Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 16, 2009

Tahniah PAS..!

Reactions: 
Walaupun dah agak lewat, tapi aku tetap nak ucap jugak... Tahniah diatas perubahan yang berlaku dalam PAS..! tolak sebarang cubaan dan usaha menggabungkan UMNO dan PAS..! kukuhkan Pakatan Rakyat adalah matlamat utama kita.

Cilok dari malaysiakini.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, yang baru menang di Bukit Gantang, kini antara calon popular untuk jawatan naib presiden PAS.

Manakala Datuk Husam Musa pula ingin diangkat sebagai pemimpin nombor dua parti itu, menggugat kedudukan timbalannya sekarang Nasharuddin Mat Isa.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu melonjak popularitinya susulan krisis politik di Perak dan kemenangannya di kerusi parlimen tersebut, menyerlahkan lagi ketokohannya di mata akar umbi PAS.

Manakala Husam, naib presiden PAS dari Kelantan pula, ingin dinaikkan bagi menguatkan suara penyokong aliran pro-Pakatan Rakyat dan sekaligus menolak sebarang bentuk rundingan dengan Umno, termasuk kerajaan campuran yang disuarakan oleh presidennya.

Bagaimanapun kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang - pemimpin teratas yang mewakili suara pro-rundingan dengan Umno - setakat ini belum lagi dicabar.

Seorang lagi pemimpin terkanan PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang sering bertentangan pendapat dengan Abdul Hadi, enggan mengulas jika jawatan presiden dicabar, dengan alasan kenyataannya "boleh dianggap mempengaruhi proses pertandingan" dalam parti itu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - akan berakhir bulan depan.

Pertembungan dua aliran

Persidangan tahun ini juga bakal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

Tinjauan Malaysiakini di kalangan beberapa pemimpin di Pahang, Selangor, Kelantan dan Kedah mendapati mereka meramalkan aliran pro-muzakarah, akan mengharungi jalan sukar sekiranya wujud pertandingan di peringkat jawatan tertinggi parti.

Mesyuarat kawasan-kawasan di negeri-negeri tersebut, cenderung menaikkan pemimpin beraliran pro-Pakatan, selain mencalonkan tokoh-tokoh yang tidak pro-muzakarah, termasuk ingin mempertahankan naib presiden sekarang, Mohamad Sabu.

Tokoh-tokoh yang dilihat cenderung kepada pro-muzakarah "semakin tidak popular" dan "susah mendapat pencalonan" untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu pada pemilihan Jun ini, kata seorang pemimpin PAS Pahang.

Majoriti 14 kawasan di negeri itu menolak sebarang usaha muqabalah PAS-Umno, katanya yang enggan dikenali.

Tambahnya, PAS negeri "tidak mempunyai masalah" dengan PKR dan DAP, apatah lagi pesuruhjayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan.

Cenderung kepada pro-Pakatan

"Dalam banyak hal, beliau lebih cenderung kepada pendirian tok guru (Nik Aziz)," katanya.

Manakala di Selangor pula, yang dipertua PAS Kelana Jaya yang baru, Izham Hashim memberitahu Malaysiakini, PAS di Selangor secara umumnya lebih cenderung kepada pro-Pakatan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali, yang juga exco kerajaan Selangor, bagaimanapun dianggap lebih cenderung pada aliran pro-muzakarah.

Di Kelana Jaya, Izham mengalahkan pemimpin kawasan itu Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga setiausaha akhbar Abdul Hadi dan ketua penerangan PAS negeri.

Roslan adalah antara pemimpin PAS yang sering bersuara sealiran dengan presiden parti.

Dalam mesyuaratnya baru-baru ini, Kelana Jaya mencalonkan Husam sebagai timbalan presiden, Mohamad dan Nizar untuk naib presiden. Ahli parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

PAS di Selangor mempunyai 22 kawasan.

Tolak muqabalah PAS-Umno

Di Kelantan pula, exco Pemuda PAS negeri, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, berkata hampir semua daripada 14 kawasan di sana tidak dapat menerima usaha muqabalah PAS-Umno dan berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Hampir semua (kawasan) menolak cadangan tersebut. Semua berada di belakang tok guru," katanya.

Penolakan cadangan tersebut antara lain ekoran pengalaman pahit kerjasama PAS dan Umno di Kelantan sehingga tercetusnya darurat di negeri tersebut, tambahnya.

"Ia satu perangkap kepada PAS," kata Dr Rosli.

Katanya, kawasan-kawasan di Kelantan, termasuk Bachok, cenderung mencalonkan Husam, yang juga exco kerajaan negeri, sebagai timbalan presiden.

Parlimen Bachok diwakili oleh Nasaruddin, tokoh kedua penting selepas Abdul Hadi yang menyokong muzakarah.

Perkukuh k'jaan Pakatan

Di Kelantan, Nizar juga popular untuk dinaikkan bagi mengisi satu daripada tiga kerusi naib presiden. Nama-nama lain termasuklah Mohamad, Tuan Ibrahim dan Salahuddin Ayub, yang tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, Jun ini.

Sementara di Kedah, umumnya 15 kawasan di negeri tersebut cenderung untuk memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh menteri besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Isu muqabalah tidak diminati oleh pemimpin di sini, sebaliknya memikirkan bagaimana untuk memperkukuhkan Pakatan," kata ahli parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar kepada Malaysiakini.

Beliau, yang juga exco Pemuda PAS, berkata Azizan juga tidak bercakap tentang isu muzakarah PAS-Umno di negeri itu, sebaliknya menasihati pemimpin PAS Kedah untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan.

PAS negeri pula ingin menaikkan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengisi kerusi naib presiden.

Sah..! Fairuz Letak Jawatan ADUN..! - malaysiakini

Reactions: 
Sah Fairuz letak jawatan ADUN Penanti...

Lagi 1 pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang..!

Moh ke Penang..!

BloggersNetwork@Perak akan bergabung dengan BloggersNetwork@Penang di DUN Penanti - harap maklum.

Pilihanraya Kecil DUN Penanti..? - malaysiakini

Reactions: 
ADUN Penanti PKR letak jawatan... Pilihanraya Kecil akan diadakan di DUN Penanti... maklumat dikatakan sah...

Tolong Kompomkan..!

Teori Dan Gambar Kabinet Baru... - malaysiakini

Reactions: 
Update dekat bawah... hehehe...mekasih Baginda Reformasi...

Tolong Komen...

Teori Mahathir dan kabinet.

M - Muhyidin yassin(TPM)
A - Ahmad Zahid Hamidi(PERTAHANAN)
H - Hishamudin (KDN)
A - Anifah Aman (KEM LUAR NEGERI)
T - Tee Keat (PENGANGKUTAN)
H - Husni Mohd Hanadzlan (kewangan 2)
I - Ismail Sabri Yaakob (EHWAL PENG)
R - Rais Yatim (KOMUNIKASI)

Best kan???

3 Produk Haram Dari UMNO/BN - malaysiakini

Reactions: 
Yang ni orang UMNO Terengganu sendiri cakap... "Produk MB Haram"...

Yang ni pulak orang UMNO Perlis cakap... "MB Haram"...

Yang ni tak payah cerita banyak laaa... satu dunia tau... MB Haram dari KERAjaan Haram...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

UMNO celaru... gaduh, gaduh, gaduh...!!!

"Lawyers For Freedom Of Assembly" - malaysiakini

Reactions: 
Kes "Lawyers For Freedom Of Assembly" Human Rights Days March terhadap -

1 - Sivarasa Rasiah.
2 - Amer Hamzah.
3 - Latheefa Koya.
4 - Eric Paulsen.
5 - Johnny Andu
6 - Noorazah.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Puan SM Komathy telah mendapati tiada kes dan telah melepaskan dan membebaskan kesemua tertuduh.

Laporan dari Arif (http://arifabdull.com/)

Awas..! Lembu Berkeliaran Dalam Blog... - malaysiakini

Reactions: 
Baca komen dari Tungaklangit -
  • Masyallah
  • Apakah maksud TP mengeluarkan gambar ini?
  • Adakah ini dalah satu mainan politik syaitan?
  • Dalam kesibukan menghentam UMNO jangan kita mempermainkan soal agama?
  • Konon-konon untuk tunjuk PAS/PKR/PR mengamalkan sikap terbuka sampai tok sami sembahyang sekali? Ini boleh timbul fitnah besar dalam masyarakat islam Malaysia.
  • Sekiranya benar tok sami dah masuk islam kenapa tak ada seorang yang warak menasihati mereka ini menukar baju sebelum sembahyang?
  • Kalau belum masuk islam, maka sahlah orang islam Melayu telah ditimpa musibah dan fitnah besar diakhir zaman? Inikah islam yang diperjuangkan oleh oang PAS dan PKR?
  • Masyallah apa nak jadi dengan umat islam Melayu Malaysia ni?
  • sesungguhnya saya bersaksikan dengan kalimah Allah bahawa sanya saya bebas dari fitnah ini dan saya menyeru supaya semua pembaca kembali mengingati Allah..
  • jangan dipermainkan agama kita...
  • kelakuan tok sami ini kalau tidak dilihat dengan ikhlas akan menjadi fitnah besar...
  • bertaubatlah kita semua
  • tahniah untuk TP yang membiakkan fitnah ini... saya tidak terlibat dalam fitnah ini
  • salam
Mintak tolong kawan-kawan pembaca-pembaca sekelian perjelas sikit dekat Tungaklangit ya... hamba mohon sembah derhaka... apa masalahnya dengan pakaian bekas tok sami tu?

Tak tutup aurat ke?

Berdosa ke dalam Islam kalau pakai pakaian tok sami?

*Awas..! Lembu Berkeliaran Dalam Blog..!*

Hari Terakhir Di Bukit Gantang Dan Perak - malaysiakini

Reactions: 
Hari ni adalah hari terakhir aku di Bukit Gantang dan jugak di Negeri Perak Daril Ridzuan. aku mula berkampung di Perak pada 12hb. Mac, 2009 dan hari ni cukup 2 bulan 4 hari aku dekat Perak. krisis perlembagaan Perak belum berakhir tapi krisis dalam poket aku dah bermula... kah kah kah kah kah... padan muka kau Topeng Perak Unmasked. kau yang cari penyakit... kah kah kah kah kah... !!!

Jadi sambil-sambil aku dok taip post ni, sambil-sambil tu jugak aku dok packing barang-barang aku untuk diangkut balik ke Kolumpo ops Selangor. kembali ke tempat asal. perjuangan masih belum berakhir dan akan tetap diteruskan macam dulu jugak, cumanya aku di Selangor dan geng-geng BloggersNetwork@Perak di Perak. tempat krisis.

Tak boleh jugak nak harapkan sumbangan dari orang ramai sepanjang masa sebab aku rasa tak adil untuk korang menyumbang tapi tak dapat apa yang korang harapkan dari aku. walau macam manapun, kalau korang masih berminat nak menyumbang, korang masih boleh terus menyumbang macam biasa dalam tabung untuk kegunaan sahabat-sahabat di Perak.

Aku akan buat kacau macam biasa dari tempat aku... hahaha... macam la info dari Perak boleh tersekat kalau aku dok jauh kan?

Dekat atas ni gambo souvenir yang aku dapat dari salah sorang penyokong Pakatan Rakyat... mekasih bebanyak... 1st. time nama BloggersNetwork@Perak dan jugak nama blog aku terukir dekat mug... hahaha... mekasih, mekasih... geng-geng BloggersNetwork@Perak yang lain-lain pun dapat jugak semug sorang... hahaha...

Jadi sementelah aku nak meninggalkan Negeri Perak, maka laptop yang aku pinjam dari sahabat di Perak jugak akan dipulangkan balik pada tuan punya laptop... mekasih bebanyak... lepas ni aku akan balik macam dulu, tak leh nak update setiap masa, tapi tetap jugak aku cuba untuk update blog kesayangan ni sekerap yang boleh dan sepantas yang boleh insya-Allah... mekasih untuk yang bagi pinjam laptop ni ha...

Sebelum aku gerak, aku nak bantai sikit ni ha... kalau sesape antara korang ternampak iklan macam ni dekat kereta sahabat aku geng BloggersNetwork@Perak (nama terpaksa dirahsiakan) mintak tolong la suruh dia buang iklan menatang haram jadah ni... benci sungguh aku dekat iklan menatang haram jadah ni... khak ptuih...!!!

Kah kah kah kah kah ... !!! aperla punya sengal... orang dok boikot, hang buat iklan pulak... sungguh kurang asam... lagi sekali khak ptuih...!!!

Ok geng... aku nak packing barang... esok nak gerak ke tempat asal aku... sedey geng nak tinggal Negeri Perak ni... dah macam kampung aku dah tempat ni.

Adusss... macam mana pun kene gerak jugak... kalau tak, makan pasir le aku... aish... macam mana rasa pasir ha???

Inilah Dia Contoh Haram Jadah..! - malaysiakini

Reactions: 
Memang kalau nak sebut "Menatang Haram Jadah", yang paling sesuai sekali ialah KERAjaan Haram Jadah UMNO/BN Perak. lain-lain menatang memang tak leh nak lawan kemenatangan Haram Jadah yang satu ni.

Tak sampai pun 3 bulan Menatang Haram Jadah ni rampas kuasa dah macam-macam kerja haram jadah yang menatang haram jadah ni buat.

Seminggu Menatang Haram Jadah ni rampas kuasa Kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat secara haram jadah, menatang Haram Jadah ni dah sibuk buat projek haram jadah dekat bangunan SUK... habis perabot di SUK depa nak tukaq tapi projek haram jadah terpaksa stop lepas projek haram jadah depa dibocorkan.

Dalam masa seminggu tu jugak dah ada orang dari pejabat tanah merungut sebab ada menatang haram jadah pi panjat pejabat tanah secara haram jadah, jumpa pegawai mintak kawasan balak secara haram jadah... haram jadah sungguh puak-puak haram jadah ni...

Banyak lagi lepas tu puak-puak haram jadah ni buat kerja haram jadah secara haram jadah dan yang terbaru sekali ialah puak-puak haram jadah ni dah keluarkan surat rasmi menamatkan perkhidmatan Ketua-Ketua Kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat dan jugak JKKK.

Tindakan ni ternyata bercanggah dengan kenyataan Zambry Haram Jadah di awal-awal perlantikannya sebagai MB Haram Jadah bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan.

Memang sah menatang ni Haram Jadah...