Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 25, 2008

Lambang Salib Pada Jersi Malaysia? - malaysiakini

Reactions: 

Apa komen korang?

Namewee cetus kontroversi baru

Reactions: 

Wee Meng Chee yang lebih dikenali sebagai 'Namewee', yang mencetuskan kontroversi melalui video rapnya yang mempersendakan lagu Negaraku tahun lalu, kini berdepan dengan kontroversi baru.

Kali ini, pemuda berusia 25 tahun itu, menerima seorang peguam dari sekolah lamanya - sekolah Tinggi Chong Hwa di Muar.

namewee teacher hew video english lesson 251108Ini ekoran klip video muzik terbarunya yang bertajuk 'Teacher Hew's Time' telah memapar nama, kelas dan halaman sekolah tersebut.

Surat tersebut telah diserahkan kepada Wee di rumahnya di Muar semalam.

Klip video tersebut telah dimuat-naik ke dalam Youtube serta di dalam blog Wee beberapa minggu yang lalu.

Klip video itu menunjukkan seorang guru sekolah mengajar bahasa Inggeris di kelas, dengan menggunakan perkataan yang tidak senonoh. Klip itu turut memaparkan beberapa aksi menggiurkan.

Bahagian pertama video itu sepanjang empat minit dan 54 saat, bahagian kedua empat minit 47 saat dan bahagian ketiga selama tiga minit dan tiga saat.

Wee telah menunjukkan nama sekolah tersebut dalam bahagian ketiga klipnya.

Sekolah tersebut mengkritik Wee kerana menggunakan nama dan halaman sekolah tersebut dalam videonya, tanpa kebenaran.

Ini, kata pihak sekolah, telah mencemar imej dan reputasinya.

Wee pertahan videonya

Wee bagaimanapun mempertahankan video itu dalam blognya.

nameweeKatanya, adalah tidak mengejutkan apabila pihak sekolah tidak senang dengan klip videonya itu.

"Saya rasa, pihak sekolah mahu mengambil tindakan terhadap saya adalah sesuatu yang bagus, kerana ini akan membolehkan lebih ramai orang berpeluang menyaksikan video tersebut dan memahami isu-isunya," kata Wee dalam blognya, yang ditulis dalam bahasa Mandarin.

Wee menambah, tujuan video itu dibuat adalah untuk mengetengahkan keadaan yang tidak sihat dalam sistem pendidikan di negara ini.

Menurutnya, sistem pendidikan yang berbeza di peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi telah mewujudkan kesulitan kepada para pelajar.

Wee menyebut contoh adik perempuannya yang belajar di sekolah rendah Cina di mana matematik diajar dalam Mandarin.

Bagaimanapun, katanya, apabila adiknya itu masuk ke sebuah sekolah menengah, kesemua subjek, termasuk matematik, diajar dalam bahasa Melayu.

Dan apabila adiknya masuk ke kolej, bahasa pengantarnya balik ke bahasa Inggeris, katanya.

"Saya percaya ramai orang menghadapi masalah yang sama. Ini kerana tidak ada arah yang jelas dalam sistem pendidikan kita," katanya.

Wee juga berkata, sistem pendidikan sekarang tidak memberi kebebasan kepada pelajar sekolah Cina melanjutkan pelajaran mereka ke mana sahaja yang mereka mahu.

Tambahnya, para pelajar terbabit mempunyai pilihan yang terhad untuk melanjutkan pelajaran, sama ada belajar di Taiwan dan China atau belajar di kolej-kolej tempatan, atau berhenti terus daripada belajar.

Jawapan bekas guru besar

Bagaimanapun, pandangan Wee itu tidak dipersetujui oleh bekas guru besarnya, Tan Soo Tee.

Tan berkata, sementara sekolah menekankan pengajaran dalam tiga bahasa, ia turut menjadi tanggungjawab para pelajar sendiri untuk memperbaiki penguasaan bahasa mereka.

"Wee berkata, bahasa Inggerisnya lemah. Itu masalahnya. Dia tidak harus menyalahkan orang lain," kata Tan dalam laporan akhbar berbahasa Cina hari ini.

Beliau berkata, ramai pelajar cemerlang tidak menghadapi sebarang masalah apabila mereka melanjutkan pelajaran di negara-negara Eropah.

Tan juga menasihatkan bekas pelajarnya itu supaya memanfaatkan bakatnya dalam bidang muzik untuk kebaikan dan bukan dengan menambah kata-kata tidak senonoh di dalamnya.

Sebelum ini, Wee menjadi sasaran apabila ramai ahli politik mendesak kerajaan mendakwanya dengan tuduhan hasutan ekoran klip videonya yang mempersendakan lagu Negaraku.

Klip video selama enam minit itu, bertajuk 'Negarakuku' mencetus bantahan kerana liriknya menyentuh tentang salahguna kuasa oleh pihak polis, rasuah, diskriminasi kaum dan perkara-perkara lain.

Walaupun Wee yang ketika itu belajar di Taiwan, telah memohon maaf berhubung klip video teresbut, tetapi dia masih dipanggil oleh pihak polis untuk disoalsiasat September lalu.

-malaysiakini

Gerakan P. Pinang Sedia Bantu Kerajaan Negeri

Reactions: 
PULAU PINANG, 25 Nov (Bernama) -- Gerakan Pulau Pinang sanggup untuk membantu kerajaan negeri menangani isu kelembapan ekonomi global, kata pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi dunia ketika ini, adalah penting langkah proaktif diambil untuk menanganinya.

"Kerajaan negeri sekarang perlu meneruskan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh Gerakan sebelum ini bagi memastikan ekonomi Pulau Pinang terus maju," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Teng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu menyedari tentang kewujudan Pelan Pembangunan Strategik Pulau Pinang Kedua (2001-2010) yang dilaksanakan kerajaan negeri terdaulu.

Beliau berharap Guan Eng meneruskan usaha yang telah disediakan kerajaan negeri sebelum ini bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Pelacuran Masih Gagal Dihapuskan

Reactions: 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata meskipun polis dan pihak berkuasa berterusan mengadakan operasi bagi menangani masalah pelacuran, kegiatan tidak bermoral itu sukar dihapuskan.

"Polis dan pihak penguatkuasaan tak henti-henti mengadakan operasi iaitu berjumlah 8,893 operasi dan serbuan sejak tahun 2003 hingga kini.

"Sebab kita tahu Malaysia sebuah negara yang mewah dan progresif di mana begitu ramai pelancong asing sentiasa mengunjungi negara ini, maka masalah ini (pelacuran) bukan begitu senang dihapuskan," katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chor berkata kerajaan mungkin mengkaji semula dan mengemaskini akta sedia ada termasuk mengadakan peruntukan tambahan dalam Kanun Keseksaan untuk mengangani masalah pelacuran.

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa

Reactions: 
Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia,tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

"Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.

Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.

Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.

Gobind digantung sidang dua hari

Reactions: 
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.

Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu.

Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000.

-mSTAR Online

RTM ready to provide facilities to clarify fatwa

Reactions: 
Radio Television Malaysia and the Information Department are ready to provide time for parties concerned to provide clarification to the people about fatwa (edicts) issued in the country, said Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Speaking to reporters after attending his ministry's Quality Day 2008 at Auditorium Perdana at Angkasapuri today, Ahmad Shabery said what was important was to give additional and clear information on the edicts issued.

"We want the parties concerned... Jakim and the like to articulate the fatwa concerned and RTM and the Information Department will provide the infrastructure so that information is delivered to the grassroots clearly," he said when asked how RTM could play a role to explain the fatwas issued to the people, including non-Muslims.

Recently, two fatwa issued on tomboy behaviour and yoga had evoked various reactions, including from non-Muslims.

On bloggers and blogs, Ahmad Shabery said the government did not propose to have laws to restrict or control them as done in some countries but the government always monitored them.

"I feel the government is not proposing to do that as maybe the number of naughty persons who abuse the facility is not big... one or two per cent only of the total in the blogging world.

"So it is not fair that because of one or two per cent of them that we have legislation that makes it difficult for all," he said.

On the steps taken by the government to face the global economic crisis, Ahmad Shabery said Malaysia had not seen large lay-offs as in Western countries like the United States where the number of people who sought aid and social benefits was at its highest in 16 years.

"We don't hear of that in our country as our economic system is better established and the government's preparation is far better than that of the Western countries," he said.

Sultans flex their power

Reactions: 
As disputes between the various communities in Malaysia grow, and amid the constant tug-of-war between conservatives, moderates and liberals over social and religious values, the stature and position of Malaysia's royal households have shifted upwards.

Yesterday, the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah made it clear that his authority as head of Islam in the state would not be usurped by the National Fatwa Council.

Referring to the council's fatwa declaring yoga haram, the Sultan said he hoped future edicts which affected the general public would be referred to the Rulers Conference prior to being announced.

He also said the state fatwa committee would meet on the yoga issue and make recommendations to him.

In Perak, a state government official also retracted yesterday an earlier statement that the state would adopt the fatwa, saying royal consent was first needed.

The move taken by the two Sultans is seen by some quarters as taking a stand against the kind of creeping conservatism that could affect race relations in the country.

But it is also a reflection of a lack of political leadership.

Since the March 8 general election when the Barisan Nasional lost its two-thirds majority in Parliament, the Sultans have begun playing a more significant role.

In states like Perak, Selangor and Terengganu, the Sultans played a key role in determining the leadership of the state governments.

The Raja Muda of Perak, Raja Nazrin Shah, has grown in stature, especially among the more moderate and liberal groups in the country.

Last week, he made the kind of speech which is usually expected from political leaders in an attempt to calm the roiling debates over race relations.

He called on Malaysians to embrace multiculturalism and pointed out that society must reject radicalism and extremism.

Members of the royalty appear to have come forward to fill a vacuum created since March 8 in which Umno, MCA, MIC, Gerakan and other BN parties have found it rough going dealing with a much more significant opposition in Pakatan Rakyat.

The power struggles within Umno and MCA have also released a wave of strident, aggressive and more racial approaches as the two major parties try to retreat to their core support and race ideologies.

While there may still be some apprehension over a more active royalty, and their actual constitutional role, it is clear now that public support for them is growing.

The credibility of political leaders in the country has taken a severe battering recently, and their standing among the public remains low.

Ultimately they have their work cut out for them if they are to reclaim the leadership role from some of Malaysia's more socially-conscious Sultans.

-TMI

Subjek Vokasional Akan Diperkenalkan Ke Semua Sekolah Mulai 2010

Reactions: 
Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran Vokasional (MPV) kepada semua penuntut tingkatan satu di sekolah menengah biasa mulai 2010, kata Timbalan Menterinya Datuk Razali Ismail.

Katanya sebelum ini MPV hanya diajar di sesetengah sekolah menengah biasa dan itu pun hanya melibatkan pelajar tingkatan empat.

"Pelajaran vokasional yang melibatkan kemahiran ini akan membolehkan pelajar membina kebolehan mereka. Pelajar akan mempunyai pilihan untuk cemerlang dalam bidang kemahiran jika mereka didapati tidak berminat dalam ilmu akademik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Guru-guru Vokasional dan Kemahiran di sini hari ini.

Katanya pengenalan MPV juga akan mengurangkan masalah disiplin kerana pelajar akan tertumpu kepada kegiatan kemahiran dan tidak kepada teori akademik semata-mata.

"Kita sebenarnya sudah terlambat, di Australia, subjek berdasarkan kemahiran ini telah dimulakan dari sekolah tadika lagi," katanya.

Razali berkata kajian awal kementerian itu mendapati MPV senang menarik minat pelajar-pelajar untuk cenderung kepada sekolah dan berada dalam kelas itu.

Untuk menyediakan MPV, seramai 300 orang guru telah dihantar kursus vokasional dan kementerian akan mengeluarkan peruntukan yang besar untuk pembinaan bengkel serta peralatan berkaitan, katanya.

"Saya percaya peruntukan yang besar itu berbaloi dengan kita beri ruang apa yang disebut sebagai peluang dan akses untuk mendapatkan latihan-latihan yang bermakna buat anak-anak kita di sekolah," katanya.

Untuk tahun 2009, kementerian menyediakan tempat untuk 12,180 pelajar di sekolah teknikal, 15,600 di sekolah vokasional dan 4,460 di sekolah kemahiran, katanya lagi.

Sheikh Muszaphar perlu putuskan minggu depan

Reactions: 
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha diberi tempoh sehingga minggu depan untuk memutuskan kedudukan kontraknya dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menterinya, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili memberitahu, sehingga kini Sheikh Muszaphar masih belum memberikan keputusan muktamad sama ada ingin terus berkhidmat dengan MOSTI atau kembali ke Kementerian Kesihatan.

‘‘Kami telah beri tarikh kepada beliau iaitu harus beri maklum balas sampai minggu depan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selangor to allow limited public demonstrations

Reactions: 
Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today that an agreement has been reached with state police to facilitate demonstrations.

When met by reporters in Parliament for his comments on the Internal Security Act demonstrations held yesterday, he said that Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar has agreed to a process which allows the public to gather in private halls.

"For those held in halls, meaning multipurpose halls and the like, the police will not take any action," he said.

"If there is a desire to make their feelings publicly known, then it must be done as quickly as possible so as not to become a hindrance to others," he added.

According to the head of the PKR-led state government, it has been suggested that such public protests should last no more than 15 minutes before the group returns to the hall to continue with other items on the agenda such as lectures or discussions.

"However, it would still be better to make an official request to the police to inform them of such an event," he said.

Police arrested nine men, who were among 200 supporters at the launch of an anti-Internal Security Act rally in Ampang last night while several hundred also marched along Jalan Tun Razak in support of the act yesterday.

Khalid, who is also Bandar Tun Razak MP, refused to be drawn into the issue of double standards with the handling of demonstrations organised by opposition as compared to those by Barisan Nasional.

He merely said that he hoped the state police will follow the new procedures agreed upon to deal with such gatherings in the future.

Yoga, Yoga, Yoga, Yoga & Yoga! - malaysiakini

Reactions: 
Perak - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, hari ini berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Melaka - Kerajaan negeri akan mewartakan fatwa terhadap senaman yoga selewat-lewatnya Disember ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas umat Islam yang tidak mematuhinya.

''Kita akan mewartakan fatwa ini selewat-lewatnya Disember ini. Saya akan mengadakan satu mesyuarat khas dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk membincangkan perkara ini.

Selangor - Keputusan fatwa yang mengharamkan senaman yoga masih belum berkuat kuasa di Selangor kerana ia belum dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berikut adalah kenyataan akhbar Sultan Selangor yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani di sini hari ini mengenai perkara itu:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah, bahawa buat masa ini keputusan fatwa yang mengharamkan senaman yoga ini masih belum berkuat kuasa di Selangor kerana ia belum dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Bangi - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim (gambar) meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.

Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.

''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.

''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Rakyat - Pening..!

'Saya terdesak' - malaysiakini

Reactions: 
Suasana Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar sayu apabila bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar yang mengaku melakukan pecah amanah RM95,500 mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman sambil menangis teresak-esak.

Semua yang hadir turut merasa simpati dan ada mengalir air mata semasa wanita yang mendakwa menghidap kanser pangkal rahim itu membacakan rayuan berpandukan satu nota yang ditulisnya.

''Saya reda dengan apa yang telah terjadi, sampai mati pun saya tetap mengaku kesilapan saya dan saya benar-benar bertaubat. Saya minta diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.

''Saya juga akan ingatkan zuriat saya agar tidak lakukan kesilapan yang sama kerana ini dosa yang amat besar dan dosa yang amat pedih,'' rayu Zaharah.

Menurut tertuduh, beliau terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana keadaan yang mendesak walaupun ia bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam hidupnya.

Kata Zaharah, beliau juga kesal dengan tindakan bodoh yang akhirnya memakan diri apabila reputasi yang dijaga selama 20 tahun di Pos Malaysia musnah begitu sahaja akibat kesilapan tersebut.

''Akhirnya, impian dan cita-cita anak bongsu saya turut musnah apabila dia terpaksa tinggalkan pengajian untuk membantu keluarga serta menampung perbelanjaan pengajian kakaknya di universiti. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kakaknya.

''Saya sangat memerlukan sokongan dan saya berharap agar sentiasa dapat bersama anak bongsu saya. Mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tetapi dengan budi bicara mahkamah, harap dapat benarkan saya habiskan sisa-sisa hidup di sisi keluarga,'' katanya lagi.

Zaharah, 45, mengaku melakukan pecah amanah wang hasil kutipan harian pejabat pos cawangan tersebut berjumlah kira-kira RM95,500 di Pejabat Pos Putrajaya, Aras 1, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 18 Mei 2006.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang kelihatan tidak bermaya terpaksa bergerak dengan dibantu oleh suami dan dua anak perempuannya.

Terdahulu, peguam Hasnan Hamzah memohon agar Zaharah dibebaskan dengan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Kata beliau, anak guamnya terpaksa melakukan perbuatan itu selepas terdesak untuk membayar hutang ah long sebanyak RM38,000 yang dipinjam bagi membiayai rawatan penyakit yang dihidapinya.

Menurut Hasnan, selepas tiga kali dibedah kerana kanser payu dara pada 1996, tertuduh diserang kanser pangkal rahim dan memerlukan ubat tambahan bagi meredakan kesakitan selain rawatan di hospital kerajaan.

Apabila dipecat serta-merta pada 18 Mei 2006 setelah didapati melakukan pecah amanah, tertuduh sekeluarga hidup dalam kesusahan dengan suaminya terpaksa melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup serta untuk menjaga tertuduh.

''Simpanan sebanyak RM15,000 telah dikeluarkan untuk membayar hutang tetapi anak guam saya masih terpaksa menjelaskan bakinya kepada ah long lebih RM3,000 seminggu.

''Tertuduh sekeluarga hidup dalam ketakutan kerana dikejar ah long, malah pernah dibelasah menggunakan topi keledar. Keadaan yang mendesak akhirnya menyebabkan tertuduh terjebak dalam perbuatan itu,'' jelasnya.

Pembinaan kumpulan ke-2 kapal ronda TLDM diterus - malaysiakini

Reactions: 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan kumpulan kedua projek kapal ronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diteruskan selepas enam kapal ronda dalam kumpulan pertama diserahkan kepada kerajaan pada awal tahun 2010.

Menurut Perdana Menteri, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan keupayaan tempur TLDM dan kerajaan komited untuk melaksanakannya.

''Projek kapal ronda ini bukan sahaja untuk meronda dan menjaga kedaulatan perairan negara, malahan bagi penugasan khas di perairan strategik di serata dunia.

''TLDM perlu memperkasakan angkatannya dengan perolehan lebih banyak kapal tempur bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan termasuk ekoran ancaman keselamatan di laluan perdagangan antarabangsa," katanya pada majlis penamaan kapal ronda PV5 TLDM dengan nama 'Kelantan' di Boustead Naval Shipyard, di sini hari ini.

Pelancaran kapal Kelantan itu dilakukan oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid yang turut disaksikan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Abdullah berkata, 'Kelantan' mempunyai keistimewaan kerana ia dibina oleh sebuah syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Katanya, kejayaan membina kapal perang canggih itu melambangkan kejayaan dan kemampuan anak tempatan serta menjadikan impian Malaysia membina kapal perang tercanggih menjadi kenyataan.

Kerajaan juga berharap syarikat tempatan dapat meningkatkan taraf dan memperluaskan bidang pasaran mereka ke luar negara melalui kerjasama strategik pintar dengan syarikat antarabangsa.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, kapal peronda ke-6 milik TLDM akan dilancarkan pada Mac tahun depan.

Beliau berkata, Kapal Kelantan yang dilancarkan hari ini dijangka dapat beroperasi pada tahun depan.

Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan

Reactions: 
Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak.

''Majlis Ekonomi Negara akan bermesyuarat dan membincangkan konsep yang perlu dibuat dalam keadaan penurunan harga minyak dunia kini.

''Kita akan bincang, sama ada hendak menggunakan kaedah harga lantai (minimum) atau terus mengekalkan keadaan sekarang yang bergantung sepenuhnya kepada harga minyak dunia,'' jelasnya.

Najib Nak Rampas Balik 2/3? - malaysiakini

Reactions: 
Bakal Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertekad untuk mengembalikan penguasaan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Serentak dengan itu katanya, UMNO akan berusaha untuk memperkukuhkan parti itu dengan menangani beberapa permasalahan dan kelemahan dalaman bagi mencapai maksud tersebut.

“Kami bertekad untuk membuat yang terbaik dan Inysa-Allah akan merampas semula majoriti dua pertiga seperti mana yang dinikmati sebelum ini,” ujar beliau dalam temuramah dengan agensi berita AFP di sela-sela Sidang kemuncak APEC di Peru hari Isnin.

Selain tekad tersebut, Najib menjelaskan keutamaan yang perlu dilakukan bagi melonjakkan semula imej gabungan parti pemerintah.

“Parti perlu disegarkan semula terutama dalam soal imej dan bagaimana masyarakat melihat UMNO dan BN,” katanya

Ini adalah kenyataan politik yang dibuat oleh Najib sejak mendapat pencalonan 185 UMNO Bahagian yang bermesyuarat antara Oktober dan November lalu,

Berdasarkan pelan peralihan kuasa, Najib akan mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan Mac 2009 selepas tamatnya Perhimpunan Agung UMNO.

TP - 2/3? Pak Lah Mr.Clean pun gagal nak pertahankan majoriti 2/3 hanya kerana isu "tidur", Pak Najib yang ada isu "tidur" dengan gadis Monggol, entot-entot, skandal rasuah, bunuh dan macam-macam lagi nak pertahankan?

I don't think so... better "clean" all your cases in court 1st Pak Najib... aku rasa zaman Pak Lah, UMNO/BN kehilangan 2/3 majoriti dan zaman Najib pulak bakal kehilangan 2/3 lagi dari apa yang UMNO/BN ada sekarang dengan erti kata lain - dead end for UMNO/BN...

Your guys never learn huh?

Singapura Potong Gaji Kakitangan Awam, Malaysia Pulak? - malaysiakini

Reactions: 
Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.

Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.

Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu menyebut pemotongan 19 peratus gaji tahunan Presiden akan menjadikannya turun kepada $3.14 juta dan Perdana Menteri kepada 3.04 juta tahun depan.

Gaji tahunan para menteri akan berkurangan sebanyak 18 peratus kepada $1.57 juta dan gaji beberapa peringkat pegawai kanan kerajaan akan berkurangan sebanyak 12 peratus kepada antara $353,000.

Elaun bagi Anggota Parlimen akan berkurangan sebanyak 16 peratus kepada $190,000, menurut jabatan yang terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu.

Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata kerajaan akan menangguhkan fasa ketiga penyelarasan gaji bagi kakitangan pentadbiran, pelantikan pemegang jawatan politik, kehakiman dan badan berkanun yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari.

Penyelarasan gaji pada Januari adalah yang ketiga bagi tiga semakan gaji selepas yang pertama dan kedua dilaksanakan pada April tahun lepas dan Januari lepas.

Kakitangan awam bagaimanapun akan tetap menerima pembayaran gaji bulan ke-13 atau gaji tahunan tambahan sebulan, menurut jabatan itu.

Pada tahun lepas, Singapura memperkenalkan satu mekanisme yang membenarkan gaji kakitangan awam berubah berdasarkan prestasi ekonomi negara itu.

TP - itu yang Singapura lakukan dalam menangani kegawatan ekonomi negara mereka. singapura bertindak memotong gaji "orang atasan" tanpa mengusik pendapatan "rakyat bawahan" sebaliknya malaysia mengambil pendekatan yang lebih "unik".

Kekalkan gaji para menteri ( ada jugak depa buat "potongan" sebanyak 10% tapi - "ELAUN"..! bukan "GAJI") , kemudian buat kempen besar-besaran kepada rakyat supaya "berbelanja dengan berhemah"... ( padahal rakyat dah memang sedia dok ikat perut, ada jugak yang asyik miss soru sebab angka gaji tak berubah tapi kos sara hidup makin tinggi )...

Yang paling best ialah tak kena gaya, kakitangan kerajaan akaan melopong tanpa bonus tahunan sedangkan para "orang atasan" bergembira dengan bermacam-macam "elaun dan jugak tuntutan-tuntutan" yang boleh diterima...

Malaysia... oh Malaysia...