Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 12, 2009

Khir Toyol Samseng..! - malaysiakini

Reactions: 
Diluar dewan perang tadi seekor toyol telah mengamuk dengan bertindak menarik janggut ADUN Hulu Kelang dari Pakatan Rakyat setelah ADUN Hulu Kelang tersebut bertindak membongkar dan mempersoalkan satu lagi skandal yang membabitkan Khir Toyol.

Berita penuh dekat [sini].

Oi...!!! Toyol dah tak tahan..! panas jubur woi..! panas kepala woi..!

Hari tu masa kau buat gila babi dok tuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak de sorang pun yang mengamuk pi serang kau..! ni bila kau kene serang balik bertalu-talu kau nak marah pulak?

Oi Toyol..! kau baca dekat bawah ni -
  • Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.
  • Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.
Kau nampak..? Saari tak takut dekat kau la woi..!

Apa kata kau masuk P*KIDA jugak macam Osman Jailu. mana la tau kot-kot Songkok Tinggi boleh kaver kau nanti..!

Woooooooooooo...!!!

Amik kau tempe..!

Raja-Raja Melayu Berhak Untuk Bubar DUN Atau Tidak

Reactions: 
Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua negeri-negeri tidak terikat dengan nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri, dan mereka berhak serta berkuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tidak.

Menurut pakar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang bahawa Raja-Raja Melayu boleh membuat keputusan mengikut budi bicara baginda.

"Dalam soal krisis politik Perak, Sultan Azlan Shah tidak bersalah kerana tidak mengikut nasihat Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memohon supaya DUN Perak dibubarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum 'Raja Berperlembagaan: Isu Politik Semasa' anjuran Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini Khamis.

Dua lagi anggota panel ialah Profesor Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dan pensyarah kanan bidang undang-undang UUM, Dr Rusniah Ahmad.

Prof Dr Abdul Aziz juga menjelaskan bahawa Perlembagaan Negara tidak menyatakan secara jelas bahawa Sultan atau Raja mesti akur pada nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata Raja-Raja Melayu masih lagi mempunyai imuniti kerana mahkamah khas sahaja yang layak membicarakan kes mereka dan itu pun penubuhannya perlu mendapat kelulusan Peguam Negara.

"Institusi Raja-Raja menjadi pengimbang kestabilan negara atau insurans...", katanya.

Prof Dr Atory pula berkata institusi Raja-raja Melayu menjadi lambang pelindung dan penyatuan rakyat tanpa mengira kaum sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan ia masih relevan sehingga ke zaman ini.

Beliau berkata Raja-Raja Melayu telah tidak menggunakan kuasa mereka secara sewenang-wenang untuk membubarkan DUN kerana menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Batang Ai: Analisis Paling Mudah - malaysiakini

Reactions: 
Ni analisis ringkas aku untuk Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai...

Bilangan pengundi berdaftar - 8006 orang.

UMNO/BN cuma perlu bagi RM1000 untuk setiap pengundi sebanyak 8006 orang.

RM1000 x 8006 = RM8,006,000 (satu jumlah yang "sedikit" bagi UMNO/BN)

Lepas tu depa sewa pulak semua pengangkutan darat dan air untuk lumpuhkan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pulak bajet tak banyak... harap dekat pengundi-pengundi yang "ada kesedaran" untuk berubah.

Lepas tu UMNO/BN dapat keputusan "menang besar".

Gitu la lebih kurang... hahaha...

Jangan marah beb.

AMK:Siasat Segera Rosmah Dan Najib ! - malaysiakini

Reactions: 
Kenyataan Media
12 Mac 2009

Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan Double Standard


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera.Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua AMK


-PRO REFORM

Toyol Kena Bugel Lagi..! - malaysiakini

Reactions: 
Toyol kena bugel lagi..! kah kah kah kah kah ... !!!

Lain kali kalau diri tu dah "spisis" toyol, tak payah la nak menyalak macam anak anjing baru beranak..! BUDUH...!!!
  • Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan.
  • Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.
  • Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.
  • Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar, katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Kah kah kah kah kah...

Oit...!!! toyol kan memang dah bugil..! kalau toyol kene bugil jadik macam mana? macam tempe ka? kah kah kah kah kah...!!!

Tunggu... ada lagi..!

Selagi toyol ni tak tersembam, melutut depan pintu gerbang penjara sungai buluh, selagi tu kita bugilkan dia...!!!

Kah kah kah kah kah...!!!

Oit...!!! mana zali? mana tungaklangit? mana? mana? mana?

Toyol Kena Sabotaj..? - malaysiakini

Reactions: 
Hari ni ada sekor toyol meraban. toyol cakap ada pihak sudah sabotaj dia menjelang pemilihan agung ameno.

Alasan yang biasa kita dengar tiap kali ada macai-macai dari parti karat ameno rasa "tak leh p dah" sebab kurang sokongan.

Kalah pilihanraya - kena sabotaj, kalah pemilihan ketua bahagian - kena sabotaj, kalah pemilihan - kena sabotaj... asal kalah je kena sabotaj. apa la punya bingai..?

Kalau aku jadik ahli ameno (nasib baik tidak dan lagi baik tidak), orang macam toyol ni tak payah buang masa nak sabotaj-sabotaj... bukan ada kelebihan apa-apa pun. ala... dulu dapat pencalonan tertinggi pasai apa? pasai duit... la ni duit dah kurang, mula la meraban...

Itullah ameno... ada duit semua jadi, tak dak duit, pakat-pakat kena maki... kah kah kah kah kah kah...!!!

Sebenarnya toyol ni nak kaver keskes dia yang bertambun-tambun didedahkan dek geng-geng MB Selangor tu... bila dah trap, mula la gelabah. tuduh sana, tuduh sini.

Aku nasihatkan supaya toyol pi migrate ke Disneyland... dekat sana banyak nak pakai pak badut. syarat-syaratnya mudah... kena ada kebodohan melampau... sesuai sangat ngan toyol...

Ajak la Satim Diman sekali... eh... cuba tanya Satim Diman "Ina" apa khabar? ke dah tukar..?

Kah kah kah kah kah... Satim Diman, Ina. Satri biru... kah kah kah kah kah... tak habis-habis skandal...

Apa Pandangan Anda..? - malaysiakini

Reactions: 
Apa pandangan korang kalau......

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan DS Anwar Ibrahim bergabung..?

SMS Dari Hamdan Taha - malaysiakini

Reactions: 
Aku bangkit pagi tengok ada sms masuk, ada geng forward.
  • Salam sahabat, nak minta tlg panjangkan kepaada teman2 supayaa mereka dapat hadir ke program penjelasan sebenar dari Yb kapt(B)Osman Jailu pada jam 10.30 pagi,besok 12hb bertempat no 96(padang)jalan mat kassim,kampung Air Kuning,taiping,turut akan hadir ialah Yab Menteri Besar,daripada Hamdan taha.
Lol... program buat hari khamis pagi, kalau berani buat la hujung minggu. bangang-bangang ni tak tau ka hari khamis pagi orang ramai kerja, kena carik duit nak tanggung anak bini. bukan macam hangpa, tak kerja pun tak pe.

Lompat dapat duit, lompat dapat duit, lompat dapat duit..!

Bingai sungguh..!

"Hamba Mohon Sembah Derhaka Tuanku" - malaysiakini

Reactions: 
Maka kiranya aku agak hari ni atau semalam, Dato' Seri Ir Nizar mungkin dah hantar watikah mohon mengadap DYTM Sultan Perak secara beradab lagi bersebab untuk maklumkan mohon sembah supaya Tuanku Sultan perkenankan permohonan untuk pembubaran DUN perak.

Dah hantar ke belum aku tak pasti, tapi rasanya dah kot. lantaklah...

Ni yang nak cerita dekat sini bukan pasai dah hantar ke belum watikah mohon sembah DYTM Sultan Perak, tapi nak cerita yang selepas hantar watikah tu.

Elok kalau kita persoal awal-awal apa-apa yang bakal berlaku supaya mudah nak ambik tindakan sewajarnya lepas ni.

Apa jadi kalau Tuanku tak perkenankan pembubaran DUN? aku tak harap sangat satu keputusan yang memihak dekat Pakatan Rakyat sebab selalu sangat dah benda-benda yang tak menyebelahi Pakatan Rakyat berlaku. dah mangli orang cakap. kalau jadik yang menyebelahi Pakatan Rakyat, kira macam "ajaib" la. macam keputusan PRU-12 di 5 negeri hari tu.

Yang pastinya kalau Sultan tak perkenan, orang-orang UMNO/BN dah tentu berjoget-joget bersamba... mau sampai PRU-13 depa dok main isu ni...

Tapi... kalau DYTM Sultan Perak perkenan pembubaran DUN macam mana pulak?

Orang-orang UMNO/BN boleh terima ke? ataupun UMNO/BN pulak yang akan "Mohon Sembah Derhaka"???

Haiyaaa...

Inilah Dia Pejuang "Agama", "Bangsa" dan "Negara" - malaysiakini

Reactions: 
Risalah dekat bawah ni aku dapat dari sorang geng yang mengesahkan berita yang kami dapat macam yang aku publish dekat [sini] dan [sini]. jadi info yang kami dapat tu benar, bukan fitnah, bukan reka-reka dan informer jugak tak bohong.

Korang tilik dulu risalah dekat bawah ni terutamanya yang ke-3 tu.



Aku tak nak komen panjang-panjang berkenaan dengan risalah yang ke-3 tu sebab perkara-perkara yang dibangkitkan tu dah banyak kali dijelaskan. cuma mereka-mereka yang tahap akalnya negative sifar je yang tak dapat terima segala penjelasan dan fakta yang dah dibagi berulang kali.

Pada aku, buat apa nak perjelas benda yang sama berulang kali dekat tenuk a.k.a tapir? bukan depa paham pun. jadi... daripada aku buang masa dok layan cuci baju putih yang dah kene "karat" yang dah confirm tak leh hilang bekas karatnya, baik aku cuci dan jaga baju-baju lain yang masih cantik dan belum terkena "karat". tak gitu?

Lebih menjimatkan masa kan?

Jadi komen aku untuk risalah no-3 tu lebih kurang macam ni je...


Gambar dekat atas ni dah cukup untuk menjawab tuduhan-tuduahn dalam risalah tu...

Perbuatan dalam gambar dekat atas tu tak menghina Islam ke?

Perbuatan dalam gambar dekat atas ni tak menghina Sultan ke?

Orang melayu tak tercabar ke bila tengok orang melayu berkelaakuan macam tu?

Tak tergadai ke Bangsa Melayu dengan perbuatan macam tu?

Amalan mencarut dengan simbol jari tengah tu pembawaan sape? bukan Amerika ke?

Yang dok "mengarah" Sultan suruh pilih calon sendiri tu bukan "perjuangan peribadi" ke?

Pakai Songkok bawak imej Islam lepas tu mencarut-carut tu bukan memperalatkan agama ke?

Politik ganas? sape yang serang OKU dekat Parlimen?

"Tak kan Melayu Hilang Di Dunia"... dalam Al-Qur'an ada tulis ke perkara ni? Siapa yang lebih "berkuasa"... Allah atau Hang Tuah???

Fikir-fikri lah... pakai akal yang Allah kurniakan, bukan kepala lutut.

Akhir kata... patutlah UMNO/BN bersungguh-sungguh tolak Pakatan Rakyat... "Islam" UMNO/BN ni lain... kena mencarut... kena agungkan sesama Manusia, tak sama dengan Pakatan Rakyat... kitab lain-lain kot...

Yang pasti bila sebut Islam, rujukannya Al-Qur'an dan Sunnah, bukan HadHari dan Hang Tuah...!!!