Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 13, 2009

Kisah Jamaluddin ADUN Behrang - malaysiakini

Reactions: 
Jadi sempena menyambut hari gembira aku bersebab kerana pulihnya coverage BerukBand Celcom maka aku nak tambah sikitlah cerita berkenaan dengan Jamaluddin ADUN Behrang. kira yang ni kesinambungan dengan cerita dari Tulang Besi yang di publish diblognya di[sini] dan jugak telah di copy paste oleh aku dekat [sini].

Cerita-cerita tentang Jamal ni sebenarnya dah bermula sebaik Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat dari rakyat dalam PRU-12 macam yang diceritakan oleh Tulang Besi. memang Jamal sebagai punca kelewatan majlis angkat sumpah MB Perak.

Jamal ngan Osman lah yang dari awal tak bersetuju dengan cadangan perlantikan Ir Nizar sebagai MB Perak masa tu sampai tercetusnya idea dari pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya setiap ADUN dari Pakatan Rakyat Perak mengeluarkan surat aku janji iaitu surat letak jawatan sekiranya berpaling tadah dari parti masing-masing.

Itu yang pada awalnya. yang lain-lain aku tak nak dedah lagi buat masa ni sebab ada antara kami yang lebih tahu secara detail masalah-masalah lain yang ditimbulkan sepanjang Jamal menjadi EXCO dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Ada yang dok persoal kononnya apa yang telah dan akan didedahkan adalah semata-mata rekaan semata-mata cerita-cerita rekaan yang nak memburukkan ke 2-2 individu yang dah berpaling tadah.jadi dekat sini aku perjelas bagi terang.

Karenah-karenah Jamal dan Osman tidak dipublishkan untuk pengetahuan umum kerana selama ini pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak, cuba untuk menasihati dan memberi peluang kepada ke 2-2 individu ni supaya memahami tanggungjawab dan amanah masing-masing terhadap para pengundi dikawasan masing-masing.

Lain-lain hangpa tunggu je pendedahan yang seterusnya. aku tak reti nak cerita.

Pergi pada tebiat luar Jamal, baru-baru ni rupa-rupanya si Jamal ni dah mencukupkan kuota suri rumahnya kepada 4 orang. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya sorang lagi kaum hawa dapat perlindungan yang sepatutnya dari kaum lelaki dan aku rasa Jamal memang layak untuk berbuat begitu sebab dia memang mampu.

Dikhabarkan bahawa Jamal telah bernikah semasa kehilangannya baru-baru ni (masa dia "sakit pinggang"... memang la sakit pinggang kalau dah kena bayar bil sampai 4 kali ganda dari "kadar biasa"... hahaha...).

Cerita lain pulak...

Beberapa minggu sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun ni, ada sorang YB dari Pakatan Rakyat Perak terserempak dengan Jamal berkepit dengan sorang gadis Cina di Hotel Grand Season Ipoh. YB tersebut bertanya sendiri pada Jamal siapa perempuan tu? isteri ke? dan Jamal jawab, bukan isteri, tapi Girlfriend.

Girlfriend? hebat beb..!

Nanti sambung......

Pokok Demokrasi: Simbol Kebaculan UMNO/BN - malaysiakini

Reactions: 
Ya betul... pagi tadi aku dapat sms khabarkan yang Plak bawah Pokok Demokrasi telah dimusnahkan oleh Jembalang. tak tau sape punya kerja dan tak payah nak tuduh sape-sape sebab tak dak bukti. tapi memang sahih dah kene musnah.

Aku gerak ke tempat kejadian jam 10:45 pagi dan sampai lebih kurang jam 11:00 pagi. masa aku sampai dekat sana, tak ramai lagi yang ada dekat sana. ada la dalam 20 orang. jadi sempat la aku amik sikit gambar-gambar sementara tempat tu tak sesak.

Yang best... dalam ramai-ramai tu ada la sepasang pelancong dari Swede. sempat jugak aku tanya pelancong tu depa datang buat apa? pelancong ka wartawan? mana tau cerita Plak ni?

Depa habaq depa pelancong dan depa tau pasal Plak ni dari kawan depa yang sebelum ni dok sini.

Jadi, pada aku... Plak dan jugak Pokok Demokrasi ni dah jadi salah 1 produk pelancongan yang tinggi harganya dan patut dipertahankan. aku difahamkan oleh pelayaan kedai berhampiran pokok tu, dalam masa sehari, tak kurang dari 20 orang pelancong datang melawat tempat tu dan bergambar kenangan.

Bila aku dengar macam tu, aku tak heran dah kalau ada orang pi tebang atau hancurkan Pokok Demokrasi dan jugak Plak tu sebab setiap tindakan yang dilakukan atas tempat tersebut impaknya ialah semacam 1 promosi kepada nilai sejarah yang berlaku dekat bawah pokok tu.

Pada UMNO/BN, Pokok itu adalah simbol Kemuncak penderhakaan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Raja Melayu khususnya DYTM Sultan Perak, tapi bagi aku pulak (pendapat seposen aku) pokok itu adalah simbol kebaculan UMNO/BN kepada Kuasa Rakyat dan juga simbol Pencabulan nilai Demokrasi, Perlembagaan dan Undang-Undang di Negara Malaysia.

Kalau UMNO/BN tak mulakan pencabulan terhadap Undang-Undang, Demokrasi dan jugak Perlembagaan di Malaysia khasnya di Perak, tak akan tercatat dalam sejarah dunia bahawa satu Sidang Tergempar DUN Perak akan berlaku dekat bawah pokok tu.

Kalau UMNO/BN tak cabul semua yang aku sebut tadi, jangan harap walau sebesar zarah pun pandangan sati dunia akan terarah pada apa yang berlaku dekat bawah pokok tu.

Kalau UMNO/BN tak mulakan semua tu, tak de sape pun yang peduli dekat pokok tu. tak betul ka apa yang aku cakap? korang ingat kalau UMNO/BN tak mulakan semua tu, korang sendiri perasan ke kehadiran pokok tu dekat situ? jangankan korang... aku sendiri pun sikit tak peduli pasal pokok tu sebelum ni.

Jadi tak betul ka bila aku cakap, pokok tu sebenarnya adalah simbol kebaculan UMNO/BN kepada Kuasa Rakyat dan juga simbol Pencabulan nilai Demokrasi, Perlembagaan dan Undang-Undang di Negara Malaysia..?

Terserahlah pada korang...

Alhamdulillah, Masalah BerukBand Dah Selesai...

Reactions: 
Alhamdulilllah, masalah BerukBand yang menghantui a.k.a menTOYOLi aku 2-3 hari ni nampaknya dah selesai.

Jadi Insya-Allah aku akan cuba uploadkan gambar-gambar sekitar Pokok Demokrasi pagi tadi dan jugak beberapa artikel yang dah terbantut tak dapat nak publish selama "krisis BerukBand" berlaku.

Mekasih dekat korang-korang yang banyak bersabar. kalau keadaan macam ni berterusan, tak payah la aku dok lari sana-sini tumpang wifi kedai orang dan jugak rumah orang... hahaha...

Mekasih dekat semua tuan-tuan kedai dan tuan-tuan rumah yang bagi tumpang wifi korang.

Oit... Tungaklangit ngan Zali mana? dah kene sorok hantu kopek ka???

Haiyyaaa...!!! manyak sunyi looo..!

Moh Serbu Blog "Chipsmore"..! - malaysiakini

Reactions: 
Kejap ada, kejap tak ada, kejap ada, kejap tak ada... ni dah ada balik...

Berkaitan dengan post yang aku dah delete sebelum ni... blog "Chipsmore" dah ada balik...

Pi la Jenguk..! klik aje dekat [sini].

Faktor Sebenar Pembelotan Jamaludin dan Osman Jailu di Perak - malaysiakini

Reactions: 
Saya berkesempatan makan tengahari dengan seorang kawan baik kepada Jamaluddin dan Osman Jailu, dua bekas ADUN PKR yang melompat ke UMNO di Perak. Saya telah cuba mengorek cerita mengapa mereka ini telah sanggup membelot parti mereka sendiri dan amanah rakyat.

Dari cerita beliau, saya dapat membuat beberapa analisa:

a. Sikap tidak puas hati Jamaluddin ini bermula sejak dari masa penubuhan kerajaan negeri lagi. Kita jangan lupa bahawa majlis angkat sumpah di Istana Kuala Kangsar pernah ditangguh. Pengangguhan adalah kerana Jamaluddin telah memberitahu Raja Nazrin bahawa beliaulah sebenarnya calon MB yang layak dan bukannya Nizar

b. Sikap tidak puas hati ini terbawa-bawa sepanjang pemerintahan Kerajaan PR di Perak.

c. Oleh kerana "background" Osman dan Jamaluddin hanyalah tokeh bundle dan tokeh kantin, setiap kali mesyuarat exco mereka sering gagal untuk mempertahankan idea mereka.

d. Berbanding dengan pimpinan PAS yang mempunyai latar belakang professional dan DAP yang rata-ratanya peguam, maka Osman dan Jamaluddin sering mendapati idea-idea mereka tidak bernas dan cetek.

e. Untuk membalas dendam, Osman dan Jamaluddin telah menyebarkan fitnah kononnya Nizar lebih tunduk kepada DAP berbanding dengan mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang mahu mendengar idea dari orang-orang yang cetek seperti Osman dan Jamaluddin.

f. Dan, dari Osman dan Jamaluddin lah cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP didengari ramai.

Oleh kerana populariti Nizar di Perak semakin lama semakin besar, mereka melihat harapan Jamaluddin untuk menjadi MB menjadi semakin malap. Malahan, fitnah yang mereka taja juga tidak mampu menggugat popularity YB Nizar di Perak.

Akhir sekali, mereka mengambil keputusan untuk menerima pelawaan/pembelian dari UMNO yang menjamin laba kewangan yang sangat besar.

Kalau kita perhatikan, portfolio yang mereka pegang juga amat malap dan tidak berfungsi sama sekali. Mereka adalah seperti kayu mati yang terapung di atas Sungai Perak.

Ertinya, semua krisis di Perak berpunca dari sikap Jamaluddin yang tidak puas hati kerana tidak dilantik sebagai MB Perak. Itu sahaja. Cerita-cerita lain adalah fitnah semata-mata.

Semua cerita fitnah berkaitan tanah dan tunduk kepada DAP juga datang dari dua ekor beruk ini kerana kegagalan mereka untuk mengutarakan idea mereka angkara kebodohan dan kerendahan tahap berfikir dua ekor beruk ini.

-Tulang Besi

Kemaskini: Photo Panas

Reactions: 
Kemaskini 2:00pm - Laman blog tersebut (http://www.gutteruncensored.com/) telah "dikunci" dan hanya akan menerima pelayar-pelayar "berdaftar" sahaja. korang dah tak leh nak akses ke laman blog tersebut. harap maaf. ada yang sempat save gambar-gambar tu atau ada ke sape-sape yang sempat print screen artikel dalam blog tu?

TP - atas sebab musabab yang bersebab juga, pihak kami terpaksa bertindak memadam entri sebelumnya - rujuk [sini]. harap mahap.

Video: Penerangan Undang2 Tubuh Negeri Perak - malayskaini

Reactions: 

Kalau tak dapat tengok dekat sini, korang klik dekat [sini].

Perak: Extra-constitutional crisis.

Reactions: 
Dah seminggu….aku cuma buat satu posting pada 9/3. Ramai yang tanya, pasai apa tak tulis?

Aku pun tak tau..pasai apa tiba-tiba saja aku rasa malas nak menulis, sedangkan banyak cerita-cerita sensasi, yang boleh melonjakan hits. Banyak SMS dan email hot…aku pass kat Albanjari atau Perisik Rakyat saja. Tiba-tiba saja aku rasa malas nak tulis…terutama selepas mendengar forum Dr. Aziz Bari pada hari Jumaat lepas anjuran Sepakat Common-ground, di Petaling Jaya.

Komen-komen Dr. Aziz Bari malam tu memang kow…straight to the point…hard-hitting and out-of-the-box… dan apa yang aku lihat, dengar dan baca selepas hari itu seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat menerima pendapat Dr. Aziz Bari…dan mengusahakan sesuatu kearah itu.

Satu point yang radical dari Dr. Aziz Bari…” What happened in Perak is not a constitutional crisis…but an extra-constitutional crisis.

Kita bukan menghadapi masalah tafsiran perlembagaan..tapi masalah perlanggaran perlembagaan. Tak mungkin krisis ini dapat diselesaikan kerana perlembagaan sudah tidak dihormati. You need an extra-constitutional remedy to solve this extra-constitutional crisis.”

Itu…pada 8/3/09, Jumaat pukul 10 malam. Keesokanya jam 9 pagi, aku pergi ke majlis pelancaran gerak kerja pilihanraya PKR di Bukit Gantang. Dalam majlis itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Hj. Ismail Yusop hentam dua ekor katak yang melompat tu betul-betul kow. Sampai keluar perkataan ‘pengkhianat’, dari mulut Tuan Haji ni.

Tetapi apabila Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Hj. Osman berucap..terbalik pulak!! Hj. Osman defend dua barua ni…sehinggakan keluar dari mulut Hj. Osman, “dia keluar untuk sementara!!!” What’s goin on, man?” Dan bila Azmin pulak berucap…Azmin jugak cakap ala Hj. Osman…”jangan hentam kuat-kuat!”

Dulu aku pernah tulis..Hj. Osman dan Azmin sedang berusaha untuk membawa dua ekor katak ini untuk kembali kedalam PKR. Dan aku juga ada tulis, kalau PKR menerima dua ekor ni kembali kedalam PKR dan merampas kembali Perak dari BN, aku kata ini cara tidak bermoral.

Mungkin bagi aku, ia tidak bermoral…tapi bagi kepimpinan PR…mungkin ianya satu strategi. Kita dibawah dijadikan buah dam..untuk dijadikan umpan dan untuk dimakan..supaya pemimpin boleh naik haji.

Siapa yang menangani krisis Perak? Hj. Osman? Ahmad Awang? Ngeh Koo Han? Tidak…tetapi diketuai oleh Bendahari Pas..Dr. Khairudin. DAP juga diwakili oleh Bendahari..Chris. Manakala PKR diwakili oleh Hj. Ismail, Pengarah Pilihanraya. Mengapakah krisis yang sebegini serius hanya ditangani oleh Bendahari parti? Ini bukan krisis kewangan!

Mana pergi pemimpin tertinggi Pas, PKR, DAP? apakah mereka berpusat di Kuala Lumpur? Mungkin juga.

Krisis Perak tidak mungkin dapat diselesaikan melalui mahkamah. Terutama apabila rakyat melihat mahkamah juga seperti sudah ditunggangi oleh Umno/BN. Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Speaker semalam memperlihatkan bagaimana mahkamah membuat keputusan yang cukup aneh dan hanya ditertawakan oleh orang ramai. Siapa yang percaya kepada mahkamah lagi?

Legislatif sudah tidak berfungsi. Tidak tahu siapa yang halal dan siapa yang haram. Masing-masing dengan tafsiran sendiri.

Eksekutif sudah tidak boleh dipercayaai. Daripada SUK, Penasihat Undang-Undang sampailah kepada Penghulu dan JKKK, kebanyakanya talibarut Umno yang sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan kerajaan PR. Jangan kata eksekutif berkecuali…

Badan kehakiman boleh percaya ka? Tak boleh harap…tak boleh percaya.

Raja-raja Melayu? Seperti kata Dr. Aziz Bari…”merelakan diri mereka dipergunakan..” Nak kata apa lagi?

Dan aku percaya…keempat-empat cabang demokrasi ini sudah tidak berfungsi lagi…dan kepimpinan Pakatan Rakyat juga menyedari hal ini. Saman-saman mahkamah, persidangan bawah pokok, usul membubarkan Dewan yang dihantar kepada Sultan…..hanyalah distraction, just to buy time. Yang sebok hanya lah rakyat jelata…manakala pemimpin relax saja.

Tiba-tiba, Hj. Hadi bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, dan disambut oleh Takiyudin Hasan. Tiba-tiba Pak Lah terjumpa Anwar di Madrasah Nurul Iman. Kebetulan?…atau sebahagian dari grand design? Dan semasa Program Nizar di Titi Serong…aku terdengar seorang penceramah, (tak ingat yang mana satu) berkata…”krisis Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengambil alih Pusat.”

Do you smell what I’m cooking?

Ramai pemimpin PKR Perak seolah-lah tidak berminat dengan krisis Perak, sebaliknya mempersiapkan diri untuk berada dibarisan hadapan apabila PR mengambil alih Pusat. Sudah ada yang berebut untuk memegang jawatan diperingkat bahagian, supaya senang dicalonkan apabila pilihanraya DUN Perak diadakan nanti.

Yang paling hot…Bahagian Tanjong Malim. Dato Salehudin Hashim dah hantar kaki untuk lobi Ketua Bahagian. Hj. Osman pun dah tukar keahlian. Masing-masing nak jadi calon DUN Behrang. Adakah depa tau apa yang kita tak tau?

So…tak payah tanya aku apa perkembangan terkini di Perak. Tak payah tanya aku…sama ada Nizar dah jumpa Sultan atau tidak. Dan tak payah tanya aku…sama ada Sultan perkenan dengan usul pembubaran Dewan atau tidak. Itu semua side-show…just to buy time.

Jangan sampai tak tidor kerana krisis Perak. Pada 15 Februari, aku tulis…Umno runtuh dalam masa dua bulan. Hampir sebulan sudah berlalu…cuma tinggal sebulan.

Apakah extra-constitutional remedy yang dimaksudkan oleh Dr. Aziz Bari? ………runtuhkan Umno. (yang ni aku cakap).

-PerakExpress.com

Bengang Tahap 99 Petala Langit

Reactions: 
Dah 2 hari dah aku dok bengang. Hari ni dah masuk tahap 99 petala langit. 2 hari tak leh log in email, 2 hari tak dapat log in blogger, 2 hari tak dapat log in google reader. Bantut.

Bongok punya Celcom BerukBand. Coverage macam semut..!

Cilako..!