Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, April 29, 2009

Usul Lucut Speaker DUN Perak - malaysiakini

Reactions: 
Malaysiakini lapor -

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

TPU - kah kah kah... aku dah agak dah... bukan aku je yang dah agak, 1Malaysia dah agak dah benda ni akan dibawak ke Sidang DUN Perak nanti... kah kah kah...

Tapi kalau Speaker gumpal-gumpal kertas usul tu pas tu buang dalam tong sampah, UMNO/BN nak buat macam mana?

Nak bawak pi Mahkamah ke? pas tu Mahkamah isytihar bahawa Speaker tiada kuasa untuk menolak usul tu ke?

Pas tu jadik sarkis ke? ke? ke?

Oit..! ini Malaysia la..! kalau UMNO/BN cakap api tu sejuk, 1Malaysia kene pecaye oi..!

1Malaysia, apepun boleh jadi beb..! jangan la korang nak harap ade benda yang baik akan berlaku, jangan la korang dok harap sangat apa yang korang harapkan tu berlaku... ini Malaysia beb..! 1Malaysia..! 1Malaysia sudah tau..!

Blog Tak Update...

Reactions: 
Seminggu ni aku cukup sibok dengan entah hape menatang aku tak tau. tak berapa banyak masa untuk update blog dan tambah lagi dengan tak banyak isu sekarang.

Jadi, kalau korang bukak blog ni dan tengok mende yang sama je tak de update, aku mintak maaf banyak-banyak. rasanya tak seronok kalau setakat update blog untuk isu yang remeh-temeh.

Nanti ada masa dan jugak ada isu panas atau isu baru, aku akan update. buat masa ni aku tak de idea nak update... cuba tunggu malam-malam karang atau esok. mungkin idea aku datang. ni tengah kumpul info.

Mintak maaf banyak-banyak geng... aku buntu...

Pilihanraya Penanti dah dekat dah ni... banyak nak kene prepare dari segi material dan jugak poket. adusss...