Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 03, 2009

Era Pemerintahan Mahazalim Bermula Kembali - malaysiakini

Reactions: 
Hari ni 3hb. April, 2009 bangkitlah kembali era pemerintahan Mahazalim melalui perlantikan proksinya Datuk Seri Najib Tun Razak. kalau korang tau serba sedikit tentang "Deja Vu", maka inilah masanya untuk korang menikmati sebaik-baiknya saat-saat manis zaman 1998.

Ini bukan perang politik biasa, ini perang politik antara 2 orang yang berpengaruh. ini perang antara TDM dan DSAI. selepas hari ini, TDM akan kembali aktif dalam politik Malaysia dan pentas awalnya ialah di Bukit Gantang hujung minggu ini.

Anwar mesti disekat seboleh-bolehnya, pengaruh Anwar mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun. Pak Lah gagal untuk menjadi boneka TDM tetapi tidak Najib. Najib adalah orang harapan TDM. Pak Lah telah mengembalikan perang yang tertunda itu kepada tuannya.

Untuk korang-korang yang selama ini bersama Pakatan Rakyat samada baru atau lama, tua atau muda, lelaki atau wanita, selamat menempuh Zaman Gelap Politik Malaysia.

Aku tak percaya ke 2-2 gabungan TDM dan Najib akan duduk diam menghadapi gelombang kebangkitan total perubahan "Negara Malaysia". aku tak percaya DSAI akan bebas lagi macam dulu. aku tak percaya yang kita boleh berjuang dengan mudah.

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat jangan seronok sangat... kita yang dibawah ni pun beringat lah... Zaman Politik Gelap banyak perkara-perkara yang tak dijangka akan berlaku. tunggulah selewat-lewatnya minggu depan... ada yang menarik bakal kita hadapi.

"Lawan Tetap Lawan"

Kaler Hitam...

Reactions: 
Hari ni teman rasa nak tukar kaler bek graun teman...kaler HITAM...

Amacam... best tak..? komen sikit..?

PRK309(5): Ke mana dan Di mana Pendirian Melayu? - malaysiakini

Reactions: 
PRU-12 menandakan bahawa arus politik Malaysia telah berubah. Rakyat (secara majoriti) telah menolak, antara lain :

a) Politik perkauman yang sempit.
b) Isu kronisme dan nepotisme.
c) Amalan rasuah yang menjalar ke setiap sendi kehidupan bernegara.
d) Tafsiran agama yang hanya berlegar ibadat khusus dan menolak peranan agama dalam politik dan pentadbiran dan budaya.
e) Keadilan yang berpihak.
f) Dasar-dasar kebumipetaraan yang dijadikan alasan untuk kepentingan kuasa dan harta.
g) Suara rakyat yang disempitkan melalui beberapa akta yang disalah guna.
h) Institusi-institusi kerajaan umpama PDRM dan SPRM dijadikan instrumen untuk pengekalan kuasa.

PRU-12 juga menjadi satu testimoni bahawa golongan pertengahan dan golongan muda mula memainkan peranan aktif dalam menentukan hala tuju, dan bentuk serta pengisian politik masa depan.

Satu hakikat yang tidak boleh ditolak untuk beberapa tahun akan datang (barang kali PRU-13) bahawa golongan pertengahan dan generasi muda akan menentukan pihak mana yang akan menjadi teraju negara.

Parti-parti yang boleh menyentuh secara langsung hati nurani dan aspirasi serta harapan golongan ini akan menang dalam pemilu akan datang.

Orang Melayu dan rakyat khasnya sedang ditawarkan dengan dua pendekatan politik. Pertama, pendekatan politik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) dan keduanya, UBN.
Apabila membicarakan UBN, pembicaraan tentang bakal PM ke-6 tidak dapat dielak. UBN kini sebenarnya membawa beban yang cukup berat yang diwarisi daripada legasi dan era Maharithisme. Dan perubahan yang dijanjikan oleh Najib dan Muhyiddin bukanlah lagi perubahan kosmetik tetapi perubahan fundamental dan radikal.

Kita akui Mahathir merupakan seorang tokoh, perancang, penstrategis, dan pelaksana yang hebat. Namun ketokohan itu harus dibincangkan atau dinilai bersama dengan kerosakan institusi kerajaan sepanjang era pentadbirannya. Satu hakikat yang tidak dapat ditolak ialah:

"Jaringan kuasanya ada di mana-mana malah di setiap organ pemerintahan. Doktrin pemisahan kuasa pada era Mahathir tiada garis pemisah yang jelas. Ketaksubannya pada kemajuan ekonomi, sains dan teknologi telah menenggelamkan peranan bahasa dan agama dalam hidup bernegara."

Najib ialah anak didiknya. Mahathir ialah mentor Najib. Hakikat ini pun telah meyukarkan Najib menggarap dan melaksanakan perubahan radikal.

Salah satu syarat wajib untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik ialah kualiti dan integriti pemimpin atasan terutama peneraju perubahan iaitu PM. Kualiti dan integriti ini bersumberkan kekuatan intelektual dan moral yang berpaksikan kepada penghayatan agama yang mendalam sehingga terpancar dalam dirinya. Integriti ini memancar dan auranya boleh memukau khalayak. Kualiti dan integriti inilah yang memungkinkan lahirnya karisma.

Kalau kita analisiskan secara jujur dan profesional, integriti, kualiti dan karisma ini berada di pihak Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz, TG Haji Hadi, Anwar Ibrahim, dan yang terbaru dan mula membentuk aura karisma ialah Ir Mohamad Nizar, dan Lim Guan Eng.

baca selanjutnya di[sini].

Tahniah Najib, Takziah Malaysia...

Reactions: 
Pendek...

Tahniah buat Dato' Seri Najib Tun Razak atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Takziah buat rakyat negara Malaysia kerana mendapat seorang Perdana Menteri paling kontroversi dan "Bersih" dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia.

"The World Is Watching Us..!"

Siaran Langsung Majlis Angkat Sumpah Di TV1 - malaysiakini

Reactions: 
Hangpa bukak TV1... ada siaran langsung Majlis Angkat Sumpah Najib sebagai Pi Em Malaysia yang ke-6.

Tahniah buat Dato' Seri Najib Tun Razak dan mintak maaf... teman tak rasa nak perbetulkan lagi gambaq hang. biaq la dia dok gitu... hehehe...

Maka dengan itu, lengkaplah teori R.A.H.M.A.N. tahniah... tepuk tepuk tepuk tepuk tepuk..!

Najib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 ~ malaysiakini

Reactions: 
Tepat jam 10 pagi nanti seperti yang diwar-warkan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali, akan berlangsunglah Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Istana Negara dihadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan.

Individu yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6 bagi melengkapkan teori RAHMAN ialah Timbalan Perdana Menteri sekarang Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditaip, masih belum jelas lagi akan kedudukan Najib samada telah diperkenankan ataupun tidak oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga kesaat ini, tiada sebarang berita diterima dari Kolumpo berkenaan status terkini, cuma berita dari Suara KeADILan Online yang memberitakan bahawa Majlis Angkat Sumpah Najib sebagai PM dibatalkan.

Selama ni aku tak pernah mengulas apa-apa berkenaan dengan status Najib sebagai bakal Pi Em. jadi ke, tak jadi ke, aku tak pernah kisah... sebab aku paham. kita berada dipihak yang sering dianak tirikan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia yang telah dimanipulasi oleh rejim UMNO/BN. kalau dah depa habaq 1+1=38, hangpa tak payah nak lawan la, buang masa.

Tapi hari ni aku rasa nak ulas sikit pasai status Najib sebagai bakal Pi Em ke-6 sebab ramai sangat dok tanya aku, apa berita terkini pasai Najib.

Berita terkini yang aku terima mengatakan bahawa tak dak apa-apa perkembangan dari sana. kem Najib senyap sunyi tapi pantang bunyi handphone, pakat-pakat kerumun. kem Pak Lah pulak rilex... Pak Lah rilex, yang bawah-bawah Pak Lah pun rilex... macam tak dak apa-apa berlaku.

Untuk bakal Pi Em dan jugak penyokong-penyokong depa, aku nasihatkan agar berbanyak-banyak bersabar. sempat lagi kalau nak buat majlis doa selamat atau sembahyang hajat. masih ada masa untuk natijah diri. terimalah apaa yang berlaku sebagai qada' dan qadar. hangpa dah banyak berusaha sampai saat akhir dan terserah pada Allah untuk menentukan. kalau tak usaha tak payah cerita pasai qada' dan qadar.

Itu pesan tok guru teman... qada' dan qadar ni hanya ada pada orang yang berusaha, kalau jenis tak usaha tu tak wujud qada' dan qadar dalam hidup depa, yang wujud hanyalah "Nasib".

Tu kata tok guru teman la...

Kalau kata Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan masih tak perkenankan lagi untuk Najib angkat sumpah sebagai Pi Em ke-6 hari ni, masih ada harapan. tak payah kecoh-kecoh.

Kem najib boleh ambik gambar Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan, kemudian buat saja majlis angkat sumpah dekat depan gambar Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan... selesai masalah. penyokong Najib ramai, boleh jadik saksi... tak dak masalah rasanya.masa 916 dulu pun hangpa jugak ajar DSAI buat macam ni kan? hehehe...

Jadi aku tak nak lebong banyak-banyak... kita tunggu je jam 10:00 pagi... hangpa boleh bukak semua saluran talibisen yang ada di Malaysia.

Sejarah Malaysia dah jelas... semua majlis angkat sumpah sebagai Pi Em Malaysia ada disiarkan secara langsung kalau tak salah aku (aku tak pasti sebab lama sangat dah aku boikot media perdana). kalau tak dak siaran langsung tu hangpa paham-paham je la...

Bawak bersabar semua... ini masa untuk muhasabah diri...