Follow by Email

Loading...
"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 24, 2009

TGNA: Ikon Pendokong Keadilan - malaysiakini

Reactions: 
Ikon rakyat Malaysia pendokong keadilan... sebutlah apa bangsa sekalipun dan tanya pada mereka apa pandangan mereka pada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Yang cacat akal sahaja yang tidak dapat berfikir dan menilai dengan betul. korang tau siapa "mereka" tu kan..?

Salam dari Manek Urai.

Manek Urai: UMNgOk/Barisan Nasiyonal Tidak Mampu - malaysiakini

Reactions: 
Agak lama aku tak dapat nak update website ni walaupun dah berada di kawasan DUN PRK Manek Urai dari hari ahad lepas. jadi hari ni aku dapat luang masa mengangkang depan laptop member aku untuk update berita-berita dan cerita-cerita dekat sini.

Ok...sekarang kita on air.

3-4 hari ni aku sibuk dok pusing-pusing kampung laman aku, jumpa ramai orang baik UMNgOk/Barisan Nasiyonal dan jugak yang sehaluan dari Pakatan Rakyat. suara UMNgOk tetap sama. "kita ada harapan untuk menang, tapi......" kalau dah sebut tapi tu, korang paham-paham je lah kan..?

Apa yang berlaku sebenarnya ialah dari awal lagi UMNgOk dah tau yang mereka tak kan ada cara untuk menang di Manek Urai. ini kubu kuat PAS sejak lama dulu. PAS sudah sebati dengan penduduk Manek Urai, UMNgOk cuma mampu berkempen saja tapi tak kan mampu untuk menarik walau 1 undi dari kem PAS.

Keputusan untuk bertanding di Manek Urai dibuat oleh UMNgOk bukan atas dasar mahu memenangi DUN Manek Urai tetapi lebih kepada tekanan dari ahli-ahli UMNgOk di sini. kalau tak tanding, duit tak turun, kalau duit tak turun, ahli marah, bila ahli dah marah, PRU-13 nanti, huruf "X" yang biase berada dalam kotak kosong sebelah dacing akan beralih ke kotak kosong sebelah Bulan.

Orang Kelantan bukan bodoh dalam politik. kami disini dah merasa keperitan ditekan KERAjaan pusat sejak lebih 20 tahun dulu. alah bisa, tegal biasa. kata mereka-mereka yang sempat aku jumpa dan sembang - "mu nok beli jiwo oghe Kelate buke mudoh, holo pitih, holo bantuwe, holo ggapo hok mu buleh buwi, kito ambik denga hati terbuko, mu buwi denga ikhlas, kami terimo pun denga ikhlas, mu tok buwi, kawe mitok sapa buleh...TAPI JANGE DOK AJAR KAWE NOK PAKOH SAPO-SAPO SEBAB KAWE TAU SAPO HOK LAYOK JADI WOKIL SINI..!"...

Itu sembang pendek di kedai kopi di awal pagi. apa yang aku cukup-cukup faham dengan jiwa orang Kelantan ialah, pandangan politik orang Kelantan telah melepasi sempadan negeri Kelantan. pilihan mereka dalam mana-mana pilihanraya baik kecil atau umum bukan berpandukan pada apa yang berlaku dalam negeri Kelantan sahaja tetapi lebih dari itu.

Rakyat Kelantan tidak semata-mata melihat apa yang berlaku di Kelantan sahaja untuk membuat pilihan sebaliknya mereka akan melihat juga apa yang KERAjaan pusat lakukan diluar Kelantan. buruk perbuatan KERAjaan pusat di luar Kelantan, buruklah juga parti yang membentuk KERAjaan pusat (UMNgOk/Barisan Nasiyonal) di Kelantan.

Krisis yang berlaku di Perak dan imej buruk Najib di luar negeri Kelantan memarakkan lagi penolakan rakyat Kelantan terhadap UMNgOk/Barisan Nasiyonal. dalam erti kata lain, selagi UMNgOk/Barisan Nasiyonal tidak membaiki kerosakan-kerosakan yang dilakukan dilain-lain negeri diluar Kelantan, undi majoriti rakyat Kelantan tidak akan pergi kepada UMNgOk/Barisan Nasiyonal.

Jangan bercerita tentang apa yang berlaku pada tahun 2004 bila PAS hanya ada majoriti 1 kerusi sahaja, itu bukan sebab rakyat Kelantan menolak PAS, tetapi itu adalah kerana imej "Mr. Clean" yang dibawa oleh Pak Lah. rakyat Kelantan tidak lokek untuk memberi peluang, tapi kalau peluang itu dipersia-siakan, rakyat Kelantan juga tidak lokek untuk mengajar kembali bagaimana untuk berpolitik.

Ini adalah keunikan rakyat Kelantan. kalau UMNgOk/Barisan Nasiyonal selalu menggembar-gemburkan kononnya Kelantan mundur, cubalah selami pemikiran rakyat Kelantan dalam berpolitik dan korang akan tahu betapa jauh dan majunya pemikiran rakyat Kelantan dalam berpolitik (kecuali pencacai-pencacai UMNgOk/Barisan Nasiyonal).

Kalau nak dibandingkan pemikiran politik orang-orang di hulu Kelantan dengan pemikiran politik ahli majlis tertinggi UMNgOk, aku jamin, kepala otak dan pemikiran ahli majlis tertinggi UMNgOk jauh tertinggal dibelakang lembu peliharaan orang-orang di hulu Kelantan. kalau tak percaya, boleh cuba untuk duga.

Sampai waktu ini, UMNgOk masih tak menemui strategi untuk menarik undi rakyat Manek Urai kepada UMNgOk. Awang Adek, Mustafa Mohamad, Dato' Fatmi atau mana-mana nama tersohor di Kelantan masih pening-pening lalat. apa yang mampu dibuat, hanyalah menghulur bantuan demi bantuan. tapi peluang untuk menang masih tak nampak langsung.

Bila DSAI berceramah di Manek Urai dengan TGNA hari ahad lepas, UMNgOk makin putus asa, kehadiran lebih dari 10.000, kesesakan jalanraya mencecah 5km amat menakutkan UMNgOk. tapi apa nak buat?

Khabarnya si Bijan dan BikMama pun tak yakin langsung dapat kumpulkan seramai tu kalau datang. tapi ada jugak suara-suara penyedap hati yang dok cakap - ala... ramai-ramai tu bukan orang Manek Urai, orang luar pun ada jugak tu"... memang betul dan tak dinafikan perkara tu, tapi kalau nak tahu, cubalah lawan dengan ceramah mega UMNgOk di Manek Urai dan kita lihat jumlah kehadiran.

Jangan lupa masa ceramah TGNA dan DSAI tempohari, TAK ADA WALAU SEBIJI BAS PUN YANG DATANG BAWAK PENONTON..!

Berita yang paling hangat pada masa ini di Kelantan dan juga yang menjadi kerisauan pimpinan UMNgOk negeri dan pusat ialah - "Dato' Zaid Ibrahim akan tiba ke Kelantan pada 5hb.Julai,2009 dan khabarnya BANYAK CAWANGAN UMNGOK AKAN DITUTUP DI SELURUH KELANTAN DAN YANG PALING BANYAK IALAH DI KOTA BHARU".

Musuh Dato' Zaid Ibrahin dalam UMNgOk iaitu Dato' Fatmi sekarang dalam posisi lembik lutut. Fatmi tau kekuatan dan juga pengaruh Zaid di Kelantan. orang-orang Brahim Ali juga khabarnya akan beralih menyokong Zaid.

Ini mimpi ngeri bagi ke 2-2 individu tersebut dan juga mimpi ngeri bagi UMNgOk di Kelantan. mungkin bagi UMNgOk, Zaid ialah duri dalam daging, tapi UMNgOk lupa, duri semalu kalau ditarik keluar dari isi, yang keluar hanyalah duri, tapi Zaid bukan duri semalu. Zaid ialah duri sembilang, sekali tertusuk, kalau ditarik keluar, yang keluar bukan sekadar duri, malah daging sekalipun akan tertarik keluar juga dan yang tinggal pada badan ialah BISA..!

Kepada UMNgOk, selamat berjuang. jangan malu-malau untuk memberi bantuan. jangan berkira bila menabur duit ringgit sebab ahli UMNgOk hanya perlu duit, duit, duit dan duit untuk 1 undi.

Teruslah BODOH di dalam parti BANGANG wahai penyokong UMNgOk..!

Salam dari Manek Urai.

Selepas Tamat Pilihanraya Manek Urai...

Reactions: 
Gambar-gambar dekat atas ni sebenarnya tak de kena mengena langsung dengan Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti. saje aku lari dari topik hari ni.

Berita-berita dan gambar-gambar sekitar Manek Urai akan aku paparkan menjelang petang atau malam nanti. pagi ni aku akan jelajah sekitar Manek Urai untuk sessi bergambar dan juga sok sek sok sek berita. kita akan cuba rapat ke aktiviti UMNgOk/Barisan Nasiyonal dekat sini.

Khabarnya duit tak turun lagi. hahaha...!!!

Balik pada gambar-gambar dekat atas tu. tu gambar lawatan aku atas jemputan tuan punya dusun buah-buahan di satu lokasi di Kelantan. tuan-punya dusun bawak aku untuk buat tinjauan. bukan nak perbesar lagi dusun, tapi nak bagitau dekat kawan-kawan blogger yang akan ke Manek Urai nanti, habis Pilihanraya nanti jangan dok gaduh-gaduh nak balik.

Kita pergi serbu dusun ni dulu. buah banyak sangat-sangat, tapi tak de orang nak makan. jadi tuan-punya dusun nak buat majlis makan-makan buah-buahan dalam kebun.

Ada lagi satu aktiviti lepas tamat Pilihanraya ni. geng-geng media nak buat ekxpedisi ke Air Terjun Gunung Stong. jadi mintak kawan-kawan blogger dan jugak media supaya apply la cuti awal-awal supaya kita dapat beramai-ramai ke Gunung Stong.

Santa la pulak geng, asyik kerja je... bila lagi nak rileks kepala otak nikmati ciptaan Allah..? bukan selalu dapat datang Kelantan.

Ok... Chow..!