Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 15, 2009

UMNO: Dulu, Kini Dan Selamanya - malaysiakini

Reactions: 
-tok iskandar

Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak. Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis. siap dengan hukuman yang bakal diterima.

Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai. dahlah paper dan tv pro UMNO-BN. susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya "Kami mahukan deris, natang".

Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia. segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu. Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu. takkan pendam je kes yang berat macam tu. Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu. tok bagi tips sikit. cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.

Jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan, tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis. Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan. MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008. Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A. Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu. Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.

Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS. Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan. Kecemerlangan merentasi parti politik. Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan. Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.

Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya. Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM. Nik Madihah juga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.

MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan. Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan. Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran. Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI. Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa. Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.

Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSM nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset. Bukannya sedikit duit tu. Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat. Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat. bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya. asal kalah aje cakap pasal perpaduan. itulah umno. dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.

Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi. Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati. jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Hoi..! Jangan Perlekeh Kerajaan..! - malaysiakini

Reactions: 
Sms ni aku dapat petang kemarin dari sorang geng dekat Kolumpo... baca -
  • 4wded sms-*****, entah betul entah bangang benda alah ni, gua tak tahu.
  • Peliknya tak boleh kutuk mulai esok sampai 8 april.
  • Gamaknya lepas 8 april boleh kutuk diaorang sampai mampus kot!
  • *INI MSG DRI KWN SYA DI KeMenTeRIAN PeNeRANGAN:
  • Bang.. Kalau boleh mulai esok hingga 8/4/09,jangan ada sebarang unsur yang mencaci & memperlekehkan kerajaan dalam blog abg. Maklumkan juga kepada teman2 operator blog yang lain. Tapi .........
Jadi, sebagai menghormati "KeMenTeRIAN PeNeRANGAN" (kalau betul maklumat ni dari sana), aku tak kan mencaci kerajaan mulai hari ini. aku jugak mintak kawan-kawan blogger supaya jangan menghina, mengutuk atau mencaci kerajaan...

Mulai hari ni, aku HANYA akan kutuk KERAjaan SAHAJA..!

kah kah kah kah kah ... !!! oit..! UMNO tu parti woi, bukan kerajaan..! kutuk UMNO tak pe woi..!

kah kah kah kah kah...!!! tersepit ke woi..? kalau tak mau kena kutuk, jangan laa buat benda bodoh woi...!!! rakyat dah tak bodoh macam UMNO woi...!!!

Plak Lagi: Awat Hangpa Pi Lupus Bahan Bukti? - malaysiakini

Reactions: 
Berita sebelum ni dari Sinar Harian -
  • IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok ‘sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja’.
  • Beliau berkata, tanda penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.
  • “Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak.
Kalau dah dikatakan dari awal bahawa Plak dekat bawah pokok tu adalah "KEMUNCAK PENDERHAKAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA INSTITUSI BERAJA" buat apa nak dirobohkan Plak tu?

Biar je lah dekat situ supaya seluruh dunia tau bahawa Pakatan Rakyat pernah menderhaka kepada Institusi Beraja..! tak gitu? yang hang pi musnahkan tu pasai apa? biaq pi la... biaq semua orang tau bahawa Pakatan Rakyat pernah menderhaka kepada Raja dan biarkan bukti penderhakaan Pakatan Rakyat kepada Raja dok dekat situ untuk tatapan anak cucu kita.

Yang hangpa pi peroboh Plak tu pasai apa? ni dah tak dak bukti... macam mana rakyat, orang luar anak cucu cicit kita nak percaya cerita Pakatan Rakyat pernah derhaka pada Raja kalau tak dak bukti???

Bodo sungguh UMNO/BN ni..!

Peroboh tu pasai nak cover cerita sebenar ka? Bodo...!!!

Khak Ptuih...!!!

Perak: Jom Bermain Dengan KERAjaan UMNO/BN - malaysiakini

Reactions: 
Pagi tadi adalah sejarah yang paling tak dapat dilupakan oleh para pekerja dan pegawai MBI. tak pernah rasanya dalam sejarah kerja, depa kena bangun pagi dan mula bekerja lepas subuh dan misi utamanya ialah memusnahkan tunggul Plak dan juga 5 batang pokok yang pada lojiknya langsung tidak mengganggu sape-sape.

Kalau aku jadik pekerja MBI, mampuih aku tak turun untuk kerja bodoh macam tu. dah la kena bangun pagi, hari ni pulak hari minggu, misi pulak misi gila - MUSNAHKAN PLAK dan 5 POKOK. ceh... koman sungguh misi. macam la negara ni tergugat kalau Plak dan 5 pokok tu ada dok situ. bingai sungguh sape yang bagi arahan ni.

Tapi lojik jugak kalau depa buat kerja tu lepas subuh. kalau lewat sikit, malu la pulak muka nak mengadap pelancong-pelancong yang datang. kang tak pasal-pasal kang masuk dalam berita luar negara puak muka tu kalau-kalau reporter luar datang. kang tak pasal-pasal kena bantai dek pejuang-pejuang WWF dekat luaar negara pulak pasai pi musnahkan sumber oksigen bumi.

Lepas ni aku cadangkan supaya mana-mana mesyuarat penting Pakatan Rakyat diadakan di mana-mana puncak bukit di Perak, kemudian kita namakan pulak bukit-bukit tu 1 persatu sebagai nama Bukit Demokrasi.

Hangpa ingat kalau Pakatan Rakyat buat macam tu, ada kemungkinan tak bukit-bukit yang terlibat tu hilang kena sodok dalam masa tak sampai 24 jam?

Ingat geng...ini negara Malaysia a.k.a Bolehland..! tak mustahil kan?

Plak Demokrasi: Hilang Terusss...!!! - malaysiakini

Reactions: 
Kah kah kah kah kah ... !!! semalam baghu aku habaq dekat [sini] dan akhirnya betoi-betoi jadik..! Oit..! Plak dah kene korek..! Plak Demokrasi dah hilang woi..!

Hantu kopek Mengganas..! kah kah kah kah kah...!!!

Lepas ni kita buat lagi banyak Sidang Tergempar atau apa-apa mesyuarat di bawah semua pokok-pokok kayu, padang-padang rumput dan juga mana-mana tempat yang sesuai kemudian kita namakan semua tempat tu dengan nama bla bla bla Demokrasi.

Lepaih tu MBI kene wujudkan 1 kumpulan pemusnah Plak Demokrasi dekat Ipoh..!

Kah kah kah kah kah ... !!! oit..! dekat Plak pun takut ka..? Plak lawan Bulldozer..? kah kah kah kah kah ... !!!

Teks Ucapan Osman Jailu - malaysiakini

Reactions: 
Dekat bawah ni aku attach 4 muka surat je teks ucapan Osman Jailu masa "Majlis Menyambut Kepulangan Wira" di Air Kuning, Taiping baru-baru ni... kalau nak baca teks penuh (11 muka surat) hangpa klik dekat [sini]. agak-agak hangpa sape tukang taip teks ni... kalau tanya aku, aku jawab senang je... Osman tukang baca je...




Gempar..! UMNO Di"Hai Jek" 786...!!! - malaysiakini

Reactions: 
Ismail Safian?

Alamak... mamak lagi..!

Nampaknya Gerombolan United Malays None Orgasm telah menjadi Boneka 786..!

Teh Tarik satu Zambry...!!!

Dey Mail...!!!! Zambry mana...????

Mee Segera, Najib & Sumpah Laknat - malaysiakini

Reactions: 
Baca petikan berita dekat bawah ni yang aku cilok dari [sini].
  • Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" apabila menghadapi pilihan raya.
  • Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.
  • "Politik pembangunan "mee segera" (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa," kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.
Lepas tu korang tilik pulak gambar-gambar dekat bawah ni yang aku ambik pada 20hb. Februari, 2009 dekat kawasan Sungai Tinggi, Bukit Gantang...



Sebenarnya bulan lepas lagi projek menurap jalanraya dah berjalan di kawasan Bukit Gantang dan buktinya ialah 3 gambar dekat atas. tak caya, korang boleh tanya sendiri orang-orang kampung Sungai Tinggi, Bukit Gantang dan kalau nak lebih tepat lagi, cuba tanya atau pergi sendiri dekat Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO cawangan Sungai Tinggi Bukit Gantang.

1-0... Pakatan Rakyat 1, Najib 0... awal-awal dah kelentong.

Cerita dari Bukit Gantang...

Aku baru balik dari Bukit Gantang pergi buat survey jentera pilihanraya Bukit Gantang. hari ni aku sempat celah masuk ke 3 Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN dalam kawasan Bukit Gantang. ada cerita yang menarik dari ke 3-3 Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. cerita yang sama dari jentera parti yang sama.

Setakat hari ni, UMNO/BN dah bukak lebih kurang 10 (atau lebih) Bilik Gerakan Pilihanraya untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. tapi sampai hari ni, bajet untuk jentera gerakan pilihanraya masih belum sampai ke Bukit Gantang. kalau ada pun cuma untuk majlis besar-besaran yang melibatkan pimpinan tertinggi UMNO.

Jadiknya buat masa ni jentera-jentera UMNO/BN berada dalam keadaan "kekurangan". tak macam dulu. kalau dulu (sebelum PRU-12 dan 2 PRK sebelum ni), bajet datang mencurah-curah sebulan sebelum hari penamaan calon. tapi sekarang di Bukit Gantang, keluar "duit poket" dulu.

Parah...

Lepas tu aku teringat pulak dekat berita dekat bawah ni yang aku cilok petikannya dari [sini].
  • Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.
  • Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.
  • Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.
Kesimpulan yang aku dapat buat lepas aku perhatikan beberapa perkara ialah UMNO/BN sekarang kekurangan sumber kewangan. 5 negeri utama yang menjadi sumber kewangan UMNO/BN tumpas ditangan Pakatan Rakyat dalam PRU-12. jadi UMNO/BN dah kehilangan 1 sumber kewangan yang amat besar yang selalunya diperolahi dari kontrek-kontrek "atas angin".

Aku difahamkan jugak bahawa kesan dari kejatuhaan UMNO/BN di 5 negeri dalam PRU-12, 2 PRK sebelum ni dan jugak Krisis KUDETA di Perak, tokey-tokey atau kantung-kantung besar yang selalunya menaja perbelanjaan UMNO/BN sebelum ni jugak, dah ambik keputusan untuk tidak lagi menaja perbelanjaan UMNO/BN dalam PRK 3 PRK kali ni. dah serik katanya.

Ada yang mengaku dah serik dengan janji-janji "lepas habis PRK, akan dapat balik pulangan", dan ada jugak yang tak berminat untuk menaja sebab tak setuju dengan cara UMNO/BN mengambil alih Kerajaan Negeri Perak dengan cara KUDETA.

Yang menariknya, tokey-tokey atau kantung-kantung besar kemungkinan akan membelanjakan sejumlah wang untuk jentera-jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dalam usaha mereka "mengajar" UMNO/BN dan menjatuhkan Najib.

Jadi kedudukan mata sekarang 2-0... Pakatan Rakyat 2, Najib 0... perang belum bermula, awal-awal dah kene "set".

*teringat pulak aku sumpah laknat Najib depan perwakilan UMNO dan jugak di Permatang Pauh...