Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 08, 2009

2008: Kelahiran baru nasionalisme

Reactions: 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "kelahiran baru nasionalime".

Dalam ucapannya sempena ulangtahun setahun pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Anwar menggesa pakatan pembangkang supaya mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan pergerakan tersebut.

anwar ibrahim special briefing 280209Beliau mahu mereka mengajak rakyat supaya bersama-sama dengan 'kelahiran baru nasionalisme' itu bagi membina negara atas prinsip keadilan, kesaksamaan dan peluang untuk semua.

Anwar adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi pada 1998 dan 10 tahun kemudiannya - dalam pilihanraya umum 2008 - pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihanraya umum tersebut.

"Jika anda mengundi kami pada 2008, maka anda adalah sebahagian daripada sejarah. Ketahuilah, undi anda dalam pilihanraya akan datang, akan menentukan halatuju masa depan negara.

"Jangan lepaskan peluang ini. Saya minta semua rakyat Malaysia yang berkongsi impian ini, supaya bersama-sama dengan gerakan untuk perubahan ini," katanya.

Anwar turut membidas kerajaan BN yang menurutnya, walaupun lebih setengah abad berkuasa dan bercakap tetapi pembaharuan, tetapi semuanya berupa "cakap tak serupa bikin".

-malaysiakini

DS Nizar Mohon Mengadap Sultan - malaysiakini

Reactions: 
Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk mengadap DYTM Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan 3 usul yang telah diluluskan pada persidangan DUN di bawah pokok Selasa lepas.

Beliau berkata, "Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti, jadi Selasa ini kita akan hantar surat kepada Sultan Perak. Saya akan mengadap Tuanku sebaik saja mendapat lampu hijau."

Tiga usul yang diluluskan dalam persidangan tergempar itu ialah:-

1) menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar

2) membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan

3) mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Adun Pangkor Dr Zambry Abdul Kadir dan 6 anggota Exco Kerajaan BN daripada menghadiri persidangan dewan.

Beliau telah merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan. Beliau juga turut menanam 5 anak pokok spesies yang sama di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat PR.

"Pokok2 ini simbolik melambangkan prinsip kerajaan negeri PR iaitu keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan... ini juga usaha mesra alam sejajar dengan dasar menghijaukan, kita berharap Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan mencabut pokok2 ini. Kawasan ini bakal menjadi satu daya tarikan pelancong kerana telah menjadi lokasi bersejarah." katanya.

Anti PPSMI: Yang Tak Kan Dilupakan - malaysiakini

Reactions: 
"Kamu muda lagi, kamu kedepan, kamulah yang akan memperjuangkan Melayu nanti"

"Kita kedepan untuk anak dan cucu kita, kita kedepan untuk orang-orang kampung. Mereka orang-orang kampong tidak tahu apa yang kita buat. dan mereka juga telah disumbat dengan dalil-dalil dari UMNO yang telah rosak"

Ada anak yang kehilangan ibubapa, ada isteri terpisah dengan dengan suami, ada kawan kehilangan sahabat, ada barangan terjatuh, ada si pemakai cermin mata meraba mencari cermin mata dan seribu satu macam peristiwa berlaku petang tadi. Semuanya kerana tindakan kerajaan BN dan Polis yang tidak berhati perut dan tidak berotakkan otak manusia.

Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana kanak-kanak muntah-muntah menjerit, meraung dan menangis akibat loya, sakit dan pedih mata mereka. Ada nenek dan warga emas yang pengsan, merah muka serta berair mata menahan kesakitan terkena gas pemedih mata yang dibeli dengan duit titik peluh rakyat.

Kini duit rakyat sendiri digunakan untuk menyiksa dan menzalimi rakyat. Mengapa kerajaan tergamak menyiksa rakyatnya sendiri yang ingin memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa rasmi negara.????


TP - Patah-patah kata dekat atas tu aku cilok dari blog-blog lain untuk kenangan. dan yang paling aku tak kan lupa ialah - "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,"-A Samad Said

Anti PPsmi: Apa Perasaan Korang Beb..? - malaysiakini

Reactions: 
Apa perasaan korang bila baca berita dekat bawah ni beb..? terutama yang aku hilite tu...

Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokesTambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,"
katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, katanya lagi, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang.

Anti PPSMI: Gambar -Gambar Menarik - malaysiakini

Reactions: 
Jam 14:00hrs di Masjid Negara. Anggaran kehadiran tak lebih dari 3000 orang.
"Daulatkan Bahasa Melayu"
Jam 14:16hrs lebuhraya apa entah, depan Masjid Negara... tak tau dari mana datang orang ramai... melimpah ruah kejalan raya sejauh lebih kurang 5km . anggaran 200 orang sahaja (aku ikut statistik media perdana... ala kalau aku cakap lebih 50.000 orang pun bukannya depa percaya...)
Jam 2:17hrs hujan renyai-renyai, tapi orang ramai makin ramai beramai-ramai berarak beramai-ramai menuju ke Istana beramai-ramai. hahaha...!!!
Sokongan sepanjang jalan.
Aku dengar polis ni contact OCPD dia... "apasal kuat sangat kali ni tuan?" pastu ada budak sebelah nyampuk "pasal bos kau dah gila..!" cepat-cepat dia off walkie talkie dia... aku rasa pekerjaan paling hina buat masa ni ialah "polis". betoi ka?
Sorry brader... wa snap photo lu... glamour lu beb..!
Polis ni cedera parah dibahagian telinga, hati dan perasaan bila orang ramai dekat-dekat 30 orang pakat-pakat maki depa 2 orang bila FRU start sembur air kimia dengan bom asap dalam masjid... padan muko kau..! sapo suruh kau jadik polis..? makan la maki hamun tu sampai kenyang..!
Wakil PKPIM & GMP
Bapak perjuangkan masa depan anak, anak perjuangkan masa depan sendiri, menteri pulak perjuangkan perut... BAHLOL punya menteri..!

Anti PPSMI: Lu Serang Gua, Gua Serang Lu Balik..! - malaysiakini

Reactions: 
Gambar-gambar dekat bawah ni adalah antara rentetan pertempuran antara pihak FRU dengan orang awam...

Korang tengok gambar pertama. FRU mula "serang" orang ramai dengan air kimia. yang BANGSATNYA, permit depa bagi, air kimia depa bagi, bom asap pun depa bagi. aku cukup tak paham. pergi berarak kene serang, duduk dalam masjid pun kene serang... sebab tu aku cakap polis CIBAI...!!!

Lepas depa sembur air kimia, depa tembak pulak dengan bom asap. masa ni aku kira-kira lebih dari 20 das bom asap FRU tembak. dalam kawasan masjid je lebih dari 20 das, lepas tu atas lebuhraya dekat-dekat 10 das. memang BANGSAT depa ni.

Korang tengok gambar dekat bawah ni baik-baik... perati dekat cermin belakang Kereta Pegawai JSJ tu...

Ambik kau...!!! sebijik batu sebesar buah kelapa telah didaratkan keatas cermin belakang kereta Pegawai JSJ. batu tu terus tembus cermin belakang dan terus bersenang-lenang atas seat belakang kereta ni. aku harap, batu tu reti pakai tali pinggang keledar... hahaha...

Drebar Pegawai JSJ ceoat-cepat lari keluar cari tempat perlindungan lepas terkejut cermin belakang dia kena "surprise" dekat orang ramai... depa ingat depa je reti bom, orang lain pun reti bom jugak beb... dalam hal ni 1-1 (satu sama - seri...!!!)

Geng-geng FRU ngan Polis pun start cabut cari tempat perlindungan bila orang ramai mula naik angin bila FRU start serang orang-orang dalam masjid dengan air kimia ngan bom asap.

Aku ingat samseng sangat, rupanya tau jugak takut bila orang ramai naik minyak..!

Anti PPSMI: Gambar Serangan Bom Asap Kedua - malaysiakini

Reactions: 





Anti PPSMI: Petugas Unit Amal Kena Belasah - malaysiakini

Reactions: 
Geng... ada rakaman paling clear macam mana petugas unit amal kena belasah... yang ni memang jelas dan nyata sebagai menyokong kenyataan aku tadi.

Mekasih dekat geng yang bagi link video...
Korang klik dekat [sini].

Polis CIBAI...!!!

Anti PPSMI: Gambar Serangan Bom Asap Pertama - malaysiakini

Reactions: 
Gambar-gambar serangan bom asap yang pertama...