Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 23, 2008

Al-Fatihah: Dr Raja Ahmad Noordin Meninggal Dunia - malaysiakini

Reactions: 
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Raja Ahmad Noordin Raja Shahbudin, 84, yang meninggal dunia malam tadi setelah mengalami serangan angin ahmar, dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum zohor hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 10.30 malam tadi di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, kata anaknya, Norman.

Raja Ahmad Noordin, yang menjadi Ketua Pengarah Kesihatan dari tahun 1975 hingga 1980, meninggalkan isteri Puan Sri Saliah Abdul Wahab, 74, dua orang anak dan tujuh cucu.

Adik hilang: Rabiatul Adawiyah Bt Ngah - malaysiakini

Reactions: 

Assalamualaikum..



Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.



Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.



Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.



Sekian, terima kasih.



Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah

Cadangan Perak Beri Hak Milik Pegangan Ditangguhkan - malaysiakini

Reactions: 
Cadangan kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah pegangan kekal bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan dicapai oleh Majlis Tanah Negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata Dasar Tanah Negara menetapkan bahawa pegangan untuk selama-lamanya hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

Sehubungan itu, katanya Majlis Tanah Negara mengambil keputusan satu mesyuarat khas diadakan bagi tujuan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat dan kertas kerja kerajaan Perak dibincangkan.

"Daripada segi dasar dan Perlembagaan negara, ia tidak boleh dibuat secara unilateral, ia mesti melalui Majlis Tanah Negara.

"Jadi, cadangan kerajaan negeri Perak tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan Majlis Tanah Negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-64 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin bahawa dasar kerajaan Perak untuk memberikan hak milik tanah pegangan bebas kepada penduduk Kampung Baru dan Kampung Tersusun tidak akan mendatangkan masalah kepada negeri itu pada masa depan.

Mohammad Nizar berkata ini kerana ia hanya membabitkan saiz tanah yang kecil iaitu 6,000 hektar atau 0.01 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Perak.

Ia membabitkan 110,000 hak milik iaitu 60,000 kepada Kampung Tersusun dan 50,000 bagi Kampung Baru dan pemberiannya akan dibuat secara berperingkat.

Najib berkata kerajaan negeri Perak mempunyai alasan berhubung perkara itu tetapi apa jua alasan tidak boleh bertentangan dengan Dasar Tanah Negara yang diputuskan oleh Majlis Tanah Negara.

Katanya ini kerana kewujudan majlis ini berasaskan kepada Perlembagaan Negara dan tujuannya untuk menyelaraskan Dasar Tanah Negara agar wujud keseragaman antara negeri-negeri.

Sementara itu, Najib berkata Sistem E-tanah akan diteruskan di dua buah negeri lagi iaitu di Negeri Sembilan dan Melaka mulai tahun depan selepas projek perintis di Pulau Pinang.

Beliau berkata sekiranya projek ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan, maka ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

Othman Omar ketua baru PKNS

Reactions: 
Othman Omar, seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta, dilantik sebagai pengurus besar baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - menamatkan isu kontroversi berhubung jawatan tersebut.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan itu yang berkuatkuasa mulai 1 Februari depan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Jawatan itu kosong susulan persaraan Datuk Harun Salim akhir Oktober lalu.

Susulan kekosongan itu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut - yang kemudiannya mencetuskan bantahan meluas ahli-ahli politik Melayu, termasuk PAS.

Menteri besar asalnya merancang mengekalkan Low selama setahun sehingga pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS ditemui.

Bagaimanapun kontroversi pelantikan Low dipercayai mendorong Abdul Khalid menyegerakan penggantian Harun selepas menjalankan temuduga mencari calon sesuai sebulan mulai November.

Farid: Saya sedar risiko lepaskan jawatan Senator, Kabinet

Reactions: 
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan, hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator buat penggal kedua dengan memahami "risiko" bakal dialami.

Bagaimanapun beliau yakin pengundi Kuala Terengganu juga akan memahami 'pengorbanan' itu dengan memberi sokongan kepadanya untuk berkhidmat dalam kapasiti yang berbeza kelak.

Sambil memahami risko kehilangan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kedudukan sebagai ahli Dewan Negara apabila turun gelanggang 6 Januari ini, Ahmad Farid berkata:

"Ya, dari satu sudut ia merupakan tindakan berisiko, tetapi pada masa yang sama, saya mengharapkan bahawa pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memahami keadaan ini dan memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan tugas dalam kapasiti yang berbeza."

"Kalau dulu (saya berkhidmat) sebagai ahli Dewan Negara dan kali ini sebagai ahli Dewan Rakyat (jika memenangi pilihan raya kecil 17 Januari).

"Saya mengharapkan bahawa mereka akan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka dalam kapasiti yang berbeza," kata Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu ini ketika ditemui mStar Online di sini.

Kira-kira dua jam sebelum ditemui, Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal kedua pagi ini.

Turut serta mengangkat sumpah hari ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Terengganu, Fatimah Hamat.

Pelantikan mereka diputuskan oleh kerajaan negeri seminggu yang lalu.

Sehubungan itu, pelantikan Ahmad Farid sebagai ahli Dewan Negara kemungkinan hanya bertahan selama dua minggu memandangkan beliau akan meletakkan jawatan berkenaan pada 5 Januari tahun iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ahmad Farid berkata, pejabatnya sedang menguruskan soal berkenaan.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.

Terdahulu ketika ditanya sebab beliau mengangkat sumpah sedangkan sudah diumumkan sebagai calon pilihan raya kecil, Ahmad Farid memberitahu, langkah itu bertujuan memastikan kelancaran pengurusan Kementerian Dalam Negeri.

"Sebab kementerian perlu terus bergerak, buat masa sekarang menteri di luar negara dan (seorang) timbalan menteri sedang bercuti... seorang timbalan menteri perlu berada di sana (kementerian) untuk menguruskan dokumen," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

-mSTAR Online

Sertai PAS esok? Zahar masih berfikir

Reactions: 
Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

"Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

"Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

"Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya," katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

-mSTAR Online

EPF consortium likely to buy government land around KL

Reactions: 
KUALA LUMPUR, Dec 23 — The Employees Provident Fund could end up owning three of the best pieces of real estate in the Klang Valley — and in the process boost government coffers by several billion ringgit.

Government sources told The Malaysian Insider that an EPF-led consortium is a cusp away from snaring the 204 acres in Jalan Cochrane while the EPF with its unmatched financial muscle is the clear favourite to buy a tract of land at the sought-after Rubber Research Institute of Malaysia in Sungai Buloh and Jalan Ampang.

In November, Finance Minister Datuk Seri Najib Razak announced that the government would be monetising some of its assets, including pieces of valuable real estate. For a start, government-owned land in Jalan Cochrane, Sungai Buloh and Jalan Ampang would be placed on the market.

This news created a buzz in the market because the land in Jalan Cochrane and Sungai Buloh has been eyed by prominent politicians and well-connected businessmen for years. Property consultants have valued the three pieces of land at between RM8 and RM12 per square foot (Sungai Buloh); RM150 and RM250 (Ampang) and RM100 and RM200 (Jalan Cochrane).

In a recent article in the Edge Financial Daily, a few property developers gave the Cochrane land the thumbs-up for its location and size, expecting the land value to increase to RM250psf if it is parceled into smaller plots while several others favoured the Ampang Hilir land, noting its proximity to the exclusive U Thant area puts a premium on this tract.

Government sources said that the EPF and several property players including MRCB have submitted a master plan to the government to develop the Cochrane area. With crude oil price hovering around US$50 per barrel and the drop in palm oil price, the government's ability to collect revenue will be severely challenged in 2009.

At the same time, the government will have to spend more and consider launching more stimulus packages to boost domestic demand and cushion the impact of the global economic crunch on the Malaysian economy.

Faced with these twin challenges, the administration is looking at monetising its assets to raise funds. Property developers have valued the three pieces of land at about RM3 billion.

-TMI

Khir Toyo, Utusan disaman RM30 juta

Reactions: 
Ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.

Exco kanan kerajaan Selangor itu berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur tengah hari ini.

politik baru yb j newscut 241008Sebelum ini Teresa telah dua kali menyaman fitnah akhbar berpengaruh itu.

Pada 12 Disember lalu, beliau menfailkan saman terhadap penulis terkenal Datuk Chamil Wariya dan akhbar itu dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.

Sementara pada 9 Oktober lepas, Teresa menyaman dengan jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan.

Teresa mendakwa dua defendan itu telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

-malaysiakini

Lucut timbalan menteri jika Wan Farid kalah

Reactions: 
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangannya dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.

Jika tewas, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator untuk mengekalkan jawatannya sebagai timbalan menteri dalam negeri yang disandangnya sejak Mac lepas.

Wan Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dilaporkan dalam laman web Utusan Malaysia sebagai berkata, jika Wan Ahmad Farid tewas dalam pilihanraya kecil tersebut, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator.

Menurutnya, timbalan menteri itu dianggap telah berkhidmat untuk tempoh tiga tahun atau satu penggal penuh walaupun beliau meletakkan jawatan senator pada 5 Januari depan bagi membolehkan berdiri sebagai calon BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut.

Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail di Genting Highlands pada 28 November lalu.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada masa pemerintahan perdana menteri ketiga, allahyarham Tun Hussein Onn, seseorang senator hanya boleh memegang jawatan itu selama dua penggal atau enam tahun.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid, yang ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil tersebut.

Wan Ahmad Farid, 46, bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London merupakan anak jati Kuala Terengganu.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan exco Pemuda Umno Malaysia dari 1999 hingga 2004.

Pada 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

PAS, yang pada mulanya dijangka mengumumkan nama calonnya Ahad lalu, tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan hanya mengumumkan calonnya pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Antara nama yang disebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; timbalannya Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat Dr Mohd Khazani Abdullah.

Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

-malaysiakini

Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan

Reactions: 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

mahfuz omarMahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

-malaysiakini

Pengalaman Filipina & Thailand guna B.I. - malaysiakini

Reactions: 
Email dari dato sri.

Untuk mengatakan Thailand lebih maju dari Filipina sekarang hanya disebabkan oleh bahasa pengantar ibunda digunakan oleh Thailand adalah terlalu mengabaikan faktor-faktor lain yang lebih penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara.

Dari satu artikel yang pernah saya baca....kualiti penglibatan kerajaan adalah faktor penentu yang besar....dan realitinya cara serta peranan kerajaan adalah berbeza dari satu negara dan negara yang lain.

Sebagai contoh, kerajaan Korea misalnya, memberi insentif yang besar kepada syarikat tempatannya yang mampu menambah kepada ekspot negara. Malangnya, ada kerajaan sesetengah negara ditadbir oleh pencuri dan perompak dan mengabaikan kebajikan rakyatnya.

Sebab itu Korea hari ini lebih maju dari Malaysia, Thailand & Filipina.....sedangkan pada satu masa dulu kita pernah berada pada tahap yang sama dengan Korea. Jika pencuri dan penyamun yang mentadbir sesebuah negara masih lebih cenderung beri monopoli projek kepada kroni yang korup dan tidak competent.....maka tiada harapan negara tersebut akan bertambah maju.

Faktor budaya terhadap pendidikan juga adalah satu lagi faktor. Jika pendidikan dikaitkan dengan nilai keuntungan dari segi ekonomi....maka lebih ramai akan memilih keuntungan segera dari pendidikan sebenar umtuk mengejar ilmu, dimana akhirnya ramainya tidak cukup ilmu yang diperlukan untuk memajukan negara tersebut.

Ini kita boleh banding untuk industri elektronik untuk Malaysia dan Korea....dimana sekarang Korea mampu menguasai teknologi penting hingga mampu membangunkan industri hi-tech mereka sendiri sedangkan Malaysia masih mengharapkan foreign invesment untuk industri tersebut hingga ke hari ini.......

Jika untuk Malaysia, mungkin ianya berkaitan dengan polisi pendidikan tinggi negara....di mana objektif bagai kilang gula-gula yang fokus kepada kuantiti dari kualiti, dan gagal memupuk semangar cintakan ilmu & mengeluarkan tenaga kerja yang mempunyai cukup kemahiran .....

Kita boleh lihat/kaji kemampuan para graduan tempatan yang baru tamat belajar .......yang bagi saya, 90% yang pernah saya berpeluang buat penilaian adalah mengecewakan (kebanyakannya melayu)......gagal meyakinkan yang mereka mampu memikul tanggung jawab untuk tugas jawatan yang mereka pohon......

Selain dari lemah kemahiran yang mereka pelajari di U, ada sesuatu yang kurang pada mereka dari segi aptitude & ilmu dalam bidang profession mereka yang tidak diajar dalam kelas tapi perlu ada kecenderungan dalam diri untuk mendapatkannya sendiri......

Dan lagi satu faktor utama ialah ketelusan perlaksanaan undang-undang yang efektif.....tanggungjawab hakim & peguam negara yang tidak bias. Malangnya dari segi ini, mahkamah Filipina sangat terkenal dari segi hakim yang korup dan tiapa kemampuan melaksanakan tanggungjawab.

Jadi tidak hairanlah jika Thailand hari ini lebih maju dari Filipina.......dan Indonesia yang kaya dengan sumber masih lagi terbantut pembangunannya. Kita boleh nilai sendiri untuk Malaysia.....

CELCOM Broadband Atau CELCOM "BERUKBAND"??? - malaysiakini

Reactions: 
CELCOM kena bukak mata, aku dapat banyak aduan tentang masalah CELCOM Broadband sejak 2 minggu lepas dan sampai hari ni rasanya masalah ni tak selesai-selesai lagi... jangan sampai pelanggan lari..!

Aduan dari blogger BANGUN DENGAN KEKUATAN :-

Salam sejahtera...


Sudah 2 minggu lebih aku tak dapat gunakan CELCOM BROADBAND 'BLACKBERRY PACKAGE' yg sepatutnya sebagai pelanggan, aku tidak harus terganggu penggunaannya.

Bayangkan penggunaan internet sudah menjadi wajib dalam urusniaga dan mencari maklumat oleh aku setiap hari.

Aku sudah melaporkan pada CARELINE CELCOM, tapi sehingga posting ini ditulis, penggunaannya amat menghampakan walaupun jaminan selepas aku melaporkan aduan ini, aku akan dihubungi oleh Bahagian Teknikal Celcom...tapi sampai sekarang, hampeh..!!!

Semua urusan sekarang, aku gunakan DIGI Akses...tapi berapa pula bil aku nanti..?Wallahualam, patutkah aku bayar bayaran tetap RM98 pakej broadband celcom..?? Aku akan bayar kalau aku boleh akses, ini aku tak dapat guna...celcom sendiri boleh semak berapa Kilo Bytes per Second (K/B) penggunaan aku dalam masa 2 minggu ini...sudah pastinya tiada..!!! Ini no. akaun Celcom aku: 90693478, betol atau tidak ada 2 aduan yang telah dibuat..???

Sudah beberapa tahun aku gunakan talian Celcom...ini la kali pertama aku tak dapat akses dgn sehampehnya...sudah ramai kawan2 aku pengguna celcom broadband juga hadapi masalah yg sama...harap celcom lebih perihatin...macam kata dalam website marhaen, ISP, CELCOM ataupun yang lain2 Broadband yang bermasalah...bukanlah INTERNET SERVICE PROVIDER tetapi INTERNET SERVICE PARIAH..!!!

Aduan dari Juraiza Abduk Aziz :-

This was happened to me about 4 months ago..my advise.TERMINATE IT...memang gah promosi,tapi service hampeh! then ku rujuk semula dengan Digi..walaupun bukan 3G..internetku tak pernah disconnected sepanjang penggunaan..

Aduan dari AXL RAZAL :-

haa tu la pasal.. gua lg la plak,baru je langgan celcom broadband ari ni,da jd mcm ni. pakej high speed lak tuh. kata terluas,terhebat. betul la Internet Service Pariah(ISP)

Aduan dari kamal zaman :-

Bukan sdra aje..saya gunakan celcom broadband ni sejak tahun yang lalu bagi tujuan perhubungan dengan pejabat..hanya kawasan tertentu aje yang ok..coverage celcom 3G tidak membantu kita untuk akses internet..kebanyakan berlebih2 dalam iklan aje..
saya gunakan data card untuk connection dgn laptop.. So kalau belum beli jangan belilah..gunakan cyber cafe aje..kecuali perlu untuk tugas seperti saya yang mesti gunakan internet..

Aduan dari waja :-


sekadar nak memanjang kan le....... saya lak guna digi nye broadband............... edge/gprs setakat ni xde la masalah yg berjangkit cuma hp je la yg buat masalah... kdg2 pening gak la.... setting lari nak time tengah malam haru biru jd nye la... tgh uat keje DC lak.. tu yg pening... Alhamdullilah la jgn lagi kena cam celcom nye ah le


Aduan dari Mohd Haffiz Mohd yusof :-

memang betul celcom 3g bermasalah... kalau nak surf internet memang ok... bg saya..saya kerja dari rumah...menggunakan VPN untuk connect server di US...memang kekadang menjadi masalah untuk saya connect ker server lain...bg pengguna internet memang takde jadi masalah punye...

Cukup yang tu je aku sertakan dekat sini, kang penuh lak entri ni... lepas banyak dapat aduan dari pembaca, aku cuba dapatkan CELCOM Broadband milik abang aku. senang hati sungguh abang aku bagi... sambil dia hulur Broadband tu dia sengih dekat aku lepas tu dia habaq - aku nak tengokj berapa lama hang boleh tahan dengan mentang ni...

Dari situ aku paham dah... aku try connect ok... x sampai 2 minit, disconnect... macam sial... tu la yang aku dok ulang dekat 2 jam. tengok dekat HP ada 3G... maknanya kalau ikut lojik, broadband mesti tak de masalah... last sekali aku tak tahan aku cabut.

Pulang balik dekat abang aku, abang aku lak selambe je cakap, ko buang dalam tong sampah tu. dok ngan aku buat sakit hati je. bayar mahal, service "mahaiii"...

Ni bukan CELCOM Broadband, ni CELCOM BERUK BAND!!!

Khak Ptuih!!!