Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 05, 2009

Kasi Hilite..! - malaysiakini

Reactions: 
Komen dari broooo...

budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 yg lepas...

rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu murah/rendah serta menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk polis... matlamat mereka adalah kekal berkuuasa….

yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????

umno pembela MELAYU,
persoalannya adakah ini benar??????

1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch...) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?

6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?
7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?

8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu - Malaysia?

9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?

10) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?

11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah "biasiswa" dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya lim goh thong, aric chia, Vincent tan, petric lim, ananda krisna & banyak lagi)?
13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentakbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?

dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.

jawabannya kepada semua persoalan diatas adalah =

= """"""""""" M E L A Y U """"""""""

Diharapkan jentera kempen di PKKT - P036 dapat menjelaskan isu2 yg di utarakan diatas.

Harapan Najib dan "Aku" - malaysiakini

Reactions: 
Dari malaysiakini - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kejadian kekerasan sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di mana seorang jurugambar dibelasah, tidak berulang di Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menggesa parti-parti politik yang bertanding, termasuk dari kalangan Barisan Nasional (BN) supaya tidak melakukan kekerasan sehingga mencemarkan perjalanan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Katanya, semua pihak perlu mematuhi peraturan dan tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, lapor Bernama.

"Saya berharap semua pihak, lawan dan juga kita (Barisan Nasional) sendiri tidak melakukan kekerasan yang boleh mencemarkan perjalanan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita tidak mahu lagi berlaku seperti di Permatang Pauh, seorang jurugambar dibelasah," katanya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam Bahagian Kuala Terengganu di Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu hari ini.

Kah kah kah kah kah kah...!!! tu harapan Najib... harapan aku pulak semoga...

1) tak berlaku lagi insiden penyokong parti tonggeng-tonggeng bontot dan berisyarat lucah masa hari penamaan calon macam dekat Permatang Pauh...

2) tak berlaku lagi insiden UMNO tak bayar sewa tapak pondok panas macam yang berlaku dekat Permatang Pauh...

3) tak berlaku lagi insiden penyokong UMNO kena tangkap basah macam yang berlaku dekat Permatang Pauh...

4) tak berlaku lagi insiden Najib kena halau dekat orang kampung macam yang berlaku dekat Permatang Pauh...

5) tak berlaku lagi insiden bangunan UMNO kene pecah dan nak kena bakar sebab UMNO tak bayar upah dekat para penyokong UMNO yang bertugas "dengan ikhlas"...kih kih kih kih kih...

sambung gelak - kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!! diikuti dengan...

Khak Ptuih...!!!®

Insiden Tahan Bas Pengundi Hantu Tidak Berulang

Reactions: 
PAS memberi jaminan bahawa insiden menahan beberapa bas yang didakwa membawa pengundi hantu ke Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum Mac lepas, tidak akan berulang pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan, 17 Jan ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali berkata beliau sudah mengarahkan semua petugas di kawasan pilihan raya itu supaya sentiasa mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berhubung perjalanan pilihan raya berkenaan.

"Dan jika ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa tarikh pengundian pilihan raya kecil berkenaan, maka saya di sini memberikan jaminan bahawa ia tidak akan datang daripada pihak kami dari PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan Bersama 'Abdul Wahid Endut' di Dewan Perpustakaan Awam Selangor di sini petang ini.

Turut hadir pada program itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa lelaki, dipercayai penyokong PAS, pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, bertindak agresif menahan sembilan bas yang membawa sekumpulan pelajar universiti dari Lembah Klang dan Utara tanah air untuk mengundi di kawasan masing-masing sekitar Kuala Terengganu, kerana mendakwa bas terbabit membawa pengundi hantu.

surat terbuka buat DSAI dan DSWA - malaysiakini

Reactions: 
Assalammualaikum...Kehadapan DSWA dan DS yang dihormati,salam perjuangan...Diharapkan DSWA dan DS baik adanya.

Mungkin anda tertanya mengapa saya menulis lagi dan adakah saya berniat untuk menjatuhkan atau memburukan parti juga pimpinannya???Apa yang ditulis lain tidak bukan ialah apa yang banyak diperkatakan oleh Rakyat.Bukan Parti ini yang bermasalah akan tetapi ahlinya atau lebih khas pimpinannya yang banyak dibelenggu masalah.

Saya memahami bagaimana susahnya menjadi pemimpin akan tetapi ini apa yang telah Allah swt tetapkan untuk dilalui oleh DSWA dan DS maka haruslah DSWA dan DS mengambil berat akan segala amanah yang telah diberikan.Kerana apa yang dilakuakan didunia ini akan dinilai oleh ALLAH swt diakhirat kelak.

Tertanya saya apa yang dikejarkan oleh ramai pimpinan dalam parti ini??Pangkat,Nama,Wang Ringgit ataupun sesuatu yang hanya mereka sahaja yang tahu.Apakah tidak mereka fikir bahawa semua ini akan dihitung!!!!

Merujuk kepada satu masalah yang baru timbul dan berada dalam pengetahuan saya,mengenai perlantikan YB Yusmadi sebagai ketua AMK negeri P.Pinang.Apakah yang sebenarnya ada dalam pengetahuan DSWA dan DS berkaitan isu ini????

Apakah DSWA tidak mengetahui bahawa majoriti dari kepimpinan Negeri menolak perlantikan ini.Saya juga difahamkan satu memorandom telah dihantar bagi menyatakan bantahan untuk perlantikan ini.Bagi saya tiada alasan bahawa DS belum tahu!!!Saya juga dikhabarkan mengenai sikap dan sifat YB muda ini yang tidak disenangi oleh ramai ahli AMK disana.Beliau juga dikatakan jarang berkunjung kekawasannya sendiri...inikah bentuk pimpinan yang diingini PARTI...mungkin YA tapi bukan kami RAKYAT!!!

Adakah anda hanya memandang ringan dan enteng sahaja masalah ini.Ingat DS bahawasanya melantik seseorang yang bukan menjadi pilihan MAJORITI dan menyebabkan kesan yang amat kepada Rakyat itu dipanggil ZALIM!!!

Adakah isu ini juga akan dibiarkan lesu seperti isu TKM 1 yang saya bangkitkan...Ini bukan hanya isu Parti namun ini isu masa depan RAKYAT!!!!

Janganlah parti ini memperlekehkan Hukum ISLAM itu sendiri,kerana ISLAM itu cantik,bersih,baik dan sempurna..Begitu jua yang perlu ada pada pimpinannya..Maaf kalau saya katakan ahli parti ini masih dalam acuan UMNO,perangai dan pemikirannya sama..yang menjadi mangsa siapa kalau bukan RAKYAT!!!

Saya juga ingin mengingatkan DSWA dan DS bahawa orang disekeliling anda yang akan menjatuhkan anda secara perlahan namun meninggalkan kesan,dan mereka yang banyak bawa masalah itu kah yang dipanggil pejuang???sedangkan yang sayangkan parti ini lebih ramai dan mereka itu RAKYAT!!

Ayuh bangun DS kibarkan prisip anda,rombak kembali pemikiran semua yang ada dalam parti anda..Bentuk mereka dengan kepimpinan ISLAM,Kepada yang menjadi pemimpin maka Takutkanlah mereka dengan HUKUM ALLAH.Jangan kerana nyamuk seekor yang mengganggu,akan membuatkan RAKYAT membakar kelambu PARTI ini suatu hari nanti!!!

INI BUKAN PERJUANGAN PARTI NAMUN INI PERJUANGAN UNTUK RAKYAT!!!!

Saya yang berkata kerana sayangkan parti ini

mengkritik untuk kebaikan,bukan menjatuhkan!!!

Salam sayang!!!

Ariosamigos2pg

surat ini aku dapat melalui email dari seseorang yang mengelar dirinya ARIOSAMIGOS2PG
Sebagai tanda protes aku dah kalihkan gambar si yusmadi ... kepada rakan-yang lain jom pakat kalihkan gambar yusmadi

-™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Reactions: 
"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, "kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, "Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.
Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

-Kamparin

Apa dah jadi PKR Penang?

Reactions: 
KETIKA DSAI tiada dinegeri ini. Bermaharajalela hulubalang-hulubalang yang kebanyakannya lepas PRU-12 muncul dan bergabong dengan sedikit orang lama tapi bahlol, yang sama sama meniru budaya umno, menutup dan melindungi geng geng yang mula nak buat kerja rasuah dan membolot projek projek di negeri ini.

Sesiapa yang menegur dan mendedahkan penyelewengan dalam pkr itu sendiri, akan dikapak atau dicantas. dan ada burung burung angguk yang memilih dan menyokong pemimpin bila dijaja nama dsai, kenapa penang dah tiada pemimpin lain ke yang untuk dilantik jadi ketua pemuda penang. status YB konon untuk diletakkan sebagai ketua pemuda, macam mana dengan ketua pemuda malaysia,tiada gelaran apa apa pun.

YB ong bukan yb ke, adakah sebab dia kaum lain, dia tidak boleh memegang jawatan ketua pemuda. perlembagaan mula dinyah, Semasa dikongres hari tu apa yang pengarah strategi malaysia buat, hingga tinggal 15% amk dan permerhati sahaja sehingga habis kongres amk. jawapannya menyanyi dan melalok dengan yassin, parlimen sendiri pun tak terjaga ni nak jaga amk penang. jangan rosakan amk yang ada, jaga kawasan anda dulu.

Minta DSAI turun balik pulau jumpa rakyat disitu tanya sendiri apa masalah disana

-Tun Saban Balek

AMK penang bukan burung angguk

Reactions: 
UMNO dah teruk

Tabik patik kat AMK penang kerna berani serupa dulu, Masa reformasi dulu. Ialah bila dengar si bapak-bapak berucap diceramah-ceramah seketika dulu, wow bukan main lagi, ayat dia macam ni "kita rela ditegur kita duduk bersama rakyat dan macam-macam lagi.

Tapi hari ni dah lain jadinya bila nak ditegur, berbincang dah nak kapak orang, Tu pulak ada pulak yang menyokong, ialah kalau lawan nanti habis le peluang-peluang projek di bawah naungannya.

Berbalik kita pada pahlawan-pahlawan kita yang kita sebutkan tadi,ini lah satu contoh angkatan muda yang berani menegur pemimpin atasan. jangan lah kita jadi pak angguk,

Yang bos bos diatas fikirlah balik apa yang sedang terjadi.janganlah kerna kulit nya cantik saja jadi pilihan.nanti menyesal dikemudian hari.

-Tun Saban Balek

Ahli majlis yang BODOH lagi SOMBONG..!!

Reactions: 
"Kalau takde lesen kena runtuh, kena ikut undang undang" itu ler yang dicakap salah sorang dari ahli majlis penang dari pkr, pompuan pulak tu. Maklum le baru setahun join pkr, itu pun dah dapat pegang jawatan dalam negeri. Dia ahli bahagian mana pun tak tahu. Dulu pun orang ni tak pernah susah pun. Meniaga tepi jalan pun tak pernah.

Bukan pernah rasa susah pun. Setahu patik dok dalam bahagian pun tarak. Cerita nya bukan apa. Sombong sangat, macam kita nak puki dia pulak bila jumpa dia. Ingat patik pada cerita bila dia maki hamun penguatkuasa MPPP sebab angkat kerusi meja yang berlemparan ditepi jalan direstoran kassim mustafa bayan baru, Hairan bin Ajaib nak marah marah sangat tu pasal apa...???

Sedangkan peniaga kecik disuruh ikut protokol. Patik rasa lah mamak restoran ngan melayu kedai tepi jalan ni...adalah dua darjat kalau tengok kedai nasik kandar mamak, tambah dekat tanjong, restoran hameed. Susun khemah macam kenduri dan 5 biji stall diluar, takpe pulak. peliknya...

guan eng kasi tukar laa orang macam nii....kasik lingkop kompeni sajaa...double standardkan arahan boleh kaa...????

-Tun Saban Balek

Renungan - Bloggers Boleh Buat Apa Jika Media Semua Bersatu Hentam Pakatan Rakyat..?

Reactions: 
Sila baca pos ini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/

Terima kasih.

Aduhai, siapalah pemimpin yang mempunyai kuasa memberi arahan supaya Pakatan Rakyat dihentam sedemikian rupa?

Siapa pulak di media arus perdana yang mengikut sahaja kerana apa?

Sudah mulakah ketua organisasi lama dibuang berganti pemimpin baru?

Jika niat jahat begitu, nusrah Allah sama-sama kita pohon supaya parti nan murni seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Democratic Action Party (DAP) dalam satu Pakatan Rakyat yang teguh, menemui saluran lebih berkesan.

Ramai wartawan ada social obligation sendiri. Saya ingat lagi ada pertemuan NUJ dengan Zaid Ibrahim perihal draf Press Freedom.

Jikalau bukan keterlaluan, usah Lah nanti TV1 contohnya, dulu RTM 1 ditonton 30 orang di kementerian sahaja, dan Kementerian Penerangan boleh ditukar menjadi Kementerian Radio 1 dan Telvision 1 Sahaja Malaysia.

Tak apa. Kuasa mereka ada begitu Lah. Musuhi Lah Rakyat semahunya.

Kelak Bloggers akan tahu Apa Boleh Dilakukan...jika demikian adanya.

-Satu Blog Total

Mac, 2009 Shock: Pak Lah Masih Mahu Kekal PM? - malaysiakini

Reactions: 
Wau, wau, wau.. Ini satu lagi berita serius dan satu lagi kisah gempaq. Blogger Datuk Fuad Hassan, adik pelakon Datuk Jalaluddin Hassaan dan IGP Tan Sri Musa Hassan, baru je antar posting gempaq. Cukup gempaq. Cerita ni pasti bikin Najib Razak kecut perut, Anwar Ibrahim terangkat-angkat punggung tak senang duduk, Abdullah Badawi pulaknya, senyum simpul, meleret-leret, penuh dengan berjuta makna!

Ini posting gempaq Tok Fuad:

PAK LAH MASIH MAHU KEKAL PM
(SEMBANG POLITIK SMS)

Politik ialah teori serba mungkin. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,"

"Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Saya membalas bertanya, ada peluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus ingin mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan baik saya ini menurunkan senarai yang mungkin ada lojiknya. Menurut beliau;

1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (82 ahli) akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Kalau nak baca lagi kisah gempaq ni, klik http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/01/pak-lah-masih-mahu-kekal-pm.html.

Lepas baca posting gempaq ni, saya termenung. Lepas tu saya teringat, malam New Year baru ni, seorang sahabat saya juga ada antar SMS. Katanya, satu perkembangan antarabangsa mungkin akan gempaqkan politik Malaysia 2009. Bila saya call dia, dia kata, ada pihak mungkin nak bukak kes Najib di peringkat antarabangsa. Kita kena sabar dan tunggu kalau perkembangan tu betul-betul terjadi seminggu dua lagi.

Betul ke begitu? Perkembangan apa agaknya? Kes apa agaknya? Sapa pulak agaknya nak main drama politik antarabangsa ni ya?

POLITICA