Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 06, 2009

Datuk Zahar Tunai Janji Di P-036 - malaysiakini

Reactions: 
Kemaskini 10.46 mlm – Selepas membuat kejutan dengan menyertai PAS, Datuk Zahar Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan telah mengotakan janjinya sebelum ini untuk membantu calon PAS pada PRK P036 Kuala Terengganu.

Datuk Zahar dengan penuh semangat dan ikhlas telah turut sama menyertai Ceramah Mega Pengenalan Calon PAS yang diadakan di tepi pantai berdekatan Kampung Paya Bunga.

-PPK1

Ceramah Mega Pengenalan Calon PAS meriah - malaysiakini

Reactions: 
Kemaskini 10.00 mlm – Alhamdulillah, suasana dan sambutan pada majlis Ceramah Mega sempena pengenalan Calon PAS bagi PRK P036 Kuala Terengganu, YB Ab Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam meriah dan diluar dugaan.

Dari pengamatan yang dilakukan oleh Unit Media dan Hebahan PPK1, puluhan ribu pengunjung yang membentuk lautan manusia telah membanjiri kawasan pentas terbuka di tepi pantai Kg Paya Bunga.

Majlis Ceramah Mega ini turut dihadiri oleh YAB Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Dato Seri Presiden, YB Ustaz Nashrudin Mat Isa (Timbala Presiden PAS), Dato Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), calon PRK P036 Kuala Terengganu YB Wahid Endut (merangkap ADUN Wakaf Mempelam), YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Tian Chua (MP Batu) dan beberapa orang pimpinan lagi.

-PPK1

Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya - malaysiakini

Reactions: 
Oleh Hasbullah Pit

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan.

Mengapa?

Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika.

Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia.

Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar.

Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya.

Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru boleh diluluskan.

Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada.

Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih bergantung kepada penjualan dollar berbanding dengan penjualan barangan keluarannya.

Jadi untuk melumpuhkan amerika, kita hendaklah tidak membeli dolar Amerika (USD).



Beras Padu (iklan)




"Tidak Membeli USD" dalam perpektif lain ialah tidak menjual barangan dalam USD.
atau, tidak menerima USD ketika menjual barangan.

Mungkin sukar untuk diterangkan kalau disebut dengan ayat di atas, jadi ayat ringkasnya ialah "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Kepada sesiapa yang tidak faham bagaimana Amerika menguasai dunia menggunakan dollar, perlu baca artikel berkaitan petrodollar. (Minta golongan mahasiswa yang banyak masa itu terjemahkan artikel itu ke B.M).

Atau baca catatan lama saya

Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu


Sebenarnya Iran sudah serang.

Jadi saya ringkaskan semula..


Oleh Kerana Amerika menguasai dunia dengan petrodollar, maka serangan ke atas Amerika adalah

Jangan Beli USD
==> tidak menjual barangan dalam USD
==> Tidak Menerima USD Ketika Menjual Barang
==> Jangan Jual Barang Kepada Amerika.

Jadi kepada sesiapa yang faham, sila kemukakan idea saranan untuk tidak menjual barangan kepada Amerika Ulama-ulama yang ada di dunia ini supaya kekejaman di Gaza dapat dihentikan dengan cepat.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula - malaysiakini

Reactions: 
[Kemaskini 10:30am] Proses penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi menyaksikan tiga calon telah menyerahkan borang penamaan mereka untuk bertanding.

Tiga calon tersebut adalah daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pada masa ini, sesi bantahan terhadap calon-calon sedang berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi.

Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.

Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.

Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.

Seorang lagi calon bebas yang semalam mengesahkan untuk bertanding, Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut.

Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang.

Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.

Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.

Wan Ahmad Farid berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."

Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.

"Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini)," katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.

Sebelum ini, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin.

Pertandingan pada kali ini dijangka empat penjuru termasuk Harun.

Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri - tempat berlangsungnya penamaan calon.

Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon.

Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.

Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.

Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.

Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.

Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pusat penamaan calon.

Kata beliau lagi, sebaik sahaja sesi bantahan berakhir, pihaknya kan mengumumkan status calon yang bertanding, dijangka antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Cuaca pada pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan.

Langsung Dari P-036

Reactions: 
Proses penamaan calon pilihan raya kecil untuk kerusi P036 Kuala Terengganu telah selesai jam 10:00 pagi tadi dan kini menunggu pengistyharan rasmi oleh Pengurus Pilihan Raya itu Mohd Razali Kassim. Tiga calon yang menyerahkan borang pencalonan.

Ia dimulai oleh Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menyerahkan calon paa jam 9:13 pagi diikuti oleh calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut jam 9:18 pagi manakala calon Bebas, Asharuddin Mohamad.

Calon parti Akim dan seorang penjual sekerap getah yang beriya untuk bertanding bagaimana pun tidak menyerahkan borang pencalonan.

Kedua calon Pas dan BN diirngi oleh ribuan para penyokong masing-masing menuju ke pusat penamaan calon. Tidak ada kekecauan ataupun kejadian diingini berlaku setakat ini.

-MERAH TINTA

PRK P036 KT: Waktu Bantahan sedang berjalan - malaysiakini

Reactions: 
SPR melalui Pengurus Pilihanrayanya bagi P036 ini telah menetapkan Waktu Bantahan bermula jam 10.00 pagi tadi.

Diluar Pusat Penamaan calon. penyokong dan pengiring calon PAS bagi P036 ini masih tidak berganjak walaupun panak terik.

Mereka tetap sabar menunggu sehingga keputusan calon yang layak bertanding diumumkan. Dalam pada itu, Kelab Penyokong PAS dari masyarakat India dan Cina juga turut serta mengiringi calon PAS, YB AB Wahid Endut ke Pusat Penamaan Calon.

Terkini!! Penyokong BN bertindak liar - malaysiakini

Reactions: 
Penyokong Barisan Nasional (BN) bertindak liar terhadap penyokong PAS dengan membaling botol air di hadapan pintu masuk Stadium Negeri kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Penyokong Puteri Umno disorak penyokong pembangkang - Malaysiakini

Reactions: 
Sekumpulan Puteri Umno yang melalui Bulatan Ladang di sini, disorak penyokong Pas yang berkumpul di bulatan itu untuk berarak ke pusat pencalonan di stadium negeri kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Kumpulan Puteri berkenaan yang sepatutnya berkumpul di kediaman Menteri Besar di Jalan Sultan Mahmud Shah tidak dapat ke sana di sebabkan kesesakan trafik dengan mengambil laluan dari Bulatan Ladang.

Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut mengemukakan borang pencalonan di pusat penamaan calon di stadium negeri kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Beliau sebelum itu diiringi perarakan kira-kira 5,000 penyokong parti Pas, serta Pakatan Rakyat dengan diketuai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon Akim tarik diri dan minta pengundi sokong PAS - malaysiakini

Reactions: 
Calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.

Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri.

Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut. Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama.

Lebih 60 ribu mengiringi calon PAS ke Pusat Penamaan Calon - malaysiakini

Reactions: 
Proses Penamaan Calon yang berlangsung hari ini berjalan lancar. Dan seperti yang dijangka, penyokong dari PAS dan Bn lebih mendominasi keadaan berbanding dengan calon Bebas.

Lebih bermakna lagi bilamana calon PAS bagi P036, YB Ab Wahid Endut telah diiringi oleh lebih 60 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Perarakan hari ini memperlihatkan peserta dan penyokong PAS memenuhi jalanraya hampir 3 kilometer.

Pada masa sekarang ini (9.48 pagi), ribuan penyokong PAS sedang berkumpul di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menunggu keputusan pencalonan hari ini.

Ramai yang berpendapat, pada pusingan pertama, dan hari pertama PRK P036 KT secara rasmi ini, sokongan terhadap calon PAS lebih tinggi berbanding calon Bn dan bebas.

Diharap sokongan kepada calon PAS lebih meningkat lagi.

Calon BN antara terawal kemuka borang pencalonan - Malaysiakini

Reactions: 
Calon Barisan Nasional bagi Pilihan raya kecil Kuala Terengganu antara yang terawal sampai di pusat penamaan calon di stadium negeri, jam 9.05 minit pagi tadi.

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta kira-kira 10,000 penyokong BN tiba di perkarangan stadium sebelum masuk ke stadium tertutup bagi urusan pendaftaran calon yang mulai dibuka jam 9.00 sehingga 10.00 pagi ini.

Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut pula tiba sepuluh minit kemudian dengan diiringi kira-kira 8,000 penyokong parti dan Pakatan Rakyat.

Najib: Ada ketua Umno simpan dana PRU-12 - malaysiakini

Reactions: 
Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin Umno yang tidak menggunakan peruntukan kempen pilihan raya umum ke-12 yang lalu untuk menggerakkan jentera.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Umno itu berkata, ketua-ketua bahagian berkenaan menyimpan wang berkenaan untuk digunakan bagi kempen pemilihan Umno yang ada sejurus selepas pilahan raya 8 Mac.

"Ada pemimpin Umno simpan wang yang diberikan untuk pemilihan Umno," kata Timbalan Perdana Menteri ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya sayap-sayap Barisan Nasional (BN) dan Puteri Umno di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Najib juga meminta pemimpin Umno yang bakal bertanding pada pemilihan Mac ini supaya tidak menggunakan pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini sebagai medan untuk berkempen.

"Rafidah dan Shahrizat, duduklah sebaris. Yang lain-lain pun duduklah sebaris...Calon-calon Ketua Pemuda pun juga perlu duduk sebaris," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Sebahagian besar calon yang bakal bertanding pada hadir pada sesi pelancaran tersebut.

Antaranya calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam; calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin dan calon Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semalam Najib berkata, pilihanraya kecil ini bukan tempat untuk menegakkan agenda kepemipinan mana-mana pihak.

"Ada yang berkata, ini (pilihan raya kecil) satu penilaian kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), referendum kepada Timbalan Perdana Menteri, ujian kepada Menteri Besar (Datuk Ahmad Said).

"Mereka boleh buat andaian macam-macam tapi ini bukan soal Pak Lah, Najib, Ahmad Said atau (Wan Ahmad) Farid (calon BN)," katanya.

Pelancaran itu dibuat sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terenagganu.

Lebih 5,000 penyokong BN menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam, di sini.

Difahamkan, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN telah membangkitkan perkara yang sama pada pertemuan tertutup jentera Umno tengah hari semalam.

Sehubungan itu, kata Najib, beliau membangkitkan perkara tersebut secara umum bagi menekankan bahawa kepentingan parti dan BN perlu diutamakan bagi memastikan kemenangan calon BN.

"Kita sendiri yang mangkhianati parti kita. Kita cemburu sesama kita.

"Kita mesti patuh dan sayang pada parti," katanya.

BN telah kehilangan lima negeri dan sebagahagian besar kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada 8 Mac lalu.

Malah BN juga telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Solat hajat iringi perarakan calon PAS di Kuala Terengganu

Reactions: 
Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.

Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad.

The carnival begins - malaysiakini

Reactions: 
The roads leading into town are jammed as police mount roadblocks even before dawn as far away as Cendering.

What looks like thousands of BN supporters have been gathering from before 7am in Seri Iman, the huge official home of the Terengganu MB, for the march to the indoor stadium where the nomination will be held.

A breakfast buffet of the state’s specialties – nasi dagang and a variety of rich kueh – were served to the crowds.

A brief kerfuffle broke out between the sexes over what to carry – umbrellas, or BN and Umno flags – during the march, which is expected to start at 9am.

Several rounds of the BN anthem are played to further raise the spirits of the crowd ... which is already impossibly high.

It is noisy and packed and more festive than most New Year’s Eve celebrations ... if not for the pervasive presence of police personnel all over the streets.

The road directly in front of the indoor stadium, which incidentally resembles a mall front, has been sectioned off. It looks like a DMZ.

The road after that, which is in front of the district clinic, is like a market.

Vendors there are selling T-shirts featuring Pas president Hadi and various merchandise. Sadly, there are no buyers.

Unlike the BN side of the divide, the air here is heavy with the sound of silence. Tension is high.

Then all of a sudden, the tension breaks. Shouts of "Allahu Akbar!" fill the air as a small band makes its way up the street.

A pair of weighing scales against dark blue is spotted on the shirt of the leading man. On the sidewalk a group of white capped men shout in Malay: "Just wait here!" In the Sultan Muhamud Mosque, named after the King's late father, locally known as the Ladang Mosque, vendors selling fried snacks and balloons wait for customers who don't come.

- MORE TO COME.

Selamat Berpilihan Raya Kuala Terengganu - malaysiakini

Reactions: 
SAAT ini semua pihak parti politik yang akan mengambil bahagian (bertanding) dalam pilihan raya kecil P 036 Kuala Terengganu sudah bersiap sedia untuk menunju ke pusat penamaan calon.

Penyokong masing-masing mula turun dari rumah atau tempat penginapan dan berhimpun sebaik saja selepas Subuh. Tentunya masing-masing datang dengan semangat berkobar-kobar. Yang pastinya bendera atau lambang parti menjadi 'senjata' mengiringi perarakan yang akan bermula kira-kira sejam lagi.

Akan riuh randahlah Kuala Terengganu dengan sorakan dan takbir oleh penyokong parti. Calon-calong diiringi dengan gilang gemilang bagaikan pengganti baru.

Kepada semua pihak yang bertanding diucapkan selamat bertanding dan berjuang. Demokrasi membenarkan kita beradu kekuatan antara satu sama lain. Sesiapa pun berhak mengambil bahagian dan menjanjikan apa juga kebaikan kepada rakyat.

Cuma dalam pertandingan itu ingatlah kepada diri kita sebagai orang Melayu dan bangsa Malaysia. Umat dari bumi di sebelah Timur yang penuh dengan kesopanan dan kesantunan. Tunjukkan semangat demokrasi tulen berdasarkan budaya dan nilai budu kita.

Jangan sesekali hendaknya berlaku sesuatu yang menjolok mata, caci mencaci dan maki hamun sesama sendiri, kejadian itu kurang elok. Batasi emosi masing-masing dan laluilah demokrasi dengan semangat yang tinggi.

Perjuangan untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu bukan perjuangan terakhir ataupun ibu perjuangan sebenarnya. Justeru tidak perlu pilihan raya itu dijadikan tempat untuk mengistyharkan untuk berkerat rotan berpatah arang antara satu sama lain.

Pejuangan bangsa yang lebih besar masih ada di hadapan iaitu untuk menjaga kesejahteraan dan mempastikan negara ini terus berdaulat.

Jadikan pilihan raya di Kuala Terengganu itu sebagai kiambang selepas berlalunya biduk. Apa salah? Kedua pihak Umno - Pas mempunyai cita-cita dan matlamat sama cuma mereka dibezakan oleh pendekatan dan keyakinan sahaja.

Sepatutnya mana yang kurang dalam Umno ditambah oleh Pas, mana yang lemah dalam Pas diperkuat oleh Umno. Peranan PKR dan parti-parti lain juga boleh bertindak menjadi rangsangan menyuburkan lagi demokrasi demi memajukan nusa. Itu sepatutnya berlaku! Bolehkah dilakukan demikian?

Kepada kira-kira 80,000 pengundi Kuala Terengganu diharap mereka tidak akan mabuk dan mudah terpesona dengan janji bersifat sementara yang dilontarkan di sepanjang kempen berkenaan. Gunakan akal fikiran sebelum memangkah. Gunakan medan pilihan raya itu untuk merobah masa depan yang lebih terjamin lagi bukan saja di dunia tetapi akhirat juga.

Perubahan yang besar itu bermula di medan yang kecil. Kuala Terengganu... apakah akan membawa TERANG kepada mereka yang menang?

-MERAH TINTA

KT by-election: Nomination today

Reactions: 
Voters in Kuala Terengganu will know today on the number candidates who would be contesting for the constituency’s by-election come Jan 17.

As it stands, Barisan Nasional’s Wan Ahmad Farid and PAS’ Mohd Abdul Wahid Endut are two confirmed candidates, pending any objections and disqualifications.


One other person - Angkatan Keadilan Insan Malaysia vice-president Harun Mohamad – has also indicated his interest in filing his nomination today. At least one independent candidate is expected to join the fray as well.


The Election Commission had so far sold nine nomination forms.


kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208The nomination process starts at 9am and nomination papers will be accepted until 10am. And then for the next one hour, the nomination papers would be put on display to the public for scrutiny and to file any objections.

After that the returning officer will peruse the objections to decide whether to accept or reject a nomination. He will then make an official announcement on the candidates that will contest for the by-election, usually by 12 noon.

After this, the contesting parties can officially start campaigning.

The by-election, to be held after 11 days of campaigning, is held following the sudden death of incumbent BN representative Razali Ismail on Nov 28.

There are a total of 80,229 voters in this constituency.

And as usual, a big crowd is expected to accompany both Wan Ahmad and Mohd Abdul Wahid while they make their way to the nomination centre.

The police have said that they were on standby in case of any crowd trouble.

For Mohd Abdul Wahid, more than 1,000 of his supporters had started gathering near Wisma Persekutuan in Kuala Terengganu, some two kilometers away from the nomination centre since 8am.

At about 8.55am, Mohd Abdul Wahid started leading a procession from there to the nomination centre after conducting prayers at a mosque.

He was first to arrive at the nomination centre at 9.15am and was seen entering the building.


As for Wan Ahmad, he was accompanied by more than 5,000 supporters, including Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, Terengganu Menteri Besar Ahmad Said, MCA president Ong Tee Keat, Gerakan chief Dr Koh Tsu Koon, MIC leader S Subramaniam and other BN leaders.

Wan Ahmad entered the nomination centre at 9.03pm. He was followed by Mohd Wahid and then Akim's Harun entered the centre at 9.20am. A fourth candidate - believed to be an independent - entered the nomination centre at about 9.27am.

Meanwhile, it has also been reported that the police have manned roadblocks in Kuala Terengganu as about 30,000 BN and 15,000 PAS have gathered for the nomination.


[More to follow]

Bayaran tol Kesas maksimum RM15 sehala 2021- malaysiakini

Reactions: 
Pemandu kenderaan kelas pertama di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bakal membayar tol maksimum RM15 sehala atau RM5 di setiap plaza tol lebuh raya itu menjelang dua tahun terakhir tempoh konsesi yang akan tamat pada 2022.

Dalam perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat konsesi lebuh raya itu, Kesas Sdn. Bhd. yang dimeterai pada 19 November 1993, kadar bayaran tol yang dipersetujui meningkat setiap dua tahun dari RM1 pada 1997 kepada RM5 pada 2021.

Dokumen perjanjian asal itu turut disertakan dengan perjanjian tambahan yang ditandatangani pada 14 April 1995 yang menyatakan bahawa kerajaan menyediakan pinjaman sokongan sebanyak RM80 juta kepada Kesas bagi membolehkan syarikat itu mempercepatkan pembinaan Pakej B lebuh raya itu.

Perjanjian konsesi tersebut adalah antara 22 perjanjian yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan dikelaskan semula mengikut Seksyen 2C akta berkenaan yang membolehkan ia didedahkan kepada umum.

Di dalam jadual kadar tol yang dipersetujui, pada tahun ini, Kesas sepatutnya menaikkan kadar tol semasa RM2.20 kepada RM2.50 mulai 1 Januari lalu dan terus meningkat kepada RM2.80 pada 2011-2012 dan seterusnya RM3.10, RM3.50, RM4, RM4.50 dan akhirnya RM5.

Perjanjian itu menyatakan kerajaan boleh memutuskan bayaran tol yang lebih tinggi atau rendah daripada kadar yang dipersetujui dengan memberi notis kepada Kesas dua bulan sebelum pengisytiharan bayaran tol itu.

TP - bila KERAjaan nak swastakan jalan depan rumah aku ni? lepas tu buat pondok tol dekat depan pintu pagar setiap rumah dekat sini... nak kluar rumah kene tol, nak balik pun kene tol... amacam???

Husseyn... Mat Taib Tak Tau Kau Ada... - malaysiakini

Reactions: 
Aku baru je lepas baca, ciplak dan post artikel [ni] dari blog ALHUSSEYN. baru je tak sampai setengah jam... pas tu aku bukak google reader aku untuk update berita-berita dari sumber lain...

Bukak Utusan Malaysia (Meloya) Online ada tajuk best... - Kerajaan Perak diminta nyatakan pendirian.

Ringkasan - Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau melahirkan rasa terkejutnya selepas melihat sendiri surat mengosongkan dewan yang dikeluarkan oleh JKKK Kampung Seri Ampang A.

''Pagi tadi, dia (orang JKKK) datang buka balik kunci pintu dan kata nak berdamai tetapi kita ada tengok surat buat keputusan hendak tutup tabika Kemas.

''Saya fikir ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab kepada anak-anak kecil, apalah salah mereka hendak disuruh keluar," katanya.

Seterusnya aku serah dekat kau la Husseyn untuk jawab... kau ada dekat sana... kau yang bukak pintu pagar, gambar ada sebagai bukti... aku ada soklan untuk ngko Husseyn...

Kau pergi bawak sughat ko?

Kau gaduh ngan Mat Taib ko (sobab Mat Taib cakap kau nak berdamai) ???

Kau pergi beghapo oghang Husseyn oi???

Kau ado ghaso nak lompang Mat Taib tak Husseyn??? aku ghaso nak pijak yo poghot Mat Mi No Spik Inglish tu...!!! ni seko lagi menteri Kaldai...!!!

Khak Ptuih...!!!®

Mat Taib kecewa : pintu pagar dewan tidak berkunci - malaysiakini

Reactions: 
Satu usaha untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah berjaya dipatahkan.Mereka merangka mahu menjadikan isu kanak-kanak Tadika Kemas di negeri Perak kononnya dihalang daripada belajar. Rancangan jahat mereka mahu memerangkap MB Nizar bahawa beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua dewan orang ramai yang selama ini digunakan oleh Kemas supaya di kunci dan ditutup ; tidak dibenar gunakan oleh Kemas.

Mereka mengatur rancangan tersebut hingga sanggup menjemput Menteri yang pernah ditangkap kerana memikul berkilo-kilo wang di Australia dan yang pernah mengusung lari seorang Puteri Raja ke Thailand dengan tujuan mahu mensensasikan isu kanak-kanak Tadika Kemas tidak dapat masuk ke kelas ( Dewan Orang Ramai) di Taman Seri Ampang, Ipoh Perak.

Bayangkan, jam 8.00 pagi, telah tercegat dihadapan dewan orang ramai tersebut seorang jurukamera TV3 sedang mengambil gambar! Kelihatan seorang wanita lingkungan 40-an mundar mandir , ke hulu hilior yang kemudian saya ketahui dia adalah guru tadika Kemas di situ.

Saya juga turut merakamkan suasana disitu ketika itu dan sempat menemuramah guru tadika tadi. Pada mulanya dia kata dia tak boleh beri komen apa-apa "Tunggu sehingga boss saya, Pengerusi Kemas Perak datang bila-bila masa nanti," katanya

Tapi saya terus bertanyakan sesuatu kepadanya dan dia pula memberikan respon yang baik.Saya gembira berbual dengannya.He! he! Jangan ada sesiapa yang jealous.

Guru tersebut memberitahu saya bahawa pagar dewan tersebut berkunci dan mereka tidak dapat masuk kedalam dewan.Dia juga turut memberitahu saya bahawa Dato Seri Muhamad Mohd Taib akan datang kesitu sebentar lagi. Dia nampak gah dan teruja apabila memberitahu saya tentang kehadiran Menteri Kaki Pikul dan Usung itu kesitu.....

"Eleh!" bisik hati saya yang meluat melihatkan gelagat Cikgu Tadika tadi yang berasakan dirinya begitu glamor pagi itu kerana tadikanya yang cuma 6 orang murid itu akan dikunjungi oleh seorang Pak Menteri Kaki Pikul dan Usung itu!

Saya hampiri jurukamera TV3 tersebut dan memberitahunya bahwa pintu pagar tersebut sebenarnya tidak berkunci sebagaimana yang didakwa.

Apabila guru tersebut mula mengatur murid-murid dihadapan pagar dewan untuk diambil gambar yang kononnya mereka tidak dapat masuk kedalam dewan kerana berkunci, saya kedepan lalu menarik rantai pagar yang tidak berkunci itu.

“Tengok ni, mana berkunci!” Saya memberitahu guru tersebut yang kelihatan tergamam kerana tidak menjangkakan pintu itu sebenarnya tidaklah berkunci sebagaimana dakwaannya sebentar tadi.Jelas terbukti bahawa dia tidak meneliti atau mencuba untuk membuka pintu pagar tersebut. Tetapi agak pelik apabila dia meminta saya supaya meletakkan semula rantai tersebut seperti sediakala.

“Nak buat apa?” saya bertanya. Lalu saya membuka pintu pagar dan menyuruh kanak-kanak tadika di situ supaya masuk.

Saya membuka pula pintu dewan sambil berkata, “Tengok , pintu ini pun tidak berkunci!” dan meminta kanak-kanak tadika supaya masuk ke dalam ruang dewan itu.

“Tentu pagi-pagi tadi lagi pintu dewan ni dah dibuka,” rungut guru tersebut.

“Memanglah!” Jawab saya , “Takkanlah semalaman dewan ini mahu dibiarkan tidak berkunci!?” Tanya saya semula kepadanya.Dia tidak berkata apa-apa. Dia gugup dengan keadaan yang diluar jangkaannya itu.

Mungkin dia sedang berfikir : Macam mana ni? Menteri dah di panggil, TV3, RTM semua dah dipanggil untuk buat liputan tentang pintu pagar dewan berkunci dan budak-budak Tadika Kemas tidak dapat masuk kedalam dewan untuk belajar.....Rosak! rosak! rosak! Rancangan nak mensensasikan isu ini dah tak menjadi! Hancus!

Jam 9.00 pagi, maka tibalah Menteri Tukang Pikul dan Usung itu. Puak-puak Umno ketika ini pun dah ramai yang tiba.

Saya bertanya kepada salah seorang yang saya kenali , “Hang jauh-jauh datang ke sini pasai apa?”

“Aku terima SMS tadi….” Jawabnya. Kawan ni datang dari tempat yang agak jauh. Anak dia pun bukan ngaji kat tadika Kemas sini.Yang lain-lain pun bukan dari taman tersebut; tapi buat apa datang? Nampak sangat telah dirancang. Puak-puak ni tak ubah macam langau jumpa bangkai; bisik hati saya.

Saya turuti langau-langau itu masuk ke dalam dewan. Saya hanya memerhatikan Menteri tersebut berlakon sebagai seorang yang baik dengan meriba kanak-kanak di situ.

datang berkereta pagi-pagi buta dari Kuala Lumpur semata-mata mahu melawat Tadika Kemas di Seri Ampang , Ipoh ini yang hanya mempunyai 6 orang murid. Apa istimewanya tadika tersebut?

Walau apa pun, yang jelasnya bahawa Menteri tersebut berasa kempunan kerana tidak dapat melihat pintu dewan tersebut berkunci .Beliau berasa hampa dan keciwa bila melihat kanak-kanak tadika Kemas disitu dapat menggunakan dewan orang ramai tanpa halangan untuk belajar.

Bukan Mat Taib sahaja yang hampa dan kecewa, Tokoh Maal Fitnah lagilah berasa hampa, keciwa dan merana kerana perangkap dan ramalannya tidak mengena kali ini.

Kita bersyukur kerana Allah terus membantu kami dalam menghadapi tipu helah musuh durjana seperti mereka itu.Kita akan terus berwaspada dan berdoa agar Allah terus melindungi kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.

(Maaf, tidak dapat nak upload gambar video yang saya rakam - Streamyx dan Broadband ni sangat menghampakan.Saya turut memahami bagaimana kehampaan yang dirasai oleh mereka yang hampa hari ini....)

-ALHUSSEYN

'Tiba-tiba sahaja Umno peka terhadap kebajikan rakyat di Kuala Terengganu'

Reactions: 
PAS mempersoalkan kemampuan kerajaan Umno-BN Terengganu yang baru sahaja dilihat peka terhadap kebajikan dan masalah rakyat.

Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong berkata beliau begitu kesal dengan keadaan Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu tetapi tidak lengkap kemudahan asas termasuk sistem pengurusan bencana.

"Dalam keadaan Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yakni tempat yang paling membangun tetapi malangnya ia masih tidak memiliki kemudahan asas yang cukup," katanya dalam satu sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Malah beliau menempelak sikap kerajaan yang membazirkan wang yang banyak kepada projek yang tidak menguntungkan rakyat, sehingga Terengganu menduduki tempat kedua dalam kategori negeri termiskin di Malaysia.

"RM300 juta yang dibelanjakan untuk Monsoon Cup lebih bermanafaat dihabiskan untuk membantu rakyat yang hidup dalam kesempitan dan menghadapi belenggu kemiskinan.

"Kita malu apabila Terengganu yang dikatakan sebagai negeri yang kedua terkaya di negara ini juga merupakan negeri yang kedua mempunyai rakyat yang miskin.

"Sebab itu ada pihak yang menyatakan bahawa keperluan rakyat khususnya dalam musim tengkujuh bagi mengelakkan banjir ini adalah dengan menyediakan sistem perparitan yang baik atau kita katakan bahawa kerajaan perlu menyediakan projek Monsoon Parit dan bukan monsoon Wan Farid," katanya sambil diiringi ketawa para wartawan.

Ditanya mengenai peluang calon PAS dalam pilihan raya kecil ini, beliau yang juga bekas Adun Batu Burok menegaskan bahawa apa yang penting pilihan raya ini adalah suatu penentuan terhadap kemampuan calon apabila mendapat peluang.

"Ia bukan melibatkan personaliti sangat, tetapi abiliti atau kemampuan seseorang calon setelah diberikan peluang dan mandat oleh rakyat," katanya lagi.

Sidang media tersebut diadakan bagi menjelaskan tindakan serta pelan PAS bagi menghadapi hari penamaan calon, hari ini.

sebelum itu, beliau bersama beberapa pimpinan PAS yang lain telah bertemu dengan Ketua Polis Negeri serta Dato' Bandar Kuala Terengganu bagi mendapatkan penerangan serta kerjasama.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali.

Al-Fatihah: Bekas Hakim Azmi Kamaruddin Pulang Ke Rahmatullah- malaysiakini

Reactions: 
Bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Azmi Kamaruddin, 75, pulang ke rahmatullah malam Isnin akibat sakit tua.

Puan Sri Kamariah Yahya berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada kira-kira pukul 9.10 malam.

Kamariah, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah suaminya akan dibawa pulang ke kediaman mereka di No 12, Jalan Mesra, Off Jalan Damai, Ampang di sini.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat selepas disembahyangkan di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak.

Azmi meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Azmi adalah antara enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 1988. Selain beliau ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada keenam-enam hakim itu.

Karpal Mahu Syed Hamid Dedahkan Bentuk Kajian

Reactions: 
Pengerusi DAP Karpal Singh hari Isnin meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan kepada umum bentuk kajian dijalankan kerajaan dan kesimpulannya yang menyatakan majoriti rakyat Malaysia menyokong dikekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Karpal, MP Bukit Gelugor berkata pungutan suara hanyalah satu-satunya cara yang dapat menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA.

"Satu-satunya cara untuk menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA ialah dengan mengadakan pungutan suara yang perlu dilakukan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, mengulas kenyataan Syed Hamid semalam.

Pada forum berjudul "Apakah ISA masih relevan" di Shah Alam, menteri itu dilaporkan berkata kajian oleh kerajaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia masih menyokong ISA dikekalkan.

Karpal juga berkata penegasan menteri itu bahawa ISA adalah untuk memulih tahanan adalah hambar.

"Saya sendiri seorang tahanan di bawah ISA dan tidak terdapat langsung program, pelajaran atau kuliah untuk pemulihan," kata beliau.