Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 01, 2009

Najib Masuk Perangkap Siapa? - malaysiakini

Reactions: 
Hasil jejari tok iskandar

Kali ini Najib terperangkap dan berada di laluan sukar untuk mengejar impiannya menjadi PM setelah kedua exco PKR Perak meletakkan jawatannya.

Ini bermakna kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang diisytiharkan kosong dan pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Apakah SPR akan mengadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua kerusi DUN ini serentak? sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Mood rakyat ketika ini memihak Pakatan Rakyat dan peluang BN untuk menang boleh dikatakan agak tipis.

Jika congakan ini diambilkira, Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir. Kau kena perangkaplah Najib. Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini, alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Tok nak tengok macamana gandingan Najib dan Zahid berdepan dengan situasi ini. Kedua-duanya dulu bekas orang kanan Anwar tapi bila dah senang bos korang sendiri kau kenakan. Pengakuan bersumpah oleh saiful bukhari yang mengatakan dia diliwat dah sah rancangan licik korang.

Langit tak selalunya cerah dan korang akan berdepan dengan hukuman rakyat sebelum berdepan dengan hukuman Tuhan.

Najib telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya di Putrajaya mengenai situasi politikdi Perak. Didapati tiga orang Adun Perak tidak hadir.

Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).

Ketiga-tiga trio ini diberitakan akan melompat ke Pakatan Rakyat. Satu lagi tamparan hebat buat gandingan Najib-Zahid.

Eloklah korang mintak nasihat kat PM pencen tu, Tun Mahathir. Selama ini dialah penasihat korang.

UMNO tentu sudah pening sekarang. Pemilihan UMNO Mac ini dimeriahkan dengan pilihanraya kecil DUN Behrang dan changkat Jering.

Nak kempen untuk jawatan parti atau untuk Pilihanraya Kecil kedua-dua DUN ini. Tak kempen untuk diri sendiri nanti kalah pulak dan peluang nak jadi calon BN untuk PRU13 tipis. Dilema ni. Biar BN kalah asalkan aku menang, demikianlah pendirian kebanyakan pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

Pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering akan menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Zahid. Khairi menunggu giliran menghukum korang kerana mensabotaj orang-orangnya Wan Farid dan Norza Zakaria.

Tok juga nak cadangkan kepada Pakatan Rakyat Perak agar tidak berebut dan bergaduh ketika menamakan calon untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut. Berbincanglah dan berlapang dadalah terhadap calon yang diputuskan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mulai sekarang dan mengawal ketat kesemua ADUN mereka agar tidak diculik Najib sehingga berakhirnya Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering.

Kepada pengundi-pengundi dikedua-dua DUN tersebut, segala pemberian kerajaan BN korang ambiklah. Anggaplah durian runtuh tapi time mengundi nanti korang undilah Pakatan Rakyat.

Kedua-dua exco PKR itu telah hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun. UMNO dan BN pecah kepala untuk memikirkan calonnya. Adegan baling kerusi, pulau memulau, bergaduh dan sabotaj akan menjadikan UMNO, parti yang luput tarikh semakin menghampiri zaman kepupusannya.

Katakan tidak kepada UMNO dan BN.

Ulasan Dato' Husam Untuk Edaran: Politik Perak - malaysiakini

Reactions: 
Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.

Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.

Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.

Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.

Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.

Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.

Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?

Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?

UMNO/BN lebih tertekan.

Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!

-Weblog Husam Musa

Dua Adun PKR Perak letak jawatan

Reactions: 
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

pkr permatang pc 230808 perak exco jamaluddin and osmanKatanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

"Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

perak majority slim 300109Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok/

Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

-malaysiakini

GEGAR Perak...!!! BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA KECIL...!!! - malaysiakini

Reactions: 
SAH...!!! Speaker DUN Perak terima perletakan jawtaan ADUN Jamaluddin dan Kapten Osman.

SPR akan dimaklumkan bahawa kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering digantung serta-merta (dikosongkan).

Bersedia untuk 2 lagi Pilihanraya Kecil.

Ezam, Kasevan, Isteri Rosmah, Dato' Nasa & 2 EXCO??? - malaysiakini

Reactions: 
Ada cerita menarik...

Apa kaitan Ezam dengan "kepanasan" iklim politik Perak sekarang?

Apa yang Ezam tawarkan?

Apa Ezam bincangkan dengan Kasevan?

Isteri Rosmah serah kerusi MB kalau Dato' Nasa balik ke Rasuah?

2 EXCO tu kenapa pulak? apa main ugut-ugut ni?

Siapa yang mengugut?

Kalau ikut, lepas... kalau tak ikut sangkut... macam tu ke?

Ezam - tawaran - Kasevan - Isteri Rosmah - Dato' Nasa - Rasuah - Kerusi MB - Jamal - Osman - Lepas - Sangkut...

Pergh...

Amende nih?

Lagi PRK: 2 ADUN Perak Letak Jawatan - malaysiakini

Reactions: 
Dua ahli dewan undangan Perak - Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang diberitakan kini berada di Pekan, Pahang akan letak jawatan.

Surat letak jawatan dari menjadi wakil rakyat telah mereka tanda tangani ketika mereka mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing pada bulan March lalu.

Surat letak jawatan ini ada di dalam simpanan kerajaan Perak.

Pilihanraya Kecil akan diadakan di kedua-dua tempat ini untuk menggantikan kerusi yang telah di kosongkan.

TP - berita tak sahih dari TT

Jamal SAH Keluar PKR??? - malaysiakini

Reactions: 
Mana satu nak ikut : PKR kata lain, PAS kata lain, DAP terkincit bisu, tak reti nak cakap apa2, takut kena tempeleng kenkawan ker ? Kemudian meletop, YB Jamaluddin Md Radzi - sah keluar PKR dan berada atas tiket Bebas. Disahkan oleh anak saudara Jamaluddin di Buletin 1.30pm tadi.

Kelmarin Hj. Osman bilang dah 4 hari 2 exco ni 'ghaib'. Tapi MB Perak kata hari ini, exco tersebut ada ditemui solat Jumaat di Ipoh, dan seorang lagi bercuti. Adoii...yang terkini pulak, laporan Polis akan dibuat pada petang ini kerana kehilangan 2 exco tersebut sejak 5 hari yang lalu.

Woi..hangpa semua nak kena penampaq ka dgn rakyat Perak ! Ni bukan dok main aci-aci tutup mata la ngok !!

-al-banjari online 2009

TP - aku nak tambah sikit je...

Khak Ptuih...!!!

Bubar DUN Perak???

Reactions: 
Memandangkan kedudukan kerusi PR dan BN yang terikat begitu hampir.

32 PR 27 BN sekarang, sekiranya 2 Adun Pkr bertukar kem ke Umno menjadikan kedudukan kerusi 30 PR 29BN.

Perbezaan 1 kerusi amat mengentarkan kerana 1 lagi kerusi PR lari ke BN, maka kededukan akan bertukar menjadi BN30 PR29.

(Perlu diingat cara kiranya tolak 1 campur 1,jika tolak 2 kena campur 2.)

Lebih merisaukan parti politik dan ahli politik di Perak ialah kedudukan berisiko 2,3 ahli politik kedua dua pihak PR dan BN berkemungkinan bertukar kem.

Untuk meleraikan dan meredakan unsur ketegangan dan suspen dikalangan orang politik, bagaimana cadangan sekiranya DUN Perak dibubarkan?

Adakan semula satu pilihanraya peringkat negeri Perak.

Ini bermakna masalah di kalangan ahli(pemimpin) dan parti politik itu diserahkan kembali kepada rakyat.

Ini melibatkan masa dan wang. Ia juga melibatkan perasaan rakyat.

Sanggupkah rakyat berdepan suhu panas politik lagi sekali pada skala yang lebih besar dari pilihanraya kecil satu kerusi seperti PrkP36.?

Ini akan melibatkan semua kerusi DUN Perak.

Beranikah ahli dan parti politik yang terlibat mengambil risiko untuk kemenangan dengan menghadapi rakyat dalam pilihanraya semula.?

Ada kemungkinan menang,ada kemungkinan kalah!

Barangkali keputusan pilihanraya nanti akan menjadi keputusan muktamad, diterima semua orang politik dan rakyat.

Namun berapakah harga kesusahan yang perlu ditempuhi semua?

-perunding

JOM FLAG!!!Lagi Blog Hina Agama Islam - malaysiakin

Reactions: 
Kemaskini 11:35 am

Klik di[sini] kemudian flagkan blog tersebut beramai-ramai. jangan bagi can..!

Yang ni pulak susah sikit nak flagkan pasai dia pakai domain... tapi x pe... kita ada cara... sedang diusahakan.

*terima kasih atas maklumat karim pisang.

Wajah 'Bapa Perpaduan' Kita - malaysiakini

Reactions: 
Umat Islam pasti akan bersatu tanpa mengira fahaman politik, syaratnya, PR hendaklah runtuh di Perak. Dua exco yang 'hilang' itu diminta keluar segera daripada tempat 'pertapaan' mereka. Kalau mereka sayangkan umat ini dan mahukan perpaduan, ayuh masuklah Umno.

20 Januari lalu...


Agensi Persekutuan Tidak Iktiraf Tandatangan Pengerusi JKKK


IPOH, 20 Jan (Bernama)
- Semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang telah diarah untuk tidak lagi menerima dan mengiktiraf sokongan dan pengesahan daripada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri berkenaan.


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...


11 hari kemudian...


Umat Islam Digesa Bersatu Tanpa Mengira Fahaman Politik


KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama)
-- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa umat Islam di negara ini supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang cabaran daripada pihak tertentu yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.


Benar, kita mesti bersatu dan RASUAH adalah penyatu umat.


Inilah wajah 'Bapa Perpaduan' itu.

-bila sauh dibongkar...

Dua EXCO Perak: Apa yang berlaku? - malaysiakini

Reactions: 
kemaskini 10:00am - Artikel ini telah diedit beberapa patah perkatan mengikut perubahan zaman. sila rujuk - [sini].

Ini adalah terjemahan seba hagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam.
https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/


"Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan 'hilang', sebaliknya berada didalam tangan pemimpin
RASUAH. Dan RASUAH mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan 'menyeberang' kedalam RASUAH ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan UMNO.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh RASUAH, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN
RASUAH menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN
RASUAH ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam RASUAH dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. RASUAH memerlukan Nasruddin kembali kedalam RASUAH, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, RASUAH masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin.." Altantuya telah mati dan Bala telah hilang." Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?"


Apa yang berlaku?


Perancangan
RASUAH untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, RASUAH tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup 'kemaluan' beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.


Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN
RASUAH kedalam PKR untuk menghalang perancangan RASUAH ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui 'kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.


Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN
RASUAH yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh
RASUAH untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam RASUAH, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam RASUAH. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

T
idak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak
RASUAH ini. tetapi apa yang jelas, RASUAH begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan 'kemaluan' Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah
RASUAH selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata .."Relax!"

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.


Kecuali kalau
RASUAH main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.


Posts Berkaitan:
  1. Hampir sah..dua EXCO Perak keluar PKR
  2. Dua Exco PKR Perak .. sesenpun tak laku
  3. ADUN PKR ugut keluar parti
  4. MB Perak nafi dua exco sertai BN
  5. Keluar BN, kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat?

Perkataan Baru Untuk Hari Ini - malaysiakini

Reactions: 
Kemaskini 3:07 am - Hari ni atas persetujuan Kulup Sakah, maka kita cuba untuk mencadangkan supaya perkataan "Rasuah" dimansuhkan dan diganti dengan "UMNO"...
  • UMNO ganti rasuah
  • sebut pasal karamnya Umno, satu permintaanku agar perkataan "umno" diabadikan sebagai memperingati sejarah kewujudannya.
  • Aku cadangkan perkataan "rasuah" dimansuhkan dan digantikan dengan perkataan "umno"... jika pada tahun 2020 nanti seorang pegawai polis didakwa menerima rasuah laporan akhbarnya mesti bertulis :-
  • contoh ayat - seorang pegawai polis didakwa di mahkamah kerana terlibat menerima UMNO dari seorang peniaga.
TP - Aku ingat lagi dulu bro... masa tu keter aku nak kene saman ngan MPAJ, aku mintak tolong jangan saman...

skali pegawai tu mintak UMNO ngan aku bro... aku mana la biasa UMNO, UMNO nih...

tapi pegawai tu cakap kalau tak nak kene saman, wa kene UMNO jugak...

tapi wa kuat bro... wa rela bayar saman dari bagi UMNO bro...

lu tau tak slogan polis yg depa pakai kat baju depa tu?

"KAMI ANTI UMNO!"

betoi dak???

Karang aku tambah lagi... aku nak pi minum sat...

Hangpa ada apa-apa idea, hangpa tinggal dekat komen... chiaw...

*woi...!!! jangan UMNO woi...!!!

#ralat - mulai hari ini 2 makna ayat ini perlu ditukar
  1. UMNO menjadi Rasuah
  2. Rasuah menjadi UMNO
Contoh penggunaan perkataan UMNO didalam teks :

UMNO
merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan UMNO Malaysia terdapat empat kesalahan UMNO yang utama:
  • Meminta/Menerima UMNO
  • Menawar/Memberi UMNO
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian UMNO jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. UMNO di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Indeks Persepsi
UMNO

Indeks ini ialah Indeks Persepsi UMNO yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari UMNO) dan 0 (kadar UMNO yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar UMNO di peringkat sejagat.

Antara negara-negara yang mempunyai kadar UMNO yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:
Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3 - artikel asal rujuk [sini].

Cuba korang buat karangan/teks korang pulak... kita tengok siapa paling terror guna ayat UMNO.

Nasharudin: Saya Tetap Dengan PKR - malaysiakini

Reactions: 
TERKINI: Menurut sumber, Adun Bota, Nasharuddin Hashim akan mengadakan sidang media di rumahnya di Bota Kiri pagi esok bagi menjelaskan kedudukan dan pendirian sebenarnya berkenaan tawaran beliau menjadi Menteri Besar Perak yang baru jika dua Adun PKR tersebut melompat ke BN.
  • Nasharuddin adakan sidang media pagi esok di Bota Kiri, tetap PKR!
Seorang pimpinan PAS Parit memaklumkan, Ketua Bahagian PKR Parit, Usaili Alias mengesahkan Nasharuddin Hashim akan tetap bersama parti itu sekalipun terdapatnya tawaran menjadi Menteri Besar. Pagi esok katanya, Nasaharuddin akan memaklumkan pendiriannya itu kepada media.

Perkembangan lain, Anwar Ibrahim dikatakan mengesahkan bahawa terdapatnya usaha gigih dari Najib Tun Razak untuk menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pada masa sekarang. Beliau menghubungi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin ketika berlangsungnya ceramah menyambut kemenangan PAS Kuala Terengganu di Tanjung Belanja, Parit malam tadi.

Selain Nizar yang berceramah, Setiausaha Politiknya, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Malam tadi, lebih 10,000 orang hadir mendengar amanat Anwar Ibrahim dan Nasharuddin Hashim di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan.

Sementgara itu di Kuala Lumpur terdapat desas-desus yang menyebut semua Adun BN Perak akan mengadakan pertemuan khas bersama Najib Tun Razak di ibu negara. Tempat dan masa tidak diketahui tetapi ia akan dilangsungkan pagi esok dan dipercayai membincangkan strategi mereka untuk menubuhkan kerajaan baru, jika dua exco dan dua Adun DAP berjaya "dibeli" melompat BN.

-SANGGAHTOKSAGO.COM