Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 27, 2009

Kugan's 2nd Autopsy finds external injuries - malaysiakini

Reactions: 
A second autopsy on suspected car thief Kugan Ananthan has found external injuries caused by blunt force trauma, sources told The Malaysian Insider.

The 22-year-old, who died while in police custody on Jan 20, was said to have died of cardiac arrest following the injuries, the sources said.

Initial findings also revealed Kugan was asthmatic, and his condition had caused phlegm to accumulate in his lungs.

The full report is expected to be issued within days after Universiti Malaya Medical Centre pathologists carried out the autopsy that lasted nearly 10 hours on Sunday following a dispute over earlier findings that he had died of "water in the lungs".

The Attorney-General’s Chambers have classified the case as murder and 11 policemen from the Subang USJ Taipan police station have been reassigned to desk duty pending investigations.

It is understood that closed-circuit-television-cameras (CCTV) were not placed in the police station’s lock-up despite a directive years ago that was intended to prevent claims of police abuse.

Kugan was said to be part of a syndicate involved in stealing luxury cars but his family said he has no criminal record and worked as an insurance claims executive.

Kugan will be cremated at the Puchong Batu 14 crematorium on Wednesday.

Fearing trouble, police have warned his family and friends not to turn the funeral into a protest following unconfirmed reports that a procession with banners and placards are being planned.

The police are now questioning some 21 people, including two deputy ministers, for allegedly barging into a hospital mortuary to view Kugan’s body last week. The family and the two politicians dispute the police and hospital version of events, saying they had a right to see the body.

His death is the latest over the years of suspects, mainly Indians, who had died suddenly in police custody.

Political parties across the divide have asked for an independent probe into his death and others in the past.

His family has also criticised the police for hiding behind a wall of silence over the death.

“The police never informed us that he was arrested and we only heard about it from an anonymous caller,” Kugan’s uncle V. Raviroy told The Malaysian Insider.

The 42-year-old businessman said no matter what Kugan was accused of doing; he did not deserve to die.

“Kugan was only 22, he had his whole life ahead of him, why did he end up dead in the lockup?” he lamented.

-TMI

Haji Marlboro Ganti Tajol Rosli - malaysiakini

Reactions: 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru selepas Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melepaskan jawatannya.

Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Selepas bertemu Najib baru-baru ini, Tajol dikatakan akan melepaskan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Perak," kata satu sumber kepada Siasah.

Ia juga berikutan dari tekanan dan kempen pihak-pihak tertentu agar Tajol melepaskan jawatannya selepas Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Zahid semakin dipercayai oleh Umno Perak dengan tindakan beraninya mengarahkan pegawai kerajaan Pusat agar jangan menyertai sebarang mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak.

"Walaupun mendapat kecaman hebat dari pembangkang, Zahid sekurang-kurangnya dilihat berbuat sesuatu untuk menaikkan moral Umno di Perak ketika Tajol dilihat tidak berani berbuat apa-apa," kata sumber itu.

Bagi beliau, ramai pemimpin Umno membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendapat umum sekarang asalkan ia mendapat sokongan Umno kerana mereka sekarang menghadapi pemilihan dalaman parti.

"Kenyataan Mukhris tentang sekolah satu aliran negetif kepada rakan-rakannya dalam BN tetapi ia tetap dibuat untuk mendapat undi di kalangan perwakilan Umno. Begitu juga dengan kenyataan Zahid ini," tambah beliau.

Tekanan terhadap Tajol semakin meningkat apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mengumumkan tiga lagi Adun Umno akan menyertai Pakatan.

Namun perkara ini ditolak oleh timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

-SIASAH

Kenyataan Husam Berhubung Nasib Malang Mendiang Kugan - malaysiakini

Reactions: 
Semalam, Isnin 26hb Januari 2009 Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor, bersama-sama dengan Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Pas bagi Kota Raja.

Lawatan tersebut berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan disertai bersama oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa ahli parlimen Keadilan yang lain.

Berikut adalah kenyataan rasmi YB. Dato' Haji Husam Musa.

Mengikut
Al Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali Al Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh dengam kejamnya oleh tentera Israel, mahupun Kugan Ananthan, rakyat kita keturunan India yang mati sewaktu di dalam tahanan lokap polis setelah ditangkap kerana disyakki terlibat dalam kes kecurian kereta.


Seluruh badan Kugan cedera parah. Mengikut laporan berita, keluarga Kugan mendakwa beliau tidak diberi makan dan minum selama 7 hari. Sewaktu keluarga beliau menuntut mayat beliau di Hospital Serdang, mereka melihat mulutnya berbuih, dan kesan- kesan luka berat di muka dan hampir seluruh badan.

Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau. Malangnya, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah". Langkah ini hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa. Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini

Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini. Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati.

Hari Rabu ini, mayat Kugan Ananthan akan disemadikan di Puchong, Selangor. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan. Saya berharap rakan-rakan Pas yang lain dapat mengiringi jenazah mendiang Kugan nanti.

Tamatnya Kempen Pak Lah 180' - malaysiakini

Reactions: 
Maka hari ini dengan rasminya aku sebagai webmaster http://perisik-rakyat.com/ mengisytiharkan tamatnya kempen menterbalikkan gambar Pak Lah, Isteri Rosmah dan juga Fairus TKM1 Penang.

Diisytiharkan juga bahawa dengan ini aku Topengperak_Xinwugi menyokong penuh supaya dikekalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi@Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga berakhirnya penggal pemerintahan penggal ke 12.

Aku dengan rasminya juga mencadangkan supaya Menantu Pak Lah Pi EM dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan Gerombolan Mac ini.

Pak Lah perlu kekal sebagai Pi Em Malaysia kerana Pak Lah mempunyai banyak kelebihan berbanding nama-nama yang lain. sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat pasti tahu betapa besarnya peluang dan betapa santainya kehidupan kita sekiranya Pak Lah kekal sebagai Pi Em.

Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin juga khabarnya bukan calang-calang orang didalam UMNO. lihat sahaja hasil usahanya di P-044 dan juga P-036 (korang tau kan?)

Jadi aku menyeru semua rakan-rakan blogger baik dari Gerombolan, BPN dan juga BlogNet supaya kita bersama-sama menyokong Pak Lah dan juga KJ sebagai Pi Em dan juga calon Ketua Pemuda Gerombolan.

Berkenaan dengan Isteri Rosmah, aku dok tengah pikiaq lagi posisi mana yang sebaiknya untuk dia... ahli fikir mungkin sesuai... harap bersabaq.

Fairus... jangan pikiaq hang dah selamat... DSAI pun jangan pikiaq hang dah buat perkara yang betul... untuk kali ni mungkin nampak macam betul tapi kita akan terus memantau perkembangan.

Dalam WeBlog ini, sesiapapun boleh jadi mangsa... tak kira hangpa dari Gerombolan, PKR, PAS atau DAP. asal je korang buat perkara bodoh, peluang untuk jadi mangsa adalah cerah.

Untuk puaka-puaka gerombolan... kekalkan sahaja Pak Lah sebagai Pi Em dan juga nobatkan saja KJ sebagai Ketua Pemuda gerombolan.

Kalau saranan kami diikut... insya-Allah... PRU-13 milik "Rakyat".

Sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat... korang tau Pak Lah & KJ adalah kombinasi terbaik kan? ayuh... kita sokong kombinasi Pak Lah & KJ..!

Hail to UMNO..! PRU-13 pastikan sejarah buat kaurang..!

*ada cadangan lain untuk Ketua Pemuda Gerombolan???

40 Ahli PAS Sertai UMNO? - malaysiakini

Reactions: 
Dalam keadaan heboh dengan berita ADUN UMNO keluar partinya keluar berita picisan dan mengelirukan mengenai Ketua Pas Cawangan Musai, Bukit Baru, di sini bersama-sama 40 ahli cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan menyertai UMNO, demikian seperti dilaporkan Bernama.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab ketika dihubungi menjelaskan siapakah Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan yang menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai.

Sofi mengesahkan bahawa Ismail adalah seorang bekas ahli UMNO yang pernah masuk PAS suatu masa dulu dan dia adalah dalam kategori ahli yang bermasalah serta sudah lama tidak membayar yuran keahlian.

Mengenai cawangan yang di dakwa 40 bersamanya masuk UMNO, Sofi menafikan ianya tidak ujud kerana di situ tidak adapun cawangan PAS yang aktif seperti didakwa Ismail. Ismail juga bukannya Ketua Cawangan seperti didakwanya. Sekaligus menafikan berita tersebut.

-CINA ISLAM

Penjelasan berkaitan (sebelumnya)

ALI BODOHKAN RAKYAT MELAKA DAN DIRI SENDIRI ~ Ref Malaysiakini


Ternyata tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggembar-gemburkan berita 41 orang ahli PAS dan seorang Ketua Cawangan PAS memperlihatkan ketidakcerdikan beliau. Di samping itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka.

Ali Rustam lupa bahawa rakyat Malaysia kecuali orang Umno sudah cukup faham dengan permainan media pengampu seperti Utusan Meloya (Utusan Malaysia).

Seperti yang saya postingkan di dalam Blog ini semalam, Ismail Tompang (Senin Tompang) adalah ahli PAS yang sudah lama keluar PAS dan berminat untuk menyertai Umno. Sudah bertahun-tahun beliau tidak membayar yuran, malah tindak-tinduknya juga sudah lama diketahui oleh PAS Kawasan Bukit Katil.Beliau adalah bekas ahli Umno yang mempunyai kepentingan diri. Sentiasa bertukar parti yang disokongnya semata-mata kerana mencari habuan. Beliau pernah cenderung kepada DAP dan PKR kemudian berpatah balik menyertai Umno.

Jadi tidak perlulah dirisaukan orang seperti ini tempat yang paling sesuai untuknya ialah bersama Ali Rustam. Jumlah 40 orang lagi ahli PAS yang ikut jejak langkah Ismail adalah tidak benar kerana ahli di cawangan yang sudah lama mati inipun tidak sampai seramai itu. Mungkin Ai Rustam mengirakan jumlah tersebut dengan bayang-bayang sekali. Kalau adapun 40 orang mungkin ianya bukan ahli PAS tetapi penyokong Umno atau orang yang tidak berparti.

Saya hairan bagaimana calon Timbalan Presiden Umno cuba memperbodohkan rakyat. Dalam sedar atau tidak sedar beliau memperlihatkan ketidakcerdikan beliau sendiri.

Ketua Polis Selangor Wajar Letak Jawatan..! - malaysiakini

Reactions: 
  • Keputusan bedah siasat kedua ke atas mayat suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, A.Kugan, 22, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam, dijangka diketahui dalam tempoh empat hingga lima minggu lagi.
  • Keputusan tersebut akan dapat diperoleh selepas beberapa ujian dan penyelidikan ke atas beberapa sampel yang diambil termasuk tisu kulit mayat Kugan selesai dijalankan.
  • Pengarah PPUM, Profesor Dr. Ikram Shah Ismail berkata, penyelidikan kes tersebut memerlukan kajian mendalam dan kebiasaannya memakan masa lama.
  • Menurutnya, sampel yang diambil akan dihantar ke makmal patologi PPUM manakala sebahagian lagi mungkin ke Jabatan Kimia atau makmal luar.
Woi..! 4 minggu? hah? 5 minggu? biar betoool..! awat 1st post mortem boleh dapat result tak sampai 24 jam?

Yang aku tau kalau ikut 1st post mortem, lepas hantar mayat dekat Hospital Serdang, esoknya Ketua Polis Selangor habaq hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dari masalah paru-paru berair. dalam paru-paru mangsa ada air.

Yang 1st tu tak betul ke? yang 1st tu buat post mortem ke main agak ikut sedap tekak je?

Ketua Polis Selangor ni apa? Ketua Polis Selangor ke Ketua Penipu Selangor?

Ketua Polis ni tak tau prosedur post mortem ke? Ketua Polis ni buat statement awal ikut sedap tekak ke ikut hasil bedah siasat doktor?

Kalau ikut hasil bedah siasat doktor, mana laporannya?

Kalau tak de laporan... SAH mamat ni Ketua Penipu Selangor..!

Woi..! Letak jawatan la woi..! buat busuk nama Polis Di Raja Malaysia je woi..!

21 Tok Sidang/Ketua Kampung Keluar UMNO? - malaysiakini

Reactions: 
Petang tadi saya menalipon pimpinan PAS Kawasan Parit bertanyakan suasana di Bota dan Parlimen Parit setelah ADUN Bota, Dato' Nasharuddin Hashim mengumumkan keluar dari UMNO dan menyertai PKR.

Mereka memaklumkan terdapat tanda-tanda masyarakat setempat gembira dengan tindakan tersebut. Katanya banyak bendera KeAdilan dan PAS dikibarkan sejak kelmarin. Malah telah ada yang menyembelih kambing buat kesyukuran.

Paling menggemparkan menurut maklumat itu seramai 21 orang Tok Sidang/Ketua Kampung akan turut serta keluar dari UMNO mengikuti langkah ADUN Bota itu.

Kalau itu semua menjadi kenyataan, akan lumpuhkan UMNO Parit khususnya di DUN Bota. Apa yang berlaku di Petaling Jaya Selatan akan berulang di Bota.

-CINA ISLAM