Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 07, 2009

Najib: Ambil Perak Ikut Perlembagaan - malaysiakini

Reactions: 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan persepsi sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak menggunakan kaedah bertentangan dengan perlembagaan negeri.

Beliau berkata, tindakan BN mengikut perlembagaan dan Sultan Perak turut bertindak dalam bidang kuasanya di bawah peruntukan perlembagaan.
  • "Apa yang kita lakukan mengikut perlembagaan. Tidak ada yang tidak mengikut perlembagaan," katanya.
Beliau berkata, Pakatan sebelum ini telah memulakan dahulu prinsip untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan cara berhasrat untuk 'mencuri' 31 wakil rakyat BN.
  • "Tolong tanya Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini yang mereka uar-uarkan nak tubuhkan kerajaan pada 16 September?
  • "Maknanya prinsip ini yang telah disebut-sebut Pakatan Rakyat sebagai satu prinsip yang mereka terima dan telah cuba amalkan.
  • "Jadi siapa yang mulakan prinsip ini? Bukan BN tapi mereka," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-37 di sini, hari ini.
Berhubung tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilihat menderhaka kepada Sultan Perak berikutan keenggannnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Najib berkata, apa yang dititahkan tidak boleh diingkari dan mesti dihormati.
  • "Kita mesti menghormati keputusan Sultan dan apa-apa yang Tuanku putuskan kerana sebagai bekas Ketua Hakim Negara, sudah tentu Tuanku amat memahami peranannya sebagai Raja Berpelembagaan.
  • "Jadi, tidak ada sesiapa patut mencabar keputusan Tuanku kerana itu bererti kita mencabar institusi Raja Berpelembagaan," katanya.
Sehingga hari ini, Nizar masih enggan meletakkan jawatannya kerana menyifatkan beliau masih Menteri Besar yang sah di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

TP - Perlembagaan kepala Pak Hang la Bijan...!!!

Drama Lompat Belum Tamat??? - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

Kedengaran angin bertiup kencang ketiga ADUN Bebas berkira-kira hendak menyertai semula Pakatan Rakyat walaupun telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh perompak Demokrasi Perak@Najib.

Jika ini berlaku, amarah Pak Lah terhadap najib akan sampai ke kemuncaknya setelah sebelum ini telah sampai ke pengetahuannya kem najib sedang bertindak memancung hulubalang-hulubalang Khairi iaitu Wan Farid dan Norza Zakaria.

Prestasi Najib sebagai pembantu kanan Pak Lah juga tidaklah membanggakan dengan pelan pemulihan ekonomi yang agak perlahan menyaksikan 10 ribu rakyat Malaysia kehilangan kerja ketika ini.

Apa yang Najib lakukan ialah membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk melompat parti untuk merampas kuasa pemerintahan negeri Perak

Sebagai jeneral UMNO di dalam PRU12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu, kekalahan hatrik tersebut lebih mengecewakan hati Pak Lah.

Kemelut politik di Perak sebenarnya akan menjerat najib. Ketika itu Pak Lah lepas tangan dan menyalahkan Najib sebagai kambing hitam. Percaturan politiknya akan mengakibatkannya kehilangan jawatan di dalam kabinet dan parti. Ringkasnya, habislah harapan aku nak jadi PM.

biasalah UMNO, dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya akal cetek. Matlamat yang dirancang dengan apa cara sekalipun mesti terlaksana sedangkan kesan atau impak kepada negara dan rakyat tidak diambil peduli.

Rampasan kuasa di Perak mengakibatkan pelabur asing mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia. tidak berapa lama lagi dijangkakan akan berlaku kejatuhan di dalam BSKL dan peningkatan di dalam pengangguran.

itulah Najib... aku dah cakap, jangan percaya sangat dengan penasihat kau tu. lain kali belajar kat overseas biar sampai habis. jangan beli degree.

Dunia kini melihat najib seperti adik kembar tak seiras Mugabe yang menjadi lanun merompak demokrasi di Perak untuk kepentingan peribadi.

segala kebobrokan dan kebejatan najib kini boleh dilayari di wikipedia,kamus online tersohor di dunia. korang klik je nama Najib kat google atau klil wikipedia kat google. lepas tu taip nama najib.

Kiamat politik najib makin hampir dan khairi sedang mengintai peluang untuk membalas dendam.

Lain kali jangan gelojoh sangat,akibatnya kau hilang jawatan

MB Nizar umum empat dasar penting

Reactions: 
kemaskini 5:19pm Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut:
  • tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,
  • menghidupkan semula lapangan terbang Ipoh untuk pesawat tambang murah bagi menggalakkan pelaburan,
  • kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia, dan
  • seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat - sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini - akan terus menjalankan tugas mereka.
Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan.
Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.

Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.

Lebih 100 orang penyokong PAS termasuk anggota Unit Amal parti itu berada di kediaman tersebut yang kelihatan seperti biasa.

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa pada Mohammad Nizar dan kerajaan pimpinannya.

Dr Zambry mengangkat sumpah di Kuala Kangsar semalam di tengah-tengah kekecohan akibat bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat - tidak jauh dari Istana Iskandariah, tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Sementara itu, perkembangan berkaitan di negeri tersebut, antaranya:
  • Angkatan Muda PKR Ipoh Barat membuat aduan polis sebagai tindak balas terhadap laporan Pemuda Umno berhubung akuan berkanun ketua bahagiannya Fauzi Mamat yang mendakwa timbalan perdana menteri cuba menyogok RM50 juta dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak.
Datuk Seri Najib Razak didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Putrajaya tidak lama selepas pilihanraya umum tahun lepas.
  • Sembilan yang ditangkap polis dalam perhimpunan besar depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam bagi membantah pelantikan Dr Zambry ditahan reman sehingga esok.
  • Para pemimpin BN Perak dijadual mengadakan satu mesyuarat khas jam 5 petang ini di bangunan Umno, dipercayai bagi membincangkan barisan exco baru negeri tersebut.
  • Pakatan Rakyat melancarkan kempen penerangannya berhubung kemelut kerajaan Perak 8 malam esok di Chenderung Balai, Sungai Manik.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang dijadual menyampaikan ucapan.

Khalid: Lexus kereta rasmi MB

Reactions: 
Kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri sebenarnya kereta rasmi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kenderaan SUV Lexus bukan kenderaan peribadi tetapi ia adalah kenderaan rasmi saya sebagai menteri besar," jelasnya, mengulas tuduhan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk menyelenggara kenderaan itu.

Menurut Bernama, Abdul Khalid berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.

"Itu (Lexus) saya telah isytihar sebagai kereta rasmi menteri besar, bukan saya gunakan sepenuh masa dan untuk kegunaan peribadi, saya gunakan kereta lain.

"Ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk penyelenggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas di kediaman rasminya hari ini.

Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menteri besar itu menggunakan wang kerajaan bagi membiayai kos penyelenggaraan kenderaan itu, bernombor pendaftaran WQR 779.

"Saya telah meminta peguam saya menelitinya (laporan) dengan mengambil kira penggunaan maklumat yang boleh menjadi fitnah dan pada masa sama saya telah meminta pengarah kewangan negeri untuk membuat laporan supaya apa yang kami akan lakukan semuanya telus.

"Anda cuma tahu sebahagian ceritanya sahaja dan anda membuat dakwaan yang tidak wajar," Abdul Khalid dipetik berkata.

Disoal alasan beliau tidak menggunakan Toyota Camry yang baru dibeli kerajaan Selangor sebagai kenderaan rasmi, Abdul Khalid dilaporkan berkata:

"Saya lebih selesa dengan Lexus sebab itu saya tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi."

Najib Dan Mugabe - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

ADUN Pangkor dilantik Najib menjadi MB x original. Yelah kerajaan yang dibentukpun secara haram melalui rampasan kuasa.

Sekali lagi Pangkor ke persada politik negara, bukan sebagai destinasi pelancongan tetapi percaturan politik najib untuk melantik MB x original.

Suatu ketika dulu ada perjanjian pangkor yang mengundang kemasukan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu

Rampasan kuasa ini bolehlah disifatkan sebagai Perjanjian Pangkor 2 yang mengundang penjajahan UMNO ke negeri Perak serta segala jajahan takluknya.

Rakyat Perak yang telah menolak kerajaan BN di dalam PRU12 Mac 2008, dipaksa menerima kembali BN melalui politik mafia yang dimanipulasikannya berbekalkan talian hayat Sultan Perak dan sokongan moral 3 DUN Bebas yang kini mesra BN.

Selama mana penjajahan UMNO BN ke atas Perak tidaklah diketahui.Ketika ini seantero dunia telah tahu bakal PM Malaysia, Najib rupa-rupanya setaraf dengan Mugabe.

UMNO apa peduli... janji menang.

UMNO parti kuno yang barbaric hampir pupus tak lama lagi.

Mufti: Tidak taat kepada raja adalah derhaka - malaysiakini

Reactions: 
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.

''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.

''Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
  • "Raja Adil, Raja Disembah. Raja Zalim Raja Disanggah"

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK - malaysiakini

Reactions: 
YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:
  1. Pembubaran DUN.
  2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
  3. Meletak jawatan.
Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.

Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. "UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK


TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI

PR – 28 KERUSI

BEBAS – 3 KERUSI
  • ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
  • KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
  • DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.
BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.
  • NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
  • NIZAR DERHAKA
  • NIZAR SAMAN SULTAN
  • NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM
Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.


- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.


-jeritan minda politik malaysia

Awas UMNO & Agenda Jahatnya - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

Fokus utama BN sebenarnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum Perak.

Isu 48 ekor lembu korban yang dituduh MB Selangor kononnya salahguna kuasanya untuk kepentingan peribadinya. Hasrat nak pergunakan Sultan Selangor desak Khalid Ibrahim letak jawatan tapi gagal kerana Khalid lawan balik dan gertak nak saman Khir Toyo.

Tok nak peringatkan Khalid, elok kau tukarkan SUK Selangor tu pasal dia spesis yang sama dengan SUK Perak.

Kemudian di Perak, UMNO peralatkan Sultan Azlan untuk halang pembubaran DUN Perak. Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa pemerintahan negeri.

Kemudian, UMNO menghantar orang-orangnya menghantar memo kepada Sultan Kedah mendesak diambil tindakan terhadap exco Kedah yang dituduh bela perempuan simpanan. Taktik UMNO gagal kerana perempuan tu bini mudanya.

Nampak tak? UMNO menyorok belakang Sultan pasal tak cukup jantan nak lawan kebangkitan rakyat. Jika menentang balik akan dituduh derhaka.

UMNO akan memainkan sentimen derhaka kepada Raja Melayu. Seingat Tok dulu UMNO yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.

Kerajaan Pakatan rakyat perlu lebih berhati-hati dengan kakitangan awam termasuk SUK yang jadi musang berbulu ayam.

Mulai sekarang tiada lagi lembut hati atau belas kasihan, tukarkan sahaja mereka. SUK Selangor sekarang terlibat dengan perjanjian menyambung kontrak membekalkan air kepada Syabas ketika DUN Selangor dah bubar untuk membolehkan PRU12 diadakan pada Mac 2008.