Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 18, 2009

Nizar Fail Rayuan, Hakim Belum Kemuka Hujah Bertulis - malaysiakini

Reactions: 
Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan mahkamah rayuan berhubung pengishtiharan Dato' Seri Dr. Zambry Kader sebagai MB yang sah esok (19 Jun).

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim mahkamah rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Dato' Mat Raus Shariff,Dato' Zainun Ali dan Dato'Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mengejutkan pelbagai pihak.

Menurut Nizar beliau hairan mengapa mereka melewatkan penyerahan bertulis sedangkan ketiga-tiga mereka hanya mengambil masa selama 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

Nizar bersetuju dengan kenyataan katua hakim negara,Tan sri Zaki Tun Azmi yang menyelar hakim yang menangguhkan keputusan bertulis mereka.
Zaki juga menggesa hakim membuat keputusan dengan telus dan berdasarkan kepada bukti dan undang-undang yang termaktub.

Sementara itu,Pengerusi DAP Perak,Dato' Ngeh Koo Ham turut mendesakhakim terbabit menyegerakan hujah bertulis mereka bagi memberi keadilan kepada pihak yang mempertikai keputusan itu.

Sumber Berita : Anjung Info (TVantara)