Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 01, 2009

Sekitar Majlis Pengkebumian Mertua MB Ir Nizar - malaysiakini

Reactions: 
Awal tengahari hari tadi berlangsung upacara pengkebumian Bonda kepada Datin Seri Fatimah Taat dan Ibu Mertua kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam (28hb. Februari, 2009) di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Datuk, Tapah, Perak Darul Ridzuan.

Jenazah dibawa ke Masjid Tapah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11:15 pagi dan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah mengimamkan solat jenazah.

Kelihatan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, penyokong-penyokong dan teman-teman seperjuangan hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah atas pemergian Allahyarhamah.

Antara yang hadir ialah Mustafa Ali, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Zul, Saudara Idham Lim, Ustaz Norazli dan Saudara Misbahul Munir.

Pasangan yang tabah, YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat.
YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan solat jenazah.
Mengamimkan doa selepas solat jenazah.
Ketika jenazah sedang diturunkan kedalam liang lahad.
Menyempurnakan bacaan talkin.
Penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarhamah disemadikan disebelah pusara suaminya Taat bin Haji Abdul Rahman yang terlebih dahulu meninggalkan mereka pada 4hb. November, 1974.

Al-Fatihah...

Serangan Bermula Hari Ini - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen, buat report polis dan SPRM.

Tok nak ulas kenyataan Najib semalam, sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah. Tok tak tahu siapa penasihat Najib,R azak Baginda atau Zahid Hamidi, tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan. Kalau dah tak reti, eloklah diam sahaja. Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah. Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak. Lain kali kalau nak bertindak, berfikirlah dulu.

Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini..? Jika ini berlaku, rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN. Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

Bukan Najib je tengah pening, Tok tengok kabinet pun pening sama. hari ni kata naikkan tol, esok kata tak jadi. Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam, esok tak boleh pulak. Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang. Rakyat keliru, pelabur asing pun keliru. Siapa yang jadi PM ketika ini, Pak Lah atau Najib. Masa tol naik, mesyuarat kabinet dipengerusikan Najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke? Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni. Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP, eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi, 7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru, persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting. Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI. Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati. Bila dah dapat beribu-ribu sms  Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul, guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.

Rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing. Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri. MP Pakatan Rakyat, ADUN-ADUN, barisan pemuda, puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita. Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Shahnon Ahmad, sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah. Kata pujangga bahasa jiwa bangsa. kalau dah bahasa dikuburkan, ke manakah identiti bangsa melayu. Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian, cd, buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jika puak-puak UMNO yang dapat, memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia. Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain, nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi, berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya. Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.

Satu soalan cepu emas, berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN. selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum. Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkang tak boleh.

Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya. Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, ketakutan untuk membubarkan DUN Perak, isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN. KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001. Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang. harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo. Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara, mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol. Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini. Eloklah SPRM siasat.

Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa. Peluang terbaik memerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing. nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidak pun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri. Di Kedah, tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah. Kan surat tu ada setem dan bersampul, buat ajelah report polis. jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.

Ada yang beranggapan UMNO memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini. Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA. rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis. UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat, seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai, baghal atau lembu buat report polis.

Ingatlah UMNO, Polis, SPR, SPRM, Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja. Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

Bakal PM Terbodoh Yang Semakin Bodoh - malaysiakini

Reactions: 
Betul kata orang-orang tua, bukan susah nak tau kebodohan orang bodoh. biar aje dia tunjuk kebodohannya sendiri dan kebodohan itu akan timbul dengan sendirinya. lebih-lebih lagi kalau orang tu memang betul-betul bodoh.

Macam jugak kebodohan bakal PM terbodoh yang kita ada. dah banyak kali sangat dah dia tonjolkan kebodohannya dengan cara yang paling bodoh.

Pertama sekali (tolak bodoh yang dulu-dulu, kita ambik yang bodoh melampau je...) masa kes Saiful dulu. mula-mula bodoh ni cakap tak kenal Saiful dan tak pernah jumpa Saiful, tapi bila dah kantoi orang bawak keluar gambar Saiful dekat pejabat dia, dan dan tu jugak bodoh ni tukar kenyataan cakap kenal.

Tu baru gertak dengan gambar si bodoh dekat ofis si bodoh... belum tunjuk gambar si bodoh salam dengan si bodoh lagi...

Pernah jumpa sekali awal tahun dulu masa Saiful mintak tolong bagi sokongan untuk mohon biasiswa. padahal 1 Malaysia dan ada jugak warganegara luar tau yang budak Saiful tu kelulusannya tahap bodoh. elok sangat... si bodoh yang nak mintak biasiswa jumpa si bodoh yang nak bagi sokongan untuk si bodoh yanng sebenarnya tak layak dapat biasiswa.

Si bodoh tu dah nampak dah kebodohannya dekat situ.

Lepas tu tambah lagi kenyataan dari si bodoh mengatakan bahawa si bodoh yang lagi satu pergi jumpa si bodoh sebab nak mengadu masalah bahagian belakang kena tala dekat bos si bodoh. padahal sebelum tu si bodoh dah cakap jumpa si bodoh sekali je masa si bodoh nak mintak sokongan untuk biasiswa.

Si bodoh tanpa dia sedar dah menampilkan kebodohannya nak memperbodohkan orang ramai yang tak bodoh. tapi ramai si bodoh dari parti bodoh yang percaya cakap si bodoh ni. molek sungguh si bodoh-si bodoh sekelian berkumpul dalam satu parti bodoh untuk si bodoh.

Kali ke-2 si bodoh ni menampilkan kebodohannya ialah bila dengan bangganya si bodoh ni buat kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…". tak lama lepas tu si bodoh ni keluarkan kenyataan supaya semua rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi...

Tak lama lepas tu jugak si bodoh ni keluarkan kenyataan bahawa negara Malaysia juga tak dapat lari dari menerima kesan kemelesetan ekonomi global. padahal sebelum tu si bodoh ni jugak yang keluarkan kenyataan bahawa "OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…" dan jugak "OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…".

Si bodoh ni tanpa sedar telah sekali lagi menampilkan kebodohannya pada mata rakyat Malaysia yang tak bodoh macam si bodoh ni.

Terbaru sekali si bodoh ni keluarkan lagi kenyataan bodoh yang seolah mengiakan bahawa memang wujud kes pembelian ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pihak. kenyataan bodohnya ialah bilamana si bodoh ni di soal oleh wartawan "benarkah tuduhan sesetengah pihak bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di bayar sejumlah wang sebanyak RM50 juta untuk melompat?"

Yang tak bodoh nak tau apa si bodoh ni jawab? si bodoh ni jawab "mana ada sampai 50 juta..!"... apa maknanya tu? adakah maksud sebenar si bodoh ni "tak sampai 50 juta lahhh...!!! dalam 5-6 juta je...!!!" macam tu ka?

Entah... aku tak tau... ni kene tanya si bodoh-si bodoh dari parti bodoh sebab hanya si bodoh je yang paham bahasa si bodoh.

Ada lagi si bodoh ni buat... malam tadi si bodoh ni gatal mulut nak komen isu speaker DUN Perak yang panggil para ADUN Perak untuk satu Sidang Tergempar DUN. si bodoh ni cakap - "DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu..."... si bodoh ni cakap lagi "dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan."

Apa maknanya tu? maknanya si bodoh tu sendiri dah nafikan kenyataannya bahawa KERAjaan UMNO/BN Perak adalah KERAjaan yang sah..!

Rupanya si bodoh ni pun tak yakin yang KERAjaan yang dia bangga-banggakan di Perak tu adalah KERAjaan yang sah dan dalam masa yang sama si bodoh ni dah mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah Kerajaan Negeri Perak yang sah!

Bukan susah rupanya nak jadi PM Bakal PM Malaysia... korang cuma perlu jadi si bodoh je. kelebihan ialah pada mereka-mereka yang tak de otak.

Mana Ada Kita Sampai 50 Juta..! - malaysiakini

Reactions: 
Korang dengar kenyataan Isteri Rosmah yang last skali... did he say "mana ada kita sampai 50 juta..! mengarut ni..!"

So what? Either more or less then 50 juta... macam tu ka Isteri Rosmah?

How much? 5 juta?10 juta? 15 juta? juta? 20 juta? 25 juta? 30 juta? 35 juta? 40 juta? 45 juta? 50 juta? opsss... "mana ada sampai 50 juta..!" ngooooookkk..!

Sultanku...jangan salah pilih kawan

Reactions: 
Semasa dahulu, saya bangga betul dengan Sultan Azlan Shah. Saya membaca sejarah hidupnya di dalam Dewan Siswa. Kala itu, usia saya masih muda. Saya bangga punya sultan yang cerdik dan terpelajar. Saya juga bangga keran Sultan Azlan Shah sanggup mengambil seorang anak kebanyakan sebagai suri hidupnya, seorang guru sekolah bernama Bainun.

Itu dululah…kini, lain sudah rasanya. Rasa hormat sudah makin menipis, diganti rasa mual dan meluat. Yang musykilnya, perasaan meluat itu sebenarnya lebih layak saya tempekkan kepada muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak. Tapi, dek kerana Sultan Azlan sendiri sanggup menempekkan muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak di istana, sanggup mengenepikan penasihat sebenar iaitu MB Nizar, maka kemeluatan saya berjangkit pula ke bawah duli tuanku...

Itulah, para sultan dan pembesar negara pun kena belajar hadis nabi. Jangan asyik belajar hingga ke luar negeri, dapat degree sampai PhD, tapi buta agama sendiri. Walhal, esok-esok mereka akan jadi ketua agama. Ketua agama apakebendenya, mengaji al-Quran pun salah tajwid dan herot makhrajnya!

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, pilihlah kawan! Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi tak sama dengan orang yang bergeng dengan tukang besi. Seorang dapat bau wangi, sorang lagi dapat tempias api besi. Mana sama.

Sultan Azlah Shah saya ibaratkan tersalah memilih kawan. Kawan dia dah baik sangat, MB Nizar...seorang penjual minyak atar yang terkenal. Kebaikannya merata-rata dijaja orang. Tak ada sedikit pun pernah kita dengar, MB Nizar pegi rampas anak bini orang, pegi letup anak dara orang dengan C4 atau C5, pegi ambik komisen berjuta-juta, pegi beli helikopter tak ikut prosedur, pegi beli kapal selam second hand, pegi beli kapal perang sudah usia 25 tahun, pegi ajak orang masuk parti dengan upah berjuta dan macam-macam cerita yang tak best didengar.

Baca lagi dekat [sini].

Video Rakaman Penjelasan Isu-Isu Terkini Perak - malaysiakini

Reactions: 
Korang-korang... kalau nak tengok koleksi rakaman video Siri Jelajah Perak sepanjang bulan Februari, 2009 boleh pi jenguk BloggerNetwork@PerakTV di link [ini] ataupun diblog BilikMediaPerak di link [ini].

Ikut suka korang nak jenguk tang mana pun... khabar-khabar dekat geng-geng yang belum tau. dalam tu macam-macam penjelasan yang korang belum tau ada dijelaskan secara terperinci dan banyak yang korang perlu tau apa yang berlaku sebenarnya.

Kalau hangpa ada budget lebih, kot rasa nak cetak apa-apa risalah penerangan isu-isu terkini di Perak, hangpa boleh download risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak dekat [sini].