Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 03, 2009

Fuzi Ghazali Dari Kacamata STONE525i - malaysiakini

Reactions: 
Fuzi Ghazali adalah bekas Ketua Cawangan UMNO Pandan Jaya, Kuala Lumpur sekitar 90an.

Pernah tinggal di Pandan Jaya (Blok L) sebelum berpindah ke Pandan Indah.

Pada awal anya Fuzi ni hanyalah seorang Machine Operator di PETRONAS, Jalan Pudu sebelum mencebur diri dalam politik.

Bila dah jadi ahli UMNO dan dah jadi Ketua Cawangan, maka kontrak pun mula lah masuk. Diberitakan ia mendapat kontrak mengangkut sampah disekitar Pandan Jaya dan Pandan Indah. Dari hanya sebuah Proton dah mula tukar E240.

Aku tidak sangat lah mengikuti perkembanagn politik si Fuzi ni diwaktu itu.

Entah apa lagi bisnes yang diuruskan nya pun aku kurang pasti.

Tapi ini lah perjalanan bisnes yang tak betul, ...... akhir nya diberitakan Fuzi telah "lari" balik kampong di Bagan Datok (kalau tak silap) Perak.

Setakat ini sajalah yang aku tahu ... sebab nya kami sama-sama bertugas di PETRONAS dan sama-sama tinggal di Pandan Jaya.

Dari awal dulu pun si Fuzi ni memang kaki putar alam. ... Tanya lah kakitangan-kakitangan PETRONAS sekitar 80an-90an, terutama yang bertugas di Ibu Pejabat Jalan Pudu semua akan kenal dengan si Fuzi ni, maklumlah masa tu kakitangan PETRONAS pun tak lah seramai sekarang.

-Mimpi Senja

Hj.Osman Awal-Awal Dah Tau? - malaysiakini

Reactions: 
Lepas aku publish gambar Firdaus Shaharudin tadi, ada orang call aku. “MSK! tu la PA Jamal yang baru, yang makan dengan kita, masa kat Batu Buruk hari tu!”

Bila aku ingat balik, memang betui…aku pernah jumpa dia ni. Tapi persoalanya, apa kaitan Hj. Osman (Ketua PKR Perak) dengan orang ini?

Hari tu, hari Jumaat, 16 Januari 2009. Sebelah pagi, aku ikut wanita PKR Perak pergi berkempen dari rumah kerumah. Lebih kurang jam sebelas, kami balik ke Bilik Gerakan PKR di Bukit Besar dan lebih kurang jam 12, Jamaludin datang ke Bilik Gerakan. Masa tu, aku ada kat bilik atas, update blog, manakala Jamaludin bersembang dibawah.

Jamaludin kemudian mengajak semua petugas PKR Perak yang ada masa tu untuk makan tengahari di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Kami pun semuanya pergi ke Hotel Seri Malaysia, tapi bila sampai disana, dia kata tak jadi. Rupanya hanya untuk menjemput Hj. Osman yang menginap disana.

Dari Hotel seri malaysia, kami ikut saja Jamaludin dan Hj. Osman dan akhirnya makan di Pantai Batu Buruk, tempat dimana malam sebelumnya, aku makan dengan Cenangau. Gerai no.15.

Semasa makan, Jamaludin, Hj. Osman dan ‘PA’ barunya duduk semeja, manakala aku duduk semeja dengan isteri Jamaludin, Kak Rokiah, Sya-reformis dan beberapa wanita PKR Perak. Isteri Jamaludin sendiri tidak kenal ‘PA’ baru Jamal, dan memang sifat Kak Kiah…tak mau ambil tahu sangat tentang suaminya.

Sepanjang masa makan, depa bertiga buat hal depa, tak peduli kat kami. Sehingga lah kami balik ke Bilik Gerakan PKR di Bukit Besar.Bila balik ke Bilik Gerakan, semua petugas keluar tapi aku tinggal diBilik Gerakan seorang diri, melayari internet.

Masa tu, Jamal dan Hj. Osman naik keatas, tapi aku buat tak tau sebab depa sembang macam kekasih. Berbisik di satu sudut. Cuma tak berapa lama kemudian, baru Hj. Osman datang menegur aku, mungkin selepas Jamaludin bagi tau dia. Tapi ‘PA’ baru Jamal tak naik bersama. Hilang tak tau pi mana.

Aku tak mau nak tuduh sapa…tapi aku rasa, Hj. Osman tau semua ini. Tadi aku dapat tau, Hj. Osman sudah berpindah keahlian ke Tanjung Malim dari Kelang. Hj. Osman sudah menjadi ahli PKR Tanjung Malim.

Apakah beliau sudah tau akan perkara ini akan berlaku, dan bersedia untuk jadi calon, sekiranya Behrang dikosongkan? Sapa punya perancangan ini?

Nampak macam semuanya bagaikan sudah diatur. Dan semuanya ini bermula di Kuala Terengganu, tapi macam mana SD Johari pun cakap perkara yang sama semasa disana? Apakah Hj. Osman terlibat dalam kehilangan dua EXCO ini?

Posts Berkaitan:
  1. Altantuya, Bala…Jamal dan Osman.
  2. Kisah dua EXCO PKR
  3. Perjuangan di bumi Palestin: Siapa yang menang dan siapa pula yang gagal?
  4. Hangat di Perak
  5. Ketua Kampung Baru .. siapa terkilan .. MB NIzar atau Lee Boon Chye
-PerakExpress.com

KRONOLOGI 2 EXCO HILANG - malaysiakini

Reactions: 
Isu hilang 2 exco bermula apabila kunjungan hormat Pengerusi PKR yang baru (tuan Hj Osman) kepada Menteri Besar di pejabat MB, beliau sebagai Timbalan Pengerusinya tidak hadir. Kali terakhir dia jumpa saya (tak ingat tarikh), beberapa hari sebelum hari mengundi Kuala Terengganu, sehari dua selepas saya balek dari Tanah Suci, beliau meminta saya rekomen pada YAB MB supaya permohonan balak syarikat rakannya diluluskan. Saya jawab Insya Allah. YB Osman juga tidak hadir dalam kunjungan tersebut.

Dalam mesyuarat menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Alor Setar, beliau dipilih mewakili EXCO PKR Perak (kerana kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan). Mesyuarat yang sebegini penting, beliau tidak hadir dan tidak memaklumkannya kepada YAB MB Perak. Tempatnya digantikan oleh YB Osman, itu pun tidak ikuti sehingga habis.

Sewaktu ADUN Bota mengunjungi YAB MB Perak, beliau berdua juga tidak hadir sama, EXCO-EXCO dari DAP dan PAS hadir, termasuk juga ADUN-ADUN, ramai yang hadir meraikan kunjungan ADUN Bota ke pejabat Menteri Besar. Semua menyatakan seronok dan gembira dengan kemasukan ADUN Bota ke Pakatan Rakyat.

Kelibatnya terus tidak kelihatan di Pejabat EXCO sehinggalah sekarang. Bermacam usaha digunakan untuk mengesan mereka, YAB MB Perak dan Juga YB Dato’ Seri Anwar juga turut menghubungi melalui panggilan telepon, pesanan suara dan SMS, namun tidak ada jawapan. Pegawai khas dan pemandunya sekadar memberitahu kedua-dua YB tersebut sakit, tetapi mereka sendiri samada melalui pegawai khasnya atau sesiapa sahaja tidak ada yang memaklumkan kepada MB.

Kehilangannya menjadi tanda tanya, berbagai andaian dan rumus mengatakan mereka akan masuk BN atau bebas. Apabila Pak Lah sendiri buat kenyataan 3 orang dari Pakatan Rakyat akan menyertai BN, kami buat kesimpulan 2 orang itu adalah YB Jamal dan YB Osman.

Mesyuarat tergempar diadakan di rumah MB, ADUN-ADUN Pakatan rakyat hadir termasuk Adun Bota, yang tidak hadir memaklumkan kepada MB atau pengerusi parti masing-masing. YB Hee yang turut tidak dapat dikesan 2 hari sebelum ini, juga dapat dihubungi pada sebelah malamnya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

Setelah kesepakatan dibuat, MB buat kenyataan akhbar, 2 EXCO ghaib tanpa dikesan, MB membuat telahan ini kerja jahat BN yang mahu mencolek 2 EXCO tersebut bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada malam Isnin semalam, Speaker membuat kenyataan akhbar, 2 EXCO telah meletakkan jawatan apabila beliau menerima surat perletakan jawatan di kediamannya jam 5.45 petang. Kenyataan media keluar di berita jam 8.00 dan jam 9.00 malam. Apabila berita itu keluar, tak semena-mena kedua-dua EXCO yang menghilang diri terus muncul buat kenyataan kepada media menafikan perletakkan jawatan.

Hari ini SPR buat kenyataan bahawa kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kekal diwakili oleh kedua-dua Adun tersebut dan menolak notis Spekaer yang dihantar kepada SPR.
Pakatan Rakyat negeri Perak akan bersidang bagi mengambil tindakan seterusnya mencabar keputusan SPR. Kita tunggu dan lihat seterusnya.

Saya difahamkan selepas ini kedua mereka akan digunakan oleh BN untuk memburukkan MB Perak, Insya Allah saya akan jelajah seluruh negeri bagi menjawab tohmahan tersebut, blog ini juga akan aktif menjawab semua isu dan tohmahan oleh mereka.

-misbahul munir

Keputusan Besar Kerajaan Perak Malam Ini - malaysiakini

Reactions: 
  • Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak akan menghadiri mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.
  • Seorang Adun PKR memberitahu Malaysiakini, pertemuan 30 wakil rakyat Pakatan itu akan turut melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan di negeri itu.
  • Pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Ipoh jam 8 malam ini.
-malaysiakini

TP - Hangpa bincanglah elok-elok... mana yang hangpa rasa betoi, buat, mana yang hangpa rasa tak yakin, tak payah buat.

Apa-apa keputusan hangpa, bakal penentu.

Rakyat tengah perati. kalah jadi arang, menang jadi abu (kalau nasib baik, kalah - kalah teruss, menang - menang terusss).
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dipetik memberitahu sebuah portal berita yang beliau telah keluar dari PKR dan kini menjadi wakil rakyat bebas.
  • Portal berita itu juga memetik Jamaluddin sebagai berkata, Adun Changkat Jering, Osman Jailu juga telah keluar parti dan kini menjadi Adun bebas.
  • Agendadaily - yang melaporkan telah menghubungi Jamaluddin selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin dan Osman Jailu masing-masing masih Adun Behrang dan Changkat Jering - memetik beliau sebagai berkata, tiada sebab untuknya terus berada dalam parti itu.
-malaysiakini

TP - Kenyataan dekat atas tu datang dari mana?

Aku gelak dari jauh je...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

Hangpa paham ke tak???

Puzi Ghazali & Firdaus Sharuddin Ejen UMNO??? - malaysiakini

Reactions: 
KEMASKINI 4:28PM

Nama : Firdauz Sharudin.

Pekerjaan / Jawatan : Pegawai Khas ADUN Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi.

Lain-lain butir diri : Tiada.

Status keahlian dalam parti politik : Tidak diketahui.

Mula dikenali selepas muncul pada sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN Behrang dan mengaku sebagai Pegawai Khas ADUN Behrang.

Setelah cuba mendapatkan info berkaitan id Firdaus Sharuddin daripada berbagai pihak baik dari pihak PKR Perak, kakitangan SUK Perak, etrnyata setakat ini tiada siapa yang mengenali Firdaus dan tiada siapa juga yang dapat mengesahkan bahawa Firdaus Sharuddin adalah Pegawai Khas ADUN Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi.

Nama : Puzi Ghazali.

Pekerjaan / Jawatan : Pegawai Khas ADUN Changkat Jering - Osman Mohd Jailu.

Lain-lain butir diri : Tiada.

Status keahlian dalam parti politik : Tidak diketahui.

Mula dikenali selepas muncul pada sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN Changkat Jering dan mengaku sebagai Pegawai Khas ADUN Changkat Jering.

Setelah cuba mendapatkan info berkaitan id Puzi Ghazali daripada berbagai pihak baik dari pihak PKR Perak, kakitangan SUK Perak, ternyata setakat ini tiada siapa yang mengenali Puzi dan tiada siapa juga yang dapat mengesahkan bahawa Puzi Ghazali adalah Pegawai Khas ADUN Changkat Jering - Osman Mohd Jailu.

Siapa sebenarnya depa 2 orang ni?

Jom kita siasat...!!!

Gambar ihsan : malaysiakini

The Game Have Just Begun...!!!

Dari blog PerakExpress.com

Apakah Jamal dan Osman masih hidup atau sudah mati?

Banyak yang tak kena. Laporan polis yang dibuat oleh Kerajaan Perak tentang kehilangan Jamal dan Osman masih belum menunjukkan penyelesaian. Aku tak harap polis akan menemui mereka.

Semua yang hilang…gagal ditemui oleh polis…kecuali bila dah mati. Dan aku menaruh rasa…mungkin Osman dan Jamal, mungkin dah kena C4.

Kalau sapa-sapa yang melihat video sidang akhbar yang dibuat oleh “Pegawai Khas Jamal dan Osman”, mungkin akan tertanya-tanya. Siapa “Pegawai Khas” ini.? Boleh lihat disini.

Aku bertanya kepada kepimpinan PKR diPerak dan tak ada sesiapa yang kenal “Pegawai Khas” ini!

Siapa Firdaus Shaharudin?

Sepanjang yang aku tau, Pegawai Khas Jamal ialah Zamri, Ketua PKR Kampar. Dulu ada pembantu khas Jamal iaitu Hazha, EXCO AMK Perak, tapi aku tak pernah tengok Firdaus Shaharudin!

Dan disebelah pulak ialah Puzi Ghazali, yang dikatakan “Pegawai Khas” Osman Jailu. Pirrrrah!! yang ni seorang
kontraktor dari Teluk Intan. Seorang Ketua cawangan Umno!

Pegawai Khas Osman ialah Mohd. Zuraimi Zulkaply. Ada seorang pembantu Osman bernama Shahrol, tapi PUZI Ghazali? Tak seorang pun pemimpin PKR yang kenal dengan “Pegawai Khas” Osman ini!!!

Apa dah jadi?????

Kedua-dua Jamal dan Osman gagal menghadiri sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh mereka, sebaliknya diwakili oleh dua orang “Pegawai Khas” yang tak dikenali.

Apakah Jamal dan Osman masih hidup atau sudah mati?

Posts Berkaitan:
  1. Jamal .. maafkan teman. Semuanya kerana rakyat
  2. Kisah dua EXCO PKR
  3. Hangat di Perak
  4. Krisis PKR Perak 3
  5. Najib tawar RM50 juta untuk beli ADUN PKR.

Siapa Puzi Ghazali & Firdaus Sharudin??? - malaysiakini

Reactions: 
Nama : Firdauz Sharudin.

Pekerjaan / Jawatan : Pegawai Khas ADUN Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi.

Lain-lain butir diri : Tiada.

Status keahlian dalam parti politik : Tidak diketahui.

Mula dikenali selepas muncul pada sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN Behrang dan mengaku sebagai Pegawai Khas ADUN Behrang.

Setelah cuba mendapatkan info berkaitan id Firdaus Sharuddin daripada berbagai pihak baik dari pihak PKR Perak, kakitangan SUK Perak, etrnyata setakat ini tiada siapa yang mengenali Firdaus dan tiada siapa juga yang dapat mengesahkan bahawa Firdaus Sharuddin adalah Pegawai Khas ADUN Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi.

Nama : Puzi Ghazali.

Pekerjaan / Jawatan : Pegawai Khas ADUN Changkat Jering - Osman Mohd Jailu.

Lain-lain butir diri : Tiada.

Status keahlian dalam parti politik : Tidak diketahui.

Mula dikenali selepas muncul pada sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN Changkat Jering dan mengaku sebagai Pegawai Khas ADUN Changkat Jering.

Setelah cuba mendapatkan info berkaitan id Puzi Ghazali daripada berbagai pihak baik dari pihak PKR Perak, kakitangan SUK Perak, ternyata setakat ini tiada siapa yang mengenali Puzi dan tiada siapa juga yang dapat mengesahkan bahawa Puzi Ghazali adalah Pegawai Khas ADUN Changkat Jering - Osman Mohd Jailu.

Siapa sebenarnya depa 2 orang ni?

Jom kita siasat...!!!

Gambar ihsan : malaysiakini

The Game Have Just Begun...!!!

SOLAT HAJAT UNTUK PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK - malaysiakini

Reactions: 
Tarikh : 3hb. Februari, 2008 ( Selasa )

Masa : Bermula solat Isyak berjemaah

Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Perak

Anjuran : PAS Kawasan Bukit Gantang
------------------------------------------------------------
Tarikh : 5 hb Februari 2008 ( Khamis )

Masa : Bermula solat Isyak berjemaah

Tempat : Arena Square, Kuala Kangsar

Anjuran : Kerajaan PR Perak & Badan Perhubungan PAS Perak

Moh yob & yong, kita bermunajat kepada Allah SWT, semoga Allah SWT merahmati kita, mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat & menjauhkan kita musuh - musuh durjana, Amin...!!!

Suara Changkat Jering Vol.II - malaysiakini

Reactions: 
Assalamualaikum Warahmatullah, salam dari Changkat Jering buat warga siber sekalian !
 
Malam tadi warga PAS di peringkat Kawasan Bukit Gantang, MTD N14 Changkat Jering & UPU2 telah berkumpul untuk menyusun strategi & gerakerja di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning.
 
Sebagaimana pertemuan Exco Perak & kepimpinan PAS Pusat di kediaman Menteri Besar di Ipoh malam tadi, kami warga Changkat Jering pun tidak mahu ketinggalan untuk membuat persediaan awal ke arah PRK N14 Changkat Jering.
 
Walaupun semua warga PAS mengharapkan calon dari PAS akan bertanding, tetapi itu bukanlah satu keutamaan, apa yang diputuskan PAS Pusat & Pakatan Rakyat akan diterima jua, yang penting kerjaan PR Perak dipertahankan.
 
Semua UPU2 diminta membuka Bilik Gerakan masing2, culaan terkini disediakan, bahan2 PRU yang lalu diguna semula & titambah yang baru, tempat2 penginapan dicari untuk petugas2 luar & pelbagai lagi gerakerja telah dirancang.
 
Tiba2, hari ini aku dengar PRK tidak akan diadakan ! Potong stim betullah! Mungkin budget BN dah susut kot, atau takut kalah lagi teruk, atau BN nak kerusi percuma tanpa  perlu pilihanraya ?
 
Walau apapun, PAS tetap siap siaga, buat Pak Najib & Haji Zahid, KAMI LAWAN TETAP LAWAN, BIAR SAMPAI MENANG !

ALLAHU AKHBAR!!!

Pilihanraya Negeri Perak Dalam Masa Terdekat? - malaysiakini

Reactions: 
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong - Behrang dan Changkat Jering - masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR.

  • Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.

  • Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam.

  • Pada hari yang sama, Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa.

  • Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada SPR selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas.

  • Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan "tidak timbul mereka telah bertukar parti."
-malaysiakini

TP - kalau ikut kenyataan dari Pakatan Rakyat semalam, Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan sekiranya SPR tidak mengiktiraf surat perletakan jawatan 2 ADUN tersebut.

Jadi harap jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Negeri Perak bersiap sedia untuk Pilihanraya Negeri Perak.

Tunggu apa perancangan dan pengumuman dari pucuk pimpinan Pakatan Rakyat petang ni.

Kisah 2 ADUN PKR Perak-JANGAN CEPAT MELATAH!! - malaysiakini

Reactions: 
Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.

Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Saiful
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat

-Bicara Minda Di Laman Maya Saiful Merbok

Tanda-tanda Awal PRK Akan Berlaku...!!! - malaysiakini

Reactions: 
Tindakan tidak membenarkan pihak tabika menggunakan bangunan Desa Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang itu didakwa dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri.

Penyelia Kanan Tabika Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata, tindakan pihak berkenaan mengunci pintu pagar sekolah di bangunan tersebut bukan kali pertama tetapi kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku kepada mereka tahun ini.

Katanya, pihak tabika tidak faham mengapa ia berlaku sedangkan kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan melalui pejabat daerah untuk tidak mengganggu semua tabika Kemas di Pulau Pinang dan ia dibenarkan beroperasi seperti biasa.

-Utusang Natang

TP - Hah... apahal pulak? haritu dekat Perak, konon kerajaan negeri punya kerja, last-last kantoi, sabotaj diri sendiri....

Ni dekat Penang pulak??? wah... hebat propaganda ya?

Ini tanda-tanda awal PRK akan berlaku dalam masa terdekat...

Lepas ni anak Perak yang terlibat dalam 2 kawasan yang bakal mengundi tu akan jadi hebat... bantuan datang mencurah-curah, lopak-lopak dijalanan akan dikambus dengan kadar segera.

Lembu kanbing akan ada Dr. Haiwan datang bagi perubatan percuma... kalau ada bulb lampu dalama rumah terbakar, x payah pasang lampu terus... akan ada insan yang sudi hubungi TNB, jenerator akan terpacak depan rumah.

Gula habis? jangan risau, gula akan datang terus dari kilang ke rumah anda.

Tak ada kerja? jangan takut... banyak syarikat-syarikat baru sedang mencari pekerja sekarang (di Perak sahaja melalui Rasuah).

Dan banyak lagiii...!!!

Al-Fatihah: Ustaz Ismail Mahmud - MEMALI - Kembali Ke Rahmatullah - malaysiakini

Reactions: 
Saya menerima khabar berikut :

Bahawa Ustaz Ismail Mahmud telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.50ptg 2hb Feb 2009. Jenazahnya akan disempurnakan di Masjid Kuang pada jam 8.30 pagi 3hb Feb 2009. Semoga rohnya digolongkan dalam golongan para solihin.

Al-Fatihah..


Aruah Ustaz merupakan adik kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, yang dibunuh oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun November 1985 dalam peristiwa Memali. Ketika itu saya berada di New Zealand dan ketika mendengar berita itu, saya begitu amat sedih, marah walaupun sarat membaca propaganda kerajaan Barisan Nasional.

Saya menulis sajak Memali yang tersiar dalam akhbar WATAN, menghentam rejim BN, Sajak itu termasuk dalam antologi WAIKATO yang diterbitkan DBP (2000).

Setelah pulang belajar, antara pertama yang saya lakukan ialah melawat pusara syuhada di Memali. Kesempatan bersama (sekarang YB) Zulkifli Noordin melawat sebelum subuh dimana enjin kereta sewa kami mati (dan peristiwa itu agak melucukan...) betul-betul di depan papan tanda 'PUSARA SYUHADA'.


Akhirnya rezeki dari Allah, salah seorang mangsa tragedi Memali dan adik As Syahid Ustaz Ibrahim Libya sendiri menjadi rakan baik saya sewaktu sama-sama bertugas di TV3 kemudiannya. Saya selalu keluar dengan beliau selain tidak jemu mendengar cerita aruah ustaz Ismail.

Sebelum kami dibuang dari TV3 dalam zaman reformasi, sewaktu saya berbulan kena 'cold storage', saya pernah menjadi 'pengurus' dan 'pemandu' untuk ceramah beliau di beberapa syarikat korporat sekitar Wilayah Persekutuan. Manis kenangan itu. Ustaz banyak mengajar saya mengenai hal-hal berkaitan agama dan perjuangan.

Aruah Ustaz juga banyak bercerita pengalaman beliau sewaktu dalam tahanan ISA. Penderaan demi penderaan oleh kekejaman BN menjadikan saya lebih geram terhadap kepimpinan United Malay National Organisation. Bayangkan hanya berseluar dalam untuk beberapa bulan....

Semuga Allah memberkati roh aruah ustaz Ismail Mahmud yang saya sayangi ini dan diletakkan dalam golongan mereka yang soleh.

-Fudzail

Bubar DUN Jika SPR Tolak..! - malaysiakini

Reactions: 
Aku cuba juga tunggu kot-kot ada berita dari Malaysiakini atau dari Bernama tentang apa yang dibincangkan oleh Nizar dengan Tuanku Sultan. Tapi tak dak. Saja aku tunggu pasai kalau aku dulu pecah lubang, orang kata aku saja buat cerita. Tapi pasai sapa pun tak cerita, dan aku pun dah tak larat nak beli top-up pasai masing-masing dok tanya…aku kena cerita jugak.

Pagi tadi Nizar mengadap Sultan. Perkara utama yang dibincangkan ialah kesahihan (validity) surat perletakan jawatan dua ADUN PKR. Baginda Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara. Kalau baginda kata surat tu tak sah..melopong la Nizar. Tapi apabila baginda bersetuju bahawa surat itu sah dan boleh diterima….maka bersedia lah dengan pilihanraya kecil. Dan petang tadi, Anwar, Dr. Haron Din, Nizar ada bermesyuarat. Apa yang dibincang tak tau la, tapi berkisar dengan pilihanraya kecil. Dan apabila mesyuarat PKR petang tadi menyuruh semua jentera pilihanraya bersiap sedia…faham-faham la.

Sekarang ni, cuma tunggu apa SPR kata. Esok SPR akan bermesyuarat dan tunggu keputusanya. Dipihak PR, kita bersedia dengan pilihanraya kecil di Changkat Jering dan Behrang, TAPI KALAU SPR TIDAK MAHU MENERIMA SURAT PERLETAKAN JAWATAN ITU, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK AKAN DIBUBARKAN.

-PerakExpress.com

Roslan Aziz Need Help??? - malaysiakini

Reactions: 
Aku dapat email ni lebih kurang jam 1:10 am. selalunya Roslan Aziz memang rajin beremail dengan aku (tiap kali dia update blog dia) tapi aku tak pernah balas pun.

Hari ni email dari Roslan aku rasa lain macam sikit la... macam dalam masalah... tapi aku tak pasti jugak... korang baca dekat bawah ni... kalau ada yang biasa kontek dia, korang cuba-cuba la kontek... entah betul, entah tidak email ni... baca :

Print Screen Email asal
fromroslan aziz productions
to
dateTue, Feb 3, 2009 at 1:10 AM
subjectPlease i need your help‏‏‏‏‏‏
mailed-byhotmail.com

hide details 1:10 AM (13 minutes ago)
Reply

I am in a hurry writing you this message, i don't have much time on the pc here, so i have to brief you my present situation which requires your urgent response. Actually, I had a trip to UK for a program called "Empowering Youth to Fight Racism, HIV/AIDS, Poverty and Lack of Education. The program is taking place in three major cities in UK, which are Manchester, Newcastle and London. But unfortunately for me, my little bag where my money, passport, document's and other valuable things got stolen at the hotel where i lodged due to a robbery incident that happened in the hotel. I have been so restless since last night, the present condition that i found myself is very hard for me to explain, I am really stranded here because i have been without any money, i am even owing the hotel here as well, moreover the Hotel's telephone lines here got disconnected by the robbers and they are trying to get them fixed back. I have access to only emails at the library because they also took my cell phone which i have all my contacts. I am now owing a hotel bill of $1,200 and they wanted me to pay the bill soon. I need this help from you urgently to help me back home, I need you to help me with the hotel bill and i will also need $1,500 to feed and help myself back home. So please can you help me with a sum of $2,700 USD to sort out my problems here. I am sending you this email from the city Library, I will appreciate what so ever you can afford to send me for now and I promise to pay back your money as soon as i return home. So please use the details below to send the money to me through Western Union money transfer because that is the only way i could be able to get it fast and leave. These are the details below....

Name: Roslan Abdulaziz
Address: 135 Peckham High Street, London, UK

After you have send the money, email to me the western union money transfer control number or you can attach and forward to me the western union money transfer receipt so that i can pick up the money fast and leave.

Thanks and get back to me soon.

Best regards,
Roslan Aziz

roslan aziz productions™
roslan aziz - Music Store

Entah... tak tau nak cakap apa... betoi ka Roslan Ada dekat oversea? sape boleh kontek dia cuba-cubalah kontek... entah betoi-betoi dia susah mana kita tau kan?

Jamal .. maafkan teman. Semuanya kerana rakyat - malaysiakini

Reactions: 
Ini komen akhir saya tentang dua exco itu. Komentar untuk merumuskan mengapa mereka berdua menjadi ‘satu senpun tak laku’. Sekiranya SPR memutuskan tiada PRK, anggaplah mereka berdua telah ‘mati’. Mati bersama ego tamak hakap dan haloba.

Sebaik sahaja PRU 13 berjaya memenangkan PR di Perak, saya dihubungi oleh pimpinan PKR negeri menanyakan pendapat saya tentang siapakah yang layak menjadi MB Perak. Secara spontan saya menjawab bahawa tiada seorangpun YB PKR Perak yang menang layak menjadi MB. Calon-calon MB PKR telah tewas di Kg. Gajah, Bukit Chandan dan Bota. Saya tegas mencadangkan jawatan MB itu diberikan kepada PAS. Berikan jawatan MB kepada Nizar kerana Nizar lebih memahami PKR berbanding rakan-rakan PAS yang lain. Ini kerana MB Nizar adalah adik kepada arwah Cikgu Khalil Shah, mantan Pengerusi Perhubungan PKR Perak. Jikalau arwah banyak idea, tentulah adiknya juga begitu. Mungkin lebih hebat lagi kerana Nizar lebih mudah menggarap dan mengolah perjuangan PAS dan PKR untuk disebatikan dalam pentadbiran negeri. DAP akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PKR.
  • Pelik bin ajaib, si Jamal ada hati nak jadi MB Perak. Gara-gara kerenah si Jamal inilah, tarikh angkat sumpah MB Perak tertangguh. Betapa malunya PR Perak kerana istana menunjuk ajar mereka melalui Aku Janji yang mesti ditandatangani oleh semua YB PR. Mereka bersumpah taat setia bersama PR. Jikalau tidak setia dengan PR, maka kerusi DUN diistiharkan kosong serta merta.
Si Jamal dilantik sebagai exco walaupun tidak layak. Exco Pertanian. Exco yang akan menghubungkan terus kerajaan negeri dengan masyarakat Melayu kampung melalui aktiviti-aktiviti pertanian. Exco yang boleh menerobos kubu-kubu kuat di kampung-kampung UMNO. Tetapi rupa-rupanya si Jamal ini yang diterobos oleh UMNO.

Si Jamal dan sahabatnya si Osman gagal menyerlahkan bidang tugas mereka selaku exco di Perak. MB Nizarpun bosan dengan kerenah mereka berdua yang hanya ‘makan gaji buta’. Pimpinan PKR Perak yang diterajui oleh Hj. Ismail ketika itu meminta agar kedua exco ini membentangkan program yang berkaitan dengan bidang tugas exco mereka kepada parti. Mereka gagal. PKR Perak cuba untuk membantu mereka dengan menawarkan segala kepakaran yang berkaitan dengan pertanian dan pelancongan. Kedua exco tetap begitu, ‘bodoh sombong’.

Lalu si Jamal mengadu kepada Azmin dan seterusnya Azmin memanjangkan kepada DSAI. PKR Perak telah mengganggu tugas mereka sebagai exco. Mereka mendakwa tidak boleh buat kerja selagi ada Hj. Ismail di kerusi tertinggi PKR Perak. Mereka tiada kuasa mutlak melaksanakan program pembangunan ekonomi pertanian dan pelancongan negeri. Ketidakpuasan hati mereka didengari dan dipenuhi oleh DSAI. DSAI cuba berprasangka baik, mungkin betul luahan hati si Jamal ini. Lagipun DSAI tahu bahawa Hj. Ismail sememangnya garang dan tegas memimpin PKR Perak. Lalu Hj. Osman yang sememangnya rapat dengan si Jamal dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Perak dan si Jamal pula dilantik sebagai timbalannya. Akhirnya si Jamal telah memiliki kuasa yang mahu dimilikinya. Mudahlah si Jamal merangka dan melaksanakan pembangunan pertanian negeri nanti.

Tunggu punya tunggu, nanti punya nanti, satu habuk ideapun tiada yang keluar daripada mulut mereka berdua sama ada melalui mesyuarat exco negeri yang dipengerusikan oleh MB Nizar atau melalui mesyuarat PKR Perak. Sebab itu saya pernah katakan bahawa mereka tiada nilai walaupun satu sen. Mereka pergi bukan dihalau, tetapi pergi kerana menanggung malu yang amat sangat. Malu kerana kebodohan dan ketenginan mereka telah begitu terserlah. Mereka berasa begitu kerdil berhadapan dengan MB dan rakan-rakan exco yang lain. Mereka melarikan diri kepada UMNO walaupun sedar yang UMNO hanya memperalatkan mereka. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa kedua exco ini tiada nilai kepada UMNO setelah YB. Bota keluar daripada UMNO. Padan muka mereka berdua.

Saya yakin mereka hilang bukan kerana tawaran wang berjuta. Mereka mengadap UMNO bukan kerana minta dibebaskan daripada kes rasuah yang akan mula dibicarakan pada 10 Feb. ini. Kaitan mereka dengan kes ini begitu longgar. Mustahil si Jamal tidak mengerti dengan permainan helah UMNO. Mustahil si Osman memerlukan wang berjuta kerana diapun datang daripada keluarga berada. Mustahil .. mustahil ..

Kecuali satu alasan sahaja, mereka hilang kerana malu kepada rakyat Perak. Mereka malu akan sifat kebodoh sombongan mereka kepada MB dan PKR. Mereka malu berhadapan dengan rakyat dan penyokong yang mengundi mereka di DUN Behrang dan Changkat Jering. Mereka malu secara bersama. Hari ini mereka sakit bersama lagi. Macam-macam ..

Rumusannya, mereka hanya pandai komplen tetapi tidak pandai buat kerja. Eloklah beredar ..

-Dango Mamamat

TP - tu yang aku hilite kaler kuning tu... ulang skali lagi... kaler kuning tu... aku quot balik...
  • Betapa malunya PR Perak kerana istana menunjuk ajar mereka melalui Aku Janji yang mesti ditandatangani oleh semua YB PR. Mereka bersumpah taat setia bersama PR. Jikalau tidak setia dengan PR, maka kerusi DUN diistiharkan kosong serta merta.
Paham? maknanya surat akujanji tu ideanya datang dari istana... jadi kalau sape-sape nak cabar kesahihan surat tu kira macam mana?

Tak ke panggil "menderhaka" kepada Sultan???