Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 02, 2009

KENYATAAN AKHBAR ADUN BUKIT SELAMBAU - KEDAH - malaysiakini

Reactions: 
  • Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.
  • Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.
  • Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
  • Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.
  • Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.
  • Sekian, terimakasih,
  • Arumugam a/l Vengatarakoo,
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
  • merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
TP - aku rasa macam bukan dok negara Malaysia pulak... dah jadik macam dunia politik filem hindustan... kih kih kih kih kih...

appa pumya turrr daaa...!!!

Khak Ptuih...!!!

Kenyataan Rasmi Bekas ADUN Behrang & Juga Bekas EXCO Perak a.k.a Duda Gila Talak

Reactions: 
Exco kerajaan Perak, Jamaluddin Mat Radzi menafikan beliau telah menghilangkan diri minggu lalu dan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang.

Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media di sebuah hotel dekat dengan lapangan antarabangsa KLIA, wakil rakyat PKR itu berkata beliau mengambil cuti sakit selama tiga hari mulai 28 Januari.

"Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti," katanya.

Kenyataan yang diedar oleh pegawai khasnya Firdaus Saharuddin jam 3.40 petang tadi, Jamaluddin juga berkata beliau masih berkhidmat sebagai Adun Behrang dan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Perak semalam "tidak berasas sama sekali".

Dalam sidang media ringkas, pegawai itu berkata Jamaluddin kini sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menafikan wakil rakyat PKR itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno berhubung desas-desus melompat parti kepada BN.

Sabtu lalu, desas-desus bertiup kencang bahawa Jamaluddin bersama Osman berada di Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya di Pekan.

Mengulas sama ada Jamaluddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan peletakan jawatannya, Firdaus berkata mereka sedang merujuk peguam.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
  • Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Unangan Negeri (Adun) kawasan Behrang.
  • Sukacita saya sekai lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
  • Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat.
  • Berhubung dakwaan bahawa saya telah menghilangkan diri kerana mahu melompat parti, suka saya menjelaskan bahawa saya tidak pernah menghilangkan atau melarikan diri daripada mana-mana pihak.
  • Sebaliknya, ingin saya jelaskan bahawa saya telah bercuti dari 28 Januari hingga 30 Januari 2009 kerana sakit.
  • Pada 31 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 pula adalah cuti hujung minggu dan tempoh tersebut digunakan oleh saya untuk berehat.
  • Bagaimanapun, laporan berita semalam yang kononnya saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat benar-benar mengejutkan saya.
  • Dalam hubungan ini, adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak berasas sama sekali.
  • Lebih-lebih lagi saya sendiri semalam tidak berada di Perak, apatah lagi untuk menghantar sendiri surat peletakan jawatan saya ke rumah beliau.
  • Kenyataan tuan Speaker tersebut benar-benar mengejut saya dan telah menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di seluruh negara sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
  • Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti.
  • Saya berharap penjelasan ini akan menghuraikan kekeliruan yang ada dan saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar demi kepentingan politik pihak tertentu.
  • Yang benar,
  • YB Jamaluddin Mohd Radzi
  • 2 Februari 2009
Kah kah kah kah kah...!!!

Awat? Yang dikejau tak dapek?? yang dikendong berciciran???

Kau jadik la Dudo Gilo talak jang oi...!!!

Lenkali pikio pakai otak dalam kepalo, bukan kepalo lutut..!

Oi... kau poie Pahang Buek apo? Jumpo isteri Rosmah ko? bagi la den sikit...

Khak Ptuih...!!!

Tak Pasti Sertai PKR -ADUN Rasuah/BN

Reactions: 
Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rasuah yang diura-urakan akan menyertai PKR, Datuk Ahmad Fakeh Adam kini mengambil "sikap tunggu dan lihat" sebelum berbuat demikian.

Tambahnya, niatnya untuk menyertai PKR telah mula berkurangan sedikit susulan perkembangan terbaru politik Perak kebelakangan ini.
  • "Kena tengok perkembangan yang sedang berlaku sekarang.
  • "Takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Ditelan mati emak, diluah mati ayah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Rabu lalu, Ahmad Fakeh yang juga Adun Lintang berkata, beliau berhasrat menyertai PKR dan memerlukan "beberapa hari" untuk membuat keputusan muktamad.

Ahmad Fakeh berkata, beberapa Adun lagi dipercayai berminat untuk melompat kepada Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat itu dipercayai bekas ketua Rasuah Beruas, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ketua Rasuah Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Menurutnya, kedudukan tidak menentu dua Adun PKR menyebabkan beliau terpaksa mengambil pendirian tunggu dan lihat.

Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu dipercayai telah meletakkan jawatan tetapi mereka, yang ingin meninggalkan PKR, menafikannya.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri mengenai kekosongan kedua-dua kerusi tersebut.
  • "Tengoklah dulu apa yang berlaku, kita tidak boleh bodohkan diri. Kalau salah tindakan, rakyat salahkan kita," katanya.
Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua bahagian Rasuah Sungai Siput, Oktober lalu, sebelum ini dilaporkan berkata, niat hendak kekal dalam Rasuah dengan masuk pembangkang "sama banyak".
  • "Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," kata Ahmad Fakeh kepada Malaysiakini baru-baru ini.
*Rasuah - rujuk [sini].

Kenapa Mengelak PRK? - malaysiakini

Reactions: 
Semalam PM mengesahkan adanya ADUN PR dari Perak akan menyertai UMNO. Bilangan tidak disahkan.

Penyertaan mereka, kata Abdullah, kerana mereka percayakan UMNO/BN.

Kenyataan ini, membawa maksud BN boleh menerima konsep pertukaran kedudukan parti. Undang-undang lompat nampaknya bukan pilihan BN bila ada ADUN atau MP yang akan menyertai BN.

Petangnya, Speaker DUN Perak dikatakan menerima surat pengosongan kerusi dua ADUN yang disebut 'hilang' kerana 'dikurung' dan gagal dihubungi.

Berita pengosongan kerusi dua ADUN berkenaan segera menggemparkan negara. Jam sepuluh malam tadi, bekas ADUN Behrang tiba-tiba muncul dari 'kurungan' atau kehilangan misteri. Beliau tiba-tiba ada. Beliau menafikan bersetuju meletakkan jawatan ADUN. Beliau mengesahkan akan keluar dari PKR tetapi akan menjadi ADUN bebas.

Inikah salah seorang yang didakwa PM akan menyertai BN?

Dilihat dari gaya berita, Jamaluddin sebenarnya tidak berhasrat meletakan jawatan ADUN tetapi surat persetujuannya meletakkan jawatan ADUN yang telah ditandatangani sebelum ini mungkin telah digunakan untuk dimajukan kepada Speaker.

Maknanya, Jamaluddin bersetuju keluar parti (dalam proses menjayakan apa yang disebut Abdullah) tetapi tidak mengjangka langkahnya dihalang dengan tindakan pengosongan kerusi. Jamaluddin mungkin terkejut. Itu menyusahkan beliau. Pemimpin UMNO yang mungkin bersama merancang penyeberangan juga sudah tentu terkejut.

Kalau begitu, pilihanraya semula adalah sesuatu yang tidak mereka gemari. Mereka nak kerusi percuma dan tak mahu berhadapan semula dengan pengundi.

Kenapa? Samada Jamaluddin ada atau tidak ada masalah dengan pengundi Behrang tidak timbul. Tapi samada pengundi Behrang ada masalah atau tidak dengan beliau, boleh ditentukan melalui pilihanraya baru.

Tunggu apa reaksi UMNO?

Bagi Jamaluddin, pilihanraya semula bererti 'mati'? Jamaluddin tentu bertambah cemas menjelang perbicaraan kes beliau 10 Februari ini. Jika tiba-tiba kes beliau gugur, tentulah dunia mengesyaki Kerajaan BN sudah sedemikian teruk dan rule of law adalah menjadi mainan semata-mata. Kalau kes diteruskan, 'perniagaan' beliau ternyata amat tidak menguntungkan.

Samada pengosongan kerusi itu sah atau tidak adalah soalan yang akan ditentukan akhirnya. Tetapi, samada pemimpin UMNO menyokong atau tidak satu pilihanraya kecil diadakan adalah mustahak. Jika tidak, UMNO telah tersilap langkah dan pengumuman Abdullah telah menjejaskan strategi UMNO samada untuk mendapatkan ADUN percuma maupun stand UMNO/BN tentang lompat parti. Selepas ini, UMNO/BN tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat.

Abdullah yang pada mulanya telah ceria dengan bakal berita penyeberangan, sudah tentu tercabar kredibilitinya. Watak beliau kelihatan seperti Pak Kadok - pengumuman Pak Kadok mengundang malang.

Kesan seterusnya, jika UMNO/BN boleh menerima adanya ADUN PR menyeberangi UMNO/BN, UMNO/BN sepatutnya tidak lagi boleh menyekat ADUN dan MP mereka lebih ramai menyertai PR. Ini peluang terbuka kepada lebih ramai ADUN dan MP UMNO/BN membuat keputusan mereka dalam masa terdekat, lebih-lebih selepas patern pemilihan UMNO selesai akhir Mac ini.

Kalau akhbar The Star online pagi ini menulis Kerajaan Perak di ambang tumbang dengan isu dua Adun ini, kedudukan Kerajaan BN lebih-lebih lagi tergugat. Ia mungkin tumbang dengan polisi Kerajaan BN bahawa bertukar pemain diizinkan. Satu lagi penyeberangan, UMNO akan goyang.

-Weblog Husam Musa

Speaker DUN Perak serah surat pada SPR

Reactions: 
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.

perak deputy speaker sivakumar and osman and jamaluddinSemalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.

Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.

Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini.

STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM? - malaysiakini

Reactions: 
DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah.

Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.

-Nur Aflah

Imbas Kembali Satu Waktu Dulu - malaysiakini

Reactions: 
Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.

Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan.

Kerajaan PAS diketuai Mohd Asri Muda (Dato') dan Timbalan Menteri Besar, Nik Abdul Rahman Nik Mat.

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka iaitu pada 1959 PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi negeri yang dipertandingkan. Sedangkan pilihan raya pertama sebelum merdeka, Kelantan dimenangi Perikatan.
  • "Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.
  • "Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ.
  • "Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
  • "Kami macam orang bisu tidak dapat bercakap di antara satu sama lain. SB (Cawangan Khas) polis yang berpakaian biasa ramai mengawal kami di bawah.
  • "Kalau hendak bercakap pun kena berbisik-bisik kerana SB sentiasa mengintai setiap gerak geri kami," kata Che Omar yang masih gagah biar pun usia sudah lanjut.
Rumahnya agak besar terletak di Banggol di bandar Tanah Merah.

Empat lagi wakil rakyat yang terbabit dengan episod 'culik' tersebut sudah lama meninggal dunia. Mereka ialah Adun Kota Bharu Timur, Haji Saufi Idris, Adun Tok Uban, Haji Abdullah Yusof, Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh dan Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latif.

Menurut Che Omar sejak hari pertama dikurung di Jalan Pekeliling, beliau tidak diberitahu bagaimana empat lagi wakil rakyat dibawa ke rumah tersebut.
  • "Mungkin menjadi rahsia peribadi di kalangan mereka. Namun bagi saya ia tidak lagi menjadi rahsia kerana tindakan dilakukan Perikatan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan begitu mengaibkan sekali," ujarnya.
Mengimbau detik-detik ditahan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur katanya, ketika itu beliau bersama wakil rakyat Parlimen Tanah Merah, Mustapa Ahmad mahu menunaikan solat Jumaat. Beliau ditahan anggota polis di tengah jalan.

Polis mengarahnya datang ke Balai Polis Tanah Merah.
  • Beliau hairan apa kesalahannya. Apabila sampai ke balai polis beliau diminta naik ke tingkat atas dan menemui seorang pegawai."Pegawai polis itu kata ada kaitan dengan kes pistol. Namun saya memberitahu polis saya ada lesen. Kemudian pegawai itu meminta saya menyerahkan pistol.
  • "Selepas itu saya dibawa pula ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu. Sebelum dibawa ke Kota Bharu saya minta balik ke rumah sekejap untuk memberitahu apa yang berlaku kepada isteri.
  • "Ketika saya sampai di Balai Polis Kota Bharu saya lihat ramai penyokong PAS berada di situ bagi memberi sokongan. Tidak lama kemudian saya dibawa turun dari pintu belakang dan terus dibawa ke Kuala Lumpur," katanya yang masih mengingati peristiwa yang memalukan Umno tersebut.
Che Omar berkata, biar pun segala makan minum disediakan pihak SB, namun beliau dan rakan-rakan rungsing memandangkan persidangan Dun Kelantan semakin hampir.

Ekoran itu beliau berpakat secara sulit, namun diketahui juga SB yang berkawal.
  • "Mereka meletakkan syarat, kalau hendak balik boleh tetapi mesti mengisytiharkan menyertai Umno. Ketika diaju syarat itu saya meminta diberi tempoh sehingga esok. Saya terima syarat itu hanya di mulut dan bukan di hati.
  • "Dan esoknya kami dibawa ke satu tempat dan membaca surat yang disediakan bagi menyatakan sanggup menyertai Umno di depan kamera televisyen. Saya orang yang pertama mambaca kenyataan itu," katanya.
Ekoran itu geger (heboh) ke seluruh negara lima wakil rakyat PAS Kelantan mengisytihar menyertai Umno.

Che Omar berkata, beliau dimaklumkan kerusi mereka di Dun Kelantan sudah dipindah ke barisan pembangkang selepas pengumuman dibuat.

Keesokan harinya beliau dan rakan-rakan dibawa pulang ke Kota Bharu dengan tiga kereta yang dipandu anggota polis.
  • "Apabila tiba di Kota Bharu pada hari itu persidangan Dun diadakan. Dan saya diberitahu Umno akan membawa usul tidak percaya kepada kerajaan PAS.
  • "Namun saya sudah berpakat dengan empat rakan untuk tidak keluar ke mana-mana termasuk pergi ke persidangan Dewan. Keadaan itu menyebabkan persidangan Dewan menjadi kelam kabut.
  • "Dua wakil Dato' Asri datang menemui kami dan membawa ke JKR 10, dan pada pagi yang sama PAS membuat surat sebaran mengatakan lima wakil rakyat terbabit tidak menyertai Umno.
  • "Ini menyebabkan undi tidak percaya yang mahu dibuat Umno bagi menjatuhkan kerajaan PAS tidak menjadi kenyataan," katanya. Che Omar mewakili Tanah Merah Timur selama tiga penggal bermula 1964.
Sunber rujukan - [sini].

Dulu depa pernah buat dah dan tak mungkin depa tak kan pernah buat sekali lagi benda yang sama... demi kuasa... ya... demi kuasa...

Maka kau cabullah apa yang belum dicabul... maka kau cabullah apa yang sudah tercabul...

Aku peduli apa?

Sebaiknya Nizar isytihar je pembubaran DUN Perak untuk satu pilihanraya negeri. aku yakin Pakatan Rakyat akan menang dengan majority yang lebih besar.

Berani ke Rasuah/BN nak hadapi satu lagi pilihanraya?

BIAR RAKYAT YANG TENTUKAN SIAPA YANG LAYAK...!!!

The Day Najib............??? - malaysiakini

Reactions: 
Amende ni? ada mamat "anonymous" tinggalkan dekat kotak komen artikel aku yang ni :
THE DAY NAJIB KILLED ZAKARIA DEROS

1.On March 8th 2008, Malaysia’s opposition parties had won unexpected victories in the states of Kedah, Penang, Perak, Selangor and PAS maintained Kelantan

2.The BN was in serious trouble and could not believe that the economic powerhouses of Penang and especially Selangor had fallen.

3.Zakaria Deros, the assemblyman who was largely faulted for Selangor’s fall together with Khir Toyo was informed of an emergency UMNO meeting on the night of March 10th 2008 at Najib’s house.

4.However on arrival, Zakaria was surprised to see that there was no one there except for him, Najib and his bodyguards. “Where are the rest?” Zakaria asked. “This is a confidential meeting between the both of us only” Najib replied

5.Najib, then Defence Minister, came straight to the point. Remember 13th May 1969, the incident that my father was involved in? I want you to start a similar incident in Klang. I will call in the army and impose emergency rule afterwards. If you agree, you will be rewarded amply; otherwise you will pay heavily for your corrupt deeds and for the fall of Selangor.

6.Zakaria in his loud and gruff voice not only made it clear that he will not be a party to a riot in Klang but also barked at Najib that he knows well that Rosmah pulled the trigger to kill Altantunya and Najib Oked the C4 of the body.

7.Zakaria further screamed at Najib that he will expose this to the public.

8.The enraged Najib instructed his bodyguards who set upon Zakaria and beat him up till he became unconscious eventually suffocating him by strangling and killing him.

9.The well oiled team covered up the entire incident as Zakaria having a heart attack at just after midnight March 11th 2008.

10.His body was quickly brought back to his mansion in Klang, and sent off for burial in Malacca by late morning March 11th 2008.

11.Corrupted to the core though Zakaria was, he saved the people of Klang from falling for Najib’s evil calling although his sons did try to start an incident unsuccessfully in Telok Gong. Zakaria however paid a heavy price. His own death. If his body was excavated, apart from the strangulation, the injuries include multiple rib fractures, punctured lung and a possible a liver tear.

12.The depth of cruelty and evil that both Najib and Rosmah bear is unknown to many Malaysians. The country is really entering a very dangerous period of its history. UMNO’s culture since Razak, has been that the end justifies the means. Malaysians will now have to decide how bloody this end is going to be.

Look here : https://mt.m2day.org/2008/content/view/17456/84/

Tajol menghadap Sultan Perak hari ini? - malaysiakini

Reactions: 
Menteri Besar Perak pagi semalam meminta dua ahli Exco, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi menyatakan pendirian selepas mereka menghilangkan diri sejak 26 Januari.

Kira-kira 6.15 petang, Speaker Perak mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan peletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang itu.

Kira-kira 9 malam, kedua-dua wakil rakyat itu menafikan menghantar surat meletak jawatan.

Kira-kira 11 malam, difahamkan, Timbalan Speaker Perak akan menyertai MCA. Bagaimanapun, MCA menafikannya.

Bekas Menteri Besar, Mohd. Tajol Rosli Ghazali dikatakan akan menghadap Sultan Perak hari ini.

Suara Changkat Jering Vol 1 - malaysiakini

Reactions: 
Assalamualaikum, nampaknya Drama politik Malaysia terus panaz & bergelora. Sebagai penduduk Changkat Jering, aku tak sabar nak sambut Pak - Pak Menteri yang akan berkampung di sini tak lama lagi.

Pastinya Dato' Mat Taib yang sampai dulu, masuk kampung keluar kampung, emm ... harap mai kampung aku, jalan kampung baru di tar, mungkin ditar lagi selapis lepas ni.

Aku pun nak tunggu Menteri Kerja Raya, jalan raya kat sini banyak yang 2 lorong, harap2 ditambah jadi 4 lorong, ini baru kemajuan namanya.

Aku pun nak tunggu Menteri Pertanian mai, sawit & getah kitaorang murah sangat, harap dia bagi subsidi, insentif & segala bantuan yang wajar, duit kerajaan banyak lagi kan?

Aku teringin nak jumpa Pak Aji Zahid, nak minta cop dia untuk apply pinjaman bank, maklumlah cop JKKK PR tak laku, pakai cop dia gerenti lulus loan aku!

Untuk Kapten (B) Osman Jailu, aku bengang betul kat hang! Kami dalam PAS dengan berat hati serahkan kerusi DUN Changkat Jering kat hang. Changkat Jering adalah kerusi tradisi PAS & DUN ini mempunyai jentera PAS yang mantap di setiap UPU - UPU.

Kami tetap berjuang dalam PRU-12 yang lalu dengan bersungguh2, alhamdulillah Allah bagi menang, last2 hang buat macam ni.

Kali ini kami akan mengemukakan usul kepada pimpinan atasan supaya PAS diberi amanah bertanding di DUN Changkat Jering. DUN Behrang itu PKR & DAP boleh bincang, harap warga cyber beri komen cadangan aku ini.

Esok, PAS akan memulakan gerak kerja PRK N14 Changkat Jering 2009. Selamat Datang Ke Changkat Jering, buat tuan2 & puan2 & Bapak - Bapak Menteri !!!
Wassalam ... Allahu Akbar !

-abang din