Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 07, 2009

Anti PPSMI: FRU Samseng Ajak Ahli Parlimen Tumpat Bertumbuk - malaysiakini

Reactions: 
Ok... aku dah upload lagi 1 video rakaman temubual dengan orang kanan Dato' Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)... orang kanan Dato' bengang sebab Orang berpangkat (Komander FRU) ajak Dato' bertumbuk.

FRU bacul tu bukan main dengan cota dekat tangan, ajak sorang MP bertumbuk. SAH FRU ni dah bantai todi sebelum bertugas.

Klik [sini] untuk mengskodeng rakaman temubual.

Anti PPSMI: Video Pertama Sudah Upload - malaysiakini

Reactions: 
Ok geng... video pertama aku dah upload. korang perhati la macam mana budak Unit Amal tu kena, tapi mata kenaa tajam sikit geng sebab aku cuma pakai camera digital aku je untuk rakam... kualiti gambar korang paham-paham la...

Klik [sini] untuk tengok rakaman video...

Anti PPSMI: Post Ke-2 - malaysiakini

Reactions: 

Ni post ke-2 aku berkenaan Perhimpunan PPSMI. gambar ni adalah punca kemarahan pertama aku hari ni.

Seorang petugas Unit Amal menjadi mangsa pertama keganasan FRU. masa orang ramai tengah berasak-asak cuba nak melepasi kepungan FRU, Petugas Unit Amal berada di barisan depa cuba tenangkan orang ramai.

Yang aku tak faham ialah bila tiba-tiba datang sekor FRU dengan senapang bom asapnya dekat tangan datang, terus tonjol kepala budak unit Amal ni dengan belakang senapangnya. orang dok kawal orang ramai, datang sekor FRU BANGANG pi bantai dia.

Lepas tu datang pulak polis baju biru pi paut tengkok budak ni. datang lagi sekor polis berpangkat (aku tak tau pangkat apa, tapi atas bahu dia bercalit-calit) pi tumbuk lak belakang budak ni...

Memang patut kalau orang panggil Polis Yahudi. oi polis BANGANG..! selama aku dok pi mana-mana, aku tengok budak-budak Unit Amal la yang paling banyak tolong ringankan bebaan polis. tapi nampaknya korang tak hargai.

Lepas ni hangpa tunggu..!

Aku tengah upload video kejadian. korang tunggu... tengok gambar mangsa dulu.

"I don't need sex... the Government Fuck's me everyday..!"

Dalam Proses Kemas kini... Sabar Geng...

Reactions: 
Aku baru sampai rumah. dalam proses nak update blog. sat ni aku masukkan gambar-gambar sepanjang perhimpunan PPSMI siang tadi... sabar geng...

Kome layan si zali tu dulu... makin kome layan, makin BANGANG nampak si zali tu...

Seronok tengok orang BANGANG ni... muka depa tebal... macam juboq lembu...

"I don't need sex... the Government Fuck's me everyday..!"

Anti PPSMI: Kecoh Di Masjid Negara - malaysiakini

Reactions: 
Aku ada dekat Masjid Negara. Hari ni aku betul-betul marah dekat polis. Sebab 1 - polis tangkap Sasterawan Negara Kesayangan aku A.Samad Said dan no 2 - Pegawai FRU berpangkat ajak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Dato' Kamarudin Jaafar bertumbuk.

POLIS CIBAI...!!!

6 Dicari Bantu Siasatan 339 - malaysiakini

Reactions: 
Kemaskini suspek no 2. sesiapa yang ada maklumat berkenaan suspek2 dibawah, boleh tinggalkan maklumat di ruangan komen. hari ni teman tak berapa sempat nak update blog pasai teman nak pi KL. jom pi perhimpunan PPSMI..!
Dibawah ni ialah gambar 6 suspek yang dicari oleh pihak PDRM bagi m
embantu siasatan Polis berhubung "perhimpunan haram" di hadapan Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan.

Suspek 1.

Yang ni salah sorang dari petugas Unit Kawalan Keselamatan Pakatan Rakyat kalau tak salah aku. mamat ni antara salah sorang mangsa yang ditarik masuk kedalam kedai kopi "Kamisuka Kopitiam" dan dibelasah beramai-ramai oleh geng-geng yang dipercayai PEKIDA.

Mengikut kata saksi yang tengok kejadian (masa kejadian, aku dok minum dekat kedai mamak dekat bawah Wisma DAP), mangsa ditarik masuk dalam kedai, kemudian geng-geng PEKIDA tutup pintu kedai dan belasah dia beramai-ramai.

Lepas tu depa lepas balik budak ni. elok sangat... PEKIDA ramai-ramai belasah budak ni sorang. apa kata tukar nama dari PEKIDA kepada PUKIDA.

Suspek ke 2

Dia ni aku tak pasti melayu mamak atau India. yang aku tau, mamat ni mula buat kecoh masa Songkok Tinggi & the gang mula nak serang Dato' Seri MB.

Bila petugas Pakatan Rakyat halang Songkok Tinggi dari tembus benteng keselamatan, mamat ni yang paling kedepan sekali dok defend Songkok Tinggi.

"Jangan berani sentuh dia", "jangan berani sentuh dia" mamat ni dok ulang-ulang ayat tu sambil dok tunjuk-tunjuk penumbuk dekat sape-sape yang tolak Songkok Tinggi.

Dia ni aku tak tau SB ke PEKIDA, cuma yang aku dok perati, polis sendiri buat tak tau je atas apa-apa tindakan mamat ni.

Masa para ADUN & EXCO lepas kawalan pertama polis, mamat ni selambe je bawak masuk geng-geng dia lepas kawalan & polis buat bodoh je sedangkan kami yang ada pas media dan jugak para ADUN & EXCO disekat bersungguh-sungguh.

Aku panggil mamat ni ZZTop.

Kemaskini 9:08am - Pernah terlibat dengan dadah, Keturunan mamak, bapak dia ni pengawal keselamatan kilang, Adik mamat ni pernah bersekolah di SMKA Slim River, Berasal dari Ipoh. Dia ni memang jenis garang tapi tak usah risau, ramai2 dia jadi berani tapi kalau sorang2 dia ni berani mulut je. Pernah kena pukul masa buat hal kat Kampung gajah pasal kes accident member dia.

Suspek 3

Baju merah ni pun salah sorang dari geng Songkok Tinggi. yang ni pun boleh tahan samseng. masa tempat open, mamat ni diam je, tapi masa dok berasak-asak rombongan ADUN & EXCO Pakatan Rakyat dengan geng-geng Songkok Tinggi, aku tengok dia ni agak agresif jugak.

Tanya geng-geng media yang dok keliling dia & petugas Pakatan Rakyat berapa ramai makan penyiku dia ni.

Aku tak pasti masa kejadian dekat "kamisuka kopitiam" tu mamat ni ada ke tak de.

Suspek 4

Dia ni pulak masa awal-awal tak berapa menonjol. masa mula-mula Songkok Tinggi buat kecoh dok maki hamun Pakatan Rakyat, dia ni nyuruk belakang Songkok Tinggi (mentang-mentang badan Songkok Tinggi besar, dia ni pendek).

Tapi bila masuk dalam ramai-ramai, dia ni la antara yang agresif dok asak nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat.

Masa tu aku tak perati sangat dia ni sebab tumpuan lebih pada Songkok Tinggi dengan Mamat Gelap tu.

Walau macam manapun, dia ni tetap geng Songkok Tinggi dan ni antara tukang provokasi.

Suspek 5

Mamu ni cuma pandai buat muka garang je, tapi kalau Songkok Tinggi ada la. masa tengah kecoh-kecoh berasak-asak tu aku tengok mamu ni dok celah ketiak Songkok Tinggi.

Muka nampal garang, tapi time kritikal, masuk ikut celah ketiak Songkok Tinggi. ada gak dia ni macam nak masuk, tak nak masuk.

Tak de la agresif sangat dia ni. aku kategorikan dia ni dalam geng-geng "bagi cukup corum je"... aku dok tengok mamat ni berani-berani takut. kalau Songkok Tinggi ngan mamat gelap ZZTop tak de, haram la dia ni nak datang.

Dia ni ada pun tak de masalah, dia ni tak de pun tak de masalah. ala...nak bagi cukup corum...

Suspek 6

Dia ni? malas nak cerita banyak...

Baca balik dekat [sini].

Dia ni memang jahat, memalukan orang melayu Islam dan jugak membusukkan pertubuhan PEKIDA.

Ayahanda Taik Kucing..!

"I don't need sex... the Government Fuck's me everyday..!"

Penjelasan Prof Agus Mengenai Komennya Yang Banyak Tercicir

Reactions: 
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad

Assalamualaikum wrth,

Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'

Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.

Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.

Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut:

(i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan;

(ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan

(iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.


Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan) , tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan) . Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.

Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.

Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.

Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.

Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.

Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.

Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.

Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."

Sekian, terima kasih.

MOHAMMAD AGUS YUSSOFF


-(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)