Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 28, 2009

Ramlang Porigi Akhirnya Dipecat Oleh JAKIM..!

Reactions: 
kemaskini 6:38pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.

azmin ramlang pc 250808 01Ramlang dihadapkan dengan empat pertuduhan - tiga daripadanya kerana berucap di tiga tempat berasingan di kawasan parlimen tersebut pada hari berkenaan.

Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, pertuduhan keempat - mengadakan sidang media pada tengah hari 25 Ogos - bagaimanapun tidak benar.

Ramlang mengadakan sidang media bersama Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali (foto atas) dan beberapa pemimpin pembangkang sejurus selepas tengah malam hari yang sama di pusat khidmat parti itu di Penanti.

Peguam itu menambah, tanpa memberikan sebarang alasan jelas, surat Jakim itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada telah mencukupi" untuk memecat Ramlang.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808Pada 15 Ogos lalu, Ramlang termasuk antara empat pegawai Masjid Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu dua bulan sebelumnya.

Ramlang kemudian muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat (foto bawah, kanan) - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti menurut Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.

Pada 7 Ogos tahun lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

-malaysiakini

Fairus hits out at PKR opponents

Reactions: 
Last week's PKR state liaison committee meeting saw a rare outburst from the mild-mannered embattled Penang deputy chief minister Mohamad Fairus Khairuddin against what he called “sabotage from within” the party.

The outburst sharply targeted his arch rival Abdul Malik Kassim, another PKR executive councillor in the Pakatan Rakyat state government, for not lending any effective assistance to the deputy chief minister in carrying out the PKR agenda in the state administration.

Indeed, Abdul Malik was said to have been tagged as more “a DAP than a PKR man” in the state government under the stewardship of Chief Minister Lim Guan Eng.

Mohamad Fairus’ emotion boiled over when Machang Bubok assemblyperson Tan Hock Leong asked the PKR state chairperson Zahrain Mohd Hashim on the follow-up results of the PKR list of names submitted to the chief minister for appointments in several state government bodies.

At this point, Mohamad Fairus interjected and told the meeting that Abdul Malik had already submitted a list of names of his own to Lim before he could do it during a recent state executive council meeting.

abdul malik penang exco memberIt seems Abdul Malik's list of PKR appointees was not approved by the party state committee while the deputy chief minister's list was the official party list, which consisted of names of state party leaders and elected representatives.

Penanti assemblyperson Mohamad Fairus has apparently told the PKR meeting that Batu Maung assemblyperson Abdul Malik had did it on his own by submitting his list of names at the expense of party interests.

The PKR list of names was for appointments in Penang Water Supply Corporation, Penang Development Corporation and InvestPenang.

The deputy chief minister had also cited several other instances, in which Abdul Malik had apparently overstepped his boundary and undermined Mohamad Fairus position as PKR's number one man in Lim's administration.

Malicious Characters Assassination

Several committee members also raised their displeasure at Abdul Malik’s seemingly “one-man show” in the state government at the expense of party interests.

They also chided the anti-Fairus bloggers for indulging in a malicious character assassination campaign against the deputy chief minister since he took office after last March general election.

Fresh evidence has already been submitted to the PKR top leadership on the identities of these bloggers, who were learnt to be PKR members linked to a party leader in Penang.

anwar ibrahimIt is learnt that PKR de facto leader Anwar Ibrahim has taken a personal interest in disciplining the Fairus detractors and resolving the spat between the party elected representatives.

Party sources said the newly-appointed state PKR deputy chairperson Mansor Othman was planning to set up a dynamic party team to assist Mohamad Fairus in his state administration.

“The team would assist Mohamad Fairus to execute his state duties efficiently,” said a source.

When contacted, Mohamad Fairus declined comment on his outburst and merely quipped that “I would rather air my views through proper party channel, unlike my anti-Fairus blogging friends”.

On the evidence submitted to Anwar, he said he would leave it to the party leadership to decide on the disciplinary action on his detractors.

“I can only advise them to stop their nonsense and non-productive way of blogging, and instead concentrate on helping the people,” said Mohamad Fairus.

Tiada Kompromi! Calon TP UMNO

Reactions: 
Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan tetap bertanding jawatan timbalan presiden Umno, Mac ini walaupun ada cadangan supaya jawatan tersebut dikompromi di antara tiga calonnya.

"Sebagai calon yang telah dipilih oleh ahli untuk bertanding, tidak ada sebab untuk saya berkompromi atau menarik diri.

"Saya ucapkan tahniah kalau ada yang memberi cadangan untuk berkompromi tetapi saya tidak akan tarik diri. Kalau ada calon lain yang menarik diri, alhamdulillah," kata ketua menteri Melaka.

Adik Jebat Yang Gagal... - malaysiakini

Reactions: 
UPDATE 4:13pm - Dalam post aku dekat [sini] ada sorang pengkomen (mungkin sahabat-sahabat dari BPN yang pemalu, sebab tak berani letak nama betul dan link blog) yang menggunakan nick "adik jebat" tinggalkan komen :
  • Nama: mohd fauzi b mohd azmi
  • IC: 72062903XXXX
  • Alamat Rumah :4XXX jln bukit meXXXX, taman bkt meXXXX, 24XXX kemamam, terenganu
  • ni alamat rumah topeng perak dan ic dia.. aku kesian la kat dia ni ..kerja pun tak berapa bagus, internet ni je lah cari makan sebab tu aku tak dedahkan habis, tapi pasal dia tak kisah jap lagi kalau kecoh tak settle ke..site ni tak tutup ke..
Sebelum ni pun ada jugak komen yang lebih kurang sama dekat post aku yang sebelumnya dan aku rasa orang yang sama jugak. cuma bezanya alamat "rumah aku" yang dia bagi tu cukup lengkap. aku taip balik alamatnya :
  • No 4102,
  • Jalan Bukit Mentok,
  • Taman Bukit Mentok,
  • 24000 Kemaman,
  • Terengganu.
Jadi berbekalkan alamat tu, aku mintak tolong sorang kawan aku dekat Kemaman untuk carik "rumah aku" berdasarkan alamat tu...

Hasilnya apa hangpa tau?

Hasilnya ialah, alamat rumah tersebut sebenarnya ialah alamat rumah Menantu Dato' Mohammad bin Awang Tera..!

Woi..! aku ni menantu Dato' Muhammad Awang Tera ke?

Korang tau ke Dato' Muhammad Awang Tera ni sape? Inilah dianya Ahli Parlimen Kemaman..!

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!

Woi... Adik Jebat..! hang siasat sapa ni???

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!

Apa yang kau dedah sebenarnya ni Adik Jebat oi...???

*pembetulan...

Dato' Muhammad Awang Tera ialah ADUN Chukai... Ahli Parimen Kemaman ialah Ahmad Shabery Cheek (Strawberry)...

TP - mana la aku tau "pak mentua" aku tu MP ka ADUN... aku pun tak tau aku ada rumah dekat Kemaman..!

Kah kah kah kah kah kah...!!!

Cubaan Ke-2 Adik Jebat Gagal Lagi - malaysiakini

Reactions: 
Cubaan pertama Adik Jebat dekat [sini] gagal...

Cubaan ke-2 Adik Jebat dekat [sini]... pun gagal...

Aku quot komen dari Adik Jebat -
  • Perisik lucah has left a new comment on your post "Adik Jebat Yang Gagal... - malaysiakini":
  • sapa pulak tukang menyamar jadi adikjebat ni
  • hah.. ni aku
  • 1. korang perasan tak, si Fauzi ni tak pulak menolak kenyataan dia kaki email seks, ( sabuL) dan jugak kaki jual barang dalam internet..hehehe
  • 2. alamat tu ialah alamat dalam IC dia , takkan lah aku nak paste dalam ni ..sebab si fauzi ni bukanlah hensem, muka dah la berjerawat.. kerja tak tentu pulak..sian..cari makan guna cara publisiti murah
  • 3. si asrol dan si hani tu takyah lah dok sebuk, korang punya info pun ada dalam tangan ni. dok diam diam je dah.. nanti habis anak bini suami isteri punya kedudukan keluar kat internet..
  • 4. aku cabar ngko nafikan semua diatas.. :D
  • tulah.. jangan bermain di air tenang.. jap..aku nak paste ic k kat sini
  • berani nak mengaku tak...
  • 720629-03-5183
  • dah la tak mendaftar jadi peungdi,.
  • kaki seks
  • suka cari glamer atas usaha orang lain
  • tak hensem dah tentu
Jawapan aku :

1 - Aku cabar kau buktikan tuduhan kau yang no-1 tu..!

2 - Aku cabar kau buktikan kenyataan kau no-2 bahawa itu adalah alamat yang kau ambik dalam IC aku..!

3 - Kenyataan kau pasai Asrol & jugak Hani...
- Kau yakin ke 2-2 nama tu dah menikah dan punya isteri/suami & jugak anak?kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

4 - Aku sahut cabaran kau & aku nafikan semua tuduhan kau & jugak aku mintak kau buktikan semua tuduhan kau tu..!

Seterusnya...

Betul ke tu no IC aku? kah kah kah kah kah... aku rasa kau banyak makan semut la... tu yang jadik bengap tu...

Betul ke aku tak daftar sebagai pengundi? kah kah kah kah kah...

Untuk pengetahuan kau, aku dah mengundi sebanyak 2 kali di Parlimen dan jugak DUN yang sama. pertama kali mengundi ialah tahun 2004 & kali ke-2 tahun lepas (malam karang aku siarkan gambar kertas undi aku yang aku ambik sebagai kenang-kenangan *kejatuhan kerajaan UMNO/BN di tempat aku...kah kah kah kah kah...!!!)

Jebat... kau gagal lagi jebat... usahlah kau menderhaka pada Al-Sultan Jebat... malu anak bini kau Jebat...

Kah kah kah kah kah...!!!

Kenapalah Jebat dilahirkan sebagai seorang yang "GAGAL"???

ADUN UMNO Perak Kecewa: Berhasrat Keluar Parti

Reactions: 
Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.

-malaysiakini

UMNO Berehat Seketika Dari Kekalutan - malaysiakini

Reactions: 
Episod hijrah ADUN BN ke PR di Perak berehat seketika. Hampir tak mungkin penghijrahan susulan dapat berlaku dalam sehari dua atau seminggu dua ini. Semua YB BN Perak sedang diperhati dan diekori 24 jam sehari oleh SB UMNO dan SB Polis. Dalam pertemuan dengan Najib kelmarin juga, semua YB yang hadir telah melafazkan ikrar taat setia secara rela-paksa. Ada pujuk dan ada ugut. Kesimpulannya, tak akan ada lagi yang berani isytihar keluar atau lompat parti dalam tempoh terdekat.

Terima kasih Najib. Terima kasih Tajol. Terima kasih semua 26 YB UMNO Perak yang hadir ke kediaman Najib. Anda semua telah mengesahkan khabar bahawa kapal UMNO telah bocor dan menunggu saat untuk karam.

Terima kasih dan tahniah juga kepada 2 YB 'rahsia' yang turut hadir bertemu Najib. Anda berdua membantu mententeramkan suasana. Najib dan Tajol terpaksa terus dihantui teka-teki tentang siapa yang dimaksudkan oleh YAB Nizar. Najib dan Tajol terpaksa terus menuduh YB itu dan YB ini yang sedang berunding dengan Pakatan Rakyat.

Kami tetap sabar menanti detik yang sesuai untuk menyambut ketibaan anda berdua atau mungkin bertiga ke bahtera Pakatan Rakyat.

Terima kasih lagi kepada Najib kerana yakin tiada lagi ADUN UMNO Perak yang akan mengikut jejak YB Nasarudin. Keyakinan itu memudahkan kerja kami. Ekspresi wajah anda ketika membuat kenyataan itu juga membantu kami dari sudut kesannya kepada persepsi rakyat Malaysia. Rakyat sangat faham setiap yang tersirat di sebalik yang tersurat. Rakyat sangat berpengalaman. Jika pembesar UMNO kata 'tidak', maksud sebenarnya ialah 'ya'. Bila Najib kata 'tiada lagi' yang akan lompat, ertinya 'ada lagi' yang akan lompat. Terima kasih kerana mengesahkan khabar ini.

Terima kasih daun keladi kepada Tajol kerana terus meracau. Statement 'memujuk hati sendiri' yang anda luahkan turut membantu kami. Tergambar betapa menggelabahnya anda semasa menjawab soalan wartawan TV malam tadi. Simbolik dan logik yang cuba anda kununkan kepada orang ramai nampak canggung dan bodoh sangat. Terima kasih kerana jadi Mr. Bean.

Terima kasih 'khas' kepada Perak Bangkit dan geng BPN kerana latah anda semua menambah kelancaran misi kami. Makian anda terhadap YB Nasarudin menambahkan meluatnya kepada UMNO. Tembakan peluru tabur anda kepada YB Ahmad Pakeh Adam, YB Raja Ahmad, YB Hamidah dan YB Hamdi sekurang-kurangnya mengingatkan YB-YB tu betapa UMNO sudah tak percaya dan tak sukakan mereka.

Sebenarnya kami mengalu-alukan makian dan carutan Perak Bangkit terutamanya terhadap YAB Nizar. Celupar anda memudahkan kami. Tak perlulah kami bersusah payah nak terangkan jenis minda dan jenis jiwa anda kepada sekelian rakyat Malaysia. Anda telah zahirkan kurap di badan dan aids di minda anda. Bahagialah anda dengan gelak ketawa sesama geng BPN keris telanjang. Pelayar internet yang intelek dan pencari info yang waras tak akan mengambil masa yang lama untuk me'najis'kan idea dan tulisan anda. Terima kasih.

UMNO Perak semakin bercelaru selepas kejutan Bota. Riuh dibualkan khabar Zahid akan menggantikan Tajol sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Penyamun-penyamun yang menguasai UMNO Bahagian pantas membetulkan kemudi mengubah haluan ke Bagan Datoh. Tajol akan kojol. Orang Zahid di semua bahagian sudah mula mencongak habuan yang boleh dihimpun. Orang Tajol terkial-kial. Orang zaman Ramli Ngah Talib yang masih berdayung di zaman ini sudah boleh menempah batu nisan. Orang Tajudin Pasir Salak lagilah tak keruan. Kapal semakin senget.

Selamat Karam UMNO!

-jeritan minda politik malaysia

Kes Kugan: Husam Sokong Suruhanjaya Di Raja - malaysiakini

Reactions: 
YB Dato Husam Musa, Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan hari ini menyuarakan sokongan penuh beliau terhadap gesaan beberapa pertubuhan NGO dan parti-parti politik yang menuntut supaya satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat bukan sahaja kes kematian Kugan Ananthan di dalam tahanan polis baru-baru ini, bahkan juga 1535 kes-kes kematian dalam tahanan yang lain sebelum ini.

Suruhanjaya Di Raja ini penting bagi memastikan bahawa insiden seperti ini tidak berulang lagi. Kejadian kematian dalam tahanan mestilah dihentikan serta-merta.
Suruhanjaya Di Raja mestilah menyiasat :
  • kegagalan sistem sedia ada untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang yang berada di dalaam tahanan.
  • kenapa ramai orang mati semasa di dalam tahanan, dan menentukan samada insiden ini disebabkan oleh apa jua bentuk keganasan.
  • budaya kerja di dalam PDRM, bagi menentukan samada budaya kerja sedia ada memang mengizinkan perlakuan keganasan terhadap tahanan polis.
  • siapakah pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam setiap kes kematian tahanan tersebut.
  • samada perlakuan keganasan terhadap orang-orang di bawah tahanan polis dibiarkan berlaku, digalakkan, atau pun diarahkan oleh pihak atasan di dalam "chain of command" PDRM.
Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan itu juga mestilah diberikan kuasa untuk mendakwa semua pihak yang telah dikenalpasti bertanggungjawab dalam insiden kematian tahanan-tahanan tersebut. Semua yang bersalah, samada kakitangan bawahan hinggalah kepada pegawai-pegawai atasan, hatta Menteri yang bertanggungjawab, mestilah "accountable" kepada apa yang telah berlaku.

Dato Husam Musa seterusnya menegaskan lagi bahawa suruhanjaya berkenaan juga mestilah mengemukakan perakuan-perakuan yang "binding" kepada pihak Kerajaan bagi menentukan bagaimanakah keganasan terhadap tahanan-tahanan polis dapat dihapuskan.

"Kita hendaklah ingat bahawa tahanan-tahanan yang berada di dalam jagaan pihak polis sewaktu di dalam siasatan, adalah belum ditentukan lagi samada terbukti salah atau tidak. Oleh yang demikian, sebagai manusia, mereka adalah berhak untuk mendapat layanan yang saksama berlandaskan prinsip "innocence until proven guilty", ujar beliau lagi.

-HUSAM MUSA

BPN Tu Apebende Woi??? Penjahanam Negara Ke??? - malaysiakini

Reactions: 
Soalan dah ada pada tajuk, tinggal nak bagi sikit pemahaman je dekat pembaca untuk buat kesimpulan... dekat bawah ni aku amik serba sikit artikel-artikel dari geng-geng BPN dan aku komen sikit-sikit.

Apa respon pembaca pulak? tinggalkan komen korang... geng-geng BPN pun digalakkan untuk mempertahankan diri. dekat sini kita amalkan demokrasi... komen korang tidak akan ditapis... apa yang hangpa komen itulah diri hangpa... kalau hangpa mencarut, semua pembaca tau... sendiri mau hingat..!

Dari Blog 916 - DUN BOTA : Sila adakan PRK semula.
  • Katak si katak lompat,
  • Lompat lah tinggi-tinggi,
  • Rakyat Bota dah mula meluat,
  • YB mereka nk jadi menteri.
Komen aku : Kalau aku jadik rakyat DUN Bota, mestilah aku nak ADUN aku jadik Menteri... kenapa pulak 916 meluat pulak ADUN Bota nak jadik Menteri??? meluat atau PHD (Perasaan Hasad Dengki) ?

Oi... BPN ni Blogger Pembela Negara ke Blogger Penjahanam Negara? nampak gayanya kalau BPN berkuasa, jahanam la semua DUN sebab wakil DUNnya takat boleh jadik wakil je ADUN je, tak leh lebih-lebih... Kalau dapat offer jadik Menteri Kewangan pun tak leh terima pasai depa "meluat"... bingai sungguh... SAH JAHANAM NEGARA Malaysia kalau dapat dekat geng-geng BPN ni... akai pendek..!

Dari blog Abang Tuah - KEFAHAMAN PAKATAN RANAP DAN BLOGGER PR TEWAS PERMAINAN MINDA.

Komen aku : tu gambar lembu ke kambing? kalau dah binatang lembu dengan kambing pun tak dapat nak beza, apa lagi nak bezakan perkara-perkata yang baik dan buruk?

Orang yang tak kenal antara lembu dengan kambing ni nak bela negara? JAHANAM NEGARA Malaysia macam ni...

Dari Blog abe MIE terjah 2009 : GONG XI FA CHAI DAN ADUN LEMBU- NASARUDDIN?
  • Tindakan ADUN Bota yang kini tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan bukan satu perkara yang perlu diperanjatkan kerana Datuk Nasa memang 'dilembu' kan oleh Anwar. Kenapa dia tak pilih PAS? Kenapa tak pilih DAP yang memang lama sudah wujud sebagai pembangkang di Malaysia? Kan DAP dan PAS sudah lama 'meng-lembu-kan' rakyat Malaysia dengan janji-janji rumput yang segar?
Komen aku : ADUN Bota tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan??? kih kih kih kih kih... abe MIE ni rupanya berotak lembu... soklan untuk abe MIE - siapakah Kerajaan pemerintah di Negeri Perak Darul Ridzuan???
A - Pakatan Rakyat.
B - Barisan Nas
ional.


Harap abe MIE makan rumput segar dulu sebelum menjawab soklan mudah dari aku... kalau makan rumput kering alamatnya tak terjawab la soklan ni pasai dok terbatuk-batuk je dari tadi... kih kih kih kih kih...

Nasa tu lompat masuk Pakatan Rakyat sebab nak berkhidmat dengan Kerajaan Negeri la abe MIE woi... abe MIE banyak makan semut ke? awat benak sangat..?

Dari Blog GOMO - ANWAR BUNTUT PUNYA OLANG

Komen aku : yang ni aku malas nak copy paste sebab teruk sangat artikelnya... kalau korang nak tengok, korang klik je dekat tajuk tu lepaih tu korang tengok la sendiri post jenis apa GOMO buat sebagai Blogger Pembela Negara...

Boleh ke bela negara dengan post macam tu???

Dari Blog Panglima Perang Cyber - Sajak Maharaja Zhou untuk PAScinta hamPAS yang PASti rugi jika terlePAS
  • Hukum hudud mahu dilaksana
  • Baru disergah Singh,menggigil pula
  • Didepan tuan guru lim guan eng menolaknya
  • Dalam markaz PAS kuala Ibai disebut-sebutnya
Komen aku : alamak PPC... soklan aku yang dekat [sini] sampai la ni hang tak jawab-jawab lagi ni... macam mana nak bela negara kalau 1 soklan mudah ni hang tak dapat nak jawab?

Ni baghu dalam alam cyber, kalau nak bela negara, bukan takat soklan dalam ni je hang nak kena jawab, dekat luar tu banyak lagi soklan... apa jawapan hang PPC?

Apa pendirian hang berhubung pelaksanaan hukum hudud di Malaysia? kalau tak leh jawab yang ni, macam mana nak bela negara ni? cakap pasai hudud berdegar-degar, tapi bila tanya pendirian... terketaq-ketaq macam ayam berak kaporr... kih kih kih kih kih... Panglima hapa ni?

Dari Blog Perak Bangkit.

Yang ni pun aku malas nak copy paste apa-apa daro blog dia sebab...

Kepada pelayar-pelayat internet yang nak belajar pelbagai jenis bahasa maki-hamun, sebutan-sebutan alat sulit lelaki atau perempuan dalam gaya bahasa Blogger Pembela Negara, bolehlah berkunjung ke blog mahaguru carut Malaysia iaitu Perak Bangkit.

Aku tak reti nak agak dari mana la agaknya Perak Bangkit ni belajaq membela negara Malaysia ni dengan carutan-carutan yang pelbagai.

Tak tau pulak aku negara ni akan terbela dengan carutan. entah... untuk Perak Bangkit, aku ingat hang kena bikin group baru - "Blogger Pencarut Negara" adalah nama yang paling cocok untuk hang...amacam?

Yang lain-lain aku sambung esok... ni pun belum tentu depa dapat jawab... untuk geng-geng BPN yang karektornya berlainan dengan yang aku letak dekat atas tu, rasanya hangpa salah masuk persatuan...

Carik la komuniti lain... aku dok tengok ada jugak geng-geng BPN yang baguih tapi terperangkap. tapi yang jelas sekarang bila sebut BPN... memang tak leh nak pisah ngan sebutan "Blogger Pencarut Negara" a.k.a "Blogger Penghuni Neraka" (yang ni bukan aku bagi, hangpa carik la sendiri sapa yang bagi) a.k.a "Blogger Penjahanam Negara" dll...

Mekasih