Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 09, 2009

Blog Menteri Penerangan Bergelapan - malaysiakini

Reactions: 
Kah kah kah kah kah......!!! nama je menteri penerangan, tapi blog sendiri bergemerlapan... woit Strawberry..! kau tak bayar bil letrik blog kau ke? korang tengok print screen dekat bawah ni :
Kalau tak dapat nak baca entri, meh aku ajar... tekan butang mouse belah kiri, lepas tu select all... akan jadik macam gambar dekat bawah ni...
Lepaih tu hangpa boleh baca... kah kah kah kah kah... entah... sengaja dia buat gitu atau kesilapan teknikal, aku tak tau... mungkin jugak ni satu usaha untuk memantapkan blog Strawberry setanding dengan BBC, CNN, Al-Jazeera dan jugak lain-lain blog penerangan bertaraf "dunia" atau "world" kata Mawi. kih kih kih...

Ntah-ntah template Mat Strawberry terkena ayaq liyor kot... mana la tau tengah-tengah publish entri ada lak kutu telipon ajak sembang... lepas tu bersepai-sepai buih-buih dibibiran seterusnya merusakkan template tanpa disedari...

"Tanpa disedari" tu tak tahan tu... oit Strawberry..! jadik menteri kena alert woi..!

Hantu-Hantu & Ezam Nak Serang Anwar Di P-036..? - malaysiakini

Reactions: 
  • Anwar adalah pengkhianat bangsa yang sanggup meleburkan DEB dan dia merasakan, rakyat perlu tahu tentang percaturan politik Anwar.
  • “Menjadi tanggungjawab Anwar untuk menerangkan kepada penyokongnya, kenapa misi 16 Septembernya gagal?”
  • “Minggu ini, saya akan ke Kuala Terengganu.” kata Ezam lagi yang juga rakan kepada Wan Ahmad Farid, calon Barisan Nasional.
Ayoyooo...!!! Ezam... hang ni bingai ka hapa? PRK-P-044 lepas hang pi Permatang Pauh dok bantai Anwar gedebam-gedebum, gedebam-gedebum dan hasilnya - pukulan TKO untuk UMNO/BN di Permatang Pauh...

Tu rekod peribadi Ezam dan kenangan manis buat UMNO untuk tahun 2008...

PRK P-036 pulak hang nak pi Kuala Terengganu dengan tujuan nak perjelas kepada pengundi perihal Anwar jugak.

Hohoho... hallooo Ezam... aku ada 2 soalan untuk hang dan kepada pencacai-pencacai gerombolan bangang (baca hantu-hantu UMNO/BN) yang diketuai oleh geng-geng BPN...

Soalan pertama -
  • PRK P-036: calon BN (Wan Farid) lawan calon PKR (Anwar) ka lawan calon PAS (Wahid Endut) ???
Soalan kedua -
  • Apakah pendirian UMNO/BN, Ezam dan jugak hantu-hantu UMNO/BN berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud???
Aku yakin soalan pertama depa boleh jawab dengan mudah sambil pejam mata manakala soalan kedua tu pulak......... hmm... kih kih kih kih kih... hangpa baca je la apa jawapan depa dekat ruangan komen dekat [sini]... kih kih kih...

Kesimpulannya gerombolan ini hanya mampu melahirkan totok-totok yang berjaya tidak menggunakan otak mereka dengan sebaiknya. hangpa tanya depa 1+1 betoi atau tak jawapan dia 2, depa akan jawab sebenarnya kalau 4-2 jawapan dia 2... kih kih kih... aperla punya bangang...

Ni ada pulak pemuda gerombolan yang lepas tamat PRK P-044 kehidupannya banyak dihabiskan dinegara jiran (Indonesia) tiba-tiba nak jadi "wira negara" sebaik tiba PRK P-036... kih kih kih kih kih...

Oit Mat Ezam..!

Kau memang sesuai berada dalam gerombolan bangang bercampur-baur dengan najis-najis perusak negara... itulah tempat terbaik untuk kau setakat ni.

Masuk gelanggang lumba kuda, kau ajak Seladang berlumba... ini taktik yang Ezam belajar di Indonesia...

Apa kata pencacai-pencacai bangang (baca hantu-hantu UMNO/BN) yang diketuai oleh geng-geng BPN??? hangpa pun ikut jejak Ezam jugak ka pakat-pakat sondol??? baguih..!

Semoga berjaya... jangan lupa jawab 2 soklan aku tu... aku ulang balik naaa...

Soalan pertama -
  • PRK P-036: calon BN (Wan Farid) lawan calon PKR (Anwar) ka lawan calon PAS (Wahid Endut) ???
Soalan kedua -
  • Apakah pendirian UMNO/BN, Ezam dan jugak hantu-hantu UMNO/BN berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud???
Jawab jangan tak jawab..!

Utara Israel Dihujani Serangan Roket Lubnan - malaysiakini

Reactions: 
Sejumlah roket dilancarkan dari Lebanon ke wilayah Israel utara hari ini, yang mana ianya memberi Isyarat bahwa konflik di Gaza mungkin akan berpanjangan.

Angkatan tentera darat Israel membalas tiga serangan roket pertama dengan tembakan artileri. Belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab.


Media Israel kemudian melaporkan serangan roket kedua, namun ia telah dinafikan oleh jurucakap tentera Israel.

Berlaku pertempuran hebat semalam di antara pejuang Hamas dan tentera Israel setelah Israel melancarkan 60 serangan udara di Jalur Gaza semalam,Para wartawan mengatakan ini adalah saat yang paling berbahaya dalam konflik setakat ini.

Serangan roket dari Lebanon memungkinkan akan merebaknya perang yang lebih luas, kata editor BBC untuk masalah Timur Tengah, Jeremy Bowen.

Belum jelas apakah roket-roket itu dilancarkan oleh Hizbullah atau oleh salah satu kumpulan bersenjata Palestin yang beroperasi di Libanon.

Jika serangan dilakukan oleh Hizbullah, kemungkinan Israel akan melakukan serangan balas, kata wartawan kami.

Kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin di Lebanon tidak mempunyai kemampuan untuk melancarkan perang bersenjata dengan Israel, tetapi Hizbullah memiliki kekuatan untuk itu.

Sementara itu, usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata di Gaza terus dilakukan. Seorang wakil dari pihak Israel dijadualkan akan bertolak ke cairo untuk mendengar butiran dari rancangan gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir dan Prancis.

Satu rombongai dari Hamas juga dikatakan akan datang ke ibukota Mesir itu untuk memulakan perbincangan , kata para diplomat Mesir. Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas dijadualkan akan tiba di sana hari Jumat ini.

Kerajaan perkenal petrol jenis RON 95 Jun ini - malaysiakini

Reactions: 
Kerajaan akan memperkenalkan minyak petrol tanpa plumbum jenis RON 95 pada Jun atau Julai ini sebagai menggantikan petrol RON 92 yang ditarik balik dari pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, petrol baru itu sesuai untuk semua jenis kenderaan ringan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat negara ini dan kualitinya tidak banyak berbeza dengan petrol jenis RON 97.

Beliau berkata, harga petrol RON 95 akan menyamai harga petrol RON 92 iaitu kurang 10 sen atau 11 sen daripada petrol RON 97.

Buat masa ini, harga minyak petrol RON 97 adalah RM1.80 manakala RON 92 dijual pada harga RM1.70 dan petrol jenis itu menjadi pilihan pemilik motosikal dan kenderaan yang berusia lebih daripada 10 tahun.

''Dengan adanya minyak petrol baru ini di pasaran tempatan, pengguna kini mendapat pilihan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

''Apa yang lebih penting, harganya lebih murah daripada petrol jenis RON 97 dan sesuai untuk semua jenis kenderaan ringan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat negara ini,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan kad kredit baru Tesco RHB dan kad Debit Tesco RHB, di sini hari ini.

Sebelum ini, Shahrir mencadangkan kepada semua pemilik stesen minyak di negara ini menjual petrol tanpa plumbum jenis RON 95 pada tahun ini.

Galakan itu dibuat bagi membolehkan pengguna membuat pilihan kerana harga petrol RON 95 lebih murah dari petrol RON 97.

Dua Aktivis PAS Gopeng masuk hospital - malaysiakini

Reactions: 
Ketua Kampung Simpang Pulai, Abu Bakar atau nama mesranya Bob yang terlibat dengan kemalangan semasa dalam perjalanan ke Terengganu melalui jalan Simpang Pulai - Gua Musang kini masih terlantar tanpa sedar dalam ward 3B, Hospital Besar Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Ipoh.

Menurut YDP Kawasan Gopeng Tn Hj Rahim yang pergi meniarahinya tengahari tadi, keadaan BOB tidak begitu baik sebab ada jangkitan kuman dalm paru dan dia tidak sedar diri.

Sewaktu saya kesana lewat petang tadi, YB Chan Ming Kai bersama pembantunya telah turut kelihatan disitu. Keadaan BOB masih tidak berubah.Kepada mana-mana sahabat yang mengenalinya harap dapat meniarahinya disitu (katil no. 5)

Turut berada diward yang sama ialah Abang Majid, yang juga merupakan seorang aktibis PAS Gopeng. Beliau masih tidak sedar sejak seminggu lalu dimasukan kesitu.

-ALHUSSEYN