islam" pada Sabtu lepas yang telah menimbulkan ketegangan dan mengundang kemarahan pelbagai pihak, Syed Hamid berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu.

"Jika kita mahu mengambil tindakan, kita perlu melakukan siasatan, bukan sewenang-wenangnya bertindak...perlu meneliti dari segenap aspek," katanya.

Syed Hamid berkata, walaupun terdapat tekanan agar tindakan dikenakan terhadap Majlis Peguam ekoran penganjuran forum seumpama itu, namun ia tidak boleh dilakukan kecuali jika terdapat bukti yang sahih bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang menggugat keselamatan negara.

"Jika tiada perkara seumpama itu berlaku, kita hanya boleh memberi amaran agar mereka mengambil kira pandangan dan sensitiviti agama serta kaum lain.

"Kita tidak mahu dalam apa juga konflik atau permasalahan, Islam dianggap sebagai punca sedangkan ia adalah masalah sejagat yang perlu diberi perhatian sama rata oleh semua pihak," katanya.

Beliau berkata, apa sahaja isu yang timbul seharusnya dibincangkan secara aman dan teliti supaya sebarang keputusan yang diambil tidak mencetuskan salah faham dan konflik yang berlarutan.

"Saya fikir kalau kita bincang baik-baik, tak ada masalah. Jangan fokus kepada isu tertentu," katanya.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan yang kementerian itu mengeluarkan arahan melarang akhbar Katholik, The Herald menyiarkan sebarang berita mengenai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata sebarang penulisan oleh akhbar berkenaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat perlesenan yang diberikan.

Katanya jika akhbar berkenaan hanya memohon lesen untuk penulisan bahan-bahan bercorak keagamaan sahaja, maka mereka perlu mematuhi aspek tersebut dengan tidak melibatkan mana-mana isu yang tidak berkaitan.

"Jika mereka keluar dari skop yang ditetapkan, maka kami harus menyiasat sama ada mereka telah melanggar undang-undang atau tidak. Apabila agama dan politik dicampur-adukkan, ia boleh mendatangkan banyak masalah dan salah faham," katanya.