Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 26, 2008

P-044 Official Results

Reactions: 
KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.

2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.

3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast 38,144

Peratus/Percentage 65.25 peratus

Undi rosak/Spoilt votes 447 undi

Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)

Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348

Majoriti/Majority:13,398

Penyokong UMNO Merusuh: FRU Kepung Bangunan UMNO Semambu

Reactions: 
Terkini - penyokong UMNO merusuh di Bangunan UMNO Semambu ketika ini.kami dimaklumkan bahawa para penyokong UMNO merusuh kerana TIDAK MENDAPAT BAYARAN UPAH atas kerja-kerja yang mereka lakukan semasa kempen Piliharaya Kecil P-044.

Ketika ini 4 buah trak FRU telah dihantar ke Bangunan UMNO Semambu untuk mengawal keadaan.

Diharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang berarak menyambut kemenangan Pakatan Rakyat agar TIDAK MELALUI KAWASAN TERBABIT kerana khuatir berlaku provokasi dari penyokong-penyokong UMNO yang sedang kepanasan.

Diberitakan bahawa para penyokong-penyokong UMNO telah mula berkumpul di Bangunan UMNO Semambu sejak petang tadi & keadaan mula menjadi kecoh & tidak dapat dikawal sebentar tadi sehingga memaksa pihak polis menghantar 4 buah trak FRU untuk mengawal keadaan.

Sape suruh hangpa sokong UMNO..?orang lain buat kerja ikhlas, hangpa buat kerja harap balasan...

Mampuih pi la hangpa...

Kisah Siang Tadi.

Reactions: 
Siang tadi kami ronda 1 Permatang pauh.ronda punya ronda, lalu depan markas AKIM...ada sekor ni gatal nak ambik poster AKIM buat kenangan.

Brek kereta, park tepi jalan...

Aku intai kat markas, aku nampak Haji Pi...uih...best...kami kluar pi kat Haji Pi...

Sembang, Haji Pi tanya - macam mana? aku cakap macam ni la...di tanya balik - macam ni apa?aku tak jawab...aku mintak poster AKIM, sekotak Haji Pi bagi kat aku...balik ni aku nak frame...kalau hangpa nak, hangpa kene beli...aku jual murah murah...

Haji Pi ambik autograf kami.

Malam ni aku tak tau Haji Pi pegi mana...petang tadi ada member habaq, Haji Pi kutip sendiri poster dia dekat jalan besar...

Calon lain ada ka yang kutip sendiri poster?aku tabik dekat Haji Pi...

Terima Kasih Haji Pi sebab sembang ngan kami...panjang umo, kita jumpa lagi.

Merdeka..!

Reactions: 
Malam ni kami sambut merdeka.mini merdeka di Permatang Pauh.

Permatang Pauh merdeka dari Barisan Nasional.

Mana puaka-puaka UMNO/BN?sekor pun aku tak nampak...depa dah lompat masuk Pakatan Rakyat ka?

Aku dengar depa dah tido...awat awal sangat tido?malam ni bukan malam jumaat..!

Tido ka...maluuu...

Botak

Reactions: 
Aku ada dekat Yayasan Aman, budak-budak penyokong Pakatan Rakyat tengah berarak ataih jalan, ada jugak yang tengah berjoget tengah jalan.aku dah niat nak botak kepala klau Pakatan Rakyat menang P-044.

Gunting ada dalam kereta, pisau cukur pub dalam kereta, karang aku nak botak kepala.

Bayar Nazar.

UMNO Gaduh...

Reactions: 
Hangpa nak tengok orang gaduh, hangpa pi dekat Semambu...UMNO gaduh ngan UMNO...

FRU tak pi...hangpa buleh wat kecoh...

Petugas tak dapat duit....kerja macam monyet, gaji tokey depa tak bayaq...

Padan Muka...!

Terima Kasih Permatang Pauh

Reactions: 
Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil P-044 telah dikeluarkan di Maktab Tengku Bainun & kemenangan berpihak kepada Parti KeADILan Rakyat dengan undi sebanyak 31,579(tiga puluh satu ribu lima ratus tujuh puluh sembilan) mengatasi undi Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 15,045(lima belas ribu empat puluh lima)

Dengan itu Parti KeADILan Rakyat menang pilihanraya kecil P-044 dengan undi majoriti sebanyak 16,534(enam belas ribu lima ratus tiga puluh empat).

Dengan ini kami para blogger yang berkampung di Permatang Pauh semenjak hari pencalonan mengucapkan jutaan terima kasih kepada keseluruhan penduduk Permatang Pasir atas pengorbanan tenaga usaha & penglibatan anda didalam Pilihnraya kecil yang amat besar maknanya kepada negara Malaysia tercinta.

Jasa & usaha anda telah kami lihat & akan terpahat didalam lipatan ingatan kami seumur hidup kami.terima kasih. terima kasih. terima kasih, terima kasih,terima kasih & terima kasih.

Malam ini kita melangkah setapak ke Parlimen, langkah ke Putrajaya makin hampir & Permatang Pauh adalah langkah pertama kita ke destinasi.

Hari ini 26hb. August, 2008 telah menyaksikan Permatang Pauh terpahat dalam sejarah perubahan untuk Malaysia.

Terima Kasih untuk semua, perjuangan kita belum berakhir selagi KERAjaan corupt ini belum tumbang.

Berjuang, berjuang, berjuang & terus berjuang...!!!

Kami Dah Sampai Putrajaya

Reactions: 
Aku malas nak taip banyak-banyak.

Sekarang keputusan dah rasmi - PKR leading majority 17652.

Hangpa pi umah Pak Lah, tolong habaq dekat dia esok DSAI nak jumpaq dia dekat Parlimen.

Kalau nak detail result hangpa klik [ sini ] . kat situ ada latest update.aku malas nak taip.tak dak kerusi.

Jumpa hangpa di Putrajaya.

perhatian semua!

Reactions: 
aku tak de laptop nak update blog aku..jadi untuk keputusan dan berita terkini pilihanraya, sila ke blog:

http://matcomot.blogspot.com/

Hujan Renyai...Kita Dah Menang

Reactions: 
Terkini dari Bilik Gerakan Heineken - Dekat luaq hujan renyai-renyai.kami lepak hisap rokok sambil sembang.aku ngadap laptop.

Malaysiabiz-aloha baring layan lagu Letto, tangan tepek ataih dahi tak tau dia ingat sapa.

Matcomot main HP baghu.

MSK tengah kemas barang nak gerak main hujan.

Sat ni kami nak kluar ronda-ronda.

Aku call kengkawan kat pusat mengundi, depa habaq harapan cerah...mungkin esok ada roadblock besar-besaran ke parlimen & seluruh malaysia pasai malam ni mungkin unit risikan PDRM akan dapat maklumat ada 1 perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Parlimen...

Boss pulis mesti mati-mati percaya khabar angin dari berita sebenar...

Karang sambung...aku nak gerak dah...nanti aku update lagi.

3 Blogger Syahid Di P-044..!

Reactions: 
A...Lu pikir la sendiri..!!!


Polis Di Raja Malaysia

Reactions: 
Aku dekat Penanti.batu lepas sembang dengan abang pulis...

Aku tanya abang pulis - abang rasa sape menang? abang pulis jawab - yang banyak dapat undi la menang...chait...

Aku tanya lagi - agak-agak sape yang dapat banyak undi? abang pulis jawab - mana yang benar, dia la dapat banyak undi...chait...lagi sekali dia pekena aku...

Aku tanya lagi - sape yang benar? abang pulis jawab - a...lu pikir la sendiri!

Aku sembang ngan Nabil ka ngan abang pulis ni?

Abang pulis tu gelakkan aku...geng dia mat misai datang tanya apahal? aku jawab - hal kerajaan.

Abang pulis mat misai cakap - Tukar KERAjaan...pas tu dia blah...

Aku terkebil-kebil...abang pulis senyum...

Aku angguk paha...hangpa paham ke tak paham?

Penanti.

Reactions: 
Update 10:40am - dari peti undi Penanti.

Mood pengundi setakat ni Alhamdulilah, aku macam nampak depa mengundi dekat Putrajaya...heran betoi aku...awat tempat mengundi ni bangunan dia nampak macam Putrajaya?

Petugas Parti nampak macam tak balance...sebelah Pakatan Rakyat kemas, bersemangat tambah pulak rakan-rakan dari MIC. MCA & GERAKAN pun turut serta merayu undi bagi pihak Pakatan Rakyat.

Petugas UMNO macam kekok nak pegang bendera...aku soh tukaq pakai baju Pakatan Rakyat, depa diam je tak jawab...bapak marah..?

Dongak kat atas - Helikopter tengah sibuk terbang.semalam aku sembang dengan abang pulis...abang pulis cakap seronok naik heli...aku tanya balik awat seronok?dia cakap - sebab boleh terebang... aku gelak, dia pun gelak... masa salam dia pesan kat aku dengan geng yang ada dekat aku, tolak KERAjaan corupt...aku jawab balik, aku bukan pengundi kat sini, pulis tu jawab balik - tak kira la hang undi ka tak undi...KERAjaan corupt tetap kena tolak......

Alhamdulillah...

Komponen Barisan Nasional Bantu Rayu Undi Untuk Pakatan Rakyat.

Reactions: 
Assalamu'alaikum...

Ronda-ronda ditempat pengundian.aku sempat sembang dengan petugas perayu undi.boleh tahan semangat depa...

Yang Istimewanya hari ni petugas Pakatan Rakyat menda[at 1 lagi suntikan baru bilamana beberapa ahli parti komponen Barisan Nasional iaitu daripada MCA, MIC & GERAKAN turut membantu merayu undi untuk Pakatan Rakyat...

Mesej depa 1 je untuk pengundi - Tolak Parti Perkauman..!

Takbir..!

DSAI Selamat Mengundi

Reactions: 
Update 9:30am - DSAI telah selamat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pengundi berdaftar di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti sebentar tadi.

Malam Menjelang Hari Penentuan

Reactions: 
Gambar sekitar ceramah terakgir DSAI di Jalan Baru. berapa kehadiran hangpa jangan tanya aku, aku bukan tukang banci.TV3suku cakap, 3 orang je datang...DSAI, Drebar dia n tukang jaga mekrofon...hangpa tengok la sendiri...
Payung cukup laku semalam sebab hujan
Orang India sokong Pakatan Rakyat...orang melayu dok pikir lagi...awatnya?
Polis pun datang dengar ceramah DSAI..!
Besok abang undi DSAI!
Pintu masuk...sesak amat...
3 orang?
Semangat beb...
Ramai bro...
Jem...roti mana?
Ini macam 3 jam baru sampai...
......
Hujan renyai-renyai...rintik hujan sama banyak dengan orang.
Pergh...
Dah...malas nak cakap apa dah...




Undilah Parti KeADILan Rakyat!

Yang Mana 1 Pilihan Anda?

Reactions: 
Aku sertakan 2 risalah dari 2 parti berbeza dalam kempen PRK P-044.yang mana satu pilihan hangpa...
Risalah UMNO mukasurat Pertama
Risalah UMNO mukasurat 2
Risalah UMNO mukasurat 3
Risalah UMNO mukasurat 4
Risalah Pakatan Rakyat...cukup hanya 1 mukasurat.