Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 23, 2009

MB Ir Nizar ! Engkau memang 'Hebat' - malaysiakini

Reactions: 
Belum pernah tercatat dalam sejarah khususnya di Perak seorang Menteri Besar keluar dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah. Saya tak sempat melihat keluarnya Allahyarham Ghazali Jawi, namun saya amat mengetahui bagaimana keluarnya Tajol Rosli. Saya juga mengetahui bagaimana keluarnya Ramli Ngah Talib dari kediaman rasmi.

Khabarnya Tajol Rosli keluar setelah menangis berhari hari. Khabarnya juge di bawa bersama kereta mercedes yang ingin di beli dengan harga simpati. Ramli pula dengarnya sampai bawa lari segala perabut berlori. Tajol yang masuk tak peduli kerana seronok dapat semua barang baru dan wangi.

Nah cuba lihat keluarnya DS Nizar hari ini. Siap buat kenduri lagi... berduyun wartawan menanti... siap berlari sampai depan pintu lagi... tak cukup dengan tu... ikut sampai rumah sewa D. Seri. Nasib baik dah tak bagi masuk... itupun ada yang curi curi. Di minta keluar pun buat selambe rock je...

DS Nizar secara rasmi meninggalkan kediaman Rasmi... ( dengornya kejap je...) sebab mahkamah nak suruh duduk balik... Beliau datang dari rakyat... perjuangannya bersama rakyat. Apa yang orang tak berani dan tak mampu buat, DS Nizar sanggup mendahului. Beliau adalah antara ibu bapa yang menyaman kerajaan kerana PPSMI.

Kini DS Nizar kembali bersama rakyat. Selama ini beliau terhalang oleh pagar residen yang memisahkannya dari jendela rakyat. Demi bersama rakyat DS Nizar lebih banyak bergelumang di luar sejak subuh hingga dinihari. Kerana cinta dan denyut nadi rakyat yang dirasai, pintu kediaman rasmi tak pernah dikunci untuk dikunjungi. Namun maklumlah sejak dulu kediaman itu adalah kawasan Larangan , rasa kekok dan malu rakyat barangkali masih tersisa di hati.

Kini DS Nizar terus bersama rakyat. Beliau meninggalkan kediaman rasmi bukan mengalah dengan kerajaan Haram Zamri namun menunjukkan akhlak dan tamadun yang tinggi, walaupun berdepan lanun dan perompak di siang hari.Kediaman akan menjadi pusat komuniti rakyat sehingga 27 Februari. Kemuncaknya ialah pada subuh 27 Februari, jam 3.30 pagi. Munajat Perdana akan berlangsung di sini.

Bagi yang belum pernah merasai angin di kediaman rasmi, ambillah peluang ini kerana percayalah!!!! Zamri tak mungkin membenarkan kediaman rasmi dicerobohi. Melainkan jika beliau malu dengan apa yang dibuat DS Nizar selama ini...( tapi puak ni bukan tahu malu) jenis hidung di punggung!

Selamat Berjuang bersama rakyat. Dari rakyat beliau datang, kepada rakyat beliau pulang, bersama rakyat beliau berjuang... namun JANGAN DILUPA DS NIZAR ADALAH MB YANG SAH DAN RASMI !

*untuk paparan foto dan berita seterusnya sila layari blog sahabat wak - anak senget di[sini].

-Al-Banjari

V.Sivakumar Terima Ugutan Bunuh..! - malaysiakini

Reactions: 
Selepas menerima ugutan bermotif jahat (ugutan bunuh) dari ruangan Web MyKMU, semalam, V.Sivakumar dilaporkan menerima satu lagi surat ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.

Nampaknya suasana politik di Malaysia khasnya di Perak sedang mengalami revolusi, dari keadaan yang baik kepada keadaan yang semakin kebelakang atau kuno. keadaan ini dilihat semakin menular bermula dari kejatuhan KERAjaan UMNO/BN dalam PRU-12 yang lalu.

Ketika zaman kegemilangan (kerakusan) KERAjaan UMNO/BN dahulu jarang sekali kita mendengar atau diberitakan akan kejadian-kejadian ugutan terhadap pimpinan-pimpinan pembangkang di Malaysia tetapi sebaik sahaja UMNO/BN kehilangan kuasa majoriti di Parlimen, semakin hari, semakin bertambah kes-kes sebegini.

Yang menghairankan kita ialah bilamana ugutan-ugutan tersebut hanya diterima oleh pimpinan pembangkang dan dalam masa yang sama, pihak UMNO/BN pula bermati-matian menafikan kononnya mereka terlibat padahal tiada siapa pun yang menuduh mereka terlibat.

Akibat daripada itu, kita melihat seolah-olah UMNO/BN terlibat didalam hal tersebut. masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin?

Melihat dari senario ketika kempen PRU-12 yang lalu, pihak UMNO/BN tidak habis-habis memainkan isu kononnya negara akan menjadi kucar-kacir seandainya UMNO/BN hilang majoriti di Malaysia dan hakikatnya setelah tamat PRU-12, perkara ini memang benar-benar berlaku.

Akibat dari kehilangan majoriti di Parlimen, pihak UMNO/BN dilihat sebagai pihak yang sering cuba menimbulkan ketidak stabilan di Malaysia dengan berbagai isu yang kebanyakannya berunsur perkauman.

Isu 13 mei sekian hari dicanang, isu-isu yang menyentuh perkauman dijuaraai oleh UMNO/BN dan yang paling ketara sekali bilamana UMNO/BN amat agresif memutar belit fakta tanah Kampung Baru di Perak. seolah-olahnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah boneka kepada DAP dan seolahnya Kerajaan Pakatan rakyat Perak meminggirkan orang melayu di Perak.

Pada hakikatnya ialah fakta-fakta berkenaan tanah milik melayu ditutup dari pengetahuan umum (fakta-fakta sebenar boleh didapati di[sini].)

Apa yang berlaku hari ini adalah kerana ketakutan UMNO/BN akan kehilangan kuasa pemerintahan, berbagai strategi jahat diguna pakai oleh mereka. kemana Bala? apa yang terjadi dengan Atlantuya? siapa yang menculik 4 oraang ADUN dari Pakatan Rakyat Perak dan bersama siapa pula akhirnya mereka-mereka itu timbul?

Itu semua isu-isu kecil kata UMNO/BN... memanglah kecilk sebab yang menjadi mangsa ialah mereka-mereka dari Pakataan rakyat, kalau mangsanya UMNO/BN?

Karpal terima peluru, V.Sivakumar terima ugutan bunuh... semuanya sebaik saja masing-masing menjadi individu yang dilihat menghangatkan senario politik Malaysia dalam isu-isu yang tidak menyebelahi UMNO/BN.

Mana pergi polis-polis yang pernah "melindungi wartawan wanita atas dasar keselamatan mereka?"

Tak dapat arahan "Menteri" ke untuk melindungi mereka-mereka ini? agaknya PDRM akan ambik masa berapa ratus tahun untuk selesaikan siasatan keatas laporan mereka-mereka ini?

Kata AbangTuah - malaysiakini

Reactions: 
Ini aku cilok dari blog AbangTuah dan komen aku dekat bawah sekali...

KALAU MAHU BETUL-BETUL KEJAM..

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak boleh mentafsir undang-undang mengikut ideologi politik kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak stabil dan huru-hara.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) berkata, belum pernah terjadi di negara anggota Komanwel, seorang Speaker DUN menggantung ahli dewan selama 18 bulan di luar sidang seperti dilakukan Sivakumar.

Katanya, tindakan Sivakumar itu tidak mengikut peraturan kerana keputusan tidak dibuat di dalam sidang DUN dan tempoh penggantungan biasanya selama dua hari sahaja.
''Sebagai Pengerusi CPA, saya sangat kecewa dengan tindakan Speaker DUN Perak kerana ini telah mencemarkan sistem demokrasi negara, ini satu penyalahgunaan kuasa secara total.
Mohd. Shafie berkata, sekiranya tindakan Speaker DUN Perak itu dianggap mengikut undang-undang, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga boleh mengambil tindakan sama terhadap Ahli Parlimen pembangkang.

BEGINILAH PENULIS JUGA SUKA NAK KASI TAMBAH SEDIKIT…

1. APA PANDANGAN PIHAK PEMBANGKANG SEKIRANYA SPEAKER DEWAN PARLIMEN MENGANTUNG KESEMUA MP PEMBANGKANG YANG PERNAH MELANGGAR PERATURAN DEWAN SELAMA 18 BULAN.

2. APAKATA KESEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENYOKONG PEMBANGKANG DI KENAKAN TINDAKAN DISPLIN YANG KERAS?

3. APAKATA KESEMUA ANAK-ANAK PEMBANGKANG DIKECUALIKAN DARI MENERIMA BANTUAN BUKU TEK PERCUMA DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN?

4. APAKATA GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN YANG MENYOKONG PEMBANGKANG DI KECUALIKAN DARI MENERIMA APA-APA BANTUAN ATAU SUBSIDI DARI PIHAK KERAJAAN?

5. APA KATA GOLONGAN BUMIPUTRA YANG MENOLAK DEB DI KECUALIKAN DARI MENERIMA BANTUAN DAN KUOTA-KUOTA PERUNTUKAN DEB?

HMM..ADA MUNGKIN LOGIKALNYA PENDAPAT PENULIS KERANA BUAT APA BERBUDI PADA MEREKA YANG TAK PERNAH TAHU BERSIKAP ADIL SERTA JAUH SEKALI TAHU BERTERIMA KASIH.

TP - Aku cabar KERAjaan pusat buat atau ambik tindakan sebagaimana yang disyorkan oleh AbangTuah dan kita lihat hasilnya dalam PRU-13 nanti..!

Sape dapat gerenti KERAjaan Pusat UMNO/BN dapat kekalkan kuasa di Malaysia kalau tindakan-tindakan BANGANG dari akal AbangTuah diguna pakai?

Yang pasti, Pakatan Rakyat akan SAPU BERSIH semua negeri di Semenanjung dalam PRU-13..!

AGS 10: Percuma - malaysiakini

Reactions: 
Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut.

Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut.

Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut.

Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut kerana ianya didapati dengan percuma daripada pihak JPJ.

Saudara Amran juga menyelar tindakan beberapa pihak yang menuduh tanpa bukti dan menjadikan nombor pendaftaran tersebut sebagai isu kononnya berlaku pembaziran sedangkan kenyataannya ialah tiada sebarang pembayaran dilakukan untuk nombor mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

"Carilah isu lain yang lebih kukuh dan sertakan sekali sekurang-kurangnya 1 bukti sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melakukan pembaziran. jika tidak, pihak yang memainkan isu akan dilihat sebagai politikus murahan yang kehabisan modal" katanya sebelum mengakhiri perbualan sejurus sebelum majlis Menteri Besar Perak bersama Unit Amal PAS, Bloggers dan Media dikediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh.

20 Kes Salahguna Kuasa Khir Toyo - malaysiakini

Reactions: 
1. Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal di Sekinchan, Selangor sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenarai hitamkan iaitu Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa, di miliki oleh Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/Tirai Gemilang/Samasys dan Usahasewa Sdn.Bhd.) dan setiap daripada syarikat tersebut salah seorang dari pengarahnya adalah Samsuri Rahmat. seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun Menteri Besarnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn.Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam, malah reban pun tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17hb. -18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn.Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn.Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapakah keuntungan JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50%. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuarters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn.Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku janji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25 tahun 2001 pada 26hb. September, 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn.Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac, 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Tok Iskandar Bicara Lagi - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

Pembohongan sekiranya dilakukan berulang-ulang akan menjadi sesuatu yang benar.Helah politik inilah yang digunapakai oleh mantan PM,Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu dengan menjatuhkan imejnya dengan siri-siri pertuduhan yang tidak masuk akal iaitu rasuah,salahguna kuasa,seks,ejen asing dan pengkhianat negara.

Dr Mahathir mahukan rakyat semua percaya Anwar adalah seorang yang rendah moral dan tidak layak menggantikannya menjadi PM.Strategi liciknya itu tidak menjadi kerana rakyat lebih melihatnya sebagai permainan politik Dr Mahathir untuk menumbangkan Anwar.Rakyat mempersoalkan tindakan Dr Mahathir dengan hujah seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah mahkamah membicarakan dan membuktikannya.Muncullah gelombang kebangkitan rakyat dengan laungan reformasi kerana merasa jijik dan berang apabila melihat Dr Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain sanggup mengaibkan Anwar dengan manipulasinya ke atas media,polis,BPR dan institusi kehakiman negara.

Ramai juga pemimpin UMNO yang cuba membela UMNO dan ada di antaranya yang telah ditahan di bawah ISA termasuklah MB haram ketika ini,Zambri Abdul Kadir dan Zahid Hamidi yang cuba membentuk gelombang reformasi ketika negara sedang menghadapi sukan Komanwel.

Dalam politik sudah menjadi lumrah kawan makan kawan seperti yang dilakukan oleh Zambri dan Zahid Hamidi.Lawan pula akan menjadi kawan seperti hubungan Anwar dengan pemimpin PAS dan DAP sekarang.

Sepuluh tahun sudah berlalu gelombang reformasi,parti pembangkang kini telah membentuk gandingan jitu yang lebih sinonim dengan rakyat sebagai Pakatan Rakyat.Lebih memeranjatkan lagi,Pakatan Rakyat berjaya merampas 5 negeri daripada kerajaan UMNO-BN.

Selain berjaya mengekalkan penguasaannya ke atas Kelantan,Kedah,Perak,Selangor dan Pulau Pinang berjaya dirampas daripada kerajaan UMNO-BN.Bukan itu sahaja majoriti 2/3 kerajaan UMNO-BN di parlimen turut berjaya dinafikan dan laluan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan semakin hampir dan hanya memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi parlimen sahaja.

Gelombang kebangkitan rakyat tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi membentuk tsunami politik dengan kemenangan berganda di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pemimpin-peminpin UMNO-BN semakin lemah dan menangisi kekalahan demi kekalahan yang dialami dan mengenangkan nasib dan kenyataan pahit rakyat sudah tidak mahu UMNO-BN memerintah Malaysia.

Mentor politik UMNO,Dr Mahathir turut memainkan peranan menumbangkan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang memerintah Perak setelah mendapat mandat rakyat negeri itu melalui kaedah jijik dan samseng iaitu rampasan kuasa. Kerjasama algojo-algojo politik dalam versi 6 Jahanam ialah Najib,Zahid,Anuar Zaini,Abdul Rahman Hashim(SUK Perak),Ahmad Said Hamdan(Pengerusi SPRM) dan Abdul Aziz Yusuf(Pengerusi SPR) telah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selain berjaya membeli ADUN Behrang,Changkat Jering dan Jelapang.

Enam jahanam ini akan sentiasa dikenang oleh generasi akan datang dan dikutuk sepanjang zaman.Dr Mahathir tentulah merasa lega kerana bukan beliau sahaja yang menjadi penerima tunggal menerima sumpah seranah rakyat Malaysia.

Perak telah berjaya dirampas secara haram dan sasaran terbaru UMNO-BN ialah negeri Selangor.Kaedah pembohongan yang berulang-ulang akan menjadi sesuatu yang benar digunakan sekali lagi oleh peminpin-pemimpin UMNO.Skrip sama tetapi episod yang kedua.Sama seperti Anwar yang cuba diaibkan oleh UMNO-BN melalui pertuduhan liwat ke atas Saiful,pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah diburukkan di dalam media totok UMNO dengan skandal seks,rasuah dan salahguna kuasa seperti yang dialami Elizabeth Wong dan Khalid Ibrahim dna dijangkakan mangsa seterusnya ialah Ronnie Liu dan Dr Hassan Ali.

Sekali lagi mahkamah akan menjadi alat UMNO dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang baru dibentuk akan menjadi neraca penilaian rakyat apakah adil atau tidak setelah dr Mahathir mencemar institusi kehakiman negara dengan insiden pemecatan ketua hakim negara,Tun Saleh Abbas.

Kes V.Sivakumar(Speaker Perak) mengantung MB haram selama 18 bulan dan 6 exconya selama setahun merupakan satu tindakan yang terpuji dan UMNO-BN tidak ada hak mempertikaikan tindakan beliau yang turut mendapat sokongan Seaker Kedah, Majlis Peguam Malaysia dan MUBARAK Melaka.

UMNO-BN cuba memanipulasikan isu derhaka terhadap speaker Perak dan MB haram dan 6 exconya berdegil untuk menghadiri persidangan DUN Perak yang dijangkakan bermula pada bulan April ini.

Keangkuhan UMNO-BN juga menjadi kebencian rakyat sehingga sanggup mengenepikan kehendak rakyat asalkan dapat berkuasa biarpun melanggar undang-undang negara.

Tok cadangkan pada hari DUN Perak bersidang rakyat berkawal dan menghalang MB haram dan 6 exconya daripada menghadiri persidangan DUN Perak jika polis tidak menjalankan tugasnya menghalang MB Perak dan 6 exconya.

Pertarungan sebenar ialah rakyat menentang Dr Mahathir yang masih lagi ingin berkuasa walaupun telah bersara.

Inilah pemimpin yang sanggup menyusahkan rakyat dan ada sumber yang mengatakan Dr Mahathir telah memberitahu pemimpin luar di AS,Britain dan Kesatuan Eropah tentang Pakatan Rakyat menyokong perjuangan Hamas sedangkan simpati dan bantuan diberikan kepada mangsa rakyat Palestine di Gaza yang telah memilih Hamas sebagai wakil mereka melalui proses demokrasi.

UMNO-BN sedari dulu mengiktiraf kerajaan Fatah yang dipimpin oleh Mahmud Abas.Al Jazeera sendiri pernah melaporkan Fatah yang mendapat pengiktirafan daripada AS dan Israel pernah membekalkan pasir yang diperolehi daripada Mesir kepada rejim Yahudi untuk membina tembok pemisah.

Muhammad Dahalan seorang daripada pemimpin Fatah adalah dalang kepada sindiket pasir itu.

Sumbangan wang dan makanan yang diberikan kepada duta Fatah di Kuala Lumpur diragui akan sampai ke Gaza dan kemungkinan besar diagih-agihkan sesama pemimpin Fatah.

UMNO seperti Fatah telah lama menipu rakyatnya untuk berkuasa.Tok nak tanyalah kepada pemimpin UMNO sejuta tanah rizab Melayu yang dirampas daripada kaum Melayu atas alasan pembangunan menjadi bukti UMNO bukannya pejuang Melayu.Selepas ini Kampung Baru,Wilayah Pembangunan Iskandar akan menyusul Singapura dan Pulau Batu Putih menjadi korban kerakusan pemimpin UMNO. Bahasa Melayu sendiri dianaktirikan dan Bahasa Inggeris yang dimegah-megahkan.

UMNO-BN telah menjangkakan akan tewas di Bukit Selambau jika menggunakan logo BN dan ketika ini muncullah ramai calon bebas termasuk bekas penasihat KIMMA(persatuan mamak malaysia) yang menawarkan diri untuk menjadi calon bebas dalam PRK Bukit Selambau.Jika calon bebas yang ditaja BN ini menang,dia akan menyertai BN.

Rakyat Malaysia perlu sedar setiap undi yang diberikan kepada UMNO-BN akan membawa kesengsaraan kepada mereka dan anak cucu mereka.

Apa pelan pemulihan ekonomi yang dibawa oleh Najib selain membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat.Gula akan dinaikkan harga sebanyak 30 sen sekilo dan alasan yang diberikan nanti ramai rakyat Malaysia kena kencing manis dan untuk mengawalnya harga gula dinaikkan.Harga petrol akan dinaikkan 50 sen seliter bermula bulan Julai depan.Pengguna air di Lembah Kelang akan menghadapi kenaikan air sebanyak 30% jika kerajaan negeri Selangor dihalang oleh kerajaan pusat UMNO-BN mengambil alih pengurusan air negeri Selangor.Tambang bas ekspres dan teksi juga akan mengalami kenaikan sebanyak 30%.

Ketika ini Indeks komposit di BSKL mengalami penurunan,pengangguran meningkat kepada 85 ribu orang dan nilai matawang semakin merosot.

Inilah projek terbaru BN untuk rakyat semua.Sudah tiba masanya rakyat semua menghukum keangkuhan kerajaan UMNO-BN.