Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 21, 2009

Ugutan bunuh Sivakumar?: Pakatan buat aduan polis - malaysiakini

Reactions: 
Pakatan Rakyat membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang dilemparkan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar hari ini ekoran keputusannya menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco Kerajaan Negeri lain daripada menghadiri mesyuarat Dewan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan ‘nyahkan’ Sivakumar digunakan oleh www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno.

“Perkataan ‘nyah’ boleh membawa apa juga maksud… ia boleh membawa makna menyembunyikan, menghilangkan, malah membunuh,” jelas Nizar.

“Jika apa-apa berlaku ke atas Speaker (Sivakumar), ini adalah tindakan mereka (Umno),” kata beliau sambil menambah, Sivakumar telah mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi keluarga beliau.

Dalam tulisan muka depan laman web itu, editornya berkata:
  • “Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan Exconya dari menghadiri sidang DUN Perak.
  • “Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.
  • “Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.
  • “Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun
  • “Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?
  • “Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak.
  • “Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.
  • “Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.
  • “Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.
  • “Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!
  • “Sembah dari Rakyat Marhaen EDITOR MYKMU
-mStar

KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK - malaysiakini

Reactions: 
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

-Kamparin

Projek Pertama UMNO/BN Menjelang PRK Bukit Gantang - malaysiakini

Reactions: 
Turap jangan tak turap... lepas ni senang menteri nak datang bawk konvoi punggah duit juta-juta nak tabur dekat rakyat Bukit Gantang..!



'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim

Reactions: 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya adalah "satu gertakan".

"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan).

"Ini manusia tak boleh digertak," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam sempena ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat di padang berhadapan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Majlis anjuran PKR Selangor dan Kuala Lumpur turut dihadiri perwakilan asing termasuk daripada Australia dan India yang bertujuan untuk mengutip dana parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Syed Husin Ali (timbalan presiden); Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah (Naib Presiden), Tian Chua (Ketua Penerangan) serta kepimpinan PKR negeri.

Sebelum ini menteri besar Selangor itu didakwa menggunakan wang kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya.

Susulan itu, Gerakan Anti-Korupsi dan Pemuda Umno, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri.

Semalam dilaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut didakwa menyalahgunakan wang kerajaan untuk membeli 46 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada surau dan masjid di parlimen tersebut.

Mengulas dakwaan tersebut, beliau menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

"Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun.

"Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik dengan mereka," katanya.

Katanya, BN hanya bermimpi untuk menguasai Selangor kerana mimpi mereka itu "hanya satu igauan atau tinggal mimpi sahaja".

Ini kerana, tambah Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat telah mantap di Selangor dan tidak boleh dipecahkan.

"Sokongan rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat kerana pengurusan yang cekap, telus dan bertanggunjawab. Rakyat tahu siapa yang lebih baik (mentadbir)," katanya.

Beliau juga menyifatkan pemimpin BN sudah kehabisan dan kekeringan idea kerana cuba meniru Selangor sewaktu mengisytiharkan slogan "merakyatkan pembangunan di Terengganu" sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akhir bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersama dengan pemimpin Pakatan tidak akan menyerah kalah dengan serangan dan gangguan daripada kerajaan BN.

"Kamu boleh mengganggu kami, tetapi tidak sesekali untuk kami mengaku kalah," katanya sambil disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Dalam majlis tersebut, Anwar yang ketua pembangkang menjelaskan ugutan, gangguan dan tawaran BN untuk memancing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee untuk melompat ke parti tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang berucap kira-kira 30 minit, turut mempersoal SPRM 'memilih bulu' bagi menyiasat dakwaan rasuah dilaporkan kepada meraka.

Beliau mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM segera mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.

Semalam, Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.

"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah.

Dalam majlis itu juga, Anwar juga menempelak BN yang mengamalkan 'politik menculik' dua orang wakil rakyat PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) - untuk membolehkan meraka merampas kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya percaya dengan mahkamah, jangan cuba berselindung di belakang istana.

"Serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan, siapa yang berhak memerintah negeri Perak," katanya.

Mengulas lanjut perkara tersebut, beliau menempelak Umno dan BN yang menjuarai untuk bercakap soal moral.

"Poorah!... Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," katanya dengan nada marah.

Sementara itu, majlis makan itu turut diserikan dengan tarian kebudayaan Melayu, Cina dan India daripada penari-penari dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), persembahan orkestra dan nyanyian lagu kantonis daripada seorang penyanyi Melayu.

Penganjur juga turut memasang tiga layar putih berukuran 3x3 meter untuk tayang video '308: Tsunami' antara lain memaparkan gambar lautan perhimpunan 'Protes' yang berlangsung November dua tahun lalu serta visual rakaman video V.K Lingam.

-malaysiakini

Program Di Kediaman MB Perak Hari Ini - malaysiakini

Reactions: 
Hari ni jam 11:00 pagi berlangsung program ceramah di Kediaman Rasmi MB Perak. antara yang hadir, hangpa tengok sendiri dalam gambar...






Gambo lain hangpa skodeng dekat [sini].

Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada yang 'bising'

Reactions: 
"Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.

Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya.

Sekitar Program MB Nizar Semalam - malaysiakini

Reactions: 
Pagi kelmarin jam 5:30 pagi kami gerak ke Jeti Lumut. jam 8:00 pagi sampai sana... lepak pekena nasik lemak... MB Nizar sampai dekat Jeti jam lebih kuraang jam 8:45 pagi... disambut oleh sahabat-sahabat dari Manjung, Pangkor dan lain-lain (aku tak ingat semua).

Aku nak cepat... nak pi rumah MB Nizar sat, ada program dekat sana pagi ni. hangpa tengok dulu gambo-gambo yang aku sempat update ni...





Macam biasa... meh skodeng gambo-gambo lain dekat [sini].

Gambo-gambo lain ada banyak lagi tapi aku tak sempat nak update lagi buat masa ni... program semalam lepas pi Pulau Pangkor, sambung dekat Manjung, lepaih tu dekat kawasan Bukit Gantang... oit... gambo dekat Bukit Gantang banyak... pengunjung pun ramai.

Karang aku update... chiao..!

Perak Huru-Hara..? - malaysiakini

Reactions: 
Aku baru bangkit tido, amik handphone aku tengok sms berbakul-bakul... ramai sms aku mintak tolong update berita dekat sini, tah mana depa dapaat berita habaq Perak tengah huru-hara aku tak tau.

Ni nak bagitau... suasana dekat sini ok. tak dak huru-hara, tak dak kacau bilau... pagi ni ada majlis doa selamaat dekat rumah rasmi MB kalau tak silap aku... MatSamanKati dah gerak ke sanaa, ni aku pulak nak pi sana jugak...

sementara tu hangpa lepak dulu... semalam tak dapat nak update berita pasai Celcom BerukBand buat hal... pagi ni baru ok...

Sebelum aku ciao, aku update sikit berita pasai aktiviti MB Nizar semalam... hangpa tunggu sat...

Perak ok... tak yah risau, yang huru-hara cuma puak-puak yaang buat berita palsu konon Perak huru-hara...

Strategi Licik UMNO/BN Melalui Najib - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

Modus operandi hampir serupa. UMNO akan peralatkan Sultan Selangor pecat MB Selangor atas alasan moral kerana menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah.

Khalid juga akan dipenjarakan sebelum menghadapi perbicaraannya untuk mencetuskan ketidak stabilan politik di Selangor dan melaga-lagakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Ada di kalangan mereka yang akan ditahan di bawah ISA sebelum bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan BN di Selangor.

Dr Hassan Ali juga akan dipujuk menyertai UMNO melalui pujukan dan rayuan pihak istana.

Dengan itu tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun memiliki majoriti 16 kerusi ADUN.

Inilah yang diharapkan oleh Najib sebagai modal untuk melangkah megah ketika pemilihan UMNO pada hujung Mac depan selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.

Kejayaan merampas Perak dan Selangor akan memaksa Pak Lah akur menyerahkan kuasanya kepada najib mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu pada bulan April ini Najib akan menjadi PM.

Penganalisis politik masih tidak begitu yakin apakah Najib akan menjadi PM mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak mustahil Pak Lah akan berubah fikiran setelah dipengaruhi hulubalang khairi yang menguasai tingkat 4,Jabatan Perdana Menteri.

Inilah yang dirisaukan oleh Dr Mahathir di dalam blognya dan tindakan pakatan rakyat sepakat menyokong kepimpinan Pak Lah akan menyukarkan lagi kedudukan najib.

Di kalangan penyokong UMNO sendiri termasuk Kuli tidak bersetuju dengan cara Najib bertindak merampas kuasa kerajaan negeri pakatan rakyat Perak yang telah dipilih oleh rakyat Perak untuk memerintah negeri itu pada PRU 12 yang lepas.

Najib semakin angkuh dan merasakan jawatan PM adalah miliknya telah membentuk kemnya sendiri. Beliau akan melantik Shakar (ADUN Lanchang) menjadi MB Pahang yang baru. Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dilantik menjadi menteri kabinet setelah najib bergelar PM dan berlaku rombakan kabinet.

Zahid Hamidi akan diangkat menjadi TPM dan bukannya Muhyiddin Yasin seperti tanggapan ramai pihak.

Nasib Khairi pula lebih malap dan karier politiknya akan berkubur kerana Najib lebih memihak kepada Mukhriz. Khairi akan menyertai Wan Farid dan Norza Zakaria, hulubalang khairi yang dicantas oleh kem Najib melalui perancangan licik UMNO Bahagian Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh yang mana Shakar, Ismail Said dan Saifuddin turut terlibat merancangnya.

Pak Lah masih mempunyai opsyen iaitu membuat rombakan kabinet dan memecat Najib daripada jawatan TPM dan Menteri kewangan dengan menyalahkannya sebagai punca kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya yang gagal. Matawang ringgit kian menyusut dan kadar pengangguran bertambah selain indeks komposit BSKL yang turut merosot.

Pak Lah boleh meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga PRU13 dan memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Najib. Rakyat bimbang jika lebih lama Najib jadi Menteri Kewangan, Raja-raja Melayu akan cuba dirasuahnya

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor disarankan mengadakan persidangan DUN Selangor segera dan mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan Khir Toyo.

Jika tiada pilihan bubarkan saja dun selangor agar diadakan pilihanraya seluruh selangor.