Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 03, 2008

Pimpinan UMNO Makin Dirasuk Syaitan - malaysiakini

Reactions: 
Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.

Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.

Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Lagi satu tindakan yang menunjukan bahawa UMNO langsung tidak beminat untuk memulihkan apa yang telah berlaku didalam parti tersebut.

Yang rosak biarkan rosak, yang punah biarkan memunah, yang bernanah tambahkan garam tak perlu mengubat-ubat.

Itulah UMNO. apa yang berlaku diluar UMNO ( KERAjaan pusat ) tak ada bezanya dengan yang berlaku didalam UMNO sekarang.kalau dulu, tindakan begini hanya akan dibuat kepada pihak pembangkang. lapaoran polis tidak akan disiasat, manakala yang melapor akan dikenakan tindakan.

Itu perkara biase jika anada berada di pihak pembangkang dan hari pula, tindakan tersebut bukan sahaja akan dikenakan pada pihak pembangkang sahaja, malah dari parti yang memerintah juga akan dikenakan tindakan yang sama sekiranya cuba melapor salah laku pemimpin atasan.

Siapakah mereka fikir mereka itu yang memegang kuasa? Nabikah? Rasulkah? atau ketua iblis-iblis peranakan syaitan?

Race issues strain BN coalition

Reactions: 
The ethnic gamesmanship that has dominated the political airwaves in recent weeks is exposing the deep strains in the Barisan Nasional government and highlights the dilemma the multi-racial coalition faces on how to deal with an increasingly sophisticated electorate.

Leaders from two of the coalition's most senior members, Umno and the MCA, have been locked in a shouting match on the touchy subject of “Malay supremacy”, while a junior member, the People's Progressive Party, has threatened to pull out of the coalition if the government does not repeal its tough security laws.

Adding to the mounting dissonance is this week's call by Datuk Mukhriz Mahathir, the son of former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, for the closure of vernacular schools, which he blames for the growing polarisation in Malaysian society.

Government politicians have brushed off the debate as part of the coalition's competitive politics.

“I wouldn't read too much into all of this. Umno is heading into its own election and leaders vying for position are playing the race card, while MCA is responding to these noises because they feel they need to recover lost ground with the Chinese,” says a member of Umno's policymaking supreme council, who is also contesting in the party's internal elections in March.

But several political analysts and businessmen are not so sanguine.

“The statements are becoming very shrill and contrived,” says Khoo Boo Teik, who teaches political science in University Sains Malaysia in Penang.

He argues that tensions in the BN on the issue of race reflect the coalition's inability to confront and deal with the stunning setbacks it suffered during the March general election.

“The (BN) component parties have become more insular because they believe (it) will help them regain lost ground, which I think is misplaced and a dangerous trend,” he says.

The opposition alliance, led by former deputy premier Datuk Seri Anwar Ibrahim, wrested control of five state assemblies and raised its representation in Parliament to deny the BN its customary two-thirds majority in the Lower House.

Analysts believe that the stunning erosion of support was because Malaysians, including the country's ethnic Malays who have traditionally supported Umno, have grown tired of the BN's paternalistic brand of politics and are demanding greater transparency in government.

In an interview with Al Jazeera this week, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is set to take over the premiership in March, acknowledged that the BN was facing its most serious challenge after 50 years in power.

“I realise there is a new Malaysia that has evolved and changed. Malaysian society is now more mature and demands more openness,” he said, adding that “if we do not change or reform, then it is quite possible that the electorate will decide to end BN rule.”

But for the moment, Najib's concerns are not being shared by his colleagues in the BN.

In recent weeks, senior Umno leaders have chastised their counterparts in BN for raising questions over the community's special economic rights and their dominant role in national politics.

“It is better for BN component parties who continue to question history and established facts to join the opposition alliance,” Datuk Seri Hishamuddin Hussein, the country's Education Minister and leader of the Umno Youth wing, said over the weekend in apparent reference to the MCA.

MCA's newly elected deputy president Datuk Dr Chua Soi Lek, who has been at the centre of the debate, stressed yesterday that he was not questioning the special position Malays enjoy in society as guaranteed in the Constitution.

“We must change the power-sharing concept in the BN as the term 'Ketuanan Melayu' (Malay supremacy) gives the impression that other parties in the BN are slaves,” he said.

He added that the MCA accepts “the leadership of Malay leaders”. “But it cannot be denied that certain parties exploit the term,” he told reporters.

Harga barangan turun suku pertama 2009 - malaysiakini

Reactions: 
Harga barangan di seluruh negara dijangka dapat diselaraskan dan diturunkan mulai suku pertama tahun hadapan berdasarkan penurunan harga bahan mentah di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) memberi jaminan itu berdasarkan kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berikutan penurunan harga minyak di pasaran buat masa kini.

Menurutnya, kadar harga barangan keperluan pada masa sekarang masih sukar diturunkan secara menyeluruh kerana masih terikat dengan kos pemprosesan yang lama semasa harga minyak berada di paras tertinggi.

''Harga-harga barang keperluan yang telah siap diproses seperti susu dan minyak masak tidak boleh diturunkan kerana penurunan harga minyak di pasaran baru sahaja berlaku dalam masa beberapa bulan ini,'' katanya.

TP - bongok... masa naik laju, bila turun selor nak mampuih... patutnya naik lambat turun laju, ni dah terbalik... macam mana terbaliknya benda-benda macam ni dekat Malaysia, macam tu la terbaliknya pemikiran menteri-menterinya...

Malaysia ni terbongkang bukan pasai ancaman dari luar pun, ancaman dalam pimpinan tu yang lagi teruk.

Warta fatwa haram rokok terpulang kerajaan negeri - malaysiakini

Reactions: 
Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak boleh memaksa kerajaan negeri mewartakan fatwa berkaitan rokok yang telah diputuskan haram kerana ia terletak di bawah Jabatan Mufti Negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, majlis itu telah memutuskan bahawa merokok adalah haram sebelum mewartakannya pada 1997.

"Keputusan mengharamkan rokok itu juga dibuat berdasarkan kajian secara menyeluruh dan mendalam daripada pelbagai konteks dan perspektif mengikut hukum syarak.

"Sehubungan itu, ia terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menentukan sama ada ia patut diwartakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu yang dibangkitkan di Parlimen berhubung fatwa pengharaman rokok yang dibuat pada 1997 dan sehingga kini belum diwartakan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang arif dalam agama Islam untuk meminta supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera bagi memastikan jumlah perokok dapat dikurangkan.

Wan Mohamad berkata, pihaknya tidak merasakan langkah mewartakan fatwa pengharaman rokok itu mustahak kerana ia tidak memberi kesan drastik ke atas perokok.

Jelas beliau, apa yang penting adalah mempertingkatkan kempen kesedaran bahaya merokok seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan yang melarang perbuatan merokok di tempat-tempat awam.

"Perkara ini juga memerlukan kerjasama daripada para perokok sendiri. Mereka lebih mengetahui kesan buruk merokok. Bagi orang Islam pula, hukum telah ditetapkan dan mereka seharusnya boleh membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga berpendapat bahawa mewartakan fatwa pengharaman rokok itu tidak penting sebaliknya pihak berkuasa perlu menghentikan import rokok.

"Cara tersebut lebih efektif berbanding penguatkuasaan undang-undang ekoran perokok akan tetap berdegil untuk berhenti daripada meneruskan tabiat buruk itu," ujarnya.

Mengenai hukum merokok, beliau berkata, sekiranya perbuatan merokok itu telah memudaratkan perokok, ia sememangnya haram.

Khir Toyo Upah Skuad Berani Bogel? - malaysiakini

Reactions: 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihat mempertimbang desakan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang nekad untuk mengadakan demonstrasi secara berbogel sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula oleh kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, 'keberanian luar biasa' yang mahu ditunjukkan oleh anggota-anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membuktikan bahawa penduduk PPR yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah begitu terdesak dan benar-benar tidak mampu menanggung kenaikan sewa berkenaan.

TP - Ai... setahu aku kes ni dah selesai, kerajaan negeri dah umumkan sewa rumah PPRT tak kan dinaikkan buat masa ni dan para penyewa akan membayar pada harga yang telah sedia ada selama ini.

Jadi apa masalahnya lagi? yang aku tengok dok berkokok sekarang bukan penduduk, tapi puaka-puaka yang mungkin telah diupah oleh beruk toyo. apa rasionalnya berbogel? adakah dengan berbogel masalah akan selesai?

Kalau macam tu caranya ( bogel boleh selesai masalah ), ada baiknya seluruh penduduk Malaysia berbogel.sebab mengikut kepercayaan puaka-puaka reformis - bogel boleh menyelesaikan masalah.maka kalu seluruh pendudk Malaysia berbogel, Malaysia akan tenang dari masalah... itu kepercyaan reformis.

Satu lagi yang aku pelik... biasenya ketua pembangkang akan jadik hero dalam mana-mana hal iaitu dengan berjumpa dengan mana-mana pihak yang bermasalah dan cuba memenangi masalah tersebut sebelum kerajaan negeri menyelesaikannya.

Tapi dalam hal ni pulak si toyo tak pulak cuba nak memenangi masalah ni sebaliknya cuma berkokok dari jauh dan aku jugak sangsi dengan statement toyo ""Kalau mereka sanggup berbogel, maknanya mereka benar-benar tidak mampu bayar."

Yang sanggup berbogel dalam hal ni, bukan penduduk, sebaliknya gerombolan reformis... ini amat menghairankan.adakah toyo telah mengupah para reformis pro bogel ini dengan wang yang banyak untuk menyamar sebagai "penduduk" yang sanggup berbogel kerana kesempitan?

Atau para reformis ini bakal berbogel selepas dijanjikan imbuhan yang banyak??? hang tunggu la toyo... wa nak pi cari horatio... kita tengok siapa yang nak bogel tu, penduduk atau babi-babi upahan toyo..!

CAR: Salah Selangor jika gagal? - malaysiakini

Reactions: 
Kerajaan campuran Selangor wajar dipersalah jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang gagal dilaksanakan.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak menggunakan kuasa mutlak yang ada padanya untuk mengambil alih tanah terbabit daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta memindahkan penduduk.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, Seksyen 3(1)(a) untuk mengambil tanah terbabit secara paksa atas kepentingan awam.

Sabtu lalu, Abdul Khalid menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak harus dipersalahkan jika projek CAR bernilai RM400 juta di Sungai Terentang, Rawang gagal disiapkan kerana TNB mempunyai kuasa mutlak ke atas kawasan terbabit dan pihaknya tidak pernah menghalang projek itu diteruskan.

Sekiranya projek berkenaan tidak diteruskan segera, Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung bakal berdepan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Penangguhan projek berkenaan hanya disebabkan 17 daripada lebih 200 keluarga masih berdegil untuk berpindah.

UMNO Singkir Zaid Ibrahim

Reactions: 
Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.

Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.

Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.

Surat tunjuk sebab


Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabient kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.

Pilihanraya kecil

Mengenai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, mesyuarat MT memutuskan supaya persiapan disegerakan.

MT juga, tambah beliau, mengarahkan bahagian-bahagian Umno lain, membantu Umno Terengganu dalam menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Razali yang juga timbalan menteri pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran Umno Terengganu.

Abdullah juga berkata, soal pemilihan calon bagi pilihanraya kecil tersebut, belum lagi diputuskan.

Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Umno boleh mencadangkan calon yang layak dan tidak perlu diadakan mesyuarat MT untuk membuat keputusan mengenainya.
------------------------------------------------------------
Umno Supreme Council today sacked Zaid Ibrahim from the party for attending opposition events.

Umno president Abdullah Ahmad Badawi made the announcement at about 11.30pm after chairing the supreme council meeting at party headquarters in Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur.

Abdullah did not give any details of the opposition events that Zaid had attended.

The supreme council meeting started at 8.30pm and Zaid's participation in the opposite camp was among the main agenda for the day.

To a question by reporters, Abdullah said that Zaid had no avenue to appeal against his dismissal.

"Once he has been sacked, there is no opportunity to appeal," said the prime minister during the 10-minute press conference.

Also present at the press conference were his deputy Najib Abdul Razak and party secretary general Tengku Adnan Mansor.

When asked if Zaid had provoked this sort of action from the party by being seen with the opposition, Abdullah said:

"There were wrongdoings by Zaid as he was seen in the company of the opposition leaders. This is something which is against Umno ethics."

Abdullah said that Umno had no choice but to take that drastic action against Zaid.

"The party must be consistent in these sort of matters," he added.

The former de facto law minister has been toying with the opposition ever since he stepped down from his government post in September over his disapproval of the Internal Security Act.

Last Saturday he made a shocking appearance at the PKR national congress opening. He however had denied that he had joined any of the opposition parties.

"Yes, yes, I am still in Umno. I have not been sacked yet," he had told reporters on Saturday.

And on Friday night, he was seen at the DAP victory dinner in Penang.

Arif Shah Still An UMNO Member

On another matter, Abdullah said that the council also discussed the situation involving Seberang Jaya state assemblyperson Arif Shah Omar Shah who was reportedly being allured by the PKR.

There were also reports of an open tiff between Arif Shah and other state Umno leaders.

PKR leader Anwar Ibrahim also revealed today that he had invited Arif Shah to join PKR, but had not offered him the deputy chief minister 1 post as an enticement, as was widely reported.

Abdullah said that Arif Shah had met him and told him of his intention to remain in Umno.

"He came to meet me yesterday. He explained to me that he has no intention to join another political party.

"He remains as an Umno member and will be an Umno state assemblyperson," said Abdullah.

No Candidate Yet For Kuala Terengganu

On the forthcoming Kuala Terengganu by-election, Abdullah said that the party has not finalised a candidate for the parliamentary seat.

However he said that the party has ordered its election machinery to be prepared for the by-election.

The seat fell vacant following the sudden death of its two-term Umno MP Razali Ismail on Nov 28.

The Election Commission will be meeting on Friday to determine the nomination and polling dates for the by-election which should be held 60 days from today.

PAS has said that it would be placing its candidate for the by-election.

On another matter, Abdullah also said that Najib briefed the council members on the economic situation of the country.