Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 18, 2008

Razak Baginda temui wartawan Khamis

Reactions: 
Selepas tiga minggu dibebaskan, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda dijangka akan menyatakan pengalaman 22 bulan berada di dalam penjara pada sidang media pertamanya berhubung pembebasan beliau daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Khamis ini.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh anaknya, Rowena, 21, melalui email kepada mStar Online, hari ini.

Beliau berkata, sidang media tersebut akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

Razak sepatutnya mengadakan sidang media pada 6 November lalu pada masa dan tempat yang sama namun membatalkannya di saat-saat akhir.

Pada hari yang sama, Rowena mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas pembatalan sidang media tersebut.

Dalam kenyataannya itu, Rowena berkata, bapanya sedang menyesuaikan semula kehidupan sebagai seorang yang bebas selepas dipenjarakan hampir dua tahun dan ternyata penyesuaian itu mengambil sedikit masa.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Razak berhubung pembebasannya itu telah dilakukan sejak hari beliau dibebaskan namun beliau enggan berbuat demikian.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan tersebut

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.

Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Azilah dan Sirul Azhar akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari tahun depan.

-mSTAR Online

Penjelasan kumpulan Raihan, Rabani dan Hijaz...

Reactions: 
Tiga kumpulan nasyid terkenal - Raihan, Rabbani dan Hijaz - yang berakar umbi daripada pertubuhan al-Arqam yang diharamkan sepuluh tahun lalu, menjelaskan bahawa "mereka telah bersih sepenuhnya ".

Pengaruh ajaran al-Arqam yang diharamkan seperti Aurad Muhammadiah juga didakwa tidak tersebar dalam dunia hiburan nasyid arus perdana tanah air.

nasyid group album 181108 raihanAnggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim yang pernah terlibat dalam pertubuhan itu berkata, penglibatan mereka dalam al-Arqam sebelum diharamkan pada 1994, lebih bersifat "ikut-ikut saja".

Tidak menafikan wujudnya kekeliruan ketika bergiat di dalam pertubuhan itu, Abu Bakar berkata, mereka ketika itu cuma hendak mengamalkan ajaran Islam seperti tidak meninggalkan solat dan menutup aurat.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua ahli kumpulan mereka pernah menganggotai Arqam, sebaliknya hanya beliau dan Amran Ibrahim sahaja kini merupakan bekas ahli pertubuhan itu.

Dua lagi anggota kumpulan terkenal itu ialah Che Amran Idris dan Zulfadli Mustaza.

Abu Bakar yang juga bekas ahli The Zikr - sebuah kumpulan nasyid 'lagenda', selain Nada Murni yang dipengaruhi Al-Arqam - berkata, sepanjang pemantauan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tiada kumpulan yang dapat dikenalpasi mengikuti ajaran negatif kumpulan itu.

‘Suka hiburan Islam'


Menurutnya, agensi agama itu memantau lirik dan penyampaian kumpulan-kumpulan nasyid yang berasal daripada pertubuhan pimpinan Ashaari Muhammad itu.

Abu Bakar turut menafikan terdapatnya pengaruh ajaran itu di kalangan kumpulan nasyid tidak terkenal yang bergerak secara underground.

"Kebanyakan mereka ini orang muda yang berpelajaran, suka hiburan Islam, lebih kepada pengaruh muzik. Mereka ini sukakan hiburan. Macam kami, memang kami suka menyanyi di samping ingin berdakwah."

The Zikr ditubuhkan awal 90-an dan bergiat lebih lima tahun selepas itu. Ahli-ahlinya kemudian membentuk kumpulan baru Raihan.

Kumpulan ini mendapat sambutan hangat. Album pertama mereka, 'Puji Pujian' terjual lebih dua juta unit di seluruh dunia.

nasyid group album 181108 rabbaniSementara itu, seorang ahli kumpulan Rabbani, Mohd Asri Baidul berkata kumpulannya tidak lagi mengamalkan ajaran-ajaran yang tidak baik pertubuhan itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Asri Ubaidullah berkata, stigma mereka sebagai bekas ahli al-Arqam memang tidak boleh disorok lagi.

‘Proses tapisan'

Rabbani dianggotai sembilan anggota - kesemuanya bekas ahli al-Arqam - pernah bergiat dalam Nada Murni, sebuah kumpulan nasyid terkenal tajaan al-Arqam.

Ia ditubuhkan pada 1987 dan menghasilkan menerbitkan lebih 200 lagu dalam 20 album. Kumpulan ini dibubarkan apabila ahli-ahlinya keluar daripada al-Arqam dan membentuk dua kumpulan baru -- Rabbani dan Hijaz.

Menceritakan pengalamannya dalam al-Arqam, beliau berkata, karya-karya mereka di dalam pertubuhan itu harus mengalami proses tapisan "orang-orang tertentu" dalam majlis kebudayaan al-Arqam sebelum boleh diterbit dan dipersembahkan.

"Kalau karya Ashaari senang saja, kalau kita sendiri yang tulis, mesti ditapis," kata Mohd Asri.

Beliau bagaimanapun mengakui Ashaari memang seorang penulis yang prolifik. Daripada lebih 200 lagu-lagu dendangan Nada Murni, separuh daripadanya, termasuk liriknya, ditulis oleh Ashaari.

Namun, tambahnya, hanya beberapa lagu sahaja yang bersifat propaganda pertubuhan itu seperti 'Bila Abuya Pulang' dan 'Malaysia Indah'.

‘Salah sangka'


nasyid group album 181108 hijjazAnggota Hijjaz, Ismen Nadim Isam pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau tiada lagi pengaruh ajaran al-Arqam dalam kumpulan itu.

Mereka bahkan mengelak merakamkan semula lagu-lagu dan menggunakan lirik Ashaari dalam album-album mereka.

Bagaimanapun, tambah Ismen, pendengar selalu salah menyangka dan mendakwa mereka menyanyikan lagu-lagu Ashaari.

"Itu tidak benar," katanya.

"Terdapat juga (lagu) yang kami buat sendiri."

Kerajaan mengharamkan al-Arqam sepuluh tahun lalu berikutan atas dakwaan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.

Pengikutnya kemudian didakwa masih berpegang dengan ajarannya dan berselinding di sebalik sebuah perniagaan Rufaqa Corporatian yang kemudiannya turut diharamkan.

-malaysiakini

Raihan, Rabani dan Hijaz berakar umbi dari al-Arqam...

Reactions: 
Bukan sahaja bidang perniagaan, bekas-bekas pengikut al-Arqam yang diharamkan sepuluh tahun lalu didakwa turut bergiat dalam bidang seni suara melalui kumpulan-kumpulan nasyid.

Kumpulan-kumpulan terkenal seperti Raihan, Rabbani dan Hijaz didakwa berasal berasal daripada kumpulan nasyid yang didokong al-Arqam seperti Nada Murni dan The Zikr.

nasyid group album 181108 hijjaz rabbani raihanMalaysiakini difahamkan, ahli-ahli kumpulan Nada Murni berpecah membentuk Hijaz dan Rabbani manakala The Zikr pula membentuk Raihan.

Sumber-sumber yang pernah bergiat bersama salah sebuah kumpulan itu memberitahu, Nada Murni dan The Zikr bergerak aktif pada tahun 90-an.

Mereka pada mulanya menyanyikan lagu-lagu ketuhanan semata-mata seperti Asmaul Husna tanpa membawa ideologi al-Arqam dan pemimpinnya Ashaari Muhammad.

Bagaimanapun, ketika Ashaari berada di luar negara bagi mengelakkan ditangkap pihak berkuasa, kumpulan ini mula menyuarakan ideologi mereka dengan menghasilkan lagu-lagu seperti 'Bila Abuya Pulang'.

‘Sajak kematian'

Ashaari digelar sebagai Abuya, panggilan hormat bermaksud "ayahanda" di kalangan pengikut al-Arqam.

Isu al-Arqam timbul kembali apabila bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed kelmarin dilaporkan mendakwa 'Sajak Kematian' diterbitkan syarikat yang diusahakan bekas pengikut kumpulan tersebut.

Zabidi turut mendakwa VCD 15 minit itu yang menjadi kontroversi itu bertujuan menyebarkan propaganda ajaran al-Arqam.

Penerbitnya Mawaddah Publication ketika dihubungi mengakui perkara itu.

Pegawai perhubungan awamnya, Alifi Alias, bagaimanapun berkata: "Al-Arqam sudah mati dan berkubur".

Alifi turut mempersoalkan kewajaran kegiatan mereka menerbitankan video tersebut dipolemikkan sedangkan terdapat juga bekas ahli-ahli al-Arqam lain dibenarkan bergerak dalam bidang lain seperti nasyid.

Bidang perniagaan

Bagaimanapun, berhubung dakwaan itu, sumber-sumber yang dekat dengan ketiga-tiga kumpulan ini mendakwa Raihan, Rabbani dan Hijjaz "telah pun seratus peratus bersih".

Walaupun terdapat bekas ahli al-Arqam yang membentuk Rufaqa Corporation selepas pertubuhan itu diharamkan, cuba menghubungi mereka supaya bergiat kembali, tetapi permohonan itu ditolak.

Rufaqa Corporation yang beroperasi di Rawang turut diharamkan beberapa tahun lalu kerana didakwa mengamalkan ajaran al-Arqam, Aurad Muhammadiah.

Ketiga-tiga kumpulan ini sebaliknya didakwa mahu memfokuskan kepada bidang perniagaan sahaja.

Sumber-sumber berkata, pada mulanya sebagai bekas ahli sebuah pertubuhan yang diharamkan kerajaan, pergerakan mereka pada mulanya "perit".

Dalam album pertama Raihan, 'Puji Pujian' hampir sepuluh tahun lalu, lirik lagu-lagu mereka dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

-malaysiakini

Monolog Najib darihal tawakal

Reactions: 
Najib membuka helaian akhbar sehelai demi sehelai. Bebola mata keranjangnya itu tidak pernah menghalangnya melihat berita-berita baru. Lalu, dia terpandang satu laporan yang menarik. Dia kini sedang bertamrin dan Lebai Lah pula sedang berceramah.

Sarawak Adalah Kunci Kerajaan PKR, Kata Anwar


SIBU, 16 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini.


"Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi.


Beliau berkata pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dari DAP dan diri beliau dan isternya akan terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan anggota Parlimen BN untuk memujuk mereka supaya berpaling tadah menyertai mereka.


Kira-kira 3,000 tetamu hadir pada majlis itu, yang terbesar setakat ini bagi majlis PKR di sini.


Mereka yang hadir termasuk Naib Presiden PKR Datuk Seri Dr Jeffery Kitinggan, Ketua DAP Sarawak Wong Ho Leng, bekas anggota Parlimen Sri Aman Jimmy Donald, dan Baginda Minda, bekas ketua publisiti Parti Rakyat Sarawak cawangan Balleh, yang mencetuskan isu dengan kenyataannya mendakwa parti BN negeri yang dominan, Pesaka Bumiputera Bersatu, suka membuli.


Pada majlis itu, Anwar menerima borang permohonan keanggotaan daripada Gabriel Adit Demong, seorang daripada dua anggota Dewan Undangan Negeri Bebas dan daripada 11,752 individu dari seluruh negeri.


Anwar berkata rakyat Sarawak kini sudah bersedia bagi perubahan, menyatakan Adit telah menawarkan diri untuk mengetuai kempen menarik keanggotaan bagi Pakatan Rakyat.


"Jangan terkejut jika apa yang berlaku di lima negeri di Semenanjung dalam pilihan raya umum Mac lepas akan berlaku di sini," katanya dan menurutnya Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.


Beliau juga mendakwa beberapa orang dari negeri itu telah datang berjumpa beliau menyatakan minat untuk menyertai PKR.


Sementara itu, Adit berkata banyak anggota BN sedang "menunggu masa" untuk menyertainya dan keputusannya untuk menyertai PKR " adalah yang pertama daripada banyak ansuran" dalam beberapa bulan akan datang."


Apa-apa pun, pujukan ini akan terus berlaku. Berjaya atau tidak, hal itu terserah kepada Tuhan. Sampailah satu keadaan, Najib tak berani mahu bercakap lebih-lebih, mendahului Tuhan, biarkan ia berlalu mengikut ketentuannya.

Apa yang penting kini, dunia yang kita huni sekarang ini kini sedang bergerak perlahan menuju perubahan. Kemenangan Obama itu antara tsunami di peringkat dunia. Beberapa pimpinan dunia telah jatuh dan tumbang.

Tahun 2012 titik permulaan?

Najib bermonolog sendirian. Musharraf di Pakistan telah tumbang, demikian yang terjadi di Thai mutakhir ini. Ramai peramal menyebutkan angka tahun 2012 adalah seperti titik awal, menuju ke arah gelombang perubahan itu.

Tetapi, mengambil sikap tunggu dan melihat bukan sikap pejuang. Seorang pejuang itu akan selalu bergerak, berusaha dan dinamik dalam melakukan perubahan. Selain itu, elok juga dikaji kisah lepas, guna mencari kekuatan baru pada masa hadapan.

Adapun kejayaan pada 8 Mac itu ia sebenarnya berikutan daripada keputusan rakyat yang tiada apa-apa kepentingan. Sebab itulah, Pakatan Rakyat menang dengan izin Tuhan.

Gelombang tsunami kedua berlaku di Permatang Pauh. Mereka juga adalah manusia yang tiada kepentingan. Rakyat menang kali kedua. Hal ini terjadi sekali lagi kerana perang itu disertai oleh rakyat biasa yang tiada kepentingan juga.

Tiba-tiba gelombang ketiga tidak terjadi. Badai 16 September kemudiannya surut, tenang serta tidak membuahkan apa-apa hasilnya. Ini kerana, yang berperang itu berdasar kepada perhatian Najib, adalah kalangan elit BN yang perlu berjihad, berperang dengan perasaan mereka sendiri. Demikian Najib bermonolog sendirian.

Mereka adalah 30 orang MP BN yang ada kepentingan politik! Kalau mereka ini pergi ke seberang, mungkin ada bahaya. Siapakah yang akan menjaga harta kekayaan mereka ini, kalau mereka tumbang? Dan, mungkinkah akan ada pertimbangan lain juga?

Tinjauan kacamata agama

Najib teringat pesan wasiat Lebai Abdullah al-Badawi al-Haj dari Mekah itu. Kata Lebai Lah, jika dilihat pada kaca mata agama, perlu dipersalahkan kepada rakyat juga.

"Tawakal rakyat mungkin sudah beralih kepada pimpinan politik dan bukan lagi kepada Allah. Kes ini mirip kepada Khalid bin Walid," kata Lebai Lah Badawi.

"Bagaimana tu pak ustaz?" tanya Najib. Ketika itu dia sedang bertamrin di Sg Merab.

Lebai Lah antara yang dijemput menyampaikan pengisian bertajuk "Islam Hadhari telah ditentang oleh Syed Qutb sejak dahulu lagi". Dalam kuliah, pengisian kedua, Najib akan menyampaikan pengisian "Melayu Glokal bercanggah dengan Ketuanan Melayu."

Pengisiannya Najib akan menyentuh soal kedudukan Dayak di Kalimantan Timur yang terkait dengan keturunan Mongolia. Kaum Dayak yang masuk Islam itu dikenali sebagai Banjar. Dan zuriat mereka juga tertumpah ke Sarawak, tempat di mana MP BN itu akan bertukar kiblat kesetiaan dan kompas wala' mereka dikatakan bakal beralih arah itu.

Najib selaku pemimpin pelajar UKM akan berceloteh sampai letih mengenai sirah kapal Raja Suran di hadapan kira-kira 100 anak didik usrah mereka. Samada mereka semua ini akan bersedia atau tidak menempuh pilihan raya kampus, itu soal lain.

Seekor cicak jatuh dari bumbung surau, lalu tertimpa di atas kepalanya. Dia pun tersedar daripada lamunannya yang panjang. Ceramah Lebai Lah terhenti seketika lantaran ramai muslimat yang tertawa gelihati melihat telatah Najib melatah yang bukan-bukan itu.

"Oh!.. Ziana Zain, Ziana Zain.. Oh, Port Dickson!..Port Dickson!..**#!$#!!," demikianlah latah Najib yang tak pernah sudah-sudah itu.

"Dah habis anta melatah Jib? Kesian..belum beruban lagi dah kuat melatah dah!" gurauan Lebai Lah itu disambut gelak ketawa ramai siswi. Najib tertunduk kemalu-maluan.

Lebai Lah pun meneruskan ceramahnya. "Baiklah, kita terus bicara soal tawakal di dalam pilihan raya. Tadi, kita berhenti tentang kisah perang Khalid bin al-Walid."

Perang demi perang yang ditempuhi, akhirnya menyebabkan kiblat tawakal dan kompas kesetiaan umat Islam pun mula terpusing 360 darjah kepada Khalid dan bukannya kepada Allah s.w.t lagi.

Lalu, Umar r.a melihat semua ini sebagai hal yang sangat membahayakan keimanan umat Islam. Maka Khalid diminta turun jawatannya sebagai kepala perang. Ada yang tak setuju dengan hal itu. Tetapi, Khalid tetap menerimanya dengan tenang.

"Moral daripada kisah ini ialah, kadang-kadang kita perlu melihat semula hal ini dengan panduan iman jua. Jangan tolak faktor Ketuhanan. Kemanusiaan seseorang pemimpin itu janganlah sampai mengatasi Ketuhanan Allah s.w.t," demikian pesan Lebai Lah.

Ya Najib pun marah kalau adik-adik baru ini selalu 'bertawakal' kepadanya. Pernah dalam suatu ceramah, Najib berkata lebih kurang, "Habis?.. Kalau ana tak ada di kampus, antum tak berjuanglah? Nak menyerah kalah terus kepada HEP, Umno dan Aspirasi?!"

"Kemudian, bila ana masuk balik kampus antum semua berehat.." Seolah-olah dalam hati Najib tersemat bicara halus yang terpendam lama. Apa?? Dia seorang sajakah yang perlu bekerja?! Dia seorang sajakah yang perlu menjadi ideolog?

Kaki demo memanglah ramai. Kaki demo mana pi habis semuanya? Nak berdemo bukan payah sangat. Tutup muka kalau tak mahu gambarnya diambil SB kampus. Tetapi, usaha untuk mewajahkan gerakan itu dengan idea-idea baru yang segar, bukan kaki demo yang boleh lakukan semua ini. Ali Shari'ati punya susu, Imam Khomeini yang dapat nama!

Siapa yang merumuskan idea-idea Rausyan Fikr, menanam benih memupuk baja ke atas semua ini? Shari'ati dahulu. Demo dan gerakan massa tibanya kemudian. Siapakah yang menggerakkan Bersih dahulu ketika jadual pimpinan menunjukkan mereka ada acara luar negara? Ini semua sudah terjawab. Kaum penulis, ideolog adalah peneraju, mereka bukan pengikut. Idea-idea mereka diikuti, tetapi akhirnya mereka akan dilupai.

Najib menghamburkan kemarahan begini bukannya apa. Sebab, pernah terdengar pelajar-pelajar di universiti kerap bertanya, "Err.. Bung Jib.. bila agaknya MP BN tu nak lompat? Dah tak sabar dah ana nak balas dendam kat HEP dan Aspirasi ni!"

Kalau begini, Najib memang naik syekh! Masih ada tawakal lagi mereka kepada PR. Dia bukan nak dabik dada. Ketika di bangku kuliah, dia kuburkan tawakalnya kepada mas'ul, termasuk rakan-rakan seusrahnya, lalu dia bertindak sendirian bagaikan Sivaji.

Tawakalnya bulat betul kepada Allah. Ini kerana, dia dah tak percaya manusia sekeliling. Pernah dia ke rumah Sayyid Munawar di Damansara. Saat itu, anak-anaknya Syed Azam, dan Syarifah Izzati ada di rumah. Sayyid Munawwar sebagai kepala parti sibuk melayan tetamu. Jadualnya padat, hampir tiada langsung untuk mahasiswa sepertinya.

Dia tanya Izzati, "Boleh tak tuan Sayyid hantar surat bantahan ke atas HEP ke atas siswa-siswa yang terkena Auku seperti saya ini?"

"Oh, nanti lagi bahaya. Nanti terus dikatakan anda ada kaitan dengan parti pembangkang, haa.. macam mana nanti?" kata Izzati.

Hai..Entahlah.. Keluh Najib di dalam hati. Kita dah nak 'all-out' lawan HEP, Umno dalam universiti ni, mereka pula yang bagi lampu merah. Apa pun kredit harus diberikan kepada Rafzan Ramli, salah seorang mangsa ISA7. Bagi Najib.. He is the real fighter!

Tak apa, nanti selepas solat Zohor nanti, tiba giliran Najib nak sampaikan pengisian pula. Dia akan tasykil dan bayankan habis-habisan soal kedudukan tawakal kepada Allah. Apa yang penting bagi Najib, ialah pentingnya pelajar semua berusaha dan bertawakal kepada Allah dan jangan tunggu PR bentuk kerajaan atau bertawakal sangat kepada politikus-politikus berhaluan kiri itu.

Najib harap, setiap masa mereka akan bekerja dan berdoa supaya diberikan kemenangan. Kalau tunggu Obama, politikus berhaluan kiri dan Imam Mahdi, sampai bila mahu menang? Mereka pun perlukan bantuan kita juga.

4:52 a.m, 17 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru
_

-HarakahDaily

Aku Dah Habaq Dah..! - ref malaysiakini

Reactions: 
Baru sat ni aku habaq... ada yang tak percaya... tup tup... hangpa baca la sendiri artikel memula dekat [sini].

Aku quot sikit - Mula-mula NGO boikot... lepaih tu peniaga pulak mogok, sekat barang-barang kononnya tak cukup stok... persatuan peniaga pun mengadu dekat menteri konon terpaksa naik rege barang sebab bekalan terhad tapi permintaan tinggi...

Menteri pulak akan ambik tindakan konon nak siasat... dok 3-4 hari, menteri akan keluar kenyataan yang sama dengan peniaga... rege barang tak dapat diturunkan sebab kekurangan bekalan, pengeluaran itu dan ini...

Seterusnya menteri akan keluar kenyataan "kita akan memantau" perkara ini...

NGO terduduk, rakyat pulak terpaksa terima... last skali, peniaga menang sebab menteri lebih berminat untuk membela peniaga... pasai apa menteri lebih berminat nak bela peniaga? pasai menteri pun meniaga...

Berita terbaru dekat [sini].

Aku quot sikit - Kenaikan tambang bas ekspres awal tahun depan mungkin tidak boleh dielakkan walaupun harga minyak turun, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Katanya, kenaikan atau penurunan harga minyak tidak ada kaitan dengan tambang kenderaan awam.

Sebaliknya, tegas beliau, kos operasi yang semakin meningkat merupakan faktor penentu yang utama.

Katanya, tuntutan yang dibuat oleh pengusaha bas untuk menaikkan tambang bukan semata-mata kerana kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kenaikan harga kos operasi mereka seperti harga bateri, tayar dan insurans, demikian menurut laporan Bernama.

Kan aku dah habaq... ini skrip rakyat dah baca lama dulu dah... PRU13 hangpa tau la nasib hangpa..!

Shahrir: No more petrol subsidy

Reactions: 
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad revealed that the government has ceased petrol subsidies since the start of November - as global crude oil price has dipped below US$65 per barrel.

parliament 181108 shahrir samad pc on petrol 02At a press conference in Parliament, Shahrir explained that even with the decision to drop prices by 15 sen from today, the government need not continue its subsidy.

Consumers now pay Rm2 for RON97, and RM1.90 for diesel and RON92.

He added that the government might still make a "a bit of income" if prices shrink back to pre- June 5 prices - of RM1.92 for RON97.

"The petrol subsidies disappeared once the global price of crude oil went down to US$65 per barrel," said Shahrir, explaining now the price is at US$55 per barrel.

At present cost price of RON97 is below RM1.61 - therefore even after considering the 19 and 12 sen revenue per litre apportioned by the energy companies and kiosk operators - the government can marginally profit at a RM1.92 price per litre.

Separately, the energy companies and kiosk operators pay the government in the form of taxes.

Shahrir’s statement was a departure from what the deputy prime minister cum finance minister elaborated in his Budget 2009 winding-up speech on Nov 4.

Najib Abdul Razak reiterated that the government would maintain a 30 sen fuel subsidy.

Car And Bikes Rebate Remains

parliament 181108 shahrir samad pc on petrol 01When asked on savings from a no-subsidy policy in the current climate, Shahrir disclosed that it would be more than RM7 billion.

He was calculating based on what was the government’s subsidy bill in 2007 when crude oil prices averaged US$65 per barrel - which is similar to the present price levels - which was RM8.8 billion.

Therefore the RM21 billion subsidy projected for 2009 will markedly drop at this rate.

"If crude oil stays under US$60 per barrel, I am expecting at least RM10 billion (in savings)," he said.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 01He also added that subsidies for diesel and natural gas are still in place especially for public transportation.

Also retained are the car and motorbike rebates.

"We are still giving an RM625 rebate for cars and RM150 for motorbikes that goes straight into your pocket," he added.

He revealed the government is mulling a floor price, in lieu of a unstable global crude oil price.

"The government will have a discussion to decide what sort of policy or strategy in this floor price plan," he added.

TP - aku tak nak komen lagi pasai kenyataan menteri rambut putih ni tapi aku nak komen pasai gambaq dia kat ataih tu...

*awat gambaq dia macam "count dracula" ek??? mamat ni suka "isap darah" ka???

Kedah Kurangkan Defisit Bajet 2009 Sebanyak 3.5 Peratus

Reactions: 
ALOR STAR, 18 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan konsep perbelanjaan berhemah oleh kerajaan Kedah dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan dan mengurus masing-masing sebanyak 30 dan 10 peratus, menyebabkan defisit pada bajet negeri bagi 2009 turun pada kadar 3.5 peratus.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yakin langkah mengurangkan perbelanjaan itu tidak akan menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

"Walaupun perbelanjaan meningkat setiap tahun, beta dapati kerajaan dapat mengimbangkan perbelanjaan dengan hasil," titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut baginda keyakinan pelabur terhadap Kedah adalah menggalakkan berdasarkan pelaburan sektor pembuatan bernilai RM2.3 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, tidak termasuk kelulusan US$7 bilion untuk projek penapisan petroleum di Yan.

"Usaha menaik taraf infrastruktur seperti jalan, bekalan air, telekomunikasi, tempat pelancongan serta kebersihan di kawasan industri perlu diteruskan supaya Kedah terus menjadi tarikan pelaburan asing dan pelancongan," tambah baginda.

Sultan Kedah yakin program Tahun Melawat Kedah 2008 yang dilanjutkan sehingga 2009 akan berjaya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke negeri itu.

Baginda bagaimanapun bimbang dengan kes juvana yang meningkat kepada 862 kes pada tahun lepas berbanding 432 kes pada 2006.

Mengenai kemiskinan, Sultan Kedah berharap matlamat menghapuskan kemiskinan tegar melalui program E-Sinar pada 2010 akan tercapai.

Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini

Reactions: 
Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.

"Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang... mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution.

Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.

"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya," katanya.

Anggota komponen Pakatan Rakyat kini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS melibatkan 81 anggota.

PKR mempunyai 31 anggota di Dewan Rakyat, DAP (28) dan PAS pula 22.

Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 138 kerusi. Tiga lagi kerusi adalah milik Bebas termasuk dua yang dipegang Parti Maju Sabah (Sapp).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.

"Ini retreat peringkat Pakatan Rakyat, melibatkan ahli-ahli Parlimen," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada pertemuan hari ini akan membincangkan aspek-aspek berbangkit, yang berkaitan dengan soal sasaran menubuhkan kerajaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan 16 September lalu.

"Itu saya tidak mahu saya sebut," katanya.

Penyatuan kuasa mahkamah sivil, syariah: Golongan bukan Islam tidak perlu risau

Reactions: 
Ketua Hakim Syarie Datuk Ibrahim Lembut berkata, usaha menyatukan bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah adalah penting bagi mengharmonikan kedua-duanya yang ketika ini berlaku pertikaian dan pertindihan kes.

Kata Ibrahim, jika usaha tersebut menjadi kenyataan, golongan bukan Islam tidak perlu bimbang tentang hak mereka.

"Ini kerana penyatuan tersebut bukan untuk mendiskriminasi mana-mana pihak sebaliknya membela kepentingan semua dengan seadil-adilnya," jelas beliau.

Ditanya bila perkara tersebut akan diwartakan sebagai undang-undang, Ibrahim berkata:

"Perkara tersebut masih jauh lagi. Namun usaha ke arahnya sedang dijalankan."

Pak Lah Nak Selesai Masalah Wanita?

Reactions: 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin Wanita Umno sekembalinya ke tanahair dari lawatan ke dua negara Asia Tengah sekarang, untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata, pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut.

"Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka," katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu.

TP - Pak Lah nak tolong setel masalah wanita UMNO? hah..! masalah Pak Lah sendiri pun Pak Lah tak leh nak selesai, ni gatai nak tolong setel masalah wanita pulak ye?

Jangan esok tak sempat setel, awal-awal wanita tembak Pak Lah sudah lah ye Lah?

Malu kang...

Jom Promosi Bahasa Melayu..! - malaysiakini

Reactions: 
Kementerian Luar akan mengadakan promosi dan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini di negara-negara asing.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebanyak 104 buah kedutaan di bawah pihaknya akan digunakan dalam keadaan tertentu bagi tujuan mempromosikan bahasa Melayu mulai tahun depan.

"Kita ada 104 kedutaan di seluruh dunia, tidakkah ini satu jendela yang cukup banyak untuk memperkenalkan seni, budaya dan bahasa kita.

"Di Wisma Putra, melalui jangkauan kedutaan kita di seberang laut, harus mainkan peranan untuk pastikan bahasa Melayu naik dan dikenali sebagai bahasa kebangsaan kita," jelasnya.

-Utusan Online

TP - nanti pelancong datang Malaysia sah pelancong akan sesat... memula sampai Malaysia pelancong dah bengong... depa ingat depa akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang... rupa-rupanya depa turun dekat KLIA... kah kah kah kah kah...

Lepaih tu masa dok kat negara depa, depa baca dekat Malaysia ada "Bangunan Berkembar Petronas" tapi bila depa datang Malaysia carik papantanda nak pi "Bangunan Berkembar Petronas" tak jumpa...

Macam mana nak jumpa? Papantanda tulis - KLCC... lepaih tu tanya orang KL macam mana nak pi "Bangunan Berkembar Petronas", orang KL ternganga... depa pun tak tau... yang depa tau cuma KLCC...

Carik pulak Pusat Dagangan Dunia Putra... pusing punya pusing tak jumpa... dekat Malaysia depa tulis - PWTC... mampuih lagi...

Kementerian seronok sangat nak tunjuk konon depa prihatin pada bahasa melayu. buat pelan promosi bahasa melayu dekat luar negara, habis juta-juta... padahal dalam negara sendiri pun masalah bahasa tak selesai-selesai lagi... apa punya bingai... depa paham ka bingai? aku ingat depa tak paham la... tukar... apa punya STUPID..!

Tulisan jawi di semua papan tanda di Kelantan

Reactions: 
Kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi mengikut saiz yang ditetapkan dengan ejaan yang betul di semua papan tanda mulai tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan salah satu langkah memperkasakan tulisan itu melalui peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Buat permulaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) diminta berbincang dengan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menetapkan saiz yang sesuai dan setiap yang dihasilkan, mesti dirujuk kepada MPKB-BRI sebelum mengesahkan ia dibenarkan atau sebaliknya.

"Tulisan di papan tanda baru tidak harus dibuat dengan saiz yang begitu kecil, ejaan yang salah, malah terlindung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Tulisan Jawi yang diadakan di sini hari ini.

KERAjaan Terus Mem"bodoh"kan Rakyat - malaysiakini

Reactions: 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas sikap peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak empat kali.

“Saya tidak suka dengar bila harga barang tidak mahu turun walaupun minyak sudah empat kali turun (tidak termasuk penurunan yang berkuat kuasa esok), seolah-olah mereka nak cari untung besar,” tegas Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, langkah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mahu memboikot peniaga yang menjual barang dengan harga mahal walaupun harga minyak telah turun adalah wajar.

“Persatuan pengguna memainkan peranan besar. Jangan asyik marah kerajaan bila harga minyak naik tapi bila turun haruslah bantu kerajaan turunkan harga barang juga,” katanya.

-Utusan Online

TP - ish ish ish ish ish... masa hangpa penaik rege minyak, hangpa tak pikiaq semua tu... hangpa habaq "kenaikan mendadak tetapi tidak membebankan rakyat"... itu kata hangpa masa hangpa penaik rege minyak...

Lepas tu hangpa bagi pulak jaminan harga barang tak akan naik walaupun harga minyak naik sebab peniaga yang terbabit diberi subsidi... lepas tu...

Harga barang naik jugak tanpa kawalan dari pihak hangpa... rakyat makin merana tapi hangpa langsung tak rasa... (maklumlah semuanya rakyat sponsor dekat hangpa...)...

La ni hangpa dok tekan pulak NGO la, itu la, ini la kunun kena bertanggungjawab mengawal harga barangan yang tak reti-reti nak turun...

Hangpa berak, orang lain kena cuci... baguih punya KERAjaan...

NGO buleh boikot, tapi macam biasa la... ini skrip rakyat dah baca lama dulu...

Mula-mula NGO boikot... lepaih tu peniaga pulak mogok, sekat barang-barang kononnya tak cukup stok... persatuan peniaga pun mengadu dekat menteri konon terpaksa naik rege barang sebab bekalan terhad tapi permintaan tinggi...

Menteri pulak akan ambik tindakan konon nak siasat... dok 3-4 hari, menteri akan keluar kenyataan yang sama dengan peniaga... rege barang tak dapat diturunkan sebab kekurangan bekalan, pengeluaran itu dan ini...

Seterusnya menteri akan keluar kenyataan "kita akan memantau" perkara ini...

NGO terduduk, rakyat pulak terpaksa terima... last skali, peniaga menang sebab menteri lebih berminat untuk membela peniaga... pasai apa menteri lebih berminat nak bela peniaga? pasai menteri pun meniaga...

Pi mai, pi mai... hangpa jugak menang... PRU13 belum tentu lagi... rakyat dok perati...

Tawaran PLUS Hanya Untuk Golongan "Berkemampuan" Sahaja - ref malaysiakini

Reactions: 

Semua kenderaan ringan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

plus highway 181108Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.

Bagi musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina Deepavali dan Krismas, PLUS menawarkan 10 peratus lagi selama enam hari.

Manakala bagi penggunaan tol melebihi RM200 sebulan, pengguna boleh mendaftar dengan program setia PLUS - untuk mendapatkan diskaun 5 peratus mulai 1 Januari depan.

Tawaran ini adalah untuk pengguna kad Touch N' Go dan Smart Tag.

-malaysiakini

Ertinya tawaran tersebut hanyalah untuk golongan yang "berkemampuan sahaja"... cuba kita lihat siapakah pengguna-pengguna Touch N' Go dan juga Smart Tag...

Orang-orang yang mampu je pakai menda-menda tu... kita-kita ni yang jarang-jarang masuk lebuhraya (kebanyakannya lebih "mampu" menggunakan "lebuhraya tanpa TOL@jalan alternatife yang berlubang-lubang). kalau masuk lebuhraya pun sekali-sekala waktu musim perayaan...

Pernah dapatkan Smart Tag atau Touch N' Go untuk penggunaan "sekali-sekala"?

Kalau tak pernah, tak payah mimpi la nak dapatkan "discount"... aku ingat depa nak turunkan takrif TOL... rupanya depa nak meniaga... mana yang nak turunnya?

Lagi pulak... potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi. discount tu untuk sape? hantu? kelawar? kutu malam kaki disco? mat karaoke? berapa kerat yang guna lebuhraya waktu tu?

Last skali semua kena belit... nak discount? dapatkan kad Touch N' Go ataupun Smart Tag... kene kaluar modal la dulu... untung berapa? kita tak untung beb... konsesi jugak yang untung...

Rakyat kena tipu lagi...

Dialog dengan pelobi

Reactions: 

"Assalamualaikum..boleh bercakap dengan saudara Rashidi?" "Waalaikumsalam..ya Rashidi bercakap."



"Saya kawan lama, Mohd xxxx dari Alor Star, saya ni duk selalu baca Harakah, tengok kawan ada, kita cari no telefon mai" katanya.



"Oh, ya..sahabat lama, bukan ke saudara Pemuda Umno Bahagian xxxxxxx? Awat tetiba cari orang PAS ni?" Soal penulis.



"Kami pun baca Harakah juga..la ni kalu nak tau hal dalaman Umno kena baca Harakah, surat habaq yang ada, bukan buleh pecaya, depa tulis hak elok saja," katanya.



"Ha baguih la...hang pun baca gak, so apa cerita?"



"Hang free malam ni? La..saya di KL ni, kita jumpa di Hotel xxxxx, jam 10 malam."



"Ok, insya Allah, nanti kita berhubung semula," jawab penulis.



Pemanggil merupakan rakan lama penulis, barangkali 10 tahun tidak bertemu. Tetapi perkembangan beliau diketahui menerusi penglibatan aktif beliau dalam Umno sejak di kolej lagi.



Di pendekkan cerita, sesi minum kopi yang beliau aturkan berlangsung di sebuah hotel mewah di ibu kota. Biasalah orang-orang Umno, suka melepak di coffee house. Pertemuan tersebut turut disertai beberapa rakan Umno, yang datangnya dari lain-lain negeri.



Penulis dikenalkan dengan seorang demi seorang. Ada yang biasa berjumpa di Parlimen. Mereka kebanyakannya tidak mempunyai kerja yang tetap, tetapi hidup dengan 'mencari makan' dengan menemui dan melobi pemimpin-pemimpin.



"Bukan ke PM dah suruh korang (pelobi) balik ke bahagian masing-masing?", Soal penulis kepada mereka.



"Aah...siapa nak dengar cakap PM, dia pun dah nak 'out'," sampuk seorang rakan spontan.



"PM cakap saja, orang-orang dia pun banyak berkeliaran melobi di hotel-hotel, banyak tempat ada," ujar yang lain.



"Aiik...dah nak berhenti pun ada melobi lagi ke?" Soal penulis.



"Ada, beberapa orang Setpol tengah rancak buat kerja, depa nak masukkan Ali (Mohd Ali Rustam) dengan Mat Taib (Muhammad Muhd Taib), tanding Timbalan."



"Awat PM tak suka Muhyiddin ka, bukan ke dia macam nak menang tak bertanding?" Tanya penulis.



"Takat ni macam tu lah, bukan apa Muhyiddin ni celupar sangat, dia lah antara yang bagi PM jatuh awal.



"Bahagian saya dah calon Muhyiddin (Muhyiddin Yassin), tapi buat apa bagi menang tak bertanding, sebab itu kami mai sini sebab kami nak bawa (kempen) Ali dengan Mat Taib," kata kawan saya.



"Berapa ramai hang nak bawa? Mana satu hang nak kempen jadi Timbalan?" soal penulis lagi.



"Ni lah hebatnya orang-orang Umno, lagi ramai boleh tanding lagi baik, lagi banyak 'masyuuukk' (dapat duit), kalu dia menang tak bertanding, rugi la, apa pun tak dapat," ujar yang lain.



Dalam pertemuan yang berlangsung lebih tiga jam itu, berbagai cerita-cerita politik diborakkan. Bergelas-gelas kopi dan teh tarik bersilih ganti.



Dari gambaran yang diberikan, memang mereka menanti-nanti pertandingan tiga penjuru bagi jawatan tertinggi kerana mereka mengharapkan tiga M (Muhyiddin, Mohd Ali dan Muhammad Taib) akan memberikan 'durian runtuh' kepada perwakilan.



Pada mereka, jika ada mana-mana calon yang kedekut, nescaya calon tersebut akan ketinggalan di belakang.



"Kalau nak tengok di kalangan tiga-tiga calon memang Muhyiddin ada wibawa, Ali tak berapa reti bercakap, Mat Taib banyak skandalnya.



"Tapi Ali dan Mat Taib 'pemurah', Muhyiddin ni macam 'kedekut' je, payah la dia," kata seorang pelobi.



Bagi mereka politik wang bukan suatu rahsia yang tersembunyi lagi. Hampir semua calon menggunakan wang untuk berkempen, sama ada untuk kegunaan petugas, pelobi atau perwakilan.



Orang-orang Umno, nampaknya sudah immune (lali) dengan politik wang. Politik wang sudah menjadi sebahagian daripada cara mereka berpolitik dan memilih ketua.



Seolah-olahnya 'wang' merupakan kertas undi paling utama di luar 'ballot box' pada setiap kali pemilihan.



"Eh korang tak takut ke BPR, bukan ke Lembaga Disiplin Umno sudah berunding dengan BPR," tanya penulis.



"Ahh, BPR pun bukan boleh buat apa. Jumpa jumpa tu semuanya 'wayang' je, kalau nak kira ramai mana orang Umno yang kena dakwa BPR kerana main politik wang? Habuk pun tarak," ujar rakan, dengan muka selamba.



Apa pun, pertemuan malam itu berlangsung lebih tiga jam. Tiada kata sepakat, tiada persetujuan apa-apa. Ianya sekadar 'bualan kosong' yang semakin menunjukkan betapa parahnya Umno pada waktu dulu, kini dan selamanya.



-HarakahDaily


Rais hopeful of release of two M'sians in Guantanamo

Reactions: 
The government is hopeful that two of its citizens being held at the Guantanamo Bay camp will be released and sent home after Barack Obama is sworn in as US president, a report said Tuesday.

Obama said Sunday he would shut down the "war on terror" internment camp and rebuild "America's moral stature in the world."

Foreign Minister Rais Yatim told the state Bernama news agency that the US had ignored a request to allow detainees Mohamad Farik Amin and Mohammed Nazir Lep to return to Malaysia to face justice.

"No charges have been brought against them, and this is worse than the ISA (Internal Security Act)," he said, referring to Malaysia's own internal security law, which Washington has frequently criticised.

The detained Malaysian pair are accused of being close associates of Hambali, an Indonesian also being held at Guantanamo who is suspected of being a key member of Southeast Asian extremist group Jemaah Islamiah.

They are also accused of being chosen as members of a suicide attack squad that had targeted Los Angeles.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi in 2006 urged the US to shut down the prison camp, saying it had come to be regarded as a torture centre.

Kami memang bekas anggota al-Arqam...

Reactions: 
Penerbit video 'Sajak Kematian' yang memuatkan aksi mayat menerima azab kubur, yang menjadi kontroversi selepas ditayangkan kepada murid sekolah rendah, mengakui syarikat itu diusahakan oleh bekas pengikut al-Arqam yang telah diharamkan.

Bagaimanapun, pegawai perhubungan awam syarikat itu Mawaddah Publication, Alifi Alias berkata: "Al-Arqam sudah mati dan berkubur".

sajak kematian death poem alam barzakh the realm of the dead vcd 171108Beliau diminta mengulas kenyataan bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed kelmarin yang dilaporkan mendakwa 'Sajak Kematian' diterbitkan syarikat yang diusahakan bekas pengikut kumpulan tersebut.

Kerajaan mengharamkan Al-Arqam sepuluh tahun lalu berikutan atas dakwaan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.

Alifi juga menafikan dakwaan Zabidi bahawa pengeluaran VCD selama 15 minit itu, bertujuan untuk menyebarkan propaganda ajaran al-Arqam.

"Datanglah (ke tempat kami) dan lihat sendiri," kata Alifi. Syarikat itu beroperasi di Rawang, Selangor.

Alifi tidak menganggap komen-komen negatif terhadap VCD keluararan anak syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) itu sebagai sebuah serangan.

Sebaliknya, tambah beliau, ia telah memberikan promosi percuma kepada mereka.

Ada laman web


Malaysiakini kelmarin melaporkan video 'Sajak Kematian' mendapat sambutan hangat, selepas sebuah syarikat televisyen swasta menyiarkan komen bantahan ibubapa terhadap penyiarannya di sekolah.

Syarikat pengeluarnya mendakwa, sejak diterbitkan pada tahun 2000, VCD tersebut diulang rakam hampir setiap tahun. Setiap ulang rakam melibatkan lebih 1,000 keping VCD.

GISB sebagai sebuah syarikat didakwa turut memfokuskan usaha memenuhi tuntututan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan alternatif.

"Banyak orang bercakap soalan ekonomi umat Islam, tetapi satu pasar mini pun mereka tidak ada," kata Alifi.

ashaari muhammadMenurut laman web rasmi syarikat berkenaan Ikhwan Today (http://www.ikhwantoday.com), GISB diterajui Ashaari Mohamad sebagai pengerusi eksekutif.

GISB turut didakwa merangka dan melaksanakan pelbagai projek, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti ekonomi, bahkan projek lain yang membawa keuntungan kepada umat Islam.

Projek-projek itu termasuklah program politik, tugas khas dan strategi; pentadbiran dan pelaksanaan; pendidikan dan pelajaran; dakwah dan motivasi; serta hal ehwal masyarakat dan ekonomi.

5,000 kakitangan


Selain itu, menurut lamanweb itu lagi, GISB turut memfokuskan kepada program kewangan, kebajikan, kesihatan, kebudayaan, pertanian, teknologi dan ternakan serta pelancongan.

Semua projek ini digerakkan dalam enam zon perniagaan - Utara, zon tengah, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Dengan bilangan pengarah dan pengurus seramai 300 orang di pelbagai peringkat serta 5,000 pekerja, syarikat ini mempunyai 700 premis perniagaan di semua bidang yang disenaraikan tersebut.

Mawaddah Publication merupakan salah sebuah daripada syarikat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa klip video 'Sajak Kematian' itu telah ditayangkan di sekolah, yang antara lain, memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Tayangan klip video tersebut di sekolah telah menimbulkan bantahan beberapa pihak termasuk ibubapa dan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video itu di sekolah-sekolah.

-malaysiakini

Harga Minyak, beras turun

Reactions: 
Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.

Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.