Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 21, 2009

Lawatan Ke Pondok Pak Teh - malaysiakini

Reactions: 
19hb. Mac, 2009 aku, MSK dan Ummi keluar seawal 6:45 pagi untuk satu temu janji dengan seorang yang bertaraf Ulama di sebuah Sekolah Pondok yang terletak jauh nun di ceruk Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu.

Temu janji dibuat untuk mendapatkan cerita dan maklumat sebenar berkenaan Pondok Pak Teh yang sering diceritakan dalam ceramah-ceramah Dato' Seri Ir Nizar dalam sessi Jelajah Perak.

Jam 7:15 pagi kami sampai di Tol Kuala Kangsar menunggu Ustaz Zul selaku Pengarah Urusetia Penerangan yang mengatur pertemuan kami dengan Pak Teh sejak 2 minggu lepas.

Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pelajar Pondok Pak Teh yang sedia menunggu manakala KRU rakaman telah tiba lebih awal seawal jam 8:00 pagi. masuk saja dalam Dewan Kelas Pondok Pak Teh, terus saja kami disambut oleh Pak Teh yang kelihatan masih segar walaupun agak berumur (aku tak reti nak agaak umur Pak Teh, korang agak-agak je la...)

Sessi temubual dimulakan tanpa mengambiil masa yang lama dan Ustaz Zul mengambil tugas menebual Pak Teh, MSK sebagai jururakam video dan aku pulak tukang kelip-kelip flash. Ummi pulak sekali-sekala menyampuk dalam temubual tersebut.


Banyak cerita Pak Teh tentang dirinya sendiri, asal usuk Pak Teh, pendidikan awal, macam mana Pak Teh bermusafir menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh lama, bermulanya Pondok Pak Teh dan matlamat penubuhan Pondok Pak Teh, kejayaan-kejayaan Pondok Pak Teh melahirkan generasi-generasi baru yang sekarang menjadi "seseorang" dalam pentadbiran negeri dan negara.

Pak Teh jugak bercerita panjang tentang hal-hal yang berlaku di Pondok yang diasaskannya dan beberapa masalah yang dihadapi oleh pondok berkenaan semenjak bantuan S.A.R ditarik balik oleh KERAjaan pusat era Mahathir dahulu.

Pak Teh juga bercerita panjang tentang bagaimana usaha Pak Teh untuk mendapatkan tanah seluas 45 ekar berhampiraan sekolah pondoknya menemui kebuntuan setelah ditolak oleh KERAjaan UMNO/BN dibawah pimpinan Tajol Rosli sebelum ini dan bagaimana mudahnya ia diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih pimpinan negeri Perak.

Kalau tak silap aku MSK ada bercerita panjang tentang hal ini sebelum ni.

Kami jugak dibawa melawat kawasan sekitar pondok Pak Teh yang menempatkan lebih kurang 350 pelajar dalam 1-1 masa.

Di Pondok Pak Teh, para pelajar bukan sahaja diajar hal-hal berkaitan agama tetapi juga dididik supaya berdikari. pelajar-pelajar ditempatkan didalam pondok masing-masing dan disitulah mereka perlu belajar bagaimana menguruskan kehidupan seharian mereka sendiri.

Mereka 100% dididik supaya berdikari dari awal subuh hinggalah waktu tidur perlu diuruskan sendiri dengan tunjuk ajar tenaga pengajar dan pelajar-pelajar senior.

Do Pondok Pak Teh, tidak ada siapa akan membasuh baju, memasak, mengemas tempat berteduh, membaiki pondok sekiranya rosak. semuanya perlu diuruskan sendiri. masak sendiri, makan sendiri. baju sendiri, basuh sendiri. semua ini dilakukan untuk membentuk jatidiri dan 1 generasi yang tidak bergantung kepada sesiapa kecuali pada Allah.

Para pelajar di Pondok Pak Teh juga diajar asas kehidupan, bagaimana mencari rezeki dari titik peluh sendiri. mereka bebas untuk bercucuk tanam di tanah yang dimiliki oleh Pak Teh hasil pusaka arwah mentua Pak teh.

Tanah luas terbentang dekat belakang sekolah tu lah yang sekarang dah jadi hak milik Pak Teh sampai bila-bila dengan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat... nak harap KERAjaan HadHari? sampai mampus la tunggu...

Kami berpeluang melawat kebun yang diusahakan oleh para pelajar Pondok Pak Teh. macam-macam yang diusahakan daripada ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan diusahakn dimana hasilnya dijual untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan.

Tanah berdekatan seluas 45 ekar yang dululuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada November tahun lepas dalam perancangan untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit yang hasilnya nanti akan digunakan untuk membangunkan lagi Pondok Pak Teh dalam usahanya memartabatkaan lagi dan melahirkan lebih ramai ilmuan-ilmuan Islam di Malaysia.

Kami juga diberitahu bahawa sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih pimpinan negeri Perak, Pondok Pak Teh telah menerima bantuan kecemasan sebanyak lebih RM90 ribu (BANTUAN KECEMASAN DAH LEBIH RM90RIBU, KALAU BANTUAN BUKAN KECEMASAN BERAPA BANYAK LAH YE..?) yang mana merupakan bantuan yang pertama diterima sejak KERAjaan menarik balik bantuan S.A.R satu masa dulu.

Itu sedikit sebanyak cerita tentang Pondok Pak Teh dan sedikit usaha Kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu Pondok Pak Teh.

Photo dekat sebelah ni ialah salah seorang tenaga pengajar di Pondok Pak Teh dan juga salah seorang pelajar senior (sekarang masih lagi bergelar pelajar).

Kebanyakan tenaga pelajar di Pondok Pak Teh ialah pelajar-pelajar senior dari Pondok Pak Teh.

Namanya aku tak ingat, tapi kalau ikut salah seorang pelajar junior dekat Pondok Pak Teh, Ustaz ni jugak adalah guru kepada Dato' Seri Ir Nizar yang kita hormati.

Tapi Dato' Seri Ir Nizar bukan belajar dekat Pondok Pak Teh... mungkin dekat tempat lain kot.

Gambar Terak Ef Ar Yu Terbalik - malaysiakini

Reactions: 
Ok... at last dapat jugak aku online. Celcom BerukBand memang out gila dekat kawasan Bukit Gantang. kejap ok, tapi banyak tak ok.

Memula cerita pasai Terak Ef Ar Yu yang terbalik hari tu. aku dapat berita ni dari sorang geng yang dalam perjalanan dari Kolumpo ke Taiping. geng tu telipon bagitau Terak Kaler Merah terbalik. aku terus kejar pi dekat tempat kejadian.

Dapat la gambar ciput-ciput. nak snap baguih-baguih tak dapat sebab geng kaler merah yanng dok jaga lalu lintas nampak macam bengang je bila orang ramai dok tengok depa tersadai tepi jalan. baghu hang ada akai..!

Sebenarnya terak tu tak terbalik pun... takat terbabas je, tayar depan macam nak tercabut. ala... tayar je nak tercabut... oarang-orang yang kena bantai ngan kaler merah sebelum banyaak lagi yang dah tercabut macam-macam. paling ramai sekali, tercabut rasa hormat dekat FRU.

Tapi untuk tidak menghampakan korang, aku bagi korang tengok jugak gambar "Terak Ef Ar Yu" yang dikatakan "Terbalik" tu...

Tepuk tepuk tepuk tepuk tepuk...

Mahap la geng... kuwaliti gambaq tak berapa memuaskan sebab ambik pakai hp je... hehehe... jadi ni lah dia gambar terak ef ar yu yang terbalik tu...

Blog Sedang Di Kemaskini

Reactions: 
Salam...

Aku baru dapat online, tu pun tumpang rumah member yang ada streamyx. Celcom BerukBand..? Baik tak dak dari ada. ada buat sakit hati je. kalau pencawang Celcom tu buat dari kayu, dah lama kami pakat-pakat pi tebang. bayaq mahal, servis macam siyal.

Tunggu lah... aku tengah update pelan-pelan... banyak gambar nak sumbat, banyak berita nak cerita. sabar...