Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 25, 2009

Speaker DUN Perak Di Pasir Mas - malaysiakini

Reactions: 
Sivakumar hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Mini Pasir Mas.

Semua hadirin kusyuk mendengar penerangan dari Sivakumar. Kehadiran lebih 2 ribu orang.

Kemaskini Dari Pasir Mas - malaysiakini

Reactions: 
Orang Pasir Mas tolong peringat Brahim Ali. Apa baiyah Brahim Ali masa nak jadi calon PRU-12?

Kalau belot jatuh talak 3 keatas isteri. Bukan main-main tu! Brahim Ali tak sayang bini ke?

Brahim! Mu kaba ko dok?

Kemaskini Dari Stadium Mini Pasir Mas - malaysiakini

Reactions: 
Ceramah dah bermula lebih kurang setengah jam. Pengunjung lebih dari seribu orang. Orang ramai masih berpusu-pusu memenuhi padang stadium.

Suasana tenang. Polis cukup bekerjasama. Tiada team topi merah. Tiada team terak merah.

MSK sibuk merakam video. Aku jem. Setting camera lari jauh sampai ke Judah. Mungkin Dugong dah suntik botox dalam setting.

Harap kamera sya ok.

Brahim Ali apa khabar? Dengar kata nak bersilat dalam dewan lawan UMNO... ini orang betul-betul menate bokbong.

Sedare Amran Pembantu Khas Dato' Seri Ir Nizar sedang berucap menerangkan apa yang berlaku di Perak.

Rupanya ramai yang dah lebih dari faham... Rakyat Kelantan memang cerdik... Yang tak cerdik ialah orang UMNO.

Macam mana nak cerdik kalau asyik cium keris?

Lintas Langsung Dari Stadium Mini Pasir Mas - malaysiakini

Reactions: 
Aku dengan yeol baru sampai Stadium Mini Pasir Mas.

Jalanraya makin sesak, pengunjung semakin ramai berasak-asak memenuhi ruang dalam stadium.

Bacaan Al-Qur'an sedang berkumandang dari dalam stadium dan memenuhi ruang halwa telinga cucu-cicit Adam dan Hawa.

Jemputan baru masuk melalui pintu utama.

Update Dari Sebelah Pencawang - malaysiakini

Reactions: 
Aku baru sampai rumah yeols. dari Dabong tadi naik keretapi jam 3:30 petang terus ke Kuala Krai. yeols tunggu aku di Kuala Krai lepas tu terus bawak aku ke Pasir Mas. lepak umah dia kejap untuk update blog. kebetulan TMNet tengah buat kerja penyelenggaraan. jadi tak dak streamyx.

Nasib baik broadband ada sebagai penyelamat dan yang bagusnya, rumah yeols betul-betul sebelah pencawang Celcom. nasib baik dapat connect fullbar, walaupun kurang speednya (sebelah pencawang pun selor walaupun dengan package RM98/mth).

Kalau sebelah ni pun tak dapat connect, memang aku tebang je pencawang dekat sebelah rumah yeols. aku senang hati, orang kampung pun senang hati dapat duit lebih jual besi buruk.

Buat masa ni tak de apa-apa berita nak diceritakan dekat sini.

Jadi malam ni kalau ikut jadual, ada program di Stadium Mini Pasir Mas. penceramah jemputan aku tak tau sape tapi kalau tak silap, aku ada terbaca Sivakumar ialah salah seorang dari jemputan.

Geng-geng dekat sini pun baru dapat info petang tadi lepas tu kelam kabut naikkan banner. memang dari awal program ni dirahsiakan.

Kalau awal-awal diwar-warkan, kesian pulak dekat FRU di Perak & Kedah nak turun Kelantan pulak. kang tak pasal-pasal pulak keluar post terak ef ar yu terbalik versi ke-2 kang. naya beb...

Aku dengar dekat Stadium Mini ada wifi... kalau betul, bagus sangat tu... boleh la aku update dari stadium. harap-harap ada la power supply dekat sana. kang tak pasal-pasal tengah taip kang, black out laptop sebab masalah bateri.

Ok geng... aku nak mandi... lepas isyak gerak terus ke Stadium... jumpa dekat sana beb.