Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 01, 2009

Hadiah Untuk MSO

Reactions: 
Cerita Sebenar Dan Bukti-Bukti Dari Blogger kickdefella Episod 1.

voucher 1

  • Saya banyak menerima email dan pertanyaan mengenai dakwaan dan tuduhan ke atas saya berhubung projek kambing Jamnapari atau Jihad Ternak. Saya tidak bersedia untuk menjawab di sini sebab isu itu sudah lama ditimbulkan. – Mohd Sayuti Omar a.k.a Imam as Souti
Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?

Di dalam artikel bertajuk "Husam's Fight For Survival" di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk "Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS".

Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.

Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.

Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung disebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.

Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.

Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,

Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini.

Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.

Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato' Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.

Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.

Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.

Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.

Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.

Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.

Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,

"As'kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr."

Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.

Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.

Husam 0215Jihad Ternak

Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.

Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.

Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.

Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.

Husam 0131PAS HQ

Husam Tewas?

Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.

Terima Kasih.

cadangan & kadar harga page-1

cadangan & kadar harga page-2kadar harga kambing page-1kadar harga kambing page-2kos perbelanjaan projek ternakan kambing

projek pusat latihan&ternakan page-2

voucher 1voucher 2

v APKBB 3

notis perintah page 1 of 2notis perintah page 2 of 2perintah page 1 of 3perintah page 2 of 3

http://kickdefella.wordpress.com/

Ugutan Dari Lanun?

Jam 1.58 tengahari semalam, mesej di bawah masuk ke bahagian spam ruangan komen blog ini. Yang jelas ia adalah tindakbalas berbentuk ugutan setelah saya menyiarkan kenyataan media dari peguam Amir Bazli. Ugutannya adalah jelas iaitu mahu menerbitkan sebuah buku yang menceritakan perkara-perkara yang boleh memburukan dan menjatuhkan seseorang. Tetapi di dalam kes ini, ia melibatkan tiga orang iaitu Haji Husam, Kickdefella dan Saudara Khir.

Dibawah saya siarkan balik secara penuh sebahagian mesej itu yang menyentuh hal berhubung kickdefella. Bahagian yang secara spesifik menyentuh saudara saya yang lain tidak saya siarkan kerana ianya bagi saya jelas tidak berasas saya sekali.

Bagaimanapun ini tidak bererti apa yang disiarkan di bawah adalah benar sama sekali.
____________________________________________________________
salam;

Saya minta saudara jawab tuduhan ini, kerana saya berminat untuk menerbitkan semua buku mengenainya.

mso

0192336996
____________________________________________________________

Penguasaan media alternatif

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.

Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, 'latar belakang seperti itu' adalah asset kepada PAS.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

"Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..", kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. "Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan 'hamba' amat besar..", kata Husam.

Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.
____________________________________________________________

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan ke atas saya sebelum ini antaranya ialah saya adalah talibarut Tengku Razaleigh dan spy Tun Dr. Mahathir, kebanyakkannya berpunca daripada hubungan saya dengan individu tertentu tetapi tuduhan bahawa saya Pro Anwar adalah sesuatu yang sudah tentu akan menggelikan hati blogger Penarik Beca sampai boleh pecah kerusi di Restoran Taqwa.

Saya kurang arif dengan maksud kehidupan bebas, tetapi sebagai seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip selama lebih 15 tahun, sudah tentu saya punyai ramai kenalan rapat atau tidak dikalangan penggiat seni. Ya, saya pernah blog di sini mengenai mereka, antaranya ialah arwah Loloq. Saya juga pernah blog pada awal 2007 3 bulan sebelum pulang ke Kelantan siri artikel bertajuk 'Karaoke With Satan' yang setelah saya pulang di Kelantan di jaja di beberapa blog dan kemudiannya menjadi modal yang digunakan oleh mereka yang tidak selesa dengan saya sebagai 'satu pengakuan terbuka saya' dalam mempromosi tabiat meminum minuman keras. Saya cadangkan dibaca semula posting tersebut.

Pendapatan saya bukan RM6,000 sebulan. Gaji yang dibayar PMBK kepada saya jauh lebih rendah daripada itu. Malangnya bagi mereka yang bekerja makan gaji, semua tentu arif bahawa hal ehwal gaji dan kontrak dengan majikan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Kalau boleh, saya amat gembira sekali untuk mendedahkkannya. Tetapi bagi para Lanun, mereka tentu tidak arif tentang ini kerana mereka hanya tahu memeras ugut mangsanya bagi mendapat wang sara hidup.

Serba sedikit perjanjian kerja saya ialah saya perlu memikir dan melaksanakan kempen bagi menyebarkan maklumat aktiviti-aktiviti kerajaan Negeri Kelantan dan juga mendedahkan yang sebenar tentang Kelantan kepada umum. Ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai saluran, agensi dan jawatankuasa.

Antara yang telah dilakukan ialah menarik minat terhadap penanaman Depu, Minifest Kelantan 2007, penerbitan Majalah Qiadah, Penerbitan Buku Foto Tuan Guru, Pentomin Malam Cakna Palestin dan lain-lain. Untuk melaksanakannya, saya tidak terikat dengan seorang exco sahaja, tetapi telah bekerja dansangat gembira untuk terus bekerja dengan ramai exco antaranya YB. Dato' Haji Takiyuddin, YB. Dato' Mohd Amar dan YB. Dr. Fadzli.

Apa yang tidak diketahui umum, aktiviti bukan kerajaan yang melibatkan Haji Husam, saya lakukan didalam cuti atau saya akan mengambil cuti tahunan saya. Ini kerana dari pengalaman saya, ahli-ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan semuanya amat-amat tegas dan 'particular' dalam mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan jentera Kerajaan untuk tujuan peribadi. Ini saya pasti mereka warisi daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apa yang ramai tidak tahu, saya sebenarnya lebih rapat dan lebih mesra dengan YB. Dato' Mohd Amar kerana sewaktu saya bersekolah, ibu saya tinggal di Pondok Panchor, milik Gemullah Pak Nik Lah, ayah kepada YB. Dato' Mohd. Amar. Selepas habis tingkatan lima, saya bekerja sementara sebagai dreber kepada Gemullah Pak Nik yang ketika itu ahli Parlimen tunggal PAS selepas pilihanraya 1986. Bila di Kuala Lumpur, saya akan menghantar Gemullah Pak Nik ke rumah Mohd Amar yang ketika itu menetap di Bangi.

Arwah ibu saya amat menyanjung tinggi keluarga Gemullah Pak Nik sehingga berhajat benar hendak kahwinkan saya dengan seorang adik YB. Dato' Mohd Amar. Allah Maha Kuasa, jodoh tiada dan adik YB tersebut pula meninggal dunia.

Mungkin pada pandangan segelintir pihak, 15 tahun hidup dalam dunia seni adalah 15 tahun yang penuh maksiat tetapi bagi saya ia hanyalah mencari rezeki yang halal disamping terus mencari ruang sebaiknya menggunakan bakat yang Allah S.W.T kurniakan. itu secara peribadi bagi saya, jauh lebih baik dari menjadi lanun.

Tetapi saya tidak akan menuduh lanun itu jahat walau lazimnya begitu. Orang melanun ada sebabnya. Kadang-kadang mereka terpaksa melanun untuk tujuan yang jauh lebih mulia dari kita semua. Kadang-kadang mereka melanun untuk sesuap nasi kepada anak kecil mereka atau seteguk ubat untuk bayi mereka.

Namun, ada juga yang menggabungkan bakat mereka untuk memperkemaskan aktiviti melanun atas nama memperjuangkan kebenaran.

Sumber - kickdefella

susunan - pinkturtle

Baru Saya Tahu Kenapa MSO Marah Sangat Dgn Husam Musa

Reactions: 
Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.

Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.

Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.

Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato' A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.

Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU-12 baru2 ini.

Dato' A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan Kelantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato' A ini telah ditolak mahkamah.

Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS. MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa.

Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Mereka, di dalam PAS, yang pro kepada muqabalah dan membawa PAS kepada UMNO ini sebahagian besar mempunyai sejarah bekerja sama dengan korporat2 UMNO dan sehingga sekarang masih lagi mengharap projek dan kontrak dari UMNO.

Ertinya, tujuan membawa PAS kepada UMNO ini tiada kena mengena dengan DAP, dengan Anwar Ibrahim yang liberal, dengan PAS yang tidak bersuara dalam PR.

Tujuannnya adalah untuk mengkayakan sebahagian dari pimpinan2 ini yang dijanjikan projek dan kontrak dari UMNO.

Zahid Hamidi memang sedang galak memberi "rasuah politik" sebegini atas nama Islam dan melindungi Melayu dan Islam dari serangan bangsa asing.

Tidak hairan, sehingga sekarang pun, pimpinan2 ini masih lagi berjumpa dan berkonspirasi dengan Zahid Hamidi.

Bagi saya, Zahid Hamidi ni seorang yang tiada prinsip dan penipu besar dan seorang yang penakut. Nak debat dengan Husam pun takut. Hantar katak sebagai ganti beliau.

Tulang Besi

Penanti Dah Lepas, Manek Urai La Pulak...

Reactions: 
5 pilihanraya kecil dah lepas... Permatang Pauh, coverage dari Perisik Rakyat ok... Kuala Terengganu pun ok, Bukit Gantang ok... Batang Ai dan jugak Bukit Selambau KO sebab aku tak boleh berada di 3 tempat dalam satu masa...

Korang ingat aku ni hantu raya ke..?

Penanti, coverage dari Perisik Rakyat KO, sebab aku dah kesempitan... jammed. tak leh nak buat kerja sebab aku tak mungkin boleh sampai Penanti dengan modal RM10... kalau Ipoh, Perak memang aku boleh sampai dengan modal RM10... hahaha...

Jadi untuk Pilihanraya Kecil Manek Urai, aku akan berada di sana lebih awal... banyak yang nak kena prepare disana... aku tak nak apa yang berlaku di Bukit Gantang berulang lagi di Manek Urai... jadi aku akan pergi awal untuk selesaikan banyak hal yang aku fikir perlu supaya kita dapat sampaikan segala maklumat dan info dengan lancar.

Bantuan kewangan amat-amat diperlukan... untuk membuat sumbangan, aku dah tepek dekat atas tu no akaun. kalau nak sumbang, boleh... kalau tak mau sumbang pun tak de masalah... mekasih.

Penanti: Pengajaran Terakhir Untuk UMNgok - malaysiakini

Reactions: 
Berapa Pilihanraya Kecil dah kita lalui sepanjang penggal ke-12 ni..? Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan terakhir sekali ialah Penanti.

5 Pilihanraya Kecil, dan 4 kekalahan untuk UMNgok/Barisan Nasiyonal...

Macam-macam cara dah UMNgok gunakan baik untuk menidakkan kemenangan Pakatan Rakyat mahupun untuk mengecilkan jumlah majoriti dengan tujuan yang UMNgok sahaja tahu tapi semuanya gagal secara terhormat. UMNgok tetapi gagal.

Kalau dulu, UMNgok banyak bergantung pada hantu-hantu Pilihanraya peliharaan UMNgok/Barisan Nasiyonal, kini UMNgok dah banyak menukar strategi... strategi menghilangkan peti undi masih populor lebih-lebih lagi dikawasan pedalaman dan yang paling akhir dan sedikit advance ialah dengan meramaikan calon.

Tu pun UMNgok gagal jugak untuk mengurangkan majoriti kemenangan Pakatan Rakyat. duit habis untuk menaja calon bebas, matlamat haram tak sampai... sikit pun tak sampai target.

Jalan terakhir untuk mengurangkan ketebalan muka UMNgok ialah dengan tidak meletakkan calon, tetapi menggunakan proksi...

Minah Ronggeng punya potensi untuk digunakan di Penanti dan UMNgok memang jarang melepaskan peluang... orang dah mengangkang, mana la UMNgok reti nak jeling-jeling je... baka UMNgok ni baka terpilih... nafsu serakah UMNgok lain macam sikit. pantang terjeling, pakat-pakat bedal terus.

Maka beramai-ramai lah UMNgokrism membedal dan mengerjakan Minah Ronggeng ni secukup rasa demi untuk mencapai matlamat mereka mengurangkan majoriti kemenangan Pakatan Rakyat.

Semua media Perdana pakat-pakat meronggeng Minah Kaput jelmaan Atlantuya... tiada ruang yang tak diberi untuk Minah Ronggeng ini... semua ruangan adalah hak milik Minah Ronggong. pendek kata, batuk sahaja, set untuk wawancara ekslusif dah tersedia.

Dan akhirnya Minah Ronggeng hanya menang undi pos... ala... undi pos ni korang paham-paham la atas arahan sape...

Minah Ronggeng menang undi pos tetapi Minah Ronggeng kalah pada calon bebas yang menentang Ir Nizar dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang lepas...

Promotion sikit punya gila babi, last-last kalah dengan cap payung yang langsung tak de buat apa-apa promosi dan jugak langsung tak dapat sokongan media perdana...

Malu sungguh... UMNgok lagilah bertambah Ngok... konon-konon nak guna proksi... naikkan Minah Ronggeng cukup-cukup... last skali kau makan jela undi pos kau tu sampai kenyang... pegi la rayakan kejayaan kau menang undi pos tu.

Tunggulah pilihanraya kecil Manek Urai nanti... UMNgok akan buat kerja-kerja bodoh yang sama jugak... media Perdana akan mencanangkan betapa mundurnya Kelantan dibawah PAS, surat khabar akan tayang gambar-gambar lama di Kelantan... dan macam-macam lagi yang korang boleh agak...

Lagi banyak UMNgok/Barisan Nasiyonal memburukkan Pakatan Rakyat, laagi rakyat meluat... tapi UMNgok tak pernah belajar dari kesilapan... UMNgok tak kan membetulkan kesilapan itu... apa yang UMNgok akan buat ialah sedaya upaya berusaha untuk membuat supaya orang ramai menerima kesilapan itu sebagai kebiasaan...

Matlamat menghalalkan cara.

Manohara: "Bantuan Media Malaysia Tidak Ada" - malaysiakini

Reactions: 
Istana Kelantan bergegar lagi dengan dakwaan bahawa seorang puteranya Tengku Muhammad Fakhry Petra mendera isterinya, bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

manohara odlia pinot kelantan 260509Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau - yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan - dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu.

Manohara Odelia (foto terbaru, kanan) melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.

Akhbar dalam talian Detik.com tengah malam ini melaporkan, ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Sumber asal - malaysiakini

TPU - Aduh... Istana Kelantan lagi... kalau hari tu penulis-penulis blog didakwa menulis secara semborono tanpa bukti dan media-media perdana masing-masing cuba melindungi pihak istana...

Aku tertarik dengan ayat ni - ""Bantuan media di Malaysia tidak ada. Mereka hanya memfoto, lalu kemudian bercerita bahwa saya baik-baik saja. Padahal saya tidak ditanya," beliau dipetik berkata."

Biasa lah perkara macam ni di Malaysia... Media perdana di Malaysia..? kah kah kah kah kah...!!!

Kalau lu nak cerita dekat orang yang taik tu wangi, media perdana boleh tolong... tapi kalau lu nak cerita tutup aurat tu wajib... lu salah tempat beb...

Krisis Perlembagaan Perak: Angan-Angan Bubar DUN - malaysiakini

Reactions: 
Minggu lepas berkumandang di seluruh Malaysia desas-desus kononnya DUN Perak akan dibubarkan dalam masa yang terdekat. ada juga yang meramalkan dan kononnya mendapat 1st. class info yang mengatakan bahawa UMNgok/Barisan Nasiyonal akan mengusulkan pembubaran DUN kepada Istana Perak selewat-lewatnya pada hujung minggu lepas.

Semua itu "kononnya" akan berlaku "minggu lepas" tetapi sehingga masuk ke "minggu ni" desas-desus tu semua tinggal kenangan dan lebih tepat lagi "angan-angan".

Pakatan Rakyat dari mula berjaya menakluk 4 negeri di Semenanjung Malaysia sehinggalah terlepas 1 negeri ketangan "pencabul" undang-undang dan perlembagaan tak sudah-sudah tertipu dan termakan umpanan gula-gula UMNgok/Barisan Nasiyonal.

Agaknya kalau UMNgok/Barisan Nasiyonal sebarkan melalui sms/blog/email atau mana-mana media kononnya minggu depan akan kiamat pun silap-silap ada yang percaya.

Ternyata permainan politik Pakatan Rakyat masih ditahap rendah.terlalu senang dipergunakan, terlalu mudah diperbodohkan dan dipermainkan. inilah hebatnya projek memperbodohkan rakyat kelolaan UMNgok/Barisan Nasiyonal selama lebih 50 tahun. sesiapa pun takkan terlepas dari diNgokkan oleh UMNgok/Barisan Nasiyonal antara sedar dengan tidak.

Fikirlah secara lojik bila berpolitik. lojik dalam politik ialah lojik mengikut pemikiran songsang. itu adalah apa yang dikatakan lojik dalam politik. jadilah geng jahat dan berfikirlah seperti geng jahat dan dari situ barulah kita dapat memintas kepala otak penjahat-penjahat yang berlagak baik dalam politik. inikan politik... mana ada politik yang bersandar pada idea yang baik..?

Najib Presiden UMNgok..?

Ramai yang bila membincangkan soal pembubaran DUN Perak mengambil fikiraan bahawa Najib bersetuju untuk pergi kearah pembubaran DUN Perak "demi survival" UMNgok/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti. kononnya Najib bersedia untuk melepaskan negeri Perak demi untuk menyelamatkan UMNgok/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti.

Kiraanya ialah, lebih baik terlepas 1 negeri daripada terlepas 1 Semenanjung Malaysia dalam PRU-13. itu buah caturnya.

Untuk survival UMNgok/Barisan Nasiyonal, itu memang 1 kewajipan untuk dilakukan dan itulah jawapan yang diberikan dalam 1 mesyuarat penting UMNgok/Barisan Nasiyonal sebaik Zambry diisytiharkan sebagai Menteri Besar Mahkamah Putrajaya 2 minggu lepas.

Tapi ada yang lupa untuk membaca siapa itu Najib Tun Razak. ramai yang terlepas pandang... ramai yang berfikir kononnya Najib Tun Razak itu adalah Presiden UMNgok dan juga Perdana Menteri Malaysia. ramai yang tersilap mengenal siapa Najib Tun Razak dan dari situ berlaku kesilapan dalam mentafsir dan meramal tindak-tanduk Najib Tun Razak.

Najib - 1 Man Show...

Pada aku, Najib adalah seorang diktator yang tahap kediktatorannya melebihi dari kesemua pemimpin-pemimpin terdahulu yang ada didalam UMNgok/Barisan Nasiyonal. Najib bukan seorang yang berminat untuk mengumpul kroni-kroni atau orang-orang bawahan yang kepentingan mereka akan dijaga oleh Najib.

Sepanjang Najib berada didalam UMNgok, dia adalah seorang yang bersih dari perkara-perkara yang bersangkutan dengan aktiviti-aktiviti kroni-kroni. cuba mana-mana pembaca namakan seorang manusia yang bergelar "kroni Najib" sepanjang Najib berada dalam UMNgok.

Setakat hari ni, aku tak dapat nak cari seorang yang hebat yang bergelar kroni Najib...

Hanya Najib...

Sepanjang Najib berada dalam portfolio Menteri Pertahanan, berapa banyak pula agendanya yang menguntungkan pihak Kementerian Pertahanan..?

Berapa banyak agenda yang Najib lakukan semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan yang hebat selain daripada kenaikan gaji dan elaun dan juga beberapa kelebihan-kelebihan kebajikan anggota-anggota tentera... selain daripada itu apa yang hebatnya dari Najib?

Yang hebat ialah pihak tentera berjaya mengekalkan penggunaan pesawat-pesawat lama yang dah reput sehingga benar-benar reput dan juga berjaya menggunakan senjata-senjata kuno untuk mempertahankan Negara Malaysia... mujur juga tak ada negara yang berminat nak menyerang Malaysia... kalau tidak alamatnya... erm...

Korang ingat kalau Singapura buat gila babi, boleh ke Askar Melayu mempertahankan Malaysia dari serangan senjata-senjata canggih tentera Singapura..?

Bubar DUN: Tunggu Sampai Akhir...

Akhir kata, bila Najib berurusan dalam pembelian Eurocopter, berapakah komisyen yang Najib dapat dan apa yang "orang lain"dapat sebagai rakan kongsi Najib..? C4..? ya... rakan kongsi Najib hanya dibayar dengan ledakan bom C4 dan janji tinggal janji. hancur lebur bersama mayat rakan kongsi.

Ini ialah realiti siapa itu Najib Tun Razak. manusia ini jika berbuat apa-apa perancangan, bukanlah untuk siap-siapa tetapi hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

Lojiknya dengan membubarkan DUN Perak, maka sekurang-kurangnya UMNgok/Barisan Nasiyonal akan sedikit terselamat dari jahanam terus dalam PRU-13 tetapi oleh kerana manusia yang memegang kuasa sebagai Presiden UMNgok dan juga Perdana Menteri Malaysia ini ialah seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, maka cita-cita Bubar DUN Perak hanya cita-cita mereka-mereka yang berfikir secara rasional.

Tetapi Najib bukanlah seorang yang rasional... rasional bagi Najib ialah "selagi ada peluang, gunakanlah ia sebaiknya dan jangan bazirkan peluang itu walau sesaat..!".

Najib tak pernah peduli pada survival UMNgok dalam PRU-13 nanti... kalau UMNgok nak terkubur dalam PRU-13, itu bukan masalah Najib... masalah Najib sekarang ialah bagaimana untuk mengekalkan apa yang ada sekarang, penuhi semua cita-cita sebelum semuanya sudah terlewat.

Apa yang korang harapkan dengan diktator ini..?

Dengan ertikata lain... Najib bukan seorang pemimpin yang mempunyai kroni, Najib tak perlukan sesiapa untuk survivalnya... Najib tak pernah pedulikan orang-orang disekelilingnya... kalau hang nak mampus, mampus je lah... najib tak pernah peduli...

Najib berpolitik atas kapasiti dirinya sendiri dan Najib adalah seorang yang amat-amat mementingkan diri sendiri... parti hanyalah "kuda trojan" Najib.

Apa yang korang nak harapkan pada seorang yang mementingkan diri sendiri?

Bubar DUN..? apa tu? lagi baik pertahankan apa ytang ada sekarang dari menggadai tak tentu pasal... lagipun Najib dah tau... PRU-13 tak kira UMNgok/Barisan Nasiyonal kalah atau menang, dia tak mungkin akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia... Najib terlalu banyak skandal dan Muhyidin walaupun Ngok tetapi semakin dikenali dan terserlah dalam UMNgok...

Kalau korang jadik Najib... korang nak bubar DUN ke tak?

Lu pikir la sendiri...