Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 13, 2008

Menyesatkankah Puisi Ini? - malaysiakini

Reactions: 
Puisi Karamah Melayu ni aku cilok dari blog 13 Mei: Dari Kacamata Melayu. saje aku cilok & pamer dekat sini sebab bulu roma aku meremang bila baca puisi ni.

Tapi jangan silap beb... meremang bukan sebab "terkesima" dengan bait-bait puisi ni, tapi aku rasa terkesima bila bacaan aku sampai dekat ayat-ayat yang aku bold kaler merah tu.

Rasa macam terpesong sikitlah pemahaman penulis ni... aku nak terangkan pun aku tak berapa pandai dalam bab agama tapi yang jelas bagi aku, aqidah boleh terpesong dengan bait-bait puisi macam ni.

Pandangan orang lain aku tak tau, tapi pada pandangan aku kalau budak-budak baca puisi ni, memang boleh lari akidah.

Hangpa baca part yang aku blot kaler merah tu lepaih tu hangpa cuba komen ikut pengetahuan hangpa. sama-sama kita tambah ilmu agama.

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat, Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.


Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah, Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!

Strategi Pertama Ali Ketam Berjaya..! - malaysiakini

Reactions: 
Umno Bahagian Tanah Merah sebulat suara mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti pada pemilihan Mac depan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula dicalonkan sebagai Timbalan Presiden dalam mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tanah Merah yang diadakan di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, di sini hari ini - mSTAR Online

*pinjam teknik komentar tukar tiub...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah... kah kah kah kah kah kah kah kah kah...

Baru tengahari tadi aku habaq... kah kah kah kah kah kah kah kah kah...

Hangpa tak tau lagi??? kah kah kah kah kah kah kah...

Baca dekat [sini]... kah kah kah kah kah kah kah...

Nampaknya strategi pertama dah berjaya...

Kah kah kah kah kah kah kah... tahniah Mat Ketam... kah kah kah kah kah...

Jangan Kayuh Basikal, Bising...!!! - malaysiakini

Reactions: 
Polis akan menyiasat dalang atau penaja penganjuran aktiviti berbasikal yang dinamakan 'Rakyat Pengayuh Perubahan', yang dikatakan melibatkan ahli politik.

Aktiviti tersebut yang dianjurkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) sejak awal bulan ini, bertujuan menghantar memorandum kepada Parlimen berkaitan tuntutan rakyat kepada kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menganjurkan perarakan tanpa permit tersebut, walaupun mereka merupakan ahli politik.

"Aktiviti ini secara tidak langsung terdapat elemen yang melanggar undang-undang negara kita kerana terdapat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa permit," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Mess PDRM di Pulapol di sini, hari ini.

Katanya, aktiviti itu turut mempergunakan kanak-kanak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sekali gus mengakibatkan pencemaran minda dan pemikiran mereka.

"Perarakan itu juga secara tak langsung telah menggugat ketenteraman awam"
. "Oleh itu saya nasihatkan kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam perarakan ini atau tindakan undang-undang sedia ada akan digunakan," katanya.

Aku tak paham bab "secara tak langsung telah menggugat ketenteraman awam".

Kawasan mana yang huru-hara lepas geng-geng berbasikal ni lalu? ketenteraman tergugat? naik basikal menggugat ketenteraman?

Abis budak-budak motror dok merempit siang malam tu tak gugat ketenteraman awam pulak?

Apa kayuh basikal ni mencemar ketenteraman awam ke? berapa la ekzos basikal ni? banyak ke asap bila kayuh basikal? bising ke bila kayuh basikal?

Kalau ikut akal PDRM ni boleh la kita andaikan bahawa Vietnam, Jepun dan Chin adalah negara yang paling tak tenteram didunia sebab majoriti penduduknya berbasikal kesana-sini.

LEPAS NI KERAJAAN KENA HARAMKAN TOUR D LANGKAWI SEBAB "MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM".

Wooooooooiiiiiiii........!!!!!!!!


POLIS BODOOOOOOOOOOOOHHH...!!!

Larangan ditarik, kakitangan awam Melaka boleh lawat Kelantan - malaysiakini

Reactions: 
Petik kata-kata Mat Ali Ketam dalam mSTAR Online :-
  • Kerajaan Negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.
  • Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara itu berkata, larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.
  • "Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.
  • "Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini, hari ini.
  • Pada April 2000, Mohd Ali mengeluarkan arahan semua kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka dilarang mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan berikutan isu kafir mengkafir ketika itu.
Aku quot balik - "Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam".

Betul ka macam tu ketam? aku tak rasa pun penarikan balik larangan ni adalah disebabkan tidak ada lagi kenyataan orang UMNO tidak Islam...

Apa yang aku nampak ialah bulan Mac dah dekat... sokongan perwakilan dari Kelantan pun nak kena tarik jugak...

Tak gitu ketam?

Cabinet agrees to Terengganu’s own asset manager

Reactions: 
A major obstacle to the setting up of a RM10 billion sovereign wealth fund by the Terengganu state government has been cleared. The Cabinet at its weekly meeting yesterday agreed that the federal government would provide a RM5 billion guarantee to the Terengganu Investment Authority, a move which would help the authority raise capital from the local and foreign markets at a lower cost.

The Cabinet decision to provide the all-important government guarantee is also a backhanded acknowledgment that the 5 per cent oil royalty money which the state has received since 1978 should be better managed.

For years, there has been a litany of complaints on how the oil royalty has been squandered by successive Barisan Nasional governments. Despite billions of ringgit flowing into the state over the last 30 years, Terengganu remains one of the poorest states in the country.

Disturbed by this situation and aware that oil and gas resources in the state will run out one day soon, the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, who is also the Sultan of Terengganu, mooted the idea of channelling some of the oil royalty money into a sovereign wealth fund run by a team of professionals and supervised by well-regarded Malaysian and foreign bankers and investors.

The King believes that only by managing the royalty money prudently can the prosperity of future generations be secured.

The setting up of the TIA was endorsed by the Menteri Besar Datuk Ahmad Said and his state exco on Wednesday. Under the authority, the Sultan of Terengganu will be the chairman of the Board of Advisors. The Menteri Besar will also be represented on the board.

The RM10 billion will be invested in Terengganu and in other parts of Malaysia. But the fund will also have the mandate to invest globally. Dividends will be declared to the state and its partner investors.

Without the 5 per cent royalty payment, Terengganu’s revenue amounts to about RM400 million a year.

-TMI

Iskandar billions yet to reach public’s pockets

Reactions: 
It has been three years since Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi first announced the Iskandar Development Region to boost the economy in south Johor.

Some 37 months and 11 days plus RM41 billion in investment pledges later, businesses in the area are still waiting for this boost.

In fact, they are finding themselves in the middle of an economic slump.

The Malaysian Insider
understands that this evening, yet another mega project in what is now known as Iskandar Malaysia will be announced in the form of an RM800 million Legoland theme park, Asia's first.

Abdullah will witness the signing of a joint venture between Iskandar Investment, the investment arm of Iskandar Malaysia, and Merlin Entertainments Group, who represent the interests of Danish toy building blocks manufacturer Lego.

Add to this the RM40.25 billion claimed by Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman already committed, and Johor should be looking forward to coasting through the current economic slump.

But numbers on paper do not seem to be translated into real business for small-medium enterprises or the labour force here.

South Johor SME association president Teh Kee Sin told The Malaysian Insider that local entrepreneurs are yet to reap any trickle-down effect, as in fact, tangible and physical evidence of investments are rare.

"We do not feel the benefits as developments have been slow," he said.

Most of what has been put in place is merely infrastructure, but actual trade and business have not yet mushroomed in Iskandar.

Speaking to The Malaysian Insider, state opposition leader Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) claimed that the RM460 million rail link between Tanjung Pelepas Port and Senai airport has not been utilised and new factory lots were only seeing 10 per cent occupancy.

Even these infrastructural projects, according to Teh, have been awarded at federal level, leaving local contractors high and dry.

Meanwhile, SMEs are forced to do everything they can to control running costs. Keeping inventories under strict control is perhaps simply about good management.

Despite Abdul Ghani quoting statistics from the Malaysian Industrial Development Authority, saying that at least 9,757 new jobs had been generated in Iskandar Malaysia with the investments in the manufacturing sector, SMEs have been forced to reduce wage bills.

Teh said that they have freezed hiring, eliminated overtime, cut hours, implemented three or four-day weeks and retrenched — in order of ascending desperation — as order books have been hit by a 20 to 70 per cent reduction in sales.

With today's announcements to come after a high-level progress update meeting between Abdullah, Abdul Ghani and top Iskandar executives, the questions that need to be asked are not about how big the project is becoming but how much of it is being delivered to the ground.

With another two theme parks set to join the 200-hectare Legoland, which should be completed by 2012, Johoreans may be able to look forward to some fun and games.

However, all play and no work makes Johor a depressed economy.

-TMI

Perhatian Kepada Reformis...!!! - malaysiakini

Reactions: 
Kemaskini 1:14pm Perhatian kepada Presiden Reformis En. Ramlan & para skuad berani bogel. disini aku ingin menawarkan perkhidmatan package jurufoto profesional untuk majlis berbogel.

Package termasuk :-
1 - Bogelling's Planner.
2 - Photo & AV (unlimited).
3 - Make-up & butt styling.
4 - Make-up & penis styling (special offer).
5 - Invitation Design & Printing.
6 - Bogelling photo (unlimited - standby batery & memory stick available).
7 - Sticky Bogelling Album (all size included).
8 - Mock-Up Bogelling Album (special edition).
9 - Custom Bogelling Album.
10 - VCD/DVD (DTS)
*kami juga menyediakan khidmat mandi air babi untuk mengilatkan lagi badan sewaktu majlis perbogelan -
sila rujuk posting dibawah - klik [sini].

Kepada presiden Reformis Encik Ramlan, sila hubungi
Topengperak_Xinwugi di nombor 013 973 9721 atau email poji2ya@gmail.com untuk tempahan.

Tempahan disaat akhir akan menerima pelempang kapit (special edition) dan juga sebesen air cili padi.

Ada sahabat tambah lagi 1 package :-
11 -
bergambar depan background R.Mugabe (1 keping sahaja termasuk tayangan di Pawagam). - terima kasih buat pencadang saudara jumpover.


Perubahan pada package no :-
12 - Tudung pen ataupun tudung marker pen (tertakluk pada permintaan) untuk cover punai
. - terima kasih buat pencadang saudara Anon 11:00am & juga saudara Anon 12:56pm
.

*sesiapa ada cadangan lagi boleh utarakan cadangan korang diruangan komen dan package akan diupdate dari masa kesemasa.

Kilang tutup: 200 hilang punca pendapatan

Reactions: 
PONTIAN, 13 Dis (Hrkh) - Kira-kira 200 pekerja kilang nanas milik Syarikat Kumpulan FIMA, di Pekan Nanas, di sini, bakal hilang punca pendapatan apabila kilang tersebut menamatkan operasinya akhir bulan ini.

Kesemua pekerja kilang tersebut sudah menerima notis berhubung penamatan operasi kilang berkenaan sejak awal bulan ini.

Difahamkan kilang yang beroperasi sejak 1964 ini memberikan alasan peningkatan kos yang begitu tinggi sebagai punca kilang ini ditutup.

Sebagai bantahan terhadap tindakan pemilik kilang menamatkan operasi kilang ini, pekerja terbabit telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang tersebut, baru-baru ini.

Jurucakap pekerja terbabit, Mohd Fauzi Salman, 48, ketika ditemui memberitahu, kilang milik Syarikat Kumpulan FIMA terbahagi kepada dua iaitu, kilang mengetin nanas (PCM) dan satu lagi kilang, Instanco, yang menjalankan operasi pembungkusan bahan-bahan seperti gula, creamer, garam, lada sulah, bagi keperluan hotel-hotel dan juga pihak-pihak lain.

"Setakat ini operasi kilang Instanco berjalan seperti biasa tetapi PCM akan ditutup akhir bulan ini, tindakan FIMA menutup PCM sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi kami," katanya.

Katanya, kebanyakan pekerja kilang ini sudah bekerja lebih 30 tahun lamanya, ada yang bekerja sejak dari muda hingga bercucu, seratus peratus tenaga kerjanya adalah orang Melayu bahkan FIMA itu sendiri dimiliki orang Melayu.

"Sekiranya kilang ini ditutup, bukan saja kami akan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga malah, kilang nanas nombor dua terbesar milik orang Melayu di negara ini yang boleh dibanggakan selama ini akan hanya tinggal sejarah sahaja," jelasnya.

Katanya, walaupun pihak kilang berjanji untuk memberi pampasan kepada pekerja namun pampasan yang bakal diterima ini tidak mungkin dapat menjamin masa depan pekerja.

Image"Pihak kilang berjanji akan memberi pampasan berdasarkan tempoh bekerja dan gaji terakhir yang diterima, sebagai contoh, saya sudah bekerja selama 30 tahun dan gaji terakhir saya lebihkurang RM1,000 sebulan, ini bermakna saya akan mendapat sekitar RM30,000.

"Bagaimana pula halnya pekerja yang berkhidmat dalam tempoh yang singkat dan menerima gaji kurang daripada RM1,000 sebulan, sudah tentu pampasan yang bakal mereka dapat juga sedikit.

"Dalam keadaan ekonomi hari ini adakah jumlah wang sebanyak ini mampu membiayai masa depan kami, ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat apakah kami mampu mendapatkan kerja lain untuk meneruskan hidup," katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kerajaan campur tangan bagi mengelakkan kilang ini ditutup.

"Kerajaan mesti melakukan sesuatu bagi mengelak kilang ini ditutup dan jika perlu kerajaan melalui agensi-agensi yang ada, mengambil-alih semula kilang ini, jika kilang ini ditutup bukan saja kami akan hilang punca pendapatan bahkan kesannya juga akan turut dirasai penanam nanas di kampung-kampung yang kebanyakannya juga terdiri dari orang Melayu," ujarnya lagi.

20 kes rasuah Khir Toyo - malaysiakini

Reactions: 
sumber Mesra.net & SUARA SUKJ.

Dekat bawah ni ada 20 tuduhan yang dikatakan melibatkan Mr Botox aka Khir (en,zet,ai,ar) Toto (el).

Baca dulu...

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Jadi siapa nak jawab tuduhan-tuduhan dekat atas ni... aku bagi 2 cadangan dekat Khir (en,zet,ai,ar) Toyo (el) samada jawab sendiri atau pas kan dekat geng-geng Reformis untuk jawab... amacam?

Siapa Betul, Siapa Tak Betul? - malaysiakini

Reactions: 
Kat bawah ni ada 2 email yang aku dapat aduan dan jugak respon pasai Tragedi Bukit Orang Kaya... 2-2 menarik, aku tak reti nak komen, ntah mana 1 betul, ntah mana 1 tak betul pun aku tak tau... yang aku tau, orang kaya ramai yang sombong... yang tak sombong lagi ramai, tapi imej jadik rosak pasai ada segolongan yang kaya bawak taik...

Contohnya aku quot dari email kat bawah "Disebabkan mereka kena turun bukit dan melalui semak dan tahu ada makan yang lebih baik dibawah, mereka buang makanan-makanan berbungkus tersebut dikawasan pembuangan sampah haram".

Ni kerja orang gila... dalam kesusahan pun ada lagi yang perangai mengalahkan perangai anak anjing baghu beghanak.

Tak nak komen panjang-panjang dah sebab aku menyampah ngan peghangai orang kaya bodoh sombong... baca email kat bawah dan balasan skali.

email dari syed.
  • Salam,
  • Beberapa hari lalu semua orang tahu bahawa TV3 ada tunjukkan babi hutan makan makanan berbungkus yang terbiar, terbuang...
  • Rupa-rupanya makanan itu adalah dari team UMNO, yang dibawa oleh UMNO.
  • Kenapa dan bagaimana ia terjadi..? Allah Maha Kaya...
  • Sejak bukit runtuh, sejak 7AM hari pertama hingga tengahari hari ke-2 , pihak berkuasa, dll asyik menghalang para sukarelawan PR, PKR, PAS, Unit Amal dari memasuki kawasan atas alasan menurut perintah pihak atasan...
  • Dalam tempoh itu, pihak MP dan ADUN PKR @ PAS kena cemuh, bila public tahu kisah sebenar, (selepas itu la) tu pasal makanan tu kena buang...
  • Masih sedang meeting logistik tragedi tu sekarang, dan dapat maklumat sebenar input ini & ana sebut untuk iktibar, bekerjalah dalam keadaan EHSAN...
  • Lain-lain sabotaj yang dibuat ialah :
  1. mereka halang kita masuk beri bantuan
  2. kita dikata tidak pro, padahal mangsa2 kata puak2 tu rehat aje, kehulu-hilir, main sms, merokok, pesta makan digerai, dll...
  3. media kata PR tak pro aktif sedangkan mangsa terbiar, pada hal nak aktif macamana sebab mangsa tak ada (tak ramai ) kat sekolah Hulu Klang tu. Sebab lepas daftar, mereka terus check-in hotel, maklum lah mereka ada duit...minta barang2 dari JKM, dihalang, ditanya mana autoriti anda..? Dah bergaduh bagai, baru dapat...
Balasan email dari keduak abu.
  • Salam,
  • Berdosa kita buat fitnah. Jika tak tahu cerita jangan mereka cerita.
  • Tanya orang yang ada di atas sana memberikan bantuan kemanusiaan.
  • Di atas sana tak timbul soal siapa beri apa dan kepada siapa.
  • Saya salah seorang petugas yang berhujan berpanas hingga ke hari ini.
  • Apa yang dapat saya lihat sejak hari pertama, Air mineral pun ada lambang PKR.
  • Tulis besar-besar sumbangan drp sipolan dan sipolan dan juga lambang PKR.
  • Apa motif mereka jika menderma pun nak heboh-hebohkan daripada siapa.
  • Untuk maklumat semua, nasi tersebut dibawa turun oleh penghuni rumah yang berdekatan yang diterima oleh mereka untuk makan tengahari.
  • Disebabkan mereka kena turun bukit dan melalui semak dan tahu ada makan yang lebih baik dibawah, mereka buang makanan-makanan berbungkus tersebut dikawasan pembuangan sampah haram.
  • So jika tak tau cerita janganlah mengada-adakan cerita.
  • Tak habis-habis nak berpolitiking.
  • Semuanya nak salahkan orang lain.
  • Jika benar orang sebelumnya salah, tanya diri sendiri APA YANG TELAH PKR LAKUKAN UNTUK MEMBETULKAN KESILAPAN TERSEBUT SEBELUM BENCANA TERJADI SEPERTI DI BKT ANTARABANGSA.
  • Kejadian-kejadian ini jelas membuka pekung didada PKR dan penduduk BKT Antarabangsa tahu cerita sebenarnya.
  • Semoga kita berbakti kepada bangsa dan negara tanpa berkira-kira.
Salam

Nah... sekarang sape nak sahkan mana satu betul, mana satu tak betul?

Orang kaya dapat bantuan penuh, pencacai yang luang masa dok tolong puak-puak kaya (anjing tersepit) dok bertelagah... hat untung orang kaya, hangpa yang dok kalut tolong depa sampai tak sempat nak sambut raya, tinggal anak bini dekat rumah, berpanas-berhujan telingkup dek diskriminasi sesama-sendiri...

Orang kaya yang hangpa bantu bagai nak gila, dok lepak hotel sambut raya macam biasa... sapa anjing sapa tuan anjing?

Sebab tu orang tua dah habaq dalam peribahasa - melepas anjing tersepit.

Anjing yang hangpa lepas bebas, sebelum blah sempat dia kekah korang, yang tolong lepas anjing yang tersepit tu sampai la ni dok gaduh saling salah menyalah. sorang kata hang salah pasai lepas anjing tu, sorang lagi dok kata hang salah pasai lepas anjung tu.

Donia, oh doniya...

Jangan lupa baca artikel [ini] dan [ini].

Kenaikan Besar Lesen Pasar Malam RM288 - malaysiakini

Reactions: 
Dec.10 dalam malaysiakini tajuk berita Kenaikan besar lesen pasar malam RM288.
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menafikan kenaikan mendadak harga lesen pasar malam dan pasar pagi kepada RM288 setahun yang akan berkuatkuasa 1 Januari ini membebankan 5,000 peniaga kecil.
  • Timbalan yang dipertuanya Jamri Basni berkata, harga lesen terbaru itu – daripada RM22 setahun – bertujuan menyeragamkan pengurusan hampir 12,000 petak perniagaan dalam kawasan Selayang dan Rawang.
  • Amalan selama ini yang turut melibatkan pengelola setempat – termasuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan BN – lebih membebankan penjaja, tambahnya.
  • "(Amalan) sekarang, hendak dapat tapak pun kena banyar antara RM200 hingga RM2,000," katanya.
  • Selepas mendapat tapak daripada pengelola, peniaga membayar lesen perniagaan kepada MPS, selain caj kutipan sampah dan kawalan lalu lintas antara RM2 hingga RM10 yang ditetapkan pengelola.
  • Mulai tahun depan, MPS mentadbir secara langsung aktiviti perniagaan kecil ini tanpa pembabitan pengelola.
  • Menurut notis pemberitahuan yang diedarkan hujung bulan lepas, peniaga yang berminat dikehendaki membuat permohonan baru kepada MPS dan diberi pilihan membuat bayaran penuh setahun atau setiap enam bulan.
  • Jasni menambah, peniaga pasar malam juga dikenakan bayaran RM10 untuk setiap penjaja dan pembantu untuk memproses kad pengenalan diri.
  • "Bayaran ini termasuk semua, tidak perlu lagi buat bayaran lain," katanya, sambil menambah, kadar baru ini telus dan seragam untuk semua peniaga.
  • Jasni turut menafikan kenaikan harga lesen pasar malam dan pasar pagi itu untuk menampung kenaikan elaun ahli majlisnya, juga berkuatkuasa tahun depan.
  • Setiap ahli majlis MPS dilaporkan akan menerima elaun bulanan sehingga RM2,500 sebulan, kenaikan besar daripada RM750, bagi menampung bayaran pejabat dan gaji kakitangan.
Masa aku baca berita ni aku tak komen apa-apa pasal aku tak dapat maklumat jelas pasal isu ni. ada sahabat yang panjangkan isu ni dalam yahoogroups dan hasilnya dapat berbagai respon dan antara respon-respon yang aku anggap menarik dan jugak penuh penjelasan yang munasabah untuk diterima akal (walaupun bukan jawapan rasmi) dan aku kongsi dekat sini untuk bacaan dan pengetahuan sekelian korang...

Jawapan Dari Dato' Mustafa Kamal Mohd Zaini.
  • Wsalam~
  • Di dalam group ni ada macam-macam jenis orang. Antaranya adalah Ahli Majlis Perbandaran... :-). Saya adalah salah seorang darinya.
  • Bab nak menaikkan sewa ni bukan perkara yang popular, tetapi kadang-kadang perlu. Bukan nak cover RM 2,500 gaji Ahli Majlis. FYI bagi orang yang mentohmah itu, first of all saya minta awak ucap astargfirullah. Mulut jangan lepas cakap aje,ok. Dulu kami dibayar RM 500, lepas itu dinaikkan RM 750. Dengar khabar(baru khabar, ok) nak dinaikkan RM2,500... itupun melalui group ni saya tahu. Tugas kami sebagai Ahli Majlis ni sebenarnya berat. Selain legislatif, kami juga expected untuk buat kerja-kerja eksekutif seperti memantau kawasan dan sebagainya. Baru semalam saya dipanggil oleh penduduk untuk meninjau kawasan berbukit yang dibangunkan tanpa kawalan yang baik. Dari segi habuan kewangan, minta maaflah kawan-kawan. Sekarang ni, duit minyak pun tak lepas. Tapi kami nak jadi Ahli Majlis ni bukan nak buat duit, tapi nak serve masyarakat. Namun, biarlah imbuhannya reasonable dan jika reasonable barulah setiap Ahli Majlis dapat berfungsi dengan baik. Ahli Majlis sebelum PR dulu, depa tak kesah sangat dengan imbuhan-imbuhan ni, sebab banyak yang kaya-kaya dan adalah desas-desus (saya tak nak confirm sebab until ada pertuduhan formal baru saya confirm) mereka banyak pasang syarikat di PBT. Saya sebagai Ahli Majlis bukan aje susah nak berniaga, polisi kerajaan PR Ahli Majlis tidak dibenarkan berada di dalam Tender Board. Dulu.... mereka boleh.
  • Saya ingin bertanya, sudikah anda pembayar cukai menjadi sponsor orang-orang yang berniaga? At current rates, mana-mana PBT pun setahu saya (especially Kajang) banyak rates yang memang murah dan under priced. Hasilnya PBT terpaksa sponsor pebisnes-pebisnes. I don't think this is right. Harga sewa... mesti reasonable. Hasil PBT perlu beri servis kepada ratepayers, bukan memberi subsidi kepada pebisnes-pebisnes sahaja.
  • Bagi PPR pula, saya juga setuju tidak perlu dinaikkan. Munkin ada rasional mereka nak menaikkannya ,tetapi kita boleh berhujjah tak ada masalah. Kita cari penyelesaian terbaik. Bagi saya perlu satu mekanisma yang lebih ketat, contohnya, setiap tahun penghuni mesti membuat filing income tax (samada layak kena tax atau tidak) sebagai bukti mereka miskin. Sebabnya income tax ni adalah seperti kenyataan bersumpah, anda tak boleh tipu. Jika tipu salah di sisi undang-undang. Jika mereka sudah menaikkan taraf hidup mereka dan mereka sudah exceed certain benchmark, mereka haruslah berpindah dan beri peluang lain kepada yang lebih memerlukan. Budaya kita ni tidak gitu kan? kat perumahan kos rendah pun ada BMW, dan kereta-kerata hebat. Bila suruh pindah, lawan sana lawan sini. Nak duduk PPR forever and ever, tapi duit loaded.
  • Kat Kedah tu, Allahu A'lam. Saya juga tidak setuju balak ditebang. Tetapi setahu saya ianya hanya 'political gambit'. Sebabnya kerajaan pusat seperti biasa akan menarik balik segala macamperuntukan kepada negeri Kedah sebab ianya kerajaan PR sekarang. Kerajaan Kedah beri ultimatum, jika tidak diberi hak2nya dia akan tebang balak tersebut. Memanglah nampak simple aje gitu, tetapi saya yakin tak semudah itu depa nak tebang. Allahu A'lam, itu hal negeri saya tak tahu sangat. Bab PBT, bolehlah sikit-sikit.
Wassalam~. Ini pengamatan rambang saya.

Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini
(hp: +60192149345)
President, AKSI CEPAT TANGGAP (ACT) MALAYSIA
Ahli Majlis Perbandaran Kajang
www.actmalaysia.org

jadi harap semuanya jelas...

Jangan lupa baca artikel [ini] dan [ini].

Untuk Rujukan Reformis (18sx) - malaysiakini

Reactions: 
Untuk rujukan Presiden Reformis, saudara Ramlan. dibawah ni aku bagi sikit contoh majlis bogelling yang pernah dianjurkan disebuah negara di Asia.

Geng-geng dekat atas ni depa tak ambik full package macam yang aku tawarkan (package no 3 & 4 depa ambik TANPA MAKE-UP) tu pasai depa pakai topeng... kalau tak silap aku ketua depa dulu nama dia Lam Ran.

Kira happening gila la masa tu pasai package no 5 tu memang kami plan baik punya... Al-Jazeera memang kita sponsor & kita bagi VIP pas sekali dengan Utusan Meloya, Berita Hairan & jugak TV3 suku.

Jadi kalau Encik Ramlan berminat, jangan malu dan jangan segan.hubungi pihak kami dengan segera dan kami menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami terutama yang rasa kulit muka depa macam kulit babi.