Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 29, 2008

Bil Letrik Sape RM20 hengget Sebulan..?

Reactions: 
Soklan aku ni sekadar sinambungan dari pengumuman oleh bakal Mantan PM kita dalam pembentangan bajet 2009...Pak Lah cakap KERAjaan akan menanggung bil elektrik bagi isi rumah yang menggunakan elektrik kurang dari RM20 hengget sebulan...

Aku senyum kambing...RM20 hengget?

Ade sape-sape pembaca yang bil elektriknya kurang dari RM20 hengget kat sini?

Pak Lah ni betul-betul ke saje nak pekenakan kita?

Ngok ngok betul PM Malaysia ni...

BPR mula rekod keterangan Nallakaruppan

Reactions: 

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nalakaruppan hari ini memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menerima RM60 juta dari Magnum Corporation ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.



Pengarah Siasatan BPR Datuk Shukri Abdul ketika dihubungi mengesahkan bekas orang kanan penasihat PKR itu dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya namun enggan mengulas lanjut.



"BPR mula merekod keterangan Nallakaruppan sejak pukul 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai kami tidak mengambil keterangannya di Ibu Pejabat BPR Putrajaya.



"Lokasinya tidak dapat didedahkan kepada media tetapi saya boleh mengesahkan bahawa BPR sedang merekodkan keterangan beliau," katanya di sini hari ini.



Nallakaruppan, 61, pada ceramahnya di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu mendakwa menyerahkan RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 untuk tujuan yang tidak diketahui.



Nallakaruppan mendakwa menyerahkan sendiri wang itu kepada Anwar dan turut mendakwa Penasihat PKR itu meluluskan banyak lesen perjudian serta kedai empat nombor ekor ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.


-mSTAR Online

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

Reactions: 

(Dikemas kini, pukul 2052) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.



mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.



Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.



"Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.



Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.



Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.



Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.



-mSTAR Online

Ustaz Ramlang: Mohon Maaf Dari Topeng_Perak

Reactions: 
Hari ni aku nak flashback balik apa yang berlaku tempohari mengenai pendedahan id Ustaz Ramlang Porigi.

Semuanya bermula sebaik aku balik dari Permatang Pauh.petang hari 18hb, Ogos, 2008 lebih kurang jam 4:00pm aku dapat call dari sorang informer mengesahkan bahawa Imam Masjid Wilayah tak terlibat dalam upacara Sumpah Mubahalah Saiful.

Berita awal sebelum pembongkaran dibuat boleh korang baca di [sini].sebelum tu aku ada bincang dengan kawan-kawan tentang hal sumpah Saiful ni & bagi kami, kami kena buat sesuatu sebab dalam perkiraan kami sumpah Saiful akan memberi kesan keatas pengundi-pengundi di P-044 dan bacaan kami rate DSAI & Ariff pada masa itu ialah 50:50.

Pengesahan.

Petang tu jugak lepas aku publish artikel awal aku, aku dapat buat beberapa call & dapat pengesahan bahawa maklumat awal adalah benar dimana Imam Masjid Wilayah tidak terlibat dalam upacara sumpah Saiful.

Dari situ, aku mula buat pencarian id Ustaz Ramlang Porigi dalam google search dan hasilnya macam yang aku publishkan dalam blog aku di [sini] dan jugak di TKO di [sini].

Kenapa Mesti Dedah?

Disini jugak aku nak jelaskan kenapa perkara tersebut aku dedahkan & jugak tujuan ianya didedahkan.

Lepas aku buat search dalam google banyak maklumat tentang id Ustaz Ramlang Porigi aku dapat iaitu nama penuh, tarikh lahir, no ic, no talifon bimbit, alamat rumah & banyak lagi.cuma aku tak dedahkan semuanya dalam artikel aku.

Strategi Provokasi.

Semua yang kami buat ialah sebagai strategi untuk memprovoke Ustaz Ramlang Porigi supaya tampil membuat pengakuan.perkiraan aku ada 2.

Yang pertama - hasil dari pendedahan ini, Ustaz Ramlang akan tampil membuat pengakuan bahawa dia "diarah" untuk hadir kemajlis sumpah sebagaimana info yang kami dapat seterusnya dapat menaikkan rating DSAI di P-044 mengatasi lawannya Ariff sekurang-kurangnya DSAI 63 & Ariff 27.

Yang kedua - pihak yang mengatur majlis akan menekan Ustaz Ramlang supaya membuat pengakuan bahawa semua itu adalah fitnah & terus bersekongkol dalam konspirasi liwat 2 & jika ini berlaku, tidak banyak yang dapat kami harapkan atas undi DSAI tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit perubahan walaupun tak banyak.

Saat Kritikal.

Sehingga detik kritikal 25hb. Ogos, 2008 kami masih ternanti-nanti kemunculan Ustaz Ramlang untuk membuat apa-apa statement yang akan menentukan nasib DSAI & pada hari itu jugak aku dan rakan-rakan aku berada dalam keadaan sedikit stress kerana hasil survey yang kami buat, bacaan graff DSAI & Ariff ialah 50:50.masih tiada jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi Piliharaya Kecil P-044.

Ustaz Ramlang Lancar Nuclear.

Petang ahad lebih kurang jam 4:00pm, aku dapat call dari PKR mengesahkan bahawa Ustaz Ramlang Porigi telah sampai ke Permatang Pauh & akan membuat pendedahan berkenaan majlis sumpah mubahalah Saiful.

Kami yang mendapat berita tersebut amat gembira & akhirnya teka-teki terjawab, strategi menjadi & kami juga saat itu bersujud syukur kepada Allah kerana dalam hujan renyai petang itu, Allah telah membantu kami. Allahuakbar.

Bom Dihantar Terus Ke Kem UMNO/BN.

Tiada siapa yang dapat menjangkakan kuasa Allah swt & tiada siapa yang dapat menjangka bahawa pada sebelah malamnya pula Ustaz Ramlang Porigi telah hadir di Masjid Perda bersama Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat & disitu juga Ustaz Ramlang telah membuat pengakuan secara terbuka dikhalayak ramai tentang apa yang berlaku pada majlis sumpah mubahalah Saiful seterusnya meledakkan perubahan yang besar di Permatang Pauh.

Sebaik Ustaz Ramlang muncul disisi TGNA, markas-markas UMNO/BN tidak lagi galak seperti sebelumnya.tiada lagi kedengaran bunyi liwat, liwat, liwat, pungkoq, pungkoq, pungkoq & yang sewaktu dengannya.

Semua markas UMNO/BN seolah telah dibom dengan bom raja nuclears.ramai jugak petugas-petugas yang bertindak menukar baju biru gelap kepada biru muda & malam itu juga graff DSAI mengatasi Ariff sebanyak 25%!!!

26hb. Ogos, 2008 Hari Terakhir.

Isnin, kami bangun dengan hati yang lega.tiada stress, tiada tekanan.semuanya dalam keadaan yang baik.aku keluar dari Quarters kami lebih kurang jam 11:00am & amat menggembirakan hari tu ialah bilamana aku dapat sms memaklumkan bahawa sejumlah besar ahli MCA, MIC & GERAKAN Pulau Pinang telah berada bersama-sama skuad gempur Pakatan Rakyat menyertai kempen dari rumah ke rumah menyatakan sokongan kepada DSAI.

Isnin ialah hari yang cukup santai bagi kami.jentera pilihanraya amat lancar tanpa gangguan pihak lawan.sokongan rakyat Permatang Pauh bertambah & dipihak UMNO/BN pula, markas mereka semakin kekurangan sokongan & jentera.

Sebelah malamnya DSAI berceramah di Jalan Baru & dalam hujan lebat itu, berpuluh ribu rakyat serata Pulau Pinang & juga Pelancong Politik memenuhi ruang yang ada di lokasi ceramah untuk mendengar amanat terakhir DSAI sebelum hari pembuangan undi.

Aku sempat menghubungi rakan yang menyusup ke lokasi ceramah Najib sebelumnya & info mengatakan ceramah Najib hanya disertai oleh lebih kurang 100 orang "rakyat" berjaket Barisan Nasional.

Terima Kasih Ustaz Ramlang & Kredit Pada Pakatan Rakyat.

Sebetulnya keseluruhan sahabat-sahabat, penyokong-penyokong & ahli Pakatan Rakyat WAJIB mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ramlang Porigi kerana dia inilah yang telah menyelamatkan keadaan yang tergantung di P-044.

Kemunculan Ustaz Ramlang dipentas bersama TGNA juga adalah sebagai BONUS kepada Pakatan Rakyat.kewibawaan TGNA telah membuatkan kemunculan Ustaz Ramlang disisinya dilihat sebagai "killer" dalam kempen P-044.terima kasih pada TGNA kerana sudi menumpangkan Ustaz Ramlang seketika untuk menyelamatkan keadaan.

Impak dari pengakuan Ustaz Ramlang telah mengakibatkan UMNO/BN lumpuh sama sekali di Permatang Pauh & hasilnya Pakatan Rakyat meraih kemenangan yang besar dalam P-044.

Mohon Maaf Dari Topeng_Perak.

Kesempatan ini saya ambil untuk memohon maaf yang tak terhingga dari hujung rambut, hingga kehujung kaki kepada Ustaz Ramlang, ahli keluarga Ustaz Ramlang, kenalan-kenalannya & pembaca semua kerana saya telah mendedahkan id Ustaz Ramlang & sedikit sebanyak dari kerja saya telah membuatkan Ustaz Ramlang bukan sahaja ditohmah malah dicaci oleh beribu-ribu individu didalam talifon bimbitnya(no hp tu bukan kerja aku).

Saya jelas juga perkara kenapa perkara mohon maaf ini "lewat" beberapa hari walaupun ada beberapa individu mendesak saya memohon maaf pada kadar "segera".

Sengaja saya "lewat"kan mohon maaf ini supaya pembaca semua faham apa yang saya lakukan & apa strategi saya sebenarnya bila saya mendedahkan id Ustaz seperti yang saya maklumkan diatas.

Untuk Makluman Pembaca.

Untuk makluman pembaca juga, sebelum ini saya telah memohon maaf kepada Ustaz Ramlang di [sini](terpaksa tumpang blog rakan sebab masa di P-044 saya kekurangan) & juga dalam blog saya telah saya jelaskan secara ringkas mengenai Ustaz Ramlang di [sini] sebaik dapat maklumat Ustaz Ramlang berada di P-044.

Sebelum artikel ini ditaip & dipos juga saya telah menghubungi Ustaz Ramlang secara peribadi, Ustaz Ramlang telah memaafkan saya & artikel ini ditaip sebagai janji saya kepada Ustaz Ramlang walaupun Ustaz Ramlang tidak mengajukan saya supaya berbuat demikian(mohon maaf secara terbuka).

Diharap perkara ini(apa yang saya lakukan)jelas kepada para pembaca & andainya perbuatan saya tidak dapat dimaafkan oleh anda, itu hak anda & balasannya tetap akan saya terima dihari pengadilan kelak & akan saya terima akibatnya sepertimana yang tertulis.

KAMI ORANG-ORANG BIASA

Reactions: 
Begini ceritanya:

Ketika itu piliharaya kecil di Lunas, ini lama dahulu. Saya ke sana untuk membantu kawan seorang wartawan BBC membuat laporan terus menerus – Lunas/London. Di Lunas kami bertemu.

Dia baru sahaja meninggalkan sekolah. Saya tidak tahu latar belakangnya. Tapi pastilah dari keluarga yang bukan berada. Ketika itu saya masih tidak memiliki talipon tangan. Jadi hilang bagitu sahaja pertemuan kami di Lunas.

Kemudian apabila saya memiliki talipon tangan - kami berhubung. Saya diberitahu yang dia kini sedang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang di Pulau Pinang. Jauh juga perjalanan anak muda ini dari Kuala Muda ke Pulau Pinang.

Dia selalu meghantar nota-nota kecil tentang berita-berita ceramah di Kedah atau sebelah Utara. Kebelakangan ini di akhir nota pasti akan tertulis Takbir! Dari nota ini saya amat yakin yang kenalan saya ini telah menjadi ahli sebuah parti politik.

Dua tahun dahulu saya ke Kepala Batas untuk membuat sebuah dokumentri. Kami berjumpa lagi. Tetapi saya perhatikan dia agak kurang selesa dengan susuk dan siswa-siswa di sekeliling saya. Akhirnya kami putus hubungan kerana namanya perlu di keluarkan dari talipon cap ayam saya yang hanya sanggup menerima 100 nama.

Berapa bulan yang lalu dia menghantar nota kembali. Awalnya saya bertanya – ini siapa? Dia mengenalkan diri lagi. Saya amat segan kerana namanya telah ‘terdelete’. Selalunya orang akan memberi alasan yang taliponnya hilang, di curi, kad sim masuk air dan dan dan. Saya hanya nyatakan yang namanya tidak tersenarai lagi tapi di tulis dalm buku talipon. Ini jawapan jujur.

Semenjak dari itu saya selalu mendapat berita tentang ceramah-ceramah besar di Kedah dan sekitar. Anak muda ini cukup aktif datang mendengar ceramah. Rasa saya dia memiliki motorsikal untuk senang begerak.

Ketika PROTES di Kelana Jaya dahulu anak muda ini datang dengan bas rombongan. Dia datang ke gigi pentas tetapi kami tidak sempat berbual kerana saya sibuk dengan itu dan ini. Saya juga tidak tahu dimana dia menginap pada malam itu.

Apabila pilihanraya kecil P44 di umum dia menghantar nota bertanya khabar. Lalu kami berjanji akan berjumpa di Permatang Pauh. Bayangkan betapa susahnya untuk bertemu dengan kawan lama di Permatang Pauh. Saya ternanti-nanti tapi tidak ada berita darinya lagi. Saya tidak pula tahu dia berada di kawasan mana di Permatang Pauh.

Tiga hari kemudian dia menghantar nota kembali. Kami berjanji untuk bertemu di sebelah Masjid Kubang Semang sesudah saya mendengar ucapan Imam Romlang. Lewat malam, ketika dia sampai dengan kawanya , saya sedang berlabon santai dengan kumpulan anak-anak muda Pemantau dari KL.

Nasib baik kami mendapat meja dan kerusi. Lalu kami bersembang. Dia tidak menghubungi saya tiga hari dulu kerana kreditnya sudah habis. Baru saya sedar kenapa kami terputus hubungan.

Kemudian saya bertanya apakah dia di Ipoh minggu lalu. Tidak. Dia hanya ahli biasa sahaja. Bila saya tanya pandangan tentang Hadi hendak jadi PM , dia pun tidak tahu. Dia bukan ‘orang penting’ katanya. Dia hanya penyokong biasa.

Sekarang dia menggangur setelah bengkel bapa saudaranya jatuh muflis. Kawan sebayanya masih bernasib baik – dia memburuh sebagi kuli kontrek. Mereka tidak seperti saya menghisap rokok dari kotak. Mereka berdua berkongsi tembakau dan daun nipah. Saya juga tidak tahu sama ada motosikalnya ada cukai jalan atau tidak. Apa yang saya tahu dia hanya memasukan 10 ringgit tambahan untuk talipon agar dia dapat menghubungi saya.

Nah! Kenalan saya ini adalah orang-orang yang setia dengan perjuangan Reformasi. Mereka menaruh harapan kepada Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan. Mereka tidak ambil kira sangat PKR atau PAS atau DAP. Mereka tidak ada pangkat atau kedudukan dalam parti. Mereka tidak ingin jadi ketua bahagian atau YB.

Mereka tidak pernah bermimpi untuk mendapat ‘pink form’ atau untuk mendapat kontrek untuk membuat lebuh raya. Apa yang pentng ialah satu perubahan berlaku dengan harapan hidup mereka akan lebih selesa.

Sebelum kami beredar kami berjanji untuk jumpa kembali. Tidak tahu dimana. Hanya berjanji. Kemudian saya tanya dia tentang intenet. ‘ Dulu ada – sekarang tak pernah tengok lagi..’

Inilah Cerita ‘dia’ saya tulis ini. Dia sendiri pun tidak akan tahu kerana kami ini hanya orang-orang biasa.

-Tukar Tiub

Anwar angkat sumpah MP baru, BN Sabah Sarawak ikrar taat setia PM

Reactions: 

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Ketika pembangkang meraikan kehadiran semula bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh buat penggal kelima di Dewan Rakyat pagi semalam, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak pula mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN.



Majoriti ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan lompat parti sebagaimana yang diuar-uarkan pembangkang sejak keputusan pilihan raya kecil diumumkan Selasa lalu.



Meskipun spekulasi itu dinafikan oleh beberapa pemimpin Sabah dan Sarawak dari semasa ke semasa itu muncul semula semalam.



Di sebalik upacara angkat sumpah Anwar sebgai anggota Dewan Rakyat muncul spekulasi bahawa 40 hingga 50 Ahli Parlimen BN akan melompat parti dalam waktu terdekat.



Satu surat yang mengandungi tandatangan semua Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sebagai tanda sokongan mereka.



Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dipetik Bernama berkata, kenyataan yang dibuat pembangkang mengenai perkara itu merupakan suatu rekaan dan pembohongan semata-mata.



"Sokongan anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan BN dan kita akan sentiasa bersama BN walaupun ada cerita di luar sana bahawa kononnya ada ura-ura anggota Parlimen dari kedua-dua negeri nak melompat (parti)," katanya yang mewakili anggota Parlimen kedua-dua negeri itu pada sidang media di lobi Parlimen di sini.



Kira-kira 20 anggota Parlimen Sabah dan Sarawak hadir pada sidang media itu bagi menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Douglas Unggah Embas dan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.



Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata pendirian tidak akan berlaku lompat parti itu turut dinyatakan dua anggota Parlimen BN dari Sabah iaitu Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) yang sebelum ini didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.



"Saya telah bercakap dengan Eric Majimbun dan Chua Soon Bui pagi ini (semalam), saya berjumpa mereka dan mereka memberi jaminan kepada saya bahawa mereka masih kekal bersama BN," kata beliau.



"Pendirian kami sangat jelas jadi saya harap tiada spekulasi, jangan dengar spekulasi yang dibuat (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa di luar (parti)," katanya.



Semalam, Anwar selepas mengangkat sumpah berkata, rancangan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru dengan mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 30 anggota Dewan Rakyat dari BN menjelang 16 September masih kekal.



"Perdana Menteri telah kehilangan mandat negara," kata Anwar sambil menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan "kesemua kroni mereka" harus dikeluarkan.



Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua tidak mengulas lanjut melainkan berkata, "kami akan mengumumkan bila tiba masanya."


Kini BN mempunyai 140 anggota di Dewan Rakyat manakala pembangkang di bawah perikatan tidak formal Pakatan Rakyat mempunyai 82 anggota.



Pakatan Rakyat memerlukan 30 lagi anggota untuk menubuhkan kerajaan.



Ketika kempen, Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah pun memiliki 84 wakil rakyat dengan dua kerusi 'tambahan' merujuk kepada sama ada anggota sebuah parti dari Semenanjung atau Sabah.



-mSTAR Online

Syed Hamid tells why Malaysia Today was blocked

Reactions: 

KUALA LUMPUR: The controversial Malaysia Today news portal was blocked by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) because its editor ignored many warning letters, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said.



“When they publish things that are libellous, slanderous or defamatory, it is natural for the SKMM to act against these websites whenever necessary,” he told a a press conference at Parliament lobby yesterday.



Syed Hamid said SKMM was only exercising its powers.



“We do not intend to curtail people’s freedom or right to express themselves. Everyone is subjected to the law, even websites and blogs,” he added.



On Wednesday, Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin lashed out against the blocking of the online portal, saying it was a breach of the Multimedia Super Corridor (MSC) charter.



Under the MSC Malaysia 10-Point Bill of Guarantees, the Government promised to “ensure no Internet censorship”.



It was reported that all 21 Internet Service Providers (ISPs) in the country had been ordered by SKMM to block the controversial website.



The notices were sent out on Tuesday in accordance with Section 263 of the Communications and Multimedia Act.



Datuk Joseph Salang Gandum, the Deputy Minister of Energy, Water and Communications, said he was not aware that SKMM had ordered ISPs to block the website.



“I do not read Malaysia Today. Media practitioners must be sensitive to culture and religion,” he said.



Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek declined comment as it was not under his jurisdiction.



SKMM chief operating officer Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, who is overseas, declined to elaborate, saying a press conference would be held to explain why such action was taken.



It is understood that this is not the first time SKMM has ordered a website to be blocked.



Malaysia Today remains accessible through its mirror website.



-the star online

Isteri Pemimpin Jadi Contoh Lahirkan Masyarakat Prihatin Dan Penyayang - Jeanne

Reactions: 
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Isteri pemimpin harus menjadi contoh yang baik dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia sebagai prihatin dan penyayang, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

"Pada hari suami kita dilantik menjadi wakil rakyat, secara automatik kita sebagai isteri perlu melaksanakan peranan sebagai ibu di kawasan suami masing-masing.

"Ini bermakna sebagai isteri wakil rakyat, kita mesti mendampingi masyarakat setempat agar kita disenangi dan diterima oleh mereka," katanya pada Majlis Penutup Kursus Peningkatan Ilmu Dan Keterampilan Diri Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini hari Khamis.

Jeanne berkata seseorang wakil rakyat dan isterinya boleh dianggap berjaya sekiranya masyarakat di kawasan masing-masing berada dalam keadaan gembira, aman dan harmoni.

"Sebagai isteri pemimpin yang rapat dengan masyarakat, saya ingin menyeru kepada semua Ahli Bakti agar lebih kerap menjenguk kawasan masing-masing terutama kepada masyarakat yang memerlukan perhatian dan pembelaan kita," katanya.

Jeanne berkata anggota Bakti merupakan satu keluarga yang besar dan beliau berharap sebagai satu keluarga, perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah penting dan juga berharap anggota Bakti dapat bekerja dengan penuh semangat dan sepasukan.

"Bagi ahli lama, berilah tunjuk ajar dan berkongsilah pengalaman anda sebagai isteri wakil rakyat yang senior dengan ahli-ahli baru...saya percaya banyak perkara menarik yang boleh kita pelajari dari ahli lama serta boleh dijadikan panduan," katanya.

Menurutnya dengan modul yang telah disediakan, ahli-ahli Bakti kini memahami struktur dan pentadbiran kerajaan, dasar-dasar negara serta cabaran sosial.

Kursus itu telah diadakan khas untuk ahli-ahli Bakti terutamanya ahli baru dan merupakan antara program penting Bakti.

Kursus lapan hari itu dijalankan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN) dan dihadiri 21 peserta yang terdiri daripada isteri menteri dan timbalan menteri.

Somebody to leave...

Reactions: 
Balik dari penang dengar cerita best tapi tak masuk akal.

Ada kawan tanya hal sorang menteri - ada nampak tak menteri sekian-sekian ni dengan bini jelitawang dia muncul kat mana-mana sejak akhir-akhir ni?

Aku teringat...betoi jugak...lama dah tak nampak laki bini ni muncul sekali atas pentas.yang aku dok perati semenjak 2 menjak ni, laki dia je yang dok berkokok sana sini semenjak akhir-akhir ni...

Awat jadik macam tu? depa gaduh ka?

Entah...kawan tu cakap dia dengar ada bos besar bagi arahan dekat menteri ni, kalau hang nak pi jauh, hang kene tinggal bini hang sebab dia banyak buat kecoh...

Pergh...maut sungguh arahan tu...betul ke tak betul kita tak tau...aku nak perati dulu...kalau banyak kebetulan, ta mustahil khabar tu betul...

Jom betulkan keadaan.

Kerajaan Mahu Tingkatkan Kualiti Hidup Semua Kaum - Najib

Reactions: 
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan memberi maklum balas positif terhadap kebimbangan yang diluahkan oleh rakyat termasuk masyarakat kaum India di negara ini.

"Adalah penting untuk menangani isu-isu secara khusus yang dihadapi oleh setiap lapisan masyarakat termasuk penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kebajikan kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan malam tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini Khamis malam.

Najib, yang merupakan pengerusi jawatankuasa itu, berkata mereka telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang yang dikuasai oleh kaum India termasuk membuka semula pengeluaran lesen perniagaan barang-barang lusuh (besi buruk).

"Penggantungan pengeluaran lesen itu bagi tujuan menyiasat kecurian besi telah menjejaskan ramai peniaga kaum India," katanya.

Menyentuh mengenai soal sekolah Tamil, Najib, berkata Kementerian Pelajaran telah menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi mengkaji sekolah yang layak mendapat bantuan penuh kerajaan.

Di samping itu, katanya, kerajaan bercadang melatih 3,000 belia India menjadi usahawan dalam bidang gunting rambut dan industri makanan. Najib juga mengumumkan penubuhan Kumpulan Persemukaan Perniagaan dan Ekonomi yang dipengerusikan oleh presiden MAICCI Datuk K.K.Eswaran bagi meyalurkan pandangan masyarakat India berhubung kepentingan komersil dan perniagaan mereka kepada Kabinet.

Najib kemudian menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MAICCI dan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kedai Gunting Rambut India Malaysia bagi melatih golongan belia menceburi bidang itu.

Tahanan ISA Juga Perlu Diambil Sampel DNA

Reactions: 
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga tidak terkecuali daripada diambil sampel Asid Deosirinobukleik (DNA) walaupun akta berkenaan tidak termasuk dalam kesalahan jenayah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata ia kerana kesalahan di bawah ISA masih kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Jadi tindakan untuk mengambil sampel DNA bagi tahanan ISA adalah penting bagi tujuan rekod dan boleh digunakan pada masa hadapan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Akta Identifikasi DNA 2008 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jawapan beliau itu adalah reaksi terhadap soalan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mempersoalkan mengapa tahanan ISA perlu diambil sampel DNA sedangkan mereka tidak akan dibicarakan di mahkamah.

Mahfuz juga melahirkan kebimbangannya berhubung pengambilan sampel tersebut yang dikatakan boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu dan melanggar hak asasi manusia.

Berhubung isu manipulasi pula, Syed Hamid berkata semua pihak tidak perlu khuatir kerana hujah atau keterangan di mahkamah tidak bergantung semata-mata kepada data yang dikeluarkan oleh Bank DNA.

"Kita boleh bawa hujah atau keterangan lain untuk menunjukkan ada kesilapan dan kita tidak perlu takut bahawa ia satu keterangan yang muktamad, semuanya terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya.

Sementara itu berhubung isu hak asasi manusia, Syed Hamid berkata walaupun Artikel 5 (1) memperuntukkan hak seseorang untuk membuat keputusan berhubung tubuh badannya termasuk pengambilan sampel, artikel tersebut tidak bersifat mutlak.

Beliau berkata ia adalah kerana artikel berkenaan masih tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di Malaysia yang selari dengan undang-undang hak asasi antarabangsa.

Nasihat Penjenayah Kepada Anwar

Reactions: 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil Selasa lepas, dapat sama-sama menyumbang kepada amalan demokrasi di negara ini.

"Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Anwar, 61, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.

Beliau turut dilantik sebagai ketua pembangkang.

Najib juga berkata satu post mortem mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh akan dijalankan tidak lama lagi.

"Kita akan kaji dengan mendalam sikap pengundi di Permatang Pauh," katanya. Ketika ditanya sama ada penampilan semula Anwar dalam arena politik negara akan menjejaskan pemilihan Umno pada Disember ini, Najib berkata: "Tak ada kena mengena dengan pemilihan Umno."

-mSTAR Online

Hari pertama di Parlimen Anwar sudah tunjuk taring

Reactions: 
KUALA LUMPUR: Beliau baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pagi ini, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menunjukkan taringnya dalam Dewan Rakyat ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.

Anwar, yang juga baru dilantik sebagai Ketua Pembangkang, bangun selepas Datuk

Tajuddin Abdul Rahman (BNPasir Salak) mencelah perbahasan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) untuk bertanya sama ada Majlis Peguam masih merupakan badan yang 'mempunyai kredibiliti' untuk memberikan pandangan mereka berhubung rang undang-undang itu selepas pelbagai kontroversi berhubung badan peguam itu.

Mempertahankan pandangan Dr. Siti Mariah bahawa pendapat badan peguam itu perlu dirujuk dalam merangka rang undang-undang itu, Anwar sebaliknya secara sinis bertanya anggota dewan itu tidakkah kerajaan yang korup lebih rendah kredibilitinya berbanding badan peguam itu.

"Ini, kerajaan yang membentangkan rang undang-undang ini Isnin lepas tanpa memberi peluang kepada anggota Parlimen, termasuk rakan-rakan di sebelah sana (BN) untuk mengkajinya, dan membentangkannya dengan tergesa-gesa.

"Rang undang-undang ini dipersetujui oleh orang politik yang rakus tapi dibantah semua pakar, badan bukan kerajaan, bukan sahaja Majlis Peguam tetapi juga badan-badan hak asasi manusia... ternyata kerajaan dan Kabinet hari ini takut benar dengan suara rakyat," kata beliau dipetik Bernama.

Rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan sejak Selasa lepas mendapat tentangan daripada anggota Parlimen pembangkang yang mempersoalkan mengapa ia dibentangkan secara tergesa-gesa selain dakwaan bahawa pembentangan rang undang-undang itu mempunyai motif politik dan berhubung kait dengan kes liwat yang dihadapi Anwar.

Kata-kata Anwar itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen lain termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) turut bangun untuk mencelah, sehingga tercetus perang mulut antara Lim dan Tajuddin berhubung isu itu.

Bagi meredakan keadaan itu, Dr. Siti Mariah mengambil jalan tengah dengan menyatakan bersetuju dengan pendapat semua pihak, termasuk Tajuddin sendiri.

Dalam pada itu, kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari Dewan Rakyat kira-kira pukul 5.43 petang apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar enggan menurut desakan mereka supaya Rang Undang-undang Identifikasi DNA dibawa ke Jawatankuasa Pilihan untuk dikaji.

Azmin Ali (PKR-Gombak) pada mulanya bangun meminta Syed Hamid menyatakan pendiriannya sama ada rang undang-undang tersebut dibawa ke Jawatankuasa Pilihan.

Syed Hamid bagaimanapun mengambil keputusan tidak mahu menjawabnya dan hal itu turut disokong Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan seorang menteri berhak untuk tidak menjawab soalan.

Wan Junaidi seterusnya mengemukakan masalah untuk membuat undi belah bahagi bagi membawa rang undang-undang tersebut ke peringkat jawatankuasa dengan mengambil kira segala pandangan yang telah dikemukakan ahli-ahli Parlimen sepanjang tiga hari sesi perbahasan rang undang-undang itu berlangsung.

Hal itu menimbulkan kekecohan selama kira-kira 15 minit yang menyaksikan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Azmin kemudiannya mengajak semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan tindakan mereka didahului oleh Anwar sambil disorak oleh ahli-ahli Parlimen BN.

Sejak rang undang-undang tersebut dibacakan kali kedua untuk dibahaskan Selasa lalu, kebanyakan ahli Parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat meminta rang undang-undang tersebut dikaji semula kerana didapati mempunyai banyak kelemahan yang didakwa mereka akibat dibuat secara tergesa-gesa.

Ia akan dibawa untuk bacaan kali ketiga esok selepas pembentangkan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri.



-mSTAR Online

Diari P-044: Hari Penamaan Calon

Reactions: 
Saje aku ulang tayang balik diari aku ke Permatang Pauh...kenangan paling best pernah aku dapat selama berada dalam Pakatan Rakyat.

7:40am - Kereta dah mula bersusun-susun masa aku sampai.







7:44am -
Lebuhraya BKE dah mula sesak.satu petanda baik buat Pakatan Rakyat.




7:46am -
Sokongan dari rakan-rakan Pakatan Rakyat amat membanggakan tapi kenapa puaka-puaka UMNO/BN asyik dok cucuk kunun Pakatan Rakyat "rapuh"...depa nak kene benam agaknya...

7:48am - Lebih kurang 3km dari pusat penamaan calon traffic dah mula sesak...parking tepi jalan & jalan kaki ke pusat is the best things to do.let's go...







7:55am - Depa ni rupanya dari semalam dah sampai sini siap solat jemaah kat sini lagi...semangat betol...
7:56am - Sah sah media perdana cakap 5 ribu je penyokong Pakatan Rakyat.

8:12am - Hui...garang amat brader gaban nih...pagi tadi tak sarapan ke?senyum la sikit lainkali bro...cakap - Mesra Rakyat...appara..!





8:19am - Hallo...berat ni tuan...orang kita ciput je...orang depa ramai...bunyi heli pun tenggelam sekali depa sorak, ha'a...mintak tolong hantar speaker lebih...tak ramai pun tak pe lah...kita lawan kuat dah la...bagi speaker paling besar ya..!









8:24 am - Warming up.standby kot-kot jadik apa-apa...aku pulak standby nak ambik gambar je kalau depa naik angin..!

8:41am - Karpal Singh tiba memberikan sokongan moral.









8:58am - Ni orang kuat Pakatan Rakyat.korang pergi la mana-mana progran Pakatan Rakyat, sure boleh jumpa dia ni.












9:04am - Aku tak kenal sape dia ni tapi aku yakin hari ni merupakan hari paling ngeri buat dia...sepanjang perjalanan ke pusat pencalonan terpaksa menahan sindiran daro geng-geng Pakatan Rakyat.

9:18am - Puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat memenuhi padang I.P.Tengku Bainun.aku ingat nak selit masuk, tapi......4get it...korang tengok & korang tau kenapa.




10:13am - gambar kenangan bersandar beramai-ramai di trak FRU.selalu kami kene kejar dekat menatang besi merah ni tapi kali ni berpeluang bersandar-sandar & berteduh kat bawah perut besi merah ni...depa tak kejar kami kali ni...cool..!

10:19am - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berangkat ke Muktamar PAS Ipoh dari pusat pencalonan.sebelum itu TGNA tiba dipusat pencalonan seawal jam 8:59am.

10:22am - Hishamudin Rais pun turut serta datang menyatakan sokongan.








12:02pm - Para penyokong Pakatan Rakyat yang beransur keluar dari pusat penamaan calon dibasahi hujan lebat yang turun sebaik selesai pengesahan pencalonan.



12:03pm - DSAI berarak keluar dari pusat penamaan calon dalam hujan lebat diiringi oleh para penyokong yang datang dari serata pelusuk tanahair.

TP - Klik [ sini ] untuk lebih banyak gambar sekitar hari pencalonan P-044.