Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 17, 2009

Orang UMNO Ada Teloq Ka..? - malaysiakini

Reactions: 
Ok... bagi aku kes YB Eliza dah selesai... pasai apa aku habaq dah selesai? aku bukan polis pun... betoi... dah selesai bagi aku bila Eliza habaq mai, dia tawarkan diri untuk letak jawatan sebagai EXCO dan jugak ADUN. full stop...

Yang ni aku puji sikap berani YB Bukit Lanjan... kalau benda ni jadik dekat UMNO hangpa ingat depa berani dak letak jawatan?

Chua Soi Lek tu bukan ahli UMNO woi... tak yah la nak buat cerita bangang..!

Khir Toyo nak apa lagi? hang nak bertanding dekat DUN Bukit Lanjan ka? aku cabar hang pi bertanding dekat DUN Bukit Lanjan kalau Pilihanraya Kecil diadakan dekat sana. amacam? lu berani ka?

Ni aku cabar sungguh-sungguh ni. geng-geng blogger pro UMNO, kalau hangpa ada Teloq, hangpa angkut Khir Toyo pakat ramai-ramai mintak Khir bertanding dekat DUN Bukit Lanjan kalau ada Pilihanraya kecil dekat sana.

Kalau betoi hangpa ada teloq, hangpa sahut canaran aku.

Khir Toyo, kalau hang ada teloq, hang pi bertanding dekat DUN Bukit Lanjan kalau ada PRK dekat sana..!

Setakat dok melalak sana-sini mengalahkan anak anjing baru beranak, baik hang buktikan pengaruh hang dalam Pilihanraya Kecil kalau ada peluang.

Apa kata hangpa orang-orang UMNO? hangpa ada teloq ka tak dak teloq?

*cilako... BerukBand selor sungguh... x leh nak upload gambo... ingat nak attach gambo telor... chait..!

Dato' Seri Ir Nizar Di Stadium Perak - malaysiakini

Reactions: 
Ni kali yang keberapa aku tak tau aku jijak kaki dekat stadium. kalau stadium lain dah banyak kali dah aku jijak, tapi stadium Perak ni kira kali pertama la.

Malam ni aku free, tak dak program apa-apa. dari petang tadi aku dok melanguk dekat shopping kompleks dengan zulmamak. pi carik equipment untuk pakai dekat program Dato' Seri Ir Nizar dekat Bagan Datoh malam esok. hajat tu nak buat broadcast TV, nak siar cara langsung dari Bagan Datoh ikut web TV (boleh ka..?).

Lepaih ronda, bosan.. aku call geng tanya apa program Dato' Seri Ir Nizar malam ni. depa habaq, malam ni Dato' Seri pi layan bola dekat stadium. ngam-ngam... aku blah teruih datang stadium. dan dan aku sampai, Dato' Seri pun sampai sekali.

Sempat aku shot 4-5 keping gambaq. lepaih tu orang Dato' Seri ada yang kenal aku, terus ajak aku join depa... kot-kot aku nak ambik gambar banyak-banyak... apalagi beb... pucuk dicita, ulam tempoyak...

Ni 1st time yang pertama aku dok dekat kerusi VIP. mahaiii...

Aku bukannya minat sangat pun layan bola nih... kalau mancing ka, hoki ka minat jugak aku... malam ni Terengganu lawan Perak... Skor Yob Skor..! Jangan Gentor..! Hambat Yob Hambat, Hambat Sampei Dapat..!

Tu slogan-slogan yang aku nampak dekat stadium (kain rentang/banner). dalam banyak-banyak Banner aku dok minat 1 banner - MB + PAFA = NIZAR (wright). tu yang paling best.

Singgah pi tempat lain sat... sepanjang aku dok bertapa dekat Perak ni ikut program MB Ir Nizar, aku dok tengok sokongan merata-rata tempat amat membanggakan. pi la mana-mana ceruk pun, sentiasa ada orang sambut. agak aku orang susah nak lupa jasa-jasa MB Nizar selama 11 bulan jadik ketua Kerajaan Perak. dah terpahat dah dalam hati depa.

Kalau tanya rambang, ramai dok habaq mai kata, kalau tumbang MB yang ni, tok sah harap dah lepaih ni nak dapat orang yang baguih macam ni jadik MB kendian hari. yang ada lepaih ni kena pulak dari UMNO/BN memang hancusss...!!! nak harap jaga tengkolok sendiri boleh, nak harap bela rakyat... pi mampuih...

Sampai tara tu no...

Selingan... aku ingat dah gol dah tadi kecoh-kecoh... rupanya tak gol... akak sebelah aku ni bukan main lagi semangat... tau-tau offside... offside tu menatang hapa oi..?

Mampuih pi la ngan offside tu...

Aku nak ronda sat... tengok kot-kot dapat gambo-gambo best... karang aku upload...

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said.. - malaysiakini

Reactions: 
Assalamualaikum...

Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

-sya~reformis

Eliza Wong Bakal Letak Jawatan: Satu Lagi Pilihanraya Kecil..?

Reactions: 
EXCO Selangor yang sedang menghadapi skandal gambar "melampau" diberitakan bakal meletak jawatan sedikit masa nanti.

Walau bagaimanapun kesahihan kenyataan itu akan hanya diketahui dalam sidang media yang bakal diadakan di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat di Tropicana pada jam 11 pagi nanti.

Gambar "melampau" Eliza dikatakan mula tersebar didalam internet selepas diberitakan dihantar kepada pihak media oleh pihak yang tidak dikenali tetapi melalui kenyataan Eliza, gambar tersebut telah diambil oleh bekas teman lelakinya seorang wartawan sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Berita asal -

Selangor executive councillor Elizabeth Wong will be offering to tender her resignation from her cabinet post and state assembly seat following her nude photographs controversy.

She will be making the annoucement at a 11am press conference to be held at the PKR headquarters in Tropicana to make the announcement.

It was reported yesterday that nude photographs of Wong, who is PKR Wanita publicity chief, were being distributed in public.

It is believed that the photographs were taken - most likely by a former boyfriend - while she was sleeping and without her consent. Apart for the photos, it is learnt that a video clip is also in circulation.

Wong, 37, has been serving as state cabinet member in charge of tourism, consumer affairs and environment for the past 11 months.

According to sources, top PKR leaders who met late last night to discuss the scandal have decided to end the controversy swiftly ahead of two key by-elections.

By Election In Bukit Lanjan?

Wong was elected the state assemblyperson for Bukit Lanjan - one of the three state constituencies in the Subang parliamentary seat. The constituency covers parts of Damansara, Bandar Sri Damansara and Bandar Utama.

With her resignation as state representative, the Election Commission will have to call a by-election in the mostly middle-class constituency in 60 days.

It is expected that the EC to hold the Bukit Lanjan’s by-election at the same time as two other by-elections - Bukit Selambau, a state seat in Kedah and Bukit Gantang, a parliamentary seat in Perak.

The two other ‘bukits’ by-elections will be held on April 7.

In the general elections last year, Wong was one of the many opposition candidates unexpectedly swept into power on the back of widespread dissatisfaction against the ruling Barisan Nasional.

The PKR politician, in her maiden election campaign, polled 12,125 votes against then incumbent assemblyperson Gerakan’s Yong Dai Ying, who bagged 6,970 votes. Wong won with a majority of 5,155.

According to sources, among the likely PKR candidates to contest the Bukit Lanjan is former Gerakan Federal Territory chief and ex-deputy minister Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, who was MP for Segambut, joined PKR in August last year.

Another possible contender is ex-MCA Klang Wanita chief and former Klang MP, Dr Tan Yee Kew, who also defected to PKR last year.

Sekitar Program MB Perak Di Lumut - malaysiakini

Reactions: 
Pusingan pertama Siri Jelajah Negeri Perak oleh YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin bermula di kawasan DUN dibawah naungan beliau malam tadi tepat jam 9:00 malam.

Antara tetamu khas yang turut hadir dalam program sulung tersebut ialah Saudara Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR), Ustaz Zulkifli Ibrahim (Pengerusi Perhubungan Pakatan Rakyat Perak), Saudara Misbahul Munir (Setiausaha Politik MB Perak), Saudara Mohd Anuar Sudin (ADUN Changkat Jong), YB Sivanisan (EXCO Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungkai) dan juga beberapa orang lagi wakil dari Pakatan Rakyat.

Kehadiran pengunjung amat membanggakan dimana dianggarkan program malam ini dapat mengumpul sejumlah tidak kurang dari 2000 orang dan program juga berjalan dengan amat lancar sekali tanpa gangguan dari pihak PDRM, keadaan lalulintas juga agak lancar dengan kawalan penuh dari unit yang bertugas.

Program ceramah dimulakan oleh Saudara Sivanisan (ADUN Sungkai) dan beliau telah menjelaskan kepada hadirin beberapa perkara mengenai isu yang sedang panas sekarang. antaranya ialah mengenai usaha UMNO/BN membeli ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam usaha merampas takhta Kerajaan Negeri Perak.

Banyak perkara telah didedahkan oleh beliau dan semua itu akan didedahkan sedikit demi sedikit oleh pihak kami untuk pengetahuan umum.

Program diteruskan lagi dengan ceramah oleh *ADUN Changkat Jong dan apa yang menarik dalam ceramahnya beliau mengingatkan semua pimpinan Pakatan Rakyat agar menguatkan jatidiri dan sentiasa istiqomah dengan perjuangan, betapa pentingnya mempertahankan amanah yang telah dipertanggung jawabkan keatas pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
*ralat - sebelum ni aku tersalah letak ADUN Changkat Jering... maaf, salah lokasi... maklumlah dah lewat sangat, ngantuk... hahaha...

Dalam ceramahnya juga beliau menjelaskan beberapa perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan semuanya adalah untuk kepentingan rakyat Perak yang selama ini telah diabikan oleh KERAjaan UMNO/BN pimpinan Tajol Rosli.

Menariknya dalam ceramah beliau, beliau turut menyentuh sedikit perkara yang menyentuh tentang bagaimana TGNA mentarbiyah pimpinan PAS sehingga mereka-mereka ini sukar atau tidak dapat dijual-beli perjuangan mereka.

Sebelum ceramah diteruskan, pengerusi majlis menceritakan sedikit pengalaman beliau berada bersama TGNA dalam program Kembalikan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di Taman Melewar malam semalam. beliau memetik kata-kata TGNA yang menempelek UMNO/BN yang saban hari tak habis-habis memainkan dan memutarbelitkan isu "Derhaka" MB Ir Nizar tetapi dalam masa yang sama TGNA mengatakan bahawa UMNO/BN sejak dari awal penubuhannya berterusan telah menderhaka kepada Allah.

Pengerusi majlis juga menyentuh sedikit perkara mengenai 3 ADUN yang telah menderhaka kepada para pengundi dikawasan masing-masing. ke3-3 ADUN tersebut dikatakan sampai saat ini masih belum kembali kekawasan masing-masing kerana tidak berani berhadapan dengan pengundi dikawasan masing-masing.

Sindiran sinis juga diberi kepada ke3-3 ADUN tersebut kerana dimaklumkan ada pengundi-pengundi di ke3-3 kawasan tersebut sedang menanti kepulangan ADUN kawasan masing-masing dengan kasut, selipar dan juga terompah...

Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah oleh Saudara Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR). rakaman ceramah Saudara Mustafa Kamil Ayubakn disiarkan kemudian selepas selesai kerja-kerja editor dan juga muat-turun ke laman youtube.

Kemuncak ceramah disudahi dengan ceramah oleh YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin. rakaman juga akan disiarkan kemudian setelah selesai kerja-kerja editor dan yang berkaitan... jangan lupa untuk menyaksikan rakaman tersebut kerana terlalu banyak perkara telah didedahkan oleh YB Menteri Besar membabitkan berbagai isu dan yang paling menarik ialah pendedahan bagaimana ke 4-4 "de-facto" diculik sehingga kepada isu "Derhaka" dimainkan oleh UMNO/BN.

Harap semua dapat bersabar...

*Laporan agak lambat dikemaskini berikutan masalah "BerukBand" yang agak kronik - harap maaf.