Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 07, 2009

Azmin Ali bebas tuduhan beri keterangan palsu

Reactions: 
Selepas menunggu hampir 10 tahun, naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali (gambar) akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma'arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 1 Nov 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penggunaan Kekerasan Semasa Insiden Bandar Mahkota Cheras

Reactions: 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati pegawai penguatkuasa telah menggunakan kekerasan terhadap dua individu semasa insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei tahun lepas.

Suhakam menyatakan penemuan berkenaan dalam laporan setebal 41 muka surat Siasatan Awam Berhubung Dakwaan Penggunaan Kekerasan Semasa Insiden di BMC.

Dalam laporan yang dibacakan oleh pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman, panel siasatan mendapati penggunaan kekerasan telah melanggar keselamatan individu berkenaan iaitu Chan Jiun Haur dan Chan Siew Meng.

Zaitoon berkata bukti menunjukkan bahawa anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia pada insiden berkenaan.

"Bagaimanapun, ekoran percanggahan dan bukti yang kurang jelas, panel berkenaan gagal mengenalpasti siapakah di kalangan pegawai penguatkuasa yang bertanggungjawab melakukannya.

"Memandangkan kekerasan telah digunakan terhadap dua individu berkenaan, panel inkuiri mencadangkan supaya polis mengadakan siasatannya sendiri bagi mengenalpasti pegawai yang menggunakan kekerasan terhadap mangsa," katanya.

Beliau berkata panel siasatan yang ditubuhkan oleh suruhanjaya itu sepakat dengan penemuan dan cadangan berkenaan. Dua anggota panel yang lain adalah Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim.

Zaitoon berkata panel siasatan turut mencadangkan agar polis dan FRU supaya segera melaksanakan standard antarabangsa sebagai panduan anggota mereka menggunakan kekerasan.

"Panel siasatan mencadangkan supaya polis dan FRU mensyaratkan anggota mereka menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi," katanya.

Zaitoon berkata laporan itu akan dikemukakan kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara dan mereka yang membuat laporan secepat mungkin.

Pakatan Rakyat Sedia Sertai Perhimpunan Kutuk Israel

Reactions: 
Pakatan Rakyat sedia menyertai gerakan besar-besaran anjuran Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan bagi membantah keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum mengadakan perhimpunan itu, mereka yang terlibat perlu berbincang dan bersepakat mengenai pendirian yang akan diambil berhubung kekejaman itu.

"Kalau betul (Ketua Pemuda Umno Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) nak adakan (perhimpunan), kita kena bincang dulu apa parameternya. Kalau betul nak sokong rakyat Palestin, sokong Palestin. Jangan sekat Hamas atau sekat mana-mana golongan yang mendapat sokongan rakyat.

"Jangan ikut agenda Amerika...Amerika tak mau Hamas. Soal nak buat demonstrasi, itu kita kena bincang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran bilik gerakan utama pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

"Saya tidak ada halangan untuk sesiapa bekerjasama. Tidak kira Umno, malah Cina, India, Kristian, Hindu dan Islam kerana ini adalah soal hak asasi. Kita kutuk tindakan sebab tidak adil kerana manusia tidak bersalah menjadi korban," katanya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata bagi menjayakan perhimpunan besar-besaran itu, perlu ada pendekatan yang lebih teratur serta mendengar keluhan daripada perwakilan yang sah daripada rakyat Palestin dan bukannya mengikut perkhabaran yang disampaikan oleh pihak lain seperti Amerika Syarikat.

Anwar juga tidak menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggesa Pertubuhan Bangsa-basang Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membolehkan masyarakat dunia mengambil langkah berkesan menghentikan kekejaman Israel di Palestin.

"Pada tahap ini, kita terima baik kalau ada langkah daripada kerajaan...daripada PM, untuk bukan sekadar buat kenyataan tapi tegas betul-betul menyokong beberapa inisiatif peringkat antarabangsa yang lain," katanya.

Semalam, Abdullah berkata Wisma Putra telah diarah menggerakkan wakil tetapnya di PBB supaya bekerjasama dengan kumpulan anggota Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) bagi membolehkan perhimpunan khas itu diadakan.

Serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 27 Dis lepas telah mengorbankan lebih 500 rakyat Palestin sebahagian besarnya orang awam, kanak-kanak dan wanita.

Berita lawak dari Kuala Terengganu

Reactions: 
Sinar Harian: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu memandangkan Pas dilihat sebagai 'hilang taring' dan tidak mempunyai pendirian teguh dalam memperjuangkan Islam yang menjadi asas perjuangan parti sebelum ini.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendirian yang selalu berubah-ubah dan hanya mengikut kepentingan tertentu parti tersebut tidak menjamin pembangunan untuk rakyat keseluruhannya.

“Pas adalah satu parti ‘loklek’ (tiada pendirian yang teguh)...kita lihat dalam perjuangan Islam sendiri, dulu dia (Pas) kata nak memperjuangkan Islam tetapi sekarang kita lihat Pas sudah tidak bercakap tentang negara Islam...dia juga tidak berani memperkatakan tentang hudud (lihat berita mStar di bawah dan berita Sinar Harian di sini).

“Dia boleh condong ke kiri dan condong ke kanan...selain itu, kita lihat sebelum ini bahawa dia menyatakan bahawa parti itu mampu mengemukakan calon-calon muda tetapi kalau tengok calon yang dikemukakan itu adalah calon tua (lihat analisis Zainal Epi dari Malay Mail di sini),” katanya.

Idris berkata, Pas sudah kehilangan calon-calon muda dan menampilkan calon yang lama tetapi tidak mampu melaksanakan sebarang pembangunan sepanjang perkhidmatannya.

“Pas sudah kehilangan calon-calon muda. Kalau tengok calon BN (Wan Farid) yang mana seorang peguam, berwibawa dan hebat (lihat posting bertajuk "SMS!! Wan Farid 'is really very bad (choice),' kata Dr M" dan lihat artikel Tranungkite bertajuk "Isu Patrick Lim: Calon BN Wan Farid ada peranannya?"). Tengok calon Pas, orang kata 'tak rok cetong' (tidak berkemampuan).

“Di sini, perbezaan calon telah menunjukkan mana calon yang layak. Pas dilihat parti yang tiada kredibiliti, loklek dan mempertaruhkan calon yang 'tok rok cetong', tidak kredibiliti dan hal ini akan memberi kekuatan kepada BN. Saya yakin BN akan memenangi kerusi P36 Kuala Terengganu ini,” katanya.

Menurutnya, rakyat akan menilai apa yang telah dilaksanakan oleh BN setelah mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Pas Terengganu pada 2004 dan melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat sehingga kini (Lihat posting Haji Husam Musa 30/9/06, "Kemenangan BN di Terengganu 2004 tak sah?").

Katanya, agenda yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sama ada dari segi pembangunan fizikal dan peningkatan taraf hidup rakyat adalah secara konsisten ke arah memastikan rakyat keseluruhannya lebih proaktif dan berdaya maju.

“Namun, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004. Orang Terengganu boleh menilai kemampuan Pas. Tengok apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN dari 2004 hingga 2008 (lihat berita Malaysiakini "Dr M: Khairy dan 'Patrick Badawi' perintah Terengganu"), walaupun kerajaan BN negeri lain tumpas tetapi Terengganu masih teguh. Jelas rakyat masih memberi mandat kepada kerajaan BN.

“Dalam BN, kita lihat ada pemimpin-pemimpin baru. Wan Ahmad Farid yang dahulunya tidak diberi ruang akan diberi ruang kali ini bagi membuktikan kemampuannya sebagai peguam muda dan timbalan menteri untuk memastikan Parlimen Kuala Terengganu akan mendapat pemimpin betul-betul berkaliber,” katanya.

Dari mStar Online:

Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

"Tiada niau untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.

Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.

Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.

~penarik beca

K'jaan digesa kaji semula penswastaan semua lebuhraya

Reactions: 
MCA hari ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan semua lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar menguntungkan rakyat.

Merujuk kepada langkah kerajaan mengklasifikasikan semula 22 perjanjian konsesi tol, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, berdasarkan kajian awal Pemuda MCA, parti itu ingin mengemukakan dua syor seperti berikut:

"Pertama, kerajaan perlu mengkaji semula secara keseluruhan penswastaan lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar merupakan sebuah badan pengswastaan yang bertujuan untuk menguntungkan rakyat dan bukan sebaliknya," kata Wei Kiat dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, tunjuan kesemua projek penswastaan ialah syarikat-syarikat terbabit mestilah bersedia untuk berdepan dengan risiko dan menanggung liabiliti yang mungkin dihadapi.

"Bagaimanapun, apa yang kita dapat dari dokumen perjanjian tol yang telah diklasifikasikan semula itu, tujuan utamanya ialah untuk menjana keuntungan dan kepentingan kerajaan dan rakyat diabaikan.

"Kedua, Kementerian Kerjaraya sepatutnya membantu menyelesaikan semua masalah teknikal yang mungkin berbangkit secepat mungkin dengan mendedahkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang berkaitan, tanpa melengah-lengahnya, untuk memberi peluang kepada semua pihak untuk membaca dan mengkaji kandungan perjanjian, yang merupakan amat penting sekali," tegas Wei Kiat.

Sediakan laporan


Beliau yang juga pengerusi biro komunikasi dan maklumat MCA berkata, biro penyelidikan undang-undang parlimen dan hal-ehwal undang-undang Pemuda MCA akan mengkaji perjanjian-perjanjian yang telah diklasifikasikan semula itu dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada menteri-menteri MCA.

"Menteri-menteri MCA itu kemudiannya akan membawa laporan tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

"Kita ingin mencadangkan supaya satu kajian semula yang terperinci dijalankan bagi memastikan kepentingan kerajaan dan rakyat tidak diabaikan dan matlamat asal pembinaan (lebuhraya) tol tidak dilupakan," tegasnya.

Katanya, MCA menyokong penuh langkah kerajaan mengklasifikasikan semula perjanjian-perjanjian terbabit untuk pengetahuan umum.

"Ini bukan sahaja merupakan langkah pertama ke arah ketelusan tetapi juga ke arah merealisasikan kerajaan yang cekap dan bersih," tegas Wei Kiat.

-malaysiakini

Dewan Orang Ramai : Semua orang boleh pegang kunci? - malaysiakini

Reactions: 
Lihatlah bagaimana Menteri Kaki Pikul Kaki Usung (KPKU) ini cuba memanipulasikan isu Tadika Kemas yang beroperasi di Dewan-dewan orang ramai.

Kononnya Pakatan Rakyat menzalimi anak-anak yang nak belajar, apabila Pejabat Daerah mengarahkan Ketua Kampung yang lama menyerahkan anak kunci dewan kepada Penghulu untuk diserahkan kepada Ketua kampung yang baru. Satu prosedur biasa.

Kehadiran Menteri KPKU di Tabika KEMAS Seri Ampang Ipoh pagi 5 Januari yang baru lalu, adalah jelas menampakkan perihal si Baghal ini mahu mengeksploitasi kanak-kanak Tabika Kemas demi kepentingan politik peribadinya sendiri.

Ramai yang berasa pelik atas kesanggupannya berpagi-pagi datang ke Ipoh semata-mata mahu meriba budak-budak Tabika KEMAS disitu yang jumlahnya cuma 6 orang sahaja…. Alahai…

KEMAS sepatutnya memperkemaskan operasi mereka.Sebagai satu institusi yang telah lama wujud di tanah air, KEMAS tentulah sudah cukup kemas dari segi pentadbirannya.

Kenapa KEMAS mesti menumpang di setiap dewan-dewan orang ramai yang ada diserata tanah air? Kenapa tidak membina bangunannya sendiri atau menyewa?

Ada seorang Pengerusi JKKKP, seorang Major Bersara , tapi nampak amat bangang sekali apabila dia mengatakan kepada saya :

“Ini dewan orang ramai,semua orang berhak pegang kunci dewan ini!”

Alamak Major (B), kurang cerdik tak mengapa asalkan jangan digelarkan orang, (B) itu stands for BANGANG atau BAGHAL dan orang panggil kau Major Bangang/Baghal!

Sepertimana juga masjid – untuk kegunaan orang ramai, tapi mesti ada tatacara untuk menggunakannya. Ada AJKnya untuk mengurus tadbir. Ada yang pegang kuncinya dan sebagainya…

PAS dan PKR masing-masing mempunyai tadika mereka ; tetapi mereka beroperasi di bangunan sendiri atau menyewa ; tidak sebagaimana KEMAS yang semata-mata mahu menenggek percuma di setiap dewan orang ramai yang ada.

Apabila Ust Shuib, Ketua Kampung Seri Ampang yang baru, terima kunci dewan, –( tiga kunci semuanya) daripada Penghulu Besar Mukim Ulu Kinta , maka itu bermakna penyerahan kuasa kepada Ust Shuib sebagai Ketua Kampung untuk mentadbir urus dan menjaga dewan tersebut.

Lebih kurang seminggu selepas penyerahan tersebut, Ust Shuib mendapati dewan tersebut telah diceroboh tanpa kebenaran atau pengetahuannya.Keesokan harinya,31 Disember, pagi-pagi lagi, beliau pergi semula kesitu dan apabila cuba membuka pintu pagar dengan 3 anak kunci yang diserahkan kepadanya, beliau dapati ketiga-tiga anak kunci tersebut tidak dapat digunakan.Tindakan seterusnya apa lagi, beliau memotong rantai kunci tersebut dan menggantikan dengan yang baru.

Pada sebelah tengaharinya, beliau telah mendapat panggilan telefon daripada Balai Polis Ampang Baru , memintanya hadir ke situ kerana ada aduan polis dibuat berkaitan dewan yang telah dikunci itu.Bila sampai disana sudah sedia ada Cikgu Tadika KEMAS berkenaan.

Dalam sessi perbincangan di situ, Ust. Shuib telah menyatakan kepada guru tersebut bahawa tiada halangan bagi KEMAS untuk menggunakan dewan tersebut; tetapi ada ‘prosedur’nya.

“Cikgu datanglah ke rumah saya untuk mengambil kunci dan menandatangani dokumen tertentu …” kata Ustaz kepada Cikgu itu.Ustaz bermaksud supaya pemberian kunci dewan itu ada hitam putihnya dan bertanggung jawab.

“Saya tidak akan pergi ke rumah ustaz untuk mengambil kunci itu,” jawab Cikgu tersebut dengan nada sombong.

“Tak apalah, kalau dah kata gitu…” Ustaz jawab lalu pergi dari situ.Habis bab ini.

Ahad, 4 Januari, lebih kurang jam 9.12malam saya terima SMS daripada seseorang yang menyatakan :

Tan Sri Muhd Taib , akan hadir esok , Isnin 5 Januari jam 9.00 am di TBK KG SERI AMPANG ‘A’, 31350 IPOH, yang telah dirantai/kunci. Ini akan dijadikan isu kempen kita di K.Trengganu . Mohon dihebahkan kerana esok hari pertama kanak-kanak mendaftar.

Saya menerima beberapa panggilan telefon selepas itu bertanyakan tentang hal tersebut.Saya sendiri gagal untuk menghubungi Ust Shuib untuk bertanyakan tentang dewan jagaannya itu lalu saya pergi ke rumahnya.Kemudian muncul beberapa rakan yang lain di situ.

Ustaz pun berceritalah seperti mana diatas tu.Apabila saya mendapat tahu yang Ustaz belum membuat laporan polis berkenaan kejadian pencerobohan dewan tersebut, saya nasihatkan beliau supaya lakukannya malam itu juga. Saya merangkakan laporan polis untuknya seperti berikut :

  • Pada tahun 2008 tarikh tidak ingat saya terima 3 anak kunci iaitu 1 kunci dewan, 1 kunci bilik mesyuarat dan 1 kunci pagar daripada Penghulu Besar Mulim Ulu Kinta. En Syed pada 30/12/2008 jam lebih kurang 11.00 pagi.
  • Semasa saya lalu dihadapan dewan tersebut dapati dewan tersebut telah diceroboh oleh beberapa orang.Pada 31/12/2008 jam lebih kurang 8.30 pagi saya telah mengunci pagar dan dewan bagi mengelak pencerobohan berulang.Oleh itu, setiap kali penggunaan dewan mestilah mendapat kebenaran dari saya sebagai Ketua Kampung Seri Ampang yang baru.Inilah laporan saya.
Kemudian kami merangka perancangan kami untuk memalukan KPKU yang akan datang esok pagi.

Kami buat sign board “DEWAN ORANG RAMAI KG SERI AMPANG, IPOH.” Selama ini, dewan tersebut hanya terpasang signboard ‘Tabika KEMAS’ sahaja, seolah-olah dewan orang ramai itu hak milik KEMAS sahaja.

Bila signboard dah agak kering sedikit, kami pun membawanya ke dewan Seri Ampang dan memasangnya didalam kawasan dewan tersebut. Sebelum meninggalkan dewan itu, saya buka kunci pintu dewan dan juga kunci pagarnya.Saya biarkan kunci dan rantai ditempat asalnya dan ia kelihatan tidak berosek dan Nampak seolah-olah terkunci, melainkan kalau diamati betul-betul.

Keesokan paginya, 7.30am saya udah keluar rumah menuju ke Dewan Sungai Rokam untuk memantau perkembangan disitu.Saya perhatikan pintu sekolah KEMAS disitu telah sedia terbuka untuk menerima kehadiran murid.Di sini, KEMAS membina bangunannya sendiri bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai. Bila saya merasakan nampak semuanya o.k , barulah saya bergegas untuk ke Dewan Orang Ramai Seri Ampang … Bacalah entri saya sebelum ini di sini kalau rajin…..

Sebenarnya tiada isu disini kalau Cikgu itu cerdik sedikit dan tidak sombong diri.Perkara ini boleh selesai dengan baik sekiranya Cikgu tersebut bersedia untuk mengambil kunci di rumah Ustaz.Tidak perlu panggil KPKU bersusah payah datang dari KL.Lagi pun ‘Baghal’ macam KPKU itu ramai di Ipoh ni.Kankah kita ada Major (B) itu? Ha!ha! baghal atau bangang tu seropa ajer!

Saya pernah bertindak sepertimana Ustaz lakukan terhadap badan kebajikan Amanah Iktiyar yang mahu menggunakan Bilik Mesyuarat di Dewan Dato Ahmad Said Sungai Rokam untuk aktiviti mereka. Saya minta mereka supaya menulis surat resmi untuk menggunakan bilik tersebut.Mereka telah lakukan dan kini setiap pagi Rabu,setiap minggu, setiap bulan, Ikhtiyar Malaysia menggunakan Bilik Mesyuarat tersebut dengan kadar bayaran RM15.00 sahaja sebulan seperti mana sebelumnya.Mudahkan?

-ALHUSSEYN

Sekatan ekonomi ke atas AS wajar

Reactions: 
Negara-negara Islam perlu menggunakan kekuatan sumber ekonomi yang dimilikinya terutama minyak bagi memberi tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, kaedah itu lebih baik daripada bertindak balas dengan cara kekerasan.

“Kita tidak mampu untuk melawan dengan cara kekerasan seperti Israel kerana kita tidak ada kekuatan dari segi senjata. AS adalah pengeluar senjata jadi itu tidak ada masalah untuk mereka dan Israel,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Himpunan raksasa kutuk Israel - malaysiakini

Reactions: 
Satu perhimpunan raksasa disertai semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melabelkan kekejaman Israel di bumi Palestin sebagai jenayah kemanusiaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet esok untuk merealisasikan perhimpunan kemanusiaan itu yang bebas daripada ideologi politik.

''Saya sedang menggerakkan kordinasi untuk membolehkan satu perhimpunan besar-besaran diadakan sebagai satu sentimen rakyat bagi melabelkan Israel sebagai pencetus teroris dunia.

''Perhimpunan ini dipertimbangkan diadakan dalam tempoh setengah hari atau sehari yang disertai semua NGO yang akan menyatakan kebencian yang teramat terhadap zionis. Namun, pandangan Kabinet termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu diambil kira terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi hari ini.

NGO lancar kempen boikot produk Israel - malaysiakini

Reactions: 
Sebanyak 19 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan memulakan gerakan memboikot barangan keluaran Yahudi, Jumaat ini sebagai tindak balas rakyat Malaysia terhadap kekejaman Israel yang rakus menyerang Palestin dan membunuh ratusan orang awam.

Gerakan dinamakan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi itu dianjur oleh NGO antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Selain itu ialah 16 NGO yang bergabung di bawah Jawatankuasa Gabungan NGO Islam (ACCIN) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Pengumuman mengenai pelancaran kempen itu dan tiga produk terpilih dibuat di ibu negara hari ini.

Ia turut dihadiri Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman dan Naib Presiden ABIM (Antarabangsa), Azril Mohd. Amin.

Maamor berkata, pihaknya melancarkan kempen itu kerana menyedari kuasa pengguna senjata terbaik memberi pengajaran kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, katanya, ia boleh disertai sesiapa saja di Malaysia yang mengutuk tindakan Israel itu tanpa mengira agama dan kaum.

"Pengguna-pengguna Islam di negara ini diharap menyertai kempen ini dan jangan lagi menyokong dengan membeli produk-produk yang diboikot tersebut," katanya dalam sidang akhbar pelancaran Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi di sini hari ini.

Maamor juga menggesa kerajaan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat sebagai tanda bantahan atas sokongan negara kuasa besar tersebut kepada Israel.

Selain itu, tambahnya, PPIM juga menggesa Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit.

Dalam pada itu, Azril menegaskan, umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk melemahkan ekonomi Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel.

"Umat Islam di negara ini jangan risau, kita ada banyak produk yang setanding dengan keluaran mereka," katanya.

Bekalan darah jenis 'O' kurang

Reactions: 
Tabung Darah Negara mengalami kekurangan darah jenis 'O' sejak Disember lepas, kata Ketua Kempen Derma Darah Pusat Darah Negara (PDN), Dr. C. Chitra.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menerusi Unit Bergerak PDN kini giat menjalankan kempen derma darah di kawasan Lembah Klang bagi meningkatkan kembali bekalan darah jenis itu.

''PDN mengalami kekurangan darah sejak Disember tahun lepas dan pada tahun ini, PDN akan menggiatkan kempen derma darah bagi memastikan bekalan darah di PDN mencukupi.

''Orang ramai juga dirayu menderma darah mereka bagi menampung bekalan itu,'' katanya ketika ditemui pada kempen derma darah di sebuah pasar raya terkemuka di sini hari ini.

Selain itu, katanya lagi, PDN perlu memastikan bekalan darah mencukupi untuk diedarkan ke hospital-hospital kerajaan dan swasta di Lembah Klang.

''Tahun lepas, PDN sudah menjalankan kempen, tetapi bermula cuti Disember tahun lepas, kempen yang dijalankan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

''Jadi, bermula awal bulan ini, PDN akan menggiatkan kempen derma darah ini dan untuk makluman orang ramai setiap hari PDN menjalankan kempen ini di lokasi berbeza sekitar Lembah Klang," katanya

Menurut Dr. Chitra, kempen derma darah itu kini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dan akan berakhir esok.

Selain itu, beliau berkata, Unit Bergerak PDN juga hari ini berada di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk selama lima hari bagi menjalankan kempen itu.

YB Loke DAP Membangun Menurut Islam

Reactions: 

 Betul ke YB Loke , Pengerusi DAP N.Sembilan, ADUN Lobak, Ahli Parlimen Rasah, Ketua Pemuda DAP Pusat sedang berkempen untuk PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu dengan tema Membangun Menurut Islam. Tak caye , tengok sendiri gambar YB Loke dan tema di YBLoke



Kuala Terengganu by-election

I am currently in kuala terengganu with other DAP leaders to support our Pakatan Rakyat candidate for the KT by election. We walked to the nomination center with tens of thousands of PAS supporters. Kit Siang was at the nomination too to publicly express highest Pakatan solidarity. Of course, BN had hope for the absence of DAP in order for them to play up the 'rift' in Pakatan. Well, we will dissapoint them. I am posting this blog from my mobile phone so cant write a lot.. Will keep you posted.

-::::kerabubersuara::::

Presiden GGMM mohon ahli PAS

Reactions: 
Baru-baru ini, Presiden GGMM telah hadir ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur bagi menyerahkan borang keahlian PAS.

Permohonan beliau di sokong oleh sahabat karib beliau, Abdullah Abdul Karim, Exco Pemuda Pas Pusat (gambar)

Ketika menyerahkan borang permohonan, Presiden GGMM juga telah bertemu dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa, yang juga merupakan bekas pensyarah Undang-undang Syariah kepada Presiden GGMM ketika beliau menuntut di tahun 2 Fakulti Undang-Undang UKM pada tahun 1998.

Pertemuan 4 mata antara Presiden GGMM dengan Timbalan Presiden PAS selama 35 minit itu ternyata mengimbau kembali memori perjuangan bersama di UKM suatu ketika dahulu.

Presiden GGMM berhasrat menyertai PAS kerana ingin menjadikan PAS sebuah Parti yang berkuasa dan berpengaruh. Presiden GGMM telah melahirkan kekecewaannya kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa kerana tidak sepatutnya Anwar Ibrahim menjadi PM jika PR menguasai Parlimen dalam PRU-13 nanti.

Presiden GGMM yakin akan menyumbang tenaga dan usahanya memulihkan PAS dan yakin bahawa PAS mampu melaksanakan Undang-Undang Hudud di Malaysia, kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ustaz Nasaruddin kelihatan bersetuju dengan iltizam dan semangat yang di tunjukkan oleh Presiden GGMM dan berharap dengan penyertaan Presiden GGMM ke dalam PAS akan menjadi aset penting kepada perjuangan Islam.

Sambil berseloroh, tetapi dalam nada serius, Presiden GGMM berhasrat untuk mencabar YB Sallehuddin Ayub sebagai Ketua Pemuda PAS dalam pemilihan parti yang akan datang.

Semoga dengan penyertaan Presiden GGMM ke dalam PAS, Pas akan mendominasi Pakatan Rakyat melebihi PKR dan DAP.

Takbir!!!!!

-GGMM

Sama Tapi Tak Serupa - malaysiakini

Reactions: 
Post paling pendek hari ni.

Sama kan???

Tentera Yahudi + Bom >>> Sekolah = Zalim.

Rakyat Malaysia (Nama terpaksa dirahsiakan kerana masih dalam "PERBICARAAN") + Bom >>> Wanita Mongolia = Zalim.