Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 20, 2009

Misi Mempertahankan Manek Urai - malaysiakini

Reactions: 
Malam ni aku akan gerak ke Kelantan, insya-Allah pagi esok aku sampai dan akan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa seterusnya ke Manek Urai untuk program sebelah malamnya.

sampai nanti aku akan bersama-sama bergabung dengan blogger-blogger di kampung aku... PinkTurtle, Shamb.yeol, Asrol, Tok Ggawo dan lain-lain.

Jumpa di sana untuk persediaan PRK Manek Urai. ini bukan misi untuk menawan Manek Urai sebab Manek Urai memang kubu kuat PAS sejak PAS memerintah Kelantan tetapi ini ialah misi untuk mempertahankan Manek Urai dari UMNgOK/Barisan Nasiyonal..!

Jumpa disana...

Sebarang sumbangan kepada website http://perisik-rakyat.com/ bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank bernombor - 112026869679 (Mohd.Fauzi bin Mohd.Azmi). sumbangan boleh dibuat secara online (Maybank2u). Sila klik ikon diatas untuk membuat sumbangan - terima kasih.

*Sumbangan setakat 19hb.Jun, 2009 - RM87.00 - Terima kasih kepada anda yang menyumbang.*

PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

Reactions: 
PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

Ketua Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada MAlaysiakini, tempohari.

Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS.

Beliau dilaporkan berkata:

Soalan:Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini?

Tantawi:...Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.”


Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan.

Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia.

Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?

Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah datu tenaga kea rah penubuhan PAS.

Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS?

UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi?

PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn ISlam Tokeh Judi)

Business Times Singapore telah melaporkan:

” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


Dalam senyap2 PAS berdakwah dgn UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO.

Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi, mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata.

Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO.

Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan?

Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa.

Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah.

Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.

Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.

Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu

Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO.

Juga diambil dari Penarik Beca@Bakaq:

"Jawapan Anonymous (nombor 27) dalam posting bertajuk "Protes kerajaan perpaduan!":

Kepada ketua pemuda PAS ..boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan firaun ..TAPI apa yang nasa and cikgu pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ ,orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz..."
Sila baca juga:

a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah

Banner Protes Nasha Di Seluruh Bachok... Tolong Letak Jawatan..! - malaysiakini

Reactions: 
Di Cabang 3 persimpangan ke Beris Kubur Besar

Di Cabang 3 persimpangan ke Beris Kubur Besar

Simpang 3 Tawang

Simpang 3 Balai Polis Tawang menuju ke Pantai Senok (Dekat Rumah YB Tawang Hasssan Mahmod)

Yang ni betul- betul di Hadapan Pejabat PAS Bachok di Pantai Irama bersebelah dengan Masjid Besar Bandar Bachok...

Simpang 3 Kg Kubang Kawah, Perupok.. dekat rumah YB Ustaz Omar

Simpang 4 Beris Kubur Besar

.....Pasar Beris Kubur Besar

Perang Kain Rentang Protes Nasha Di Bachok

Masa nak buka stesen minyak dalam kul 6:30am tadi, ada seorang staf saya bagitau… heboh kat Beris kubur Besar semalam… Apa dia yang hebohnya tanya seorang staf yang lain... Banner protes Nasha dah naik kat beris semalam katanya…

"tak payah cakap banyak, ambik kunci kereta, ambil HP ni… pi ambik gambar kat beris tu" … tapi jampuk seorang staf lagi " tak payah pegi beris bos... kat cabang 3 (dalam 100m dari stesen) tu pun ada"… masya Allah… siapa punya keja semalam ni…

Sumber http://pinkturtle2.wordpress.com/

Gambar Sekitar Program DSAI Di Bangi - malaysiakini

Reactions: 









Gua nak cerita lebey-lebey pun gua tak reti beb... ini gambar bukan gua tangkap tapi geng gua dekat Bangi tangkap... yang gua tau kehadiran amat-amat menggalakkan... melimpah ruah sampai keluar dari mangkuk kuah...

Nasib baik sempat lap. kalau tidak, penuh la semut merah dok kerumun "lauk".

Koh koh koh koh koh...!!!

Korang paham kan..?

*mekasih untuk Hatta sebab mms kan pic2 ni dekat webmaster.

UMNgOk, Barisan Nasiyonal, Bijan & "Akan" - malaysiakini

Reactions: 
LUBOK ANTU 18 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan segala projek yang dijanjikan kerajaan untuk rakyat di kawasan ini pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada April lalu akan ditunaikan.

TPU - Aku suka penggunaan ayat "Akan" dalam statement Bijan ni...

"Akan"..?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

"Akan"..?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Macam "Akan" kena kencing je kan..!

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Lepas ni Bijan "Akan" berjanji dekat Manek Urai pulak dan "kalau" BN menang, Bijan "Akan" sekali lagi mengingatkan penduduk bahawa segala janji pilihanraya "Akan" ditunaikan...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Rusuhan Di Pusat Serenti: Amaran Buat Seluruh Negeri Utara Semenanjung - malaysiakini

Reactions: 
Terkini dari Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Difahamkan bahawa berlaku satu rusuhan besar di Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang (kawsan Nor Mohd Yaccob). lebih kurang 1-- ke 500 orang tahanan pusat serenti telah berjaya melepaskan diri selepas melakukan satu siri rusuhan di Pusat serenti tersebut.

Tahanan tersebut telah bertindak membakar bangunan Pusat Serenti dan juga kenderaan-kenderaan kakitangan Pusat Serenti berkenaan.

Pihak PDRM telah mengeluarkan amaran kepada seluruh penduduk Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam sehingga negeri Kedah, Perak dan kawasan-kawsan berhampiran.

Semua kawasan yang disebutkan tadi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. punca kejadian masih belum diketahui.

[berita lanjut bakal menyusul]