Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 02, 2008

Al-Fatihah: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Meninggal Dunia

Reactions: 
JOHOR BAHARU, 2 Okt (Bernama) -- Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukti Aman SAC (I) Datuk Jamaludin Khalid meninggal dunia hari ini di Kluang, Johor yang dipercayai akibat sakit jantung.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, Jamaludin, 54 pengsan di rumah mertuanya di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, Kluang dan kemudian dihantar ke Hospital Kluang.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia kira-kira 6 petang di hospital itu.

Jenazah beliau dihantar ke rumahnya di Kampung Melayu, Subang, Selangor, katanya ketika dihubungi.

Allahyarham berada di Kluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan mertuanya.

Tengku Muda Pahang Sertai Sambutan Raya Di Jordan

Reactions: 
AMMAN, 2 Okt (Bernama) -- Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Malaysia di Jordan bertambah meriah dengan kehadiran Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang sedang melakukan lawatan rasmi ke negara ini.

Baginda menyertai sambutan hari raya pertama pada hari Selasa di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Hasnudin Hamzah yang turut dihadiri warga Malaysia serta tetamu tempatan.

Semalam, baginda menghadiri sambutan hari raya kedua yang diadakan di pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Jordan yang dihadiri Hasnudin dan lebih 500 pelajar Malaysia yang datang dari seluruh negara ini.

Pengarah MSD Jordan, Sulaiman Ismail berkata Tengku Abdul Rahman menasihati para pelajar berkenaan agar mengambil kesempatan untuk menguasai bahasa Arab di samping memberikan keutamaan kecemerlangan akademik.

"Mereka disaran agar mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah (soft skills) untuk menjadi para mahasiswa berketrampilan, holistik dan terkehadapan sebagai persediaan memasuki pasaran kerjaya kelak," kata Sulaiman kepada

Baginda turut menasihati mereka agar membina jaringan hubungan dengan rakan tempatan dan asing bagi memudahkan mereka membina hubungan perniagaan dan pendidikan setelah kembali ke Malaysia, katanya.

"Dalam majlis berkenaan baginda turut berkenan untuk memberikan sumbangan kewangan kepada Badan kebajikan Pahang Jordan bagi membiayai program dan aktiviti tahunannya," kata Sulaiman.

Penggemar 'Nasi Ganja' Kini Boleh Lepaskan 'Ketagihan' Dalam Suasana Lebih Selesa

Reactions: 
IPOH, 2 Okt (Bernama) -- Penggemar 'nasi ganja' yang berkunjung ke bandar raya ini kini boleh melepaskan 'ketagihan' mereka dalam suasana yang lebih selesa dengan pembukaan sebuah restoran baru di Pusat Perniagaan Greentown di sini baru-baru ini.

Restoran Nasi Vangge merupakan cawangan pertama gerai Nasi Kandar Ayam Merah yang telah beroperasi di Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom di sini sejak tahun 1956 lagi.

Gerai tersebut bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular dalam kalangan penggemar nasi kandar.

Pengarah Urusan Restoran Nasi Vangge Sdn Bhd Saiful Sidik Abdullah berkata restoran baru itu dibuka 24 jam dan mampu menyediakan 250 tempat duduk kepada pelanggan pada satu-satu masa selain menyediakan pilihan lebih 200 jenis masakan.

Selain mengekalkan masakan ayam merah atau ayam Madras yang membuatkan seseorang itu `ketagih' dengan kesedapannya, restoran itu kini turut menyediakan menu masakan Thai, makanan barat, tandoori dan sup serta lebih 50 jenis minuman.

Ditanya apakah ramuan yang membuatkan 'nasi ganja' begitu popular dan boleh bertahan terlalu lama, Saiful Sidik berkata antara sebab utamanya ialah masakan itu mengekalkan ketulenan dan keaslian rempah masakan yang disediakan.

Katanya masakan ayam merah atau ayam Madras mengambil masa lapan jam untuk disediakan sebelum disimpan khusus untuk mendapat rasa yang sejati.

Selain itu, katanya, pihaknya juga mendapat pembekal khusus dari beberapa bandar di India dan Madras (Chennai) untuk membekalkan ramuan yang sungguh istimewa itu.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.

Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Nasi Vangge boleh menghubungi nombor telefon 05-254 6786 atau Saiful Sidik di 016-529 3233.

Raja Petra masih 'bersemangat' dengan sokongan penyokong - Marina

Reactions: 

PETALING JAYA: Marina Lee Abdullah yang menemui suaminya, Raja Petra Raja Kamarudin buat hari kedua pagi ini di Kem Tahanan Kamunting menyifatkan pengendali blog Malaysia Today itu masih bersemangat meskipun semakin berat badannya susut.



"Dia sudah kurus sekarang, memang jelas... saya tidak pasti, tidak tahu berapa kilogram berat badannya sudah susut," kata beliau ketika dihubungi.



Kata Marina, dia bersemangat apabila dimaklumkan bahawa kira-kira 250 penyokongnya berkumpul di luar pusat tahanan itu pagi ini sambil menyanyikan lagu dan mengucapkan Selamat Aidilfitri.



Seperti semalam, Marina menemui Raja Petra yang ditahan di pusat itu sejak 23 September lalu, pagi ini.



Lawatan susulan dijadulkan Sabtu ini.



Semalam Marina berkata, Raja Petra berada dalam keadaan "normal".



Pertemuan berlangsung kira-kira 45 minit.



Marina menambah, seperti semalam mereka hanya berpeluang berbual-bual di bilik kecil, bukannya di halaman pusat tahanan tersebut.



"Kami hanya jumpa di bilik kecil seperti semalam," katanya.



Kelmarin, Raja Petra memfailkan habeas corpus buat kali kedua di Mahkamah Tinggi Shah Alam.



Marina berkata, habeas corpus kali ini difailkan berhubung penahanan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Seksyen itu membolehkan beliau ditahan di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.



Pada 22 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah menahan Raja Petra mengikut Seksyen 8(1) ISA.



Habeas corpus sebelum itu difailkan mengikut Seksyen 73(1) ISA.



Raja Petra ditahan pada 12 Septemner lepas. Pada hari yang sama Ahli Parlimen DAP Seputeh, Terasa Kok, dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, turut diberkas mengikut ISA tetapi kedua-duanya telah pun dibebaskan.



Marina berkata, Raja Petra masih berharap dan yakin bahawa ISA dimansuhkan dan dibebaskan.



-mSTAR Online

Peralihan kuasa bukan andaian, sudah jelas - Muhyiddin

Reactions: 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menyifatkan pelan peralihan kuasa parti sudah jelas berkata, beliau masih belum membuat keputusan mengenai jawatan yang akan ditandinginya Mac depan.



"Saya pengerusi jawatankuasa perlembagaan. Saya tidak percaya dengan andaian. Apabila ia sudah jelas, maka jelaslah," kata beliau apabila ditanya sama ada peralihan kuasa yang diwar-warkan Mac 2009 hanya satu andaian.



Beliau yang dicalonkan oleh dua bahagian di Wilayah Persekutuan awal minggu ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden berkata:



"Semua ini (mengenai siapa yang akan bertanding bagi apa-apa jawatan) bergantung kepada kata putus muktamad yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."



Oleh itu, Muhyiddin berkata, beliau hanya akan mengumumkan keputusannya selepas Perdana Menteri membuat keputusan.



"Saya perlu melakukannya. ia perlu dibuat cepat, sebelum mesyuarat bahagianbahagian bermula. Sebab itulah saya mahukan isyarat atau keputusan daripada Perdana Menteri," kata beliau apabila ditanya akan jawatan yang beliau akan bertanding.



Abdullah, apabila mengumumkan penundaan Perhimpunan Agung Umno dari Disember 2008 ke Mac 2009, berkata beliau, hanya akan membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya sebelum 9 Oktober.



Mesyuarat bahagian-bahagian akan bermula pada 9 Oktober.



Mengikut rancangan asal Abdullah, yang juga Presiden Umno, sepatutnya menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden Umno pada Jun 2010.



Tetapi tarikh itu telah dibawa ke hadapan.



Mengenai jawatan yang beliau akan bertanding, Muhyiddin berkata, ia bergantung kepada apa yang dianggap sesuai oleh anggota parti bagi beliau.



Ditanya sama ada anggota-anggota parti bertindak wajar dengan mengumumkan calon-calon yang mereka akan sokong, beliau berkata itu adalah hak mereka.



"Itu hak anggota, seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib. Mereka boleh putuskan kepimpinan macam mana yang mereka mahu. Ia tidak bercanggah dengan perlembagaan.



"Bagaimanapun adalah baik jika dapat tunggu pengumuman perdana menteri akan keputusannya. Dari situ, kita akan dapat isyarat sama ada presiden yang ada sekarang akan bertanding dan ini akan menghentikan pelbagai andaian dan ketidaktentuan," katanya.



Mengenai hasrat Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding bagi jawatan Presiden, Muhyiddin berkata, sebagai anggota Umno beliau bebas untuk bertanding bagi mana-mana jawatan tetapi terpulang kepada bilangan pencalonan yang beliau terima.



"Kita sebuah parti demokratik," katanya merujuk kepada Umno.



Muhyiddin juga menjelaskan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan dimaklumkan mengenai perkembangan rancangan peralihan kuasa apabila masanya sesuai.



"Kita sekarang ini mencari jalan bagaimana untuk menguruskan situasi ini dalam Umno.



"Di peringkat ini, ia satu rancangan Umno tetapi jelas BN juga mempunyai kepentingan dalam hal ini dan saya juga rasa seluruh negara ingin tahu mengenai rancangan ini,' katanya.



-mSTAR Online

Tangguh AGM Umno hanya disemak jika 51 peratus bantah

Reactions: 

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, lazimnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno adalah muktamad kerana sesuatu perkara diperhalusi demi kepentingan parti sebelum diputuskan.



"Belum ada rekod keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi dibantah sehingga ia perlu dikaji semula," kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor ketika dihubungi baru-baru ini.



Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keputusan MT minggu lalu yang menangguhkan Perhimpunan Agung Umno dan pemilihan pusat hingga Mac depan boleh dikaji semula ekoran bantahan banyak pihak.



"Sehingga hari ini apa yang saya tahu penerimaannya adalah positif kecuali ada satu atau dua pihak yang masih membantah.



"Itu perkara biasa dalam hidup, mana ada orang yang akan terima sahaja sesuatu keputusan itu... pasti ada yang nak bantah," katanya.



Bagaimanapun katanya, MT akan akur jika bantahan itu datang dari banyak pihak dan suara majoroti mahukan keputusan penagguhan boleh dikaji semula.



"Kita amalkan sistem demokrasi... jika ada 51 peratus yang tak setuju dengan keputusan kita, ia perlulah dikaji semula.



"Suara majoriti itu perlu kita dengar dan ambil perhatian," katanya dengan yakin bahawa keputusan yang telah dibuat disambut baik oleh ahli akar umbi.



-mSTAR Online

Saiful: "Perjuangan belum selesai"

Reactions: 

PETALING JAYA: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan, menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai "perjuangan belum selesai" dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.



"Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.



"Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti," katanya.



Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.



Kali terakhir blognya dihiasai tulisannya ialah 1 Ogos lalu.



Kali ini, dia yang turut menyentuh tentang sambutan 1 Syawal kali ini berkata, "berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah (ibu) kelmarin (Sabtu lalu)."



Katanya, walaupun sudah empat bulan tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik.



"Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.



"Tahun ini genap empat tahun Syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Halina Mohd Alip.



"Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang Syawal. Kuih tart dan kek buah sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t." katanya.



Saiful menambah, tahun ini juga buat pertama kalinya dia tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta.



"Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin," katanya.



Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan bahawa ia mengumumkan pada 7 Oktober ini sama ada membenarkan atau tidak permohonan pendakwaan agar perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Anwar, 60, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.



Jika didapati bersalah, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.



Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.



-mSTAR Online

Raya tak ceria tanpa TV, radio - Shabery Cheek

Reactions: 
KUALA LUMPUR 1 Okt. — Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam Malaysia hari ini bertambah ceria kerana pelbagai program raya yang disalurkan menerusi televisyen dan radio, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata hari raya yang diraikan oleh segenap lapisan masyarakat akan terasa kemeriahannya dan lebih bermakna lagi dengan pengisian program raya yang dirancang oleh stesen-stesen televisyen dan radio negara ini.

“ Apalah hari raya tanpa TV dan radio. Adanya kemudahan ini perayaan akan lebih dirasai... contohnya, apabila berkumandangnya lagu-lagu raya daripada stesen-stesen radio,” katanya ketika melawat konti Bernama Radio24 di sini hari ini.

Beliau juga menasihati masyarakat di negara ini agar mengamalkan sikap berhemah ketika berbelanja.

“Saya menyeru agar masyarakat lebih berjimat cermat dan haruslah bijak berbelanja dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini,” katanya.

Shabery yang diringi Ketua Pengarang Bernama Yong Soo Heong dan pegawai kanan agensi berita itu turut hadir di Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Bernama Radio24 di Wisma Bernama petang tadi.

TP - Mana lagi penting... raya dengan Tivi ke raya dengan Handai Taulan?

Isu roboh kuil: Kerajaan Selangor bincang dengan jawatankuasa kuil

Reactions: 

SHAH ALAM 1 Okt. — Kerajaan Selangor akan berbincang dengan jawatankuasa Kuil Sri Maha Kaliamman di Ampang yang dirobohkan baru-baru ini bagi menentukan lokasi yang lebih sesuai untuk membina semula kuil itu.



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bukan prinsip kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat untuk merobohkan tempat ibadat dengan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri sangat menghormati agama dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di negara ini.



“Kita juga akan beri peringatan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar mereka menjaga selia tempat ibadat dengan lebih tertib dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka kerajaan Selangor di Dataran Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.



Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan kuil terbabit pada 19 Sept lepas yang mengundang bantahan daripada masyarakat India, MIC, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S.Manikavasagam yang mengugut untuk keluar parti jika tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Selangor berhubung isu itu.



Ditanya sama ada beliau akan mengenakan tindakan terhadap kakitangan MPAJ yang merobohkan kuil itu, Abdul Khalid berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungwab melakukannya jika perlu.



“Bagaimanapun saya perlu menyiasat terlebih dahulu. Mungkin mereka ada alasan yang sangat kuat kenapa mereka perlu merobohkan kuil itu tetapi untuk kebaikan semua pihak kita akan mempastikan mereka memberi penjelasan berhubung tindakan mereka itu,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, rakyat Selangor perlu bersedia berhadapan dengan masalah ekonomi dunia berikutan krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat. Katanya, tidak betul untuk mempercayai bahawa masalah ekonomi dunia hanya berpusat kepada Amerika Syarikat sahaja kerana tempiasnya pasti turut dirasai oleh negara ini.



“Saya juga berharap kerajaan Malaysia akan mempastikan bahawa wang simpanan rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan keadaan ekonomi pada masa ini,” katanya.

Agong sertai 5,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara

Reactions: 
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (depan, lapan kanan) ketika menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negara di Kuala Lumpur, hari ini. Kelihatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

KUALA LUMPUR 1 Okt. -
Yang d-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pagi ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 jemaah di Masjid Negara.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menteri Kabinet serta diplomat asing yang beragama Islam.

Umat Islam di seluruh negara meraikan hari raya tahun ini dalam suasana sederhana mengambil kira kos sara hidup yang telah meningkat, ekoran kenaikan harga minyak dunia sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun ini tidak melunturkan keceriaan suasana perayaan dengan majlis-majlis Rumah Terbuka yang mengeratkan lagi silaturahim bukan sahaja di kalangan ummah tetapi juga dalam masyarakat majmuk negara ini.

-Utusan Malaysia Online

GMP kutuk tindakan Hindraf

Reactions: 

IPOH 1 Okt. — Gagasan Melayu Perak (GMP) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota kumpulan Hindraf yang menyerbu dan membuat kacau semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama menteri kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengahari ini.



Presidennya, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, berkata perbuatan kira-kira 1,000 anggota kumpulan itu langsung tidak kena pada tempatnya dan keterlaluan kerana mengganggu majlis rasmi yang dianjurkan pemimpin kanan negara.



Katanya, selain itu, tindakan kumpulan itu yang sering menggunakan kanak-kanak sebagai barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan adalah tindakan pengecut.



“Kumpulan ini telah memberikan pendedahan negatif kepada pembangunan minda kanak-kanak ini yang seolah-olah dijadikan tebusan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.



“Apa yang diperjuangkan kumpulan ini juga adalah tidak kena pada masa dan tempatnya... amat memalukan,” katanya.