Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 18, 2009

Debat BloggersNetwork@Perak vs BPN Hampir Pasti..! - maalaysiakini

Reactions: 
Dekat atas tu print screen persetujuan awal dari GOMO untuk debat BloggersNetwork@Perak vs BPN. pihak kami sedang mengatur hal-hal berkaitan dengan debat berkenaan. kalau jadi kenyataan. datanglah beramai-ramai.

Aku nak keluar sat ada program... petang atau malam karang aku sambung. kot-kot tengah jalan karang ada free aku update. untuk GOMO pulak, tunggu perkembangan dari kami.

GOMO: Sebelum Dan Selepas... - malaysiakini

Reactions: 
Aksi GOMO ketika dia mencabar cyberboron untuk berdebat dan juga aksi GOMO setelah cyberboron menyahut cabaran GOMO untuk berdebat...

Semoga terhibur..!
coward Pictures, Images and Photos
Kesiaaannn... buat malu BPN je...

Aku baru je nak buat posting konon nak panggil GOMO "ayam"... tapi bila aku tengok ayam lagi berani dari GOMO, langsung kensel... korang agak apa panggilan paling sesuai untuk GOMO...???

Najib Lebong Lagi..! - malaysiakini

Reactions: 
Baru je 2-3 hari lepas Najib habaq -
  • Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.
  • “Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.
  • “Pendekatan projek “mee segera” seperti projek jalan berturap, membersihkan kawasan atau bermacam-macam lagi projek segera setiap kali menjelang pilihan raya perlu diubah… mana yang boleh lulus akan kita lulus,” katanya.
Lepas tu aku dapat gambar ni yang diambil di Bukit Selambau...




Kah kah kah kah kah... Mat Lebong nak lebong lagi..! hari tu dah kantoi dekat Bukit Gantang... ni kantoi dekat Bukit Selambau pulak..! kah kah kah kah kah...!!!

Oit... betoi la dia habaq dekat atas tu “Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini".

Dia tak habaq Bukit Selambau..! kan? kan? kan?

Lebong la lagi Mat Lebong..! mu kang pakar bong C4..!

*gambar ihsan kerabubersuara

BPN Cabar, Aku Sambut, BPN Hilang... Haraaam - malaysiakini

Reactions: 
Aku happy tiap kali baca komen orang UMNO kat blog ini. Tak kiralah UMNO sendiri-sendiri atau gerombolan BPN. Maki hamun dan carut mereka tak pernah mengusik angin dan darah aku. Aku faham budaya dan akhlak UMNO memang macam tu, dan aku tak teringin pun membalas dengan maki hamun apatah lagi mencarut. Malu!

Aku juga tak teringin nak mencabar BPN atau mana-mana orang UMNO untuk berdebat. Di blog ini aku tulis ulasan dan pendapat aku tentang politik. Aku sokong Pakatan Rakyat, maka kecenderungan tulisan aku tentulah mempertahankan PR dan menyelongkar kejahatan UMNO-BN, sama macam bloggers UMNO pertahankan parti mereka dan hentam PR.

Tak semena-mena si GOMO cabar aku dan rakan-rakan blognet@Perak berdebat.

Aku tak mahu mencabar. Tapi jangan cabar aku. Bila GOMO cabar berdebat, aku tak patut diam je. Kalau tak sahut cabaran tu, blognet@Perak pasti dilabelkan pengecut. Aku sambut secara serius. Bukan main-main dan bukan sekadar bersorak tak tentu pasal. Mungkin ada baiknya sesekali bloggers turun ke gelanggang terbuka berdepan dengan orang ramai. Hujah berapi-api sorang diri kat depan PC tu cuba bentangkan pulak depan khalayak. Kalau benar hujah kat blog tu ada fakta, apa yang nak ditakutkan depan orang ramai. Inilah medan membuktikan kredibiliti hujah dalam blog. Kalau benar tentu berani. Kalau tak berani ertinya hujah dalam blog itu cuma fitnah dan tipu.

Medan debat ini adalah kesempatan terbaik untuk BPN membuktikan kebenaran segala macam dakwaan yang ditulis dalam blog. Bawaklah segala dokumen atau apa saja bukti kejahatan, pengkhianatan, penyelewengan parti-parti dan pemimpin Pakatan Rakyat. BPN berpeluang menyedarkan bangsa Melayu yang tersalah fikir. Orang Melayu mungkin insaf setelah mendengar hujah bloggers BPN. Kalau difikirkan perlu memaki hamun dan mencarut macam kat dalam blog BPN tu, silakan! Ucapkanlah babi, yahudi, bodoh, bangang, aljuburi dan semua wirid harian BPN yang sopan santun tu. Mudah-mudahan orang Melayu akan sedar. Bahasa jiwa bangsa. Hidup Melayu!

Hingga tengah malam tadi, belum ada sorang pun pendekar dan panglima BPN memberikan maklum balas. Ke mana hilangnya pejuang-pejuang bangsa tu, tak tahulah aku. Aku bukan mencabar, tetapi hanya menyahut cabaran. Cabaran itu datang dari BPN melalui GOMO. Biasanya pencabar tertunggu-tunggu cabaran disambut. Tapi kali ini yang menyahut cabaran pulak terpaksa menunggu.

Aku jenguk blog GOMO, Perak Bangkit dan Parpu Kari. Cabaran yang aku sambut, tidak bersambut balas. Sunyi sepi. Ramai juga penyokong PR beri komen kat posting diorang tentang debat ini, namun tetap tak ada respon. Apa dah jadi?

Kalau padi katakan padi,
Jangan hamba tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Jangan hamba ternanti-nanti.

-jeritan minda politik malaysia

Selamat Ulang Tahun Ke 52 DS Ir Nizar - malaysiakini

Reactions: 
Petang tadi (17hb. Mac, 2009) dekat bawah Pokok Demokrasi ada majlis potong kek, makan kek dan jugak makan-makan sampai kenyang. Majlis menyambut ulang tahun kelahiran MB Ir Nizar yang ke 52. aku sampai lewat. tengah jalan dah kena bantai dek hujan. Dugong Darat pulak bantai bawak kereta CyberBoron macam Skyline GTR. dia ingat kereta tu 4WD ka?

Masa aku sampai, majlis dah jalan. MSK pun dah sampai. Dugong drop aku tepi kemah, tapi tetap basah jugak.

Nak cakap ramai tu tak dak la. ada la dalam 30 orang yang datang. aku tengok Sivakumar pun ada. mana sekuriti guard dia yang depa dok kecoh ada sampai 20 orang tu? ceh... berita sewel.

Tak banyak sangat cerita dekat sana... ala, majlis makan-makan, mana dan nak sembang? kena pulk hari hujan... puh... ada kopi 'o' kaw sedap ni. tambah lagi ubi kayu rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis... umang aih... kecor ayaq liyor teman...

Makan-makan sapa sponsor aku tak tau. kambing ada, udang ada, kuih-muih ada, mi ada, bihun ada, nasik goreng ada, buah tembikai ada, macam-macam ada... Aku tengok YB-YB DAP, PAS ngan PKR pun ada. nama aku tak ingat.

Pilih jangan tak pilih...
Ni Birthday Boy... Selamat Panjang Umur Dato' Seri. semoga dipermudahkan oleh Allah dalam setiap urusan dan semoga setiap perancangan mendapat keberkatan dari Allah.

Hari ni semua YB-YB happy. masing-masing dok layan... santai sungguh...
Kek ni aku tak tau sape sponsor... aku tak sempat makan pun sebab sibuk dok snap gambar. semua orang happy, semua orang gembira.

Ulang tahun ke 52 Dato' Seri, ulang tahun pertama Dato' Seri sebagai MB Perak dan yang specialnya bila majlis dibuat bawah pokok demokrasi. hangpa agak lepas ni ada tak keluar arahan supaya pokok tu ditebang?

Ni photo yang paling aku suka... 3 bangsa - Melayu, Cina dan India... ini baru kita panggil perpaduan. dalam Pakatan Rakyat je ada benda ni. dalam UMNO/BN depa dok salak je perpaduan tiap-tiap hari, tapi cuba hangpa pi jenguk dalam blog pro UMNO/BN. tak habis-habis dok pelaga melayu dengan cina, melayu dengan india... perpaduan kepala taik hangpa..!

Dia ni aku dok perati, tiap kali gelak mesti katup mata. hahaha...!!! jangan marah YB..!

Pokok perpaduan tersergam indah. kalau panas boleh berteduh, kalau hujan pun boleh berteduh... kalau kunci Bangunan SUK kena kunci pun boleh jugak berteduh. tapi ada mangkaq-mangkaq yang takut dekat pokok ni.

Masa balik aku perati je Sivakumar, saje nak skodeng yang mana satu bodyguard dia... aku ingat nak ambik gambar buat kenangan... bukan senang nak ambik gambar Speaker dengan 20 orang bodyguardnya...

Hampeh... Siva datang naik keretaa Perodua Kelisa je... ceh... koman punya Speaker... macam mana nak lawan UMNO/BN ni..? lenkali pakai la Porsche Cayenne Turbo, baru la ada class..! hahaha...!!!

Oi..! boleh muat ke Siva dengan 20 orang bodyguard dia dalam Perodua Kelisa tu? ntah... hat tu kena tanya orang UMNO/BN...

Ingat geng... tak dak pokok, tak dak oksijen.

Apa Perkembangan Terkini..? - malaysiakini

Reactions: 
Saje aku siarkan balik gambar ni sebab masuk hari ni dah cukup 14 hari peristiwa dalam gambar tu berlaku. 2-3 hari lepas tu pulak ada la keluar dalam surat khabar "kununnya" 6 individu di cari oleh pihak PDRM untuk bantu siasatan.

Apa perkembangan? senyap je kan? aku dah agak dah... orang gganu cakap "lebong" je lebih... tindakan HAMPEH..!

Tak dapat carik lagi ke? hari ni ada sorang pengunjung tinggalkan komen dekat artikel aku yang [ni].

Lagi info pasai individu-individu dekat atas...
  • gambar ke 2 : Pakai songkok = Raqi a.k.a Ayahanda Raqi, sebelah kanan dia baju itam... rambut pacak tu nama dia bintat tersebut la kisah dia canang nama dia "tiger raqi".. selamat tak kene hempas gelas teh tarik atas pala dia = dia ngan budak sebelah kanan dia yg tunduk tu ngan sorg lagi macai dia pukul seorang budak = tahap kecederaan = bibir pecah muakakkakaak tiger aper.. tu Mosquito! yg sebelah kanan ujung sekali garis oren kat baju tu.. org panggil Din Balak muka nak ganas.. aku tgk dia senyum pun tidak menyampah lagi ader.. yg tgh peluk tubuh sebelah Raqi tu ketot jer.. duduk kat tasek, ipoh skang tak tau mana duduk.. kaki indon bawak gi karaoke kat IGB, Jalan Chemor.. yg depan belah kanan ni tak tau nama.. macam tikus jer (muka nak ganas.. habuk tarak!)
  • p/s : mane sherry?? mane ponex?? dengaQ ni semua tiger tiger Raqi?? hahahahahahah
Kalau ikut dari komen dekat atas tu, pengkomen betul-betul kenal individu-individu dalam gambar tu yang buat kecoh masa hari kejadian. habis semua nama-nama geng tiger dia sebut 1-1...

PDRM buat apa? sibuk sangat ke?

Huh...!!!