Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 24, 2009

Mansuhkan Rebet Demi Survival UMNO/BN - malaysiakini

Reactions: 
  • Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.
  • Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.
  • "Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).
  • Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.
  • Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.
TP - aku 100% setuju supaya rebet tidak diteruskan malah ia sepatutnya ditamatkan SERTA-MERTA sebab dengan adanya sistem rebet ini, maka beban rakyat akan sedikit berkurangan.

Ini adalah amat bertentangan dengan polisi UMNO/BN yang tidak suka melihat rakyat bersenang-lenang, rakyat mesti ditekan sehingga mereka mampos, rakyat mesti dizalimi, bukan dengan memberi kemudahan, kalau boleh stiap kali rakyat nak isi mi9nyak, kenakan cukai sehing 300% keatas setiap liter yang rakyat isi.

Semua itu mesti dilakukan tanpa berfikir panjang. takyat kena ingat, KERAjaan UMNO/BN telah memerintah selama lebih 50 tahun, maka rakyat mestilah BERSYUKUR kepada KERAjaan (ajaran sesat ni) dengan memberikan berbagai kemudahan kepada KERAjaan.

Biar rakyat mampos, jangan KERAjaan mampos... itulah "moto" baru KERAjaan UMNO/BN.

Aku bagi kau talian hyt sampai PRU-13 je... kira lepas PRU-13 kalau hangpa nak kenal UMNO/BN, hangpa kena tanya tok nenek pion hangpa... batu nesan pun tak tinggal dah lepaih ni...

Dasar KERAjaan paliaq..!

SPRM, Mat Said, Anak Mat Said, Mat Said Kuda Dan Team Gila - malaysiakini

Reactions: 
Sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Sumber SPRM berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kira-kira 45 aduan berkenaan gagal disertakan bukti kukuh, sekali gus menyukarkan suruhanjaya untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kita tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

TP - macam-macam alasan Mat Said bagi kalau kena tang batang hidung UMNO/BN... tak cukup buktilah, tak cukup dokumenlah, tak cukup kakitanganlah, tak cukup itulah, tak cukup inilah... aku harap Mat Said ada masa nak baca dan teliti yang ni -

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son?

Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post.

There has been an e-mail going around which appears to be from one Capt. Reinu Balakrishnan. The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here's a copy of the e-mail:

----- Original Message -----
From: Captain Reinu
To: zakaria@mot.gov.my
Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM
Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE

Dear Datuk,

Hope you are well .

Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction.

I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ?

I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA.

Thank you

Captain Reinu Balakrishnan.

Sah-sah Mat Said tak kan komen apa-apa pasal kes anak dia... tapi yang pastinya rakyat Malaysia dah tau, "Telur" Mat Said berada dalam genggaman "somebody"... jadi, cukup-cukuplah mengharap...

Laporan tu buang dalam tong sampah... tak payah nak harap apa-apa feed back dari SPRM...

Moh kita kesini -

badrul hisham shaharin -

Menyedari SPRM yang semakin menjadi alat politk, maka Solidariti Anak Muda Malaysia yang pernah terlibat dalam banyak aksi politik dan penganjuran diskusi melibatkan anak muda (seperti menghantar pada PM, mengepung Mahathir di Mahkamah, forum Isa dll) akan mengadakan satu himpunan anak muda di depan pejabat SPRM putrajaya.

seluruh anak muda dijemput bersama ;

Himpunan Protes SPRM yang seronok menjadi kuda tunggangan pemimpin politik.
25 Febuari 2009
11 pagi
depan Pejabat SPRM, Putrajaya.

kemuncak acara ini akan dibakar salinan ratusan laporan rasuah bersama bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada BPR, Polis dan SPRM tanda kecewa rakyat terhadap SPRM yang menggunakan wang rakyat yang terlalu banyak tetapi hanya jadi alat politik. Biar dunia melihat betapa hinanya pemerintah negara ini dalam isu perang rasuah olok-oloknya tetapi rakyat bangkit menentang !

siapa nak bakar logo SPRM ataupun gambar Ketua Pengarahnya tidak diarah tetapi tidak dihalang.....!!!

datang bawa placard sendiri dll

Siasatan keatas Speaker Perak dihentikan serta merta..! - malaysiakini

Reactions: 
Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi


Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

-al-banjari online

PRK, PRK, PRK, PRK, PRK, PRK... - malaysiakini

Reactions: 
Kucing - ADUN Batang Ai, Dublin Untini meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi akibat angin ahmar.

TP - tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit satu kuasa besar yang selama ini terlalu angkuh bakal hilang diresap kuasa kebangkitan rakyat.

Kalau diaju secara baik, jangan mimpi nak dapat, hatta kerusi lain yang sah diduduki atas kuasa kebangkitan rakyat pun sewenang-wenang sahaja dirampas tanpa maruah. berselindung dibalik cawat Sultan. itulah keberanian mereka.

Tapi beranikan depa berlindung dibalik panah petir Allah?

Berapa ramai lagi yang perlu tamat riwayat untuk menyedarkan KERAjaan rakus ini?

Pergi Dengan Bermaruah... - malaysiakini

Reactions: 
Pagi Ahad lebih kurang jam 10:00 pagi berlangsungnya majlis penghargaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar kepada Unit Amal Pas, Bloggers dan Media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. majlis tertutup tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan kehadiran ketiga-tiga pihak tersebut sepanjang Dato' Seri Ir Nizar menghuni dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak di kediaman rasmi tersebut.

Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Hadir dengan uniform lengkap berwarna merah darah dan juga barret tertulis Unit Amal, para petugas dilihat amat berdisipilin sepanjang bertugas. tahniah buat Unit Amal yang sentiasa bersedia tak kira walau didalam apa juga krisis.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.

Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers.

Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu Al-Banjari ("sayalah Al-Banjari..!"), ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlaku krisis politik di Perak.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.

Majlis seterusnya diterusan dengan acara makan-makan. semua tetamu khas dijamu dengan makanan ringan pengalas perut iaitu bihun goreng, goreng, kuih-muih dan juga minuman sirap kenduri-kendara.

Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.

acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.

Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


Alah Bisa, Tegal Biasa... itu je...